• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Mengaplikasi Kaedah E-pembelajaran di Sekolah Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19: Dari Perspektif Guru (Challenges of Applying E-learning Method in Rural Schools During the Covid-19 Pandemic: A Teacher Perspective)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Cabaran Mengaplikasi Kaedah E-pembelajaran di Sekolah Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19: Dari Perspektif Guru (Challenges of Applying E-learning Method in Rural Schools During the Covid-19 Pandemic: A Teacher Perspective)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Cabaran Mengaplikasi Kaedah E-pembelajaran di Sekolah Luar Bandar Semasa Pandemik Covid-19: Dari Perspektif Guru (Challenges of Applying E-learning Method in Rural Schools During

the Covid-19 Pandemic: A Teacher Perspective)

Angelia Nicholas Batan1*, Khairul Jamaludin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.1

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Peralihan kaedah pembelajaran konvesional kepada kaedah e-pembelajaran dilaksanakan dengan segera dalam usaha untuk memastikan pelajar tidak keciciran dalam pelajaran semasa penularan pandemik Covid-19. Maka, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e- pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru ialah faktor ekonomi, tahap pengetahuan guru dalam TMK rendah, masalah capaian internet, tekanan kerja guru, masalah disiplin murid dan kurang sokongan daripada ibubapa dalam pembelajaran. Kajian ini diharap dapat membantu dalam memberikan maklumat tentang isu-isu yang berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar kepada pengkaji-pengkaji yang akan datang.

Kata kunci: cabaran, guru, teknologi dan komunikasi, kaedah e-pembelajaran, pandemik Covid-19.

Abstract: The transition of conventional learning method to e-learning method was implemented immediately to ensure that students are not left behind in their education during the Covid-19 pandemic. Therefore, this study aims to identify the challenges faced by teachers in applying e-learning method in rural schools during the Covid-19 pandemic. The findings showed that the challenges faced by teachers were economic factors, low level of teacher knowledge and skills in information and communication technology (ICT), poor internet connection, teacher job stress, students' discipline problems, and lack of support from parents in education. It is hoped that this study will help in providing information for future researchers on issues related to the challenges faced by teachers in implementing e-learning in rural schools.

Keywords: challenges, teachers, information and communication technology, e-learning method, Covid-19 pandemic.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik Covid-19 telah memberikan impak yang besar dalam kehidupan masyarakat global.

Kerajaan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah seperti penyekatan dan

(2)

pengawalan pergerakan, penjarakan sosial, penutupan sempadan antarabangsa serta institusi pendidikan diarahkan untuk menjalankan pembelajaran dalam talian (Nguyen, Abbas, Abuhassna, Awae & Dike, 2021). Penutupan institusi pendidikan bermula dari peringkat prasekmerupakan salah satu langkah kerajaan global untuk mengekang penularan pandemik Covid-19. Pelajar di seluruh dunia telah diarahkan untuk terus berada di rumah (Khan, Ashraf, Selnen, Khan & Laar, 2021) dan mengamalkan penjarakan sosial (Kabir, Hasan & Mitra, 2021). Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pilihan dan mereka perlu terus berada di rumah serta mengikuti pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik Covid-19 (Nguyen et al., 2021). Menurut UNESCO (2020), penutupan institusi pendidikan di lebih daripada 100 buah negara telah menjejaskan sekitar 1.3 bilion pelajar dan golongan ini terpaksa beralih kepada pembelajaran dalam talian agar tidak terus keciciran dalam pembelajaran (Bokayev, Torebekova, Abdykalikova & Davletbayeva, 2021).

Banyak negara, terutamanya negara-negara membangun di seluruh dunia berhadapan dengan pelbagai rintangan dan bergelut untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Oviana, Sari, Fajria & Mishbahul (2021) dalam kajian ke atas 20 orang ibubapa di sebuah sekolah rendah di Indonesia mendapati bahawa semua pihak termasuk guru, murid dan ibubapa tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi pembelajaran dalam talian. Antara cabaran semasa pelaksanaan kaedah e-pembelajaran di rumah ialah kekurangan peralatan peranti pintar, capaian internet yang lemah, pakej kuota internet yang mahal dan ibubapa yang kurang mahir dalam menggunakan aplikasi TMK serta ibubapa menghadapi masalah untuk mengajar anak- anak di rumah (Oviana et al., 2021).

Masalah yang sama juga berlaku di Bangladesh di mana pelajar-pelajar yang berada di luar bandar menghadapi masalah capaian internet dan kekurangan alat peranti teknologi digital (Kabir et al., 2021). Sementara itu, laporan oleh Statistik Afrika Selatan pula mendedahkan bahawa 90 peratus isi rumah yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman menghadapi masalah mengakses internet dan perkara ini telah menyukarkan proses pembelajaran dalam talian dijalankan semasa pandemik Covid-19 (Mokoena, 2022). Di Iraq, kajian oleh Meteab (2021) ke atas 100 pelajar sekolah menengah mendapati bahawa majoriti pelajar memilih untuk belajar secara bersemuka disebabkan oleh pelbagai masalah timbul semasa menjalani kaedah e-pembelajaran seperti masalah bekalan elektrik, capaian internet lemah, kos melanggan internet yang mahal dan tiada sokongan daripada pihak sekolah.

Seperti di negara-negara lain, Malaysia juga mengalami nasib yang sama dan terpaksa mengalihkan kaedah pembelajaran konvensional kepada kaedah pembelajaran alternatif semasa pandemik Covid 19. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau lebih dikenali sebagai PdPR pada 2 Oktober 2020 (KPM, 2020). PdPR adalah penjenamaan semula kaedah e-pembelajaran yang mana ia melibatkan penggunaan teknologi digital dan internet (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021). Walaupun begitu, masih terdapat guru-guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan pendalaman berdepan dengan cabaran untuk melaksanakan PdPR semasa pandemik ini.

Antara masalah yang dihadapi oleh guru semasa pelaksanaan PdPR ini ialah capaian internet yang lemah, perkongsian alat peranti pintar, jarak rumah yang terlalu jauh dari sekolah, ibubapa kurang mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran seperti Google Classroom dan masalah tahap pengetahuan TMK guru yang rendah (Liong & Nurfaradilla, 2022; Thannimalai

& Baloh, 2021). Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19.

