Elemen Didik Hibur dalam Buku Teks Matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(Fun Learning Elements in Mathematics Textbooks of the Primary School Standard Curriculum)
Mohamad Rizwan Mohd Nor1,2*, Roslinda Rosli1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
2 Sekolah Kebangsaan (Felda) Serting, Jempol, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.28
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Didik hibur merupakan satu jenis pembelajaran yang berasaskan permainan, permainan digital atau gamifikasi. Dua dimensi penting yang perlu ada dalam didik hibur adalah unsur keseronokan dalam pembelajaran dan penggabung jalinan unsur pendidikan dalam hiburan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian jenis aktiviti (kreativiti) pada elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR. Reka bentuk kajian tinjauan dengan mempraktikkan kaedah analisis dokumen sebagai instrumen kajian telah diguna pakai oleh penyelidik. Buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6 pula akan menjadi sampel utama kajian semasa proses pengumpulan data. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 49 aktiviti didik hibur mengikut kategori telah dikenal pasti dalam buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6. Aktiviti-aktiviti tersebut telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti aktiviti permainan, nyanyian, puisi (seni bahasa), kolaj (seni visual) dan kembara. Sebanyak 34 aktiviti berasaskan permainan antaranya permainan kad, dam ular, teka kata, tarsia, mengumpul cip dan teroka ria telah digunakan dalam buku teks matematik. Elemen didik hibur nyanyian pula sebanyak 8 aktiviti telah direkodkan yang kebanyakannya berada pada buku teks tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3). Terdapat 4 elemen didik hibur berasaskan bahasa iaitu puisi yang melibatkan 3 pantun dan 1 sajak. Satu aktiviti kesenian telah di jadikan elemen didik hibur melibatkan aktiviti membuat kolaj. Selain daripada itu terdapat dua aktiviti kembara pada buku teks matematik tahun 4 dan tahun 6.
Kata kunci: didik hibur, buku teks, matematik, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Abstract: Fun learning is a type of learning based on games, digital games or gamification.
Two important dimensions that must be present in fun learning are the element of fun in learning and the interweaving of elements of education in entertainment. This study aims to identify the variety of activities (creativity) in the elements of fun education in KSSR mathematics textbooks. Survey method design by practicing the document analysis method as a research instrument has been adopted by the researcher. KSSR Mathematics Textbooks from year 1 to year 6 will be the main sample of the study during the data collection process. The findings of the study show that a total of 49 fun learning activities by category have been identified in KSSR mathematics textbooks from year 1 to year 6. The activities have been divided into groups such as games, singing, poetry (language arts), collage (visual arts) and exploration. A total of 34 game-based activities, including card games, snake checkers, word puzzles, tarsia, collecting chips and exploration games have been used in the mathematics
textbook. The teaching and entertainment elements of singing as many as 8 activities have been recorded, most of which are in level 1 textbooks (years 1, 2 and 3). There are 4 elements of language-based fun learning that are poetry involving 3 poems and 1 poem. An art activity has been made into a fun learning element involving the activity of making a collage. Apart from that there are two exploration activities in the year 4 and year 6 mathematics textbooks.
Keywords: fun learning, textbook, mathematics, Primary School Standard Curriculum ___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang dilancarkan pada 6 September 2013 merupakan satu cetusan idea Menteri Pendidikan Malaysia. Terdapat 11 anjakan dalam PPPM yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat menyediakan kesamarataan akses bahan kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa pada anjakan pertama PPPM. Kementerian Pendidikan Malaysia begitu serius dan komited bagi menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti sejajar dengan objektif Akta Pelajaran 1961.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014) menyatakan mata pelajaran Matematik terdiri daripada 4 bidang keutamaan pembelajaran iaitu nombor dan operasi, sukatan dan geometri, perkaitan serta statistik dan kebarangkalian. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) melaporkan bahawa pendekatan berfikir aras tinggi dan kaedah pedagogi pembelajaran abad ke-21 harus dipraktikkan bagi mencapai aspirasi kerajaan iaitu pembelajaran yang memberi fokus kepada tahap mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Matlamat dan aspirasi kerajaan itu tidak akan dapat direalisasikan jika kaedah pengajaran masih belum efektif dan tidak kreatif kerana kaedah pengajaran yang lama tidak mampu untuk memupuk minat murid untuk terus tekun mempelajari terutamanya subjek Matematik (Ramlah, 2002).
Buku Penerangan KSSR (2017) menjelaskan didik hibur membawa maksud belajar sambil berhibur, seronok dan santai dalam suasana yang terkawal. KPM (2011) menyatakan bahawa transformasi baharu kurikulum sekolah telah dilaksanakan dengan memasukan strategi didik hibur ke dalam KSSR. Antara cadangan aktiviti didik hibur menghiburkan yang boleh diaplikasikan adalah berpuisi, bernyanyi, bermain, berlakon dan bercerita. Penggunaan pendidikan dan hiburan secara seimbang dengan pelbagai jenis media bunyi, video, animasi serta imej dapat mewujudkan suasana pembelajaran interaktif murid-murid. Hasil terakhirnya dengan penggunaan elemen didik hibur ini menghasilkan pembelajaran bermakna dan meningkatkan kebarangkalian kemenjadian murid. Matematik sering kali di label sebagai
‘killer subject’ atau ‘subjek pembunuh’ di dalam minda kebanyakan murid. Isu dan permasalahan ini bukan sahaja menjadi perbualan hangat di Malaysia bahkan ianya sering kali menjadi bahan renungan masyarakat pendidikan di seluruh dunia. Bessant (1995) menyatakan dalam kajiannya bahawa kerisauan murid kepada subjek matematik merupakan satu pemikiran yang tidak sihat, tidak bermotivasi dan risau kegagalan serta mempunyai keyakinan diri yang kurang. Reynold (2003) menyatakan bahawa murid yang merasakan matematik adalah subjek yang sukar, sangat lemah terhadap konsep dan teknik pengiraan. Di Malaysia, Sabri (2006) menyatakan majoriti murid yang menghadapi masalah dalam subjek matematik mudah lupa dan berasa takut justeru tidak lagi fokus dan tidak memahami konsep ilmu matematik yang diajarkan oleh guru. Oleh sebab itu, isu dan permasalahan ini perlu ditangani segera dengan memperkenalkan pedagogi dan kaedah pengajaran terbaru yang mampu menarik minat murid.
