• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF KANDUNGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "PDF KANDUNGAN"

Copied!
106
0
0

Teks penuh

(1)

i

KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

KATA ALUAN NAIB CANSELOR 1

KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR

(PENYELIDIKAN DAN INOVASI) 2

KATA ALUAN PENGARAH UNIMAS INNOVATION 3

TERMINOLOGI DAN GLOSARI 4

DAFTAR SINGKATAN 8

BAB 1 SKIM GERAN PENYELIDIKAN UNIMAS 9

1.1 Pengenalan 9

1.2 Falsafah 9

1.3 Definisi 10

1.4 Tujuan 10

1.5 Bidang Penyelidikan Tujahan 10

1.6 Kluster Penyelidikan 11

1.7 Peranan dan Tanggungjawab 11

1.7.1 Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi Universiti (JKPI) 11

1.7.2 UNIMAS Innovation 11

1.7.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) 12

1.7.4 Jawatankuasa Etika Perubatan (MREC) 13

1.7.5 Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) 13

1.7.6 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/ nstitut/Pusat Penyelidikan 14 1.7.7 Panel Pakar Penyelidikan Universiti (REP) 15

1.8 Penyelidik Utama (PI) dan Ko-Penyelidik 15

1.8.1 Tanggungjawab dan Amanah Penyelidik 16

BAB 2 JENIS GERAN-GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS 17

2.1 Definisi Geran Penyelidikan Dalam 17

2.2 Jenis Geran Penyelidikan Dalam 17

2.2.1 Skim Geran Jangka Pendek (Short Term Grant Scheme) (SGS) 17

2.2.2 Dana Pelajar PhD (DPP) 18

2.2.3 Dana Pasca Doktoral (DPD) 18

2.2.4 Geran Penyelidikan dari Kursi Penyelidikan 19

2.3 Penilaian Permohonan Geran Dalam 20

2.3.1 Kriteria Penilaian 20

(2)

ii

2.4 Geran Penyelidikan Luar 22

2.5 Jenis Geran Luar 22

2.5.1 Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 22 2.5.2 Geren Penyelidikan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam

Sekitar dan Prubahan Iklim (MESTECC) 22

2.5.3 Geran Penyelidikan Korporat/Swasta/Industri/Badan Bukan

Kerajaan (NGO)/Antarabangsa 23

BAB 3 PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN GERAN 26 PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Pengurusan Geran Penyelidikan 26

3.3 Proses Penerimaan dan Pemantauan Geran Penyelidikan 27

3.4 Pemantauan Geran Penyelidikan 29

3.4.1 Implementasi Projek 29

3.4.2 Kemajuan Projek 29

3.4.3 Laporan Akhir 30

3.4.4 Penyelidik Utama (PI) Berhenti 30

3.5 Pemilikan Aset Penyelidikan 31

3.6 Pencapaian Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Projek Penyelidikan 32

3.6.1 Hasil Penyelidikan 32

3.7 Pelanjutan Tempoh Projek Penyelidikan 32

3.8 Pendaftaran Penerbitan di UNIMAS Institutional Repository (IR) 34

BAB 4 PERATURAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN 35 PENYELIDIKAN

4.1 Tatacara dan Pengurusan Kewangan Geran Penyelidikan Dalam

UNIMAS 35

4.2 Peraturan Kewangan 35

4.3 Proses Perbelanjaan Geran Penyelidikan 35

4.4 Jenis-jenis Vot Perbelanjaan Geran Penyelidikan 36

4.4.1 Vot 11000 - Gaji dan Upah 36

4.4.2 Vot 21000 - Perjalanan dan Pengangkutan 36

4.4.3 Vot 23000 - Komunikasi dan Utiliti 37

4.4.4 Vot 24000 - Sewaan 37

4.4.5 Vot 27000 - Bekalan dan Bahan-bahan Penyelidikan Pakai

Habis 37

4.4.6 Vot 28000 - Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai 37

4.4.7 Vot 29000 - Perkhidmatan Ikhtisas 38

4.4.8 Vot 35000 - Aksesori dan Peralatan 38

4.5 Pelarasan Wang Pendahuluan 39

(3)

iii

BAB 5: PELANTIKAN AHLI PENYELIDIK DAN PROGRAM 41 MENTORING

5.1 Pengurusan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA), Enumerator

dan Pembantu Kerja Lapangan 41

5.2 Syarat-syarat dan Kelayakan Pemohon 41

5.2.1 Pembantu Penyelidik Siswazah

(Graduate Research Assistant, GRA) 41

5.2.2 Enumerator/Pembantu Kerja Lapangan/Penunjuk Arah 42

5.3 Bidang Kuasa Pengarah UNIMAS Innovation 42

5.4 Upah dan Gaji 42

5.5 Prosedur Permohonan Perlantikan GRA 43

5.6 Prosedur Pelanjutan Tempoh Pelantikan GRA 44

5.7 Penamatan Perkhidmatan Pembantu Penyelidik Upah/Gaji 44 5.8 Pelantikan Penyelidik Bersekutu dan Pasca Doktoral 44 5.9 Kadar-kadar Upah Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA),

Pembantu Penyelidik dan Pembantu Kerja Lapangan 46

5.10 Program Pementoran Penyelidik Baharu

46

BAB 6 MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN 49 (TERMASUK SEMINAR, SIMPOSIUM, KOLOKIUM,

KONGRES, FORUM, WACANA, BENGKEL DAN PERSEMBAHAN/PAMERAN)

6.1 Pendahuluan 49

6.2 Menghadiri Persidangan/Seminar/Kolokium/Persembahan/Pameran 49 6.2.1 Menggunakan Peruntukan Geran Dalam UNIMAS. 49 6.2.2 Menggunakan Peruntukan Geran Penyelidikan Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPM)/Industri/NGO/Antarabangsa 50 6.2.3 Menggunakan Peruntukan Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi (MOSTI) 50

6.3 Laporan Menghadiri Persidangan Luar Negara/Dalam Negara 51

6.4 Mengadakan Persidangan 51

6.4.1 Menggunakan Peruntukan Universiti (Seed Money) 51 6.4.2 Mengadakan Persidangan Tanpa Biayaan Universiti 52 6.5 Laporan Mengadakan Persidangan di peringkat Kebangsaan dan

Antarabangsa 52

BAB 7

PENGURUSAN HARTA INTELEK DAN 54 PENGKOMERSILAN

7.1 Pengenalan 54

7.2 Perlindungan Harta Intelek 54

7.3 Jenis-jenis Harta Intelek 54

7.3.1 Paten (Patent) 54

7.3.2 Hak Cipta (Copyright) 55

7.3.3 Cap Dagangan (Trademark) 55

7.3.4 Reka Bentuk Perindustrian (Industrial Design) 56

(4)

iv

7.4 Prosedur Permohonan Pendaftaran Harta Intelek (HI) 56

7.5 Pemilikan Harta Intelek 56

7.6 Pengkomersilan 58

7.7 Jenis Kaedah/Model Pengkomersilan 58

7.7.1 Pelesenan (Hanya bagi inovasi yang mendapat

perlindungan harta intelek) 58

7.7.2 Penyerahan Hak 58

7.7.3 Pemindahan Teknologi 58

7.8 Panduan Perkongsian Keuntungan 59

7.9 Prosedur Pengkomersilan 60

7.9.1 Fasa 1: Permohonan Pengkomersilan Produk 60

7.9.2 Fasa 2: Pemilihan Rakan Niaga 60

7.9.3 Fasa 3: Proses Penggubalan Dokumen Persetujuan 60 BAB 8 INTEGRITI DAN ETIKA PENYELIDIKAN 62

8.1 Definisi Etika 62

8.2 Integriti dan Etika Penyelidikan 62

8.2.1 Penyelidikan 63

8.2.2 Penerbitan 63

8.2.3 Persidangan 63

8.2.4 Perundingan 64

8.3 Plagiarisma 64

8.4 Etika Penyelidikan yang Mantap dan Sempurna 64

8.4.1 Integriti 65

8.4.2 Keterbukaan 66

8.4.3 Bimbingan Professional dan Keperluan Perundangan 67

8.4.4 Kepimpinan dan Kerjasama 68

8.4.5 Penyeliaan 68

8.4.6 Latihan 68

8.4.7 Penerbitan dan Harta Intelek 68

8.4.8 Sumber Penyelidikan 69

8.4.9 Kolaborasi Penyelidikan 70

PENUTUP 71

SENARAI LAMPIRAN 72

(5)

1

KATA ALUAN NAIB CANSELOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam UNIMASku Sayang,

Alhamdullilah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan izin rahmatNya, Buku Garis Panduan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan UNIMAS ini telah berjaya diterbitkan. Buku ini akan menjadi wadah atau bahan rujukan serta panduan utama yang penting untuk warga dan ahli penyelidik di UNIMAS menjalankan aktiviti- aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan masing-masing.