(3)

2. Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19.

ii. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19.

Persoalan Kajian

i. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19?

ii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dalam mengaplikasikan kaedah e-pembelajaran di sekolah luar bandar semasa pandemik Covid-19?

3. Teori e-pembelajaran

Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model (TAM)) oleh Davis (1989).

Rajah 1: Kerangka Model Kajian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan diadaptasi dari Model Penerimaan Teknologi (TAM) oleh Davis (1989).

Kerangka model kajian Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam Pendidikan pada Rajah 1 di atas menunjukkan faktor luaran ialah pemilikan peralatan TMK yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Individu yang memiliki peralatan TMK seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba dengan dilengkapi pelbagai fungsi akan mempengaruhi individu tersebut untuk meneroka dan menggunakan peralatan TMK tersebut.

Faktor luaran mempengaruhi kepercayaan dalaman seseorang individu dan perkaitan hubungan kepercayaan ini dengan sikap, niat tingkah laku sehingga membawa kepada penggunaan sistem sebenar (Khan et al., 2021).

Terdapat dua faktor utama yang menjadi motivasi kepada penggunaan TMK iaitu a) sama ada ia berguna serta mendatangkan manfaat untuk pembelajaran dalam talian dan b) ciri-ciri peralatan TMK yang pelbagai seperti mudah digunakan, menarik dan interaktif serta tidak

(4)

membebankan pengguna dari segi kos. Berdasarkan TAM oleh Davis (1989), faktor yang mempengaruhi niat seseorang untuk menerima sesuatu teknologi ialah teknologi tersebut dirasakan mudah digunakan (perceived ease of use) dan ia dirasakan berguna atau bermanfaat untuk digunakan (perceived of useful) (Khan et al., 2021). Seseorang individu tersebut akan menilai dan berfikir secara rasional berdasarkan kepada faktor tersebut sebelum membuat keputusan untuk menggunakannya. Sekiranya, individu tersebut berpendapat bahawa penggunaan peralatan TMK akan memberikan manfaat kepadanya serta merasakan ia mudah digunakan, menarik, interaktif dan berkos rendah, maka ia akan membentuk sikap positif individu terhadap penggunaan TMK.

Selanjutnya, sikap positif ini akan memberikan kesan positif ke atas tingkah laku individu tersebut terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Davis (1985) menyatakan bahawa tingkah laku seseorang pengguna terhadap sesuatu sistem adalah merupakan penentu utama dalam penerimaan dan penolakan sesuatu sistem tersebut (Chuttur, 2009). Maka, kemungkinan untuk individu ini menggunakan TMK dalam pendidikan adalah tinggi. TMK mungkin akan digunakan secara meluas dalam pendidikan. Model TAM mengandaikan bahawa kepercayaan, sikap dan niat adalah faktor penting dalam mengintegrasikan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Lawrence & Tar, 2018).

Kerangka Kerja Pengetahuan Pedagogi Teknologi Kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge Framework (TPACK)) oleh Mishra dan Koehler (2006) Kerangka Kerja Pengetahuan Kandungan Pedadogi atau lebih dikenali sebagai TPACK yang dibangunkan oleh Mishra dan Koehler (2006) mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan kandungan (content knowledge (CK)), pengetahuan pedagogi (pedagogical knowledge (PK)) dan pengetahuan teknologi (technological knowledge (TK)). Ketiga-tiga domain ini adalah merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh seseorang guru dalam mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran. Menurut Mishra dan Koehler (2006), pengetahuan kandungan (CK) adalah merujuk kepada sebagai pengetahuan mengenai perkara sebenar yang perlu dipelajari atau diajari. Mereka berpendapat guru perlu tahu dan faham tentang subjek yang diajar termasuk pengetahuan tentang fakta, konsep, teori dan prosedur dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Manakala, pengetahuan pedagogi (PK) adalah pengetahuan mendalam tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, nilai dan matlamat, pengurusan bilik darjah, perancangan pelajar dan penilaian pelajar. Mereka juga berpendapat seseorang guru yang mempunyai pengetahuan mendalam mungkin akan mengintegrasikan teknologi dalam pengajarannya. Pengetahuan teknologi (TK) pula ialah pengetahuan tentang teknologi standard seperti buku, papan tulis dan teknologi yang lebih maju seperti internet dan video digital serta cara mengendalikannya (Mishra & Koehler, 2006). Mereka berpendapat bahawa teknologi akan sentiasa mengalami perubahan dan TK akan juga akan berubah. Keupayaan untuk belajar dan mengadaptasi teknologi baru masih lagi penting pada masa akan datang (Mishra & Koehler, 2006).

(5)

Rajah 2: Kerangka Kerja Pengetahuan Pedagogi Teknologi Kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge Framework (TPACK)) oleh Mishra & Kohler (2006)

Merujuk kepada Rajah 2 di atas, Mishra dan Koehler (2006) berpendapat bahawa ketiga-tiga domain ini iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan saling berinteraksi di antara satu sama lain. Interaksi ini telah menghasilkan tiga domain pengetahuan berpasangan iaitu pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge (PCK)), pengetahuan kandungan teknologi (technological content knowledge (TCK)) dan pengetahuan pedagogi teknologi (technological pedagogical knowledge (TPK)).

Domain pengetahuan kandungan pedagogi ialah pengetahuan pedagogi yang digunakan untuk mengetahui pendekatan pengajaran yang sesuai untuk pengajaran dan mengenal pasti unsur- unsur kandungan yang boleh digunakan untuk menjadikan pengajaran menjadi lebih baik (Mishra & Koehler, 2006). Mereka berpendapat bahawa pengetahuan kandungan teknologi pula ialah pengetahuan tentang cara menggunakan teknologi dan kandungan yang mana guru bukan sahaja tahu mengajar tetapi juga perlu menerapkan teknologi dalam pengajaran.

Pengetahuan pedagogi teknologi pula adalah pengetahuan tentang kewujudan, komponen dan keupayaan pelbagai teknologi dalam pengajaran (Mishra & Koehler 2006).

Berdasarkan Rajah di atas, Pengetahuan Pedagogi Teknologi Kandungan (TPACK) berada di tengah bulatan merupakan pusat pertemuan ketiga-tiga pengetahuan (CK, PK & TK). Hal ini adalah bermakna penguasaan terhadap ketiga-tiga pengetahuan ini akan menghasilkan guru yang mempunyai pengetahuan bukan sahaja dari segi mengajar tetapi juga mampu untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajarana. Mishra dan Koehler (2006) berpendapat bahawa pembangunan TPACK oleh guru adalah merupakan pusat pengajaran menggunakan teknologi yang berkesan.

Penguasaan untuk ketiga-tiga domain pengetahuan yang utama (CK, PK & TK) ini adalah penting dalam melaksanakan PdPR semasa penularan pandemik Covid-19. Guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang subjek yang diajar serta dapat mengintegrasikan TMK dalam pembelajaran dengan baik akan memberikan impak positif dalam pembelajaran dalam talian. Menurut Gumusglo dan Akay (2017), kejayaan pembelajaran berasaskan teknologi adalah bergantung kepada kepercayaan guru terhadap penggunaan TMK kerana guru merupakan kunci utama kepada pengintegrasian TMK dan

(Pedagogical Content Knowledge (PCK) Pengetahuan Pedagogi

(Pedagogical Knowledge

(PK)

(6)

penglibatan pelajar. Maka, peranan dan pengetahuan guru adalah sangat penting dalam melaksanakan pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik Covid 19.

4. Kajian Literatur

Kaedah e-pembelajaran

Kaedah pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran adalah merupakan kaedah yang mengintegrasikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan teknologi baru seperti internet, intranet, e-mel, penyiaran satelit, audio, pita video dan CD-ROM (Nur A'fini, Nur Aisyah, Sufiyatul Farhain, Shamsunarnie & Noor Zafarina, 2021). Penggunaan TMK dalam pembelajaran dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan seterusnya, menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik (Nuraimi & Fariza, 2017). KPM telah membangunkan kaedah e-pembelajaran yang dikenali sebagai PdPR. PdPR merupakan salah satu kaedah pembelajaran jarak jauh dan ia dibangunkan kesan daripada penutupan sekolah secara mendadak (Azlin et al., 2021). PdPR adalah merupakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian (KPM, 2020). Jadi, kaedah ini boleh dilaksanakan secara dalam talian, luar talian atau off-site serta guru boleh melaksanakan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian masing-masing (Liong & Nurfaradilla, 2022; Ainul Afzan & Ishak, 2021). Selain itu, PdPR boleh dijalankan sekiranya murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri (KPM, 2020).

Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dibangunkan adalah untuk membantu guru dan murid menjalani pembelajaran di rumah dengan lebih sistematik, berkesan dan teratur (KPM, 2020). Manual PdPR ini juga menjadi panduan kepada guru untuk melaksanakan PdPR secara berstruktur serta terancang dan seterusnya, ia akan dapat membolehkan murid mengikuti PdPR secara optimum (KPM, 2020). Menurut Thannimalai dan Baloh (2021), PdPR yang diperkenalkan oleh KPM ini adalah bertujuan agar murid dapat meneruskan sesi pembelajaran semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Pelbagai aplikasi pembelajaran yang boleh diakses untuk tujuan PdPR seperti Quizizz, Kahoot, Google Classroom, Youtube, Wordwall, WhatsApp dan Telegram (Ainul Afzan & Ishak 2021;

Thannimalai & Baloh, 2021). Semua guru diarahkan untuk melaksanakan PdPR sepanjang penutupan institusi pendidikan dan pelaksanaan PdPR ini hendaklah mengikut garis panduan yang terdapat dalam Manual PdPR (Liong & Nurfaradilla, 2022).

Pandemik Covid 19 dan Pendidikan

Pandemik Coronavirus Disease 19 atau Covid 19 yang melanda dunia telah memberikan impak dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk sektor pendidikan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan virus Covid-19 sebagai pandemik kerana ia telah merebak ke lebih 200 buah negara di seluruh dunia (Hapsari, 2020). Setakat 17 April 2020, sejumlah 2,230,439 kes jangkitan Covid 19 dilaporkan di seluruh dunia dengan kes kematian sebanyak 150,180 serta kes sembuh pula adalah sebanyak 564,210 (Elongoe, 2020).

Justeru, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah keselamatan dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik ini (Farah Atikah, Wan Ahmad Amir Zal & Tengku Fauzan, 2021). Kesannya, PKP telah menyebabkan pelbagai sektor perniagaan serta perkhidmatan termasuk institusi pendidikan terpaksa ditutup.

(7)

Pandemik ini mudah berjangkit iaitu individu yang telah dijangkiti oleh virus ini boleh memindahkannya kepada individu lain melalui sentuhan dan titisan pernafasan seperti batuk atau bersin (Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli, 2021). Maka, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi rakyat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

Masyarakat disarankan untuk mengamalkan norma baharu seperti memakai pelitup muka apabila berada di luar rumah, kerap mencuci tangan dan mengamalkan jarak sosial (Elongoe, 2020).

Sementara itu, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat sejak 18 Mac 2020 untuk mengekang penularan wabak ini dan seterusnya memutuskan rantaian wabak ini. Menurut Ahmad Raflis, Suraiya dan Mohd Abdullah (2020), kerajaan telah mengarahkan rakyat untuk menjalani perintah berkurung, menghadkan pergerakan dan mengamalkan penjarakan social dalam usaha untuk membendung wabak ini. Justeru, banyak sektor-sektor yang bukan merupakan sektor penting atau berkeperluan (essential) telah diarahkan untuk ditutup sementara termasuklah institusi-institusi pendidikan. Penutupan institusi pendidikan ini telah memberi impak besar kepada sistem pendidikan negara.

Penutupan institusi pendidikan ini telah mencetuskan perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di negara ini. Para pendidik perlu mengaplikasikan proses pembelajaran dalam talian dalam usaha untuk mengelakkan para pelajar ketinggalan dalam pelajaran akibat daripada penutupan institusi pendidikan ini. Menurut Juwairiah Mustapah dan Roslinda Rosli (2021), pembelajaran dalam talian telah menjadi kaedah pembelajaran yang signifikan dalam pendidikan ketika penularan wabak Covid-19. Kaedah pembelajaran secara bersemuka tidak lagi dapat dilaksanakan dan telah digantikan dengan pertemuan dalam talian dengan menggunakan aplikasi sidang video seperti Zoom, Skype, MS Team, Google Meet dan Cisco WebEx (Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli, 2021). Kaedah pembelajaran dalam talian bukan sesuatu yang baharu dalam pendidikan tetapi ia telah mula dilihat sebagai pilihan yang tepat semasa pandemik ini (Muniroh Hamat, Siti Balqis & Ch’ng, 2020).

Cabaran guru dalam melaksanakan kaedah e-pembelajaran

Kerajaan global termasuk Malaysia telah mengambil langkah yang drastik dengan menutup institusi pendidikan bagi membendung penularan virus Covid-19. Penutupan institusi secara mendadak ini memberikan cabaran kepada guru untuk melaksanakan kaedah pembelajaran alternatif iaitu pembelajaran dalam talian. Guru harus menggunakan sumber-sumber yang ada untuk merancang kurikulum dan menyampaikannya dalam talian (Wai-Cook, 2020). Sumber- sumber ini adalah terhad dan guru perlu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran untuk mengaplikasi dalam pembelajaran dalam talian agar ia dapat dijalankan dengan berkesan dan bermakna. Guru, terutamanya yang bertugas di kawasan pendalaman, berdepan dengan cabaran untuk melaksanakan kaedah pembelajaran alternatif ini ( Liong & Nurfaradilla, 2022).

Faktor ekonomi

Pergelutan ekonomi kesan daripada penutupan sektor pekerjaan semasa penularan pandemik Covid 19 menambahkan kerumitan untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian.

Penutupan pusat perniagaan dan tempat kerja sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan (lockdown) ini telah memberikan impak yang signifikan ke atas kewangan individu dan ekonomi global (Chung, Lanier & Wong, 2020). Penularan pandemik ini telah melumpuhkan pertumbuhan ekonomi dan pendidikan negara-negara membangun (Clemen, Ali, Abdulmadid

& Jabbar, 2021). Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF)

(8)

melaporkan satu pertiga kanak-kanak dunia tidak berpeluang untuk menjalani pembelajaran jarak jauh melalui radio, televisyen dan internet (Surial & Rahayu, 2021).

Faktor ekonomi keluarga, terutamanya golongan berpendapatan rendah menyebabkan ibubapa tidak mampu untuk menyediakan alat peranti pintar kegunaan anak-anak menjalani pembelajaran dalam talian. Kajian yang dilakukan oleh Daimary (2020) ke atas 50 orang guru besar di sekolah menengah luar bandar di India mendapati bahawa semua pelajar di 50 buah sekolah tersebut tidak memiliki telefon pintar, komputer riba dan mempunyai akses jaringan internet. Hal ini menyebabkan kaedah e-pembelajaran sukar untuk dilaksanakan di sekolah- sekolah tersebut. Sementara itu, kebanyakan sekolah – sekolah di luar bandar di Afrika Selatan tidak mempunyai infrastruktur teknologi dan ini menimbulkan kesukaran untuk menjalani pembelajaran dalam talian dan pembelajaran teradun (blended learning) semasa pandemik Covid-19 (Mahaye, 2020). Sekolah-sekolah di kawasan luar bandar di Afrika Selatan memang jauh ketinggalan dari segi penggunaan pendidikan berasaskan teknologi disebabkan oleh faktor ekonomi (Mahaye, 2020).

Di Malaysia, tinjauan KPM mendapati bahawa sekitar 1.85 juta murid tidak mempunyai alat peranti digital dan menghadapi masalah untuk mengakses internet (Surial & Rahayu, 2021).

Kajian mendapati bahawa masih terdapat pelajar, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan pendalaman, yang tidak mampu untuk memiliki alat peranti pintar serta mempunyai akses internet (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Terdapat juga kemungkinan bahawa berlaku perkongsian peralatan digital untuk pembelajaran dalam talian (Tay, Lee &

Ramachandaran, 2021). Kaedah PdPR yang dilaksanakan di kawasan luar bandar dan pendalaman di Sabah dan Sarawak adalah terhad disebabkan oleh ketiadaan alat peranti pintar dan akses internet (Thannimalai & Baloh, 2021). Kesimpulannya kegagalan ibubapa untuk menyediakan alat peranti digital dan kemudahan internet menjadi penghalang kepada murid untuk meneruskan pembelajaran dalam talian (Ainul Afzan & Ishak, 2021; Mahalingam &

Khairul Azhar, 2021; Norehan & Mahalizam, 2021; Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021).

Tahap pengetahuan dan kemahiran TMK guru yang rendah

Tahap pengetahuan dan kemahiran guru untuk mengintegrasi TMK dalam proses PdP adalah signifikan bagi memastikan pembelajaran dalam talian berkesan dan bermakna. Hal ini adalah selaras dengan Anjakan Ke- 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di negara Malaysia (Nuraimi & Fariza, 2017). Guru perlu membuat persediaan dan menyusun kaedah pembelajaran yang bersesuaian (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Di samping itu, guru yang mempunyai kemahiran mendalam berkaitan dengan teknologi dan mengintegrasikannya dalam proses PdP akan dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Noor Desiro &

Hazrati, 2021). Guru yang kurang mahir dalam penggunaan TMK akan menyebabkan PdPR

tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan lancar (Thannimalai & Baloh, 2021).

