6
Membangunkan Modul Stem Haiwan Menggunakan Pendekatan Projek Untuk Kanak-Kanak Prasekolah
Connie Ompok1, Jaini Sapirai2, Alley Emison3 Lydia Teo4 ,Priscilla Kyle Payne5
1235University Malaysia Sabah, 4IPG Kampus Keningau Corresponding email: [email protected]
Informasi Artikel
AbstrakKata Kunci
Murid Prasekolah, Modul STEM haiwan, Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) di peringkat prasekolah masa kini tidak kertelihatan dengan jelas. Kajian ini bertujuan membangunkan satu modul STEM haiwan dengan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah. Pelaksanan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan projek ini menfokuskan kepada aktiviti beberapa haiwan dalam membina tempat tinggal mereka (sarang).
Hal ini dipercayai boleh meningkatkan minat kanak-kanak di peringkat awal terhadap STEM kerana aktiviti bertemakan Haiwan sangat sesuai dengan kanak-kanak. Fasa pertama melibatkan aktiviti pengenalan melalui video tentang haiwan. Fasa kedua melibatkan penyiasatan, penyoalan dan pelaksanaan aktiviti iaitu kanak-kanak akan berbincang dengan ibu bapa mereka dengan kolaborasi guru. Fasa ketiga memerlukan kanak-kanak menceritakan aktiviti yang dilaksanakan. Idea yang disampaikan oleh kanak-kanak selaras dengan usaha menjadikan mereka saintis kanak-kanak.
Aktiviti ini merupakan satu contoh STEM pendekatan projek yang dapat dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Sabah disebabkan Covid-19 dengan penglibatan guru, ibu bapa dan persekitaran sebagai guru ketiga dalam pendidikan awal kanak-kanak.
PENGENALAN
Pendidikan prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak dan merupakan aspek terpenting dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak di awal persekolahan (Norazizah, 2019). Oleh yang demikian, aktiviti di peringkat awal kanak-kanak seharusnya seronok dan mencetus sikap ingin tahu melalui penerokaan tentang dunia di sekeliling mereka (Eggen & Kauchak, 2012). Ong dan Shamalah (2014) mencadangkan agar pemupukan proses sains yang lebih eksplisit dan terancang harus dilakukan secara beransur-ansur menerusi penghasilan modul kemahiran proses sains yang boleh dijadikan sebagai panduan pengajaran untuk pendidik. Bagi penyelidik, penyuburan minat dan pendedahkan kepada STEM untuk kanak- kanak adalah diperlukan. Dalam kurikulum prasekolah di Malaysia, STEM merupakan antara satu dari enam tunjang yang dinyatakan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017. Tunjang berkenaan STEM sangat penting dalam mempersiapkan kanak-kanak untuk menghadapi dunia sains dan teknologi semasa dan juga masa hadapan.
Kebelakangan ini, banyak kajian telah dijalankan terutamanya tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan di Malaysia sebelum ini menunjukkan bahawa guru kurang mahir dan tidak faham cara menggunakan pendekatan berpusatkan murid
7 seperti Pendekatan Berasaskan Projek (PBP) di prasekolah (Azizah & Abdul Aziz, 2012). Perkara ini seolah- olah guru prasekolah belum memahami pendekatan ini secara menyeluruh. Hal ini kerana, masalah yang dihadapi guru ialah pengetahuan dan kemahiran yang terhad dalam melaksanakan kaedah projek di prasekolah (Romarzila, 2016). Perkara ini jelas melalui kajian yang dijalankan oleh Noor Miza (2015) yang mendapati seramai 11 orang guru daripada 25 orang guru yang telah ditemu bual menyatakan bahawa mereka tidak pasti cara menjalankan pendekatan projek di prasekolah. Ini menunjukkan perlunya latihan dalam melaksanakan pendekatan ini.
Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan sumber alam termasuklah kepelbagaian haiwan dan tumbuhan. Pembelajaran yang menyeronokkan, melibatkan hands-on dan memberi pengalaman yang merangsang kanak-kanak berfikir dan menyelesaikan masalah adalah diperlukan. Pendidikan STEM dianggap sebagai sesuatu yang perlu diajar dan dikuasai oleh murid dimulai pada peringkat awal bagi mempersiapkan generasi dalam menghadapi persaingan abad ke-21 (McClure, 2017). Kajian yang dijalankan ini adalah membina modul STEM haiwan untuk kanak-kanak prasekolah. Modul ini juga memberi nilai tambah kepada perasaan sayang dalam kalangan kanak-kanak khususnya terhadap alam sekitar dengan menggunakan bahan- bahan terpakai dalam menghasilkan aktiviti yang disediakan. Di samping itu, modul ini juga meningkatkan nilai kasih sayang mereka terhadap haiwan-haiwan yang terdapat di muka bumi ini.
Sememangnya pendidikan STEM adalah pendekatan yang masih baharu di negara ini, ianya sangat sesuai dilaksanakan sejak usia awal bagi menanam minat kanak-kanak yang tinggi dalam STEM. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Kartz (2010) bahawa pendidikan STEM harus dimulakan di peringkat awal umur. Di samping itu, Aminah (2015) berpendapat bahawa pendidikan STEM perlu dimulakan daripada peringkat awal kanak- kanak kerana dalam peringkat ini kanak-kanak sering bertanya soalan tentang persekitaran yang mereka lihat di sekeliling dengan ibu bapa dan guru-guru. Sehubungan itu, kajian lepas juga menunjukkan dapatan bahawa pendedahan STEM dalam pendidikan awal kanak-kanak mampu:
a. membina asas pembelajaran dan perkembangan minda kanak-kanak pada masa hadapan;
b. membantu dalam perkembangan pemikiran kritis dan kemahiran penaakulan;
c. meningkatkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran Sains dan Matematik, dan minat terhadap kerjaya berkaitan STEM;
d. mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanya dan suka menyiasat; dan
e. memberi pengalaman luas kepada kanak-kanak mengenai dunia semulajadi dan dunia buatan di sekeliling mereka.
(Katz, 2010; Hoachlander & Yanofsky, 2011; National Research Council (NRC), 2011; Bybee, 2013).
PBP merupakan kaedah instruktional yang membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu dalam menghasilkan hasil projek akhir secara koperatif dengan teknik „hands-on‟ dan „minds-on‟ (Kaldi, 2011).
Setiap fasa dilihat sesuai dengan salah satu daripada tiga elemen utama kerja projek - kandungan, proses dan produk. Pendekatan Projek amat bermakna dan berkesan diintegrasikan ke dalam guru pendidikan awal kanak- kanak. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) terbahagi kepada tiga fasa;
i. Fasa I - Perancangan dan Persediaan untuk memulakan projek
Katz dan Chard (1994) menyatakan bahawa matlamat utama Fasa I adalah bagi mewujudkan interaksi antara kanak-kanak menerusi perkongsian maklumat, idea dan pengalaman sedia ada kanak-kanak tentang topik yang sedang dibincangkan. Melalui fasa ini, pendidik boleh melibatkan kanak-kanak untuk membina kefahaman asas tentang habitat haiwan bagi memulakan penyiasatan mengenai topik yang dibincangkan dengan lebih terperinci.
Meskipun di peringkat pra perbincangan menurut Helm dan Katz (2011), pendidik harus menggalakkan kanak- kanak untuk bercerita mengenai topik menerusi bermain dan melukis pengetahuan sedia ada mengenai perbincangan mengikut cara kanak-kanak itu sendiri.
Helm dan Katz (2011) menyatakan bahawa sumbangsaran dan bertukar-tukar pengalaman tentang topik yang dibincangkan dapat menambahkan penghargaan dan penghayataan dalam kalangan kanak-kanak. Perkongsian pengalaman daripada kanak-kanak itu sendiri walaupun hanya mengandungi sebahagian kecil dari topik yang dibincangkan dapat membantu para pendidik mengenalpasti sejauh mana tahap pengalaman kanak-kanak itu.
Kadang-kala kanak-kanak mempunyai pengalaman yang sama, namun terdapat perbezaan dari segi pengetahuan mengenai pengalaman tersebut (Noor Ashikin et al., 2019).