Aminudin Ahmad (2017) berkata konsep “teach less learn more” perlu difahami, dihayati serta dipraktikkan oleh guru-guru supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan perkara ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Unsur didik hibur dalam pengajaran sangat baik dilaksanakan kerana pendekatan ini mudah, santai dan menyeronokkan pelajar. Secara tidak langsung pendekatan ini juga mampu meningkatkan minat dan motivasi murid untuk menuntut ilmu selain dapat meningkatkan kemahiran komunikasi serta interaksi murid dengan murid yang lain. Kemahiran asas matematik yang lemah merupakan antara faktor murid keliru dan acap kali melakukan kesalahan memahami ilmu matematik seperti operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Oleh sebab itu menurut Tuah (2010) menjadi tanggungjawab guru supaya menyampaikan ilmu matematik dengan memikirkan kaedah yang paling kritis dan efisien bagi memudahkan pemahaman murid.
Menurut kajian Ng (1983), matematik merupakan mata pelajaran yang kurang diminati oleh murid-murid di sekolah rendah. Kajian terbaru oleh Rosnee (2018) menyatakan tahap minat murid (peserta kajiannya) pada subjek matematik hanya pada tahap sederhana sahaja dan terdapat 14% daripada peserta kajiannya tidak meminati subjek matematik. Menurut Ramlah (2002) terlalu berharap kepada kaedah pengajaran lama seperti “chalk and talk” dilihat kurang berkesan dan kurang sesuai di zaman sekarang. Kaedah yang berpusatkan guru semata-mata dan komunikasi satu hala membantutkan pencapaian murid dalam subjek matematik.
Perubahan masa dan keadaan menuntut pendidik datang dengan idea teknik pengajaran yang lebih fleksibel dan mampu meningkatkan motivasi murid-murid. Kenyataan ini disokong oleh laporan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (1992) bahawa antara faktor kemerosotan pencapaian akademik murid dalam ujian-ujian disebabkan oleh kelemahan teknik pengajaran guru yang tidak menyeronokkan murid. Ini membuktikan bahawa metodologi pengajaran guru di dalam kelas mempengaruhi aspek akademik, komunikasi, informasi dan interaksi murid.
Penggunaan buku teks merupakan kemahiran yang diperlukan untuk guru dan kaedah pengajaran buku teks yang kreatif dapat mengembangkan bagaimana murid yang peka dan mahir dalam pembelajaran (Chen dan Yuan 2021). Oleh sebab itu penerapan didik hibur dalam buku teks yang merupakan bahan bantu mengajar utama guru perlu memiliki elemen didik hibur yang baik. Justeru analisa kajian ini dilaksanakan adalah untuk menjawab persoalan kajian berikut;
i. Sejauh mana kepelbagaian jenis aktiviti (kreativiti) pada elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR?
2. Soroton Literatur
Kajian berkaitan “Edutainment” atau lebih di kenali sebagai didik hibur merupakan satu jenis pembelajaran yang berasaskan permainan, permainan digital atau gamifikasi. Wan Malini (2015) menyatakan didik hibur adalah gabungan dua kata majmuk iaitu ‘didik’ dan ‘hibur’
yang membawa maksud pendidikan (education) melalui proses yang menghiburkan (enjoyable) serta seronok dan santai. Zorica (2014) dalam kajiannya menjelaskan bahawa erti kata didik hibur mempunyai dua dimensi yang penting iaitu (i) unsur keseronokan dalam pembelajaran dan (ii) penggabungjalinan unsur pendidikan dalam hiburan.
Subjek matematik telah menggariskan satu unsur baharu dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik (2018) iaitu pendekatan elemen didik hibur. Melalui Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) Matematik, elemen didik hibur ini akan dimasukkan menjadi salah satu bahagian di dalam buku teks matematik KSSR yang baharu untuk dipelajari oleh murid di sekolah rendah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan. Faridah, Mohd dan Nur (2019) menjalankan kajian terhadap analisis keperluan pembinaan modul pengajaran STEM yang berasaskan permainan didik hibur.
Dapatan kajian menunjukkan suasana pembelajaran yang bermotivasi serta aktif dapat dihasilkan melalui modul STEM berasaskan permainan didik hibur yang digunakan.