Memang tidak dinafikan bahawa masih terdapat ramai guru, terutamanya guru senior (Nur A’fini et al., 2021) yang kurang bersedia dan terpaksa menyesuaikan diri untuk melaksanakan PdPR (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Masalah ini timbul kerana golongan guru ini kurang mahir dan berpengetahuan dalam mengaplikasikan TMK untuk PdP. Kemahiran dan pengetahuan TMK yang rendah ini juga akan menyebabkan guru sukar untuk mengendalikan PdPR. Selain itu, terdapat guru berasa tidak selesa dan bimbang serta risau untuk menggunakan TMK (Nur A’fini et al. 2021) dalam proses PdP. Namun, situasi pandemik Covid 19 yang sukar ini menyebabkan guru bukan sahaja perlu mahir dan berpengetahuan dalam TMK tetapi mereka juga perlu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengendalikan pembelajaran dalam talian

(9)

(König, Jäger-Biela & Glutsch, 2020). Justeru, guru perlu didedahkan dengan kemahiran penggunaan TMK yang terkini supaya mereka lebih berkeyakinan dalam mengaplikasikan TMK untuk tujuan pengajaran (Nuraimi & Fariza, 2017).

Masalah capaian internet

Masalah tiada capaian internet atau talian internet yang lemah merupakan masalah utama dalam kaedah pembelajaran dalam talian, terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Liong dan Nurfaradilla (2022) menyatakan bahawa masalah gangguan talian internet ini telah menyebabkan guru-guru di kawasan luar bandar dan pendalaman tidak dapat menjalankan PdPR seperti di kawasan bandar. Permasalahan ini akan menyebabkan pelaksanaan PdPR secara dalam talian tergendala dan sukar untuk dijalankan di kawasan luar bandar dan pedalaman. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Thannimalai dan Baloh (2021), PdPR sukar untuk dilaksanakan di kawasan pendalaman di Sabah, Sarawak serta perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia kerana masalah capaian internet dan ketiadaan peranti pintar.

Masalah capaian internet yang lemah juga akan menyebabkan murid, guru dan ibubapa sukar untuk mengakses aplikasi m-pembelajaran seperti Google Classroom, Kahoot, WordWall, Quizizz dan banyak lagi. Selain itu, golongan ini juga akan berhadapan dengan halangan untuk mengikuti pembelajaran dalam talian yang dilaksanakan menerusi aplikasi seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft Teams. Menurut Noor Desiro dan Hazrati (2021), kebanyakan aplikasi m-pembelajaran atau pembelajaran dalam talian memerlukan capaian talian internet yang baik dan stabil untuk mengaksesnya. Permasalahan capaian talian internet ini akan menyebabkan murid sukar untuk menjalani PdPR dan boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran. Seterusnya, murid ini akan tercicir dan tidak dapat meneruskan pembelajaran.

Tekanan kerja guru

Peralihan kaedah pembelajaran konvensional kepada kaedah pembelajaran dalam talian secara mendadak telah memberikan tekanan kepada guru. Guru berhadapan dengan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19 (König, Jäger-Biela & Glutsch. 2020). Selain itu, guru juga mempunyai beban tugas yang berat dan adalah sukar bagi guru untuk memberikan sokongan kepada murid melangkaui pembelajaran dalam talian (Wai-Cook, 2020).

Guru bukan sahaja perlu menyampaikan isi kandungan pengajaran tetapi mereka juga perlu memastikan komunikasi dua hala di antara guru dan murid tidak terganggu semasa PdPR. Guru

berasa bimbang apabila komunikasi dua hala antara guru dan murid

semakin berkurangan semasa pembelajaran dalam talian dan situasi ini akan menyukarkan mereka untuk menjalankan proses penilaian prestasi pelajar (König et al.,

2020). Di samping itu, guru juga berhadapan dengan cabaran bekerja dari rumah kerana mereka juga perlu menguruskan hal berkaitan rumah tangga apabila berada di rumah (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021). Situasi ini akan memberikan tekanan kepada guru kerana fokus mereka terganggu dengan hal-hal di rumah dan seterusnya, ia akan menyebabkan mereka sukar

untuk mengendalikan PdPR dengan berkesan dan bermakna.

Masalah Displin Murid

Masalah disiplin murid menjadi semakin meruncing semasa PdPR kerana guru tidak dapat mengawal aktiviti-aktiviti sampingan yang dilakukan oleh murid. Suasana pembelajaran

dalam talian yang membolehkan murid mengakses aplikasi-aplikasi lain

(10)

boleh mengganggu tumpuan mereka terhadap pelajaran. Murid lebih suka mengakses aplikasi permainan maya atau membalas mesej emel serta mesej sosial dan hal ini akan menyebabkan murid tidak mahu untuk menyiapkan latihan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru (Nguyen et al., 2021). Masalah sebegini akan mengganggu keberkesanan pembelajaran dalam talian dan murid akan ketinggalan dalam pelajaran.

Hasil kajian oleh Surial dan Rahayu (2021) yang dijalankan ke atas empat (4) orang guru sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan mendapati bahawa guru berdepan dengan masalah disiplin murid seperti murid lewat mengikuti pembelajaran dalam talian, murid gagal menghantar latihan mengikut tarikh yang ditetapkan, motivasi murid adalah rendah, murid tidak bersedia belajar tanpa guru, murid terjebak dengan permainan dalam talian dan kerap menukar nombor telefon bimbit tanpa memaklumkan kepada guru terlebih dahulu.

Permasalahan ini turut dinyatakan oleh Thannimalai dan Baloh (2021) yang menyatakan masalah disiplin murid seperti tidak menyiapkan kerja rumah dan lewat hadir ke kelas dalam talian adalah merupakan cabaran kepada guru.

Selain itu, suasana komunikasi pembelajaran dalam talian yang sehala dan kurang aktiviti fizikal telah menyebabkan murid berasa bosan dan tidak bermotivasi untuk memberikan tumpuan dalam pelajaran (Mahalingam & Khairul Azhar, 2021; Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021). Terdapat murid yang mempunyai alat peranti pintar dan capaian internet yang stabil, namun mereka enggan hadir dan tidak mahu melibatkan diri dengan pembelajaran dalam talian (Norehan & Mahaliza, 2021). Sikap murid yang tidak mengendahkan pelajaran dan sengaja tidak hadir dalam kelas talian adalah amat membimbangkan guru kerana golongan ini cenderung untuk tidak hadir apabila sekolah dibuka selepat tamat PKP. Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2020) melaporkan bahawa satu daripada lima kanak- kanak hilang minat untuk ke sekolah selepas tempoh sekatan pergerakan (lockdown) berakhir (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021).

