• Tidak ada hasil yang ditemukan

Maqis Pulau Pinang rampas 28 tan daging kerbau dari India

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Maqis Pulau Pinang rampas 28 tan daging kerbau dari India"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Maqis Pulau Pinang rampas 28 tan daging kerbau dari India

DAGING kerbau sejuk beku dari India yang dirampas Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth, semalam berikutan mempunyai maklumat sijil halal dan kesihatan yang mengelirukan.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

15 Oktober 2022,

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas sebanyak 28 tan metrik daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM270,000 di Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini semalam.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, rampasan itu hasil

pemeriksaan rutin yang dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa jabatan berkenaan.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for study or research.

Katanya, pemeriksaan mendapati bahan dagangan yang diisi di dalam 1,167 kotak itu menggunakan maklumat yang mengelirukan.

“Maklumat pada sijil kesihatan dan sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport adalah tidak tepat dan berbeza. Justeru, barangan dagangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan

Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana memberikan maklumat mengelirukan dalam pengimportan di bawah akta terbabit.

Sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tegas beliau, anggota penguat kuasa Maqis akan terus melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi

memastikan produk yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

“Tindakan itu bagi memastikan keluaran pertanian mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Referensi

Dokumen terkait

Tennyson is well versed in creating a imagination and specially in creating juxtaposed character like one side he has created a character of “Lady of Shalot” which is not a dramatic

5% SIMILARITY INDEX 3% INTERNET SOURCES 4% PUBLICATIONS 1% STUDENT PAPERS 1 1% 2 < 1% 3 < 1% 4 < 1% Substitusi Susu Skim dengan Tepung Kedelai sebagai Bahan Pengikat