YURAN PENYERTAAN:
HANYA RM 80.00 (Lapan puluh sahaja)*
Yuran adalah merangkumi T-Shirt, cenderahati,
makan minum, keperluan perkhemahan, insuran dan sijil penyertaan.
*Kos sebenar adalah RM170.00.
Sebahagian kos adalah ditaja oleh FRIM.
PENTING: Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti luar. Bawa buku nota kecil dan pensil/pen. Bawa bersama sekiranya
anda mempunyai ubat-ubatan khas untuk keperluan peribadi.
KEM ALAM SEKITAR 2015
” Hutan Kita Tanggungjawab Bersama”
14 – 16 MAC 2015
“Sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa dan ulang tahun yang
ke 30, FRIM akan menganjurkan KEM ALAM SEKITAR 2015”
Program ini merupakan salah satu inisiatif FRIM dalam meningkatkan kesedaran remaja terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
Melalui program ini, peserta akan mendapat pendedahan yang sewajarnya tentang persekitaran semula jadi, sumbernya serta peranan ekosistem hutan kepada penghuni sejagat. Program ini juga dijangka akan dapat meningkatkan rasa
tanggungjawab generasi muda dalam memelihara dan memulihara alam semula jadi.
OBJEKTIF
Meningkatkan minat, kepekaaan, kesedaran dan rasa tanggungjawab di kalangan remaja tentang kepentingan alam semula jadi dan persekitaran dalam kehidupan seharian.
Menerapkan semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan remaja.
TEMPOH PROGRAM:
3 hari dan 2 malam Pendaftaran: 8.00 pagi
LOKASI PROGRAM:
Tapak Perkhemahan Kem Perah, FRIM
KAEDAH PEMBELAJARAN:
Taklimat/ceramah Aktiviti lapangan Perbincangan kumpulan
Penyertaan terbuka
kepada remaja
berumur antara
9 hingga 12 tahun
dan terhad kepada
60 PESERTA sahaja
TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA
08.00 pagi Pendaftaran
08.30 pagi Taklimat program, Ice Breaking, Taklimat dan pemasangan khemah, Ceramah Alam , Kuiz Alam, Aktiviti berkumpulan dan permainan alam .
07.00 malam Tazkirah “Alam Sekitar dalam Konteks Agama”
dan Night Walk.
HARI KEDUA
07.00 pagi Senaman pagi, Kenali Kupu
kupu, Kunjungan ke Titian Kanopi , Aktiviti di Sungai Kroh, Audit Alam, dan Kitar semula.
07.00 malam Persembahan kumpulan
HARI KETIGA
07.00 pagi Bergerak ke Taman Botani Kepong (KBG), Pengenalan kepada KBG, Kolaj alam, Amazing Race dan penutupan khemah.
04.00 petang Majlis penutup serta penyampaian sijil dan hadiah
05.00 petang Bersurai
Sebarang Pertanyaan, sila hubungi:
URUSETIA KEM ALAM SEKITAR 2015 Naimah Che Long/ Nur Suriani Salleh/
Alia Shazwani Shaifudin
[email protected] / [email protected] / [email protected]
Tel: 03-6279 7254 / 03-7963 0046 ATAU
Pejabat Program Ekopelancongan & Hutan Bandar, FRIM Tel: 03-6279 7243 /Faks: 03-6280 4625
BORANG PENDAFTARAN
Sila kembalikan borang ini beserta bayaran atau bukti bayaran kepada:
URUS SETIA KEM ALAM SEKITAR 2015
Nama: ……….………..
No KP: ……… Umur: ………
Alamat: ………
………...………..
Nama Ibubapa/Penjaga: ………..………
No. Telefon (P): ………..……… (HP): ………..………...………
Email: ………...………..
Bersama-sama ini disertakan bayaran berjumlah RM………...….. dalam bentuk LO/MO/PO/Cek bernombor……….…………... atas nama Ketua Pengarah FRIM.
Bayaran juga boleh dibuat melalui pindahan transaksi (perbankan internet/mesin deposit tunai) dan mengemukakan bukti bayaran. Butiran akaun adalah seperti berikut:
Nama : Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Nama Bank : CIMB Bank Berhad
Alamat Bank : No. 4, Jalan 54, Desa Jaya Branch, 52100 Kepong, Kuala Lumpur No Akaun : 8002664924
Akuan ibubapa/penjaga:
Saya, ………. No. K/P: ……….……… dengan ini membenarkan anak saya/anak jagaan saya ………..
untuk menyertai Kem Alam Sekitar 2015 dan AKUI bahawasanya, pihak FRIM secara langsung atau tidak langsung, tidak akan bertanggungjawab terhadap kemalangan atau musibah yang berlaku ke atas anak saya/anak jagaan saya yang disebabkan oleh kecuaian beliau dalam tempoh kem tersebut berlangsung.
___________________________
(Tandatangan ibubapa / penjaga)