FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARZAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH
Miliana Binti Kagus
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2011
Ousat Khidmat Maklumat. tikadrmik UiYIVCRSfTI MALAYSIA SAItAWAK
P. KHIDMOT MOKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
IIIIIIIIININIpII
1000273101FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARIAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH
MILIANA BINTI KAGUS
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2011
LI/
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FUNGSI DAN RITUAL YANG BERKAITAN DENGAN TARIAN SUMAZAU KAUM DUSUN, DI SABAH.
SESI PENGAJIAN: 2008 / 2011 Saya MILIANA BINTI KAGUS
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDA
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maldumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan Membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Maklumat Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis im sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ( )
ANGAN PENULIS)AN
Q
ý 0
ý
(TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
Pejabat Pos Tamparuli Peti Surat 453
89257 Tamparuli, Sabah.
Tarikh: 20 Mei 2011 Tarikh: 20 Mei 2011
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
**Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
i
Projek bertajuk "Fungsi dan Ritual yang Berkaitan dengan Tarian Sumazau Kaum Dusun, di Sabah" telah disediakan oleh Miliana Binti Kagus dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
Diterima untuk diperiksa oleh:
Pn. Rahah Binti Hasan Penyelia Tarikh:
ZQ ý i r
ii
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan, kerana dengan limpah kurnianya maka dapatlah saya menyiapkan Projek Tahun Akhir ini dengan baik. Kerja Projek Tahun Akhir ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibubapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan semangat serta sanggup berkorban masa dan tenaga untuk memberikan saya kewangan sepanjang menyiapkan Projek Tahun Akhir ini.
Tidak lupa juga saya ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pensyarah Universiti Malaysia Sarawak terutamanya Pn. Rahah Binti Hasan selaku Penyelia Projek Tahun Akhir saya yang terlalu banyak membantu dan membimbing saya sepanjang proses menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, tidak mungkin saya dapat menjayakan Projek Tahun Akhir ini dengan baik.
Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea dalam usaha menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Sekali lagi, jutaan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja Projek Tahun Akhir ini. Semoga Tuhan memberkati dan memberikan ganjaran yang besar kepada semua yang sentiasa membantu antara satu sama lain.
iii
Ous
N(Jaýt/ýK*ýyýidmat
7Mraklumat Akademik
d. TJ ý1 ý. ^1i: ) 73';
.
y Lý`iilbý! ýüýA V1ýiRA!
'tfýº,.
ISI KANDUNGAN
PERKARA Pengesahan Penghargaan Kandungan Senarai Gambar Senarai Jadual Abstrak
Abstract
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang / Sejarah
1.1.1 Sejarah Negeri Sabah
1.1.2 Latar Belakang Kaum Dusun 1.1.3 Latar Belakang Tarian Sumazau 1.2 Definisi
1.2.1 Tari 1.2.2 Ritual 1.2.3 Adat
1.3 Permasalahan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Skop Kajian
1.7 Hipotesis 1.8 Kesimpulan
MUKA SURAT i-ii
iv - vi
vii
vii
Vlll
ix
1 9 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27
iv
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan2.2 Kajian Lepas
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan3.2 Kaedah Kajian
3.2.1 Kaedah Kualitatif 3.2.2 Data Primer 3.3.3 Temu Bual 3.3.4 Data Sekunder 3.3.5 Populasi
3.3.6 Instrumen Kajian 3.3.7 Limitasi Kajian 3.3.8 Kesimpulan
BAB 4 ANALISA DAPATAN KAJIAN
28 29 - 66
67
68 69 69 - 70 71
72 73 74 754.1 Pengenalan 76
4.2 Dapatan Kajian
4.2.1 Pergerakan dan Makna di Sebalik Tarian Sumazau 77 - 83 4.2.2 Fungsi Tarian Sumazau Dalam Masyarakat Dusun 84
- 90 4.2.3 Tempoh masa tarian sumazau dipersembahkan 91 - 93 4.2.4 Amalan Kepercayaan Animisme Suku Kaum Dusun 94 - 98 4.2.5 Mengapakah masyarakat Dusun pada masa kini kurang
mengetahui tentang sejarah 99 - 104
4.2.6 Pandangan responden mengenai upacara ritual yang
berkaitan dengan tarian sumazau pada masa kini? 105 - 109
V
4.2.7 Perubahan Terhadap Persembahan Tarian Sumazau.
Apakah Pendapat Responden?