Penghasilan buku ini adalah bukti kesungguhan dan iltizam

UNIMAS untuk meningkatkan mutu, ekosistem inovasi serta hasil penyelidikan. Ini adalah selaras dengan visi dan misi UNIMAS di dalam usaha untuk menghasilkan penyelidikan dan warga serta ahli penyelidik yang kompeten, berkemahiran tinggi, kreatif, berdaya saing yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Saya yakin dan percaya dengan terhasilnya buku ini, akan memudahkan warga dan ahli penyelidik UNIMAS untuk lebih memahami prosedur, tatacara serta kaedah untuk menjalankan sesuatu aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan secara telus dan berkesan. Penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan merupakan asas yang penting di dalam setiap universiti dan mampu menyumbang kepada pencapaian universiti yang bukan sahaja dinilai berdasarkan kepada prestasi akademiknya semata-mata, tetapi mencakupi kepada produk, perkhidmatan dan hasil penyelidikan yang dijalankan.

Bagi merealisasikan hasrat UNIMAS untuk menjadi sebuah universiti komprehensif yang berdaya saing dan disegani, diharapkan buku ini akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan jumlah dan hasil penyelidikan. Di samping itu harapan saya buku panduan ini akan dapat memberi semangat dan motivasi kepada penyelidik- penyelidik untuk merancakkan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas saya ucapkan kepada UNIMAS Innovation serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menghasilkan buku garis panduan ini. Semoga apa yang telah dirancang akan mencapai matlamat seperti yang telah disasarkan dan dipermudahkan, insha Allah.

Sekian. Terima kasih.

Profesor Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi Naib Canselor

(6)

2

KATA ALUAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN & INOVASI)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Buku Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan ini diadakan bertepatan dengan dengan agenda transformasi untuk memantapkan ekosistem inovasi di UNIMAS agar menjadi universiti komprehensif yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penghasilan buku garis panduan ini adalah bagi merealisasikan hasrat kita dalam menambahbaik dan memantapkan tadbir urus aktiviti-aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS.

Buku garis panduan ini dapat memberikan maklumat dan panduan kepada penyelidik dan pentadbir penyelidikan di peringkat Fakulti, Institut dan Pusat Tanggungjawab masing- masing dalam melaksana dan memantau aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan masing-masing.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada UNIMAS Innovation di atas keperihatinan, dan usaha gigih kejayaan membukukan garis panduan ini.

Akhir kata, saya amat berharap agar buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyelidik dan pentadbir penyelidikan sebagai panduan dalam pelaksanaan dan pemantauan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan demi untuk menaikkan nama UNIMAS ke tahap yang lebih tinggi.

Sekian. Terima kasih.

Profesor Dr. Wan Hashim Wan Ibrahim

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

(7)

3

KATA ALUAN PENGARAH UNIMAS INNOVATION (PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI)

Salam Hormat dan Salam Sejahtera,

UNIMAS Innovation ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat di dalam memberikan maklumbalas dan idea serta menyumbang kepada penerbitan Buku Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini.

Tujuan penerbitan buku ini adalah untuk memberi panduan kepada penyelidik dan pentadbir penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan dalam mengurus dan memantau aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS.

Budaya penyelidikan yang berkualiti perlu diterap kepada para

penyelidik agar kualiti penyelidikan dan inovasi serta pengkomersilan yang dihasilkan menepati kehendak pemegang taruh dan hasil yang menepati hasrat UNIMAS. Inisiatif menerbitkan buku panduan ini dijangka dapat membantu merealisasikan hasrat UNIMAS untuk melahirkan lebih ramai lagi penyelidik berkualiti di kalangan warga akademik dengan hasil penyelidikan dan inovasi yang bermutu tinggi, berimpak dan berpotensi untuk dikomersilkan. Di samping itu juga, ia diharapkan agar menepati penanda aras pencapaian yang telah ditetapkan di dalam menyokong dan memaju penyelidikan di peringkat global.

Besarlah harapan saya agar penerbitan buku ini dapat memberikan suntikan semangat baharu kepada semua warga penyelidik dan pentadbir penyelidikan di UNIMAS. Sebarang cadangan penambahbaikan buku panduan ini adalah sangat dialu-alukan agar maklumat yang disediakan dapat memenuhi keperluan semasa dan kehendak warga penyelidik di UNIMAS dalam menjalankan penyelidikan masing-masing.

Sekian. Terima kasih.

Profesor Dr. Lo May Chiun Pengarah, UNIMAS Innovation

(8)

4

TERMINOLOGI DAN GLOSARI

Acculturation Research Grant Scheme (ARGS)

Skim Geran Penyelidikan ARGS adalah merupakan inisiatif baharu yang ditubuhkan bagi menggembleng usaha kerjasama secara kolektif antara Universiti berstatus RU dengan membantu universiti Rakan-RU untuk meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan hasil penyelidikan merangkumi penerbitan, penemuan inovasi/IP, geran penyelidikan, bilangan PI dan sebagainya.

Dana

Pembudayaan Penyelidikan (RAGS)

Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) adalah dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bukan Universiti Penyelidikan (RU) sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Penyelidikan Fundamental

Penyelidikan asas yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea-idea untuk kemajuan dan pengembangan pengetahuan baru. Tujuan penyelidikan jenis ini diadakan adalah untuk menggalakkan perkembangan teori, konsep dan idea-idea yang boleh bertindak sebagai pemangkin kepada penciptaan pengetahuan baru.

Penyelidikan Eksploratori/

Gunaan

Penyelidikan yang bertujuan untuk menjawab soalan-soalan

“apa” dan “di mana “. Penyelidikan jenis ini bertujuan untuk meneroka idea-idea baru dalam domain yang belum diterokai.

Ia pada dasarnya bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan baru. Selain menyumbang ke arah penjanaan disiplin baru, penyelidikan penerokaan ini boleh digunakan untuk masalah yang dikenalpasti berkaitan dengan bidang penyelidikan tertentu.

Penyelidikan Prototaip

Penyelidikan ini adalah penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan prototaip dan bertujuan untuk merapatkan jurang antara penyelidikan di peringkat hasil penemuan makmal hingga ke peringkat pra-pengkomersilan. Ini termasuklah pembuktian konsep, penilaian, skala upscaling, ujikaji pra- klinikal dan ujikaji lapangan.

Etika Tingkahlaku dan kelakuan betul serta kehidupan yang baik berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan.

Fakulti/Institut Pusat/Pusat Tanggungjawab (PTJ)

Mana-mana Fakulti yang ditubuhkan termasuk juga Pusat Tanggungjawab dan Institut Penyelidikan yang berdaftar dan diiktiraf di UNIMAS.

(9)

5 Felo Penyelidk

Individu yang diambil bekerja di bawah kontrak yang berkhidmat dengan Universiti dan di bawah Perlembagaan Universiti untuk melaksanakan fungsi penyelidikan.

Beliau boleh bertindak sama ada sebagai penyelidik secara perseorangan atau di bawah pengawasan seorang Penyelidik Utama.

Inovasi Proses penghasilan idea, kaedah atau pengolahan yang baharu

Kursi Penyelidikan

Dana penyelidikan yang diperolehi dari dana luar dibiayai dan disokong oleh pendapatan daripada dana endowmen yang ditubuhkan dalam bentuk hadiah dari sumber luar sama ada badan berkanun/swasta. Ia adalah bertujuan untuk membiayai penyelidikan yang khusus dan bergantung kepada pembiaya dana.

Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS (REP)

Terdiri daripada staf akademik UNIMAS (Profesor/Profesor Madya) yang berketerampilan dan berkepakaran dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Panel ini dilantik berdasarkan kepada bidang kepakaran dan kluster penyelidikan masing- masing.

Pasca Doktoral

Penyelidik secara kontrak yang berkhidmat dengan Universiti untuk melaksanakan fungsi penyelidikan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Universiti. Calon mestilah penyelidik yang baru menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran dalam tempoh tiga (3) tahun dan dilantik untuk tempoh masa yang terhad di universiti dan boleh mengambil bahagian dalam projek-projek penyelidikan sama ada disokong oleh anugerah atau fellowship dari luar.

Penyelidikan

Geran Dalam Penyelidikan yang dibiayai sepnuhnya menggunakan peruntukan Universiti.

Penyelidikan

Geran Luar Penyelidikan yang dibiayai oleh institusi atau agensi selain dari Universiti.

Penyelidik Individu yang menjalankan aktiviti penyelidikan yang berdaftar dengan Universiti.

(10)

6 Penyelidik Utama

(PI)

Individu yang mengetuai dan menjalankan projek penyelidikan khususnya projek penyelidikan yang ditaja oleh pihak luar atau Universiti dan dikawalselia oleh universiti. Penyelidik Utama (PI) bertanggungjawab untuk merekabentuk dan menyediakan kertas cadangan projek penyelidikan untuk mendapatkan pembiayaan, melaksanakan dan melaporkan laporan kemajuan atau prestasi penyelidikan. Hanya staf akademik (kontrak/

tetap) Universiti dengan pelantikan secara sepenuh masa layak dilantik sebagai Penyelidik Utama (PI).