Selaras dengan kenyataan di atas maka fasa ini menunjukkan bahawa sesuatu penjelasan yang berfokus memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berfikir tentang bagaimana sesuatu fenomena berlaku dan alasan terhadap kejadian tersebut seperti modul yang dibangunkan. Perasaan ingin tahu ini membantu kanak-kanak untuk mempelajari lebih banyak perkara yang melibatkan hubungan sebab dan akibat serta menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan mengemukakan soalan serta berusaha bagi mencari jawapan dari persoalan
8 tersebut (Helm & Katz, 2011). Justeru itu, fasa ini memberi peluang kepada pendidik untuk memperkenalkan modul yang ingin dilaksanakan secara asas agar kanak-kanak mendapat gambaran dengan lebih jelas.
ii. Fasa II - Perkembangan dalam menjalani projek
Fasa kedua ini melibatkan penyiasatan dan penyoalan bagi mencari jawapan terhadap soalan yang telah dikemukakan oleh kanak-kanak semasa di fasa satu. Fasa ini menunjukkan cara dalam mengumpulkan data dan memperoleh maklumat baharu. Helm & Katz (2011) dan Katz, (2010) menyatakan bahawa pendekatan yang digunakan oleh pendidik untuk memperoleh maklumat adalah pendidik mengaturkan lawatan di luar bilik darjah, menjemput pakar untuk berbicara bersama kanak-kanak serta mendemonstrasikan kepakaran mengenai sesuatu topik.
Jelaslah bahawa Helm & Katz (2011) dan Katz (2010) berpendapat sebahagian aktiviti yang dikendalikan oleh kanak-kanak untuk memperoleh pengetahuan ialah menerusi perbincangan bersama rakan-rakan. Perkara ini memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak untuk mempraktiskan kemahiran dan memperkembangkan tahap pemikiran mereka. Peranan utama pendidik dalam fasa ini adalah menggalakkan kanak-kanak yang terlibat menggunakan kemahiran seperti memerhati, berkomunikasi, melukis dan mewarna secara berdikari tanpa bantuan daripada orang lain.
Di samping itu, fasa ini juga membantu para pendidik dan kanak-kanak membuat perbincangan yang mencakupi tempat dilawati untuk kerja lapangan ataupun kehadiran pakar dalam bilik darjah. Aktiviti ini merupakan sumber utama dalam pembinaan soalan, memperoleh informasi serta idea untuk memastikan minat kanak-kanak semakin meningkat (Noor Ashikin et al., 2019). Perbincangan yang dijalankan dalam kumpulan merupakan cara yang paling sesuai khususnya bagi menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman baharu. Pemerolehan maklumat baharu ini penting untuk membantu kanak-kanak semasa sesi berkongsi pengetahuan baharu bersama rakan-rakan (Katz, Chard & Kogan, 2014). Soalan-soalan merangkumi “bagaimana sejenis haiwan membuat sarang tempat tinggalnya?” atau mungkin sahaja soalan seperti “haiwan jenis apakah lagi yang membuat sarang selain daripada burung/ labah-labah dan lebah?” boleh ditanyakan kepada kanak-kanak untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka mengenai pembelajaran ini.
iii. Fasa III - Refleksi dan kesimpulan (Pameran Perdana)
Matlamat Fasa III adalah perkongsian pengalaman dan informasi baharu dalam kalangan kanak-kanak khususnya bagi menyelesaikan projek menerusi penghasilan artifak atau model yang dipelajari. Malah, Fasa III juga turut mempamerkan tahap pengetahuan baharu dalam kalangan kanak-kanak (Noor Ashikin et al., 2019).
Di samping itu, fasa ini juga memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak untuk membuat refleksi terhadap pengetahuan baharu dan pemahaman yang telah mereka kuasai. Ini kerana kanak-kanak mula mempamerkan tahap peningkatan pengetahuan bukan sahaja melalui bermain tetapi menerusi paparan bahan-bahan di dinding, drama dan tarian, buku skrap, model dan permainan (Katz, Chard & Kogan, 2014).