4.3 Rumusan
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan
5.2 Kesimpulan Setiap Bab 5.3 Cadangan
5.4 Cadangan kepada pengkaji pada masa akan datang 5.5 Kesimpulan
5.6 Penutup
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN
V1
SENARAI GAMBAR
Muka Surat
Gambar I Peta Negeri Sabah 5
Gambar 2 Gunung Kinabalu 6
Gambar 3 Pergerakan tangan dihayunkan ke hadapan dan ke
belakang serentak dengan enjutan kaki kanan dan kaki kiri 78 Gambar 4 Kedua-dua belah tangan didepakan ke sisi dengan
pergelangan tangan digerakkan ke atas dan ke bawah 80 Gambar 5 Tarian sumazau ditarikan oleh satu pasangan yang terdiri
daripada lelaki dan perempuan 81
Gambar 6 Menunjukkan persembahan tarian sumazau yang ditarikan
secara berpasangan antara lelaki dan perempuan 82
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Soalan umum yang dikemukakan kepada para responden 74
vii
ABSTRAK
Tesis ini mengkaji fungsi dan ritual yang berkaitan dengan tarian Sumazau kaum Dusun.
Kajian ini mengenalpasti kaitan pergerakan dengan ritual tarian Sumazau yang saling melengkapi. Seterusnya, pengkaji akan menganalisa faktor kepercayaan animisme yang berkaitan dengan penyembahan semangat padi oleh kaum Dusun yang merupakan faktor utama wujudnya tarian Sumazau. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor kepercayaan memainkan peranan penting dalam tarian sumazau yang menyebabkan tarian ini dikekalkan dan diamalkan sehingga ke hari ini.
Vlll
ABSTRACT
This thesis examines the ritual and function which link to the Dustin's Sumazau dance. This study identify the movements of sumazau dance that mutually complementary to the fertility rites ceremony. Furthermore, the researcher will analyze the ritual and believes that relates to rice spirits worship by the Dusun community. The analysis of this study shows that factor such as believes plays an important role in the continuation and practiced of the Sumazau dance which are slowly coming into extinction due to modernization and changing of lifestyles.
ix
BAB 1
PENGENALAN1.1 LATAR BELAKANG/ SEJARAH
1.1.1 Sejarah Negeri Sabah
Sabah adalah negeri kedua terbesar di Malaysia yang terletak di pulau Borneo iaitu pulau ketiga terbesar di dunia. Negeri sabah yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo meliputi kawasan seluas 75,133 kilometer persegi. Di sebelah barat, Sabah dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan dengan jarak kira-kira 1,700 kilometer manakala di sebelah utaranya ialah Laut Sulu sementara di bahagian timurnya Laut Sulawesi (Ismail Yusoff, 2004). Negeri Sabah yang juga digelar sebagai "Negeri Di Bawah Bayu", bukan sahaja kaya dengan keindahan warisan semulajadi tetapi juga kaya dengan warisan budaya penduduknya. Contohnya dari segi asal usul, bahasa, tarian, muzik dan pakaian tradisional, serta Perayaan Kaamatan yang disambut setiap tahun pada bulan mei di seluruh bahagian negeri Sabah.
Di samping itu, masyarakat di negeri Sabah juga mempunyai pelbagai hasil kraf yang unik dan menarik. Achmad Sopandi Haji Hasan dalam buku penulisan beliau yang bertajuk
"warna peribumi etnik sabah: menjejaki warisan yang hilang" mengatakan bahawa, "Negeri sabah yang juga digelar "negeri di bawah bayu" merupakan antara negeri yang terkenal dan kaya dengan kpelbagaian kebudayaan termasuklah kraf tradisionalnya. Penggunaan warna pada kraf tangan tradisional masyarakat Sabah yang berbilang kaum diperolehi daripada bahan
1
pewarna yang "mesra alam" berhubung rapat dengan kehidupan seharian masyarakat di Sabah ketika itu. Perkara itu telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, malah dipercayai wujud sejak zaman batu lagi (Achmad Sopandi Haji Hasan, 2002)".
