• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Kajian Pengurusan Koleksi Zoologi Di Muzium Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF Kajian Pengurusan Koleksi Zoologi Di Muzium Sarawak"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOGI DI MUZIUM SARAWAK

NORSIMAH BINTI LAKASSA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

( Pengurusan Seni )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

(2)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda *Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu sebagai SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

JUDUL: KAJIAN PENGURUSAN KOLEKSI ZOOLOGI DI MUZIUM SARAWAK SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya NORSIMAH BINTI LAKASSA

mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara instituisi pengajian tinggi.

5. * sila tandakan

SULIT TERHAD

TIDAK TERHAD

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Tandatangan Penulis Tarikh:

Alamat tetap:

Desa Bombalai, Ladang Table, Golden Hope Plantation, Peti Surat 135,91007 Tawau, Sabah.

Disahkan

Tandatangan Penyelia Tarikh:

(3)

Projek bertajuk ‘Kajian Pengurusan Koleksi Zoologi di Muzim Sarawak’ telah disediakan oleh Norsimah Binti Lakassa dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

______________________________

(Puan Rahah Haji Hassan)

Tarikh:

______________________________

(4)

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian penyelidikan dalam hasil penulisan ilmiah/tesis ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.

___________________________

(NORSIMAH BINTI LAKASSA)

No.Matrik : 12657

(5)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur di panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat juga akhirnya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Puan Rahah Haji Hassan. Melalui bimbingan, tujuk ajar dan nasihat beliau juga maka saya dapat menyiapkan kajian ini dengan baik.

Setelah beberapa bulan berusaha mendapatkan maklumat dan membuat kajian akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian ini. Oleh itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana banyak memberikan dorongan dan bantuan yang diperlukan dalam menyiapkan kajian ini. Kepada pensyarah- pensyarah lain yang memberikan tunjuk ajar, terima kasih buat kalian. Tidak lupa juga buat kawan-kawan yang sudi memberi pandangan dan pendapat, jasa kalian tetap dikenang. Untuk kakitangan bahagian zoologi terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama, tanpa kalian sudah tentu kajian ini akan tergendala. Buat semua yang terlibat dalam kajian ini terima kasih sekali lagi.

Dari daik pulang ke daik, Sehari-hari berkebun pisang,

Budi baik di balas baik, Dalam hati dikenang orang.

(6)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TAJUK PENYELIDIKAN……….………...i

BORANG PENGESAHAN STATUS LAPORAN……….………...ii

PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA………...iii

PENGAKUAN...iv

PENGHARGAAN……….……...v

ISI KANDUNGAN……….…...vi

ABSTRAK……….…...ix

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan...1

1.1.1 Asal usul muzium Sarawak...1

1.1.2 Bahagian Zoologi...3

1.1.3 Pengurusan koleksi...5

1.1.4 Menguruskan koleksi...7

1.1.5 Kajian lapangan,pengumpulan dan penyelidikan...8

1.1.6 Mendokumenkan Koleksi...9

1.2 Definisi...11

1.2.1 Definisi Muzium...11

1.2.2 Definisi Zoologi...13

1.2.3 Definisi Pengurusan Koleksi...14

1.3 Objektif...15

1.4 Hipotesis...16

1.5 Skop Kajian...17

1.6 Permasalahan Kajian...19

1.7 Kepentingan Kajian...20

1.8 Kesimpulan...22

(7)

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Kaitan dari segi Sejarah / Asal usul...23

2.2 Kaitan dari segi Pengurusan Koleksi...27

2.3 Kaitan dari segi menjalankan kajian...37

2.4 Kesimpulan...39

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan...40

3.2 Lokasi Kajian...41

3.3 Sumber Data...42

3.2.1 Data Primer...42

3.2.2 Data Sekunder ...43

3.4 Populasi...45

3.5 Persampelan...47

3.6 Instrumen Kajian...49

3.7 Limitasi Kajian...50

3.8 Kesimpulan...52

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan……….………....53

4.2 Penganalisaan Data...55

4.2.1 Temuramah...55

4.2.2 Pelaksanaan Pengurusan Koleksi Zoologi...57

4.2.3 Kaedah Mendapatkan Koleksi Zoologi...61

4.2.4 Prosedur Penjagaan Koleksi Zoologi...67

4.2.5 Bahan-bahan yang digunakan dalam menyediakan koleksi...76

4.2.6 Keberkesanan Pengurusan Koleksi Zoologi...78

(8)

