• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMPENGARUHI PROSES BERKESATUAN-SEKERJA: SUAT(1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MEMPENGARUHI PROSES BERKESATUAN-SEKERJA: SUAT(1 "

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KEPUASAN KERJA DAN FAKTOR-FAKTOR LAIN YANG

MEMPENGARUHI PROSES BERKESATUAN-SEKERJA: SUAT(1

PENINJAUAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PENDING.

HO KHEE FATT

Latihan Ilmiah ini dikernukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Uengan Kepujian

Kajian Hubungan Industri dan Perburuhan

FAKULTI SAINS SOSIAI.

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 1997

i

(2)

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia penulisan ilmiah saya, Dr. Gabriel Tonga Noweg yang telah memberikan tunjuk ajar yang memanfaatkan terhadap penulisan latihan ilmiah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada pihak-pihak pengurusan CMS Cement Berhad dan Toko Electronic (Sarawak) Sendirian Berhad yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan penyelidikan di sana. Kerjasama dan pertolongan yang telah dihulurkan oleh En Edward Suka dan En Azman semasa kajian ini dijalankan adalah amat dihargai. Tanpa bantuan dan maklumat yang diberikan oleh mereka, usaha karya mi adalah tidak mungkin disempurnakan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada suadara Tam Wei Keong dan saudara Hoh Hoong Koan yang sudi meluangkan masa dan tenaga mereka untuk membantu saya dalam mengendalikan survei. Kepada semua pihak yang telah memberi pandangan membina terhadap penulisan ini, saya juga tidak lupa untuk memberi penghargaan kepada mereka. Akhir sekali, saya mendedikasi karya penulisan ini kepada seisi keluarga saya dan semua pihak yang telah memberi sokongan moral kepada saya sepanjang penyelidikan mi berlangsung.

HO KHEE FATT 27 Mac 1997

III

(3)

ABSTRAK

Mewujudkan persekitaran industri yang harmoni merupakan salah satu faktor yang penting untuk kemajuan sektor pembuatan di Malaysia. Menjalinkan perhubungan majikan-pekerja yang baik menerusi proses berkesatuan-sekerja dipercayai dapat membentuk keadaan tempat kerja yang harmoni. Penyelidikan telah berfokus kepada faktor-faktor yang telah mempengaruhi proses perkembangan berkesatuan-sekerja di sektor tersebut. Pada umumnya, keanggotaan para pekerja dalam kesatuan sekerja sering dikaitkan dengan ketidakpuasan yang timbul di tempat kerja mereka. Walau bagaimanapun, dipercayai bahawa faktor-faktor lain juga berpengaruh terhadap pembentukan kesatuan sekerja. Kajian mi telah membuat peninjauan ke Kawasan Perindustrian Pending, Sarawak, di mana dua firma yang bersifat tidak berkesatuan-sekerja telah dijadikan sebagai sampel kajian. Keputusan kajian adalah berbeza dengan pandangan umum yang menyatakan tahap kepuasan kerja mempunyai perhubungan negatif terhadap tendensi berkesatuan-sekerja.

Hasil kajian sebaliknya menunjukkan faktor kepuasan kerja mempunyai perhubungan positif yang signifikan terhadap tendensi berkesatuan-sekerja. Ini menunjukkan bahawa kolerasi di antara kepuasan kerja dan kewujudan kesatuan sekerja mungkin bukannya terhad kepada satu haluan sahaja. Selain itu, juga didapati bahawa tahap pendidikan, umur, tempoh perkhidmatan, jantina, jenis industri dan persepsi pihak pengurusan terhadap kesatuan sekerja

mempengaruh proses penuhuhannya. Akhirnya, telah diramalkan hahawa penggerakkan ke arah berkesatuan-sekerja di sektor pembuatan Malaysia akan terus melangkah dengan kadar yang agak perlahan.

iv

(4)

ABSTRACT

Establishment of harmonious industrial environment is a major factor that contributes to the development of manufacturing sector in Malaysia. It is believed that creation of good employer-employees relationship through unionisation process might help to establish a harmonious workplace. This research focuses on factors that might influence the process of the development of unionisation. In general, enrolment of workers in a trade union is always related to dissatisfaction at the workplace. However, it is believed that some other factors may also contribute to the formation of a union. A

survey is conducted at the Pending Industrial Area, whereby two of the non- union firms are selected as research samples. The finding of the research is different from the general view, where level of job-satisfaction is negatively related to tendency of unionisation. Instead, it is found that the factor of job- satisfaction has significant positive relationship with the tendency of unionisation. It appears, therefore, that correlation between job-satisfaction and tendency to form trade union may not be unidirectional. In addition, the research has shown that unionisation process is also influenced by level of education, length of service, gender, type of industry and management perception. Finally, it is predicted that the rate of unionisation for the manufacturing sector in Malaysia will remain at a slow pace.