Penciptaan kraf yang terdapat di negeri Sabah ini mempunyai pelbagai jenis di samping motif-motif tertentu yang berkait rapat dengan alam sekeliling, kepercayaan dan adat resam masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, masyarakat penduduk Sabah juga menggunakan pelbagai warna yang kebanyakkannya berunsurkan kepada warna alam semulajadi. la disebabkan oleh keadaan kedudukan petempatan masyarakat Sabah pada masa dulu yang dikelilingi oleh alam sekitar yang belum terjejas dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan seperti pada masa kini.
la turut diakui oleh Achmad Sopandi Haji Hasan, yang mengatakan bahawa
"Penggunaan warna tradisional telah lama diamalkan sejak dahulu oleh pelbagai etnik di Sabah seperti Kadazandusun, Murut, Bajau, Suluk, Sungai, Kadayan, Tidung, Rungus, dan Lun Dayeh. Warna alam semulajadi mengalami zaman kegemilangannya ketika itu kerana berkait rapat dengan keperluan harian, agama dan tradisi tempatan. Penghasilan warna ini diperolehi daripada bahagian akar, batang, daun, bunga, buah dan biji. Selain mempunyai ciri serta sifat yang membolehkannya digunakan sebagai bahan pewarna, pelbagai barangan kraf seperti tembikar, anyaman mengkuang, anyaman rotan, peralatan upacara ritual, peralatan pertanian, peralatan berburu, peralatan transportasi dan pelbagai senjata tradisional. Hasil-hasil kraf tangan tempatan, terbukti bermutu tinggi dan mempunyai reka corak yang menarik".
Petempatan penduduk peribumi Sabah agak berselerak, iaitu mengikut kawasan tertentu, khususnya di kawasan pedalaman dan di pesisir. Contohnya, penduduk peribumi bukan Islam seperti Dusun, Murut dan Rungus tidak suka bergantung kepada pencarian laut
2
dan justeru itu mereka menetap di kawasan pedalaman. Kawasan ini memudahkan mereka menjalankan aktiviti bercucuk tanam, memburu binatang dan sebagainya. mereka juga dikatakan memilih petempatan ini untuk menjauhkan diri mereka daripada terperangkap dalam peperangan, rompakan dan pembunuhan yang sering berlaku di kawasan pesisir. Contohnya pada tahun 1840, rompakan, peperangan dan pembunuhan sering berlaku di Teluk Marudu, Teluk Gaya, Teluk Kimanis dan Teluk Brunei (Mat Zin Mat Kib, 2002).
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang- kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.
Kumpulan etnik yang utama adalah, Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi,
Iranun, Ida'an dan Brunei.
Setiap etnik ini mempunyai adat resam, kebudayaan dan amalan kepercayaan yang berbeza-beza. Mereka terdiri daripada penduduk peribumi bukan Islam dan peribumi Islam.
Kumpulan etnik Dusun, Murut dan Rungus, kebanyakkannya bukan beragama Islam. Setiap kumpulan etnik, khususnya Dusun dan Murut mempunyai subkumpulan etnik masing-masing.
Manakala kumpulan etnik Idahan, Bajau, Iranun, Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei, Orang Sungai, Tidong pada keseluruhannya beragama Islam. Petempatan seperti ini juga memberi dua gambaran, iaitu wujud dua sistem kepercayaan di kalangan penduduk peribumi Sabah, kumpulan etnik yang tinggal di pedalaman dan di pesisir terdiri daripada pertama, kumpulan etnik peribumi bukan Islam yang merangkumi kumpulan etnik Dusun, Murut dan Rungus serta subkumpulan etniknya yang mengamalkan kepercayaan animisme; dan kedua,
3
masyarakat peribumi Islam Sabah yang terdiri daripada kumpulan etnik Bajau, Idahan, Iranun, Sulu, Bisaya, Melayu-Brunei dan Orang Sungai (Mat Zin Mat Kib, 2002).
Sabah diperintah oleh British North Borneo Chartered Company pada tahun 1881 - 1946. Dalam tempoh itu, masyarakat Sabah yang pada awalnya terdiri daripada beberapa suku kaum peribumi telah berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk dengan kemasukan orang- orang Cina, India, Cocos dan Indonesia. Kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan kemasukan mereka ini khasnya untuk kepentingan ekonomi Inggeris pada ketika itu, Sabah menjadi sebuah masyarakat yang berbilang keturunan dan agama.