Untuk melayakkan diri sebagai Penyelidik Utama (PI), jumlah geran penyelidikan yang diperolehi untuk bidang Sains

& Teknologi perlulah berjumlah RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) ke atas (Kebangsaan) atau RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) ke atas (Industri/Swasta/Antarabangsa) dan RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) ke atas untuk bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Ko-Penyelidik

Penyelidik bersama yang bertanggungjawab untuk menyokong Penyelidik Utama (PI) dalam semua perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pelaksanaan projek penyelidikan di mana perlu.

Peruntukan Vot

Rekod yang digunapakai bagi tujuan untuk proses perbelanjaan geran penyelidikan dan mengkategorikan perbelanjaan tertentu bagi tujuan penyelidikan.

Sistem iRIS

Integrated Research Information Services (iRIS) adalah sistem yang digunapakai oleh UNIMAS Innovation dan penyelidik bagi tujuan permohonan geran penyelidikan dalam, permohonan harta intelek, permohonan menghadiri persidangan, menyimpan rekod dan data-data penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan.

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) adalah skim geran penyelidikan yang bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan asas untuk menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

(11)

7 Skim Penyelidikan

Jangka Panjang (LRGS)

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) merupakan geran penyelidikan fundamental jangka masa panjang yang menyeluruh dan memerlukan komitmen yang tinggi. Ia dijalankan bertujuan untuk menjana teori, pengetahuan dan idea baharu di dalam bidang tujahan. Projek penyelidikan ini bermatlamat untuk memacu kecemerlangan ke arah penjanaan teori, idea baharu dan idea inovasi dalam bidang keutamaan strategik untuk pembangunan pengetahuan baharu.

Skim Gran Penyelidikan Nic Kementerian Pendidikan Malaysia (NRGS- KPM)

Skim Geran Penyelidikan Nic Kementerian Pendidikan Malaysia (NRGS-KPM) adalah dana khas yang bertujuan untuk membantu melonjakkan dan membangunkan bidang tujahan (Niche) penyelidikan bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berstatus Universiti Komprehensif dan Universiti Komprehensif Berfokus. Di samping itu, NRGS- KPM ini akan menjadikan setiap IPTA tersebut unik dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) diwujudkan bertujuan untuk membantu merapatkan jurang antara penemuan penyelidikan dan pengkomersilan bagi tujuan penciptaan teknologi baharu selaras dengan keperluan K-Ekonomi dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru.

Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)

Skim Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) merangkumi penyelidikan fundamental dan eksploratori yang dapat menggalakkan penjanaan ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, perkembangan sempadan ilmu, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

Tempoh Ditetapkan

Tempoh di mana sesuatu penyelidikan itu dijalankan merangkumi tempoh kelulusan pertama dan tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi (JKPI) Universiti.

Pengkomersilan

Pengkomersilan merujuk kepada hasil penyelidikan yang diterjemah kepada bentuk produk, perkhidmatan, proses, teknologi, atau sistem organisasi kemudian dipasarkan bagi menjana pendapatan melalui kaedah pelesenan, penyerahan hak, usahasama atau pemindahan teknologi.

(12)

8

DAFTAR SINGKATAN

ARGS Acculturation Research Grant Scheme (Skim Geran Pembudayaan Penyelidikan Kerjasama IPTA)

AEC Animal Ethic Committee (Jawatankuasa Etika Haiwan)

DPP Dana Pelajar PhD

DPD Dana Pasca Doktoral

FRGS Fundamental Research Grant Scheme (Skim Geran Penyelidikan Fundamental)

GRA Graduate Research Assistance (Pembantu Penyelidik Siswazah) JKKP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

JKPI Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi JKTICT Jawatankuasa Teknikal ICT

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

LPU Lembaga Pengarah Universiti

LRGS Long Term Research Grant Scheme (Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang)

MESTECC Ministry of Energy,Science, Technology,Enrironment and Climate Change (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim)

MREC Medical Research Ethic Committee (Jawatankuasa Etika Perubatan )

PI Principal Investigator (Ketua Penyelidik)

PRGS Prototype Research Grant Scheme (Skim Geran Penyelidikan Prototaip)

RAGS Research Acculturation Grant Scheme (Skim Geran Pembudayaan Penyelidikan)

REP Research Expert Panel (Panel Pakar Penyelidikan) RO Research Officer (Pegawai Penyelidik)

SGS Short Grant Scheme (Geran Penyelidikan Jangka Pendek) TNC (P&I) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) TRGS Transdisciplinary Research Grant Scheme (Skim Geran

Penyelidikan Transdisiplinari) UNIMAS Universiti Malaysia Sarawak

UHSB UNIMAS Holdings Sdn Bhd

UNIMAS Innovation Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UNIMAS

(13)

9

BAB 1

SKIM GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS

1.1 Pengenalan

Penyelidikan adalah “aktiviti bersistematik yang mengarah kepada penjanaan dan penambahbaikan ilmu pengetahuan melalui aktiviti yang bersifat kesarjanaan, saintifik dan kreatif” termasuklah input, output, penemuan, interpretasi atau aplikasi ilmu pengetahuan yang dibincangkan atau dinilai oleh golongan akademik.

Aktiviti ini seterusnya akan menyumbang dan mencambah kepada penemuan ilmu pengetahuan baharu yang membawa kepada kemajuan manusia serta menghasilkan penjanaan pendapatan dan pembangunan negara.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyasarkan dan berhasrat untuk menjadi sebuah Universiti komprehensif yang terkemuka dan dikenali di dalam bidang akademik dan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. UNIMAS komited untuk menggunapakai dan mengekalkan piawaian antarabangsa yang tinggi, baik dalam kegiatan penyelidikan asas dan gunaan serta latihan penyelidikan, termasuklah program di mana Universiti memenuhi tanggungjawab seperti yang dinyatakan dalam visi dan misinya.

Projek penyelidikan di UNIMAS adalah merujuk kepada mana-mana projek penyelidikan di bawah tanggungjawab atau penyeliaan penyelidik universiti. Ini termasuklah projek yang melibatkan dana dalam (dana Universiti) atau dana luar (dana luar Universiti).

1.2 Falsafah

Sebagai sebuah Universiti yang beraspirasi untuk menjadi di antara universiti yang terkemuka dan terkenal di dalam bidang penyelidikan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, UNIMAS perlu membudayakan bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di kalangan warga UNIMAS. Untuk ini, UNIMAS berusaha dalam menyediakan ekosistem inovasi dengan penyediaan infrastuktur termaju dan peruntukan dana yang seterusnya akan dapat menggalakkan penyelidikan asas dan gunaan untuk menjana ilmu yang dilihat mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya penyelidikan dan inovasi yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

(14)

10

1.3 Definisi

Skim geran penyelidikan adalah skim pembiayaan kepada penyelidikan asas dan gunaan. Ia dilihat mampu menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu dan seterusnya dijadikan asas untuk dikembangkan ke peringkat gunaan dan penghasilan produk serta perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersilkan.

1.4 Tujuan

Penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penjanaan teori, konsep dan idea baru yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baru yang menerobos sempadan ilmu dan penciptaan inovatif untuk dikembangkan ke peringkat aplikasi dan gunaan yang membawa kepada penghasilan produk serta perkhidmatan bagi kepentingan negara dan komuniti sejagat.

Geran penyelidikan ini diwujudkan antara lain adalah bagi tujuan untuk mencapai objektif berikut:

a) Untuk meningkatkan jumlah dan kualiti penyelidikan dan inovasi yang berimpak;

b) Untuk meningkatkan jumlah dan kualiti penyelidik UNIMAS sebagai Penyelidik Utama (PI); dan

c) Untuk meningkatkan jumlah penerbitan artikel akademik dan penghasilan produk serta perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersilkan bagi tujuan kepentingan negara dan komuniti sejagat.

1.5 Bidang Tujahan Penyelidikan

Bersesuaian dengan lokasi UNIMAS di Sarawak, Borneo yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna serta mengambilkira masyarakat majmuk di Sarawak yang pelbagai dan tersebar, UNIMAS telah meletakkan bidang tujahan penyelidikan seperti berikut:

a) Biodiversiti dan Pemuliharaan Persekitaran (Biodiversity and Environmental Conservation);

b) Transformasi Komuniti Mapan (Sustainable Community Transformation);

c) Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Kreatif (Information, Communication dan and Creative Technology).

(15)

11

1.6 Kluster Penyelidikan

Pembiayaan geran penyelidikan UNIMAS meliputi kluster-kluster asas dan gunaan yang dilihat dapat menyokong agenda strategik negara. Kluster-kluster yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

a) Perubatan dan Sains Kehidupan (Medicine and Life Sciences);

b) Kejuruteraan dan Teknologi (Engineering and Technology);

c) Sains Tabii (Natural Sciences);

d) Seni, Kemanusiaan dan Pengurusan (Art, Humanities and Management).

