TAKLIMAT SEBUT HARGA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
NO SEBUTHARGA : JPS(SH)/ZS/15/2021
TAJUK SEBUT HARGA :
KERJA MENGOREK DAN MEMBUANG KELODAK DI KOLAM TAKUNGAN BANJIR MIDAH (PAKEJ 2),
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (TAWARAN SEMULA)
SENARAI KANDUNGAN
1. PENGKHUSUSAN/KELAS KONTRAKTOR
2. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN TARIKH MUAT TURUN SEBUT HARGA
3. LOKASI DAN KOORDINAT KAWASAN PEMBINAAN
4. SKOP KERJA
5. GAMBAR KEADAAN DI TAPAK 6. TEMPOH SIAP KERJA
7. PEGAWAI JPS YANG BERTANGGUNGJAWAB
PENGKHUSUSAN / KELAS KONTRAKTOR
Kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
a. Berdaftar dengan CIDB di WPKL.
b. Mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK).
c. Kontraktor WAJIB mengisi maklumat di dalam Borang Saringan Wajib melalui pautan di iklan
d. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dibawah bidang berikut :
GRED G3
KATEGORI CE
PENGKHUSUSAN
CE21 – Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam CE40 – Pengorekan
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA DAN TARIKH MUAT TURUN SEBUT HARGA
Tarikh Tutup Sebut Harga : 16 Ogos 2021 (Isnin)
(Dokumen sebut harga perlu dikembalikan dalam bentuk hard copy dan dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga secara pandu lalu di Kawasan Tempat Letak Kereta, Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 10.30 pagi sehingga
jam 12.00 tengahari pada hari tersebut)
Tarikh Muat Turun Sebut Harga :
9 Ogos 2021 (Isini) sehingga 16 Ogos 2021 (Isnin)
LOKASI DAN KOORDINAT KAWASAN PEMBINAAN
• Lokasi adalah di Kolam Takungan Banjir Sg. Midah berhampiran Pangsapuri Sri Malaysia, Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur. Kolam ini berfungsi untuk menakung air sungai bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar dan upstream Sungai Midah.
• Koordinat adalah : 3.079041, 101.709 < Klik.
• Kontraktor boleh melawat tapak dengan inisiatif sendiri dengan sentiasa mengambil perhatian dan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19 dan penjarakkan social oleh KKM dan MKN.
LOKASI
• Lokasi daripada Google Maps < Klik
SKOP KERJA
Skop kerja adalah seperti berikut :
1. Kerja Awalan - Insurans, bon pelaksanaan, penyediaan kemajuan kerja, mobilization & demobilization dan membersihkan jalan keluar masuk.
2. Kerja Membuang dan Mengeluarkan Kelodak - Pre
Hydrographic Survey, membuang dan mengeluarkan kelodak dan As Built Hydrographic Survey.
3. Pembaikkan Tebing Kolam-
i. Kerja Cerucuk teel sheet pile baru (panjang 12m) dengan modulus keratan 1,520cm3/m atau setara.
ii. memasang rip rap dengan saiz batu berdiameter 300-600mm diikat
dengan konkrit Gred 30 (rubble-pitching) setebal 600mm di tebing yang runtuh.
Kerja Membuang dan Mengeluarkan Kelodak
Anggaran kelodak : 25,000m3 untuk pusingan 1 14,000m3 untuk pusingan 2 Anggaran kedalaman = 1 meter
Kerja Cerucuk & Membaikpulih Tebing
PPETUNJUK
SHEET PILE SEDIA ADA
KERJA-KERJA CERUCUK DAN MEMBAIKPULIH TEBING
GAMBAR KEADAAN DI TAPAK
GAMBAR KEADAAN DI TAPAK
TEMPOH SIAP KERJA
Tempoh siap kerja bagi sebut harga ini adalah :
3 BULAN
PEGAWAI JPS YANG BERTANGGUNGJAWAB
Memandangkan taklimat dan lawatan tapak tidak diwajibkan, pihak kontraktor boleh berhubung dengan
pegawai-pegawai berikut sekiranya terdapat kemusykilan tentang sebutharga ini pada waktu
pejabat sahaja
(8.00 pagi - 4.00 petang)
En. Noor Azman Bin Yaacob (0139411109)
En. Wan Mohd Sazali Bin Wan Zainal Abidin (012 969 8643)