• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mi n d a ko mp ute r Dr Omar

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "Mi n d a ko mp ute r Dr Omar"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Kuala Lumpur

L

azimnya peralatan ro- sak akan menjadi ba- han buangan namun berlainan dengan Dr Moha- mad Omar Mohamad Kha- idzir yang sedaya upaya membaik pulih dan memberi nafas baharu kepada perala- tan lama itu hingga dapat digunakan semula.

Beliau turut memanfaat- kan kemahirannya itu me- naik taraf alat pengujian ka- yu vintaj di Institut Penye- lidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kepada sistem kom- puter bagi membolehkan mesin itu beroperasi secara automatik dalam menjalan- kan ujian spesimen kayu.

Sentuhannya itu membo- lehkan mesin pengujian ka- yu era British masih lagi ber- ada dalam keadaan baik dan berfungsi di Makmal Keju- ruteraan Kayu FRIM bagi menentukan nilai fizikal dan mekanikal (kekuatan dan elastik) kayu-kayan di Ma- laysia hingga datanya dipe- rakui seluruh dunia.

Beliau turut memulakan ciptaan baharu pada 2010 menerusi sistem pengujian tanpa kemusnahan (NDT) dengan menggunakan kon- sep ketukan bunyi untuk mengetahui kekuatan kayu tanpa mematahkan kayu itu .

Selain itu, tahun lalu, be- liau memberikan idea dalam olahan perisian Machine Stress Grader untuk mengg- redkan kayu secara berte- rusan dalam tempoh cepat bagi kegunaan pihak indus- tri .

Dr Mohamad Omar yang memegang jawatan sebagai Ketua Program Kualiti dan Kejuruteraan Kayu FRIM berkata, aktiviti membaik pulih barangan rosak dan la- ma adalah hobinya sejak ke- cil .

“Saya minat buat ekspe- rimen yang terdapat dalam buku sains di sekolah dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah dan dari situ, saya mula memahami proses pergerakan sesuatu alat dan me sin .

“Banyak barangan di ru- mah seperti televisyen, radio, komputer, mainan ka- nak-kanak, kipas, dapur jika rosak saya tidak buang se- baliknya akan baikinya supaya dapat digunakan se- mula , ” katanya .

Menurutnya, ketika bertu- gas di FRIM, dia mendapat idea untuk memberi nafas baru kepada alat pengujian kayu yang dicipta pada era Briti sh .

“Pengurusan FRIM mem- buat keputusan mesin atau alat pengujian kayu lama itu

dibuka untuk dijadikan tugu peringatan di FRIM.

“Saya memohon kepada Ketua Pengarah FRIM supaya beri saya peluang untuk me- lakukan sedikit pengubah suaian kepada alat pengujian Buckton Universal Testing Machine berusia 97 tahun itu .

“Akhirnya, saya buktikan alat yang pada mulanya di- gerakkan dengan elektrik atau hidrolik itu dapat di- sambungkan kepada sistem komputer , ” katanya .

Katanya, cabaran utama

dalam pengubahsuaian itu apabila dia tiada pengeta- huan asas dalam pengatur- caraan komputer sebaliknya hanya berpandukan kepada bahan bacaan semata-mata.

“Saya belajar sendiri me- nulis perisian menggunakan perantara muka antara kom- puter untuk menghubung- kan perisian komputer ke- pada mesin lama itu.

“Saya sudah bermula sejak era 1990-an, tetapi Windows

berubah-ubah jadi saya sen- tiasa mengemas kini perisian mengikut era komputer.

“Satu lagi peristiwa tidak akan dilupakan, pernah pada 1993, saya buntu, tetapi akhirnya Allah ilhamkan sa- ya idea kod aturcara kom- puter menerusi mimpi,” ka - tanya .

Dr Mohamad Omar ber- kata, sepanjang 30 tahun bertugas di FRIM dia sudah menaik taraf tiga alat pe-

ngujian vintaj berusia antara 40 hingga 97 tahun kepada sistem komputer.

“Sebelum ada komputer, pekerja di makmal meng- gunakan cara manual dalam merekod data bagi menen- tukan nilai kekuatan dan elastik kayu.

“Tetapi, menerusi sistem komputer ia membantu mempercepatkan proses menentukan ketepatan nilai bacaan pada kayu,” katanya .

„ C ip ta p elb ag ai inovasi tingkat ku a l it i

kej uruteraan p erkayuan ne g ara

Mahaizura Abd Malik mahaiz u r a @ hmet r o . co m. my

DR Mohamad Omar menunjukkan data ujian kayu yang disimpan sejak tahun 1929.

DR Mohamad Omar bersama Machine Stress Grader hasil perisiannya diilhamkan beliau.

Mi n d a

ko mp ute r Dr Omar

Headline Minda komputer Dr Omar MediaTitle Harian Metro

Date 11 Feb 2019 Color Full Color

Section Setempat Circulation 112,705

Page No 17 Readership 338,115

Language Malay ArticleSize 798 cm²

Journalist Mahaizura Abd Malik AdValue RM 31,436

Frequency Daily PR Value RM 94,309

Referensi

Dokumen terkait

299-303 Elsevier 4 OPTIMIZATION OF MODIFIED CANDLE BURNUP SCHEME BASED LONG LIFE Pb-Bi COOLED FAST REACTOR WITH NATURAL URANIUM AS FUEL CYCLE INPUT PBNC-2008 Conference, Aomori,

Kerjasama strategik Sirim FRIM SIRIM QAS International Sdn Bhd Sirim dan Institut Penyelidikan Perhutanan Ma laysia FRIM menjalin kerjasama strategik dalam bidang perkhidmatan