4.3 Kesimpulan...80

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN 5.1 Pengenalan...81

5.2 Rumusan...82

5.3 Cadangan...83

5.3.1 Menggunakan sistem komputer...83

5.3.2 Memberikan latihan kepada kakitangan...85

5.3.3 Mendapatkan tenaga pakar...86

5.3.4 Menetapkan bidang tugas setiap kakitangan...87

5.3.5 Menyediakan ruang kerja yang selesa...91

5.3.6 Bekerjasama dengan Muzium-muzium lain...93

5.3.7 Memperbaharui prosedur sedia ada...94

5.3.8 Menyediakan ruang penyimpanan koleksi dan peralatan bersesuaian...95

5.4 Cadangan untuk kajian akan datang...102

5.5 Kesimpulan...105

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

(9)

ABSTRAK

Kajian ini mengenai pengurusan koleksi zoologi yang telah dilakukan di Muzium Sarawak yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Pengurusan koleksi adalah salah satu aspek penting dalam sesebuah muzium kerana tanpa pengurusan yang baik sudah tentu koleksi yang dimiliki mengalami kemusnahan. Lantaran itu kajian ini dilakukan untuk mengupas dengan lebih lanjut lagi mengenai pengurusan koleksi tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutamanya pihak yang berkepentingan seperti pengkaji lain dan pelajar.

(10)

ABSTRACT

This case study looks at zoology collection management in the Sarawak museum.

Collection management is the main focus of this study because without proper management, many problems will arise in the collection. This study hopes to give better guidance in good collection management. As a whole, the public can benefit from this case study especially for those who are interested in conducting a similar research.

(11)

BAB 1

PENGENALAN

(12)

1.1 PENGENALAN

1.1.1 Asal Usul Muzium Sarawak

Muzium pertama di Borneo ditubuhkan pada tahun 1886 iaitu di Kuching. Walau bagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan sebuah muzium telah di cadangkan pada 26 mac 1878. Banyak bahan-bahan pameran yang didapati daripada penderma-penderma untuk kegunaan muzium pada masa tersebut tetapi perkembangannya agak lambat. Pada mulanya bahan-bahan pameran diletakkan di Astana dan kemudiannya dipindahkan ke sebuah bilik dalam bangunan menara Jam (Clock Tower) iaitu berhadapan dengan Pangkalan Batu. (Chin , 1983).

Kemudian cadangan untuk menubuhkan muzium berkembang semula pada tahun 1886 dan keputusan telah dibuat untuk membeli koleksi yang ada pada H. Booke Low.

Koleksi ini adalah berkaitan dengan spesimen etnografik yang diperolehinya dari kawasan Rajang. Bahan-bahan tersebut diletakkan disebuah kawasan berdekatan dengan Pasar dan dibuka dengan rasmi oleh Raja Charles Brooke pada 30 oktober 1886. (Chin, 1983).

Selepas itu, reka bentuk bangunan Muzium Sarawak telah dibuat pada tahun 1888.

Reka bentuknya mengikut reka bentuk dewan Bandar Normandy Perancis yang dibuat oleh seorang kakitangan Raja Charles Brooke. Muzium Sarawak telah ditubuhkan oleh Raja Kedua Sarawak, Sir Charles Brooke pada tahun 1860 dengan bantuan kepakaran ahli

(13)

pada 4 ogos 1891. Kemudian ruang pameran bangunan telah diperbesarkan seperti reka bentuk yang ada sekarang pada tahun 1911. (Chin, 1983).

Sarawak telah memasuki Malaysia pada tahun 1963 dan dalam tempoh tersebut muzium Sarawak kekal sebagai institusi atau tempat pembelajaran. Objektif muzium Sarawak sejak dulu dan kini iaitu mendapatkan apa sahaja dan mengumpul pelbagai benda termasuklah tumbuh-tumbuhan, ular, rama-rama, artifak dan sebagainya. Selain itu, pihak muzium Sarawak juga berusaha menjaga segala koleksi dan pameran serta mengelakkan daripada ia kelihatan agak statik. Pihak muzium Sarawak turut menerangkan cara-cara mendapatkan koleksi melalui ceramah dan menerbitkan artikel di pasaran.

