• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Penggiat seni budaya perlu manfaat teknologi digital

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF Penggiat seni budaya perlu manfaat teknologi digital"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Penggiat seni budaya perlu manfaat teknologi digital

Language Malay

Media Title Berita Harian Section/Page No Selebriti

Date 26 February 2021 Journalist Serimah Mohd Sallehuddin

Source Newspaper Remarks Broadcasting, Pendigitalan

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Penggiat seni budaya perlu manfaat teknologi digital

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Februari 26, 2021

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri merasmikan Majlis Apresiasi Seni JKKN 2021 secara virtual dengan berkonsepkan revolusi industri digital 4.0. - Foto Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara KUALA LUMPUR: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan melaksanakan program pelancongan budaya di enam negeri sepanjang tahun ini melalui konsep dalam talian dan secara fizikal jika mendapat keizinan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Program terbabit adalah Pesta Angin Timur di Perlis; Festival Kesenian Rakyat Kelate (Kelantan) dan Festival Kota Selatan (Johor).

Turut dirancang Festival Permainan Malaysia (Kuala Lumpur), Rhythms of Kinabalu (Sabah) dan Festival Gendang (Sarawak).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata program secara fizikal akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) jika mendapat kebenaran MKN.

"Jika keadaan diizinkan oleh MKN dan kerajaan selepas Oktober depan, program pelancongan budaya akan dilaksanakan secara fizikal mengikut SOP yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan.

(2)

Headline Penggiat seni budaya perlu manfaat teknologi digital

Language Malay

Media Title Berita Harian Section/Page No Selebriti

Date 26 February 2021 Journalist Serimah Mohd Sallehuddin

Source Newspaper Remarks Broadcasting, Pendigitalan

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Nancy berkata, bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan program, JKKN mensasarkan 279 Indeks Prestasi Utama (KPI) membabitkan penganjuran 305 aktiviti dan program seni budaya di seluruh negara.

"Semua program ini dilaksanakan melalui medium dalam talian iaitu media sosial dan fizikal.

"Program yang akan dilaksanakan ini diharap dapat membantu dan memberi suntikan semangat kepada penggiat seni budaya untuk terus menghasilkan karya berkualiti dan bergerak ke hadapan demi kelangsungan hidup,"

katanya.

Nancy berkata, penggunaan teknologi digital adalah pendekatan paling efektif dalam menyebar maklumat dan melaksanakan aktiviti seni budaya secara maya.

"Kelebihan medium digital ini diharap mampu dimanfaatkan pemain industri seni budaya. Ini adalah cabaran baharu dan peluang untuk terus berkarya dalam keadaan ruang yang lebih luas dan terbuka.

"Saya amat berharap penggiat dan pemain industri seni budaya tidak berputus asa dan dapat menerima serta menyesuaikan diri mengikut norma baharu dalam melaksanakan aktiviti seni budaya.

"Ini adalah adaptasi baharu yang perlu diterima dan diamalkan dalam usaha memastikan industri ini terus berjalan dan disemarakkan," katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui JKKN menganjurkan Majlis Apresiasi Seni JKKN 2021 secara virtual dengan berkonsepkan revolusi industri digital 4.0.

Majlis itu disempurnakan Nancy; Ketua Setiausaha, Datuk Dr Noor Zari Hamat dan Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop.

Referensi

Dokumen terkait

[15] Zhu, T.; Atluri, S.N.; “A modified collocation method and a penalty formulation for enforcing the essential boundary conditions in the element free Galerkin method”; Computational

Sasaran penghasilan buku ini ialah dalam kalangan pelajar-pelajar jurusan seni Sekolah Pengajian Seni, para pelajar sekolah menengah dan kolej, para penggiat seni khususnya penggiat