Ucapan Perasmian
Y Bhg Dato’ Dr Abd. Latif B. Mohmod
Majlis Perasmian Hari Inovasi & Anugerah Rekacipta FRIM 2010 30/11/10
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Yg Bhg Dato’ Dr. Abdul Rashid Bin Hj Ab. Malik
Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Pembangunan)
Yg Berusaha Dr. Ab Rahim Bin Hj Nik Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Ahli‐ahli Direktorat & kakitangan yang dihormati sekalian,
1. Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah Subhanallahu Wata’ala kerana dengan izinNya, kita semua dapat hadir ke MAJLIS PERASMIAN HARI INOVASI &
KIK FRIM 2010 pada petang yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Hari Inovasi & KIK FRIM dan semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penganjuran Hari Inovasi FRIM 2010 pada kali ini. Setinggi
tinggi penghargaan juga ditujukan kepada kepada para penyelidik dan pesertapeserta lain yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Tuantuan dan puanpuan,
Tema Hari Inovasi FRIM pada kali ini adalah “Inovasi Tempatan, Aplikasi Serantau dan Pengiktirafan Global”.
Kreativiti dan inovasi merupakan satu jambatan untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Negara yang berbudayakan kreativiti dan inovasi secara menyeluruh akan dapat menganjakkan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain faktor kemajuan ekonomi, kreativiti dan inovasi juga diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tanpa unsur kreativiti dan inovasi, ahli masyarakat akan bergantung kepada bantuan pihak lain untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Keadaan ini mungkin berlaku kerana kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang agak terhad. Dengan melihat data penyelidik bagi setiap 1 juta penduduk pada tahun 2006, Malaysia mempunyai 372 penyelidik bagi setiap 1 juta penduduk. Jika dibandingkan dengan Singapura, bilangan penyelidik bagi setiap 1 juta penduduk ialah 6,088 penyelidik.
Hong Kong 2,650 penyelidik dan Iran 706 penyelidik. Data ini jelas menunjukkan bahawa jumlah penyelidik masih lagi kurang sekaligus mempengaruhi usaha R&D di Malaysia.
Tuantuan dan puanpuan sekalian,
Bagi memastikan negara dapat membuat anjakan daripada ekonomi berpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggi, penjawat awam seperti kita harus bersedia untuk melakukan transformasi dari segi mentality dan budaya kerja untuk bergerak seiring dengan hasrat kerajaan.
YAB Perdana Menteri dalam ucapannya semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke11 telah menggariskan empat nilai asas pelengkap kepada empat tiang utama pentadbiran kerajaan, iaitu;
• Membudayakan kreativiti dan inovasi
• Mementingkan kepantasan bertindak & membuat keputusan
• Nilai untuk wang (value for money); dan
• Nilai integriti
Justeru, saya ingin mengajak semua warga FRIM untuk turut
meningkatkan produktiviti kerja, memiliki minda berinovasi dalam melaksanakan tugas serta meningkatkan intergriti dalam semua aspek. Kita harus berfikir melangaui batas kebiasaan bagi melakukan perubahan dan anjakan, terutama dalam persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan yang kompetitif, sukar diramal dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang sentiasa berubah. Oleh itu, sokongan yang padu dan kukuh daripada penjawat awam amat diperlukan untuk merealisasikan pencapaian ini.
Hadirin sekalian,
Tahun 2010 merupakan tahun kreativiti dan inovasi. Suka saya menyeru dan menggesa seluruh warga FRIM agar menjadikan tahun kreativiti dan inovasi sebagai landasan untuk kita semua mengamal dan membudayakan kreativiti dan inovasi dengan cara kita berfikir dan bekerja seta bergiat aktif dalam pelbagai program.
Kreativiti dan inovasi merupakan salah satu anjakan paradigma penting dan imperatif untuk menjamin sumbangan kita ke arah merealisasikan citacita YAB Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia untuk mencapai pembangunan yang mapan dan berpaksikan model baru ekonomi.
Perubahan yang berlaku dengan pantas disertai dengan tuntutantuntutan yang baru dan persaingan yang hebat mendesak penjawatpenjawat awam, termasuk warga FRIM, untuk bekerja dengan lebih pantas, cekap, berkualiti, dan berkesan. FRIM tidak boleh ketinggalan untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Pemantauan dan kajian dari semasa ke semasa hendaklah
Penambahbaikan dan jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang membantutkan pencapaian harus diungkai. Saya akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengkaji pengurusan penunjuk prestasi agar ia betulbetul dilaksanakan dengan jayanya.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Jika kita lihat kembali pencapaian FRIM sepanjang tahun 2010, pihak ICD (Bahagian Inovasi dan Komersialisasi) telah memproses 15 pendedahan rekacipta (Invention Disclosure);
memfailkan 14 paten baru dan mendapat satu pengiktirafan paten. Pencapaian ini perlu dipertingkatkan untuk bersaing dengan institusiinstitusi seperti MARDI, SIRIM dan universiti
universiti lain.
Pada masa yang sama, kita harus juga memahami realiti dunia iaitu pasaran yang menentukan hala tuju inovasi serta kepesatan perkembangannya. Dunia telah beralih daripada produkproduk ”blockbuster” kepada ”niche market”; daripada perkhidmatan ”one size fits all” kepada perhubungan yang lebih intim dan peribadi; daripada kepentingan kepada prestasi dengan menjana kuasa tinggi tetapi mendahagakan sumber bumi yang terhad kepada yang lebih seimbang dan bertanggung jawab.
Hasrat FRIM untuk menjadikan aktiviti penghasilan harta intelek dan komersialisasi sebagai teras kepada kemampanan R&D dan penyumbang utama kepada pendapatan organisasi ini dapat direalisasikan dengan lebih pantas sekiranya para penyelidik dan kakitangan lebih peka kepada arus pembangunan di sekeliling kita dan prihatin dengan keperluan
Akhir kata, saya berharap penganjuran Hari Inovasi ini dikekalkan sebagai acara tahunan yang akan dapat mencetuskan inovasiinovasi pada masa akan datang; malah mendorong dan menggalakkan semua warga FRIM untuk terus mencari idea bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan, di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
Terus jadikan kreativiti dan inovasi sebagai budaya.
Dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM, saya dengan sukacitanya merasmikan HARI INOVASI & KIK FRIM 2010.
Sekian, terima kasih.