Banci penduduk yang pertama telah dibuat oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada 18 Februari 1981. Jumlah penduduk yang tercatat dalam banci tersebut 67,062 orang yang terdiri daripada suku kaum Dusun, Murut dan lain-lain (34,166); Bajau (11,150), Cina (7,156); Sulu (3,333); Brunei (3,546); tanpa catatan (unrecorded) (2,596); warga negara Hindia Timur (2,232), Melayu (1,488); warga negara India dan Sri Lanka (319); Eropah (245);
Dayak (135); Jepun (129); Filipina (74); Serani (54) dan lain-lain 39 orang. Penduduk yang terdapat dalam banci ini telah dicerakin dan dihalusi, dapat dibahagi kepada dua kumpulan, iaitu penduduk peribumi Sabah dan pendatang. Keadaan seperti ini berterusan hinggalah Banci Penduduk 1960 (Mat zin mat kib, 2002). Berdasarkan banci penduduk tersebut, ia menunjukkan bahawa masyarakat di negeri Sabah terdiri daripada pelbagai bangsa yang dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan peribumi Sabah dan pendatang.
4
Mak: sr; ai tikademik UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
ýalomDanOan ý .. ý
iaona '-J`)rýý( ý ýanoo. nýana
ý '°'äýä .,. ý, a, , ýo
\v . ` l BRUNEI 1 `ý
SARAWAK
ýs a^a ý `arýv 0
SOUTH CHINA SEA
ýo: 4
:: °: ý . ýýTý. -ý ý
: i,; o,.
ýýeýmiý
I°°'°
igan'
. , -c.. t.
ý
KALIMANTAN (INDONESIA)
(Garnbar 1: Peta Negeri Sabah)
u ADOYI . anm an tar)
Kola KinoDol
k.. ý, a,. ýý,
ru^9avaý
, o S, -. o 0
utla
ýöý,,, aýo ,
. ý. _"RýIaMOIYCu 40^ý
ý I
,,: o, o .1iKinnhnlu _.. V. ý.. onr4
a4au"_
. ý...
'j_ YI N n JLOV! ] MI .
A
ý . 1ý. '1 ý"vo"ýaaeýsmma.- - . ea o o. .. o, a ºý-
ý ý
'aue
; saa.
a ¢r Aker Range.
INOllonal Park ý
Mý uoýweai
. I I r IS. M] Y7
r / . . orron
"tamb. ",
A
59mla( )Kz
s-ý ýr -13 -
Malian Basin
0
71
ý lonýoYonltbW
0
lýr1M IýbnEý ýaýý
S
ptfoff3ýýý
num Iley
0
Tawau Hill
-Aiayau antlokan
4lonoo Dolu
,. ý
SABAH
LEGEND
. Main Town
" Town
ArporI
...
Pork$ & Forests Reserve ...
Mounlorn
`'hump s[>rn
- Rood
ýn*«« RaJ Track
a
SULU SEA
t-p. u
` reneawn iIieýa
L21 tMe1OYInq 0 IIIOnO
ýooýý ,. ýoý
CELEBES SEA
ýODaýaýIiionC ýýDeOOn
IýIOnC
. , i .
5
Salah satu lambang kemegahan oleh penduduk di negeri Sabah ialah Gunung Kinabalu yang mempunyai puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 meter) dan Puncak Jaya di Indonesia (4884 meter).
Masyarakat di negeri Sabah menganggap Gunung Kinabalu sebagai lambang yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Di camping itu, Gunung Kinabalu ini menyimpan pelbagai cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyarakat Kadazandusun di Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Dambar 2: Gunung Kinabalu, Sabah.
6
Unsur-unsur budaya yang diwarisi oleh masyarakat tradisional di Sabah, menampilkan satu kepercayaan sistem adat yang menjadi landasan dalam kehidupan mereka. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan masyarakat tradisi bahawa wujudnya hubungan yang erat antara mereka dengan alam semesta yang secara tidak langsung telah menular dalam pembentukan sistem adat mereka. Penghasilan motif-motif dalam kerja tangan masyarakat tradisional Sabah merupakan bahan yang boleh memberi gambaran terhadap pengaruh kosmos (Ismail Haji Ibrahim, 2002).