METODOLOGI KAJIAN
Aktiviti modul STEM Haiwan menggunakan Pendekatan Projek untuk kanak-kanak prasekolah yang memfokuskan kepada tema haiwan iaitu berkaitan dengan sarang. Kajian ini menggunakan Model ADDIE bagi menilai sejauh mana modul STEM Haiwan menggunakan Pendekatan Projek ini memberi kesan positif ke atas pembelajaran kanak-kanak prasekolah ataupun tidak. Juppri Bacotang & Zainiah Mohamed Isa (2016) berpendapat bahawa Model ADDIE Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran. Dick, Carey & Carey (2009) menyatakan bahawa reka bentuk pengajaran ialah proses sistematik untuk mereka bentuk, membangunkan, melaksana dan menilai pengajaran.
Walaubagaimanapun, limitasi yang dihadapi dalam membangunkan modul ini menyebabkan pengkaji hanya dapat melaksanakan 3 fasa yang terdapat dalam Modul ADDIE iaitu Analysis, Design dan Development.
Memandangkan Model ADDIE merupakan proses pengulangan maka data diperolehi daripada penilian formatif yang dijalankan dalam fasa Analysis, Design dan Development. Analisis kualitatif dijalankan oleh pengkaji melalui dokumen yang berkaitan.
Di samping itu, panel penilaian modul yang terdiri dari tiga (3) kepakaran yang terlibat dalam reka bentuk dan pengembangan modul ini berfungsi sebagai penilai modul untuk menentukan sejauh mana para peserta menyatakan persetujuan mereka. Penilai modul ini menggunakan Skala Likert iaitu dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju) yang memenuhi kriteria dari segi kandungan dan reka bentuk pembelajaran menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari Susiana (2018). Soalan terbuka juga disertakan untuk mendapatkan cadangan penilai agar modul lebih berkesan. Kepakaran mempunyai profil berikut; (i) lima belas
9 tahun dalam bidang kepakaran; (ii) aktif / bersara di institusi akademik dan (iii) telah mengembangkan bahan pengajaran dalam bidang kepakaran mereka.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Melalui bahagian ini, pengkaji akan membincangkan dapatan kajian yang diperolehi dalam tiga fasa yang terlibat dalam Modul ADDIE melalui Aktiviti modul STEM Haiwan menggunakan Pendekatan Projek untuk kanak-kanak prasekolah yang menfokuskan kepada tema haiwan iaitu berkaitan dengan sarang. Dapatan mengikut peringkat adalah seperti berikut;
Analisis
Peringkat Analisis merupakan asas bagi semua peringkat lain dalam reka bentuk pengajaran yang bertujuan mengenal pasti objektif, kandungan, kesesuaian terhadap sasaran, dan capaian model pembelajaran dan pengajaran (Larson & Lockee, 2014). Oleh yang demikian, dalam fasa ini pengkaji telah menjalankan analisis keperluan dengan melibatkan ibu bapa dan guru dalam perbincangan kumpulan fokus dan analisis dokumen- dokumen dan standard pengajaran seperti KSPK 2017 serta tiga modul pengajaran yang dibangunkan. Hasil kajian mendapati bahawa ibu bapa dan guru bersetuju bahawa terdapat keperluan yang tinggi untuk mengajar kanak-kanak prasekolah mengenai aktiviti modul STEM Haiwan dengan menggunakan Pendekatan Projek.
Tambahan pula, ibu bapa juga menyatakan bahawa mereka memerlukan aktiviti yang sederhana dan jelas agar mereka mudah melaksanakan aktiviti ini bersama anak masing-masing di rumah sekiranya sekolah ditutup.
Reka Bentuk
Dalam fasa Reka Bentuk, pengkaji melakukan inventori tugas dan menyusun objektif prestasi dengan memasukkan beberapa tema pendekatan projek dan STEM. Pengkaji akan menjelaskan cara untuk mencapai matlamat umum pengajaran yang telah ditentukan dalam peringkat analisis dengan membina objektif pembelajaran yang lebih khusus. Antara elemen yang perlu dicapai dalam peringkat ini ialah membina objektif pembelajaran, dan menentukan kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) (Larson & Lockee, 2014). Dapatan dalam peringkat ini akan menjadi input untuk peringkat ketiga iaitu pembangunan. Dalam fasa ini juga, pengkaji akan menyusun objektif dengan menggunakan tema haiwan yang memfokuskan kepada sarang haiwan tersebut dengan mengetengahkan pendekatan projek dalam pembelajaran STEM dan membangunkan Modul STEM Haiwan menggunakan Pendekatan Projek untuk kanak-kanak prasekolah. Selain itu, pengkaji juga akan menyatakan tujuan pengajaran, objektif pembelajaran dan tugas-tugas. Antara tujuan pengajaran dan objektif pembelajaran ialah:
a. Memberikan pendedahan kepada kanak-kanak tentang pembelajaran STEM khususnya dalam menghasilkan sarang haiwan (Burung, Labah-labah, dan lebah).
