Bahagian Kewangan Penyelidikan, Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 4830/3131/3537/3132/3475/4713/4714/4715/5633/5125/5026/5093/5968 Faksimili: +603-8921 4503
E-mel: [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my/bendahari
Rujukan: UKM3.1/224/8 Jld. XI
Tarikh : 30 Disember 2010
PEKELILING BENDAHARI BIL. 24/2010
Dekan/Pengarah/Ketua Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan
BORANG PENDAHULUAN KEGIATAN PELAJAR (UKM/BEN-FR02/WP17) DAN PINDAAN:
1) PEKELILING BENDAHARI BIL. 12/2009
2) BORANG PERMOHONAN PENDAHULUAN DIRI (UKM/BEN-FR04/WP12) 3) BORANG PENDAHULUAN PELBAGAI (UKM/BEN-FR01/WP17)
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari telah membuat pindaan ke atas Borang Pendahuluan Diri dan Pendahuluan Pelbagai untuk memperkemaskan pengurusan kewangan universiti.
2. Penggunaan Borang Pendahuluan Kegiatan Pelajar - UKM/BEN-FR02/WP17
3. Pekeliling Bendahari Bil. 12/2009 iaitu pada 3.1 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang UKM/BEN/BKP-FR04 dipinda kepada UKM/BEN-FR01/WP17 dan UKM/BEN-FR02/WP17.
4. Borang Permohonan Pendahuluan Diri (UKM/BEN-FR04/WP12) pada Bahagian E, Pengakuan Pemohon (b)… saya bersetuju membenarkan Bendahari menyelesaikan wang Pendahuluan itu dengan memotong sekaligus dari gaji saya beserta denda 10% setahun dipinda kepada …… saya bersetuju membenarkan Bendahari menyelesaikan wang Pendahuluan itu dengan memotong dari gaji saya. Manakala pada Bahagian F, Pengesahan Ketua Jabatan/
ketua Projek (b) …..memotong sekali gus dari gaji pegawai yang berkenaan sehingga selesai berserta denda 10% setahun dipinda kepada…..memotong dari gaji bulanan pegawai yang berkenaan sehingga selesai.
Bahagian Kewangan Penyelidikan, Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 4830/3131/3132/3475/3537/4713/4714/4715/5633/5026/5093/5125/5968 Faksimili: +603-8921 4503
E-mel: [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my/bendahari
5. Borang Pendahuluan Pelbagai (UKM/BEN-FR01/WP17) pada Bahagian A: Syarat-Syarat Am 2. Bayaran penalti 10% setahun akan dikenakan…….dipinda kepada Potongan gaji akan dikenakan…. Manakala pada Bahagian D: Pengakuan Pemohon (b)…..Bendahari memotong gaji saya sehingga selesai berserta denda 10% setahun tanpa apa-apa peringatan dipinda kepada…..
Bendahari memotong gaji saya sehingga selesai tanpa apa-apa peringatan.
Pekeliling/ Penggunaan borang baru ini berkuatkuasa mulai 01 Januari 2011. Kerjasama Y. Bhg.
Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan di dalam memastikan penambahbaikan dalam perkara ini sangat diharapkan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Sekian. Terima kasih.
‘Akauntabiliti Pegangan Kita’
MOHD. ABD. RASHID MOHD. FADZI Bendahari
Universiti Kebangsaan Malaysia
s.k. ~ Naib Canselor UKM
~ Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan & Inovasi), UKM
~ Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa), UKM
~ Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar & Alumni), UKM
~ Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri & Masyarakat), UKM
~ Pendaftar, UKM
Berlampir: