MATLAMAT DASAR HARTA INTELEK NEGARA
1. Peningkatan Kemakmuran Ekonomi dan Sosial
Matlamat utama DHIN adalah untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan sosial masyarakat dengan mempergunakan Harta Intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dengan cara memperluaskan kapasiti Malaysia untuk meningkatkan penghasilan, melindung dan menguatkuasakan dengan efektif, mengurus dengan baik dan memaksimumkan pengeksploitan komersil Harta Intelek.
2. Memperkukuhkan Daya Saing Negara
Mengukuhkan daya saingan jangka panjang negara dengan cara membangunkan industri Harta Intelek sebagai industri matang dan termaju yang menghasil, mengurus dan memperdagangkan Harta Intelek.
3. Malaysia Sebagai Hab Harta Intelek Terkemuka
Membangunkan Malaysia sebagai hab Harta Intelek terkemuka di mana penghasilan nilai ekonomi daripada aktiviti-aktiviti perniagaan berasaskan Harta Intelek memperkukuhkan keseluruhan prestasi ekonomi Malaysia. Dengan industri Harta Intelek yang matang dan termaju Malaysia boleh menjadi pengeksport Harta Intelek.
4. Penubuhan Budaya Harta Intelek
Memaju dan menanamkan budaya Harta Intelek di kalangan masyarakat perniagaan dan industri serta orang awam. Harta Intelek perlu diterima sebagai aset penting dan berharga dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dan sebagai pemangkin kepada kemajuan pengetahuan dan teknologi yang menentukan daya saingan jangka panjang negara. Sebagai aset berharga, Harta Intelek perlu diurus secara efektif untuk menentukan ianya dilindungi, diperbangunkan selanjutnya dan potensi ekonominya dieksploitasi ke tahap maksima.
**Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan Matlamat Dasar Harta Intelek Negara, sila layari www.kpdnkk.gov.my
**Unit SME merupakan pejabat yang bertanggungjawab di dalam usaha mengkomersilkan produk penyelidikan UniMAP. Harta Intelek dan isu berkaitan dengannya juga berada di bawah tanggungjawab unit ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus:
Small Medium Enterprise Unit Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) N0: 12, Taman Utara Jejawi
Jalan Jejawi Sematang 02600 Arau
Perlis
Tel: (04)-9798941/42 Fax: (04)-9782749 http://sme.unimap.edu.my
Bersambung pada keluaran akan datang…
AIMS OF THE NATIONAL INTELLECTUAL PROPERTY POLICY
1. Enhancement of Economic, Social and Cultural Prosperity
The main goal of the National Intellectual Property Policy is to enhance the socio-economic prosperity of the community by harnessing Intellectual Property as a new economic growth through expanding Malaysia's capacity to increase the generation of Intellectual Property, to effectively protect and enforce, to properly manage and to maximize the commercial exploitation of Intellectual Property.
2. Strengthening the Nation's Competitiveness
Strengthen the long-term competitiveness of the nation, by developing the Intellectual Property industry into a mature and highly developed industry that generates, manages and commercializes Intellectual Property effectively.
3. Malaysia as a Leading Intellectual Property Hub
Develop Malaysia into a leading Intellectual Property hub where the generation of economic value from Intellectual Property-driven business activities will strengthen Malaysia's overall economic performance. With mature and highly developed Intellectual Property industry, Malaysia can be a net exporter of Intellectual Property.
4. Establishment of an Intellectual Property Culture
Promote and instill Intellectual Property culture among the business and industrial community as well as the public. Intellectual Property has to be accepted as an important and valuable asset in the national socio-economic development and catalyst to progress in knowledge and technology that will ensure a long-term competitiveness of the nation. As a valuable asset, Intellectual Property has to be effectively managed in order to ensure that it is protected, further developed and its economic potential exploited to the maximum.
**For more details about Aims of The National Intellectual Property Policy, please visit www.kpdnkk.gov.my
**SME Unit is the office in charge to commercialise the university’s research product. IP and issues related to it is also under the custodian of this office. For further enquiries, please contact:
Small Medium Enterprise Unit Jabatan Canselori
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) N0: 12, Taman Utara Jejawi
Jalan Jejawi Sematang 02600 Arau
Perlis
Tel: (04)-9798941/42 Fax: (04)-9782749 http://sme.unimap.edu.my