MINIT MESYUARAT
KAJIAN SEMULA PENGURUSAN (MKSP)
PERKHIDMATAN PENGURUSAN DATA HIDROLOGI UNTUK RANGKAIAN HIDROLOGI NASIONAL DI JPS MALAYSIA
BIL: 1/2018
TARIKH : 8 Ogos 2018 (Rabu)
MASA : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Ampang
Kehadiran :
A. Pengerusi Mesyuarat
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd. Ghazali Pengarah BPSAH
B. Wakil Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi, JPS Malaysia 1. Ir. Roslina binti Yusop Timbalan Pengarah (Hidrologi)
2. En. Roslan Bin Sukimin Ketua Penolong Pengarah Kanan (UPM) 3. Mohd Faizul bin Mustapha Ketua Penolong Pengarah Kanan (SPH) 4. Ir. Yuhaslin binti Yusof Ketua Penolong Pengarah Kanan (PRABN) 5. Pn. Nurazlina binti Mohd Zaid Penolong Pengarah Kanan (SRO)
6. Pn. Nur Wazni binti Mohammad Penolong Pengarah Kanan (UPM) 7. En. Mohamed Hafiz bin Kamaluddin Penolong Pengarah Kanan (UPM) 8. En. Mohd Eizam bin Yusof Penolong Pengarah Kanan (UPM) 9. En. Hasanuddin bin Mohd Ibrahim Penolong Pengarah Kanan (SPH) 10. En. Zaini Amli bin Rosli Penolong Jurutera (UPM)
11. En. Abu Salim bin Abd Aziz Penolong Jurutera (UPM) 12. Cik Suzi binti Zunaidi Penolong Jurutera (UPM)
C. Pengarah / Timbalan Pengarah JPS Negeri
1. Ir. Asnol Adzhan bin Abd. Manap Pengarah, JPS Perlis 2. En. Muhammad Fakhri bin Ibrahim Timbalan Pengarah, JPS Melaka
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 2 D. Pegawai Hidrologi Negeri
1. En. Poh Chee Chin PHN JPS Pahang
2. En. Norfaizah binti Saaidin PHN JPS Pulau Pinang 3. En. Hj. Shukri bin Mamat PHN JPS Terengganu
4. En. Jeffree bin Esa PHN JPS Johor
5. En. Mohd Zaidi bin Mokhtar PHN JPS Perak 6. En. Hishamshury bin Ibrahim PHN JPS Kelantan 7. En. Danapal A/L Kannusamy PHN JPS Selangor 8. Pn. Noraini binti Husin PHN JPS Melaka 9.
10.
En. Noor Ibrahim bin Md. Isa Pn. Mastura binti Maarof
PHN JPS WP. K.Lumpur PHN JPS Negeri Sembilan
E. Turut hadir
1. En. Muslihat bin Taib Pen. Jurutera, JPS Negeri Sembilan 2. En. Mohamed Shukri bin Abdullah Pen. Jurutera, JPS Pulau Pinang 3. En. Ihsan Fahmi bin Zainuddin Pen. Jurutera, JPS Perlis
4. En. Mohamad Shafeez bin Syahrir Pen. Jurutera, JPS Kedah
F. Urusetia
1. En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid Penolong Pengarah, UPM 2. Pn. Rafidah binti Hamzah Penolong Jurutera, UPM 3. En. Mohd Syhrizan bin Mat Ghani Penolong Jurutera, UPM
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 3 Istilah Dalam Dokumen ISO 9001:2015
Timbalan Pengarah BPSAH – Ketua Wakil Pengurusan (KWP) Timbalan Pengarah JPS Negeri – Wakil Pengurusan (WP)
Pegawai Hidrologi Negeri – Timbalan Wakil Pengurusan (TWP) Singkatan Yang Digunakan:
BPSAH - Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi SPH - Seksyen Peralatan Hidrologi
UPM - Unit Pengurusan Maklumat UTH - Unit Teknikal Hidrologi
SRO - Seksyen Ramalan Dan Operasi KPPK - Ketua Penolong Pengarah Kanan PHN - Pegawai Hidrologi Negeri
NCR - Nonconformance Report OFI - Opportunity For Improve RHN - Rangkaian Hidrologi Nasional MS - Malaysian Standard
ISO - International Standard Organization BTP - Borang Tindakan Pembetulan MKN - Majlis Keselamatan Negara
WPKL - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 4 1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Dato’ Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir ke Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) terutamanya Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan berserta Pegawai Hidrologi Negeri yang telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap Sistem Pengurusan Kualiti bagi Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi di JPS Malaysia.