Secara amnya di dalam sesebuah muzium terdapat banyak bahagian dan begitu jugalah dengan Muzium Sarawak. Muzium ini terdiri daripada bahagian arkeologi, etnologi, pemuliharaan, perhubungan awam, pameran, pentadbiran dan banyak lagi.

Muzium memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pembangunan ekonomi bagi setiap negara dan masyarakat. Malah Muzium turut membentuk dan mengambil bahagian yang utama membangunkan masyarakat dan negara melalui peranannya yang pelbagai. Jelaslah bahawa muzium adalah satu institusi yang memainkan peranan penting dan kewujudanya sememangnya sesuatu yang berbaloi dan tidak merugikan pun malahan kewujudannya memberikan sesuatu yang positif.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1886, 121 tahun yang silam, jutaan orang dari seluruh dunia telah mengenali Muzium Sarawak bermula dari sebuah muzium, kini terdapat tujuh buah muzium di bawah pentadbiran jabatan ini dan pada masa akan datang beberapa buah

(14)

lagi muzium akan didirikan seperti yang dirancangkan. Semuanya ini adalah untuk memenuhi fungsi jabatan dan memenuhi citarasa pelanggan dalam negeri dan juga para pelancong. Dengan yang demikian khazanah warisan bangsa akan dapat dikumpul, dipelihara dan dikaji untuk pembangunan bangsa. Muzium Sarawak dikenali dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa sebagai pusat penyelidikan Borneo yang unggul dengan penerbitan jurnal setiap tahun untuk diedarkan ke seluruh dunia sejak tahun 1910.

http://www.museum.sarawak.gov.my

Muzium ini menyimpan khazanah pelbagai warisan budaya dan sejarah Negeri Sarawak serta merupakan sebuah institusi yang terulung di Borneo kerana menyimpan koleksi terbesar pelbagai jenis flora dan fauna Kepulauan Borneo.

1.1.2 Bahagian Zoologi

Kita sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh- tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur. Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan sehinggakan kita korbankan flora dan fauna bagi memberi laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesis flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan. Oleh itu bahagian zoologi ditubuhkan untuk menyimpan koleksi flora dan fauna yang telah hampir pupus untuk rujukan masa hadapan.

(15)

Koleksi yang terdapat di sini termasuk taxa utama seperti serangga, burung-burung, mamalia, ikan, Krustacea, reptalia dan amphibia. Spesimen-spesimen ini disimpan dalam bentuk kulit kering atau dalam 'wet spirit'. Para penyelidik boleh meminjam koleksi spesimen ini untuk tujuan penyelidikan dengan permohonan secara bertulis kepada pihak muzium”. http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/mudepartfile/function.htm

“Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Pengarah dan beliau bertanggungjawab dalam perancangan dan pembangunan penyelidikan warisan sejarah di Sarawak. Di samping itu, bahagian ini menyelaras semua aktiviti yang melibatkan zoologi alam semulajadi bagi menjaga khazanah semulajadi negeri Sarawak. Bahagian ini juga giat menganjurkan beberapa pameran yang berkaitan ke seluruh negeri Sarawak untuk memberi kesedaran tentang kualiti alam sekitar kepada masyarakat”.

http://www.museum.sarawak.gov.my/bmver/mudepartfile/function.htm

Untuk pengetahuan bahagian zoologi merupakan unit yang terawal di muzium Sarawak yang telah ditubuhkan dalam tahun 1894. Kebanyakan bahan koleksi bahagian ini adalah berkaitan dengan spesimen-spesimen seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga dan lain-lain yang didapati dari negeri Sarawak . Kerja-kerja pembekuan (taxidermy) biasanya dilakukan di bilik makmal bahagian ini dan spesimen-spesimen ini adalah penting terutamanya dalam penyelidikan dan perbandingan. Jumlah bahan-bahan koleksi bahagian ini sehingga kini adalah lebih kurang lapan puluh ribu spesimen.

Sebahagian spesimen ini dipamerkan di bangunan pameran terutamanya di tingkat bawah bangunan lama muzium Sarawak.

