• Tidak ada hasil yang ditemukan

Motivasi dan Tahap Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Motivasi dan Tahap Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Motivasi dan Tahap Penglibatan Pelajar Sekolah Menengah Dalam Melaksanakan Aktiviti Kokurikulum Semasa Fasa

Endemik di Daerah Saratok

(Motivation and Participation Level In The Co-Curricular Activities Among The Secondary School Students During The Endemic Phase In

Saratok District)

Tommy Katum1*, Tajul Arifin Muhamad1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,Selangor, Malaysia

*Corresponding Author: [email protected]

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.2.10

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Keadaan dunia yang telah dilanda wabak Pandemik COVID-19 ini telah memberikan banyak kesan khususnya kepada sistem pendidikan di negara kita. Tahap motivasi pelajar untuk melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah juga turut terjejas. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti motivasi serta tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum semasa fasa Endemik di daerah Saratok.

Kajian berbentuk tinjauan ini telah menggunakan instrument soal selidik yang diadaptasi daripada “Participation Motivation Questionnaire” (PMQ). Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science” (SPSS) Versi 23.

Berdasarkan kajian ini didapati faktor perkembangan kemahiran menjadi motivasi utama untuk pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Kata Kunci: Motivasi,kokurikulum,tahap penglibatan,fasa endemik

Abstract: The COVID-19 pandemic had disrupted the world in ways unimaginable, especially in the education system of our country. Students’ motivation in participating themselves in the co-curriculum activities at schools was dramatically decreasing and reducing. Thus, this research is conducted to find out the motivation and participation level in the co-curriculum activities among the secondary school students during the endemic phase in Saratok District.

This research includes the survey form in term of questionnaire which is adapted from Participation Motivation Questionnaire (PMQ). Besides, the collected data will be analysed via the software Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23. Based on this study, it was found that the factor of skill development is the main motivation for student to get involved in extracurricular activities.

Keywords: Motivation,co-curriculum,participation level,endemic phase

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Masyarakat dunia telah digemparkan dengan sejenis wabak penyakit yang telah dikenali sebagai COVID-19. Akibat daripada berlakunya penularan pandemik COVID-19 ini, maka

(2)

pada tanggal 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19 ini daripada terus berlaku. Langkah berjaga-jaga yang harus diamalkan merangkumi aspek kebersihan, penjarakan sosial,halangan dari bersentuhan serta perlaksanaan kuarantin adalah antara langkah yang diambil oleh sesebuah negara dalam membendung wabak ini ( Antonini Philippe er al,2022) .Semua kegiatan harian terpaksa diberhentikan seketika selaras dengan perlaksanaan pkp ini. Sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan, semua rakyat Malaysia dikehendaki untuk berada di dalam rumah masing-masing dengan semua pergerakkan terbatas.

Segala rutin harian yang biasa kita lakukan sebelum ini mula terjejas serta berubah. Aktiviti sukan dan kebudayaan,penutupan sekolah,pusat hiburan dan tempat kerja telah kehidupan harian terhenti (Biasurti et all,2021,schiavio et al,2021). Pendek kata, semua aktivti harian yang sering kita lakukan pada sebelum ini telah terhenti seketika. Kehidupan masyarakat dunia pada masa kini telah mengalami suatu keadaan yang luar biasa dimana segala proses kehidupan yang biasa mereka jalani pada sebelum ini sememangnya sudah berubah dan telah berada dalam situasi yang amat kritikal kesan daripada berlakunya pandemik COVID-19 ini.

Pada tanggal 1 April 2022, Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan bahawa negara kita Malaysia telah berjaya berada di Fasa Endemik. Setelah hampir dua tahun lebih negara kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akhirnya kehidupan kita hampir kembali kepada keadaan normal walaupun wabak COVID-19 masih lagi ada. Selepas tamatnya pelaksanaan pkp ini, masyarakat di negara kita telah kembali semula untuk menjalani rutin harian mereka seperti biasa dan semua sektor penting seperti sektor ekonomi, perhotelan dan seumpamanya pula sudah mula dibuka. Tidak ketinggalan juga dengan sektor pendidikan yang sudah kembali beroperasi seperti biasa secara berperingkat. Setelah sekian lama proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung secara atas talian (online) kesan daripada pandemik COVID-19 ini, akhirnya sesi persekolahan secara bersemuka telah dapat dilaksanakan semula seperti biasa. Para pelajar sudah mula untuk kembali ke sekolah bagi menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar. Aktiviti kurikulum dan kokurikulum sudah mulai bergerak secara aktif di sekolah seluruh negara dengan lancar walaupun masih lagi terikat dengan pematuhan kepada SOP yang tertentu dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang dilaksanakan secara teratur dan terancang. Pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kelab dan persatuan, badan beruniform serta sukan dan permainan.

Lantaran itu, perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah sudah mula beroperasi seperti biasa di mana ia telah menyasarkan penglibatan khususnya kepada semua pelajar. Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang terdapat di dalam sistem pendidikan di negara kita ini sememangnya sangat penting. Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa penilaian yang telah digunapakai bagi menilai pencapaian kokurikulum bagi setiap pelajar di sekolah. Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan & Kokurikulum (PAJSK) telah diperkenalkan untuk merekod pencapaian kokurikulum para pelajar ini. Seperti yang dinyatakan oleh Fisher dan Theis (2014), terdapat hubungan yang jelas diantara aktiviti kokurikulum yang berkualiti dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang mereka sertai di sekolah. Dengan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah, pelajar dapat mengembangkan potensi domain pelajar itu sendiri seperti domain intelek dan domain personaliti (Nur Izza & Wan Hanim,2014). Bagi pelajar sekolah menengah, segala penyertaan dan pencapaian mereka dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 adalah direkod secara sistematik dan diberi gred. Apabila pelajar mula menyertai aktiviti kokurikulum ini, terdapat dua aspek yang perlu diambil kira iaitu seperti dari aspek motivasi pelajar dan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum.

Masalah murid yang sudah sekian lama tidak terlibat dalam aktiviti fizikal atau aktiviti

(3)

kokurikulum ini sememangnya akan menyebabkan seseorang pelajar tersebut akan berasa sedikit kekok apatah lagi dengan pengamalan beberapa SOP yang masih lagi berkuatkuasa.