1.7 Peranan dan Tanggungjawab

1.7.1 Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi Universiti (JKPI)

a) Merancang strategi dan membangunkan pelan tindakan untuk melaksanakan strategi-strategi penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan serta membentangkannya di Jawatankuasa Senat;

b) Memantau prestasi serta keberkesanan strategi-strategi yang telah dilaksanakan dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan;

c) Memperakukan dan meluluskan permohonan menjalankan penyelidikan oleh staf akademik UNIMAS;

d) Memperakukan dan meluluskan laporan kemajuan/prestasi dan laporan akhir penyelidikan staf akademik UNIMAS;

e) Merancang dan memantau aktiviti penyelidikan dan inovasi UNIMAS;

f) Melaporkan aktiviti penyelidikan dan inovasi di Jawatankuasa Senat; dan g) Mengenalpasti penyelidikan UNIMAS yang berpotensi menjana pendapatan

universiti bagi tujuan penjanaan pendapatan dan pengkomersilan.

1.7.2 UNIMAS Innovation

UNIMAS Innovation dipertanggungjawabkan terutamanya dalam mengawal selia pengurusan penyelidikan, penerbitan akademik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta intelek dan pengkomersilan di UNIMAS. UNIMAS Innovation bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Jawatankuasa Penyelidikan dan Inovasi (JKPI). UNIMAS Innovation ditugaskan untuk:

a) Menjadi sekretariat kepada Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS;

b) Menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Pasca Doktoral;

c) Membangun dan mengemaskinikan pangkalan data penyelidikan dan sistem pengurusan kewangan untuk projek-projek penyelidikan yang berdaftar dan dijalankan di UNIMAS;

d) Membangun dan mengemaskinikan laman sesawang khusus untuk aktiviti penyelidikan dan inovasi di UNIMAS;

(16)

12

e) Mengemaskinikan sistem pemantauan yang direka khusus untuk membantu Penyelidik Utama dalam memenuhi jadual pelaksanaan penyelidikan mereka, laporan kemajuan dan kewangan seperti yang telah ditetapkan dalam kertas cadangan yang diluluskan;

f) Membantu penyelidik dalam proses mendapatkan geran penyelidikan, terutama dalam penyebaran garis panduan, mengadakan mesyuarat Panel Pakar (REP) dan keperluan prosedur tertentu (contoh: FRGS, PRGS, TRGS)

g) Memajukan kertas cadangan projek penyelidikan dan laporan penyelidikan (teknikal dan kewangan) untuk dinilai oleh Panel Pakar Penyelidikan (REP) dan agensi-agensi pembiaya dan didokumenkan untuk tindakan selanjutnya;

h) Bertindak sebagai titik penghubung di antara penyelidik dan agensi- agensi pembiaya dana dari segi pemajuan laporan kemajuan, teknikal dan kewangan;

i) Memulakan, memudahcara dan mengekalkan hubungan dengan industri, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain;

j) Menggalakkan dan memudahkan aktiviti penerbitan akademik dalam jurnal berindek di UNIMAS;

k) Menggalakkan budaya penyelidikan, inovasi, perlindungan harta intelek dan pengkomersilan di kalangan warga akademik UNIMAS;

l) Melaporkan pencapaian penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS secara berkala;

m) Mempamerkan hasil penyelidikan yang berjaya dan berimpak dalam ekspo di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

n) Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang akan meningkatkan pembangunan modal insan dalam penyelidikan;

o) Menguruskan hak harta intelek (HI) UNIMAS;

p) Menunjukajar dan membimbing staf akademik dan pelajar siswazah UNIMAS melalui seminar, bengkel dan apa-apa cara lain mengenai harta intelek dan harta penyelidikan yang nyata;

q) Memudahcara pemindahan harta intelek untuk kegunaan awam dan membangunkan mekanisme bagi tujuan pelesenan dan pengurusan teknologi;

r) Membahagikan saham, royalti, ekuiti atau pendapatan lain yang diperolehi daripada harta intelek Universiti dengan perekacipta; dan

s) Menjalankan tanggungjawab atau tugas-tugas lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tertinggi UNIMAS dari semasa ke semasa.

Carta Fungsi dan Struktur UNIMAS Innovation adalah seperti yang digambarkan dalam Lampiran 1.

1.7.3 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang efektif berperanan untuk membantu majikan dalam mengimplementasikan semua aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan bagi memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Penubuhan JKKP adalah dinyatakan dalam Seksyen 30,

(17)

13

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Subseksyen 30 (1) yang mengkehendaki majikan menubuhkan JKKP tempat kerja. Jawatankuasa tersebut adalah di bawah Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UNIMAS (UKKP).

Maklumat lanju boleh diperolehi di laman sesawang berikut:

http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/about-us/dosh-policy.

Jawatankuasa Biokeselamatan dan Biosekuriti adalah dipertanggungjawabkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang berkaitan dengan keselamatan kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan dengan agen biologi, kimia dan fizikal.

1.7.4 Jawatankuasa Etika Perubatan

Jawatankuasa Etika Perubatan (JEP) adalah berpandukan kepada garis panduan, khidmat nasihat dan keputusan prinsip-prinsip etika penyelidikan perubatan seperti yang telah dinyatakan dalam Deklarasi Helsinki (2013). Ia merujuk kepada Garis Panduan Etika Kebangsaan dan untuk Penyelidikan Bioperubatan yang melibatkan subjek manusia (CIOMS) dan Laporan Belmont. Jawatankuasa Etika Perubatan telah menetapkan prosedur operasi standard sendiri berdasarkan kepada Garis Panduan Operasi bagi Jawatankuasa Etika Kajian Penyelidikan Bioperubatan (WHO), dan International Council for Harmonisation of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH) dan Garis Panduan Malaysia bagi Amalan Klinikal Yang Baik. Ianya diadakan untuk memenuhi syarat-syarat jaminan antarabangsa dan ditubuhkan untuk berfungsi mengikut undang-undang dan peraturan Malaysia.

Polisi dan perincian berkenaan Jawatankuasa Etika Perubatan Kebangsaan dan borang-borang yang berkaitan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut: http://nih.gov.my/web/mrec/ dan untuk permohonan dalam melalui Jawatankuasa Etika Perubatan UNIMAS, maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut: http://www.rimc.unimas.my/.

1.7.5 Jawatankuasa Etika Haiwan

Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) telah ditubuhkan dan mendapat kelulusan Senat UNIMAS. Ia bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan agar segala aspek kerja-kerja makmal atau kerja lapangan yang dijalankan oleh penyelidik yang melibatkan haiwan (vertebrata dan bukan manusia hidup) dikendalikan dengan baik dan betul.

Penyelidik yang menjalankan kajian penyelidikan yang melibatkan penggunaan haiwan bagi tujuan eksperimen perlu memohon dan mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) UNIMAS terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja-kerja penyelidikan mereka. Jawatankuasa Etika Haiwan (AEC) berperanan

(18)

14

untuk menilai kerja-kerja penyelidikan agar dapat memastikan ianya dijalankan secara bermanfaat, jelas dan telus serta penggunaan haiwan juga dibenarkan dan dilayan secara berperikemanusiaan serta dijaga dengan betul dan baik.

Polisi dan perincian berkenaan Jawatankuasa Etika Haiwan UNIMAS dan borang- borang yang berkaitan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut:

http://www.rimc.unimas.my/unimas-animal-ethics.

1.7.6 Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat

Setiap Fakulti/Institut/Pusat mempunyai Jawatankuasa Penyelidikan yang ditugaskan untuk meneliti dan menilai setiap kertas cadangan projek penyelidikan yang dimajukan oleh ahli di Fakulti/Institut/Pusat masing-masing. Ia adalah bertujuan sebagai proses penyaringan dan pemurnian kertas cadangan projek penyelidikan di peringkat Pusat Tanggungjawab masing-masing sebelum dikemukakan kepada Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS (REP) untuk tujuan penilaian di peringkat universiti.

Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat bertanggungjawab untuk memastikan setiap kertas cadangan permohonan geran penyelidikan yang dimajukan adalah memenuhi kriteria seperti berikut:

a) tergolong dan menepati bidang tujahan penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat;

b) menyumbang kepada pengetahuan baharu dalam bidang tujahan, realistik dari segi skop, tempoh masa dan mencukupi dari segi sumber kewangan;

c) secara teori dan metodologi adalah logik;

d) mengukuhkan usaha-usaha penyelidikan secara keseluruhan dan adanya kepakaran berkaitan dalam Universiti; dan

e) relevan dengan keperluan masyarakat, mempunyai nilai pengkomersilan dan menepati agenda R&D negara.

Untuk setiap kertas cadangan permohonan geran penyelidikan yang dimajukan, Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat ini hendaklah memastikan bahawa kertas cadangan permohonan geran penyelidikan adalah berkualiti, di dalam bidang tujahan/keutamaan dan memenuhi garis panduan permohonan dan syarat-syarat khusus yang telah ditetapkan oleh pembiaya dana.

Setiap Jawatankuasa Penyelidikan di bawah Fakulti/Institut/Pusat juga adalah bertanggungjawab untuk memantau sepenuhnya laporan kemajuan/prestasi dan laporan akhir (termasuk laporan kewangan) semua geran-geran projek penyelidikan di bawah Fakulti/Institut/Pusat masing-masing sebelum menyerahkannya kepada UNIMAS Innovation.