(16)

1.1.3 Pengurusan Koleksi

“Mengikut panduan Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) (1974), prinsip asas bagi pengurusan sesebuah muzium itu, hendaklah mempunyai etika untuk menyediakan standard minimum bagi operasi muzium, iaitu menyenggara dengan baik, memajukan semua aspek muzium dengan baik dan menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya.

Kemunculan muzium pada peringkat awal lebih mementingkan koleksi dan barang, tidak menitikberatkan hal yang berkaitan dengan konservasi. Banyak koleksi muzium yang mudah rosak didapati musnah kerana kurang penjagaan dan tidak diselenggara secara tetap mengikut kaedah saintifik” ( Md.Redzuan, p.20). Oleh yang demikian aspek pengurusan perlu diberi perhatian yang lebih serius terutamanya dari segi pengurusan koleksi.

Menurut Anne Fahy (1995), pengurusan koleksi ialah “It is blanket term applied to the physical care and documenation of collection. Because it is so abroad, it effectively encompasses a wide range of activities which may at times appear to be disparate”.

Ini bermaksud pengurusan koleksi adalah merangkumi jangka masa yang ditentukan dalam penjagaan fizikal dan pendokumenan koleksi. Ia adalah bahagian yang luas dan merangkumi pelbagai aktiviti dan ia perlu dibezakan. Selalunya objektif utama adalah untuk menjaga atau menyelamatkan koleksi dan berkongsi pengetahuan bagi mengelakkan daripada koleksi musnah, dicuri dan kebenaran dalam mendapatkan maklumat.

(17)

Menurut Anne Fahy (1995) juga panduan untuk menyediakan polisi pengurusan koleksi iaitu pertama adalah dari pengenalan kepada polisi tersebut. Kedua, lebih kepada mendefinisikan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam polisi tersebut. Apabila semua telah selesai barulah proses untuk membuat polisi tersebut boleh diteruskan. Melalui polisi ini pengkaji dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai pengurusan koleksi dan polisi yang berkaitan dengannya.

Secara amnya pengurusan koleksi menyentuh tentang mendokumenkan koleksi, polisi perolehan dan pelupusan koleksi, kerja lapangan, penyelidikan dan pengumpulan, pemeliharaan dan pemuliharaan serta keselamatan dan risiko setiap koleksi. Menurut Ambrose, T. (1993) Dalam menguruskan koleksi terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan iaitu polisi perolehan dan pelupusan, kerja lapangan, pengumpulan dan penyelidikan, sumbangan, pembelian dan pinjaman, pendokumenan koleksi, keselamatan dan risiko dan pemeliharaan. Dalam polisi perolehan ia mestilah mengandungi aspek-aspek seperti tujuan dan objektif muzium, penjadualan polisi, peraturan am untuk pengumpulan mengikut sekatan undang-undang, prosedur perolehan, termasuklah pinjaman serta kawasan pengumpulan.

“Many corporate museum and galleries have collections of artifacts, specimens, artworks, and various historical materials. These collections sometime already exist in the company archives, storerooms, libraries, art collections, and other such places. Other times, it is necessary to develop a collection without such resources”. (Danilov, V. J. 1992, p.173-174).

(18)

Daripada petikan ini menjelaskan bahawa setiap muzium walaupun ia adalah muzium korporat atau muzium kerajaan masing-masing mempunyai koleksi yang tersendiri terdiri daripada artifak, spesimen dan bahan-bahan lain.

Menurut Danilov, V.J (1992), walau daripada mana sekalipun sesuatu bahan atau barangan itu diperolehi ia perlu di rekod dengan berhati-hati. Aspek penjagaan koleksi tersebut perlu diketahui misalnya dari segi suhu, pemeliharaan dan pemuliharaan, penjagaan ketika ia di pamerkan kepada awam dan banyak lagi. Beliau juga ada menyatakan galeri atau muzium yang kecil, pengarahlah orang yang bertanggung jawab menghimpunkan dan menyelia aspek pengurusan koleksi. Tetapi bagi muzium yang lebih besar kuratorlah orang yang bertanggung jawab dalam bidang ni. Kurator akan dibantu oleh registrar iaitu orang yang bertanggung jawab dalam merekod koleksi dan mengaturkan peminjaman.