Menurut Al-Ansari et al., (2015) penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum turut dipengaruhi oleh persepsi pelajar itu terhadap aktiviti yang dijalanakan. Justeru itu, motivasi haruslah diberikan kepada para pelajar ini supaya mereka lebih begiat aktif dalam mengikuti aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk tenaga ataupun desakan dalamam serta ia mengarah perilaku manusia untuk memberi respon untuk mencapai tujuan mahupun matlamat yang telah ditetapkan dari awalnya (Jamaris,2010). Penglibatan atau penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan menentukan gred yang mereka perolehi bergantung kepada tahap pencapaian yang berjaya mereka dapat. Di fasa Endemik ini, segala bentuk aktiviti yang boleh disertai oleh pelajar untuk kembali aktif semula dalam aktiviti kokurikulum ini hendaklah selaras dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita. Menurut Sandra (2016), aktiviti kokurikulum ini amat penting dalam mencapai matlamat polisi sistem pendidikan di negara kita agar terus mengekalkan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Kepelbagai yang wujud di negara kita telah menjadikan aktiviti kokurikulum ini menarik serta amat bermakna untuk disertai Maka adalah amat penting pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum akan mengalakkan pelajar tersebut untuk mengekalkan budaya belajar serta menyemai sikap berdikari di dalam diri pelajar tersebut (Mathew ,2016).

2. Penyataan Masalah

Dunia pendidikan di negara kita sentiasa berkembang serta berubah menjurus kepada perkembangan semasa dan arus permodenan. Namun begitu pada tahun 2019, negara kita telah dilanda wabak COVID-19 dimana ia terus mewujudkan keadaan pandemic di seluruh dunia.

Rutin kehidupan harian mula terbatas serta disekat bagi mengelakkan wabak ini dari terus berjangkit.Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara kita serta institusi pendidikan pun ditutup. Proses PdP berlangsung secara atas talian (online) dan begitu juga dengan aktiviti kokurikulum. Pelajar melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum ini secara norma baru serta tidak ada aktiviti bersemuka atau fizikal dijalankan seperti sebelum ini. Pendekatan perlaksanaan kokurikulum seumpama ini merupakan perkara baru kepada pelajar serta mereka perlu menyesuaikan diri dengannya. Apabila kokurikulum ini dijalankan secara atas talian, tidak ada interaksi secara fizikal dapat dilakukan serta kekangan untuk aktiviti fizikal secara berkumpulan untuk dijalankan. Menurut Hall et al.,2020 Keadaan yang sebegini akan mengakibatkan masyarakat berada dalam situasi tekanan dan tidak mempunyai peluang untuk aktif aktiviti fizikal seperti sebelum ini. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan motivasi pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Dengan keadaan seumpama ini aktiviti kokurikulum akan menjadi kurang menarik serta pasif dari segi fizikalnya. Seperti sedia maklum bidang kokurikulum merupakan bidang utama dalam sistem pendidkan di negara kita. Merujuk kepada hasrat Falsafah Pendidikan Negara dimana ia bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,rohani,emosi, jasmani dan sosial( JERIS). Semua hasrat ini tercapai apabila pelajar mempunyai motivasi serta berminat menyertai aktiviti kokurikulum. Menurut Bekomson et al.,(2020) pelajar yang rendah keyakinan diri akan mempunyai masalah dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Secara tidak langsung ini memberi kesan kepada aspek motivasi pelajar berkenaan.

Penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum amat penting serta harus melengkapkan bilangan atau jenis aktiviti kokurikulum yang perlu untuk disertai. Pelajar melalui aktiviti akan didedahkan dengan pelbagai jenis aktiviti di luar bilik darjah. Ini merupakan dasar sistem

(4)

pendidikan di negara kita. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti koklurikulum ini, secara tidak langsung dapat belajar serta melalui pelbagai jenis aktiviti untuk, meningkatkan kemahiran interpersonal, kemahiran menyelesaikan masalah, pendekatan yang positif, menurut ( Ayoub,Fares and Fares,2015). Penglibatan pelajar sekolah menengah yang proaktif ini akan memberi impak yang besar kepada kemenjadian mereka kesan dari penglibatan dalam aktiviti kokurikulum ini.

2.1 Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dirancang dan dijalankan bagi melihat:

i. Tahap motivasi pelajar sekolah menengah di daerah Saratok dalam aktiviti kokurikulum yang bakal mereka sertai.

ii. Bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah menengah semasa menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah mereka.

iii. Mengenalpasti hubungan motivasi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

2.2 Persoalan Kajian

Kajian ini menjawab beberapa soalan kajian seperti berikut:

i. Apakah tahap motivasi pelajar sekolah menengah di daerah Saratok?

ii. Apakah tahap penglibatan pelajar sekolah di daerah Saratok dalam aktiviti kokurikulum?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan diantara jantina lelaki dan perempuan pelajar sekolah menengah dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum?

2.3 Kerangka Teori

Bagi kajian yang melibatkan tahap motivasi dan juga penglibatan yang memerlukan pergerakkan fizikal dalam aktivitinya, salah satu teori motivasi yang sinonim dengannya ialah Teori Penentuan Kendiri atau ‘Self-Determination Theory’ (SDT). Merujuk kepada Ryan &

Deci (2017), Teori Penentuan kendiri ini adalah berkisar tentang konsep motivasi manusia yang turut dikaitkan dengan perkembangan serta fungsi keperibadian yang merujuk kepada konteks sosial. Di samping itu, teori ini amat memberikan penekanan kepada ciri-ciri keteguhan hati dan tekad individu itu sendiri dalam usahanya untuk mencapai hasrat atau matlamat yang diingini. Teori Penentuan Kendiri ini juga banyak digunapakai dalam kajian bidang sukan. Ia bertujuan untuk memahami berkaitan dengan fenomena penglibatan serta aspek pengekalan sukan dalam kalangan atlet (Deelen, Ettema, & Kamphuis, 2018: Pellertier et al., 2013;

Horrocks, & Hanton, 2006).