Pembangunan
Peringkat ini merujuk kepada penyediaan pembelajaran kepada kanak-kanak untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam peringkat Reka Bentuk. Peringkat ini melibatkan pembinaan rancangan pembelajaran, bahan bantu mengajar dan dokumen sokongan (McKenney & Reeves, 2012). Dalam pada itu, pengkaji juga menghasilkan kandungan, mengembangkan strategi dan melakukan semakan formatif.
Tiga (3) aktiviti pembelajaran yang dihasilkan dengan memberi tumpuan kepada haiwan dalam proses membuat sarang. Pengkaji mengetengahkan Tema STEM terutamanya dalam eksperimen saintifik yang akan dijalankan oleh kanak-kanak semasa pembelajaran yang melalui tiga (3) fasa dalam pendekatan projek.
Aktiviti Modul Stem Haiwan Menggunakan Pendekatan Projek Untuk Kanak-Kanak Prasekolah Berikut merupakan tajuk mengikut modul yang disediakan khas untuk murid prasekolah:
AKTIVITI TAJUK
1 Sarang Burung
2 Sarang Labah-Labah
3 Sarang Lebah
10 Pengintegrasian STEM:
STEM PERKARA
Sains Mengamati dan eksperimen, membuat ramalan, berkongsi penemuan, bertanya dan bertanya bagaimana sesuatu itu boleh berlaku/ berfungsi.
Teknologi Merupakan cara untuk melakukan. Teknologi menggunakan alat, mengenal pasti masalah, dan membuat sesuatu berjalan lancar.
Kejuruteraan Cara untuk melakukan. Kejuruteraan adalah menyelesaikan masalah, menggunakan pelbagai bahan, merancang dan membuat serta membina perkara yang sesuai.
Matematik Kaedah mengukur. Matematik adalah urutan pengiraan (1, 2, 3, 4…), membuat corak (1, 2, 1, 2, 1, 2…), dan meneroka bentuk (segitiga, persegi, bulatan) dan saiz (lebih besar, kurang dari).
AKTIVITI 1 : SARANG BURUNG
Modul ini memberi tumpuan kepada pembelajaran STEM dalam dunia burung khususnya dalam menghasilkan sarang. Di samping itu, murid juga akan mengetahui tentang pelbagai jenis sarang yang dihasilkan oleh jenis
burung yang berlainan. Aktiviti ini disediakan untuk murid turut serta secara hands-on untuk meningkatkan pemahaman dan minat mereka dalam STEM.
Objektif
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang STEM khususnya dalam menghasilkan sarang burung.
Bahan
Felt
Cardboard
Yarn
String
FeathersPompoms Pompoms
Fasa I [Explore & Engage ]
1. Pendidik/ ibu bapa memberi peluang kepada setiap kanak-kanak untuk bercerita pengalaman mereka tentang habitat burung. Ini bertujuan untuk melibatkan kanak-kanak dalam membina pemahaman asas dan mengenal pasti habitat burung itu sendiri. Contohnya, pendidik/ ibu bapa meminta kanak-kanak secara bergilir menceritakan pengalaman mereka tentang habitat burung yang pernah mereka lihat.
2. Selepas itu, pendidik/ ibu bapa juga meminta kanak-kanak untuk menggambarkan pengalaman dan pengetahuan mereka tentang habitat burung melalui lukisan masing-masing.
3. Seterusnya kanak-kanak menonton proses burung membuat sarang (Engage) melalui link video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=ykIdP94Gcu8 https://www.youtube.com/watch?v=s65M-V1jRMo https://www.youtube.com/watch?v=Dk0IKCHhT-4
11
12
13
14 Setelah kesemua aktiviti yang dibangunkan disusun, pengkaji meminta panel pakar yang bertugas sebagai pengulas untuk mengkaji modul yang disediakan dari segi kandungan dan reka bentuk pembelajaran sebagai sebahagian daripada penilaian formatif. Jadual 1 merangkum penilaian kandungan oleh tiga pakar. Kriteria penilaian meliputi luas / liputan topik / tema terpilih, pemadanan antara tajuk dan isi, kejelasan bahasa, penjajaran antara standard dan objektif, dan kecukupan isi.
