UKM-SPKPPP-PT(P02)- JANA-AK01-L03
No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/10/2023
NOTIS PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP)
PELAWAAN UNTUK CADANGAN (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN LAMAN ILMU DI ATAS SEBAHAGIAN TANAH LOT PT 6738 DI KAMPUS BANGI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
1. Tujuan Pelawaan Untuk Cadangan (RFP) ini adalah untuk mendapatkan cadangan daripada Pembida mengenai hasrat UKM untuk membangunkan satu (1) plot tanah dengan anggaran jumlah keluasan 14.37 ekar iaitu sebahagian tanah di atas Lot PT6738. Membangunkan plot yang dinyatakan melibatkan DUA (2) elemen pembangunan di bawah:
1.1 Membina, Mengurus Operasi dan Menyelenggara ruang komersial dan landskap laman hijau di atas sebahagian tanah di atas Lot PT 6738; dan
1.2 Membina Pusat Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia di atas sebahagian tanah di atas Lot PT 6738.
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa syarikat pembida yang berwibawa dan berpengalaman untuk hadir ke taklimat Pelawaan untuk Cadangan (RFP) seperti berikut:
No. RFP UKM(S)JNA.400-5/1/50
Tajuk RFP CADANGAN PEMBANGUNAN LAMAN ILMU DI ATAS SEBAHAGIAN TANAH LOT PT 6738 DI KAMPUS BANGI, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Butiran Taklimat Pembelian Dokumen RFP Penghantaran Kertas Cadangan
Tarikh Taklimat dan Lawatan Tapak:
5 Mei 2023 (Jumaat) Masa:
3.00 petang
Alamat:
Bilik Majlis,
Aras 5, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh Pengambilan Dokumen:
5 – 12 Mei 2023 Masa:
9.00 pagi – 4.00 petang Alamat:
JANA@UKM, Aras 4, Bangunan Canselori,
Universiti Kebangsaaan Malaysia
Tarikh Akhir Penghantaran:
6 Jun 2023 (Selasa) Masa:
Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari
Alamat:
Pengarah Eksekutif, JANA@UKM, Aras 4, Bangunan Canselori, Universiti
Kebangsaan Malaysia
Harga Dokumen: RM350.00 senaskah (tidak akan dikembalikan)
3. Salinan sijil pendaftaran daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) hendaklah dikemukakan bersama.
4. Syarikat adalah diwajibkan menghadiri sesi taklimat untuk menyertai RFP ini. Dokumen RFP hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang menghadiri taklimat tersebut.
5. Dokumen RFP boleh diperolehi di alamat yang dinyatakan dan dengan bayaran yang ditetapkan hendaklah dibuat secara atas talian sahaja melalui akaun Bank CIMB di atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia, no. akaun: 8002234307.
6. Syarikat yang tersenarai diminta untuk membuat satu pembentangan kepada UKM pada masa yang akan ditentukan kemudian.
7. UKM tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. UKM juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh syarikat yang mengemukakan RFP.
8. Kertas cadangan yang diterima selepas jam 12.00 tengah hari pada 6 Jun 2023 akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Sr. Mohd Za’im / Sr. Ts. Mohammad Firdaus di talian 03-8921 3016/3592.