Teori Penentuan Kendiri menerangkan bahawa, feneomena yang bersifat kompleks ini berkait rapat dengan konsep motivasi yang multidemensi. Ini bermaksud ia bersifat menyeluruh serta terdiri daripada kompenan utamanya iaitu motivasi ekstrinsik, motivasi intrinsik dan kompenan yang terakhir ialah amotivasi (Vallerand,1997). Dengan ini, kita dapat memahami bahawa konsep multidemensi motivasi ini menjelaskan tentang perkaitan antara pelbagai motif penglibatan sukan/aktiviti dan juga tindak balas dengan tingkah laku yang terhasil darinya (Pellertier et al., 2013). Segala tindak balas positif terhadap faktor motivasi ini memberi dorongan kepada individu untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti komuniti mahupun penglibatan dalam acara sukan yang berbentuk fizikal. Peranan sukan serta aktiviti fizikal merupakan strategi utama dalam memberi sumbangan mencapai matlamat kesihatan,sosial dan ekonomi (Jalil,2022). Aktiviti fizikal memberi pengaruh yang positif terhadap gaya tumpuan,keupayaan mengingat dan tingkah laku ( Syed Lamsah,2018).

(5)

Rajah 1: Teori Penentuan Kendiri Sumber: Richard Ryan & Edward Deci (2017)

Keperluan Kecekapan

Manusia perlu dapat memperolehi penguasaan diri dan kawalan kehidupan diri mereka sendiri serta persekitaran mereka. Ini semua penting untuk mereka mendapat kesejahteraan hidup.

Keperluan Keterhubungan

Manusia perlu merasai pengalaman kekitaan dan mempunyai hubungan dengan orang lain.

Secara tidak langsung ini dapat memberikan mereka pengalaman dan peraaan yang bermakna pada diri mereka.

Keperluan Autonomi

Manusia perlu berasa mereka sentiasa dalam kawalan kehidupan mereka sendiri,kelakuan dan juga matlamat. Ini adalah berkaitan dengan pilihan yang mereka pilih untuk diri sendiri.

Berdasarkan kepada Rajah 1, didapati ada 3 kompenan utama yang membentuk Teori Penentuan Kendiri ini. Setiap kompenan ini saling melengkapi diantara satu sama lain. Setiap individu walaupun berbeza dari segi jantina,umur, bangsa dan seumpamanya tetap akan berfungsi berlandaskan Teori Penentuan Kendiri ini. Begitu juga dengan pelajar yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum, ia tetap akan memainkan peranan dalam menentukan motivasi mereka untuk terlibat dengan kokurikulum yang dijalankan di sekolah mereka. Tiga kompenan utama dalam teori ini , sekiranya tidak dituruti ataupun dibangkitkan dalam diri pelajar itu, ia akan menjejaskan tahap motivasi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Jadi adalah penting untuk diketahui keadaan motivasi pelajar ini dalam mereka melibatakan diri dalam aktiviti kokurikulum setelah tamatnya fasa Pandemik serta diganti dengan fasa Endemik ini.

Motivasi Intrinsik adalah motivasi yang wujud secara dari dalam diri seseorang serta ia tidak perlu dirangsang oleh faktor luaran sebab memang telah wujud dalam diri individu itu menurut Djamarah (2011). Ini berbeza pula dengan motivasi ekstrinsik dimana ia dipengaruhi oleh factor luaran seperti factor popular,mobiliti sosial,kepujian,dorongan serta factor ganjaran yang diperolehi melalui penglibatan. Keupayaan untuk membangkitkan dua jenis motivasi ini amat penting agar penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum ini berjaya mencapai objektifnya.

2.4 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kepada teori keberkesanan diri atau “Self-Determination Theory” yang dipelopori oleh Deci & Ryan, (1985) satu kerangka konseptual telah dibentuk untuk menerangkan hubungkait teori ini berdasarkan kepada kajian ini. Setiap butiran ataupun struktur dalam

(6)

kerangka konseptual ini menjelaskan aspek kajian dengan ringkas serta peranannya berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ini.

Rajah 2: Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan kepada kerangka konseptual yang dibina ini, kita dapat mengenalpasti beberapa elemen utama serta yang penting dalam kajian ini. Setiap struktur serta kandungan dalam kerangka konseptual ini mempunyai peranan serta fungsi penerangan yang berbeza.

2.5 Batasan Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji mendapati kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah di daerah Saratok sahaja serta responnya cuma melibatkan pelajar sekolah menengah sahaja.

2.6 Definisi Operational 2.6.1 Kokurikulum

Sistem pendidikan di negara mewajibkan semua murid dan sekolah yang bernaung di bawah KPM untuk melibatkan diri secara wajib dalam pelbagai jenis aktiviti kokurikulum yang dirancang di sekolah masing-masing. Perlaksanaan aktiviti kokurikulum ini merupakan sebahagian daripada kurikulum yang semua murid terlibat secara langsung di sekolah. Aktiviti kokurikulum ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah bergantung kepada jenis aktivitinya. Selain daripada itu juga, aktiviti kokurikulum ini dilaksanakan selepas waktu PdP serta ia tidak akan menggangu proses Pdp murid dengan peruntukkan masa yang khusus untuk melaksanakannya. Maka dengan konsep perlaksanaannya yang berbeza dengan kurikulum, adalah tidak ada pertindihan dari segi perlaksanaan aktiviti kokurikulum ini dengan proses pdp. Kedua – dua aktiviti kurikulum dan aktiviti kokurikulum ini adalah saling melengkapi diantara satu sama lain. Melalui aktiviti kokurikulum ini,murid dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk proses perkembangan minat,mental, bakat,jasmani,rohani disamping pembentukan nilai-nilai estetika serta aspek sosial yang positif.

Berdasarkan kepada warta Kerajaan yang bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan ( Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif kokurikulum seperti berikut iaitu:

Setiap kegiatan kokurikulum harus mempunyai tiga aspek yang utama ini untuk dilaksanakan.

(7)

i. Penyertaan murid dalam aspek sukan dan permainan ii. Penyertaan murid dalam aspek kelab dan persatuan iii. Penyertaan murid dalam aspek pakaian seragam

Ketiga-tiga aspek ini adalah merupakan perkara asas yang harus ada serta dilaksanakan dalam setiap aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana setiap seorang murid harus wajib menyertai ketiga- tiga aspek ini untuk melengkapkan aktiviti kokurikulum murid tersebut. Setiap data kehadiran,penyertaan dan pencapaian murid akan direkodkan serta diberikan gred dalam sistem PAJSK. . Lebih banyak murid yang mendapat gred yang baik maka ini bermakna murid ini banyak melibatkan diri dalam pertandingan peringkat negeri atau kebangsaan serta ada memperolehi pencapaian yang baik. Di dalam sistem Pendidikan negara, aktiviti kokurikulum ini berteraskan lima dasarnya yang utama. Dasar yang dimaksudkan ini adalah seperti berikut:

i. Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum kebangsaan ii. Penyertaan murid dalam kokurikulum adalah wajib

iii. Penyertaan semua guru adalah wajib iv. Perlaksanaan “Kegiatan Kokurikulum”

v. Penyertaan “Beramai-ramai”

Aktiviti kokurikulum merupakan perlengkap utama kepada sistem pendidikan di negara kita.

Kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum ini secara tidak langsung membolehkan negara kita bersaing dengan negara maju yang lain dalam pelbagai bidang. Keupayaan sistem Pendidikan negara kita membentuk serta menghasilkan murid yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan amatlah penting.Seperti yang dinyatakan oleh Little, Wimer & Weiss (2007) Program kokurikulum ini lebih mempamerkan kualiti yang tinggi sekiranya ianya dibangunkan dengan cara serta kaedah berkesan, dilaksanakan dan dapat dikongsikan dan dimanfaatkan dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti keluarga, sekolah dan juga masyarakat setempat.

2.6.2 Fungsi Kokurikulum Pengukuhan dan Pengayaan

Maka dengan ini, aktiviti kokurikulum ini mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam sistem pendidikan negara kita. Antara fungsi kokurikulum yang utama dalam sistem pendidikan kita adalah ia betindak sebagai aspek pengukuhan dan pengayaan. Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum di sekolah adalah kesinambungan proses kurikulum dalam kelas. Pendedahan murid melalui mata pelajaran akademik telah memberikan mereka ilmu pengetahuan serta ia dikukuhkan lagi melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Bidang kokurikulum ini juga akan memberi peluang kepada nurid untuk memahami konsep latihan yang dilakukan dalam bidang tertentu secara lebih bermakna dan realistik dengan ilmu yang telah mereka pelajari.

Pendedahan kepada pengalaman di luar bilik darjah juga merupakan antara niat bagi penyertaan murid ini dalam bidang kokurikulum. Setiap program ini hendaklah dirancang terlebih dahulu agar ia selaras dengan aktiviti di dalam bilik darjah. Melalui penerapan yang seumpama ini ia akan dapat membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam aspek pelajaran kesan dari pengalaman di luar bilik darjah ini. Aktiviti kokurikulum yang boleh berperanan sebagai pengukuhan dan pengayaan ini ialah aktiviti seperti pergerakan pasukan pakaian seragam,aktiviti kelab dan persatuan, dan juga aktiviti sukan dan permainan. Setiap aktiviti ini memberi impak yang tersendiri kepada murid.

Khidmat Masyarakat

Seperti yang kita sedia maklum, sebuah sekolah biasanya akan terletak dekat dengan komuniti setempat dari segi lokasinya. Apabila sebuah sekolah tersebut berada dekat dengan komuniti

(8)

maka secara tidak langsung hubungan pihak sekolah dengan komuniti setempat adalah sangat rapat. Secara tidak langsung ini telah memberikan satu hubungan yang baik antara sekolah dan komuniti. Maka kesan dari ini, adalah menjadi satu kebiasaan komuniti dan sekolah terlibat dengan pelbagai jenis aktiviti bersama, sama ada melalui aktiviti kurikulum mahupun aktiviti kokurikulum. Hubungan seumpama telah memberi maanfat yang amat berguna kepada sekolah dan komuniti sekolah.

Program kokurikulum yang berlangsung di dalam sekolah boleh juga dilaksanakan di luar sekolah misalnya bersama dengan komuniti setempat. Pemilihan aktiviti kokurikulum yang sesuai dianjurkan bersama dengan komuniti setempat amat penting agar hubungan baik sekolah dan komuniti terus terjalin. Aktiviti seperti khidmat masyarat amatlah sesuai dilaksanakan sekolah bersama dengan komuniti setempat. Tujuannya ialah bagi memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat setempat agar dapat menyemai semangat bekerjasama dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini sekolah dapat memberi pendedahan kepada murid untuk mempraktikkan dan mengukuhkan pengetahuan mereka melalui sumbangan mereka dalam program seumpama ini.Dengan ini akan mendedahkan lagi murid dengan aktiviti yang berkonsepkan kokurikulum dan dilakukan bersama dengan masyarakat. Selain daripada itu juga,dengan berlakunya aktiviti khidmat masyarakat ini, masyarakat boleh membantu sekolah dengan menyumbangkan tenaga,bahan, buah fikiran dan juga kepakaran. Pendedahan sebegini akan memberi pengalaman yang amat berguna kepada murid agar mereka dapat melihat hubungan aktiviti kokurikulum yang mereka laksanakan di dalam sekolah dengan masyarakat di luar sekolah.

Hobi dan Rekreasi

Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah bermatlamat untuk memupuk minat dan menyemai keseronokan di dalam diri murid melalui penyertaan mereka. Pendekatan seumpama ini memberi kesan positif kepada murid agar mereka terus berasa seronok dan mendapat manfaat dalam penglibatan mereka ini. Secara tidak langsung aktiviti kokurikulum ini akan berfungsi dalam membentuk hobi dan menjadi wadah sebagai program reakreasi bersama dengan murid-murid yang lain. Melalui penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum ini, murid akan mendapat pengetahuan dan juga kemahiran. Selain daripada itu juga,murid akan dapat mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Murid juga akan berasa seronok apabila mereka dapat melibatkan diri dengan aktiviti seperti membaca,bersukan,menyanyi,bermain alat muzik,membuat model dan lain-lain lagi. Segala aktiviti seumpama ini merupakan kandungan utama dalam aktiviti kokurikulum yang dilakukan di sekolah.

Kerjaya

Kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan agenda utama kementerian pendidikan. Segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan merupakan langkah ke arah membentuk kemenjadian murid ini secara holistik.

Segala aktiviti kokurikulum yang dirancang sebagai modul pelaksanaan kokurikulum di sekolah merupakan perancangan yang penuh teliti dari kerajaan. Hai ini kerana, kokurikulum amatlah penting untuk disertai,difahami dan juga dihayati oleh semua murid yang terlibat di sekolah kerajaan. Setiap aktiviti kokurikulum ini akan memberi impak yang sangat besar kepada proses pembelajaran murid.