(19)

15

1.7.7 Panel Pakar Penyelidikan Universiti (REP)

a) Memastikan kertas cadangan/permohonan yang dikemukakan oleh penyelidik adalah bertepatan dengan konsep/kehendak geran penyelidikan yang ditawarkan oleh pembiaya dana bagi tujuan penyelidikan. Panel boleh mengemukakan pandangan dan nasihat kepada penyelidik untuk tujuan menambah baik kertas cadangan/ permohonan yang dikemukakan;

b) Berhak untuk menolak mana-mana kertas cadangan/permohonan yang didapati tidak lengkap atau tidak sesuai untuk dipertimbangkan menerima geran penyelidikan UNIMAS/geran penyelidikan luar. Panel boleh meminta penyelidik untuk memperkemaskan atau memurnikan semula tajuk/

pengisian kertas cadangan/permohonan berdasarkan kepada pandangan yang munasabah;

c) Menandatangani borang pengesahan/perakuan (Evaluation form) penilaian permohonan Skim Geran Penyelidikan untuk tujuan direkodkan di UNIMAS Innovation.

d) Memberi input, komen dan maklumbalas di dalam sistem pembiaya dana.

Terma dan rujukan bidang tugas Panel Pakar Penyelidikan UNIMAS adalah seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 2.

1.8 Penyelidik Utama (PI) dan Ko-Penyelidik

Penyelidik Utama (PI) dan Ko-penyelidik hendaklah pada setiap masa menjalankan penyelidikan mereka secara profesional dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika. PI bertanggungjawab terhadap pengurusan teknikal dan fiskal keseluruhan projek penyelidikan yang dijalankan. Ini termasuklah pematuhan kepada keperluan pemajuan pelaporan dan memastikan projek penyelidikan yang dijalankan diurus dalam lingkungan bajet dan jadual pebatuan yang telah diluluskan.

Untuk melayakkan diri sebagai Penyelidik Utama (PI), jumlah geran penyelidikan yang diperolehi bagi bidang Sains dan Teknologi mesti bernilai RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) ke atas untuk geran kebangsaan atau RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) untuk geran industri/

swasta/antarabangsa manakala bagi bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan ianya mestilah bernilai RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke atas.

Ko-penyelidik pula bertanggungjawab untuk menyokong PI dalam segala perkara yang berhubungkait dengan pengurusan dan perlaksanaan projek penyelidikan yang dijalankan di mana perlu. Sekiranya kemajuan projek penyelidikan yang dijalankan tidak mencapai kemajuan seperti yang ditetapkan atau tergendala, Penyelidik Utama (PI) dan ko-penyelidik akan diberikan surat peringatan dari Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

(20)

16

1.8.1 Tanggungjawab dan Amanah Penyelidik

a) Penyelidik Utama (PI) hendaklah memastikan semua ahli-ahlinya terlibat di dalam penyelidikan yang dijalankan;

b) Sebarang pertambahan atau pengguguran ahli hendaklah dikemukakan kepada UNIMAS Innovation melalui Dekan/ Pengarah oleh Penyelidik Utama (PI);

c) Penyelidik bertanggungjawab untuk memastikan perbelanjaan penyelidikan adalah selari dengan peruntukan sebenar projek yang diluluskan dan membelanjakan peruntukan penyelidikan berdasarkan kepada carta perbatuan di dalam kertas cadangan yang telah diluluskan. Mana-mana tuntutan perbelanjaan yang dibuat di luar daripada perbelanjaan yang diluluskan memerlukan permohonan kelulusan secara bertulis melalui Pusat Tanggungjawab masing-masing kepada UNIMAS Innovation. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab untuk menjelaskan mana-mana keberterhutangan Penyelidik jika didapati vot penyelidikan telah habis digunapakai;

d) Penyelidik yang memerlukan pelanjutan tempoh masa penyelidikan atau apa- apa perubahan dalam penyelidikannya perlu mengemukakan permohonan secara bertulis melalui Pusat Tanggungjawab masing- masing kepada UNIMAS Innovation;

e) Segala urusan kewangan penyelidikan yang dibuat oleh ahli Penyelidik termasuk untuk tujuan ke persidangan, perlu mendapat perakuan daripada Penyelidik Utama (PI);

f) Penyelidik bertanggungjawab untuk melaporkan kepada UNIMAS Innovation melalui PTJ masing-masing sekiranya ingin menamatkan perkhidmatan di UNIMAS atau Bercuti Belajar dengan menamakan Penyelidik Utama (PI) baharu (sekiranya penyelidikan belum selesai).

g) Bagi penyelidikan yang mempunyai aset, Penyelidik Utama bertanggungjawab untuk membuat serahan aset penyelidikan kepada Penyelidik Utama yang baharu dan dikemukakan kepada UNIMAS Innovation; dan

h) Penyelidik bertanggungjawab untuk memantau dan menyemak melalui wakil Pejabat Bendahari di PTJ masing-masing dari semasa ke semasa berkenaan dengan baki peruntukan geran penyelidikan masing-masing.

(21)

17

BAB 2

JENIS-JENIS GERAN PENYELIDIKAN DI UNIMAS

2.1 Definisi Geran Penyelidikan Dalam

Geran Penyelidikan Dalam adalah merupakan geran penyelidikan yang bersifat jangka pendek dari satu (1) hingga tiga (3) tahun dan dibiayai sepenuhnya oleh dana dari sumber dalam UNIMAS. Ia diadakan bertujuan untuk menggalakkan penjanaan teori, konsep dan idea awal yang dapat menjadi landasan atau pemangkin kepada penemuan baru dan penciptaan yang inovatif yang boleh mengembangkan sempadan ilmu dan membantu dalam bidang penyelidikan tujahan Pusat Tanggungjawab (PTJ).

Jadual yang memperincikan jenis-jenis Geran Penyelidikan Dalam UNIMAS adalah seperti yang digambarkan dalam Lampiran 3.

Semua permohonan geran penyelidikan dalam UNIMAS adalah dipohon melalui sistem iRIS. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem iRIS di laman sesawang berikut: https://research.unimas.my/ iris7/ login.

2.2 Jenis Geran Penyelidikan Dalam

2.2.1 Skim Geran Penyelidikan Jangka Pendek (Short Term Grant Scheme) (SGS)

Skim ini merupakan geran penyelidikan permulaan bersifat jangka pendek (1 - 2 tahun). Ia ditawarkan khusus kepada penyelidik muda dan baharu (DS52/DU52/

DG52 ke bawah) dan juga yang tidak pernah menjadi Penyelidik Utama (PI), sebelum ini.

Pembiayaan skim ini meliputi bidang-bidang asas dan gunaan yang dapat menyokong pembangunan bidang tujahan penyelidikan universiti dan bidang tujahan penyelidikan Institut atau Fakulti selaras dengan bidang keutamaan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan keperluan kerajaan negeri Sarawak.

Penawaran geran ini adalah bersesuaian dengan matlamat UNIMAS untuk:

a) Menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan staf akademik yang baharu;

b) Sebagai pendedahan awal kepada penulisan kertas cadangan yang baik dan membudayakan aktiviti penyelidikan di kalangan penyelidik muda;

c) Bagi meningkatkan jumlah pembentangan kertas kerja di dalam persidangan;

d) Bagi meningkatkan jumlah penerbitan artikel penyelidikan.dan

(22)

18 Siling untuk skim ini adalah:

i. Bidang Sastera, Sains Sosial dan Kreatif : RM5,000.00-15,000.00 (Ringgit Malaysia Lima hingga Lima Belas Ribu Sahaja)

ii. Bidang Sains dan Teknologi : RM20,000.00 - 25,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh hingga Dua Puluh Lima Ribu Sahaja)

Tempoh maksimum jangkamasa projek adalah dua (2) tahun sahaja dan ditawarkan hanya satu (1) kali sahaja di sepanjang perkhidmatan pemohon.

Skim ini terbuka kepada staf akademik UNIMAS yang:

i. baru (1-2 tahun) menyertai UNIMAS/dilantik sebagai pensyarah dan guru Bahasa Gred DS52/ DU52 /DG52 dan ke bawah;

ii. ditawarkan kepada staf tetap dan kontrak; dan

iii. baru (1-2 tahun) balik dari melanjutkan pengajian PhD masing-masing dengan syarat belum pernah mengetuai sebarang projek penyelidikan di peringkat universiti/kebangsaan/antarabangsa di sepanjang tempoh perkhidmatan sebelumnya.

2.2.2 Dana Pelajar PhD (DPP)

Skim ini merupakan geran penyelidikan pelajar PhD selama tiga (3) tahun. Ia ditawarkan khusus kepada penyelidik yang menyelia pelajar PhD.

Pembiayaan skim ini meliputi bidang-bidang asas dan gunaan yang dapat menyokong pembangunan bidang tujahan penyelidikan universiti dan bidang tujahan penyelidikan Institut atau Fakulti selaras dengan bidang keutamaan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan keperluan kerajaan negeri Sarawak.

Penawaran dana ini adalah bertujuan untuk: -

a) Meningkatkan bilangan pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) di UNIMAS.

b) Membudayakan aktiviti penyelidikan di UNIMAS.