Jadual I. Kandungan Penilian
Bil. Kandungan
Item Mean Kategori
1. Ketepatan tajuk aktiviti dengan kandungan 4.33 Persetujuan
2. Kesesuaian antara konsep dan kandungan 4.33 Persetujuan
3. Objektif pembelajaran 4.33 Persetujuan
4. Kesesuaian antara objektif pembelajaran dan bahan 4.33 Persetujuan 5. Kejelasan penerangan bahan dan contoh yang digunakan 4.00 Persetujuan 6. Kesesuaian antara gambar / ilustrasi dan bahan 3.67 Persetujuan
7. Ketepatan pemilihan isi ringkasan 4.33 Persetujuan
8. Kesesuaian antara standard kecekapan dan objektif pembelajaran
4.67 Persetujuan
9. Perkaitan STEM dengan aktiviti/ Tugas 4.33 Persetujuan
10. Penerimaan kandungan dan aktiviti STEM Haiwan 3.67 Persetujuan 11. Penerimaan kandungan dan pendedahan Pendekatan Projek 4.00 Persetujuan
Berdasarkan skala 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju), nilai min bagi kebanyakan item lebih daripada 4 yang menunjukkan persetujuan. Hanya dua item yang mempunyai min yang lebih rendah (item 5 dan item 11). Selain itu, penjelasan untuk gambar-gambar tertentu harus dijelaskan lebih jauh agar anak-anak dapat memahami dengan lebih baik.
Jadual II menunjukkan penilaian yang dilakukan terhadap reka bentuk pembelajaran Modul STEM Haiwan menggunakan Pendekatan Projek untuk kanak-kanak prasekolah. Secara keseluruhan, semua item mendapat nilai min lebih dari 4.0.
15
Jadual II. Ulasan Penilai Tentang Reka Bentuk Pembelajaran
Bil. Kandungan
Item Mean Kategori
1. Kualiti penutup 4.00 Persetujuan
2. Ketepatan susun atur 4.33 Persetujuan
3. Penggunaan yang konsisten tentang ruang, tajuk, sub tajuk, dan bahan
4.33 Persetujuan
4. Kejelasan penulisan 4.33 Persetujuan
5. Kelengkapan komponen dalam setiap bahagian tentang bahan pengajaran
4.67 Persetujuan
6. Ketepatan menyampaikan bahan 4.33 Persetujuan
7. Kesesuaian grafik, jadual atau ilustrasi gambar 3.67 Persetujuan 8. Kejelasan tentang susunan persembahan bahan 4.33 Persetujuan
Input daripada penilai merupakan sumber yang sangat berharga khususnya dalam membuat tindakan selanjutnya seperti penyemakan dan penambahbaikan pada masa akan datang. Oleh kerana Modul ADDIE adalah berulang, maka pengkaji mempunyai peluang untuk sentiasa membuat penambahbaikan. Secara keseluruhan, penilai yakin dan bersetuju bahawa modul tersebut sesuai dan sah untuk memenuhi tujuannya dalam pendidikan awal kanak- kanak.
KESIMPULAN
Modul STEM haiwan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah ini telah membuktikan bahawa ia mampu meningkatkan keupayaan kanak-kanak prasekolah khususnya dalam mempelajari STEM.
Modul ini membuktikan juga bahawa kanak-kanak amat teruja menjalani aktiviti modul yang dibangunkan.
Oleh yang demikian, pembelajaran STEM di peringkat prasekolah adalah amat sesuai dan lebih menarik dalam memberikan keseronokan kepada kanak-kanak untuk belajar terutamanya Sains dan Matematik dalam keadaan sebenar. Justeru itu, bagi merealisasikan satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 iaitu memperkukuhkan pendidikan STEM di sekolah maka modul yang dibangunkan ini telah membuktikan bahawa pengetahuan, kemahiran dan sikap kanak-kanak dapat dipertingkatkan dalam mempelajari sains dan metamatik.