Secara keseluruhannya para penyelidik terdahulu bersetuju bahawa penggunaan kaedah didik hibur dalam pengajaran matematik mampu untuk meningkatkan pencapaian dan motivasi murid dalam mata pelajaran tersebut (Shaffe, 2011; Aina et al., 2021; Mohd Zahar & Affero, 2017; Zanariah & Zamri, 2016; Mazlan Ismail, 2016; Mohd Razak & Masitah, 2015; Connie, 2021; Nur, 2019; Franklin Guy & Shcnorr, 2016; Norul, 2017; Sii & Mohd Razimi, 2020;
Amin, 2018; CMN Academy, 2019). Meskipun demikian, terdapat beberapa perbezaan pendapat mengenai elemen-elemen didik hibur yang bersesuaian dengan kaedah pengajaran matematik.
Shaffe (2011), Mohd Zahar dan Affero (2017), Amin (2018), Franklin-Guy dan Shcnorr (2016), Norul (2017), Farhana (2019), Sii dan Mohd Razimi (2020) mempunyai pendapat yang sama bahawa pengajaran berkesan dapat dicapai sekiranya elemen jenaka (didik hibur) diguna pakai ketika sesi interaksi dalam bilik darjah. Penggunaan kaedah lama seperti chalk and talk yang berterusan di gunakan tidak lagi sesuai tambahan lagi level kesediaan murid dalam memahami sesuatu topik tidak diambil kira sebagai faktor. Mereka juga menyatakan antara ciri-ciri satu pembelajaran yang meransang serta menyeronokkan adalah apabila diselitkan unsur kecindan. Humor atau unsur kecindan (lawak) boleh disampaikan melalui sesuatu bahan sebagai medium. Kajian mereka juga menyatakan diantara bahan yang boleh dijadikan medium elemen didik hibur humor adalah kartun, lukisan atau bahan sastera yang mampu mewujudkan kelucuan kepada murid-murid. Dapatan kajian terdahulu menguatkan lagi pendapat atau pandangan yang menyatakan elemen didik hibur berbentuk kecindan/humor bukan sahaja mampu meningkatkan kemahiran murid menguasai isi kandungan pelajaran malah mampu meningkatkan motivasi murid untuk terus kekal hadir dan menuntut ilmu di sekolah.
Mazlan Ismail (2016), Nur (2019), Mohd Razak dan Masitah (2015) pula memiliki pendapat yang sama berkaitan elemen didik hibur yang berkesan. Mereka berpendapat bahawa elemen didik hibur seperti nyanyian, bercerita, berjenaka dan lakonan yang diserap dalam sesi pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang terkini dan selari dengan zaman sekarang.
Pendekatan menarik seperti ini mampu meningkatkan kualiti akademik murid lebih-lebih lagi terhadap subjek yang sukar diterima murid seperti matematik. Elemen didik hibur ini juga mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Nur (2019) dalam kajiannya mendapati bahawa elemen didik hibur yang bermediumkan nyanyian mampu menarik minat murid serta menyumbang kepada peningkatan kemahiran murid dalam bidang ilmu matematik. Selain daripada itu elemen didik hibur nyanyian juga mampu untuk menambah nilai baik pada motivasi murid untuk terus mempelajari matematik.
Aina et al. (2021), Zanariah dan Zamri (2017), Norlela dan Shamsudin (2020) pula telah melakukan kajian kepada sekumpulan guru dan murid mengenai pandangan dan sikap mereka terhadap elemen didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Hasil dapatan mereka sama iaitu kepelbagaian pedagogi pengajaran yang lebih seronok dan interaktif akan meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh sebab itu antara cadangan penambahbaikan untuk menjadikan murid lebih aktif dan fokus dalam pembelajaran adalah dengan memasukan elemen permainan (didik hibur) dalam pedagogi pengajaran atas alasan murid boleh menerokai sendiri dan mengaplikasi pengalaman semasa belajar. Umumnya kepelbagaian elemen didik hibur dalam buku teks KSSR perlu wujud bagi
memastikan guru-guru sekolah rendah dipandu ketika hendak memilih elemen didik hibur yang bersesuaian.
Connie (2021), CMN Academy (2019) pula memiliki pendapat yang sama bahawa pencapaian murid dalam ilmu matematik awal adalah sangat baik ketika menggunakan kaedah permainan berbanding menggunakan lembaran kerja dan buku nombor. Elemen didik hibur permainan dalam pengajaran guru terbukti menyokong usaha dan minat murid kepada matematik seterusnya akan meningkatkan prestasi murid.
3. Metadologi
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian tinjauan dengan mempraktikkan kaedah analisis dokumen akan diguna pakai oleh penyelidik dalam kajian ini. Dapatan maklumat yang telah dikumpulkan akan diproses menggunakan analisis deskriptif menggunakan peratusan dan kekerapan.
Sampel Kajian
Kajian ini akan menjalankan penganalisisan data berkaitan aspek unsur atau elemen didik hibur yang terdapat dalam buku teks matematik KSSR semakan 2017 tahun 1 sehingga tahun 6. Oleh itu buku teks matematik KSSR tahun 1 sehingga tahun 6 akan menjadi sampel utama kajian semasa proses pengumpulan eviden. Penyelidik memilih untuk menganalisis buku teks matematik tahun 1 sehingga 6 dengan cara melakukan perbandingan berpandukan oleh senarai semak mengikut topik dan kandungan buku teks untuk setiap tahun. Buku teks matematik KSSR semakan 2017 dipilih kerana bersesuaian dan selari dengan perubahan kurikulum matematik terkini. Selain daripada itu penyelidik juga akan mengelaskan hasil dapatan mengikut kategori elemen didik hibur dan tema-tema tertentu. Elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR sangat mudah untuk dikenalpasti kerana terdapatnya penanda khas elemen didik hibur yang turut di masukkan dalam glosari buku teks. Pengumpulan data akan dicatatkan dengan terperinci bagi memenuhi tuntutan ketepatan maklumat yang benar dan sahih. Penyelidik akan mewujudkan indeks kod kepada jenis-jenis didik hibur yang relevan bagi memudahkan proses pengelasan dan memberi identiti kepada data tersebut.