V

(5)

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

... iii ABSTRAK

... iv ABTRACT

... v KANDUNGAN

... vi SENARAI JADUAL

... ix SENARAI RAJAH

... x BAB I: PENGENALAN

... 1

1.1 Permasalahan Kajian

... 1 1.2 Latarbelakang Firma-firma yang Dikaji ... 6

1.2.1 Firma Industri Simen

... 7 1.2.2 Firma Industri Elektronik

... 7 1.3 Tujuan dan Kepentingan Kajian

... 8 1.4 Objektif-objektif Kajian

... 9 1.5 Hipotesis-hipoteisis Kajian

... 10 1.5.1 Hipotesis Utama

... 10 1.5.2 Sub-Hipotesis 1

... 11 1.5.3 Sub-Hipotesis 2

... 11 1.5.4 Sub-Hipotesis 3

... 11 1.5.5 Sub-Hipotesis 4

... 11 1.6 Definisi-definisi Konsep

... 12 1.6.1 Para Pekerja

... 12 1.6.2 Kepuasan Kerj a... 12

1.6.3 Kesatuan Sekerja

... 13 1.6.4 Tendensi Untuk Menerima Penubuhan Kesatuan sekerja

dan Menganggotainya

... 13 1.6.5 Tahap Pendidikan

... 14 1.6.6 Tempoh Perkhidmatan Para Pekerja

... 14 1.6.7 Pendapatan Para Pekerja

... 14

vi

(6)

1.6.8 Industri

... 15 BAB II: ULASAN KARYA

... 16

2.1 Konsep Kepuasan Kerja

... 16 2.2 Mengapa Pekerja Menganggotai Kesatuan Sekerja

... 18 2.3 Sektor Pembuatan Malaysia dan Tren Berkesatuan-sekerja

... 20 2.4 Kajian-kajian Lepas

... 21 BAB III: METODOLOGI

... 25 3.1 Subjek Kajian

... 25 3.2 Pensampelan

... 26 3.3 Tempoh dan Lokasi Kajian

... 26 3.4 Rekabentuk Kajin

... 27 3.4.1 Soalselidik

... 27 3.4.2 Maklumat Sekunder

... 31 3.4.3 Temuramah Tidak Berstruktur

... 31 3.5 Kebolehpercayaan dan Kesahan Soalselidik

... 31 3.6 Analisis Data

... 32 3.7 Skop dan Limitasi

... 33 3.7.1 Kelemahan Soalselidik

... 34 3.7.2 Kekurangan Rujukan

... 34 3.7.3 Kelemahan Sampel Kajian

... 34 3.7.4 Kelemahan Saiz Sampel dan Responden

... 35 3.7.5 Masalah Pemahaman Soalselidik

... 35

BAB IV: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

... 36

4.1 Demografi Responden

... 36 4.1.1 Umur

... ... ... 36 4.1.2 Jantina

... 36 4.1.3 Kumpulan Etnik

... 37 4.1.4 Tahap Pendidikan

... 39

vii

(7)

4.1.5 Pendapatan

... 40 4.1.6 Pengetahuan Terhadap Kesatuan Sekerja

... 41 4.2 Tendensi Untuk Menerima Penubuhan Kesatuan Sekerja dan

Menganggotainya

... 42 4.3 Tahap Kepuasan Kerja Para Responder

... 44 4.4 Perhubungan Kepuasan Kerja Dengan Tendensi Para Pekerja Untuk

Menubuh dan Menganggotai Kesatuan Sekerja

... 45 4.5 Faktor-faktor Lain

... 49 4.5.1 Tahap Pendidikan Para Pekerja

... 49 4.5.2 Umur Para Pekerja

... 50 4.5.3 Tempoh Perkhidmatan Para Pekerja

... 50 4.5.4 Faktor Pendapatan Para Pekerja

... 51 4.5.5 Faktor Jantina Para Pekerja

... 51 4.5.6 Faktor Industri Yang Diceburi Para Pekerja

... 53 4.6 Pendirian Pihak Pengurusan Terhadap Berkesatuan-sekerja

... 55 4.7 Perbincangan

... 56

BAB V: KESIMPULAN, IMPLIKASI KAMAN DAN

CADANGAN

... 59

5.1 Kesimpulan Kajian

... ... 59 5.1.1 Kepuasan Kerja dan Proses Berkesatuan-sekerja

... 59 5.1.2 Faktor-faktor Lain dan Proses Berkesatuan-sekerja

... 60 5.1.3 Pendirian Pihak Pengurusan dan Proses Berkesatuan-sekerja

.... 61 5.2 Implikasi Kajian

... 62 5.3 Cadangan Kepada Kajian Lanjutan

... 64 5.3.1 Menambahkan Saiz Sampel dan Responden

... 64 5.3.2 Mengukur Tahap Kepuasan Kerja Dari Pelbagai Segi

... 64 5.3.3 Membuat Kajian di Firma-firma Yang Lebih Stabil

... 65

BIBLIOGRAFI

... 66 LAMPIRAN A

... 69 LAMPIRAN B

... 74

viii

(8)