1.2 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan perkara-perkara sepertimana berikut :
1.2.1 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan perlu diadakan sekurang- kurangnya sekali dalam tempoh masa 12 bulan yang perlu dihadiri oleh Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan berserta Pegawai Hidrologi Negeri.
1.2.2 Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengkaji dan menyemak semula pencapaian sasaran dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 untuk penambahbaikan.
1.3 Di antara perkara-perkara yang akan dibentangkan dalam mesyuarat ini adalah Pengesahan Minit Mesyuarat MKSP Bil.1/2017, Pelaporan pencapaian Objektif Kualiti Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, Laporan Penemuan Audit Kualiti Dalaman, Laporan Status Tindakan Pembetulan dan Laporan Perubahan Yang Boleh Memberi Kesan Terhadap Sistem Pengurusan Kualiti dan Penambahbaikan.
Tindakan : Makluman 1.4 Dato’ Pengerusi menekankan permasalahan berkaitan pertukaran kakitangan yang menjalankan kerja-kerja hidrologi yang memberi kesan terhadap prestasi data hidrologi.
Dato’ Pengerusi menyarankan supaya semua Pegawai Hidrologi Negeri (PHN) bersama dengan Pengarah JPS Negeri merancang pelan pertukaran kakitangan serta mengenalpasti dahulu calon-calon pengganti Pegawai Hidrologi Negeri atau kakitangan yang baru sebelum pertukaran kakitangan dibuat.
Tindakan : Semua JPS Negeri
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 5 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Pembentangan maklumbalas minit Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Bil. 1/2017 oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti di Lampiran 1. Minit mesyuarat MKSP Bil.1/2017 telah disahkan tanpa sebarang pindaan.
Tindakan : Makluman
3.0 PEMBENTANGAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI MS ISO 9001:2015 BAGI TAHUN 2018
3.1 LAPORAN PRESTASI, PENGHANTARAN & PENERIMAAN DATA HIDROLOGI
Pelaporan Prestasi, Penghantaran dan Penerimaan Data Hidrologi telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti dalam Lampiran 2. Mesyuarat mengambil maklum :
3.1.1 Laporan Prestasi Penerimaan Data Hidrologi
Semua JPS Negeri telah mengemukakan data hidrologi ke Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BPSAH) mengikut tempoh masa seperti yang ditetapkan di dalam Objektif Kualiti.
Tindakan : Makluman 3.1.2 Laporan Prestasi Data Hujan
3.1.2.1 Semua JPS Negeri telah mencapai tahap prestasi data hujan melebihi 95% bagi Stesen Hujan bukan pedalaman seperti yang disasarkan.
Tindakan : Makluman 3.1.2.2 Bagi stesen hujan pedalaman, JPS Pahang telah mencapai
prestasi 100% manakala JPS Kelantan hanya mencapai prestasi 78%.
PHN JPS Kelantan memaklumkan prestasi data Stesen Hujan pedalaman di Kelantan tidak mencapai prestasi 95% kerana terdapat masalah akses ke stesen Gunung Gagau akibat daripada cuaca buruk. Rutin kutipan data stesen hujan pedalaman ini juga tertakluk kepada trip helikopter yang hanya dibuat tiga bulan sekali sahaja. Kutipan data bagi
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 6 stesen hujan pedalaman ini tergendala selama tiga bulan kerana pembatalan trip helikopter akibat cuaca yang buruk.
Tindakan : Makluman 3.1.3 Laporan Prestasi Data Aras Air
3.1.3.1 Semua JPS Negeri mencapai prestasi data aras air 100%
kecuali bagi JPS Negeri berikut :
a) JPS Kedah = 55%
b) JPS WPKL = 36%
c) Kelantan = 72%
3.1.3.2 PHN JPS Kedah memaklumkan terdapat masalah kerosakan alat sensor dan RTU di stesen aras air Sg. Muda di Jeniang dan alat ganti masih belum diperolehi.
Bagi stesen Sg. Muda di Jambatan Syed Omar pula, telah berlaku kecurian alat. Tindakan pembetulan telah diambil dan pihak JPS Kedah masih menunggu alat autologger untuk dipasang.
