JABATAN BENDAHARI • BURSAR’S DEPARTMENT
CERTIFIED TO ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549
JABATAN BENDAHARI
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 3000 Faksimili: +603-8921 3058 E-mel: [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my/bendahari
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
Rujukan : UKM BEN 100-1/3/3 Tarikh : 24 Februari 2023
Dekan/ Pengarah/ Ketua/ Pengetua
Fakulti/ Institut/ Pusat/ Jabatan/ Kolej Kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia
Y.Bhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
PENYATA PENDAPATAN TAHUNAN 2022 DAN PENGHANTARAN BORANG CUKAI INDIVIDU/ SISTEM e-FILING
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Penyata Pendapatan Tahunan 2022 boleh dicapai melalui Sistem Saraan Kakitangan di pautan https://appsmu.ukm.my/saraan(menu: Individu - Penyata Tahunan) atau capaian melalui Gerbang Warga https://warga.ukm.my (menu:
Perkhidmatan - Gaji dan Elaun) mulai 28 Februari 2023
3. Sehubungan dengan itu, pembayar cukai bertanggungjawab untuk mengisi dan mengemaskini borang Cukai Pendapatan Individu (Borang BE)/e-Filing yang telah ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Perincian maklumat berkaitan e-Filing boleh didapati dengan melayari laman web LHDN iaitu http://www.hasil.gov.my dan panduan e-Filing di https://ez.hasil.gov.my. Pembayar cukai hendaklah mengemukakan Borang BE/e-Filing selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2023.
4. Sebarang bantuan dan pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi pegawai berikut;
i. Unit Gaji,Bahagian Bayaran, Jabatan Bendahari (UKM,Bangi) a. Encik Amiri Bin Mustaffa, 03-8921 5028
b. Puan Masnidar Adlin Binti Jamaluddin, 03-8921 5454 ii. Unit Bayaran Kakitangan, Jabatan Kewangan (HCTM, Cheras)
a. Puan Surihaya Binti Salleh, 03-9145 6495 b. Encik Hasli Bin Othman, 03-9145 6540 iii. Unit Kewangan (UKM-GSB Bangi)
c. Puan Izzah Nadhirah Hussin, 03-8921 5175
CERTIFIED TO ISO 9001:2015 Cert. No. QMS 02549
JABATAN BENDAHARI
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Telefon: +603-8921 3000 Faksimili: +603-8921 3058 E-mel: [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my/bendahari
Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan • Inspiring Futures, Nurturing Possibilities
Sukacita sekiranya Y.Bhg. Prof.Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dapat mengambil tindakan dan menyampaikan surat edaran ini kepada semua pegawai dan kakitangan seliaan di pusat tanggungjawab Y.Bhg. Prof.Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/
Datin/ Tuan/ Puan. Kerjasama Y.Bhg. Prof.Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/
Puan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Akauntabiliti Pegangan Kita”
Yang benar,
MOHD AZLI MOHD KASIRUN C.A. (M)
Bendahari
Universiti Kebangsaan Malaysia s.k - Naib Canselor, UKM
- Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi), UKM - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Akademik & Antarabangsa), UKM - Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar & Alumni), UKM
- Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), UKM - Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), UKM
- Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), UKM - Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), UKM - Pendaftar, UKM
- Ketua Pustakawan, UKM
- Pejabat Penasihat Undang-Undang, UKM