• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Motivasi Kesihatan Dalam Kalangan Pelajar di Daerah Larut Matang Dan Selama (Level of Health Motivation Among Students in The District of Larut Matang and Selama)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Motivasi Kesihatan Dalam Kalangan Pelajar di Daerah Larut Matang Dan Selama (Level of Health Motivation Among Students in The District of Larut Matang and Selama)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Motivasi Kesihatan Dalam Kalangan Pelajar di Daerah Larut Matang Dan Selama

(Level of Health Motivation Among Students in The District of Larut Matang and Selama)

Anuar Abu Hassan1*, Hapsah Md Yusof2

1 Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

2Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

*Corresponding Author: ppkpanuar400@gmail.com

Received: 25 April 2023 | Accepted: 20 June 2023 | Published: 30 June 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/ijares.2023.5.2.12

__________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian motivasi dalam kalangan pelajar ini dijalankan bagi mengetahui adakah terdapat perbezaan tahap motivasi antara jantina dan jenis sekolah. Kajian ini melibatkan Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Harian Berasrama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Kajian melibatkan sebanyak 653 pelajar sekolah tingkatan empat dalam Daerah Larut Matang dan Selama. Menggunakan ujian T bagi menentukan tahap motivasi antara jantina dan One Way Anova bagi menentukan tahap motivasi jenis sekolah. Hasil kajian menunjukkan tiada pebezaan tahap motivasi diantara lelaki dan perempuan kerana nilai T 0.385 lebih dari p < 0.05 tidak signifikan. Manakala ujian ANOVA menunjukkan sanifikan dengan bacaan nilai F (2, 653: p = 0.017) = 4.109. Oleh sebab nilai p < 0.05, maka terdapat perbezaan tahap motivasi diantara jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Ini menunjukkan tahap motivasi dalam kalangan pelajar dipengaruhi oleh jenis sekolah pelajar tersebut.

Kata Kunci: Motivasi kesihatan; Pelajar

Abstract: This study of motivation among students was conducted to find out if there is a difference in the level of motivation between gender and type of school. This study involves Day Secondary Schools, Boarding Day Secondary Schools and Government Aided Religious Schools. The study involved a total of 653 fourth form school students in Larut Matang and Selama District. Using the T test to determine the level of motivation between genders and One Way Anova to determine the level of motivation of the type of school. The results of the study show that there is no difference in the level of motivation between men and women because the T value of 0.385 is more than p < 0.05 which is not significant. While the ANOVA test showed sanity with a value reading of F (2, 653: p = 0.017) = 4.109. Due to the value of p < 0.05, there is a difference in the level of motivation between the types of schools among students.

This shows that the level of motivation among students is influenced by the type of school the student is in.

Keywords: Health motivation; Student

___________________________________________________________________________

(2)

1. Pendahuluan

Motivasi merupakan suatu perasaan yang lahir dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai suatu tujuan. Motivasi membuat seseorang tergerak untuk melakukan sesuatu secara maksima untuk memenuhi impian (Marpaung, 2007). Motivasi menggerakkan seseorang itu untuk mencapai kejayaan dan keselesaan dalam menjalani kehidupan. Menurut Sternberg (2001), motivasi memainkan peranan penting sebagai penggerak untuk mencapai sesuatu tujuan atau matlamat.Dengan kata lain, motivasi adalah sebuah proses untuk mencapainya suatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi yang tinggi mampu melangkah bagi mencapai kebahagian dalam hidup. Motivasi terdiri dari pelbagai konsep iaitu keinginan (drives), keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu (curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan berbagai lagi. Menurut Ahmad dan Zainol Madon (2003) motivasi adalah satu proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku ke arah tujuan tertentu, yang sebelumnya tidak ada gerakan ke arah tujuan tersebut. Terdapat dua jenis motivasi iaitu intrisik dan ekstrinsik. Intrisik merupakan motivasi yang lahir dari dalam individu itu sendiri. Sebagai contoh berusaha untuk mencapai kejayaan dengan usaha gigih tanpa rangsangan dari pihak luar samaada dari keluarga, guru, rakan dan sebagainya. Manakala foktor ekstrintik pula merupakan sokongan motivasi dari luar, sebagai contoh mendapatkan sesuatu yang ditawarkan oleh individu mahupun kumpulan. Jadi usaha yang dilakukan untuk mendapatkan tawaran tersebut merupakan faktor esktrintik. Kajian mendapati, semakin tinggi keperluan individu, maka semakin kurang penggantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah lakunya. Walau bagaimanapun, pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti implus individu (Baharom, Ahmad, dan Husin, 2006).