Siling untuk skim ini adalah:

i. Bidang Sastera, Sains Sosial dan Kreatif : RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja)

ii. Bidang Sains dan Teknologi : RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja)

2.2.3 Dana Pasca Doktoral (DPD)

Skim ini merupakan geran penyelidikan khusus yang disediakan untuk Pasca Doktoral (Postdoc) selama dua (2) tahun. Ia ditawarkan kepada penyelidik yang menyelia calon Pasca Doktoral (Postdoc) yang akan mengetuai geran penyelidikan tersebut dan calon Pasca Doktoral sebagai ko-penyelidik.

(23)

19

Pembiayaan skim ini meliputi bidang-bidang asas dan gunaan yang dapat menyokong pembangunan bidang tujahan penyelidikan Universiti dan bidang tujahan penyelidikan Institut atau Fakulti selaras dengan bidang keutamaan penyelidikan di peringkat kebangsaan dan keperluan kerajaan negeri Sarawak.

Penawaran dana ini adalah bertujuan untuk membantu calon Pasca Doktoral di dalam memulakan dan menjalankan kerja penyelidikan masing-masing di UNIMAS.

Siling untuk skim ini adalah : RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja)

2.2.4 Geran Penyelidikan dari Kursi Penyelidikan

Universiti juga menjalankan penyelidikan menggunakan pembiayaan dari Kursi Penyelidikan. Kursi Penyelidikan adalah dibiayai oleh dana luar (dana korporat dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan). Setiap Kursi Penyelidikan mempunyai Ketua Kursi Penyelidikan masing-masing yang dilantik oleh Naib Canselor. Di bawah geran Kursi Penyelidikan, terdapat dua (2) jawatankuasa:

a) Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi Penyelidikan dan b) Jawatankuasa Kerja Teknikal Kursi.

Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi Penyelidikan bertanggungjawab untuk mengawal selia semua kumpulan penyelidikan. Jawatankuasa Kerja Teknikal Kursi Penyelidikan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan pelaksanaan projek penyelidikan di bawah Kursi Penyelidikan.

Semua pemegang geran penyelidikan Kursi adalah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pemegang Amanah Kursi Penyelidikan masing-masing yang ahlinya adalah terdiri daripada wakil-wakil dari semua pihak yang berkepentingan dari Universiti dan pembiaya dana Kursi Penyelidikan tersebut.

Kursi Penyelidikan yang sedia ada di UNIMAS adalah seperti berikut:

a) Kursi Tun Openg: Penyelidikan Sagu (Sago Research)

b) Kursi Tun Zaidi: Kimia Perubatan dan Produk Alam Semulajadi (Medicinal and Natural Product Chemistry)

c) Kursi SHELL: Biodiversiti dan Sains Persekitaran (Biodiversity and Environmental Sciences)

d) Kursi Nusantara: Kajian Komuniti Melayu dan Melanau di Kepulauan Borneo (Studies of the Malay and Melanau Community in Borneo)

e) Kursi Dayak: Kajian Komuniti Dayak di Kepulauan Borneo (Studies of the Dayak Community in Borneo)

f) Kursi Sino Borneo: Kajian Komuniti Cina di Kepulauan Borneo (Studies of the Chinese Community in Borneo)

g) Kursi Tun Taib: Transformasi Komuniti Luar Bandar Secara Mapan (Sustainable Rural Community Transformation)

h) Kursi Petronas - P. Ramlee: Seni Visual dan Bunyi (Visual Arts and Sound)

(24)

20

i) Kursi PUSAKA: Rekabentuk Perabot dan Pembangunan Produk dari Kayu (Furniture Design and Product Development from Timber)

2.3 Penilaian Permohonan Geran Dalam

Permohonan geran akan dinilai oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan panel pakar di peringkat Fakulti/Institusi/Pusat yang dilantik mengikut bidang-bidang kepakaran dan penyelidikan masing-masing seperti yang telah ditetapkan.

Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria seperti yang telah dinyatakan serta lain-lain garis panduan UNIMAS yang berkaitan.

Permohonan boleh dibuat secara di dalam talian melalui sistem iRIS di laman sesawang berikut: https://research.unimas.my/iris7/login.

2.3.1 Kriteria penilaian:

a) Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan yang dapat menghasilkan suatu idea/ teori/ konsep/ kaedah/ model/ proses baharu;

b) Penyelidikan yang dapat menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada;

c) Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau d) Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik

negara (terutama untuk negeri Sarawak) dan atas keperluan semasa.

Gambarajah 1 menunjukkan carta alir proses permohonan Geran Dalam UNIMAS.

(25)

21 21

Gambarajah 1: Carta Alir Proses Permohonan Geran Dalam UNIMAS.

(26)

22

2.4 Geran Penyelidikan Luar

Geran penyelidikan luar adalah geran penyelidikan yang dibiayai dari luar Universiti dari dana korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan dana bagi tujuan penyelidikan baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Geran-geran penyelidikan yang ditawarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) adalah berdasarkan kepada penawaran dana penyelidikan dari pihak KPM dan MESTECC.

2.5 Jenis Geran Luar

2.5.1 Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

a) Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) b) Skim Geran Pembudayaan Penyelidikan (ARGS)

c) Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) d) Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS)

e) Skim Geran Penyelidikan Trans Disiplin (TRGS) f) Skim Geran Penyelidikan Bidang Tujahan (NRGS) g) Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

Untuk tujuan maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan geran-geran penyelidikan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut: http://jpt.mohe.gov.my/index.php/penyelidik/

mygrants. Khusus untuk Skim Geran Pembudayaan Penyelidikan (ARGS) di bawah skim penyelidikan rakan Universiti Penyelidikan, maklumat lanjut boleh diperolehi di laman sesawang: http://www.race.upm.edu.my/.

2.5.2 Geran Penyelidikan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

a) Dana Smart Challenge (Smart Fund) b) Dana Fasilitasi

c) Dana Inovasi (Inno Fund)

d) Dana Kolaborasi Geran Penyelidikan (International Research Collaboration Grant)

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan permohonan geran-geran penyelidikan yang ditawarkan oleh MESTECC boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang berikut: https://edana.mestecc.gov.my/edana/.

(27)

23

Gambarajah 2 menunjukkan carta alir proses permohonan geran luar UNIMAS.

(Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

2.5.3 Geran Penyelidikan Korporat/Swasta/Industri/Badan Bukan Kerajaan (NGO)/Antarabangsa

Bagi yang melibatkan geran penyelidikan dengan pihak luar pembiaya dana, Penyelidik Utama (PI) perlu berdaftar dengan memajukan kertas cadangan projek penyelidikan dan mengadakan surat Ikatan Amanah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dan memaklumkan kepada UNIMAS Innovation untuk tujuan semakan, pengesahan dan rekod. Sebarang perubahan dalam bajet perlu mendapatkan kelulusan dari pembiaya dana dan dimaklumkan kepada UNIMAS Innovation.

Mekanisma untuk menerima dan mendaftarkan geran penyelidikan luar adalah menggunapakai dua (2) kaedah yang dibenarkan iaitu sama ada melalui Akaun UNIMAS Holdings Sdn Bhd (UHSB) atau Akaun Amanah UNIMAS.

Untuk geran penyelidikan luar, khususnya dari badan bukan kerajaan (NGO) dan antarabangsa, adalah menjadi tanggungjawab Penyelidik Utama (PI) untuk memastikan sumber pembiayaan dan pembiaya dana adalah pihak yang sah dan berdaftar di sisi undang-undang. Ini adalah penting untuk memastikan agar sumber pembiayaan dan pembiaya dana yang diperolehi tidak mempunyai sebarang konflik atau percanggahan kepentingan kepada UNIMAS dan negara.

Senarai pembiaya dana antarabangsa boleh dirujuk di dalam Lampiran 4.

Gambarajah 3 menunjukkan carta alir proses permohonan geran luar UNIMAS.

[Korporat/Swasta/Industri/Badan Bukan Kerajaan (NGO)/Antarabangsa]

(28)

24 24

Gambarajah 2: Carta Alir Proses Permohonan Geran Luar UNIMAS.

[KementerianPendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)].

(29)

25

25

Gambarajah 3: Carta Alir Proses Permohonan Geran Luar UNIMAS.

[Korporat/Swasta/Industri/Badan Bukan Kerajaan (NGO)/Antarabangsa]

(30)

26

BAB 3

PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN GERAN PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan

UNIMAS Innovation adalah bertanggungjawab untuk:

a) mengurus dan membantu dalam proses permohonan dan pengurusan geran penyelidikan;

b) mengurus, memantau dan membantu dalam permohonan pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan; dan

c) memantau geran penyelidikan dan mengurus data penyelidikan.

Geran penyelidikan yang diterima dari pelbagai sumber seperti kerajaan, pihak swasta dan badan antarabangsa telah meningkat setiap tahun. Selaras dengan peningkatan jumlah geran dan aktiviti penyelidikan serta inovasi dan pengkomersilan di UNIMAS, satu panduan pengurusan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan perlu diadakan bagi tujuan membantu dan memudahkan penyelidik serta staf sokongan yang terlibat dalam aktiviti pengurusan geran penyelidikan menjalankan projek penyelidikan masing-masing dengan lebih efisien.