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Indeks Tahap Kepuasan Kerja

... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 29 Jadual 2: Indeks Tahap Tendensi Berkesatuan-sekerja

.... ... ... ... ... ... ... .... 30 Jadual 3: Pembahagian Jantina Para Responden

... ... ... ... ... ... ... ... 37 Jadual 4: Tahap Pendidikan Para Responden Mengikut Industri

... 39 Jadual 5: Tahap Pendapatan Para Responden

.... ... . ... ... ... . ... . .... .. 40 Jadual 6: Pengetahuan Para Responden Terhadap Kesatuan Sekerja

... 41 Jadual 7: Tahap Kepuasan Kerja Para Responden

... . ... . ... ... ... ... . .... 44 Jadual 8: Keputusan Ujian Kolerasi Antara Kepuasan Kerja dan Tendensi

Untuk Menerima Penubuhan Kesatuan Sekerja dan

M enganggot ai nya ... 49 Jadual 9: Keputuasan Ujian Kolerasi Antara Tahap Pendidikan, Umur,

Tempoh Perkhidmatan dan Pendapatan dengan Tendensi Untuk Menerima Penubuhan Kesatuan Sekerja dan Menganggotainya

... 52 Jadual 10: Keputusan Ujian 1 Bagi Faktor Jantina dan Skor '1'endensi Untuk

Menerima Penubuhan Kesatuan Sekerja dan Menganggotainya

.... 53

Jadual 1 1: Keputusan Ujian 1 Bagi Faktor Industri dan Skor Tendensi Untuk Menerima Penubuhan Kesatuan Sekerja dan Menganggotainya

.... 54

IX

(9)

SENARAI RAJAH

Rajah 1: Model Teori Keperluan Maslow

... 18 Rajah 2: Kumpulan Etnik Para Responden

... 38 Rajah 3: Tendensi Para Responden Untuk Menerima Penubuhan Kesatuan

Sekerja clan Menganggotainya

... 43

X

(10)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Permasalahan Kajian

Sejak beberapa dekad ini, sektor pembuatan telah berkembang dengan kadar yang amat pesat di Malaysia. Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) melaporkan bahawa

sumbangan sektor pembuatan telah mencatat kadar sebanyak 33. I peratus daripada jumlah nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 1995. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RME) yang berlangsung sepanjang tahun 1991

hingga 1995, sektor pembuatan turut mencatatkan pertumbuhan gunatenaga yang tinggi. la merupakan kira-kira satu per empat daripada jumlah gunatenaga Malaysia dan mewujudkan hampir 60 peratus daripada gunatenaga barn dalarn tempoh RMI:

tersebut (Unit Perancangan Ekonomi 1996). Arah pertumbuhan ini telah memberi implikasi bahawa betapa pentingnya untuk mewujudkan keharmonian perhubungan industri dalam sektor pembuatan. Ini bermakna, pemeliharaan kestabilan perhubungan majikan dengan para pekerja atau antara pihak pengurusan dengan kesatuan sekerja telah memainkan peranan yang mustahak. Dengan hanya wujudnya prasyarat iaitu

keharmonian industri, dapat menjaminkan kemajuan sektor pembuatan supaya terus memberi sumbangan kepada kemakmuran ekonomi Malaysia. Ini kerana keharmonian

industri di sektor pembuatan boleh mengelakkan daripada berlakunya kes-kes yang, merugikan orang ramai seperti mogok, piket dan tutup pintu (luck-nh).

Kerajaan Malaysia yang sedar akan kepentingan untuk mewujudkan keharmonian industri telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

I

(11)

ý

perhubungan industri Malaysia. Im dapat diperhatikan melalui sistern perhubungan industri rasmi yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia telah merangkumi semua bentuk perhubungan yang penting. Misalnya perhubungan di antara majikan-majikan

dan dan pekerja-pekerja, hak-hak majikan, Jabatan ßuruh dan pegawainya, kuasa

mutlak yang diberikan kepada Menteri Sumber Manusia dan sebagainya. Kesatuan sekerja yang berfungsi sebagai jambatan perhubungan di antara pihak pekerja dengan

majikan turut dikawal dengan ketat oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh yang 1clas,

penubuhan kesatuan sekerja yang berperingkat kebangsaan (ºuºlioººal ººººioºº) adalah tidak dibenarkan. Sejak dart tahun 1985, telah menjadi polisi kerajaan supaya semua kesatuan sekerja didaflarkan di bawah kesatuan sekerja peringkat perusahaan (t'ºº/C'ipPl. 1Y' ººººioºº), dan bukannya kesatuan sekerja yang berbentuk kcbangsaan (nriflin

1996). Tambahan laoi, bagi tujuan menggalakkan pelaburan asing, Kerajaan Malaysia telah memberikan taraf' "industri printis" kepada industri pembuatan baru Keistimewaan yang dinikmati oleh "industri perintis" tersehut nyata telah memberi kepentingan dan memihak kepada pillak malikan. Misalannya, firma industri elektronik yang bertaratkan "industri printis" adalah tidak dibenarkan untuk nlenubuhkan

kesatuan sekerja sehingga tahun 1988 (nriffin 1996). Perwatakan yang dimainkan olch

pihak kerajaan seclikit-sebanyak telah nlewujudkan persekitaran yang tidak begitu menggalakkan proses berkesatuan-sekerja di sektor pembuatan Malaysia.

