Panduan Serah dan Bentang T_4086
JKPTA, FTSM UKM
Kemaskini 6 Jun 2023 1
Garis Panduan Penyerahan dan Pembentangan Projek Tahun Akhir (T_4086)
Panduan ini disediakan untuk menunjukkan tatacara penyerahan dan pembentangan Projek Tahun Akhir (T_4086).
A. Penyerahan Laporan Projek Tahun Akhir (D8)
Tarikh akhir penyerahan D8 adalah pada hari Jumaat, 21 Julai 2023.
Pelajar dikehendaki melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:
1. Mengisi Borang Penyerahan D8 yang boleh dimuat turun dari laman web PTA, https://www.ftsm.ukm.my/v5/fyp di bahagian “Form” atau dari sistem SPID (http://pta.ftsm.ukm.my/spid/) di bahagian “Other Materials”.
2. Menghubungi penyelia untuk mendapatkan kebenaran menyerah laporan projek dan meminta penyelia menandatangani borang yang telah lengkap diisi.
3. Menyemak nama pemeriksa daripada Ketua Program.
4. Menghantar D8 dan Borang JKPTA FTSM UKM 2 yang telah lengkap kepada Ketua Program, melalui Pembantu Tadbir berikut di kaunter Pejabat PraSiswazah:
● TK4086 - Puan Lydia Leas
● TM4086, TU4086 dan TH4086 – Cik Maisarah Hanim Ahmad
5. Memuat naik D8 berserta Borang JKPTA FTSM UKM 2 ke dalam sistem SPID.
6. Perkara (4) dan (5) hendaklah dibuat selewatnya 21 Julai 2023.
B. Penyerahan Pembentangan Video
Tarikh akhir penyerahan pembentangan video dan Google form (Pautan Video KID 2023) selewatnya pada hari Ahad, 30 Julai 2023 jam 11.30 malam.
1. Membangun pembentangan video yang mengandungi:
● Pengenalan ringkas
● Demonstrasi hasil projek seperti sistem/prototaip/model dan yang berkaitan.
● Hasil analisis data/pengujian/keputusan dan yang berkaitan.
2. Maklumat sulit seperti nama individu/organisasi, gambar/video peribadi tidak boleh dinyatakan dalam video pembentangan.
3. Durasi video tidak melebihi 5 minit.
4. Menama video dengan format berikut: NoMatrik-tajuk_pendek_projek.
5. Memuat naik video ke Youtube (emel siswa) dan tetapkan sebagai Unlisted (Rajah 1).
6. Menyalin link video yang telah berjaya dimuat naik.
7. Mengisi maklumat pautan video pembentangan di Youtube pada ruang “Pautan URL Youtube” (Rajah 2) ketika mengisi Google Form berikut:
https://forms.gle/3rrWDbYnY8MDPgQZA
Panduan Serah dan Bentang T_4086
JKPTA, FTSM UKM
Kemaskini 6 Jun 2023 2
Rajah 1: Tetapan ‘Unlisted’ dan URL video YouTube
Rajah 2: Borang Pautan Youtube Video KID2023
Nota:
Video perlulah direka bentuk seolah-olah anda membentangkannya dihadapan pemeriksa mengenai hasil PTA melalui penggunaan suara sendiri. Pastikan aliran video adalah tersusun yang menggambarkan anda telah berjaya menyelesaikan masalah yang dinyatakan dalam usulan dan berjaya mencapai semua objektif kajian. Gunakan segala kreativiti untuk menyampaikan hasil akhir PTA anda dengan baik dan jelas dengan menggunakan perisian dan peralatan yang bersesuaian.
Panduan Serah dan Bentang T_4086
JKPTA, FTSM UKM
Kemaskini 6 Jun 2023 3
C. Sesi Soal Jawab
Tarikh sesi soal jawab adalah pada hari Khamis, 3 Ogos 2023. Tempoh masa sesi soal jawab ialah 15-20 minit.
1. Mengenal pasti masa untuk sesi soal jawab dengan merujuk jadual sesi pembentangan yang akan dimaklum pada 21 Julai 2023.
2. Pembentangan ringkas projek selama lima minit menggunakan slaid atau e-poster.
Seterusnya demo sistem/hasil projek dan sesi soal jawab. Sesi soal jawab adalah platform pemeriksa untuk bertanya lanjut mengenai hasil akhir PTA anda. Oleh itu, pastikan anda bersedia dari segi kod sumber jika ditanya dan lain-lain keperluan yang dirasakan sesuai untuk menerangkan lebih lanjut PTA jika ditanya.
D. Penyerahan Laporan Teknikal dan Laporan Ilmiah
Tarikh penyerahan:
Laporan Teknikal - 31 Julai 2023 Laporan Ilmiah – 11 Ogos 2023
Laporan Ilmiah ialah laporan projek yang telah dikemaskini setelah disemak Pemeriksa.
1. Laporan teknikal ialah laporan ringkasan projek yang mengandungi 10 hingga 20 muka surat mengikut templat yang disediakan. Templat laporan teknikal boleh dimuat turun dari laman web PTA, https://www.ftsm.ukm.my/v5/fyp di bahagian “Materials” atau dari sistem SPID, http://pta.ftsm.ukm.my/spid/ di bahagian “Other Materials”.
2. Mengisi Borang Penyerahan Laporan Ilmiah yang dimuat turun dari laman web PTA, https://www.ftsm.ukm.my/v5/fyp di bahagian “Form” atau dari sistem SPID, http://pta.ftsm.ukm.my/spid/ di bahagian “Other Materials”.
3. Menghantar borang yang telah lengkap kepada kepada Ketua Program, melalui Pembantu Tadbir berikut:
● TK4086 - Puan Lydia Leas.
● TM4086, TU4086 dan TH4086 – Cik Maisarah Hanim Ahmad
4. Melampir borang yang telah ditandatangani oleh penyelia ke dalam laporan ilmiah.
5. Memuat naik laporan teknikal dan laporan ilmiah yang telah dikemaskini di SPID dan emel kepada penyelia.
6. Penghantaran salinan keras laporan ilmiah atas permintaan Penyelia.
E. Pencalonan Projek Terbaik dan Pemilihan Video Popular
Tarikh akhir pencalonan Projek Terbaik adalah pada hari Jumaat, 21 Julai 2023.
1. Bagi Projek Terbaik, pelajar boleh mencalonkan diri sendiri dengan mengisi Google Form https://forms.gle/Wb2hUaQeDssX5QCQ6 bermula 17 Julai 2023 sehingga 21 Julai 2023.
2. Bagi pemilihan Video Popular, pelajar boleh melayari playlist Youtube untuk semua video pembentangan dan klik ‘LIKE’ pada video yang menghasilkan projek yang baik dan menarik.