MEMO – PUSAT PERUMAHAN PELAJAR BIL. 2/2020
PENDAFTARAN KOLEJ BAGI PELAJAR SENIOR BAGI SEMESTER 1 SESI 2020/2021 1.0 TUJUAN
Memo PPP ini bertujuan untuk memaklumkan pendaftaran pelajar senior dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Oktober 2020.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Pekeliling Naib Canselor Bil.8/2020 – Covid-19: Penangguhan Pendaftaran Kemasukan Semua Pelajar Prasiswazah Dan Pascasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (Baharu dan Semasa) Bagi Semester 1, Sesi 2020/2021 serta Pemakluman KPT: Kemasukan Semula Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi ke Kampus Secara Berperingkat Bagi Semester 1, Sesi 2020/2021 adalah berkaitan.
3.0 PENDAFTARAN KOLEJ BAGI PELAJAR SENIOR
3.1 Memo ini adalah terpakai bagi pelajar UKM yang berdaftar untuk sesi akademik Sesi 2020/2021.
3.2 Pelajar dalam kategori ini yang telah ditawarkan penginapan kolej adalah dibenarkan untuk mendaftar penginapan bermula 10 Oktober 2020 tertakluk kepada perakuan oleh fakulti (keperluan akademik).
3.3 Bilik yang telah ditawarkan kepada pelajar tidak akan ditawarkan kepada pelajar lain kecuali setelah pelajar sendiri menolak tawaran bilik berkenaan.
3.4 Caj penginapan hanya dikenakan apabila pelajar mendaftar secara fizikal di kolej. Sekiranya pelajar telah mengesahkan kepada PPP yang mereka hanya akan datang mendaftar di kolej pada semseter 2 sesi 2020/2021, PPP berhak menggunakan bilik berkenaan bagi tujuan lain sehingga pelajar datang mendaftar pada semester 2.
3.5 Sekiranya semester 2 sesi 2020/2021 pelajar telah dibenarkan kembali ke kampus dan pelajar tidak hadir mendaftar sehingga minggu ke 2, PPP berhak membatalkan tawaran bilik berkenaan kecuali ada pemakluman mengenai kelewatan untuk pelajar mendaftar dan diperakui oleh PPP.
3.6 Pelajar yang tidak berjaya mendapat penempatan untuk semester 1 sesi 2020/2021 boleh membuat rayuan melalui appsmu.ukm.my/kolej mulai 13 Oktober 2020. Tawaran adalah tertakluk kepada kekosongan bilik di kolej kediaman.
3.7 Pengecualian ini hanya terpakai bagi tempoh masa yang dinyatakan dan tertakluk kepada sebarang perubahan selaras dengan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
4.0 Sebarang perubahan arahan adalah tertakluk kepada situasi semasa COVID-19 serta arahan terkini daripada pihak Kerajaan Malaysia.
Kerjasama pelajar untuk mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan adalah amat dihargai. Untuk maklumat lanjut berkaitan memo ini, boleh menghubungi Pusat Perumahan Pelajar di talian 03-8921 5602 atau email : [email protected].
PUSAT PERUMAHAN PELAJAR 9 Oktober 2020
CERTIFIED TO MS ISO 9001:2015Cert. No. : QMS 02549 PUSAT PERUMAHAN PELAJAR
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel.: +603-8921 5601 E-mel: [email protected]
MengilhamHarapan, Mencipta Masa Depan •Inspiring Futures, Nurturing Possibilitie