Dalam kebanyakan keadaan, pihak nlajikan atau pengurusan juga memainkan

peranan yang penting dalanl proses berkesatuan-sekerja. Secara unlumnya, niereka selalunya merupakan golongan yang cuba mcngelakkan penubuhan kesatuan sekcrja daripada para pekerja. Sikap negativ mereka telah mengabaikan aspek perhubungan pekerja yang seharusnya diwujudkan Perhubungan pekerja yang nlelandaskan sikap

(12)

3

negatif tersebut, sebaliknya telah merumitkan kehendak pembentukan keharmonian persekitaran pekerjaan yang diharapkan oleh pihak kerajaan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Cascio (1995), perhubungan di antara pihak pengurusan dan para pekerja sering kali bercirikan kesengsaraan, keganasan dan saling berseteruan dan bukannya dalam bentuk kerjasama. Dalam situasi Malaysia, tren ini juga telah menjadi suatu penghalang kepada proses berkesatuan-sekerja:

"Employers often ref use to recognise newly registered unions that existed in their factories often leading to complaints made by unions to the Industrial Relations Department of the Ministry of Human Resource. Various other tactics were also used such as intimidation on active unionists, anti-union clauses in employment contracts and , formation of company unions

(Ariffin 1996)

Keadaan tersebut di atas bukan saja membantutkan proses perkembangan kesatuan sekerja dalam sektor pembuatan, malah juga boleh nlenunbulkan rasa ketidakpuasan para pekerja terhadap pihak pengurusan. Keadaan in sudah tentu akan menjejaskan prestasi kerja para pekerja dan produktiviti tirnla.

Ketidakpuasan telah diterima umum sebagai salah satu täktor penting yang

mendorong para pekerja untuk menubuhkan kesatuan sekerja dan nlenganggotainya.

Pandangan ini mengandaikan bahawa para pekerja cenderung menerima proses berkesatuan-sekerja kerana nlenlberi pengharapan bahawa kesatuan sekerja dapat

memperjuangkan hak-hak mereka. Ini adalah untuk nlelllelluhi keperluan asas, keselamatan, sosial dan kesempurnaan diri sepertimana yang terdapat dalam "1'eori Hierarki Keperluan Maslow (Sloane dan Witney 1991).

(13)

4

Sekiranya kenyataan tersebut adalah benar, para pekerja yang hekerja di firma mempunyai kesatuan sekerja seharusnya dapat mencapai tahap kepuasan kerja yang lebih tinggi. Tetapi, penemuan beberapa penyelidikan tentang perhubungan industri menunjukkan keadaan yang diharapkan itu tidak wujud. Sebaliknya tahap kepuasan kerja bagi para pekerja yang berkesatuan-sekerja adalah lebih rendah, jika dibanding dengan para pekerja yang berkerja di firma yang tidak berkesatuan-sekerja (Gordon dan DeNisi 1995). Walau bagaimanapun, penemuan-penemuan tersebut mendapati bahawa kadar pusing ganti (lrrrnrnvrr) di kalangan pekerja berkesatuan-sekerja adalah

lebih rendah jika dibandingkan dengan para pekerja tidak herkesatuan-sekerja.

Penemuan-penemuan tersebut telah mengalami suatu keadaan paradoks, kerana tindakan berhenti kerja sememangnya diterima sebagai salah satu tingkahlaku yang menandakan ketidakpuasan para pekerja terhadap perkerjaan mereka. Persoalan yang timbul ialah para pekerja yang mempunyai kesatuan sekerja sungguhpun mempunvai kadar pusing ganti yang lebih rendah, tetapi mereka mempunyai tahap kepuasan kerja

yang rendah jika dibandingkan dengan para pekerja di firma yang tidak berkesatuan- sekerja. Penemuan-penennran tersebut secara amnya telah hercanggah dengan pandangan unwm. Ini telah memberi implikasi kepada kalran mi untuk meneliti semula pengaruh kepuasan kerja terhadap proses berkesatuan-sekerja dalain konteks Malaysia yang masih kekurangan kajian van,, sedemikian rupanya.

Perhubungan industri yang, harnuoni merupakan salah satu I)unra yang membawa kemajuan kepada industri sktor

pembuatan di Malaysia. OIcb itti, ianya perlu

diperlihara atau dipereratkan Iaýýi Secara tradisinya, pemberian pengiktiralän kepada

kesatuan sekeºja untuk membuat herundingan bersama dihercayai adalah cara yang

(14)

S

lebih balk bagi mewujudkan keharmonian industri. Tetapi ia telah menerima cabal-an baru, kerana kajian menunjukkan satu tren di mana firma-firma baru adalah cenderung tidak berkesatuan-sekerja, dan mereka telah mecapai kejayaan yang diharapkan ((iuest dan Hoque 1994).