1.1.4 Menguruskan Koleksi

Menguruskan koleksi bukanlah perkara yang mudah kerana ia perlu mengambil kira banyak aspek seperti yang dijelaskan oleh Timothy Ambrose dalam bukunya Managing New Museums. Menurut beliau, dalam menguruskan koleksi perlu ada polisi perolehan dan pelupusan.

Setiap muzium perlu membuat polisi perolehan dan pelupusan setiap koleksi yang

(19)

hendak dibangunkan contohnya melalui sumbangan, pengumpulan, warisan, pembelian, kawasan pengumpulan dan objek yang menjadi koleksi seperti sejarah sosial, teknologi, seni gunaan atau sejarah semula jadi. Polisi ini mesti mengandungi penyataan kawasan geografi dalam kawasan pengumpulan dan menunjukkan kawasan mana objek diperolehi dan kenapa ia diterima masuk dalam koleksi. Secara amnya polisi ini berfaedah kepada semua pihak. Selain itu, polisi yang dinyatakan seharusnya dapat membantu pengguna untuk mengetahui bagaimana cara pihak muzium membangunkan koleksi dan kenapa ia perlu dipelihara.

Secara kesimpulannya, polisi perolehan mengandungi aspek-aspek seperti tujuan dan objektif muzium, pengurusan polisi, peraturan am untuk pengumpulan mengikut sekatan undang-undang, prosedur perolehan seperti pinjaman dan kawasan pengumpulan.

Walau bagaimanapun, dari semasa ke semasa setiap muzium mendapati ia perlu mengatur setiap koleksi yang dimiliki.

Polisi pelupusan pula berkait rapat dengan polisi perolehan namun setiap polisi mempunyai aspek-aspek yang tersediri. Polisi pelupusan termasuklah prinsip-prinsip umum yang berkaitan dengan pelupusan, sebab-sebab pelupusan, prosedur pelupusan, pelupusan dengan memusnahkan dengan sama sekali koleksi tersebut.

1.1.5 Kajian lapangan, pengumpulan dan penyelidikan

Perolehan objek atau material dan pembangunan koleksi adalah aspek kerja yang utama dalam sesebuah muzium. Terdapat perbezaan kaedah untuk memperoleh sesuatu

(20)

objek. Dalam bahagian ini kita akan melihat peranan-peranan muzium yang secara aktif mengumpul bahan-bahan dan maklumat berkaitan. Pendekatan yang sistematik dalam pengumpulan objek dilihat sebagai sesuatu yang dapat meningkatkan keberkesanan muzium sebagai tempat pengumpulan warisan.

Terdapat pendekatan yang berbeza untuk kajian lapangan, pengumpulan maklumat dan barang baru untuk dijadikan koleksi. Setiap bahagian seperti arkeologi, kajian tumbuhan dan binatang, sejarah sosial atau seni gunaan mempunyai kaedah kajian tersendiri. Sesetengah perkara seperti tinjauan, pencarigalian dan rakaman tapak arkeologi, orang yang berkemahiran dan terlatih dikehendaki untuk memantau hal tersebut.

Oleh itu sebelum membuat kerja lapangan mereka perlu membuat kajian yang teliti sebelum mendapatkan bahan koleksi. Bahangian zoologi misalnya, perlu membuat kajian mengenai sesuatu spesimen yang hendak di perolehi termasuklah kawasan, jenis dan habitat spesimen tersebut.

1.1.6 Mendokumenkan Koleksi

Tanpa pendokumenan yang efektif, koleksi muzium tidak akan bermakna dan pelaburan wang dan masa adalah membazir. Oleh itu, perlu bagi memastikan koleksi didokumen dan direkodkan dengan sebaik mungkin. Selain itu, setiap koleksi juga perlu ada rekod fotografi. Maksudnya setiap koleksi digambar dan direkodkan sebagai rujukan

(21)

Pihak muzium mesti mengetahui bahawa setiap objek atau koleksi perlu diberi perhatian yang serius dan kedudukanya di dalam muzium juga perlu diambil kira.