Kurang sokongan daripada ibubapa

Sokongan dan pemantauan yang berterusan daripada ibubapa ke atas anak-anak mereka semasa PdPR adalah sangat penting dalam memastikan pelajaran anak-anak tidak terabai.

Situasi pembelajaran menjadi semakin mencabar semasa pandemik kerana anak-anak tidak lagi belajar secara bersemuka di dalam kelas tetapi ia telah beralih kepada kaedah pembelajaran dalam talian. Ibubapa bukan sahaja perlu memantau pelajaran anak-anak mereka tetapi mereka juga perlu menyokong dan memantau kesejahteraan mental, emosi dan fizikal anak-anak semasa pembelajaran di rumah (Wai-Cook, 2020).

Sokongan daripada ibubapa semasa PdPR akan memberikan kesan ke atas motivasi, emosi serta minat murid untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Kurangnya sokongan daripada ibubapa terhadap pembelajaran anak-anak akan menyebabkan mereka tidak bermotivasi serta tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran dalam talian (Mahalingam & Khairul Azhar, 2021). Penglibatan ibubapa semasa PdPR adalah merupakan faktor penting dalam menentukan keberkesanan PdPR, maka ibubapa harus menjalankan komunikasi dua hala dengan guru untuk memantau perkembangan pelajaran anak-anak mereka (Wen, Quek & Lau, 2021).

Selain itu, segelintir ibubapa tidak bersedia untuk berhadapan dengan situasi pembelajaran di rumah ini yang menuntut mereka untuk menjadi pembimbing anak-anak (Oviana et al., 2021).

Masalah ini akan menyebabkan ibubapa kurang memberikan sokongan terhadap pembelajaran anak-anak kerana mereka masih belum bersedia dari segi mental dan emosi untuk menjadi tenaga pengajar di rumah. Menurut Bokayev et al. (2021), tidak semua keluarga bersedia untuk

(11)

beralih kepada pembelajaran dalam talian disebabkan oleh masalah sumber informasi dan teknikal. Dalam pada itu, faktor ibubapa yang berpendidikan rendah dan kurang berpengetahuan dalam teknologi akan mengakibatkan anak-anak mereka ketinggalan dalam pelajaran semasa PdPR (Ainul Afzan & Ishak, 2021).

PdPR tidak akan berkesan sekiranya ibubapa gagal untuk meluangkan masa bagi memantau dan membimbing pelajaran anak-anak mereka di rumah. Terdapat ibubapa yang bekerja dari rumah berasa terbeban dengan PdPR (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021) dan merasakan sukar untuk membahagikan masa antara kerja di rumah dengan pelajaran anak-anak (Oviana et al., 2021). Justeru, situasi ini akan menyebabkan anak-anak terabai dan gagal untuk mengikuti pembelajaran dalam talian (Nur Hanisah & Mohd Isa, 2021). PdPR yang dijalankan oleh guru tidak akan berkesan kerana murid gagal untuk hadir kelas dalam talian mahupun luar talian.

5. Cadangan Penambahbaikan

Pelaksanaan kursus TMK

Kemahiran dan pengetahuan mengendalikan TMK merupakan elemen yang penting bagi seseorang guru untuk menjayakan PdPR. Hal ini selaras dengan kajian-kajian lepas yang mencadangkan agar guru perlu diberi latihan atau kursus untuk meningkatkan pedagogi mereka dalam TMK (Wen at al., 2021). Malah, sebelum berlakunya bencana pandemik Covid-19, para pengkaji akademik mencadangkan agar guru menguasai kemahiran pengintegrasian TMK dalam bilik darjah seiring dengan perkembangan era global. Kursus-kursus berkaitan TMK perlu dilaksanakan dengan lebih kerap dan sistematik bagi meningkatkan kemahiran guru mengendalikan TMK terkini (Nuraimi & Fariza, 2017). Dengan ini, guru-guru akan merasa lebih yakin untuk mengintegrasikan TMK dalam bilik darjah. Penyesuaian dan integrasi teknologi ke dalam bilik darjah adalah bergantung kepada sikap dan keupayaan guru untuk melaksanakannya (Gumusoglu & Akay, 2017).

Dalam menghadapi era pandemik ini, guru perlu bersedia untuk menguasai kemahiran TMK yang digunakan dalam kaedah e-pembelajaran agar proses PdPR dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Noor Desiro & Hazrati, 2021; Norehan & Mahaliza, 2021). Justeru, peningkatan dari segi lmu, kompetensi, keupayaan dan kemahiran guru dalam mengintegrasikan TMK adalah perlu untuk meneruskan kaedah pembelajaran dalam talian ini (Thannimalai & Baloh, 2021). Situasi mencabar semasa pandemik ini memerlukan guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi tetapi juga berkeyakinan untuk berjaya mengendalikan pengajaran dalam talian (König et al., 2020).

Mempelbagaikan Kaedah Pembelajaran

KPM telah membangunkan satu platform digital untuk tujuan PdPR iaitu DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) pada tahun 2019 untuk memudahkan pembelajaran dalam talian antara murid dan pendidik (Mahalingam & Khairul Azhar, 2021). Guru juga perlu mempelajari cara penggunaan aplikasi-aplikasi media sosial seperti Google Meet, Zoom, Youtube, Inshot dan TikTok untuk memastikan proses PdP berkesan dan menarik ketika PdPR (Surial & Rahayu, 2021). Bagi mengatasi masalah kesukaran mengikuti pembelajaran dalam talian semasa PdPR, KPM telah mengedarkan Manual PdPR ke sekolah-sekolah dan menyarankan agar pembelajaran dijalankan secara luar talian (offline) dan offsite di lokasi- lokasi seperti rumah atau pusat komuniti (Ainul Afzan & Ishak, 2021). Pembelajaran luar talian boleh dipelajari melalui modul-modul, nota edaran ataupun melalui rancangan Didik TV KPM (Surial & Rahayu, 2021).