Kenyataan oleh Ismail Haji Ibrahim tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Sabah berpegang kepada kepercayaan animisme sebagai amalan kepercayaan yang utama pada masa dahulu. Namun, pada masa kini amalan kepercayaan terhadap animisme oleh masyarakat di Sabah ini tidak lagi diamalkan lantaran kedatangan oleh agama Kristian dan agama Islam.
Selain itu, perubahan yang berlaku juga disebabkan oleh kemajuan dan peredaran masa yang semakin canggih dengan teknologi moden. la turut diakui oleh Ismail Haji Ibrahim dalam buku beliau yang bertajuk "Warisan Seni Etnik Sabah". Beliau mengatakan bahawa
"Kepesatan perkembangan teknologi telah membawa banyak perubahan terhadap seni warisan ini. Pembudayaan ini memberi impak terhadap kehidupan normal masyarakat tradisional".
Di samping itu, seni tari juga merupakan salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat di Sabah. Seperti negeri-negeri yang lain, Sabah juga kaya dengan tarian tradisional. Kepelbagaian tarian-tarian tradisional di sabah merangkumi tarian ritual dan moden. Selain Tarian sumazau kaum Dusun, terdapat juga tarian-tarian tradisional oleh kaum-kaum lain yang terdapat di negeri Sabah. Antara tarian- tarian tradisional oleh kaum lain yang popular di Sabah ialah tarian Limbai kaum Bajau, Magunatip daripada kaum Murut, dan tarian Daling-daling daripada kaum Bajau Semporna.
7
Tarian limbai adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan.
Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. la merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah.
Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Tarian magunatip pula merupakan tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan `apit' yang bermakna jepit. la membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik disebabkan oleh bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.
Selain tarian tradisi daripada suku kaum Murut, terdapat juga tarian tradisi oleh kaum Bajau iaitu tarian daling-daling. Tarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanau.
Pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk yang sering mempengaruhi, maka hadirlah tarian ini sebagai milik masyarakat Bajau yang menetap di Semporna. Perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan Inggeris iaitu darling yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan di majlis-majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan (Sumber : Laman Web Rasmi Perpustakaan Negeri Sabah).
8
1.1.2 Latar Belakang Kaum Dusun
Orang Dusun terbahagi kepada beberapa suku kaum seperti suku kaum Dupas di Labuk, Lotud di Tuaran, Tatana dan Bundu di Kuala Penyu, Tanggara dan Kadazan di Penampang dan Papar, Tombonuo dan Paitan di Sungai Paitan, Tebilug, Garo dan Kimaragang di Kota Marudu, Lingkabau di Sugut, Bonggi di Pulau Banggi, Sarayo, Sonsogon, Panansawa Tingaras dan Lobou di Ranau, Kudat dan Kota Marudu, Tutong di Brunei, Minokok, Mangkaak, Luba, Lingkabau, Tobilung, Nulu, Talantang di Kinabatangan dan Tagahas, Tuhawon dan Liwan di Tambunan. Nama-nama tersebut wujud berdasarkan nama pokok, nama sungai dan bukit seperti Tagahas yang berasal dari nama sejenis pokok jenis keras yang dipanggil tegas, Tuhawon berasal dari sejenis pokok buah-buahan yang dipanggil Tuhawon, Bundu berasal dan sejenis pokok buah-buahan yang dipanggil Belunu, Paitan berasal dari nama Sungai Paitan, Tanggara bererti kawasan laut yang ditumbuhi dengan kayu bakau (Suraya Sintang, 2007).
Mereka tinggal di Bahagian Pantai Barat, Pedalaman, dan Pantai Timur Sabah.
Kelompok-kelompok Dusun tersebut terdiri daripada 12 suku yang dikenali sebagai suku Dusun Papar, Dusun Putatan, Dusun Penampang, Dusun Ranau, Dusun Lotud, Dusun Kiau, Dusun Rungus, Dusun Tagas, Dusun Tempasuk, Dusun Tambunan, Dusun Tatana, dan Dusun Tungku atau Begahak. Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan serta menggunakan dialek yang berlainan, tetapi tidak timbul masalah kekangan komunikasi antara satu suku dengan suku yang lain.
