• Tidak ada hasil yang ditemukan

Palet ikan guna bahan murah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Palet ikan guna bahan murah"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Palet ikan guna bahan murah

Mohd Izham Unnip Abdullah - Jun 28, 2017 @ 12:01am [email protected]

KIMANIS: Seorang ibu tunggal yang juga pengusaha kolam ikan air tawar di daerah ini mengambil inisiatif menghasilkan palet makanan ikan menggunakan campuran serbuk sagu daripada isi rumbia, daun ubi kayu dan kepala ikan bilis, selain campuran tepung gandum.

Idea bagi menghasilkan makanan ikan daripada bahan tempatan yang mudah didapati sekitar daerah ini dengan kos lebih murah itu dicipta Norliza Mait Abdullah, 42, susulan pengetahuan diperoleh ketika menyertai kursus menghasilkan baja atau palet makanan ikan ditawarkan Jabatan Perikanan Sabah.

Inovasi wanita dari Kampung Labak, dekat Membakut, di sini, membolehkan sekilogram palet dihasilkan dengan kos hanya kira-kira RM1 sekilogram berbanding harga palet di kedai yang mencecah RM4 sekilogram.

Kejayaannya menghasilkan palet dengan kos murah tanpa menjejaskan tumbesaran ikan bukan saja menjimatkan kos operasi kolamnya, malah menarik perhatian Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Bagi Norliza, kursus menghasilkan palet makanan ikan anjuran Jabatan Perikanan Sabah yang disertainya pada tahun 2015, memberi harapan baharu untuk meneruskan ternakan ikan air tawar diusahakannya yang terbengkalai sebelum ini.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

NORLIZA dapat idea hasilkan makanan ikan susulan pengetahuan diperoleh ketika menyertai kursus menghasilkan baja atau palet makanan ikan ditawarkan Jabatan Perikanan Sabah. - Foto NSTP/Edmund Samunting

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

AHMAD Shabery (kiri) bersama Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman (tiga dari kanan) menyampaikan mesin dan peralatan bagi membantu Norliza (dua dari kanan) untuk meningkatkan pengeluaran makanan ikan, sekali gus mengembangkan lagi kolam ternakannya. - Foto NSTP/Edmund Samunting

Beliau yang kini mengusahakan 10 kolam ternakan ikan air tawar itu pernah menghadapi kegagalan apabila terpaksa menghentikan aktiviti itu pada tahun 1999 disebabkan kos makanan ikan yang mahal.

"Saya minat menternak ikan dan ia mendorong mengusahakan kolam ternakan air tawar bermula pada 1996 tetapi hanya mampu bertahan tiga tahun kerana tidak mampu menampung kos

makanan ikan yang tinggi.

"Bagaimanapun pada 2015, saya pergi Jabatan Perikanan untuk mendapatkan bantuan dan mereka tawar subsidi pengorekan kolam bagi membaiki kolam yang terbiar.

"Pada masa sama, saya ditawarkan menyertai kursus membuat palet makanan ikan supaya tidak lagi bergantung kepada palet dibeli di kedai yang harganya agak mahal," katanya ketika ditemui BH Plus.

(4)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Ketika ini, Norliza menternak keli Afrika yang mendapat sambutan baik dengan permintaan mencapai 200 kilogram sebulan, selain ikan talapia dan lampam yang benihnya turut disediakan Jabatan Perikanan Sabah dengan jualannya ketika ini boleh mencapai RM2,000 sebulan.

AHMAD Shabery (dua dari kanan) bersama Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman (tiga dari kanan) dan Norliza (tengah) melihat makanan ikan yang dihasilkan sendiri oleh Norliza. - Foto NSTP/Edmund Samunting

Norliza bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan diberikan dan berjanji memanfaatkannya untuk meningkatkan lagi usaha memajukan kolam ternakan serta mengembangkan lagi

penghasilan palet makanan ikan.

"Saya berazam untuk membantu penternak lain mendapatkan palet makanan ikan yang murah supaya lebih ramai berminat membuka kolam agar pengeluaran ikan air tawar terutama keli terus bertambah," katanya.

Beliau juga menyimpan cita-cita untuk menjadi pengedar utama ikan air tawar di daerah ini untuk menampung permintaan pasaran yang ketika ini belum dapat dipenuhi berikutan tahap pengeluaran ikan yang masih rendah.

(5)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang melawat kolam ternakannya baru-baru ini memuji

pendekatan Norliza dalam mengurangkan kos operasi dan mencadangkan agar produk palet ikan beliau dipaten serta dikomersialkan.

Sebagai ganjaran, Norliza diberikan beberapa mesin dan peralatan membuat palet ikan bernilai RM25,000 untuk membantunya meningkatkan pengeluaran makanan ikan, sekali gus

mengembangkan lagi kolam ternakannya.

NORLIZA mengambil inisiatif menghasilkan palet makanan ikan menggunakan campuran serbuk sagu daripada isi rumbia, daun ubi kayu dan kepala ikan bilis, selain campuran tepung gandum. - Foto NSTP/Edmund Samunting

INFO: Penternakan ikan air tawar Norliza Mait Abdullah

3 jenis ikan diternak iaitu keli Afrika, talapia dan lampam

10 kolam ternakan ikan diusahakan

1996 - Mula mengusahakan kolam tetapi dihentikan tiga tahun kemudian kerana masalah modal

2015 - Kolam ternakan dipulih semula dengan bantuan Jabaan Perikanan Sabah

Norliza belajar membuat palet makanan ikan dan berjaya menghasilkan inovasi sendiri dengan kos yang lebih murah

(6)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

RM25,000 nilai mesin membuat palet makanan ikan dan peralatan untuk kolam ternakan diserahkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

AHMAD Shabery (dua dari kiri) bersama Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kanan) dan Norliza (kanan) menimbang ikan keli sebelum dilepaskan ketika melawat kolam ternakan ikan yang diusahakan di Kampung Limadang,

Membakut. - Foto NSTP/Edmund Samunting Previous

Referensi

Dokumen terkait

Dựa trên quá trình phân tích những ưu và nhược điểm của các sản phẩm hiện có, ứng dụng những thành tựu của khoa học kĩ thuật, đặc biệt là công nghệ vi điều khiển và kết nối không dây,

[r]