2. Pengenalan

Teori ‘Hygiene-motivation’ Herzberg mendapati terdapat dua elemen yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan motivasi seseorang individu di tempat kerja. Elemen tersebut adalah elemen luaran iaitu faktor kebersihan dan elemen dalaman iaitu faktor motivasi dalaman. Faktor kebersihan meliputi elemen-elemen luaran seperti pengurusan pentadbiran, suasana bekerja, gaji pekerja, faedah pekerja, tekanan daripada pengurus dan lain-lain lagi.

Manakala faktor motivasi dalaman.merupakan faktor-faktor dalaman individu yang positif ke arah mencapai kepuasan. Manakala teori Vroom pula menyatakan bahawa motivasi individu akan meningkat jika nilai ganjaran yang diberikan berkualiti dan harapan individu tersebut untuk mendapatkan ganjaran tersebut dengan menyempurnakan tugasan (Brooks, 2006).

Menurut Cox (1998) motivasi kesihatan adalah multidimensi subsistem yang melibatkan proses pilihan, keperluan kecekapan, dan penentuan diri dalam kesihatan seseorang. Motivasi kesihatan sebagai keinginan kuat untuk bersenam, amalkan pengambilan makanan sihat, hidup dalam persekitaran yang sihat supaya kekal sihat dan elakkan tekanan (Xu, 2008). Selain itu, Croyle (1992) menyatakan bahawa motivasi sering memihak kepada penilaian individu terhadap ancaman kesihatan yang mempengaruhi tingkah laku kesihatan individu. Menurut Teori Keperluan Hirarki Maslow (1954) antaranya keperluan keselamatan yang menitikberatkan kepentingan persekitaran yang selamat bagi meningkatkan motivasi seseorang

(3)

Mohd Azhar (2001) pula menyatakan persekitaran yang kondusif seperti suasana pejabat, ruang, hiasan dalaman dan pengudaraan yang sihat boleh memberi kesan langsung kepada penglahiran idea-idea yang kreatif.

3. Tujuan dan Objektif Kajian

Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap motivasi kesihatan dalam kalangan pelajar sekolah tingkatan 4 dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak

Objektif Kajian

i. Untuk mengenalpasti perbezaaan tahap motivasi kesihatan dalam kalangan pelajar lelaki dan pempuan

ii. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap motivasi kesihatan dalam kalangan pelajar mengikut jenis sekolah.

4. Metodologi Kajian

Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan motivasi kesihatan pelajar. Kajian tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai iaitu ratusan atau ribuan responden (Marican,2006).

Menurut Creswell (2014) reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi. Kajian ini melibatkan sebanyak 653 sampel dari 18 buah sekolah.

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaaan Harian, Sekolah Menengah Harian Kebangsaaan Berasrama dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam daerah Larut Matang dan Selama. Data dianalisis menggunakan kaedah statistical program for social science (SPSS) versi 23.0

5. Instrumen

Menggunakan instrumen “The College Students Health Motivation Questionnaire” (CSHM- Q) oleh An (2015), dan diadaptasi dari “The Self-regulation Questionnaire” (Ryan & Connell, 1989),” Academic Motivation Scale” (Vallerand et al., 1992), “The Self-Regulation of Withholding Negative Emotions Questionnaire” (Kim, 2002). “The Adolescent Prosocial Behavior Motivation Questionnaire” (Wentzel, 2007), dan “The Friendship Motivation Scale” (Okada, 2005). Soal selidik ini menggunakan 5 skala ( 1 = Sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = tidak pasti dan 4 = setuju dan 5 = sangat setuju) untuk mendapatkan skor mengenai motivasi. Ujian Kebolehpercayaan 0.889.

6. Dapatan Kajian

Kajian ini menggunakan dua jenis statistik semasa menganalisa data, iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisa data motivasi kesihatan dengan penjelasan dalam bentuk min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi digunakan untuk menjawab objektif kajian dengan menggunakan ujian T dan One way ANNOVA.

(4)

i. Untuk mengenalpasti perbezaaan tahap motivasi dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Jadual 1: Tahap motivasi di kalangan pelajar

Jantina N Min Nilai T df Sig

Equal variances assumed

Lelaki 294 3.6939 0.385 654 0.850

Perempuan 362 3.6785

Hasil kajian menunjukkan tiada pebezaan tahap motivasi kesihatan di antara pelajar lelaki dan perempuan kerana nilai T 0.385 lebih dari p < 0.05 .Walau bagaimanapun dapatan kajian ini berbeza dengan kajian Jerie, dan Zamri (2010) bertajuk Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap dan motivasi antara murid Iban berdasarkan jantina serta sikap dan motivasi yang dimiliki ketika mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di daerah Kanowit, Sarawak. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan motivasi antara murid lelaki dengan murid perempuan.

ii. Untuk mengenalpasti perbezaan tahap motivasi dalam kalangan pelajar mengikut jenis sekolah.

Jadual 2: Min dan Sisihan Piawai Mengikut Perbezaaan Tahap Motivasi Kesihatan diantara Sekolah

N Min Sisihan Piawai

SMK 304 3.6326 .51655

SMK ASRAMA 172 3.7709 .50166

SABK 180 3.6928 .50990

Jadual 2, di atas menunjukkan min mengikut jenis sekolah. Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Harian min adalah 3.6326, Sekolah Menengah Kebangsaan Harian Berasrama pula bacaan min adalah 3.7709 dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ialah 3.6928.

Jadual 3: Test of Homogeneity of Variances

Statisik Levene df1 df2 Sig.

.339 2 653 .713

Jadual 3 Test of Homogeneity of Variances menunjukkan bahawa nilai p adalah 0.713 melebihi P > 0.05. Ini bermakna data ini sesuai untuk ujian anova kerana data adalah normal.

Jadual 4: ANNOVA

Sum of Squares df Min F Sig

Between Groups 2.117 2 1.058 4.109 0.17

Within Groups 168.183 653 0.336

Jadual di atas menunjukkan bahawa nilai F (2, 653: p = 0.017) = 4.109. Oleh sebab itu , nilai p

< 0.05, maka analisis Varian Satu Hala menunjukkan terdapat perbezaan tahap motivasi kesihatan yang signifikan diantara jenis sekolah. Hasil kajian ini disokong dengan kajian Nor

(5)

min=2.94-4.20) lebih tinggi berbanding tahap motivasi belajar SJK (T) Sekolah L (skor min=

2.04-4.34).

7. Kesimpulan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap motivasi kesiahtan dalam kalangan pelajar yang melibatkan sekolah yang berbeza dalam kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap motivasi diantara pelajar mengikut sekolah. Oleh itu motivasi dapat ditingkatkan melalui kesedaran pelajar itu sendiri, keluarga, pihak sekolah dan masyarakat..

References

Abu Bakar, N. A., Mansor, K. Z., Batmanathan, P., & Rashed, Z. N. (2021). Level of Study Motivation among Students in Two Schools at Hilir Perak District. Evaluation Studies in Social Sciences, 2, 56-63. https://doi.org/10.37134/esss.vol2.sp.10.2021Perak.

Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (ICoMM 2021) e-ISSN: 2756-8938 667

Brooks, I. (2006). Organisational behaviour. London: Pearson Education Limited

Cox, R.H. (1998). Sport Psychology: Concept and aplication Edisi 4. Boston: WCB McGraw- Hill

Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches, 4 Edition. London: Sage

Croyle, R. T. (1992). Appraisal of health threats: Cognition, motivation, and social comparison. Cognitive Therapy and Research, Journal of Personality and Social Psychology16(2), 165–182. https://doi.org/10.1007/BF01173487

Franken, R.E. (2007). Human motivation. U.S.: Thompson Wadsworth

Jerie anak Peter Langan dan Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Kyounghae Kim, Qian-Li Xue, Benita Walton-Moss, Marie T. Nolan, Hae-Ra Han. (2018).

Decisional balance and self-efficacy mediate the association among provider advice, health literacy and cervical cancer screening,European Journal of Oncology Nursing, Volume 32, February 2018, Pages 55-62

Okada, R. (2005). Development Of A Friendship Motivation Scale In The Framework Of The Self-Determination Theory. Japanese Journal of Personality, 14, 101-112.

Marpaung, H. 2007. Pengetahuan Motivasi. Edisi Revisi: Alfa Beta, Bandung

Marican, S. (2006). The experience of whistleblowers in the workplace: A sexual harassment perspective

Mohd Shahrani Ahmad dan Zainol Madon (2003). Mendidik Peribadi. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Paul Kleinman (2014). The science of the mind :Psychology facts and basics. U.S.A.: Advance quest publication.

Wentzel, K. R., Filisetti, L., and Looney, L. (2007). Adolescent prosocial behavior: the role of self-processes and contextual cues. Child Dev. 78, 895–910. doi: 10.1111/j.1467- 8624.2007.01039.x

Xu, Y., Toobert, D., Savage, C., Pan, W. & Whitmer, K. 2008. Factors influencing diabetes self-management in Chinese people with type 2 diabetes. Res. Nurs. Health 31(6):

613- 25.

Referensi

Dokumen terkait