Tujuan garis panduan proses pengurusan dan pemantauan penyelidikan ini adalah untuk memperincikan tatacara dalam mengurus dan memantau aktiviti- aktiviti penyelidikan di UNIMAS sebagai rujukan kepada penyelidik dan pentadbir penyelidikan.

3.2 Pengurusan Geran Penyelidikan

Kesemua pembiayaan geran penyelidikan yang diperolehi oleh staf akademik UNIMAS hendaklah berdaftar dengan UNIMAS Innovation dan Pejabat Bendahari UNIMAS. Tatacara pengurusan ini akan digunapakai apabila terdapat perjanjian di antara penyelidik, agensi pembiaya dan universiti.

Melainkan dinyatakan sebaliknya, geran penyelidikan dari sumber-sumber yang telah dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk digunapakai bagi menyokong kos pengumpulan data (seperti perbelanjaan kajian dan perjalanan penyelidikan) yang boleh diterima sebagai geran penyelidikan selain dari bekalan bahan eksperimen, ganjaran untuk pembantu penyelidik, perisian khusus, penyelenggaraan perkakasan, sewaan, menghadiri persidangan tempatan dan luar negara (berkaitan dengan penyelidikan) dan lain-lain.

(31)

27

Prosedur perolehan bagi tujuan pembelian aset, bekalan dan perkhidmatan dengan menggunakan geran penyelidikan agensi kerajaan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh prosedur kewangan Perbendaharaan Malaysia serta Peraturan Perakaunan dan Pekeliling yang sedang berkuatkuasa di UNIMAS. Pengecualian adalah dibenarkan untuk geran penyelidikan lain jika sekiranya terdapat satu set prosedur kewangan yang berbeza dan telah disahkan untuk digunapakai secara rasmi oleh penyelidik, universiti dan agensi pembiaya luar.

Semua aset yang diperolehi menggunapakai geran penyelidikan adalah menjadi harta dan hakmilik UNIMAS. Oleh yang demikian, setiap aset yang diperolehi perlu direkodkan dan diinventori oleh Fakulti/Institut/Pusat masing-masing.

Pengecualian hanya diberi untuk sebarang aset dimana dinyatakan dengan jelas di dalam perjanjian agar aset yang diperolehi dipulangkan kepada pembiaya dana setelah projek penyelidikan tamat.

Pelantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA), apabila diperuntukan dalam geran penyelidikan akan disahkan dan dilantik melalui UNIMAS Innovation. Penerima geran penyelidikan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dari segi memenuhi keperluan memajukan laporan prestasi dan kewangan projek penyelidikan kepada agensi pembiaya dana masing-masing.

3.3 Proses Penerimaan Laporan Kemajuan dan Pemantauan Geran Penyelidikan

Geran penyelidikan yang diuruskan oleh UNIMAS Innovation diklasifikasikan mengikut pembiaya dana geran penyelidikan iaitu sama ada daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), geran dalam mahupun geran antarabangsa dan swasta. Proses kerja penerimaan geran penyelidikan bagi setiap pembiaya dana geran penyelidikan adalah sama.

Gambarajah 4 menunjukkan carta alir proses pemantauan geran penyelidikan dalam dan luar UNIMAS.

(32)

28 28

Gambarajah 4: Carta Alir Proses Pemantauan Geran Penyelidikan Dalam dan Luar UNIMAS.

(33)

29

3.4 Pemantauan Geran Penyelidikan 3.4.1 Implementasi Projek

Semua projek penyelidikan yang diluluskan di bawah Skim Geran Penyelidikan UNIMAS akan dipantau oleh UNIMAS Innovation dari aspek prestasi kemajuan projek dan prestasi kewangan projek penyelidikan yang dijalankan.

a) Pemantauan geran penyelidikan bermula dari tarikh geran penyelidikan aktif (dana geran penyelidikan dimasukkan ke dalam akaun UNIMAS atau berdasarkan kepada tarikh ketetapan pembiaya dana) sehingga tempoh geran penyelidikan tamat.

b) Geran penyelidikan yang telah diluluskan hendaklah digunapakai mengikut vot peruntukan yang telah diluluskan. Perbelanjaan yang telah mencapai kemajuan 90-100% tetapi kemajuan projek penyelidikan kurang dari 50%, Dekan dikehendaki untuk memantau dengan lebih rapi dan penyelidik disarankan untuk membuat perancangan semula yang lebih teratur.

c) Pemantauan geran penyelidikan dalam adalah melihat kepada kemajuan aspek berikut:

(i) laporan prestasi projek (pencapaian indeks penanda aras (KPI)), dan (ii) prestasi kewangan projek melalui penghantaran laporan kemajuan geran

penyelidikan dan/atau laporan penamatan geran penyelidikan secara atas talian melalui sistem iRIS, serta

(iii) laporan akhir penyelidikan kepada UNIMAS Innovation.

d) Untuk geran penyelidikan luar, pemantauan akan menggunapakai sistem pemantauan pembiaya dana.

e) Perbelanjaan bagi projek penyelidikan juga tertakluk kepada Peraturan Kewangan dan Akaun Universiti dan semua pekeliling yang berkuatkuasa atau terma yang dikeluarkan oleh pembiaya dana.

f) Permohonan pelanjutan perlu dibuat secara bertulis melalui memo kepada Pengarah UNIMAS Innovation melalui Pusat Tanggungjawab masing- masing dengan menyertakan Laporan Kemajuan & Laporan Kewangan terkini geran penyelidikan dan carta perbatuan (milesones) yang baharu selepas pelanjutan untuk tujuan kelulusan.

3.4.2 Kemajuan Projek

a) Penyelidik Utama hendaklah menghantar laporan kemajuan sepanjang tempoh projek penyelidikan yang berstatus aktif. Penyelidik dikehendaki menghantar laporan kemajuan penyelidikan mereka setiap enam (6) bulan atau tertakluk kepada pembiaya dana bagi setiap projek penyelidikan yang telah diluluskan.

b) Laporan kemajuan projek perlulah dihantar oleh setiap Penyelidik Utama (PI) kepada pihak UNIMAS Innovation secara atas talian melalui sistem iRIS. Bagi projek di bawah tajaan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi,

(34)

30

Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) hendaklah juga membuat laporan kemajuan masing-masing selari dengan ketetapan oleh pembiaya dana.

c) Penghantaran laporan kemajuan amat penting bagi tujuan mengemaskini status pencapaian penanda aras dan prestasi perbelanjaan kewangan.

Kegagalan Penyelidik Utama menghantar laporan kemajuan projek secara berkala akan mengakibatkan pengagihan peruntukan seterusnya dibekukan sehingga laporan kemajuan diperakukan oleh UNIMAS Innovation.

d) Sekiranya prestasi carta perbatuan (milestone) dan kewangan projek tidak selari dengan perancangan projek penyelidikan seperti yang telah dinyatakan di dalam kertas cadangan tanpa justifikasi yang munasabah, pihak UNIMAS Innovation berhak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

3.4.3 Laporan Akhir

a) Laporan akhir projek penyelidikan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan sesudah sesuatu projek penyelidikan itu tamat termasuk geran dalam seperti geran Kursi Penyelidikan, geran Dana Pelajar PhD (DPP) dan Dana Pasca Doktoral (DPD) selepas projek penyelidikan disiapkan dan memenuhi hasil penyelidikan seperti yang telah ditetapkan. Pelaporan untuk geran dalam boleh dibuat secara atas talian melalui sistem iRIS di laman sesawang berikut: https://research.unimas.my/iris7/login manakala untuk geran luar pula tertakluk kepada pembiaya dana;

b) Dokumen dan bukti lengkap untuk setiap pelantikan GRA, penerbitan artikel dalam jurnal berindeks ISI/SCOPUS dan pendaftaran harta intelek (HI) sebagai output projek penyelidikan tertakluk kepada ketetapan pembiaya dana perlu dilampirkan dan dimajukan bersama dengan laporan akhir projek;

c) Sebarang transaksi kewangan selepas tamat tempoh penyelidikan projek ini tidak akan dipertimbangkan; dan

d) Laporan akhir yang telah berjaya mencapai penanda aras utama (KPI) akan diperakukan di peringkat JKPI dan memo tamat geran penyelidikan akan dikeluarkan secara rasmi.

3.4.4 Penyelidik Utama (PI) Berhenti

Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu memaklumkan kepada UNIMAS Innovation tentang Penyelidik Utama yang telah/akan berhenti dari perkhidmatan di UNIMAS.

Penurunan kuasa sebagai Penyelidik Utama mestilah diberikan kepada Ko- penyelidik yang berstatus aktif dalam perkhidmatan, dalam kes seperti berikut di mana Penyelidik Utama (PI):

a) Cuti Belajar;

b) Cuti Sabatikal;

c) Cuti Bersalin; atau

d) Tamat Perkhidmatan di UNIMAS.