Melalui aktiviti kokurikulum ini, murid secara tidak langsung didedahkan dengan asas kerjaya yang boleh mereka pilih sebagai kerjaya mereka nanti. Selain daripada itu juga, ia dapat menimbulkan kesedaran dan memilih kerjaya yang mereka minat. Segala pengetahuan dan

(9)

kemahiran yang mereka dapat dalam aktiviti kokurikulum amat berguna sebagai panduan mereka apabila memasuki alam pekerjaan nanti.

Perkembangan Diri Individu

Setiap murid yang bersekolah di dalam sekolah kerajaan adalah akan terlibat dengan aktiviti kokurikulum ini. Pelbagai jenis aktiviti yang boleh murid pilih untuk disertai dan setiap satu daripada aktiviti ini adalah berbeza dari satu sama lain. Murid berpeluang untuk merasai tiga bidang utama dalam penyertaan mereka di aktiviti kokurikulum ini. Pendedahan seumpama ini amatlah penting agar murid dapat berkembang dengan sempurna serta mampu untuk menguasai dan memahami tiga bidang utama kokurikulum ini. Setiap bidang ini memberikan murid ilmu pengetahuan yang berbeza serta merasai pengalaman yang berlainan melalui modul aktiviti yang digunapakai.

Sebagai murid yang menyertai aktiviti kokurikulum ini, ia dapat memberi peluang kepada murid untuk melatih diri dari aspek menjaga kesihatan diri,membentuk disiplin diri, memyemai minat dan bakat serta dapat membina semangat. Murid juga turut dapat menghayati nilai perpaduan serta menanam sifat kewarganegaraan dalam diri mereka. Segala ini adalah kandungan yang disemai secara langsung dan tidak langsung melalui aktiviti kokurikulum.

Amatlah penting bagi murid ini sedar akan potensi diri dan mengembangkan diri mereka menjadi seorang individu yang berguna serta berbakti kepada bangsa dan negara suatu hari nanti.

2.7 Endemik

Pada tahun 2019, bidang kesihatan sedunia telah dikejutkan dengan kehadiran serta penularan Virus COVID-19 secara meluas di seluruh dunia. Setiap negara di dunia mula mengambil langkah kesihatan yang sewajarnya untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini.

Tahap kesihatan masyarakat mula terjejas dengan kehadiran COVID -19 ini. Selain daripada itu sektor ekonomi,pelancongan,pendidikan dan pelbagai sector lain lagi mula terasa kesanya serta memberi impak yang amat buruk kepada sektor-sektor ini secara global.

Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dari wabak COVID-19 ini dimana kerajaan telah mengambil beberapa langkah yang drastik untuk membendung penularan wabak ini dalam masyarakat di negara kita. Kementerian Kesihatan merupakan peneraju utama dalam melaksankankan pelbagai langkah yang sewajarnya agar wabak COVID-19 ini tidak terus merebak dan berjaya dibendung. Selepas adanya Vaksin, penularan wabak COVID-19 ini semakin dapat dikawal serta negara kita pun berada di fasa Pandemik. Segala inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dalam membendung penularan wabak COVID-19 ini amat penting bagi membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan normal.

Selepas itu negara kita diklasifikasikan dalam fasa endemic,kesan dari langkah-langkah proatif yang telah diambil dalam meletakkan masyarakat dalam keadaan yang lebih selamat dalam menjalani rutin harian mereka semula. Menurut Kamus Dewan, Endemik ialah merujuk kepada keadaan dimana penyakit yang sentiasa terdapat pada orang ataupun daerah tertentu. Contoh penyakit yang dalam kategori endemic ini adalah seperti Penyakit Malaria, Penyakit Denggi dan juga Penyakit Hipertatis B. Semua penyakit ini telah berada dalam masyarakat kita serta penyakit ini sentiasa berlaku dalam dunia kesihatan awam kita. Steadmen, (2006) Endemik adalah penyakit yang merebak dalam kawasan yang luas serta dalam populasi yang besar.

Setiap penyakit ini ada ubatnya serta ia boleh dirawat. Dalam keadaan di fasa endemic ini, kita akan melaksanakan rutin ataupun kehidupan harian kita dengan kehadiran wabak COVID-19

(10)

ini dalam masyarakat kita.Kewujudan penyakit yang secara konsisten di dalam komuniti kumpulan atau populasi dalam sesuatu Kawasan yang luas the Porta, (2008).

Kualiti kesihatan masyarakat dunia secara globalnya telah terjejas kesan dari wabak COVID- 19 ini. Pelbagai uasaha telah diambil agar kualiti kesihatan masyarakat kembali seperti sedia kala dan kembali menjalani kehidupan yang normal seperti sebelum ini. Dalam fasa endemic ini, segala rutin harian kita yang ditutup sebelum ini telah kembali dibuka semula serta beberapa kelonggaran juga telah diberi untuk membolehkan semua sector dibuka semula.

Namun begitu, masyarakat kita masih juga terikat dengan beberapa SOP kesihatan tapi tidaklah sebegitu ketat seperti yang sebelum ini. Setiap langkah yang dilaksanakan dalam SOP ini membantu dalam mengekang penularan wabak COVID-19 ini serta mengembalikan rutin harian masyarakat seperti yang normal.

2.8 Sorotan Literatur

Dorongan dan keinginan yang wujud dalam diri individu selalunya dipengaruhi oleh faktor motivasi individu itu sendiri. Setiap individu mempunyai keperluan serta tahap motivasi yang berbeza. Hal ini demikian kerana, terdapat dua jenis motivasi yang boleh mempengaruhi individu iaitu motivasi intrinsik dalam dan motivasi ektrinsik luaran. Menurut Komarudin (2016), motivasi adalah menjurus kepada keinginan, hasrat, kemahuan dan pendorong yang membolehkan individu itu mencapai prestasi diri sendiri dan juga orang lain. Bagi Kamus Dewan (1994) motivasi ini merujuk kepada perasaan keinginan yang keras atau menunjukkan semangat yang kuat pada diri seseorang dimana ia akan mendorongnya untuk berusaha melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan yang diingini. Keinginan yang seumpama ini memberi kesan yang mendalam kepada diri individu untuk terus bermotivasi dalam mengejar matlamat yang hendak dicapai. Ini merupakan pembakar semangat untuk individu itu terus berusaha disamping memberi keyakinan pada diri sendiri. Sikap yang positif ini amat penting agar setiap pendekatan yang kita ambil atau laksanakan berjaya seperti yang telah dirancang. Motivasi juga berfungsi sebagai sumber atau alat untuk menggalakkan seseorang individu itu untuk berusaha mencapai matlamatnya, seterusnya berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang untuk dirinya (Cox,1998). Apabila seseorang individu itu terlibat dengan aktiviti berbentuk sukan, secara tidak langsung individu tersebut menyediakan dirinya dari segi motivasi diri untuk bersaing dan juga berseronok.