Instrumen Kajian
Kaedah pengumpulan utama dalam kajian ini adalah analisis dokumen iaitu buku teks matematik KSSR semakan 2017 tahun 1 sehingga tahun 6. Zhu dan Fan (2006) serta Glasnovic (2018) menyatakan dalam kajiannya bahawa pendekatan kuantitatif secara analisis dokumen menjadi pilihan kebanyakan pengkaji.
4. Dapatan Kajian
Elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 1
Berdasarkan jadual 1, terdapat 7 aktiviti elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 1. Pada topik nombor terdapat dua aktiviti didik hibur iaitu nyanyian dan permainan kad nombor. Pada topik penambahan dan penolakan pula permainan dam ular diaplikasikan.
Permainan dam ular sekali lagi dimasukkan pada topik wang dan penukaran unit masa dan waktu. Permainan kad domino diselitkan pada topik bentuk. Permainan roda data pula di masukan pada tajuk data. Terdapat dua topik dalam buku teks tersebut tidak mempunyai aktiviti elemen didik hibur iaitu pada topik pecahan serta topik gabungan panjang, jisim dan isi padu cecair.
Jadual 1: Analisa elemen didik hibur buku teks matematik tahun 1
Bil. Topik Muka
Surat Jenis
Didik Hibur Keterangan
1 Nombor 11
Jilid 1 Nyanyian Mengenali nombor 1-10
2 Nombor 54
Jilid 1 Kad Nombor Membanding nilai dua nombor 3 Tambah & tolak 114
Jilid 1 Dam Ular Kemahiran asas menambah dan menolok nombor bulat
4 Wang 30
Jilid 2 Dam Ular Konsep menambah dan menolak wang 5 Masa & waktu 44
Jilid 2 Nyanyian Rumus matematik serta penukaran unit tajuk masa dan waktu
6 Bentuk 74
Jilid 2 Kad domino bentuk Nama dan ciri-ciri bentuk 3D
7 Data 84
Jilid 2 Roda data Konsep asas gundalan
Elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 2
Berdasarkan jadual 2, secara keseluruhannya terdapat 8 aktiviti didik hibur dalam buku teks matematik tahun 2. Terdapat 5 aktiviti berbentuk permainan iaitu bermain lambung duit syiling, bermain penutup botol, bermain dam ular, bermain kad dan bermain puzzle. Selain dari itu terdapat dua aktiviti didik hibur dengan kaedah nyanyian. Terdapat juga elemen didik hibur bahasa iaitu pantun. Terdapat tiga topik dalam buku teks tersebut tidak mempunyai aktiviti elemen didik hibur iaitu pada topik wang, masa dan waktu serta topik data.
Jadual 2: Analisa elemen didik hibur buku teks matematik tahun 2
Bil. Topik Muka
Surat
Jenis
Didik Hibur Keterangan
1 Nombor 35
Jilid 1
Permainan lambung
duit syiling Membundar
2 Nombor 44
Jilid 1 Nyanyian
i. Mengenali nilai tempat ii. Mengenali nilai digit iii. Membundar nombor
3 Pendaraban 94
Jilid 1
Permainan penutup
botol Kemahiran asas mendarab (sifir)
4 Bahagi 108
Jilid 1 Pantun Konsep asas membahagi (sifir bahagi) 5 Operasi asas 122
Jilid 1 Permainan dam ular Operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi
6 Pecahan dan perpuluhan
74
Jilid 2 Permainan kad
i. konsep asas pecahan dan perpuluhan ii. konsep penukaran pecahan kepada
perpuluhan dan sebaliknya 7 Panjang, jisim,
isipadu cecair
76
Jilid 2 Permainan ‘puzzle’
i. kenali unit cm dan m ii. kenali unit g dan kg iii. kenali unit ml dan liter
8 Bentuk 77
Jilid 2 Nyanyian Nama dan ciri-ciri bentuk 3D
Elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 3
Berdasarkan jadual 3, keseluruhannya terdapat 12 aktiviti didik hibur dalam buku teks matematik tahun 3. Terdapat 8 aktiviti berbentuk permainan iaitu bermain dam nombor, bermain kad nombor, bermain kumpul cip, bermain wang dan permainan baling. Selain dari itu terdapat dua aktiviti didik hibur dengan kaedah nyanyian. Terdapat juga elemen didik hibur
bahasa iaitu pantun. Menghasilkan kolaj juga merupakan unsur didik hibur baharu yang diperkenalkan. Terdapat satu topik dalam buku teks matematik tahun 3 tidak mempunyai aktiviti elemen didik hibur iaitu pada topik data.