Masalah kecurian bateri juga berlaku di stesen Sg. Ketil di Kuala Pegang. Tindakan pembetulan telah diambil dan pihak JPS Kedah masih menunggu alat ganti.
Tindakan : JPS Kedah & SPH 3.1.3.3 Dato’ Pengerusi menyarankan supaya pihak SPH memohon
peruntukan peralatan yang mencukupi bagi memastikan peralatan dan alat ganti sentiasa tersedia untuk mengelakkan berlakunya kehilangan data akibat daripada kerosakan atau ketiadaan alat ganti.
Dato’ Pengerusi juga meminta supaya pihak SPH mengkaji dan mencadangkan kaedah atau inovasi yang sesuai bagi mengurangkan kejadian kecurian alat dan kehilangan data.
Tindakan : SPH
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 7 3.1.3.4 PHN JPS WPKL memaklumkan terdapat kehilangan data aras
air di stesen Sg. Klang di Jambatan Sulaiman bermula daripada bulan Mac tahun 2018 sehingga kini kerana bekalan kuasa terputus akibat kerja-kerja yang sedang dijalankan berhampiran stesen oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pihak JPS WPKL mencadangkan supaya stesen tersebut menggunakan sumber bekalan kuasa alternatif seperti kuasa solar.
Walaubagaimanapun, PHN JPS WPKL akan mencadangkan supaya stesen ini ditutup buat sementara waktu kerana data telah hilang dalam tempoh lebih daripada 90 hari.
Bagi Stesen Sg. Gombak di Jalan Tun Razak juga mengalami masalah bekalan kuasa. Pihak kontraktor yang dilantik telah melakukan kerja-kerja pembetulan dan data telah dicerap semula mulai bulan Julai 2018. PHN JPS WPKL mencadangkan supaya stesen ini ditutup buat sementara waktu kerana data telah hilang dalam tempoh lebih daripada 90 hari.
JPS WPKL perlu membuat permohonan penutupan sementara stesen kepada pihak UPM.
Tindakan : JPS WPKL DAN SPH 3.1.3.5 PHN JPS Kelantan memaklumkan telah berlaku masalah
vandalisme di stesen Sg. Lebir di Kg. Tualang di mana peralatan tubing telah dipotong. Tindakan pembetulan telah diambil dan data telah mula dicerap semula mulai bulan Mac 2018.
Bagi stesen Sg. Galas di Chegar Lapan, Dabong telah berlaku keraguan data yang telah dicerap ke dalam minilog.Tindakan pembetulan telah diambil bersama pihak SPH.
PHN Kelantan memaklumkan juga bahawa terdapat masalah peralatan di stesen Sg. Lanas di Air Lanas di mana data tidak dapat dikeluarkan kerana kabel tidak berfungsi. PHN telah mengadakan perbincangan dengan pihak UPM dan masalah ini akan diatasi dengan segera.
Tindakan : JPS Kelantan & UPM
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 8 3.1.3.6 Dato’ Pengerusi meminta supaya setiap kejadian vandalisme,
kecurian atau kehilangan peralatan mestilah dilaporkan kepada pihak yang sepatutnya (termasuk pihak polis dan BPSAH).
Pihak SPH juga diminta untuk membuat statistik bagi setiap kejadian vandalisme, kecurian atau kehilangan alat yang telah berlaku untuk memudahkan justifikasi semasa membuat permohonan peruntukan dan juga untuk tujuan penambahbaikan.
Tindakan : Semua JPS Negeri & SPH
3.2 LAPORAN PENYEBARAN DATA HIDROLOGI & MAKLUMBALAS PELANGGAN
Pelaporan Penyebaran Data Hidrologi dan Maklumbalas Pelanggan telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah UPM (En. Mohd Eizam bin Yusof) seperti dalam Lampiran 3. Mesyuarat mengambil maklum :
3.2.1 Jumlah permohonan data hidrologi bagi 4 jenis kategori pelanggan iaitu Perunding Projek Kerajaan, Perunding Projek Swasta, IPT dan Agensi Kerajaan bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun 2018 adalah sebanyak 213 permohonan. Jumlah pembayaran bagi permintaan data hidrologi oleh pelanggan kategori persendirian adalah sebanyak RM 24, 765.00 (12 transaksi).
