• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF KKTM UMS Juara Piala Debat Pengetua 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF KKTM UMS Juara Piala Debat Pengetua 2019"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

7/31/2019 UMS - KKTM UMS Juara Piala Debat Pengetua 2019

https://www.ums.edu.my/v5/ms/banner-link/7643-kktm-juara-piala-debat-pengetua-2019?tmpl=component&print=1&layout=default&page= 1/2

KKTM UMS Juara Piala Debat Pengetua 2019

Terakhir dikemaskini: Khamis, 21 Mac 2019 16:37 | Cetak | Jumlah paparan: 209

KHAMIS, 21 MAC - Demi United dari Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) diumumkan sebagai johan pertandingan Debat Piala Pengetua KKTM 2019 yang berlangsung di dewan serbaguna kolej kediaman itu, baru-baru ini.

Pendebat Demi United mengatasi pasukan debat dari Kolej Kediaman Excellent (KKE) UMS pada peringkat akhir kejohanan untuk mengungguli pertandingan bagi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bagi kategori sekolah menengah, johan dan naib johan masing-masing disandang oleh Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) B dan SMESH A.

Majlis penyampaian hadiah berupa wang dan piala kepada para pemenang disempurnakan Pengetua KKTM, Dr.

Mohamad Nizam Nazarudin.

Terdahulu dalam ucapannya Dr. Mohamad Nizam berkata, program itu dianjurkan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa IPTA dan para pelajar sekolah menengah tentang kepentingan menguasai seni orator, terutamanya seni perdebatan.

“Selain itu, ia bagi membantu para peserta melatih daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menjana idea- idea bernas.

“Terima kasih kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan saya berharap agar penganjuran program seumpama ini akan berterusan seiring dengan saranan Menteri Pendidikan Malaysia yang mahukan para pelajar sentiasa aktif dalam acara yang melibatkan pengucapan awam,” katanya.

Program selama dua hari itu merupakan anjuran Exco Akademik Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) KKTM dengan penyertaan sebanyak 20 pasukan dari IPTA dan sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu.

Hadir sama Pengarah Program, Muhammad Haziq Abdul Rahim, dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS, Muhd Jivean Johan Wira.

Tweet

Kongsi0 Syorkan0 Kongsi Share

Referensi

Dokumen terkait

Với các nghiên cứu trên có nhược điểm là thiếu tính linh động về khoảng thời gian theo dõi lũ lụt; tập trung phạm vi vào khu vực nhất định tại Việt Nam; tính ứng dụng của nghiên cứu

"Collaborative and Individual Vocabulary Building Using ICT", Studies in Logic, Grammar and Rhetoric, 2018 Publicat ion discovery.ucl.ac.uk Int ernet Source www.br-ie.org Int ernet