• Tidak ada hasil yang ditemukan

on 06 November 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "on 06 November 2013"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

on 06 November 2013

Jangan biarkan MPP Unimas diganggu-gugat parti politik

KOTA SAMARAHAN 31 Okt. - Pihak pengurusan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berharap 13 anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini dapat menjalin kerjasama baik tanpa sebarang gangguan daripada mana-mana parti politik.

Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata, hubungan baik itu penting kerana barisan MPP merupakan organisasi tertinggi dalam kalangan mahasiswa di universiti itu.

Beliau berkata, barisan MPP memainkan peranan sebagai jambatan antara mahasiswa dengan pihak universiti terutama dalam menyuarakan isu-isu berkaitan hak dan keperluan para pelajar.

"Saya berharap barisan MPP yang dipilih ini dapat bekerjasama dengan pihak pengurusan Unimas sebagai sebuah keluarga besar tanpa kecenderungan atau gangguan daripada politik luar.

"Pihak pengurusan Unimas tidak pernah menyekat sebarang cadangan yang diutarakan MPP selagi membawa kebaikan dan manfaat kepada semua pihak, malah kita juga bersedia mengambil kira kritikan dan idea baharu demi kecemerlangan universiti," katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah MPP Sesi 2013/2014 di Bilik Galeri, Rumah Universiti, Unimas di sini semalam.

Barisan MPP Unimas bagi Sesi 2013/2014 menyaksikan Mohamad Zulhilmy Abd. Manan dilantik sebagai Yang Dipertua MPP, Mohd. Rahmad A. Rahman (Naib Yang Dipertua), Siti Sahimah Mohamad Aslam (Setiausaha Agung), Foo Mei Qi (Bendahari Kehormat) dan seramai sembilan anggota yang bertindak sebagai Exco.

Mengulas lanjut, Dr. Mohamad Kadim berkata, barisan MPP harus bijak menguruskan masa dan tidak sesekali leka dengan aktiviti kampus hingga mengabaikan kecemerlangan akademik.

"Saya tidak ingin melihat barisan MPP Unimas yang merupakan pemimpin di universiti pada masa ini tidak ke mana-mana dalam dunia pekerjaan kerana terkandas dalam akademik," kata beliau lagi.

(2)

"Apabila menjadi pemimpin kepada mahasiswa, barisan MPP haruslah bertindak dengan matang, terpelajar dan profesional. Jangan sesekali mengikut kata hati yang sedang emosional," katanya.

Sumber: Utusan Online

Referensi

Dokumen terkait

The star, Sarawak, FRIDAY 17 MAY 2013 NEWS S9 KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak's Unimas Faculty of Cognitive Science and Human Development will hold the first ever

Arief Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS Green IT 18.45 24 Nur Laela Latifah Institut Teknologi Nasional Bandung Green Building 13.00 GSG Bale Dayang Sumbi Lt 2 B