Jumlah permohonan data bagi tempoh Jun 2017 sehingga Mei 2018 pula adalah sebanyak 421 permohonan, manakala jumlah Borang Aduan dan Maklumbalas Pelanggan yang diterima hanya sebanyak 96 (29.54%) sahaja daripada jumlah keseluruhan permohonan. Jadual berikut menunjukkan jumlah permohonan dan maklumbalas pelanggan bagi bulan Jun 2017 sehingga Mei 2018 :
Bil. Jenis Pelanggan Jumlah Permohonan
Jumlah maklumbalas pelanggan yang
diterima
1. Perunding Projek Kerajaan 127 24
2. Perunding Projek Swasta 24 13
3. IPT 248 52
4. Agensi Kerajaan 22 7
Jumlah 421 96
Jumlah maklumbalas pelanggan
yang tidak diterima 325
Tindakan : Makluman
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 9 3.2.2 Timbalan Pengarah BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) mencadangkan
supaya pelaporan penyebaran data hidrologi pada masa akan datang dimasukkan statistik jumlah bilangan tahun data (Data Years) bagi setiap data yang telah dibekalkan supaya pihak UPM dapat memantau jumlah sebenar data yang telah dibekalkan.
Tindakan : UPM 3.2.3 Timbalan Pengarah BPSAH (Ir. Roslina binti Yusop) memaklumkan terdapat kelonggaran bagi data yang diambil sendiri oleh pelanggan di Pusat Pelanggan UPM. Pelanggan tersebut yang terdiri daripada pelajar, agensi kerajaan atau perunding yang dikecualikan daripada bayaran yuran data dibenarkan untuk mengambil data tanpa had.
Dato’ Pengerusi meminta supaya mekanisme yang sesuai perlu dikenalpasti bagi mengawal pengambilan data oleh pelanggan secara percuma, contohnya mengenakan caj jam bagi penggunaan komputer untuk mengambil data.
Dato’ Pengerusi juga mengarahkan supaya Kajian Pindaan Ordinan Pembayaran Yuran Data Hidrologi yang ditangguhkan sebelum ini dijalankan semula.
Dato’ Pengerusi juga mencadangkan supaya satu bengkel dilaksanakan bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembekalan data- data hidrologi.
Tindakan : UPM
3.3 LAPORAN PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI PENGURUSAN LATIHAN BPSAH MS ISO 9001:2015
Pelaporan Laporan Pencapaian Objektif Kualiti Pengurusan Latihan BPSAH MS ISO 9001:2015 telah dibentangkan oleh Pembantu Jurutera UPM (Cik Suzi binti Zunaidi) seperti dalam Lampiran 4. Mesyuarat mengambil maklum : 3.3.1 Objektif Kualiti Pengurusan Latihan BPSAH di bawah MS ISO 9001:2015 adalah untuk memastikan kumpulan sokongan terlibat dengan hidrologi menghadiri kursus berkaitan hidrologi sekurang- kurangnya sekali setahun.
Tindakan : Makluman
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 10 3.3.2 Pencapaian laporan kehadiran kursus berkaitan hidrologi :
3.3.2.1 Peringkat Ibu Pejabat BPSAH
Kehadiran kursus berkaitan dengan hidrologi bagi kesemua 23 orang kakitangan kumpulan sokongan 1 dan 2 di Ibu Pejabat BPSAH adalah 100%.
Tindakan : Makluman 3.3.2.2 Peringkat Negeri
Semua JPS negeri mencapai kehadiran kursus berkaitan hidrologi 100% kecuali JPS Negeri berikut :
a) JPS Melaka = 75%
b) WPKL = 44%
Tindakan : JPS Melaka & JPS WPKL 3.3.3 Pencapaian secara keseluruhan kehadiran kursus berkaitan hidrologi
bagi peringkat Ibu Pejabat BPSAH dan peringkat JPS Negeri adalah 94%.
Tindakan : Makluman
3.4 LAPORAN PEMANTAUAN KEMARAU
Pelaporan Pemantauan Kemarau telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah Kanan SRO, PRABN (Puan Nurazlina binti Mohd Zaid) seperti dalam Lampiran 5. Mesyuarat mengambil maklum :
3.4.1 Skop kerja pemantauan kemarau telah diambil alih oleh Seksyen Sumber Air berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.
3.4.2 Berdasarkan kepada MS ISO 9001:2015 BSAH-PK(O)-05, SRO akan menjalankan analisis dan menyediakan laporan pemantauan kemarau pada setiap bulan pada bulan berlaku musim panas, kering, kemarau dan Monsun Barat Daya menggunakan data hujan, luahan sungai dan storan empangan.