Jadual 3: Analisa elemen didik hibur buku teks matematik tahun 3
Bil. Topik Muka
Surat
Jenis
Didik Hibur Keterangan
1 Nombor 14
Jilid 1 Kolaj i. mengenal nombor
ii. Nilai tempat dan digit
2 Nombor 26
Jilid 1
Permainan dam nombor
i. mengenal nombor ii. Mengenali nilai tempat & digit
iii. Membundar nombor
3 Penolakan 50
Jilid 1
Permainan kad
nombor Kemahiran menolak nombor
4 Operasi asas 80
Jilid 1
Permainan
kumpul cip Kemahiran operasi asas menambah, menolak, mendarab dan membahagi
5 Pecahan, perpuluhan dan
peratus
114 Jilid 1
Permainan kad nombor
i. konsep asas pecahan dan perpuluhan dan peratus ii. konsep penukaran pecahan kepada perpuluhan
dan peratus dan sebaliknya
6 wang 24
Jilid 2
Pertandingan
permainan wang Kemahiran menambah, menolak dan mendarab wang
7 Masa dan waktu 44
Jilid 2 Permainan kad Kemahiran penukaran unit masa dan waktu 8 Masa dan waktu 48
Jilid 2 Nyanyian Mengenali unit masa dan waktu serta penukaran unit masa dan waktu
9 Panjang, jisim dan isi padu cecair
49
Jilid 2 Pantun Kemahiran menukar unit panjang, jisim dan isi padu cecair
10 Panjang, jisim dan isi padu cecair
84
Jilid 2 Nyanyian Operasi asas melibatkan unit panjang, jisim dan isi padu cecair
11 Bentuk 96
Jilid 2 Permainan Nama dan ciri-ciri bentuk 3D
12 Kedudukan 106
Jilid 2
Permainan baling dan
menang Menentukan kedudukan
Elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 4
Berdasarkan jadual 4, secara keseluruhannya terdapat 8 aktiviti didik hibur dalam buku teks matematik tahun 4. Terdapat 6 aktiviti berbentuk permainan iaitu bermain roda nombor (kemahiran mendarab), bermain petak nombor, bermain teka silang kata (operasi asas perpuluhan), bermain tarsia (operasi asas topik wang) dan bermain kad (kemahiran membaca dan mencatat koordinat). Selain dari itu terdapat satu aktiviti didik hibur dengan kaedah nyanyian melibatkan kemahiran mendarab nombor 100. Terdapat juga elemen didik hibur kembara yang melibatkan kemahiran mengukur dan menyukat. Terdapat dua topik dalam buku teks matematik tahun 4 tidak mempunyai aktiviti elemen didik hibur iaitu pada topik ruang dan pengurusan data.
Jadual 4: Analisa elemen didik hibur buku teks matematik tahun 4
Bil. Topik Muka
Surat
Jenis
Didik Hibur Keterangan
1 Nombor dan
operasi 33 Nyanyian Kemahiran mendarab dengan nombor 100 2 Nombor dan
operasi 36 Permainan roda
nombor Kemahiran mendarab dua nombor
3 Nombor dan
operasi 62 Permainan petak nombor
Semua kemahiran dalam tajuk nombor dan operasi
4 Perpuluhan 102 Permainan teka silang
kata Kemahiran operasi asas (tambah, tolak, darab, bahagi) topik nombor perpuluhan 5 Wang 133 Permainan tarsia Kemahiran operasi asas (tambah, tolak,
darab, bahagi) topik wang 6 Masa dan waktu 168 Permainan kod rahsia Kemahiran operasi asas (tambah, tolak,
darab, bahagi) topik masa dan waktu 7 Panjang, jisim dan
isi padu cecair 196 Kembara ukuran dan sukatan
Kemahiran mengukur panjang, menimbang jisim dan menyukat cecair 8 Koordinat 230 Permainan kad Kemahiran membaca dan mencatat
koordinat
Elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 5
Berdasarkan jadual 5, keseluruhannya terdapat 8 aktiviti didik hibur dalam buku teks matematik tahun 5. Terdapat 6 aktiviti berbentuk permainan iaitu bermain kad nombor, bermain teka kata, bermain teka silang kata dan bermain huruf bertuah. Selain dari itu terdapat satu aktiviti didik hibur dengan kaedah nyanyian pada topik wang. Terdapat juga elemen didik hibur berbentuk pantun pada tajuk masa dan waktu. Terdapat dua topik dalam buku teks matematik tahun 4 tidak mempunyai aktiviti elemen didik hibur iaitu pada topik bentuk dan pengurusan data.
Jadual 5: Analisa elemen didik hibur buku teks matematik tahun 5
Bil. Topik Muka
Surat
Jenis
Didik Hibur Keterangan
1 Nombor dan
operasi 32 Permainan Kad Kemahiran mendarab dengan nombor 100 2 Nombor dan
operasi 64 Permainan teka kata Kemahiran operasi asas (tambah, tolak, darab, bahagi) topik nombor dan operasi.
3 Perpuluhan 72 Permainan kad
nombor Kemahiran membundar nombor perpuluhan
4 Perpuluhan, pecahan dan
peratus 90 Permainan teka silang kata
Kemahiran operasi asas (tambah, tolak, darab, bahagi) topik nombor perpuluhan,
peratus dan pecahan
5 Wang 108 Nyanyian Nota berkaitan faedah dan faedah kompaun
6 Masa dan waktu 176 Pantun Kemahiran operasi asas topik masa dan waktu serta penukaran unit topik masa 7 Panjang, jisim dan
isi padu cecair 216 Permainan Kemahiran operasi asas unit panjang, jisim dan isi padu cecair
8 Koordinat 250 Permainan huruf
bertuah Kemahiran membaca dan mencatat koordinat
Elemen didik hibur dalam buku teks matematik tahun 6
Berdasarkan jadual 6, secara keseluruhannya terdapat 6 aktiviti didik hibur dalam buku teks matematik tahun 6. Terdapat 4 aktiviti berbentuk permainan iaitu bermain teroka ria dan bermain dam. Selain dari itu terdapat satu aktiviti didik hibur bahasa melibatkan puisi sajak.