Kumpulan etnik Dusun mempunyai beberapa subkumpulan berdasarkan bahasa percakapan, kepercayaan dan tingkah laku yang ada persamaan antara satu sama lain. Hampir
9
semua etnik Dusun yang mendiami kawasan pedalaman terdiri daripada golongan pagan yang menganut animisme. Mereka percaya kepada semangat, serta roh baik dan jahat yakni pencipta alam yang dinamakan kinoingan atau minamangun (Mat zin mat kib, 2002).
Kaum Dusun juga membentuk sistem sosiobudaya mereka sendiri mengikut daerah.
Sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai himpunan konsep, gagasan, kepercayaan dan nilai-nilai yang diterima oleh setiap individu atau kelompok masyarakat dari hasil perkembangan kebudayaan. Pendek kata, kebudayaan itu tersimpan dalam kelompok suku bangsa atau etnik dengan sistem-sistem sosial yang dimilikinya, di samping nilai-nilai dan gagasan yang terbentuk atas pengaruh ekosistem yang melingkarinya (Abu Hamid, 2003: 1-2). Perkara ini turut diakui dalam buku penulisan "Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun" oleh Suraya Sintang yang mengatakan bahawa "Mereka membentuk sistem sosiobudaya mereka sendiri dan membentuk identiti masing-masing berdasarkan kepada nama dan tempat tinggal mereka (Dayu Sansalu, 2002: 415)".
Selain itu, terdapat juga cerita lisan tempatan mengenai asal nama perkataan orang Dusun. Menurut cerita lisan orang Dusun, perkataan `Dusun' berasal dari nama seorang Ketua Cina bernama Lo Sun. mereka tiba di Sabah sekitar abad ke-14, ketika berlaku ekspedisi ke negeri ini pada zaman pernerintahan Maharaja Dinasti Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo yang memerintah negeri Cina dari tahun 1403 hingga 1424 Masihi. Rombongan tersebut diketuai oleh Laksamana Cheng Ho yang singgah di negeri Sabah untuk mengambil mutiara di puncak Gunung Kinabalu.
Cerita rakyat berkenaan menyebut bahawa terdapat beberapa ahli rombongan telah terpisah atau ketinggalan perahu pelayaran dan tidak dapat balik ke negeri Cina. Mereka akhirnya tinggal di kaki Gunung Kinabalu dan berkahwin dengan wanita tempatan di Ranau
10
dan memperkenalkan nama mereka sebagai Lo Sun sempena nama ketua rombongan mereka iaitu `Lo Sun' yang sama sebutannya dengan perkataan `Dusun'. Nama tersebut akhirnya disebut sebagai Dusun. Namun begitu, pengertian perkataan dusun yang dikaitkan dengan cerita lisan yang mengatakan perkataan itu berasal dari ketua Cina yang bernama Lo Sun tidak dapat dibuktikan kerana sebelum kedatangan orang Cina, istilah `dusun' telah lama wujud dan diguna pakai oleh pemerintah Brunei (Suraya Sintang, 2007).
Pada masa dulu, masyarakat Dusun mengamalkan kepercayaan animisme serta semangat dalam setiap hidupan di alam ini. Bagaimanapun kebanyakkan dari masyarakat ini telah pun meninggalkan amalan serta kepercayaan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya terutamanya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah.
Kepercayaan animisme lain yang masih dipercayai dan diamalkan oleh sesetengah Kadazandusun Islam dan Kristian ialah kepercayaan selepas mati, kewujudan semangat yang terkandung dalam objek hidup dan mati, peranan `bobolian' dan beberapa bentuk kepercayaan lain (Suraya Sintang, 2007). Orang Dusun juga percaya tentang adanya kehidupan selepas mati. Konsep kepercayaan selepas mati bagi orang Kadazandusun adalah suatu yang aneh.
Mereka percaya bahawa apabila meninggal dunia, roh mereka akan berkunjung dan berehat di puncak Gunung Kinabalu untuk selama-lamanya.
Selain itu, mereka juga percaya kepada kewujudan semangat yang terkandung dalam objek hidup atau tidak hidup yang luar biasa seperti binatang, batu besar dan pokok. Semangat ini boleh menyebabkan keburukan kepada manusia jika diganggu. Masyarakat Dusun mempunyai asas kesamaan sistem sosial dari aspek budaya objektif dan budaya subjektif.