Perkembangan hubungan industri di Malaysia juga memperlihatkan satu fenomena baru, di mana galakkan telah diberi untuk menubuhkan kesatuan sekerja dalaman (in-house unions). Arus baru im disebabkan kepercayaan kerajaan dan

majikan bahawa kesatuan sekerja dalaman akan cenderung, mempertingkatkan

produktiviti firma. Kenyataan dalam labour and A1unpoºcrr /lepoi"I /9,1'3-S-1 jelas menunjukkan corak perkemban-an ini

" In-hnrls'e llllinrl are deemed !n he lrrecli. %l)n, cecl lo increase lrrocllK'liwlº' in Ilurl Iheº, are ll(rrlicwkn"4v more ulrlrrnlricrle

, fnr the eslcrhli4men!

(lilt/ nlrer(rlintl of qualm, corltrol circles (()( '( ') in irl(hr. clrie. s"

(Ministry oofLabour Malaysia I994)

Kebangkitan ini telah memberi nafäs haru kepada proses berkesatuan-sekeºja negara im. Kelonggaran yang diberi kepada para peketja elektronik untuk menubuhkan kesatuan sekerja bermula dari tahun l Q88 merupakan satu tanda yang, jelas hagi perkembangan im.

Di negeri Sarawak pula, sejarah penubuhan firma-firma di sektor pembuatan kebanyakan adalah masih muda dan baru. h-1isalannya di Kawasan Perindustrian

Pending, Kuching, kebanyakan firma-firma di situ adalah tidak mempunyai kesatuan sekerja. Dalam konteks vang sedemikian, apakah im bermakna para peker. ja niereka telah mencapai tahap kepuasan kerja yang tinggi, dan tidak pcrlukan penubuhan dan

(15)

b

keanggotaan dalam kesatuan sekerja? Sebaliknya, apakah mereka telah bercadang untuk menubuh dan menganggotai kesatuan sekerja kerana merasa ketidakpuasan terhadap kerja mereka? Bagaimana pula reaksi pihak majikan terhadap perkembangan

ini? Persoalan-persoalan mengenai faktor-faktor yang dipercayai berpengaruh terhadap proses berkesatuan-sekerja terutamanya isu kepuasan kerja telah dijadikan permasalahan utama yang difokuskan dalam kajian ini. Hasil penemuan dijangka dapat

meramalkan tren berkesatuan-sekerja bagi industri-industri pembuatan yang sedang berkembang dengan pesat di Sarawak, dan juga di keseluruhan Malaysia

1.2 Latarbelakang Firma-Firma Yang Dikaji

Kawasan Perindustrian Pending merupakan antara kawasan perindustrian yang terpenting di negeri Sarawak. firma-firma kawasan ini merangkumi pelbagai jenis

industri, antaranya seperti industri simen, indusU-i besi dan keluli, industri pemproscsan balak dan industri pen`.: eluar alat komponen elektronik. Dalam kajian im, dua buah

firma yang nlasinL! -masingnva herlokasi dalam lingkungan kawasan perindustrian tersebut telah dijadikan sampel kajian. la meliputi sebuah firma pembuatan simen dan sebuah firma pengeluar alat komponen elektronik. Para pekerja kedua-dua firma tersebut masing-masing adalah tidak digahungkan di hawah pertuhuhan kesatuan

sekerja. Perhubungan para pekerja dengan pihak majikan mereka adalah secara individu, atau melalui perwakilan pekerja yang herhentuk informal.

(16)

7

1.2.1 Firma Industri

. Simon

Firma industri simen yang dijadikan sampel kajian ialah - ('MS Cement Sendirian Berhad. Lokasi kilang CMS Cement adalah kira-kira tujuh kilometer dar, Pusat Bandaraya Kuching. la merupakan sebuah firma pengilang simen yang tunggal d,

Sarawak. Firma , ni ditubuhkan pada hulan Februari 1974 dengan usahasama di antara Perbadanan Pembangunan Ekonom, Negeri Sarawak dan Sabah (SE I)(' Sarawak (Ian

Sabah) untuk menghasilkan "simen portland". Kilangnya mula beroperasi secara komersil pada bulan Januari 1978 (CMS Cement 1995). Secara amnya, Kilang ('MS Cement adalah sebuah kilang yang bersifat mengintensifkan mesin. Penggunaan tenaga

pekerja hanya tertumpu pada proses pembungkusan, penyelengaraan mesin, pengawalan proses pengisaran, penimbangan, membaikpulih mesin Berta kerja-kerja pentadbiran yang lain. Menurut rekod firma tersebut, jumlah tenaga pekerja yang digunakan oleh CMS Cement sehingga 31 Oktober 1996 adalah serama, 253 prang

Melebihi 93 peratus daripada pekerjanya adalah kaum lelaki, dan hanya terdapat kurang daripada 7 peratus daripada jumlahnya adalah pekerja-pekerja wan, ta