Terdapat juga elemen didik hibur mengembara iaitu teroka ria pada topik ruang. Terdapat satu topik dalam buku teks matematik tahun 6 tidak mempunyai aktiviti elemen didik hibur iaitu pada topik data.
Jadual 6: Analisa elemen didik hibur buku teks matematik tahun 6
Bil. Topik Muka
Surat
Jenis
Didik Hibur Keterangan
1 Nombor 8 Sajak Puisi berkaitan nombor perdana
2 Peratus 60 Permainan teroka ria Aplikasi peratus dalam wang 3 Panjang, jisim &
isi padu cecair 129 Permainan teroka Kemahiran mengukur, menimbang dan menyukat
4 Ruang 144 Teroka ria: Rumah
idaman ku Nama bentuk, perimeter dan luas
5 Pengurusan data 177 Permainan Carta pai
6 Kebolehjadian 185 Permainan dam Menjelaskan konsep “kemungkinan”
Elemen didik hibur mengikut jenis dan kategori dalam buku teks matematik tahun 1 sehingga buku teks tahun 6
Carta 1 menunjukkan sebanyak 49 aktiviti didik hibur mengikut kategori telah dikenal pasti dalam buku teks matematik KSSR. Aktiviti-aktiviti tersebut telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti aktiviti permainan, nyanyian, puisi (seni bahasa), kolaj (seni visual) dan kembara. Sebanyak 34 aktiviti berasaskan permainan antaranya permainan kad, dam ular, teka kata, tarsia, mengumpul cip dan teroka ria telah digunakan dalam buku teks matematik. Elemen didik hibur nyanyian pula sebanyak 8 aktiviti telah direkodkan yang kebanyakannya berada pada buku teks tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3). Terdapat 4 elemen didik hibur berasaskan bahasa iaitu puisi yang melibatkan 3 pantun dan 1 sajak. Satu aktiviti kesenian telah di jadikan salah satu elemen didik hibur adalah aktiviti membuat kolaj. Selain daripada itu terdapat dua aktiviti kembara pada buku teks matematik tahun 4 dan tahun 6.
Carta 1: Elemen didik hibur mengikut jenis dan kategori
Elemen didik hibur mengikut tahun/darjah dalam buku teks matematik KSSR
Carta 2 menunjukkan sebanyak 49 aktiviti didik hibur mengikut tahun/darjah telah dikenal pasti dalam buku teks matematik KSSR. Sebanyak 12 elemen didik hibur pada buku teks matematik tahun 3, di ikuti 8 aktiviti didik hibur pada buku teks matematik tahun 2, 4 dan 5.
Buku teks matematik tahun 1 pula merekodkan sebanyak 7 elemen didik hibur dan 6 aktiviti didik hibur pada buku teks matematik tahun 6.
0 20 40
Permainan Nyanyian puisi kolaj kembara
Bilangan 34 8 4 1 2
Bilangan
Elemen didik hibur
Carta 2: Elemen didik hibur mengikut tahun/darjah
5. Perbincangan
Perbincangan ini menjurus kepada jawapan terhadap persoalan kajian berkaitan kepelbagaian jenis aktiviti (kreativiti) pada elemen didik hibur dalam buku teks matematik. Bahagian ini juga akan menyatakan cadangan kajian lanjutan supaya penyelidik pada masa yang akan datang dapat meneruskan kesinambungan kepada bidang kajian. Selain daripada itu, penyelidik juga akan membuat satu kesimpulan berdasarkan dapatan dan perbincangan menyeluruh.
Penyelidik telah menggunakan kaedah analisis dokumen (buku teks) dalam usaha untuk mendokumenkan dapatan bagi menjawab persoalan kajian. Kepelbagaian jenis aktiviti didik hibur boleh dirujuk pada graf 1. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat 5 jenis kategori utama elemen didik hibur iaitu permainan, nyanyian, puisi, kolaj dan kembara.
Aktiviti didik hibur berasaskan permainan merupakan aktiviti terbanyak iaitu 34 (69%) aktiviti daripada keseluruhan aktiviti dalam buku teks matematik. Dapatan ini selari dengan dapatan Connie (2021) yang menyatakan elemen didik hibur permainan sangat di gemari dan berkesan serta berjaya meningkatkan kemahiran matematik awal kanak-kanak. Nyanyian pula merupakan aktiviti kedua yang paling banyak diperoleh daripada dapatan iaitu 8 (16%) aktiviti.
Nur (2019) dalam kajiannya menyenaraikan nyanyian antara elemen didik hibur yang paling berkesan dan menyumbang kepada peningkatan akademik murid selain daripada mampu untuk memangkin motivasi mereka untuk terus belajar. Jika dibandingkan dapatan ini adalah sangat selari dengan kajian yang telah dijalankan pengkaji terdahulu.
Namun jika diteliti semula bilangan aktiviti dalam setiap kategori adalah tidak seimbang.