Kepelbagaian teori motivasi yang sering digunapakai dalam kajian pada masa kini telah mengukuhkan lagi bidang motivasi ini sebagai suatu bidang utama yang harus dikaji.

Kewujudan aspek motivasi dalam setiap diri individu amatlah penting sebagai pemangkin untuk mencapai matlamat dalam bidang sukan mahupun kehidupan harian. Setiap aspek dalam bidang motivasi ini memberi pengaruh mahupun rangsangan yang berbeza kepada seseorang.

Ini semua bergantung kepada matlamat yang hendak dicapai oleh individu itu sendiri bergantung kepada kehendaknya. Menurut Egli et al.,(2011) terdapat perbezaan motivasi dalam penyertaan aktiviti fizikal dimana ia bergantung kepada jantina,umur,kekerapan dan masa aktiviti berlangsung. Bagi setiap aktiviti kokurikulum yang dirancang adalah penting semua factor ini diambil kira agar penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menarik dan mencapai matlamatnya.

Perkembangan minda kanak-kanak serta tubuh badan mereka memerlukan didikan fizikal yang sesuai dan juga kualiti dari segi intelek, Acquah & Anti (2014). Maka oleh sebab itulah, aktiviti fizikal atau kokurikulum yang sesuai mengikut peringkat perkembangan murid adalah amat penting sekali. Pemilihan aktiviti serta program juga turut mempegaruhi penglibatan murid serta turut mempengaruhi motivasi mereka. Menurut Agnes et al,.(2019), di peringkat sekolah

(11)

menengah inilah pelajar ini mencapai potensi mereka dalam tumbesaran dan lebih bertenaga, namun mereka tidak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti permaiana serta sukan. Hal yang sebegini akan turut mempengaruhi penglibatan mereka dalam bidang kokurikulum.

Keperlbagaian kategori dalam bidang kokurikulum seperti bidang music dan seni,organisasi akademik, kelab dan persatuan sekolah dan juga kumpulan dari komuniti telah memberi peluang kepada pelajar untuk berkembang,belajar disamping menjadi remaja yang bersifat positif Burr (2012). Peluang yang wujud dalam kokurikulum ini secara tidak langsung dapat mengembangkan bakat mahupun potensi pelajar itu sendiri.

Berdasarkan kepada kajian lepas yang telah dijalankan dapat disimpulkan disini bahawa factor motivasi dalaman serta luaran akan mempengaruhi penglibatan pelajar dalan aktiviti kokurikulum. Walaupun secara dasarnya aktiviti kokurikulum ini banyak memberi manfaat kepada pelajar ia juga bertindak sebagai menyediakan pelajar yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Metod Kajian

3.1 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian penyelidikan yang berbentuk tinjauan dimana ia menggunakan kaedah tinjauan untuk mengenalpasti faktor motivasi dan tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum semasa fasa Endemik di daerah Saratok.

3.2 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 40 orang pelajar sekolah menengah di daerah Saratok dimana 19 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan terlibat sebagai responden kajian.

Dalam kajian ini, kaedah persampelan yang digunakan adalah berdasarkan kepada kaedah persampelan secara rawak. Teknik kajian ini memberi peluang yang sama bagi setiap individu dalam populasi untuk terpilih sebagai sampel bagi kajian ini.

3.3 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah Participation Motivation Questionnaire (PMQ) yang dihasilkan oleh Gill, Gross dan Huddeston (1983). Instrumen ini bertujuan untuk mengukur motivasi penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mereka di sekolah. Dalam instrument ini mempunyai enam sub bahagian dalam soalannya,iaitu keseronokan (item 5,7,13,16 dan 29), perkembangan kemahiran (item 1,9,10 dan 12), kecergasan fizikal (item 4,6,15,17 dan 24) status/pengiktirafan (item 14,21,23,25,26 dan 28), minat (item 2,3,19,20 dan 27) dan persekitaran (item 8,11,18,22 dan 30). Intrumen kajian ini telah menggunakan skala Likert tiga mata iaitu 1. Sangat Penting, 2. Penting, 3. Tidak Penting langsung digunakan dalam borang instrumen. Bagi item yang bernilai positif, ia menunjukkan skor yang rendah serta bermakna pemboleh ubah itu tidak memainkan peranan yang penting memberi motivasi kepada pelajar dalam aktiviti kokurikulum mereka. Soal selidik ini diterjemahkan dari versi Bahasa Inggeris ke versi Bahasa Melayu. Aspek terjemahan ini dilakukan dengan mendapat nasihat dan pandangan daripada pakar bahasa. Prosedur tejemahan yang digunakan adalah untuk memastikan maknanya bersamaan dengan item yang asal serta dibuat secara ‘back to back’

penterjemahan. Ini adalah untuk memastikan responden mudah memahami kehendak soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini serta tidak membawa maksud yang berlainan dari versi yang asalnya.

(12)

3.4 Analisis

Semua data yang dikumpul ini dianalisis dengan mengunakan IBM Statistical Package for the social Science (SPSS) versi 23. Bagi kajian ini,data statistik deskriptif akan dikira untuk semua pembolehubah.

4. Keputusan

Pengkaji telah melakukan beberapa siri analisis untuk mendapatkan serta menjelaskan data dengan cara yang jelas dan sesuai untuk menerankan berkenaan kajian ini dibuat.

Jadual 3: Ujian T-Test bagi melihat perbezaan dari segi jantina bagi aspek motivasi dan tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktivit kokurikulum

Penglibatan pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti kokurikulum ini memerangkan dua keadaan yang berbeza. Merujuk kepada Jadual 3, pelajar lelaki menunjukkan nilai min tinggi (2.4373) bagi motivasi dan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum ini dengan sisihan piawai (.51250). Bagi pelajar perempuan min mereka adalah (2.2161) dengan sisihan piawai (.54472). Maka dari jadual 3 ini dapat kita rumuskan disini bahawa pelajar lelaki menunjukkan motivasi dan tahap pengglibatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum berbanding dengan pelajar perempuan.