1.2.2 Firma Industri Pengeluar Alat Kumpunen Elektronik

Toko Electronic (Sarawak) Sendirian Berhad adalah sehuah anak syarikat

milikan firma multinasional - Kumpulan Toko, Jepun. Kilang 'l'oko Idectronic

(Sarawak) Sdn Bhd terletak di dalam 7. on Industri Bebas, Sama Java. Ia mula

beroperasi pada 15 September 1992, merupakan kilang pengeluar alat komponen

elektronik yang mempunyai sejarah penuhuhan yang terlania di Kawasan I'erindustrian

(17)

8

Pending. Produk utamanya termasuk "coils" dan "filters", alat kelengkapan elektronik dan keluaran industri berteknologi tinggi. Toko merupakan sebuah firma yang berintensifkan penggunaan tenaga pekerja, bilangan tenaga pekerja yang digunakan

sehingga November 1996 menjangkau 2133 orang ('I'oko Electronic 1996).

Kebanyakan pekerjanya terdiri daripada kaum wanita, pekerja lelaki merupakan

golongan minoriti dalam populasi pekerjanya. Bilangan pekerja wanitanya telah merangkumi 91 peratus daripada jumlah tenaga pekerja yang digunakan, dan hanya mempunyai 9 peratus pekerja lelaki. Para pekerjanya kebanyakan tertumpu pada bahagian barisan pengeluaran sebagai operator-operator pemasangan.

1.3 Tujuan dan Kepentingan Kajian

Tujuan utama kajian im ialah untuk mengenalpastikan sejauh mana pengaruh

tahap kepuasan kerja dapat mempengaruhi tahap tendensi para pekeºja untuk menerima proses berkesatuan-sekerja. Tambahan lagi, ka

.

jian bertrijuan untuk mengenalpasti beberapa faktor sosial demograti yang berkemungkinan mempunyai pengaruh terhadap

proses berkesatuan-sekerja selain daripada täktor kepuasan kerja. Faktor-faktor seperti tahap pendidikan, pengetahuan terhadap kesatuan sekerja dan umur adalah juga diberi perhatian dalam kajian ini. Peninjauan terhadap tir-ma-firma yang tidak mempunyai

kesatuan sekerja telah dijalankan untuk mengumpul data-data yang diperlukan.

Penemuan kajian adalah penting supaya faktor-faktor yang menyebabkan proses berkesatuan-sekerja dapat diketahui Menerusi tendensi yang ditonjolkan oleh para

pekerja mereka, hasil penemuan membolehkan ramalan masa depan dibuat terhadap

(18)

9

perkembangan perhubungan industri firma-firma yang dikaji. Ramalan dibuat sama ada firma-firma tersebut dapat mengekalkan status mereka yang sedia ada sebagai firma yang tidak berkesatuan-sekerja (non-union

. firm). Atau dengan ramalan sebaliknya, proses berkesatuan-sekerja berlaku di firma-firma berkenaan, dan pihak pengurusan berdepan dengan suara bersama (collective voice) para pekerja. Ramalan tersebut juga dapat diperluaskan (generalise) kepada firma-firma baru yang berlokasi di negeri Sarawak secara khusus, dan secara amnya kepada keseluruhan sektor pembuatan Malaysia. Berdasarkan hasil penennian kajian, penilaian secara inferensi

boleh dibuat berdasarkan faktor-faktor yang dikenalpasti berpengaruh terhadap proses berkesatuan-sekerja. Oleh itu, kajian ini juga berperanan penting untuk menilai perkembangan proses berkesatuan-sekerja sektor pembuatan di negeri Sarawak dan juga Malaysia secara keseluruhannya. Memandangkan kekurangan bahan kajian

mengenai perhubungan industri di Malaysia terutama yang berkaitan dengan topik ini, kajian ini telah membuka jalan kepada penyelidik-penyelidik yang akan datang.

1.4 Objektif-objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk meninjau tahap kepuasatt kerja dan faktor-faktor sosial demograf-i para pekerja di firma sektor pembuatan. lni adalah untuk menganalisis sejauh mana tendensi penubuhan kesatuan sekerja dan keanggotaannya dapat dipengaruhi oleh faktor-faktor tersehut. Ohjektif sampingan ialah mengetahui pendirian atau persepsi pihak pengurusan terhadap kesatuan sekcrja, kerana persepsi mereka juga holch mempengaruhi proses berkcsatuan-sekcrja. Ucngan

ini, beberapa objektif spesifik telah dikenalpasti:

1.4.1 Mengenalpasti tahap kepuasan kerja para pekerja.

(19)

10

1.4.2 Mengukur tahap tendensi atau hasrat para pekerja untuk menerima penubuhan dan menganggotai kesatuan sekerja.

1.4.3 Meninjau faktor-faktor tahap pendidikan, umur, tempoh perkhidmatan, pendapatan, jantina, jenis industri, kesedaran terhadap kesatuan sekerja yang dapat mencerminkan tendensi penerimaan penubuhan kesatuan sekerja dan keanggotaannya.

1.4.4 Mengenalpasti pendirian pihak pengurusan terhadap proses berkesatuan-sekerja

1.5 Hipotesis-hipotesis Kajian

Kajian ini telah menguji beberapa hipotesis untuk menuju ke arah kepentingan kajian dan mencapai objektif kajian. Andaian telah dibuat bahawa proses berkesatuan-

sekerja boleh disebabkan dengan kewujudan tendcnsi para pekerja untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya. Ini bernrikna sesebuah firma adalah berpotensi tinggi mengalami proses berkcsatuan-sekerja, sekiranya tahap tendensi para pekerja untuk menerima penuhuhan kesatuan sekerja dan

menganggotainya adalah semakin tinggi. Bagi mencapai ohjektif kajian, hipotesis utama dibentuk dengan berdasarkan andaian yang tersebut di atas. Manakala sub-sub hipotesis juga dibentuk untuk menyokong hipotesis utama dan juga untuk mencapai

tujuan sampingan kajian. I-lipotesis-hipotesis nol dan alternatif adalah seperti yang dinyatakan berikut:

1. S. 1 Hipotesis Ulama

Ho: Tendensi para pekerja untuk menerinla penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya adalah berlluhungan dengan tahap kepuasan kerja.

(20)

11

Ha: Tendensi para pekerja untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya tidak berhubungan dengan tahap kepuasan kerja.

1.5.2 Sub-Hipotesis 1

Para pekerja yang mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi adalah bertendensi rendah untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya.

1.5.3 Sub-Hipotesis 2

Tendensi para pekerja untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya berkaitan dengan faktor-faktor berikut:

a. Tahap pendidikan para pekerja;

b. Umur para pekerja;

c. Tempoh perkhidmatan para pekerja;

d. Pendapatan para pekerja.

1.5.4 Sub-hipotesis 3

Tidak terdapat perbezaan dalam tendensi untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya bagi para pekerja yang berlainan jantina.

1.5.5 Sub-hipotesis 4

Tidak terdapat perbezaan dalam tendensi untuk menerima penubuhan kesatuan

sekerja dan menganggotainya bagi para pekerja yang bekerja di industri yang

berlainan.

(21)

12

1.6 Definisi-definisi Konsep

Definisi-definisi konsep yang digunakan dalam hipotesis-hipotesis adalah ditafsirkan secara operasional seperti berikut:

1.6.1 Para Pekerja

Para pekerja adalah merujuk kepada kumpulan pekerja yang tergolong dalam kategori bukan pengurusan (nun-munugeriul ºrnrker., f Kumpulan pekerja yang dikategorikan dalam kumpulan "pengurusan" dan "pegawai keselamatan" tidak diambil-kira, kerana mereka adalah kumpulan yang tidak Iayak untuk menubuhkan

kesatuan sekerja dan menganggotainya; Pembahagian pekerja-pekerja dalam kategori

pengurusan dan bukan pengurusan adalah berdasarkan polisi firma yang dibuat tinjauan.

1.6.2 Iºepua. can Kerja

Menurut Johns (1992) kepuasan kerja ditakrilkan sebagai, sate himpunan sikap

yang pekerja miliki berkenaan dengan kerjanya. Manakala 'fosi et al. (1994), mendefinisikannya sebagai sikap seseorang terhadap kerja secara umum, atau aspek- aspek spesifik kerja. Kikjian im menggunakan satu set soalselidik yang mengukur tahap

kepuasan kerja dan lima aspek kepuasan iaitu silät kerja, rakan-rakan sekerja, organisasi, kepimpinan ketua dan keadaan tempat kerja. Sifat kerja diukur dar, segi kepuasan pekerja terhadap keulangan kerja (roluUnn of ºrork), autorit, dan kreativit,

sesuatu kerja. Kepinipinan ketua pula diukur dan segi kepuasan pekerja terhadap daya kepimpinan dan kemesraan ketua mereka. '1'ahap pencapariln kepuasan kcrja bergantung kepada skala yang diheri (I hingga 5). Pencapaian skor akin dianalisis

(22)

i;

secara total, di mana skor yang semakin tinggi menandakan pencapaian tahap kepuasan kerja yang semakin tinggi atau sebaliknya.

1.6.3 Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja merujuk kepada gabungan para pekerja yang formal atau kesatuan sekerja berdaftar yang sah dibawah undang-undang perburuhan serta diiktiral'

oleh pihak majikan (firma). Seperti mana yang ditafsirkan di Bahagian I di bawah Akta Kesatuan Sekerja, 1959 (Akta 262) dan Peraturan-Peraturan, 1959, "kesatuan sekerja

yang berdaftar" memberi erti kesatuan sekerja yang didaftarkan dibawah Akta (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 1994a). Akta Perhubungan Perusahaan, 1967

pula memperuntukkan kesatuan sekerja yang berdaftar perlu diberi pengikliralän oleh pihak majikan sebelum ia Iayak untuk mengadakan rundingan bersama (I

. emhaga Penyelidikan Undang-Undang 1994b). Konsep kesatuan sekerja clalam kajian im adalah seperti mana yang telah ditakritkan oleh akta-akta tersebut. la harus memenuhi dua kriteria, iaitu mesti merupakan kesatuan sekerja yang bercfaltar dan perlu diberi pengiktirafan oleh pihak majikan.

1.6.4 Tendensi Untuk Alenerimu PenuhubnnKesutunn

, Yekerju dun Men1, ºnnl, Jkºutrlin yu

Tendensi untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya

merujuk kepada kecenderunýýan, kesanggupan dan hasrat yang botch menyehahkan penubuhan kesatuan sekerja serta keanggotaan ahlinya Tendensi tersebut juga ditakritkan sebagai elemen penting vang mempengaruhi proses berkesatuan-sekeºja bagi sesebuah firma. Tahap tendensi diukur dengan satu set soalselidik vang

(23)

14

mempunyai lima tahap skala (I hingga 5). Jumlah skor yang diperolehi semakin tinggi bermaksud tendensi untuk menerima penubuhan kesatuan sekerja dan menganggotainya adalah semakin tinggi.

1.6.5 Tahap Pendidikan

Tahap pendidikan diukur dengan jumlah tahun pendidikan fbrmal yang diterima

oleh para responden iaitu: peringkat persekolahan rendah (I hingga 6 tahun), peringkat persekolahan menengah (7 hingga 12 tahun), dan peringkat pendidikan tinggi yang termasuk peringkat sijil pengkhususan, diploma dan universiti ( 12 tahun keatas). Bagi para responden yang tidak pernah mengikuti seharang persekolahan l, 6rmal dikategorikan dalam kategori "tidak mempunyai pendidikan flormal. "

1.6.6 Tempuh Perkhidnuttan Para Pekerja

Tempoh perkhidmatan para pekerja merujuk kepada jangkamasa seseorani;

peke 'a berkhidmat di firma yang dikaji. Penoukuran panjang tempoh perkhidmatan adalah berdasarkan pengiraan tahun secara genap, iaitu tempoh perkhidmatan pekerja

yang

, melebihi enam bulan di,, enapkan sehayai sctahun Maklumat dikutip herniula daripada tahun kemasukan seseorano pekerja ke firma herkenaan tichinýý; a tarikh tahun

semasa kajian dijalankan

1.6.7 Pendapatan Porn Pekerja

Pendapatan ditakritkan sehagai jumlah wing yang diperolehi dalani sate jangkamasa tertentu. Pengukuran yang digunakan dalam kajian ialah sukatan Murata

nilai Wang Ringgit Malaysia yang diperolehi oleh Para responden dalam jangkamasa

(24)

sebulan. Pendapatan yang diukur adalah mengambil-kira bayaran gaji, elaun dan semua jenis faedah pampasan yang berbentuk kewangan yang diperolehi daripada kerja yang

dilakukan oleh seorang pekerja.

1.6.8 Industri

Industri merujuk kepada semua jenis perusahaan yang dikategori dalam sektor

pembuatan berdasarkan pengeluaran utamanya. Dua jenis kategori industri digunakan

sebagai ukuran dalam kajian ini, iaitu firma industri simen clan firma industri elektronik.

Referensi

Dokumen terkait

masalah, membuat hipotesis, mengidentifikasi variabel percobaan, memperoleh data, melakukan analisis hasil percobaan, dan menentukan kesimpulan [4]. Berdasarkan hasil pra

Pasal 1 angka 6 Undang-Undang Hak Asasi Manusia memberikan definisi pelanggaran hak asasi manusia sebagai berikut: "Pelanggaran hak asasi manusia adalah setiap

Supaya tidak salah paham dengan arti sebenarnya, maka pengertian yang dimaksud dalam penelitian ini adalah seperti pada definisi operasional berikut. 1) Afiks bahasa

Definisi operasional dalam penelitian ini adalah sebagai berikut. 1) Teknik pembelajaran jigsaw merupakan teknik pembelajaran yang berusaha mengaktifkan skemata atau latar

Definisi operasional dalam penelitian ini, adalah sebagai berikut. 1) Psikoanalisis sastra adalah telaah karya sastra interdisipliner antara ilmu susastra dengan

Definisi Operasional pada penelitian ini adalah sebagai berikut.. 1) Rossy adalah salah satu program bincang-bincang yang ringan tetapi bermutu dalam menyajikan programnya

Hasil analisis eksposisi terhadap konsep murtad menurut Ibrani 6:1-8 adalah sebagai berikut. Maksudnya tidak membahas lebih lanjut mengenai asas pengajaran itu bukan

2 Definisi operasional variabel dari persamaan di atas yaitu sebagai berikut: y = jumlah kunjungan individu ke Kawasan Pantai Baron per individu selama 1 tahun TCi = biaya perjalanan