Budaya objektif terdiri daripada bahasa, pakaian, pekerjaan malah dalam bidang budaya
11
pemuzikan seperti tarian sumazau dan alat -alat muzik sompoton, turali, tongkungon, tagunggak, bakokong, kulintangan tring, bungkau dan gong manakala budaya subjektif ialah upacara pemujaan seperti pembacaan doa atau 'Megendi' dengan menggunakan
"komborongoh" adalah satu kemestian dalam masyarakat Dusun ketika memulakan sesuatu perkara seperti masuk rumah baru, mengubati pesakit, menghindari gangguan syaitan, dan sebagainya (Ismaily Bungsu, 1988). Peranan `Bobolian' dianggap penting dalam masyarakat Dusun kerana boleh berkomunikasi dengan makhluk halus.
Kepentingan 'Bobolian' dapat dilihat dalam mengendalikan beberapa upacara seperti amalan memuja roh dan semangat tengkorak, `Rumodson' (upacara naik rumah baru),
`moginakan' (upacara keramaian bagi mengumpulkan sanak saudara), mengubati orang sakit, merayakan temasya seperti tamu besar, perkahwinan dan beberapa upacara adat yang lain (SaifLSaifuddin Hj. Daud, 1993). Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa kepercayaan kepada Tuhan sebagai kuasa pencipta wujud dalam kehidupan masyarakat Dusun pada masa dulu yang lebih cenderung kepada pengaruh kepercayaan terhadap kuasa alam sekeliling seperti kuasa penunggu dan kewujudan semangat.
Kaum Dusun mempunyai banyak amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi berasaskan fahaman dan adat "Pagan" kaum Dusun. Tradisi adalah adat-adat sosial yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi.
Tradisi juga menentukan nilai dan moral masyarakat tersebut, iaitu peraturan-peraturan tentang yang mana betul dan yang mana salah dan yang mana dipuji dan disanjung dan yang mana yang dikeji dan dibenci oleh masyarakat. Konsep tradisi juga meliputi wor"ldview atau pandangan dunia yang melibatkan kepercayaan tentang persoalan hidup dan mati dan kejadian
12
alam dan makhluknya. Dengan perkataan lain, konsep tradisi ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan, nilai dan cara berfikir sesuatu masyarakat (Norazit Selat, 1989).
Sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian, masyarakat Dusun dianggap 'Pagan'.
Kehidupan awal mereka diwarnai dengan corak kepercayaan animisme yang mengakui kewujudan Tuhan yang bernama `kinorohingan'. Tuhan ini mempunyai pelbagai nama yang berbeza mengikut etnik dan tempat-tempat suku kaum itu berada (Suraya Sintang, 2007).
Masyarakat Dusun mempercayai bahawa adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap perbuatan mempunyai balasan baik buruknya.
Bagi masyarakat Dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" dan mempunyai kuasa tertinggi dari segala sesuatu. Tuhan merupakan tempat mereka berkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya kesihatan, keselamatan dan meminta perlindungan danpada sebarang penyakit serta dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau Rogon' dalam bahasa Dusun.
'Rogon' ialah kuasa kejahatan yang memberi keburukan dan kemusnahan kepada manusia (Hamidun Udin, 1992) Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara masyarakat Dusun, contohnya apabila membuka tanah baru untuk pertanian, membina rumah dan masuk rumah baru, mengubati orang sakit, upacara sebelum menuai padi dan sebagainya. Semua aktiviti tersebut akan dimulai dengan bacaan mantera dan pemujaan kepada `Kina-ohingan'.
Dan aspek perkahwinan, adat perkahwinan orang Dusun tidak jauh berbeza dengan adat perkahwinan kelompok etnik peribumi Sabah yang lain sama ada dari kalangan penganut Islam ataupun Kristian. Bagi orang Dusun Kristian, pernikahan biasanya dilangsungkan di gereja menurut tatacara perkahwinan dalam agama itu. Bagi orang Dusun Islam, pernikahan boleh dilangsungkan di masjid atau surau tetapi biasanya diadakan di rumah mengikut tatacara perkahwinan dalam agama itu (Saif(cýSaifuddin Hj. Daud, 1993: 50-54).
13