Jadual 4: Peratus pilihan lelaki & perempuan dalam bidang kokurikulum

Berdasarkan kepada jadual 4 diatas, dapat kita kenalpasti bahawa pelajar lelaki lebih banyak merasakan bahawa aktiviti Kokurikulum ini penting dengan memilih aktiviti ini sebagai

‘sangat penting’ dengan peratus pemilihan mereka ini adalah sebanyak 32%. Bagi pelajar perempuan, cuma 26% sahaja yang memilih bahawa penglibatan dalam aktiviti Kokurikulum ini ‘Sangat Penting’. Dalam skala ‘Tidak Penting’ Cuma 2% sahaja lelaki yang memilih skala ini dan manakala 4% pelajar perempuan memilih bahagian ini. Dari ini dapat kita nyatakan disini bahawa, pelajar lelaki dan perempuan sedar akan bertapa pentingnya untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini di peringkat sekolah mereka. Penglibatan mereka secara proaktif dan menyeluruh adalah penting agar objektif aktiviti kokurikulum dapat dicapai disamping dapat mewujudkan keseronokkan dalam aktiviti yang mereka lakukan.

(13)

Jadual 5: Analisis Deskriptif pelajar lelaki berdasarkan sub bahagian untuk melihat tahap motivasi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

Jadual 5 ini menunjukkan dapatan analisis deskriptif bagi pelajar lelaki yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Melalui jadual ini, pelajar lelaki akan lebih bermotivasi dan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang berasaskan kepada sub bahagian ‘Perkembangan Kemahiran’ (M=2.6184, SP=.45923) dimana sub bahagian ini mempunyai nilai min dan sisihan piawai yang tertinggi. Sub bahagian ‘Keseronokkan’ merupakan yang kedua tinggi dalam mempengaruhi pelajar lelaki dalam aktiviti kokurikulum ini (M=2.5368, SP=49465).

Merujuk kepada jadual ini, didapati bahawa Sub bahagian ‘Status/Pengiktirafan’ merupakan bahagian yang terendah serta kurang mempengaruhi motivasi serta penglibatan murid dalam menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah mereka (M=2.1316, SP = .64926). Kesemua sub bahagian ini memberi impak yang berbeza terhadap motivasi dan penglibatan pelajar lelaki ini dalam penyertaan mereka dalam aktiviti di peringkat sekolah ini. Adalah penting untuk memberi focus yang lebih kepada aspek perkembangan kemahiran murid dalam merancang aktiviti kokurikulum agar dapat menarik minat murid melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam kokurikulum.

Keupayaan sekolah melahirkan murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum ini akan memberi impak yang positif kepada guru dan juga sekolah.

Jadual 6: Analisis Deskriptif pelajar perempuan berdasarkan sub bahagian untuk melihat tahap motivasi dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

(14)

Jadual 6 ini merupakan analisis deskriptif bagi pelajar perempuan dalam penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Sub bahagian ‘Perkembangan Kemahiran’ merupakan aspek yang mempunyai nilai min dan sisihan piawai yang tertinggi bagi pelajar perempuan ini (M=2.5952, SP=.40679). Secara tidak langsung pelajar perempuan ini berminat serta bermotivasi tinggi untuk melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum ini adalah disebabkan kerana ingin mengembangkan lagi kemahiran mereka dalam aktiviti kokurikulum. Sub bahagian ‘ Keseronokkan’ berada di kedudukan kedua tinggi ( M=2.3238 , SP=.56027) yang mendorong pelajar perempuan ini untuk lebih bermotivasi. Sub bahagian yang paling rendah memberi impak kepada pelajar perempuan ini dalam melibatkan diri dalam bidang kokurikulum ialah

‘Status/Pengiktirafan’ (M=1.9206, SP = .6721). Di sini dapat kita simpulkan bahawa pelajar perempuan ini turut berminat menyertai aktiviti kokurikulum ini atas kesedaran mereka untuk memperkembangkan kemahiran mereka. Dengan keinginan serta motivasi yang tinggi dalam bahagian perkembangan fizikal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan prestasi pelajar ini dalam bidang kokurikulum

5. Perbincangan

Perlaksanaan aktiviti kokurikulum yang baik di sekolah akan memberi impak yang positif kepada pencapaian kokurikulum sekolah itu. Seperti yang kita sedia maklum, bidang kokurikulum ini adalah antara tunjang utama sistem pendidikan di negara kita. Setiap perlaksanaannya di sekolah adalah dirancang dengan teliti serta mempunyai objektifnya yang tersendiri. Melalui pendekatan kokurikulum yang sebegini, hasrat kerajaan untuk membentuk kemenjadian murid yang holistic berdasarkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan berjaya direalisasikan.

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati beberapa factor yang mempengaruhi dan juga memberi kesan kepada tahap motivasi pelajar sekolah menengah dalam melakukan kegiatan kokurikulum. Tahap keinginan pelajar untuk memperkembangkan tahap kemahiran mereka dalam bidang kokurikulum merupakan pengerak utama untuk pelajar ini.Faktor perkembangan ini dikategorikan sebagai factor motivasi intrinsik seorang pelajar itu.

Keingginan ini dating dari diri pelajar itu sendiri. Pelajar lelaki dan perempuan sama mempunyai factor memperkembangkan kemahiran ini dalam memberi pengaruh kepada penglibatan mereka. Menurut Matsumoto & Takenaka,(2004) menyatakan bahawa motivasi amat penting untuk berjaya dalam bidang sukan tidak kira untuk tujuan rekreasi ataupun untuk sukan yang kompetitif.

Selain daripada itu juga, factor seterusnya yang turut mempengaruhi motivasi pelajar lelaki dan perempuan ini adalah factor keseronokkan. Dalam setiap aktiviti yang kita sertai, faktor ini amat penting untuk diambil kira agar penglibatan kita dalam aktiviti itu dilakukan dengan penuh keseronokkan serta membolehkan aktiviti itu berjaya mencapai objektifnya.

