15 | P a g e
124 0CKM!#RC;CPI2CVWV-KVC6CJW
Ja’izah Abdul Jabar Wan Mardyatul Miza Wan Tahir
Kenaikan ‘Overnight Policy Rate’ (OPR) atau kadar dasar semalaman menjadi antara topik ekonomi terkini yang hangat dibincangkan, bukan hanya di kalangan sarjana dan pakar ekonomi, bahkan rakyat jelata.
Kenaikan daripada 1.75% kepada 2.00% bukanlah yang tertinggi dalam sejarah ekonomi negara (pernah mencapai 3.5% pada 2008), namun himpitan ekonomi kesan daripada pandemik menyebabkan keluh kesah rakyat kian berpanjangan. Kesan kenaikan ini pastinya menjadi beban baru golongan B40, sementelah M40 juga merasa tempiasnya. Jika begitu, apa relevannya keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara yang bertindak sebagai ‘approver’ dalam isu ini? Justeru, kefahaman secara ‘total’ diperlukan untuk memastikan sembang-sembang berkaitan OPR ini disokong oleh fakta kukuh dan bukan melalui spekulasi terbabas sendiri. Mari kita fahami kesan kenaikan OPR secara lebih holistik yang merangkumi sudut pandang kedua-dua belah pihak, pelaksana dan rakyat jelata.
Definisi OPR
OPR merupakan singkatan kepada kadar dasar semalaman yang ditetapkan oleh bank negara Malaysia bertujuan mengawal dan menjaga takat rizab tunai (kecairan) sesebuah institusi kewangan (perbankan). Dalam erti kata yang lebih mudah, OPR merujuk kepada kadar faedah untuk institusi kewangan yang meminjamkan wang antara satu sama lain untuk tempoh satu malam. Melalui penetapan kadar ini, OPR berfungsi memastikan jumlah tunai yang dimiliki oleh sesebuah bank berada pada tahap memuaskan. Jumlah dan takat rizab tunai itu sudah semestinya dipengaruhi oleh peratusan
faedah pinjaman antara institusi kewangan yang saling bergantungan untuk urusan meminjam dan memberi pinjaman.
Antara kesan kenaikan OPR yang membimbangkan termasuklah:
1. Melihat daripada persepsi seorang peminjam atau individu yang berhutang dengan mana-mana institusi kewangan, kenaikan OPR secara langsung menambah beban hutang disebabkan kenaikan kadar faedah. Jumlah ansuran bulanan akan meningkat dan ini pastinya meningkatkan jumlah perbelanjaan bulanan. Bahkan, bayaran semula untuk pinjaman perumahan, kereta dan pinjaman peribadi baru akan naik.
2. Syarat layak pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan akan diperketat. Rentetan daripada penurunan tahap kebolehpinjaman, institusi kewangan turut mengenakan syarat yang lebih rumit untuk perolehan pinjaman. Ini sekali gus menyukarkan peniaga-peniaga kecil untuk perolehan dana tambahan.
16 | P a g e Keadaan ini menjadi punca kebimbangan sebahagian pengkaji ekonomi yang meramalkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan lemah, disokong pula dengan konflik geopolitik yang berterusan melibatkan negara besar dunia. Namun, sudut pandang pertumbuhan ekonomi global, termasuk bank negara, melihat kenaikan ini sebagai titik tolak pemulihan semula pertumbuhan ekonomi selepas melalui fasa pandemik. Ini kerana, kenaikan ini dilihat sebagai:
1. Peluang untuk menaikkan nilai mata wang negara (RM) kerana tindakan menaikkan OPR ini akan menarik perhatian pelabur asing membuat pelaburan di negara ini. Kenaikan OAR sekali gus menaikkan pulangan atas pelaburan mana-mana bank tempatan. Banyak mata wang asing dijangka masuk ke bank-bank tempatan kerana pelabur akan mendapat pulangan lebih tinggi sekali gus mengukuh ringgit.
2. Kawalan mengelakkan terjadinya inflasi di luar jangka. Meskipun rata-rata rakyat merasa seronok dengan kuasa beli yang tinggi, namun sekiranya tiada kawalan, maka akan menyebabkan berlakunya inflasi, yang mencetuskan lebih banyak kesan negatif kepada ekonomi negara. Justeru, peningkatan OPR bertujuan membendung aliran tunai yang sangat tinggi dalam pasaran sehingga menggugat kestabilan permintaan dan penawaran barang/perkhidmatan.
Jelas dapat dilihat, tindakan bank negara menaikkan OPR bukanlah semata-mata meraih keuntungan daripada kadar faedah pinjaman/simpanan yang tinggi. Bahkan, keputusan ini turut mengambil kira kesejahteraan ekonomi jangka panjang.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, seharusnya kita mengambil tindakan bijak melalui polisi kenaikan ini dengan melebihkan tabungan dan meminimumkan beban hutang. Apa yang lebih utama adalah kawalan kendiri dalam berbelanja demi menjaga kesihatan ekonomi diri, keluarga dan negara.
Sumber: Laman sesawang Bank Negara Malaysia, IProperty dan The Edge Market.