(35)

31

Penyelidik Utama adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak UNIMAS Innovation melalui Pusat Tanggungjawab masing-masing dalam urusan penurunan kuasa. Jika Penyelidik Utama gagal untuk memaklumkan kepada pihak UNIMAS Innovation mengenai peletakan jawatan/cuti sabatikal/cuti belajar, ko- penyelidik adalah bertanggungjawab untuk memastikan projek penyelidikan yang dijalankan berjalan dengan lancar dan menghasilkan penerbitan seperti yang dipersetujui semasa projek penyelidikan diluluskan.

Sekiranya ko-penyelidik tidak bersetuju untuk mengambilalih projek (tertakluk kepada alasan yang diberikan), projek tersebut akan dicadangkan kepada TNC (P&I) untuk ditamatkan. Bagi permohonan pertukaran Penyelidik Utama juga, peratus perkembangan dan kemajuan projek perlu diambilkira dan akan disemak.

Sekiranya prestasi kemajuan projek adalah terlalu rendah, projek penyelidikan akan disarankan untuk ditamatkan dan tidak perlu untuk menggantikan Penyelidik Utama baharu.

3.5 Pemilikan Aset Penyelidikan

Semua pembelian inventori di bawah Vot 27000 (melebihi RM1,000.00 per unit dan kurang dari RM3,000.00) dan aset di bawah Vot 35000 perlu didaftar dan dilabel sebagai “Hak Kerajaan Malaysia/ UNIMAS dan dituliskan sumber atau jenis geran penyelidikan contohnya FRGS/PRGS/LRGS”. Aset-aset tersebut perlu didaftarkan dan dikemaskini dengan maklumat penempatan di dalam Senarai Daftar Aset yang digunapakai oleh Universiti serta mempunyai nombor siri pendaftaran. Sebarang bentuk penambahbaikan dan perlindungan insuran ke atas aset-aset yang diperolehi dengan menggunapakai geran penyelidikan bergantung kepada garis panduan pembiaya dana.

Setelah projek penyelidikan itu tamat, peralatan tersebut perlu dikembalikan dan diisytiharkan sebagai alat gunasama yang diletakkan di bawah pengurusan PTJ masing-masing dan merupakan hak milik UNIMAS. Peraturan ini tidak termasuk geran-geran pembiayaan dana luar yang tertakluk kepada terma dan syarat-syarat perjanjian geran penyelidikan serta kelulusan pembiaya dana.

Setiap rekod aset penyelidikan perlu dikemaskinikan dengan maklumat penempatan dan tempoh projek penyelidikan dijalankan. Untuk geran penyelidikan KPM, aset penyelidikan perlu diaudit secara berkala oleh PTJ yang berkaitan di mana aset ditempatkan.

(36)

32

3.6 Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Projek Penyelidikan

3.6.1 Hasil Penyelidikan

Hasil penyelidikan atau pencapaian indeks penanda aras (KPI) kepada projek penyelidikan adalah tertakluk kepada garis panduan geran penyelidikan bagi setiap pembiaya dana.

Secara umumnya indeks penanda aras merujuk kepada pencapaian dalam aspek- aspek berikut:

a) Penerbitan artikel ilmiah dalam jurnal berindeks ISI/SCOPUS;

b) Penghasilan modal insan seperti Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)/

Pelajar Siswazah Ijazah Sarjana (Master) dan/atau Ijazah Doktor Falsafah (PhD); dan

c) Pendaftaran hasil harta intelek (HI).

3.7 Pelanjutan Tempoh Projek Penyelidikan

a) Permohonan pelanjutan tempoh masa penyelidikan untuk kali pertama boleh dimajukan secara bertulis kepada UNIMAS Innovation selewat- lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh masa penyelidikan itu.

b) Permohonan pelanjutan perlu dibuat secara bertulis kepada Pengarah UNIMAS Innovation melalui Pusat Tanggungjawab masing-masing dengan menyertakan laporan kemajuan dan laporan kewangan terkini geran penyelidikan serta carta perbatuan baharu untuk tempoh pelanjutan yang dipohon bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan. Tempoh pelanjutan geran penyelidikan yang dibenarkan ialah maksimum enam (6) bulan untuk kali pertama.

c) Permohonan pelanjutan tempoh kali kedua akan dimajukan kepada pembiaya dana berserta dengan justifikasi yang kukuh selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh pelanjutan pertama serta dilampirkan dengan surat rasmi kepada pembiaya dana melalui UNIMAS Innovation, laporan kemajuan, laporan kewangan dan carta perbatuan baharu yang mengambilkira tempoh pelanjutan seperti yang dipohon untuk dipanjangkan kepada pembiaya dana.

e) Permohonan untuk tambah peruntukan adalah tidak dibenarkan.

Pindahan vot semasa tempoh pelanjutan geran penyelidikan juga adalah tidak dibenarkan.

Gambarajah 5 menunjukkan carta alir proses permohonan pelanjutan tempoh dan penamatan geran penyelidikan.

(37)

33 33

Gambarajah 5: Carta Alir Proses Permohonan Pelanjutan Tempoh dan Penamatan Geran Penyelidikan.

(38)

34

3.8 Pendaftaran Penerbitan di UNIMAS Institutional Repository (IR)

UNIMAS Institutional Repository (IR) (Publication Repository Information System Management) merupakan sistem pengurusan pengkalan data yang komprehensif di mana ianya direkabentuk untuk memberikan maklumat terkini berkaitan dengan hasil penerbitan staf akademik UNIMAS.

Garis Panduan Proses Pendaftaran Penerbitan di Institutional Repository (IR) UNIMAS boleh dirujuk dalam manual pengguna iRIS Wiki. Maklumat lanjut yang berkaitan boleh diperolehi di laman sesawang: https://ir.unimas.my/.

(39)

35

BAB 4

PERATURAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN GERAN PENYELIDIKAN

4.1 Tatacara dan Pengurusan Kewangan Geran Penyelidikan UNIMAS

Kesemua perbelanjaan di bawah geran penyelidikan ini hendaklah dibuat mengikut peraturan kewangan Universiti dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa.

4.2 Peraturan Kewangan

Kesemua perbelanjaan di bawah skim ini hendaklah dibuat mengikut peraturan kewangan Universiti dan peraturan-peraturan lain yang sedang berkuatkuasa. Perincian mengenai Garis Panduan Pengurusan Kewangan Geran Penyelidikan UNIMAS boleh didapati dengan melayari laman sesawang berikut: http://www.rimc.unimas.

my/.

4.3 Proses Perbelanjaan Geran Penyelidikan

Perbelanjaan geran penyelidikan adalah terdiri daripada segala urusan pembelian perolehan samada dalam bentuk bekalan dan perkhidmatan. Setiap perbelanjaan mestilah digunapakai mengikut vot yang telah dinyatakan mengikut kertas cadangan projek penyelidikan asal yang telah diluluskan. Sekiranya jumlah vot tidak setara dengan penggunaan dan keperluan penyelidikan, maka pindah vot (virement) perlu dilakukan. Hanya satu (1) kali pemindahan vot dibenarkan di dalam tempoh setahun.

Untuk geran KPM, pindahan vot dibenarkan sekali dalam setahun dan amaun yang boleh dipinda tidak melebihi lima puluh peratus (50%) dari jumlah kelulusan asal mengikut vot. Permohonan pindahan vot perlu dibuat secara bertulis kepada Pengarah UNIMAS Innovation melalui Pusat Tanggungjawab masing-masing dengan menyertakan laporan kemajuan, laporan kewangan dan ringkasan pindahan vot yang akan dibuat.

Proses perbelanjaan ini adalah untuk tujuan melancarkan projek penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik seperti yang telah ditetapkan dalam kertas cadangan penyelidikan asal yang diluluskan. Semua perbelanjaan yang melibatkan bekalan/

perkhidmatan, tuntutan pelbagai/ perjalanan dan lain-lain tuntutan mestilah mematuhi Garis Panduan Pembiaya Dana Geran Penyelidikan dan mengikut pekeliling yang dikuatkuasakan dan digunapakai oleh Bendahari UNIMAS yang terkini.

Perbelanjaan peruntukan perlulah menggunapakai dan mengikut vot seperti yang telah dicadangkan dan diperincikan di dalam kertas cadangan penyelidikan.

(40)

36

4.

Gambar

Jadual 5.1:  Panduan  Skala  Pembayaran  Gaji/Upah  Pembantu  Penyelidik  Siswazah (GRA)
Jadual 5.2 adalah merujuk kepada Kadar Tuntutan Elaun Perjalanan Bagi Pelajar Ijazah  Pertama, Pelajar Siswazah Dan Staf Sementara
Jadual 3: Model Perkongsian Keuntungan
Jadual Perincian Geran Penyelidikan Dalam UNIMAS  Jenis Geran Dalam UNIMASSiling Peruntukan (RM)Kelayakan PemohonTempoh PenyelidikanPenerbitanModal Insan  Skim Geran Penyelidikan  Jangka Pendek (SGS)

Referensi

Dokumen terkait