• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pegawai Kor SUKSIS UniMAP disaran ceburi kerjaya Polis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pegawai Kor SUKSIS UniMAP disaran ceburi kerjaya Polis"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Pegawai Kor

SUKSIS UniMAP Disaran Ceburi Kerjaya Polis

Oleh : Aininulniza Mohd Yusof

PAUH PUTRA, 19 Disember – Seramai 56 pelatih Kor SUKSIS Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Skuad 2018 menerima sijil pentauliahan pada Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Siri 2/2021 yang diadakan di Auditorium Canselori, di sini hari ini.

Sijil disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mazli Mazlan.

Datuk Mazli berkata beliau berharap pegawai-pegawai Kor SUKSIS yang menerima pentauliahan mampu menjadi insan dan pemimpin yang cemerlang dalam semua aspek, mempunyai pengetahuan kepolisan, mempunyai keterampilan diri yang baik dan berkemampuan menempuh cabaran mendatang.

Ujarnya, beliau juga berharap pegawai-pegawai berkenaan dapat menceburkan diri dalam dunia kepolisan dengan menjadikan kerjaya kepolisan sebagai pilihan utama.

“Tuan-tuan dan puan-puan boleh memohon untuk menjawat jawatan sebagai seorang pegawai polis berpandukan kepada tawaran pengambilan yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk berkhidmat sebagai seorang pegawai polis berdasarkan pengalaman menjalani latihan dalam Kor SUKSIS selama tiga tahun menjadi satu kelebihan,” kata beliau ketika berucap di majlis berkenaan.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Lt.Kol. Prof Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Ketua Polis Perlis Asisten Komisioner Polis Baderulhisham Baharudin, Komandan Kor SUKSIS UniMAP Asisten Komisioner Polis/Kor SUKSIS Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan, dan Superitendan Sukarelawan Simpanan Polis/Kor SUKSIS/Kor Kadet Polis JPJKK, Superintendan Polis Lai Lee Peng serta pegawai-pegawai PDRM.

(2)

Dalam majlis berkenaan turut disampaikan Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik kepada Aamar Ibrahim manakala bagi Anugerah Pelatih Terbaik Akademik dianugerahkan kepada Nadia Farisha Mat dan Anugerah Pelatih Terbaik Latihan dianugerahkan kepada Muhamad Haziq Mohd Radzi.

Antara kriteria-kriteria yang dinilai adalah dari segi pencapaian terbaik dalam kursus Kor SUKSIS sepanjang latihan iaitu pencapaian akademik pelatih di peringkat SUKSIS dan universiti, pencapaian dalam aktiviti kepolisan dan kemasyarakatab, keusahawanan, kesukanan, kesukarelawan, serta komitmen dan kehadiran sepanjang tempoh latihan di peringkat negeri dan Universiti.

Terdahulu,penerima Anugerah Pelatih Keseluruhan Terbaik Aamar ketika ditemui berkata sepanjang menjalani latihan Kor SUKSIS , antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila terpaksa berdiri selama tiga jam pada jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi kerana didenda.

“Pengalaman itu mengajar saya lebih berdisiplin dan lebih fokus dalam menjalani latihan Kor SUKSIS dan tidak menyangka kali ini terpilih menerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan.

“Saya berhasrat untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan memohon untuk menyertainya selepas bergraduasi nanti,” katanya yang juga pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia UniMAP.

Tambahnya, selain itu dia dan rakan juga terpaksa mengharungi cabaran mengikuti latihan dalam pandemik COVID-19 antaranya dengan mengikuti kelas undang-undang secara dalam talian.

“Tetapi apabila perlu turun mengikuti latihan, kami perlu menjalani saringan dan kuarantin supaya latihan dapat diikuti dengan baik dan lancar.

“Walaubagaimanapun, Alhamdulillah semuanya dapat diharungi malah dari segi akademik juga saya dapat melaluinya dengan baik ,” katanya.

Untuk rekod, pada Mac lalu UniMAP menjadi universiti pertama menganjurkan Majlis Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Siri 1 2021 bagi Skuad 2017 dalam suasana norma baharu dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Referensi

Dokumen terkait

Unit Media Page 1 MEDIA STATEMENT 24 August 2016 UniMAP SUKSIS CORPS RECOGNISED THE BEST IN MALAYSIA Kangar – Universiti Malaysia Perlis UniMAP Police Undergraduate Voluntary Corps

Bahagian Media UKK Page 3 Antara perkara yang dibincangkan adalah kerjasama Kor SUKSIS UniMAP dan Polis DiRaja Thailand dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kepolisan yang berteraskan

This was proven by Universiti Malaysia Perlis UniMAP Police Undergraduate Voluntary Corps SUKSIS when they selected Pulau Panjang, Satun, Thailand as their third venue for the SUKSIS

Zul Azhar Zahid Jamal berkata, beliau mahu SUKSIS UniMAP menjadi pencetus kepada perkara baharu melalui aktiviti yang boleh disumbangkan kepada komuniti, Negara dan antarabangsa “Tahun

EREKA 2020 : Penyelidik UniMAP Disaran Manfaat Pakej Rangsangan Penyelidikan Oleh: Mohd Basri Basir ARAU, 8 Sept – Penyelidik Universiti Malaysia Perlis UniMAP disaran untuk

Suara Kita Dedah Pelajar & Alumni Unimap Kerjaya Di Musim Pandemik OLEH: AININULNIZA MOHD YUSOF ARAU, 5 Februari – Memahami situasi pandemik COVID-19 yang masih menular di negara

UniMAP Lancar Portal E- Learning Mampu Tampung 1000 Pengguna OLEH : AININULNIZA BT MOHD YUSOF KANGAR, 28 April – Universiti Malaysia Perlis UniMAP menerusi agenda UniMAP 2025 iaitu

[Type text] Page 1 MEDIA STATEMENT 26 May 2016 UniMAP SUKSIS Members Urged To Increase Competitiveness KANGAR 26 May: Universiti Malaysia Perlis UniMAP Police Undergraduate Voluntary