(12)

Guru perlu menjadi lebih kreatif dalam usaha untuk menarik minat dan meningkatkan motivasi murid untuk terus mengikuti PdPR. Jadi, guru perlu membuat inovasi baru untuk pembelajaran dalam talian bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kreatif (Oviana et al., 2021) dan menjadikan pembelajaran tersebut lebih menyeronokkan. Guru boleh menggunakan aplikasi pembelajaran berasaskan permainan untuk menarik perhatian pelajar mengikuti PdPR.

Majoriti murid gemar mengakses permainan dalam talian dan mereka mempunyai tumpuan yang lebih tinggi semasa mengakses permainan tersebut (Matzavela & Alepis, 2021). Guru juga boleh mempelbagaikan medium untuk tujuan pembelajaran dan penghantaran maklumat kepada murid seperti e-permainan, video, klip video, e-buku, rakaman video atau tugasan dalam talian, Google Meet, Microsoft Teams, DELIMa dan aplikasi media sosial yang lain (Thannimalai & Baloh, 2021).

6. Kesimpulan

Cabaran yang paling utama semasa pengendalian PdPR ini ialah guru tidak bersedia untuk melaksanakan PdPR kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam TMK. Sikap guru terhadap pengintegrasian TMK dalam bilik darjah merupakan satu isu besar dan kejayaan pelaksanaan TMK dalam pembelajaran adalah bergantung kepada keupayaan dan kepercayaan guru (Gumusoglu & Akay 2017). Menurut Hapini Awang et al. (2020), TMK akan dapat membantu meringankan beban tugas guru sekiranya ia dilaksanakan dengan berkesan, namun pelaksanaan yang lemah akan menyebabkan TMK menjadi beban kepada guru. Hal ini akan menyebabkan guru menolak untuk menggunakan TMK dalam pendidikan. Maka, guru perlu mengubah persepsi dan sikap mereka terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Sikap keterbukaan dan kesediaan guru untuk meningkatkan kemahiran dalam TMK akan dapat menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian semasa penularan pandemik ini.

Walaupun begitu, guru tetap berusaha untuk melaksanakan PdPR dan berikhtiar untuk mengatasi kekangan-kekangan semasa mengendalikan pembelajaran dalam talian. Sokongan dan dorongan padu daripada semua pihak termasuk ibubapa, murid, sekolah dan komuniti adalah sangat penting dalam memastikan proses pembelajaran dalam talian berjalan dengan lancar dan berjaya. Selain itu, pihak sekolah juga perlu melibatkan diri dalam perkhidmatan professional kesejahteraan mental serta mempromosikan penjagaan diri kepada guru, ibubapa dan murid (Wai-Cook, 2020). Hal ini adalah kerana semua pihak terjejas akibat daripada penularan pandemik Covid-19. Maka, sikap menuding jari ke arah satu sama lain perlu diubah dan semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan pembelajaran murid berjalan dengan lancar

Rujukan

Ahmad Raflis Che Omar, Suraiya Ishak & Mohd Abdullah Jusoh. (2020). The impact of Covid-19 Movement Control Order on SME’s businesses and survival strategies.

Malaysian Journal of Society and Space, 16(2), 138-150.

Ainul Afzan Ramli & Ishak Abd Rahman. (2021). Isu dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan peringkat rendah dan menengah: pendekatan Malaysia semasa Pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Science and Humanities, 6(9), 1-13.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1043

Azlin Norhaini Mansor, Nur Hidayah Zabarani, Khairul Azhar Jamaludin, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Bity Salwana Alias & Ahmad Zamri Mansor. (2021). Home-based learning (HBL) teacher readiness scale: instrument development and demographic analysis. Journal of Sustainability. DOI: https://doi.org/10.3390/su13042228

(13)

Bokayev, B., Torebekova, Z., Abdykalikova, M. & Davletbayeva, Z. (2021). Exposing policy gaps: the experience of Kazakhstan in implementing distance learning during the Covid-19 pandemic. Transforming Government: People, Process and Policy, 15(2), 275-290. DOI: 10.1108/TG-07-2020-0147

Chung, G., Lanier, P. & Wong, Peace Y.J. (2020). Mediating effects of parental stress on harsh parenting and parent-child relationship during Coronvirus (Covid19) pandemic in Singapore. Journal of Family Violence.

Chuttur, M.Y. (2009). Overview of the Technology Acceptance Model: Origins, Developments and Future Directions. Sprouts: Working Papers on Information Systems, 9(37).

http://sprouts.aisnet.org/9-37

Clemen, I.G., Ali, H., Abdulmadid, AN & Jabbar, H.J. (2021). Education during Covid-19 era: readiness of students in a less-economically developed country for e-learning.

Iligan Medical Center College (IMCC) Journal Of Science, 1, 94-101.

https://myjournal.imcc.edu.ph/

Daimary, P. (2020). E-learning in schools during COVID-19 pandemic in rural areas.

International Journal of Management, 11(10), 659-664.

http://www.iaeme.com/IJM/issues.asp?JType=IJM&VType=11&IType=10, Available at SSRN: https://ssrn.com/abstract=3738943

Elengoe A. (2020). COVID-19 Outbreak in Malaysia. Osong public health and research perspectives, 11(3), 93–100. https://doi.org/10.24171/j.phrp.2020.11.3.08.

Farrah Atikah Saari, Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail & Tengku Fauzan Tengku Anuar.

(2020). Implikasi Covid-19 terhadap kemiskinan kanak-kanak. Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia.

Gumusoglu, K.E & Akay, E. (2017). Measuring technology acceptance level of teachers by using Unified Theory of Acceptance and Use of Technology. International Journal of Languages’ Education and Teaching, 5(4), 378-394.

Hapini Awang, Zahurin Mat Aji, Wan Rozaini Sheik Osman, Erwani Kamaruddin, Abdulrazak F. Shahatha Al-Mashadani & Shakiroh Khamis. (2020). Cabaran dalam melaksanakan teknologi maklumat dan komunikasi: analisis kes persekitaran pembelajaran Maya-Frog serta strategi untuk melestarikan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru. Journal of Education Research & Indigenous Studies, 1(1).

Hapsari, Sri. (2020). The use of social media as an effective learning medium during the Covid-19 Pandemic. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran (PAJAR), 4(6), 1162-1167.

https://dx.doi.org/10.33578/pjr.v4i6.8112

Juwairiah Mustapah & Roslinda Rosli. (2021). Tahap kepuasan pembelajaran Matematik atas talian semasa pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 1-20.

Kabir, H., Hasan, M.K. & Mitra, D.K. (2021). E-learning readiness and perceived stress among the university students of Bangladesh during Covid-19: a countrywide cross- sectional study. Annals of Medicine, 53(1), 2305-2314.

Khan, Muhammad N., Ashraf, Muhammad A., Selnen, D., Khan, Kashif U & Laar, Rizwan A.

(2021). Social media for knowledge acquisition and dissemination: impact of the Covid 19 pandemic on collaborative learning driven social media adoption. Frontiers in Pcyhology, 12.

König, J., Jäger-Biela, D.J. & Glutsch, N. (2020). Adapting to online teaching during Covid- 19 school closure: teacher education and teacher competence effects among early career teachers in Germany. European Journal of Teacher Education, 43(4), 608- 622. https://doi.org/10.1080/02619768.2020.1809650.

(14)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Lawrence, J.E. & Tar, U.A. (2018). Factors that influence teachers’ adoption and integration of ICT in teaching and learning process. Educational Media Internation, 55(1), 79- 105. https://doi.org/10.1080/09523987.2018.1439712

Liong, M.C. & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2022). Cabaran guru sekolah rendah pendalaman terhadap penggunaan Standard 4 (PdPC) SKPMg2 dalam menilai PdPR.

Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 364-373. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.3.4.29 Luhamya, A., Bakkabulindi, F.E.K & Muyinda, P.B. (2017). Integration of ICT in teaching

and learning: A review of Theories. Makerere Journal of Higher Education. DOI:

http://dx.doi.org/10.4314/majohe.v9i1.2

Mahalingam, N. & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Impak dan cabaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 104-115.

Mahaye, N. E. (2020). The impact of COVID-19 pandemic on education: navigating forward the pedagogy of blended learning. Research online.

Matzavela, V. & Alepis, E. (2021). M-learning in the Covid 19 era: physical vs digital class.

Education and Information Technologies, 26, 7183-7203 DOI: https://doi.org/10.1007/s10639-021-10572-6

Meteab, S. A. A. (2021). The use of e-learning during Covid-19 pandemic by Iraqi secondary school students: potential and challenges. Journal of Human Sciences, 28 (4).

Mirle, E., Cakula, S. & Tzivian, L. (2019). Measuring teachers as learner digital skills and readiness to study online for successful e-learning experience. Journal of Teacher Education for Sustainability, 21(2), 5-16. DOI: 10.2478/jtes-2019-0013

Mishra, P. & Koehler, M.J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: a framework for teacher knowledge. Teachers College Record 108, (6), 1017 – 1054.

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemic Covid-19.

Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Universiti Teknologi MARA cawangan Pulau Pinang, Malaysia.

Nguyen, T.V., Abbas, A. F., Abuhassna, H., Awae, F., & Dike, D. (2021). Digital readiness for social educators in health care and online learning during COVID-19 Pandemic:

A bibliometric analysis. International Journal of Interactive Mobile Technologies (iJIM), 15(18), 104–115. https://doi.org/10.3991/ijim.v15i18.25529

Norehan Mohd Nasir & Mahaliza Mansor. (2021). Cabaran guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(7), 416-421.

https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.854

Nur A’fini Mohd Muzi, Nur Aisyah Mohd Nadzir, Sufiyatul Farhain Abdul Mutalib, Shamsunarnie Mohamed Zukri & Noor Zafarina Mohd Fauzi. (2021). Factors affecting academicians’ acceptance on learning application. Jurnal of Social Sciences and Humanities, 18(4), 78-91.

Nuraimi Kamis & Fariza Khalid. (2017). Kekangan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Prasekolah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264. https://mymjs.mohe.gov.my/index.php/jdpd Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classroom sebagai pelantar M-

pembelajaran: tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah

(15)

luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 278-292.

http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd.

Oviana, W., Sari, C.M., Fajria, F. & Jannah, M. (2021). Parent's perception of the home-based sciene learning system during the Covid-19 pandemic. Jurnal Biotik, 9(1), 53-64.

Rofizah Mohammad. (2020). Pembelajaran dalam talian segerak: Kepuasan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams. Jurnal of Quality Measurement and analysis, 16(2), 219-230

Surial Hassan & Rahayu Irdiana Hashim. (2021). Cabaran pendekatan PDPR secara online bagi guru-guru sekolah menengah di Daerah Kota Bharu. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 6(1), 61-70.

http://ijeisr.net

Tay, L.Y., Lee, S-S & Ramachandaran, K. (2021). Implementation of online home-based learning and students’ engagement during the Covid-19 Pandemic: a case study of Singapore mathematics teachers. Asia-Pasific Education Research, 30(3), 299-310.

https://doi.org/10.1007/s40299-021-00572-y

Thannimalai, T. & Baloh, S. (2021). Cabaran PDPR Bahasa Tamil di Sekolah Luar Bandar.

Muslim Journal of Social Science and Humanities, 5(2), 183-190.

https://doi.org/10.33306/mjssh/132

Vanessa Phang Iywon & Nurfaradilla Mohd Nasri. (2020). Tahap kesediaan dan sokongan bagi pelaksanaan pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah rendah. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 489 – 508. http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd.

Wai-Cook, Misty S.S. (2020). The reality of home-based learning during Covid-19: roles of parents, teachers, and school administration in promoting self-directed learning.

Journal of School Administration Research and Development, 5(2), 86-92.

Wen, Y., Quek, G. C. L. & Lau, S.Y. (2021). ICT-supported home-based learning in K-12: a systematic review of research and implementation. TechTrends, 65, 371-378.

Referensi

Dokumen terkait