Terdapat 34 aktiviti elemen didik hibur berasaskan permainan iaitu kira-kira 69% daripada keseluruhan aktiviti dalam buku teks tahun 1 sehingga 6, 8 aktiviti (16%) berasaskan nyanyian, 4 aktiviti (8%) berasaskan puisi seperti sajak dan pantun, 2 aktiviti (4%) berasaskan kembara dan 1 aktiviti (2%) berasaskan kesenian visual kolaj. Tiada elemen didik hibur seperti bercerita, berlakon dan berjenaka diterapkan sebagai salah satu aktiviti didik hibur dalam buku tek matematik di sekolah rendah. Dapatan ini bertentangan dengan pendapat Mazlan Ismail (2016) di mana dalam kajiannya menjelaskan di antara contoh-contoh pengajaran yang berunsurkan didik hibur adalah seperti bernyanyi, berlakon, bercerita dan berjenaka. Hujah ini turut disokong oleh Faridah, Mohd dan Nur (2019) menyatakan dalam laporan kajian mereka bahawa ketidak pelbagaian aktiviti dalam kelas tidak akan mewujudkan pembelajaran yang aktif dan tidak bermotivasi. Di tambah lagi dengan sokongan kajian yang dijalankan Mohd Razak dan Masitah (2015) yang menyatakan aktiviti seperti bercerita, lakonan dan puisi merupakan antara unsur didik hibur yang berkesan. Jika di teliti serta di amati tiada elemen
0 2 4 6 8 10 12
Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
Bil. Elemen didik hibur 7 8 12 8 8 6
Bilangan
Bil. Elemen didik hibur
didik hibur berunsur lakonan di gandingkan bersama kemahiran matematik dalam buku teks KSSR. Seharusnya pihak berautoriti berkaitan buku teks melihat semula dan menambah baik elemen didik hibur di dalamnya.
Dapatan kajian juga menunjukkan tiada langsung elemen didik hibur bersifat humor dalam buku teks matematik tahun 1 sehingga tahun 6. Perkara ini tidak mempunyai aspirasi yang sama dengan kajian (Guy dan Schnorr 2016; Amin 2018) yang menyatakan unsur kecindan merupakan salah satu unsur didik hibur yang berkesan dan baik. Penggunaan bahan untuk mewujudkan unsur humor dalam pengajaran seperti kartun, lukisan dan bahan sastera juga tidak di masukan sebagai salah satu elemen didik hibur dalam kandungan buku teks matematik.
Dapatan ini juga tidak selari dengan kajian dan sarana yang dinyatakan oleh (Norul 2017;
Farhana, 2019; Sii dan Mohd Razimi, 2020). Unsur humor atau kecindan perlu di masukkan sebagai salah satu aspek didik hibur dalam buku teks bagi memudahkan guru-guru untuk memilih dan melaksanakannya. Hal ini penting kerana menurut kajian Zanariah dan Zamri (2017) kemahiran guru untuk memilih aktiviti didik hibur dalam pengajaran mereka hanya berda di tahap yang sederhana sahaja. Ini bermaksud guru-guru memerlukan elemen didik hibur yang lebih pelbagai untuk membantu mereka memilih seterusnya mengguna pakai aktiviti tersebut.
Oleh itu terdapat kepelbagaian elemen didik hibur dalam buku teks matematik KSSR seperti permainan, bercerita, nyanyian dan puisi namun masih terdapat elemen didik hibur yang boleh di pertimbangkan untuk di masukkan sebagai salah satu aktiviti elemen didik hibur seperti berlakon, unsur humor (jenaka) dan bahan sastera.
Cadangan kajian lanjutan
Penyelidik telah menggariskan beberapa cadangan kajian lanjutan akan datang antaranya penyelidik kajian lanjutan dicadangkan mempelbagaikan instrumen mengumpul data dan tidak hanya tertumpu kepada analisis kandungan semata-mata supaya data yang diperoleh lebih kaya dan dapat menjelaskan dengan baik mengenai pemboleh ubah, sebab dan akibat secara lebih mendalam. Selain itu, kajian lanjutan juga dicadangkan supaya diperluaskan lagi terhadap buku teks matematik sekolah menengah KSSM (sekolah harian, sekolah berasrama penuh sekolah menengah agama). Ia adalah wajar bagi melihat sebarang kesinambungan sikap dan minat murid terhadap penggunaan elemen didik hibur dalam proses pembelajaran. Terakhir sekali penyelidik juga boleh membuat kajian terhadap buku teks matematik sekolah jenis kebangsaan (Cina dan Tamil) untuk melihat jika terdapatnya perbezaan elemen didik hibur.
Keseluruhanya perancangan dan kajian penyelidikan berterusan yang bersistematik akan menjelaskan lagi kaedah didik hibur akan membuahkan hasil yang positif kerana mampu menarik minat murid untuk mempelajari matematik dalam pendekatan yang lebih menghiburkan dan menyeronokkan.
Kesimpulan
Pendekatan baharu dengan menggunakan elemen didik hibur sebagai kaedah pengajaran ini telah membuktikan ianya suatu usaha yang baik terutamanya kepada subjek matematik kerana mampu menarik minat murid. Berdasarkan hasil dapatan kajian analisis kandungan, penyelidik ingin mengemukakan beberapa sarana untuk dipertimbangkan. Antara sarana adalah pihak berkuasa iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia, boleh menambah baik buku teks matematik KSSR dengan mempelbagaikan lagi jenis elemen didik hibur supaya murid lebih tertarik dan tidak membosankan. Selain daripada itu pendekatan pengajaran yang menggunakan elemen didik hibur bukan sahaja perlu dipraktikkan pada subjek matematik malahan semua mata
pelajaran lain di sekolah rendah Malaysia. Sarana seterusnya adalah Pejabat pendidikan Negeri dan Daerah boleh mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar dan bengkel kepada guru bagi membuka kesedaran kepada kelebihan dan kekuatan elemen didik hibur dalam pengajaran matematik
Rujukan
Amin Senin. (2018). Melangkah Ke Hadapan, Gerak Kerja & Fokus Tumpuan KPPM 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aminudin Ahmad. (2017). Temu bual Bersama Aminudin Ahmad (Ditemu bual oleh Azhar Ahmad) Penerapan elemen ‘didik hibur’. Kosmo Online. Retrieved from http://www.kosmo.com.my/special/moe/penerapan-elemen-didik-hibur- 1.557676 Aina, et al. (2021). Penerimaan Murid Tingkatan Satu Terhadap Pembelajaran Topik Operasi
Asas Aritmetik Melibatkan Integer Menggunakan Permainan Damath. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 51-59.