Sebenarnya tanpa pendokumenan yang baik, pertikaian terhadap pemilikan koleksi tersebut akan berlaku. Pendokumenan yang tidak sesuai boleh menyebabkan objek untuk pameran atau tujuan penyelidikan menjadi tidak efektif. Selain itu, tanpa rekod yang baik, keselamatan koleksi tidak terjamin.

(22)

1.2 DEFINISI

1.2.1 Definisi Muzium

Perkataan 'Muzium' yang diguna pakai hari ini dipetik daripada perkataan Inggeris.

Bagaimanapun 'Museum' dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Yunani 'Mouseion' yang bermaksud rumah suci 'MUSE' iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi lambang ilmu dan kesenian. 'MUSE' dalam bahasa Yunani juga bermaksud 'Gembira'

(enjoy) atau dalam bahasa Inggerisnya 'Amusement'.

http://www.muzium.terengganu.gov.my/web/definisi.htm

Muzium pertama dipercayai telah ditubuhkan di Iskandariah, Mesir pada abad ke 3 sebelum Masehi. Sejak itu institusi muzium mula mendapat perhatian ramai terutama daripada cendikiawan dan para ilmuan berlumba-lumba memberikan definisi muzium yang paling sesuai. Geo Brown Goode (1895) mendefinisikan muzium sebagai 'An institution for the preservation of those objects which best illustrate the phenomena of nature and the work of man, and utilization of these to increase knowledge and for the culture and the enlightenment of the people'

Namun masih terdapat beberapa definisi berbentuk sementara atau masih kabur yang diutarakan. Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM), Kesatuan Muzium Kanada (CMN) dan Kesatuan Muzium America (AAM) mendefinisikan muzium berlandaskan

(23)

“A non-profit making, permanent institution, in the service of society and its development, and open to the public, which acquires, conserves, researches, communicates and exhibits, for the purposes of study, education and enjoyment, material evidence of man and his environment”.

Ini bermaksud muzium adalah institusi bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Tindak balas daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang dikaitkan sama sebagai sokongan. Antaranya Muzium ditakrifkan juga sebagai institusi yang terlibat dengan Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib, pemuliharaan dan pengekalan alam semula jadi, arkeologi, Etnologi, Monumen dan Tapak bersejarah, pameran benda hidup seperti Taman Botani, Zoologi, Akuarium dan sebagainya serta Pusat Sains dan Planetarium.

Sehubungan itu, pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain (MAGB) telah mendefinisikan Muzium dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium ditakrifkan sebagai 'An institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets material evidence and associated information for public benefit'.

Biarpun terdapat berbagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza terhadap institusi Muzium, namun begitu adalah tepat jika Muzium itu diterangkan melalui aktiviti

(24)

serta kemampuan yang ditunjukkan oleh sesebuah Muzium itu. Kejayaan sesebuah Muzium menangani segala permasalahan yang ada dalam usaha mencapai objektif penubuhannya adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan rasa tanggungjawab kakitangannya.

Oleh yang demikian sesebuah Muzium itu adalah sesuai didefinisi berdasarkan kemampuan serta kejayaan yang ditunjukkan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan bersandar kepada fungsi dan garis objektifnya.

http://www.muzium.terengganu.gov.my/web/definisi.htm

1.2.2 Definisi Zoologi

Bila disebut perkataan zoologi, tiada lain boleh difikirkan oleh kita selain semua yang berkaitan dengan zoo. “Pengertian klasik zoologi ialah segala kajian mengenai alam binatang. Dua bidang yang berkaitan secara langsung dengan zoologi ialah ekologi dan kepelbagaian biologi. Kamus Bahasa Melayu-English dengan definisi Bahasa Melayu mendefinisikan Zoologi adalah ilmu berkenaan haiwan atau ilmu berkenaan ilmu haiwan.

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa zoologi adalah berkenaan dengan segala jenis atau spesis haiwan yang terdapat di dunia dan di kategorikan dalam bidang ini.

Selain itu menurut Kamus Dewan edisi ketiga muka surat 1559, zoologi adalah bermaksud kajian tentang haiwan, termasuk pengelasan, kehidupan, habitat dan

Referensi

Dokumen terkait

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan

Kertas projek ini dikemukakan kepada Bahagian Hal Ehwal Akademik sebagai memenubi sebahagian keperluan penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan), Universiti