Kajian seumpama ini juga bertepatan dengan keperluan semasa yang mula memfokuskan STEM dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian oleh pihak KPM untuk dintegrasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan.
16 RUJUKAN
Aminah Ayob, Mohd Nasir Ibrahim, Ong Eng Tek, Mazlina Adnan., Noriah Ishak., & Jameyah Sheriff. 2015.
Laporan kajian STEM untuk permata negara. Bahagian permata, Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Azizah Zain dan Abdul Aziz Abdul Syukor. 2012. Tahap pengetahuan guru-guru prasekolah dalam melaksanakan pendekatan projek di prasekolah. Dalam Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak (m.s. 78-80). Kota Baharu: Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Bybee RW. 2013. The Case for STEM Education: Challenges and Opportunities. NSTA Press.
Dick, W., Carey, L., & Carey, J. O. 2009. The systematic design of instruction (7th ed.). Upper Saddle River, NJ:
Pearson Education.
Eggen, P., & Kauchak, D. 2012. Educational Psychology: Windows On Classrooms (9th ed.). Upper Saddle River, N.J.: Pearson Education.
Helm, J.H., & Katz, L. G. 2011. Young Investigators: The Project Approach In The Early Years. New York, Ny:
Teacher College Press.
Hoachlander G, Yanofsky D. 2011. Making STEM Real. Educational Leadership, 68(6).
Juppri Bacotang & Zainiah Mohamed Isa. 2016. Aplikasi Model ADDIE dalam Pembangunan Modul Awal Literasi (Modul A-Lit) untuk Kanak-kanak TASKA. 1st International Teacher Education Conference on Teaching Practice (ITECTP), 8-10/10/16, Bangunan E-Learning, UPSI.
Katz, L. G. 2010. STEM in the Early Years. In STEM in Early Education and Development Conference, Cedar Falls, Iowa, May. Diperolehi daripada http://ecrp.uiuc.edu/beyond/seed/katz.html.
Katz, L., & Chard, S. C., & Kogan, Y. 2014. Engaging children's minds: The project approach (3rded.). ABC- CLIO, LLC: Santa Barbara, California
Katz, L. G., & Chard, S. C. 1994. The Project Approach. ERIC Clearinghouse on Elementary and Early Childhood Education Urbana IL, 1-6. Diperolehi daripada ERIC database. (ED368509)
Larson, M. B., & Lockee, B. B. 2014. Streamlined ID: A practical guide to instructional design. Oxon:
Routledge.
Norazizah Abdul Rahman. 2019. Science Process Skills In Preschool Children Through Project Approach Kemahiran Proses Sains Dalam kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Menerusi Pendekatan Projek. Sains Humanika, 11 (1), 43–61.
McClure, E., Guernsey, L., Clements, D., Bales, S., Nichols, J., Kendall-Taylor, N. 2017. STEM starts early:
Grounding science, technology, engineering, and math education in early childhood. New York: The Joan Ganz Cooney Center at Sesame Workshop.
McKenney, S., & Reeves, T. C. 2012. Conducting educational design research. New York: Routledge.
National Research Council (NRC). 2010. Successful K-12 STEM-Identifying Effective Approaches in Science, Technology, Engineering and Mathematics.
Noor Miza Abdul Rahman. 2015. Pembinaan Modul Berasaskan Pendekatan Projek Untuk Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi Murid Tadika. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Noor Ashikin. 2019. Pendekatan Projek dan Integrasi Kurikulum Menerusi Kaca Mata OECIL Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, Jilid XXI.
Ong, E.T. & Shamala Manikam. 2014. Penguasaan Kemahiran Proses Sains Asas dalam Kalangan Murid India di Beberapa Buah Sekolah Rendah di Perak. Sains Humanika, 2(1), 159-169.
Romarzila Omar. 2016. Pembelajaran Berasaskan Projek Dalam Pendidikan Sains Awal Kanak-kanak Prasekolah. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lumpur.
Susiana, E.Widyastuti. Using the ADDIE model to develop learning material for actuarial mathematics. The Sixth Seminar Nasional Pendidikan Matematika Universitas Ahmad Dahlan 2018.