NO SEBUTHARGA : JPS(SH)/PLSK/31/2020
TAJUK SEBUT HARGA :
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KELODAK DI DALAM CHAMBER RIVER WATER TREATMENT
PLANT (RWTP) SG. KEMUNSING SERTA
KERJA-KERJA BERKAITAN (TAWARAN SEMULA)
TAKLIMAT SEBUT HARGA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SENARAI KANDUNGAN
1. PENGKHUSUSAN/KELAS KONTRAKTOR
2. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN TARIKH MUAT TURUN SEBUT HARGA
3. LOKASI DAN KOORDINAT KAWASAN PEMBINAAN
4. SKOP KERJA
5. GAMBAR/VIDEO KEADAAN DI TAPAK 6. TEMPOH SIAP KERJA
7. PEGAWAI JPS YANG BERTANGGUNGJAWAB
PENGKHUSUSAN / KELAS KONTRAKTOR
Kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
a. Berdaftar dengan CIDB di WPKL.
b. Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).
c. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
d. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dibawah bidang berikut :
GRED G1
KATEGORI CE
PENGKHUSUSAN
CE32 – Kerja Penyelenggaraan Kejuruteraan Awam Atau
CE21 – Pembinaan Kejuruteraan Awam
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN TARIKH MUAT TURUN SEBUT HARGA
Tarikh Tutup Sebut Harga : 27Julai 2020 (Isnin)
(Dokumen sebut harga perlu dikembalikan dalam bentuk hard copy dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga secara pandu lalu di Kawasan Tempat Letak Kereta, Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi sehingga
jam 12.00 tengahari pada hari tersebut)
Tarikh Muat Turun Sebut Harga :
20 Julai 2020 (Isnin) sehingga 27 Julai 2020 (Isnin)
LOKASI DAN KOORDINAT KAWASAN PEMBINAAN
• Lokasi adalah di RIVER WATER TREATMENT (RWTP) SG.
BELONGKONG
• Koordinat adalah : Lat 3.207419, Long 101.700900
• Kontraktor boleh melawat tapak dengan inisiatif sendiri
dengan sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi
langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan
social oleh KKM dan MKN.
LOKASI
• Lokasi daripada Google Maps
LOKASI RWTP : Lat 3.199919, Long 101.698461
SKOP KERJA
1) Melaksanakan kerja-kerja awalan
Kerja-kerja permulaan termasuk mobilization dan demolization, pembersihan tapak dan tanggungan kerosakan serta kerja berkaitan:
Menyediakan insuran dan dokumen-dokumen yang berkenaan dengan kerja ini termasuk tanggungan kerosakan kepada perkara berikut :
• Insurans Tanggungan Awam (Public Liability)
• Insurans Kerja (Insurance of Work)
• Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (PERKESO)
Menyediakan jadual pelaksanaan perkhidmatan (CPM) dalam bentuk softcopy dan hardcopy sepertimana arahan Pegawai Penguasa
Menyediakan gambar-gambar kemajuan kerja dalam bentuk softcopy dan hardcopy laporan bergambar sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan kerja
Menyediakan peralatan keselamatan untuk kerja-kerja penyliaan dan pemantauan di tapak yang mematuhi (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994) sepertimana yang di bawah
SKOP KERJA
2) Menyediakan peralatan, jentera, bahan, tenaga kerja serta keperluan dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja membuang kelodak/pasir/sampah dan bendasing dalam struktur River Water Treatment Plant (RWTP) dengan sempurna
Kerja-kerja mengepam dan membuang air di dalam chamber
• Inlet (dari inlet penstock, Inlet culvert & sump), Grit Chamber, Bio Reactor Tank dan Clarifier Tank
Kerja-kerja membuang kelodak/pasir/sampah/bendasing dalam strukur chamber
• Crest gate, inlet (dari inlet penstock, Inlet culvert & sump), Grit Chamber, Bio Reactor Tank dan Clarifier Tank
Kerja-kerja mencuci dan membuang segala kotoran/lumut/sisa kelodak di struktur dinding, rasuk dan lantai
• Inlet (dari inlet penstock, Inlet culvert & sump), Grit Chamber, Bio Reactor Tank, Clarifier Tank dan outlet
Kerja-kerja membuka, mengangkat keluar, mencuci bersih, mengganti struktur struktur biomedia yang rosak dan meletakkan semula ke struktur asal dari jenis submerged biofilter brush 'SF Media‘ dan tube settler media plastic 'PESB's Biofilter media'
• Bio Reactor Tank
• Clarifier Tank
SKOP KERJA
3) Menyediakan peralatan, jentera, bahan, tenaga kerja serta keperluan dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan di struktur River Water Treatment Plant (RWTP) dengan sempurna
Kerja-kerja berkaitan di struktur plant
• Menyediakan kelengkapan dan tenaga kerja bagi melaksanakan kerja-kerja mebaiki struktur pipe blower termasuk pipe fitting diffuser size (75mm/OD) dari jenis PVC dan Galavanised iron yang bocor atau patah.
• membekal dan mengecat dari jenis cat minyak 'acrylic' satu layer mengikut warna asal sedia ada iaitu warna biru gelap pada struktur grating dalam chamber
• membekal dan mengecat dinding dalam treatment plant dari jenis cat emulsi kalis air dari Grit Chamber hingga ke Clarifier Tank
• Kerja-kerja membekal dan memasang panel pintu solid single leaf dan termasuk cat dan memasang plate zink di bahagian bawah di pintu utama control house dan pintu bilik scada
SKOP KERJA
• Kerja-kerja membekal dan memasang Papan Tanda Keselamatan mengikut rekabentuk sepertimana di lampiran Jenis Aluminium Composite Panel (ACP) bersaiz 6ft (tinggi) x 4ft (lebar) berserta tiang struktur Jenis Pipe bersaiz 2 inci diameter dengan ketebalan 3 mm dan dicat 2 lapisan bersama tapak konkrit tuang Insitu berukuran (450mm x 450mm x 600mm) dan dipasang pada ketinggian 5ft dari aras tanah di lokasi sepertimana yang dinyatakan di bawah dan arahan oleh
Pegawai Penguasa
• Kerja-kerja menyediakan peralatan Mekanikal seperti ekzos fan blower termasuk eksesori berkaitan bagi kegunaan sistem pengudaraan di dalam Chamber
menggunakan sistem Hembusan dan Sedutan sepertimana di dalam spesifikasi dan arahan oleh Pegawai Penguasa.
• Kerja-kerja membekal "Padlock" dan anak kunci mengikut ukuran "B" yang dibekal hendaklah memenuhi ciri-ciri rekabentuk "Anti Pry -Umpil, Anti Drill - Drill, Anti Rust - Karat, Anti Saw - Gergaji, Anti Cut - Potong, Anti Crack - Retak dan Anti Acid - Acid".
TEMPOH SIAP KERJA
Tempoh siap kerja bagi sebut harga ini adalah :
Tiga (3) bulan
PEGAWAI JPS YANG BERTANGGUNGJAWAB
Memandangkan taklimat dan lawatan tapak tidak diwajibkan, pihak kontraktor boleh berhubung dengan
pegawai-pegawai berikut sekiranya terdapat kemusykilan tentang sebutharga ini pada waktu
pejabat sahaja
(9.00 pagi – 5.30 petang)
En. Shah Razif Bin Razali (018-365 1248)
SEKIAN, TERIMA KASIH
HAK MILIK
PEJABAT LEMBANGAN SUNGAI KLANG, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
MAKLUMAT INI DISEDIAKAN TANPA PREJUDIS