3.4.3 Prestasi penerimaan data bagi analisis Pelaporan Kemarau sehingga 30 Jun 2018 adalah 100%.
Tindakan : Makluman
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 11 4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PENEMUAN AUDIT KUALITI DALAMAN
Laporan Penemuan Audit Kualiti Dalaman bagi tahun 2018 telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti dalam Lampiran 6. Mesyuarat mengambil maklum :
4.1 Audit Kualiti Dalaman dijalankan ke atas Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi di JPS Malaysia supaya ianya dilaksanakan secara berkesan dan mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015.
4.2 Keputusan Pelaksanaan Audit Dalaman adalah seperti berikut :-
Bil Negeri Keputusan Audit Penghantaran Laporan 1. Ibu Pejabat BPSAH 0 NCR, 13 OFI 13 Julai 2018
2. Perlis - -
3. Kedah 1 NCR, 8 OFI -
4. Pulau Pinang 2 NCR, 1 OFI -
5. Perak 0 NCR, 6 OFI 26 Julai 2018
6. Selangor 0 NCR, 3 OFI -
7. W.P. Kuala Lumpur - -
8. Negeri Sembilan 2 NCR, 4 OFI -
9. Melaka - -
10. Johor - -
11. Kelantan - -
12. Terengganu - -
13. Pahang - -
Jumlah NCR + OFI 40 Kes
Tindakan : Makluman
4.3 Pihak JPS Kedah memaklumkan telah menerima 1 NCR berkaitan kontrak perkhidmatan kerja-kerja sukat luah, enapan ampai dan kualiti air yang dibuat oleh pihak perunding.
Pihak BPSAH telah mengambil tindakan dengan memaklumkan kepada semua pihak perunding yang telah dilantik untuk mematuhi prosedur cerapan data luahan, enapan ampai dan kualiti air serta menggunakan borang-borang kualiti yang sedia ada.
Pihak BPSAH juga memaklumkan bahawa semua kerja-kerja cerapan data ini perlu dibawah kawal selia Pegawai Hidrologi Negeri masing-masing. Kontrak perkhidmatan cerapan data luahan, enepan ampai dan kualiti air ini juga
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 12 bersifat sementara sahaja jadi tiada pindaan terhadap prosedur kualiti akan dibuat.
Tindakan : Makluman
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN STATUS TINDAKAN PEMBETULAN
Laporan Status Tindakan Pembetulan telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti dalam Lampiran 7. Mesyuarat mengambil maklum :
5.1 Objektif Tindakan Pembetulan adalah untuk mengenalpasti ketakakuran yang berlaku dan mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya untuk mengelakkan ketakakuran tersebut daripada berulang.
5.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa penghantaran laporan Borang Tindakan Pembetulan (BTP) adalah melalui dua cara iaitu secara manual (menggunakan borang BTP) atau secara atas talian (online).
5.3 Sebanyak 10 BTP telah diterima bermula daripada bulan Oktober 2017 sehingga Jun 2018. Senarai berikut menunjukkan peratusan BTP mengikut klasifikasi kejadian yang berlaku :
a) Operasi pemungutan dan penghantaran data hidrologi – 20%
b) Data mencurigakan - 10%
c) Kerosakan stesen dan peralatan – 70%
Tindakan : Makluman 5.4 Pengarah JPS Perlis (Ir. Asnol Adzhan bin Abd. Manap) mencadangkan supaya satu dasar/piawaian berkaitan tempoh masa yang diambil bagi menggantikan alat-alat yang rosak, hilang atau tamat tempoh perlu ditetapkan atau dikaji semula bagi mengelakkan berlakunya kehilangan data yang lebih kerap dan lama.
Tindakan : SPH 5.5 Ketua Penolong Pengarah Kanan SPH (En. Faizul bin Mustapha) memaklumkan bahawa agihan peruntukan bagi perolehan alat ganti telah dibuat pada bulan Jun 2018.
Tindakan : Makluman
5.6 Kebanyakan pejabat JPS Negeri yang telah mendapat peruntukan masih tidak dapat membuat perolehan kerana terdapat masalah dengan sistem e- Perolehan.