Bessant, K. C. (1995). Factors Associated with Types of Mathematics Anxiety in College Students. Retrieved From https://www.researchgate.net/publication/325621246 Chen, H. H., & Yuan, Y. H. (2021). The study of the relationships of teacher’s creative
teaching, imagination, and principal’s visionary leadership. SAGE Open, 11(3).
CMN Academy. (2019). Belajar Matematik Dengan Teknik ‘Fun Learning’ (Didik Hibur) Retrieved from https://cmnacademy.com/sesi-perkongsian-live-funtastic-math-swip- swap/
Connie Cassy Ompok. (2021). Penggunaan Kaedah Permainan, Buku Nombor dan Lembaran Kerja dalam Pembelajaran Matematik Awal Kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 235-251. doi: 10.47405/mjssh.
v6i10.1117.
Farhana B., & Vijay K. (2019). The use of humour in teaching and learning in higher education classrooms: lecturers' perspectives. Journal of English for Academic Purposes, 40, pp.
15-25. ISSN 1475-1585
Faridah Mohd Jamel, Mohd Norawi Ali & Nur Jahan Ahmad. (2019). The needs analysis in game-based STEM module development for KSSM science teachers. International Journal of Recent Technologu and Engineering, 8(3), 6622-6628.
Franklin-Guy, Sherri, & Donna Schnorr. (2016). Student Engagement in Schools:
Examination of a Construct for Effective Instructional and Educational Practices. The International Journal of Pedagogy and Curriculum, 23(4), 17-23. doi: 10.18848/
2327-7963/CGP/v23i04/17-23
Glasnovic Gracin, D. (2018). Requirements in mathematics textbooks: a five-dimensional analysis of textbook exercises and examples. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 49(7), 1003-1024.
Jamshed, S. (2014). Qualitative research method-interviewing and observation. Journal of Basic Clinical Pharmacy, 5(4), 87–88. doi:10.4103/0976-0105.141942
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Matematik Tahun Enam. Kuala Lumpur, Malaysia:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) Putrajaya. Malaysia.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis Peperiksaan Malaysia. (1992). Laporan Keputusan Peperiksaan 1991. Kuala Lumpur:
Majlis Peperiksaan Malaysia.
Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran Bahasa Melayu: didik hibur dan seni bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Razak Mohd Nordin & Masitah Ahmad. (2015). Pendekatan Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan Terhadap Sikap Dan Minat Murid Orang Asli Di Negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 100-120.
http://www.ipgmipoh.edu.my/journal/index.php/dedikasi/article/view/33/30
Mohd Zahar & Affero. (2016). Penerapan kaedah didik hibur terhadap motivasi belajar di kalangan murid di sebuah sekolah rendah daerah Kluang. In Seminar Pendidikan Johor.
Ng S. G. (1983). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia, dalam Berita Matematik (27), Julai, Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Norlela Ahmad & Samsudin Othman. (2020). Penggunaan kaedah Didik Hibur dalam pengajaran kemahiran membaca guru Bahasa Melayu sekolah rendah. International Journal of Education and Training (InjET), 6(2), 1-11.
Nur Aliah Izzaty, H., (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai/Nur Aliah Izzaty Hisamudin (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur, Malaysia:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Quek Miow Leng. (2006). Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.
Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan-Pendekatan Kontemporari.
Kuala Lumpur: UPSI.
Reynolds, J. M. (2003). The role of mathematics anxiety in mathematical motivation: a path analysis of the cane model. In https://www.researchgate.net/publication/325621246_
Mathematics_Anxiety_Perceive d Mathematics_Self
Rosnee Ahad, Mohamad Zaid Mustafa, Salina Supiyan & Abdul Rassid Abdul Razzaq. (2018).
Keberkesanan Penggunaan Petak Sifir dalam Penguasaan Fakta Asas Darab dalam Matematik tahun 2. Online Journal for TVET Practitioners.
Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. (2006). Isu isu dalam Pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah & Mokhtar Nawawi.
(2011). Pengaruh Amalan Jenaka Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Murid. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 26(1), 125-144, 2011.
Sii Kiong Ming & Mohd Razimi Husin. (2019). The Implementation of Humorous Practices in the Teaching and Learning of Malay Language Literature Component. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 8(4), 1063-1073.
Tuah Ishak & Mohini Mohamed. (2010). Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI): Suatu Isu Berulang. Jurnal Teknologi, 53(1), 53-60.
doi:10.11113/jt.v53.11
Zanariah Wahab & Zambri Mahamod. (2017). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pendekatan Didik Hibur. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. (Tidak Diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zhu, Y. & Fan, L. (2006). Focus on the representation of problem types in intended curriculum:
A comparison of selected mathematics textbooks from Mainland China and the United States. International Journal of Science and Mathematics Education, 4(4), 609-626.
Zorica, M. B. (2014). Edutainment atthe higher education as an element for the learning success. Proceedings of EDULEARN14 Conference, 7th-9thJuly 2014, 4089-4098.