Faktor terendah sekali yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum adalah aspek status/pengiktirafan. Berdasarkan kajian ini, pengkaji mendapati aspek status/pengiktirafan ini tidak memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum. Secara tidak langsung aspek status/pengiktirafan ini yang merupakan aspek motivasi ekstrinsik kurang menjejaskan motivasi pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

(15)

6. Kesimpulan

Dengan memahami faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk melaksakan aktiviti kokurikulum ini amat penting bagi membolehkan kita merancang aktiviti yang sesuai dan menarik. Melalui aktiviti kokurikulum yang berjaya menarik minat pelajar, maka secara tidak langsung memudahkan pencapaian objektif aktiviti kokurikulum itu sendiri. Selain daripada itu juga, ia membolehkan Guru Penasihat untuk memahami aspek yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum serta perkara yang perlu diberi perhatian yang menyeluruh.

Maka adalah penting bagi semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti kokurikulum ini jelas dan terang berkenaan faktor-faktor yang harus diambil perhatian dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum. Keupayaan untuk memahami segala faktor yang penting ini memainkan peranan yang utama dalam merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum agar bidang kokurikulum ini memberi impak yang positif terhadap kemenjadian murid dan juga kecemerlangan sekolah.

References

Antonini Philippe (2022). Coping and Resilience Among Endurance Athletes During the COVID-19 Pandemic.

Al-Ansari, A., Al-Harbi, F., Abdelaziz, W., & Abdelsalam, M. (2015). Factors affecting student participation in extra-curricular activities: A comparison between two Middle Eastern dental schools. The Saudi Dental Journal.

Agnes K.Muema,Gideon M Kasivu,Rose Mwanza. Influnce of motivation on teacher, involvement in co-currikular activities in Public Secondary school in Matunggulu Sub Country,Machakos Country-kenya. Internasional Journal of education dan Researcg.

Vol 5,no 5.

Acqua,B.Y & Anti, Parsley, P.(2014). The Influnce of co-curricular activities on student performance in economics. Journal of education manage,ent, 6,147-160

Achi N.Bekomson,Melvina N, Amalu, Anthony N. Mgban, Abang B. Kinsley (2020). Interest in extra curricular activities and self efficacy of senior secondary school student in Cross River state, Nigeria. International Education Studies. Vol.13.No 8

Biasutti (2021). Creative pedagogies in the time of pandemic: a case study with conservatory students.The Digital ‘turn’ in music education. Volume 23, issue 2.

Cox, S. and Flin, F. (1998) Safety Culture: Philosopher’s Stone or Man of Straw? Work &

Stress: An International Journal of Work, Health & Organisations, 12, 187-188.

Deelen, Ettema, & Kamphuis, (2018). Sports participation in sport clubs, gyms or public spaces: How users of different sports settings differ in their motivations, goals, and sports frequency

Djamarah,Bahri syaiful. (2011). Psikologi Belajar. Jakarta ;Rineke Cipta Egli,T.,Bland,H.W.,Melton,B.F and Czech D.R. (2011) Influnce of age,sex and race on collage students’ exercise motivation of physical activity. Journal of American College Health 59(5).399-406

Fischer,N., & Theis,D (2014). Extracurricular participation and the development of school attachment and learning goal orientation: The impact of school quality. Development Psychology,50(6),1788-1793.

Gill DL, Gross JB, Huddleston S (1982). Participation Motivation in Young Sports.

International Journal of Sport Psychology, 1-14

(16)

Grenita Hall,Deepika R.Laddu, Shane A.Phillips,Carl J.Lavie & Ross Arena (2020). A tale of two pandemic: how will COVID-19 and global trends in physical inactivity and sedentary behaviour affect one another? Progress in cardiovascular Disease, S0033- 0620(20) 30077-3.

Jamaris Martini, Orientasi Baru dalam Psikologi Pendidikan, Jakarta Pusat: Yayasan Penamas Murni, 2010

Komarudin (2015). Psikologi Olahraga. PT Remaja Rosdakarya, Bandung

Matthew, I. M. (2016). Aktiviti Kokurikulum (Konsep, Matlamat, Strategi dan Perlaksanaan).

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Matsumoto, H. & Takenaka, K. (2004) Motivational profiles and stages of exercise behavior change.International Journal of Sport and Health Science 2,89-96.

Nur Izza Ainaa, M. R. & Wan Hanim Nadrah, W. M. (2014). Leadership of Technical Students Through Co-Curriculum Activities in University. Journal of Management Policies and Practices Vol. 2, No. 2, Pp. 39-43.

Luc G. Pelletier a, *, Meredith A. Rocchi a, Robert J. Vallerand b, Edward L. Deci C, Richard M. Ryan (2013). Validation of the revised sport motivation scale (SMS-II).

Psychology of Sport and Exercise. 14 (2013) 329e341

Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2017). Self-determination theory: Basic psychological needs in motivation, development, and wellness. The Guilford Press. Porta M, editor.

Dictionary of Epidemiology. 5th ed. New York: Oxford University Press; 2008. p.

78‑9.

Sandra & Anuar Ahmad (2016). CO-CURRICULAR ACTIVITIES AND ITS EFFECT ON SOCIAL SKILLS. Conference: International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016) “Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development”

Syed Lamsah Syed Chear. (2018) Kepentingan aktiviti fizikal dalam membina personaliti dan meningkatkan prestasi akademik. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 7, No 1, 2018 (21-33)

Stedman’s medical dictionary. 28th ed. Philadelphia: Lippincott, Williams & Wilkins, 2006.

Vallreland (1997). Toward A Hierarchical Model of Intrinsic and Extrinsic Motivation.

Advance in Experimental Social Psycology, Volume 29.

Referensi

Dokumen terkait

Memandangkan aspek kokurikulum merupakan satu komponen penting dalam pembentukan pelajar yang seimbang dan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti seiring

‘creative story telling competition’, ‘novel writing competition’, ‘games or crossword puzzel’, dan aktiviti-aktiviti menarik lain yang dapat menarik perhatian pelajar.

ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan

Kaufman dan Felder (2000) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif merupakan satu paradigm pengajaran di mana kumpulan pelajar bekerja dalam tugasan (laporan eksperimen atau

Pelajar perlu lebih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran untuk menguasai kemahiran insaniah yang terdiri daripada kemahiran berfikir aras

Secara keseluruhan kajian menunjukkan majoriti pelajar Sukan dan Rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia kurang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan tidak terdapat perbezaan yang

Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara penglibatan dalam kokurikulum bagi aktiviti badan beruniform dengan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan..

3, 2018 42 eISSN 0128-2875 Jadual 3: Analisis faktor intrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam aktiviti fizikal Analisis statistik inferens menggunakan