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 13 Dato’ Pengerusi menyarankan supaya setiap pejabat yang menghadapi masalah dengan sistem e-Perolehan membuat aduan terus kepada pihak MAMPU menerusi laman sesawang mereka.
Tindakan : Semua JPS Negeri
6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN PERUBAHAN YANG MEMBERI KESAN KEPADA SISTEM KUALITI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Laporan Perubahan Yang Memberi Kesan Kepada Sistem Kualiti Dan Cadangan Penambahbaikan telah dibentangkan oleh Penolong Pengarah UPM (En. Muhammad Ariff bin Abdul Khalid) seperti dalam Lampiran 8. Mesyuarat mengambil maklum : 6.1 Timbalan Pengarah Seksyen Hidrologi (Ir. Roslina binti Yusop)
mencadangkan supaya objektif kualiti dan skop pelaporan kemarau dikeluarkan daripada pensijilan MS ISO 9001:2015 iaitu Perkhidmatan Pengurusan Data Hidrologi di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia. Ini bagi memastikan pensijilan ini dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara-perkara berkaitan pengurusan data hidrologi sahaja.
Dato’ Pengerusi dan ahli mesyuarat bersetuju supaya objektif kualiti dan skop pelaporan kemarau dikeluarkan daripada pensijilan ini.
Tindakan : UPM
6.2 Dato’ Pengerusi dan ahli mesyuarat bersetuju supaya objektif di dalam Prosedur Kualiti Pengurusan BPSAH PK(P)-09 – Latihan dipinda seperti dicadangkan supaya selaras dengan objektif kualiti.
Tindakan : UPM
6.3 Bagi penambahbaikan Objektif Kualiti Pungutan Data, PHN-PHN negeri memohon untuk mengekalkan objektif yang sedia ada, tetapi membuat penambahan bagi objektif Data Kualiti Air iaitu “Mengemukakannya ke Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi dalam tempoh masa seperti berikut : Data Kualiti Air dalam tempoh 30 hari dari tarikh laporan makmal Jabatan Kimia”.
Timbalan Pengarah Seksyen Hidrologi (Ir. Roslina binti Yusop) memaklumkan pihak BPSAH akan mengadakan kajian lanjut berkaitan perkara ini dan akan memaklumkan kepada pihak JPS Negeri jika terdapat sebarang perubahan kelak.
Tindakan : UPM
MKSP BIL. 1/2018 |8 Ogos 2018 14 7.0 HAL- HAL LAIN
7.1 Pengarah JPS Perlis (Ir. Asnol Adzhan bin Abd. Manap) mencadangkan supaya satu dasar atau pelan diwujudkan bagi menyeimbangkan di antara pertambahan kerja atau stesen dengan bilangan kakitangan sediada. Perkara ini penting supaya prestasi data hidrologi dapat dikekalkan atau dipertingkatkan seperti yang disasarkan.
Tindakan : Makluman 7.2 Pengarah JPS Perlis juga mencadangkan supaya satu sesi perkongsian pengetahuan atau capacity building bersama masyarakat perlu dibuat bagi memberi pendedahan tentang kepentingan data-data hidrologi dalam kehidupan seharian mereka.
Dato’ Pengerusi memaklumkan perkara ini boleh diketengahkan melalui aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan oleh Seksyen Sumber Air seperti World Water Day atau Ekspedisi Sumber Air Negara.
Tindakan : Seksyen Sumber Air 7.3 Wakil PHN JPS Negeri Sembilan memaklumkan bahawa pejabat mereka mendapat minor NCR daripada pihak audit kualiti dalaman kerana tajuk Manual Kualiti tidak sama seperti nama skop pensijilan.
Pihak UPM diminta untuk menyelaraskan semula tajuk Manual Kualiti tersebut Tindakan : UPM 7.4 Ketua Penolong Pengarah Kanan SPH (En. Faizul bin Mustapha) memaklumkan bahawa laman sesawang bagi Info Kemarau telah ditutup buat sementara waktu kerana telah diceroboh oleh sumber yang masih belum dapat dikenalpasti. Maklumat ini diterima daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Ogos 2018 yang lepas. Pihak SPH sedang mencari kaedah bagi menghalang dan mengatasi pencerobohan sistem ini daripada berlaku semula.
Tindakan : SPH
8.0 PENUTUP
Dato’ Pengerusi mengharapkan supaya semua perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan terus memberikan komitmen yang tinggi. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari.