MELANGKAH ke dunia pasca pandemik iaitu Covid-19 ini banyak memberi perubahan fizikal kepada kehidupan manusia berbanding dengan dua tahun lalu.
Pada ketika ini, hampir setiap tingkah laku pengguna boleh dikatakan tidak mahu bersentuhan secara fizikal untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Integrasi digital dalam kalangan pengguna khususnya di Malaysia semakin tinggi apabila adaptasi pembayaran tanpa bersentuhan semakin digunakan.
Ia bukan saja untuk pembeli, paling penting adalah golongan peniaga apabila
perkhidmatan tanpa sentuhan itu turut memperkasakan perniagaan mereka sekali gus memberi prosedur transaksi yang mudah.
Pastinya, itu adalah masa depan kaedah pembayaran apabila semua transaksi akan dilaksanakan tanpa bersentuhan fizikal dan buat masa ini, kaedah sentuhan kad perbankan diperlukan.
Untuk pembayaran masa depan, pastinya kad perbankan itu tidak lagi diperlukan sebaliknya denga
n hanya membawa telefon pintar, semua transaksi boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.
Terbaru, syarikat gergasi teknologi iaitu Apple mengumumkan rancangannya untuk memperkenalkan sistem pembayaran era baharu iaitu 'Tap to Pay' menerusi peranti ikonik mereka iaitu iPhone.
Keupayaan baharu itu akan memperkasakan berjuta-juta peniaga di Amerika Syarikat (AS) pada masa ini dan tidak mustahil perkhidmatan sama akan diperluaskan
terutamanya di Malaysia.
Menerusi perkhidmatan berkenaan, pengguna akan menikmati transaksi dengan lancar serta selamat dengan hanya menggunakan kefungsian ringkas pada iPhone pengguna tanpa memerlukan perkakas atau terminal pembayaran tambahan.
Rancangan perkhidmatan pembayaran Apple ini antara contoh realiti bahawa pengguna serta peniaga tidak lagi memerlukan sentuhan fizikal kad atau membawa pelbagai kad dalam satu dompet, sebaliknya cukup untuk telefon pintar.
PENGGUNA akan menikmati transaksi dengan lancar serta selamat dengan hanya
menggunakan kefungsian ringkas pada iPhone pengguna tanpa memerlukan perkakas atau terminal pembayaran tambahan.
Naib Presiden Apple Pay dan Apple Wallet, Jennifer Bailey berkata, kemudahan berkenaan akan dapat dilaksanakan hasil daripada kerjasama platform pembayaran, pembangun aplikasi dan rangkaian pembayaran.
"Memandangkan semakin ramai pengguna mengetik untuk membayar menggunakan dompet digital dan kad kredit, 'Tap to Pay' menerusi iPhone akan menyediakan
perniagaan dengan cara yang selamat, sulit dan paling mudah untuk pembayaran tanpa sentuhan.
"Kami memudahkan perniagaan daripada semua saiz iaitu bermula daripada peniaga tunggal sehingga kepada peruncit besar untuk menerima pembayaran tanpa sentuhan dengan lancar sekali gus meneruskan perkembangan perniagaan mereka," katanya.
Apabila perkhidmatan Tap to Pay untuk peranti iPhone ini tersedia, pedagang akan dapat menggunakan perkhidmatan itu menerusi sistem operasi iOS, iPhone XS atau model terbaharu.
MENERUSI mekanisme pembayaran, peniaga hanya memerlukan pelanggan untuk memegang iPhone atau Apple Watch untuk membayar menggunakan Apple Pay, kad kredit atau debit tanpa sentuh berhampiran dengan iPhone pedagang dan pembayaran akan selesai.
Menerusi mekanisme pembayaran, peniaga hanya memerlukan pelanggan untuk memegang iPhone atau Apple Watch untuk membayar menggunakan Apple Pay, kad
kredit atau debit tanpa sentuh berhampiran dengan iPhone pedagang dan pembayaran akan selesai.
Tiada perkakas tambahan atau terminal lain diperlukan sebaliknya hanya menggunakan peranti sedia ada.
Itu adalah contoh teknologi baharu yang akan menjadi teknik pembayaran pengguna serta peniaga pada masa depan.
Disiarkan pada: Februari 15, 2022