• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik Dashboard (E-Spak Dashboard): Kajian Tinjauan Di Kolej Komuniti Bagan Datuk (Implementation of the Academic Advising System Dashboard (E-Spak Dashboard): Survey Study at Bagan Datuk Community College)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik Dashboard (E-Spak Dashboard): Kajian Tinjauan Di Kolej Komuniti Bagan Datuk (Implementation of the Academic Advising System Dashboard (E-Spak Dashboard): Survey Study at Bagan Datuk Community College)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik Dashboard (E-Spak Dashboard): Kajian Tinjauan Di Kolej Komuniti Bagan Datuk

(Implementation of the Academic Advising System

Dashboard (E-Spak Dashboard): Survey Study at Bagan Datuk Community College)

Muhamad Azlin Ismail1, Nur Nabilah Noorahim1, Fatin Nur Halilah Mohd Said1, Haryanti Mohd Affandi2*

1 Kolej Komuniti Bagan Datuk, Bagan Datuk, Perak, Malaysia

2 Pusat Penyelidikan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 October 2022 | Published: 1 November 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.28

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengisytiharan situasi pandemik Covid -19 pada Mac 2020 telah mendorong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) termasuklah aktiviti penasihatan akademik secara dalam talian. Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) telah diperkenalkan di seluruh kolej komuniti bertujuan untuk memberi impak di dalam penasihatan bagi meningkatkan kemahiran generik, pencapaian akademik dan juga kesediaan pelajar bagi menghadapi cabaran industri. Kajian ini dijalankan bagi meninjau pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik Dashboard (e-SPAk) yang telah dijalankan di Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBgD). Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan keseluruhan populasi seramai 163 orang pelajar program Sijil Komputer dan Rangkaian (SSK) dan program Sijil Penyelenggaran Motosikal Berkuasa Tinggi. Satu (1) set borang soal selidik dengan 5 mata Skala Likert telah diedarkan dan data telah di analisis menggunakan perisian SPSS versi 26 yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan juga nilai min. Daripada analisis yang dijalankan didapati bahawa pelaksanaan e-SPAK berada di tahap yang baik dengan nilai purata min sebanyak 4.44. Lebih daripada 85% pelajar bersetuju bahawa objektif perbincangan dan interaksi dua hala melalui e-SPAK tercapai. Selain itu, kebolehgunaan antaramuka dan capaian e-SPAk dashboard turut dikaji dan dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa nilai min kebolehgunaan antara muka dan capaian e-SPAk berada di nilai min yang tinggi iaitu 4.32. Namun begitu, terdapat nilai peratusan sebanyak kurang daripada 2% pelajar tidak berpuas hati dengan kebolehgunaan e-SPAK. Kajian ini mendapati bahawa aktiviti penasihatan akademik boleh dijalankan secara berterusan melalui dalam talian dan mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ini berikutan, generasi pelajar masa kini merupakan generasi digital native yang mempunyai kemampuan yang tinggi untuk belajar melalui dalam talian.

Kata kunci: penasihatan akademik, atas talian, sistem penasihatan

Abstract: The declaration of the Covid-19 pandemic situation in March 2020 has prompted the Ministry of Higher Education (KPT) to implement learning and teaching activities (PdP) including online academic advising activities. The Academic Advising System (SPAk) has been introduced throughout the community college with the aim of making an impact in advising to

(2)

improve generic skills, academic achievement and also students' readiness to face industry challenges. This study was conducted to review the implementation of the Academic Advisory System Dashboard (e-SPAk) that has been implemented at Bagan Datuk Community College (KKBgD). This study is a survey study involving the entire population of 163 students of the Computer and Network Certificate program (SSK) and the High Power Motorcycle Maintenance Certificate program. One (1) set of questionnaires with a 5-point Likert scale was distributed and the data was analysed using SPSS version 26 software which involved analysis of frequency, percentage, standard deviation and mean value. From the analysis conducted it was found that the implementation of e-SPAK is at a good level with a mean value of 4.44.

More than 85% of students agree that the objective of two-way discussion and interaction through e-SPAK is achieved. In addition, the usability of the e-SPAk dashboard's interface and access was also studied and the findings showed that the mean value of the interface's usability and e-SPAk's access was at a high mean value of 4.32. Nevertheless, there is a percentage value of less than 2% of students who are not satisfied with the usability of e-SPAK. This study found that academic advising activities can be carried out continuously online and able to achieve the objectives that have been set. This follows, today's generation of students is a digital native generation that has a high ability to learn through online.

Keywords: academic advising, online, advising system

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) telah diperkenalkan di seluruh kolej komuniti bagi membina saluran hubungan sistematik dalam kalangan pelajar dan penasihat akademik yang telah dilantik oleh institusi tersebut. SPAk bertujuan untuk memberi impak di dalam penasihatan bagi meningkatkan kemahiran generik, pencapaian akademik dan juga kesediaan pelajar bagi menghadapi cabaran industri. Pada permulaannya, SPAk dilaksanakan secara tradisional dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh pihak JPPKK dan diuruskan oleh penyelaras SPAk institusi secara manual. Pengisytiharan situasi pandemik Covid -19 pada Mac 2020 yang telah melanda seluruh negara telah mendorong Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara atas talian. Ini termasuk dengan aktiviti SPAk di Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBgD) yang perlu dilaksanakan secara dalam talian.

Aktiviti SPAk dapat membantu pelajar dalam penjelasan matlamat kerjaya atau hidup mereka dan pembangunan sebuah rancangan pendidikan untuk merealisasikan matlamat ini melalui komunikasi dan pertukaran maklumat dengan seorang penasihat. Penasihatan akademik sering berlaku semasa pertemuan bersemuka antara pelajar dan penasihat mereka, dialog yang dipanggil menasihati. Pelajar biasanya berunding dengan penasihat mereka apabila mereka perlu membuat keputusan akademik, apabila mereka mempunyai keraguan mengenai kerjaya semasa mereka, atau apabila mereka mengalami kesukaran semasa pengajian mereka.

Penasihatan akademik boleh memberi kesan positif terhadap pengekalan, pencapaian akademik dan kajian selesai.

Bagi memastikan SPAk dapat dijalankan secara komprehensif dan sistematik, pelaksanaan secara dalam talian menggunakan medium e-SPAk telah diwujudkan untuk memberi manfaat kepada pengguna KKBgD. Melalui pelaksanaan ini, para pensyarah dan pelajar dapat mengelakkan daripada perjumpaan bersemuka bagi mengurangkan risiko penularan virus.

Pelaksanaan e-SPAK diaplikasikan bermula Sesi 1 2021/2022 di KKBgD untuk memastikan aktiviti SPAk tetap berjalan walaupun aktiviti secara bersemuka tidak dibenarkan. Sehubungan

(3)

itu, satu kajian tinjauan telah dilaksanakan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan e-SPAk dalam kalangan pelajar KKBgD dan kebolehgunaan antaramuka e-SPAk.

2. Kajian Literatur

2.1 Pendidikan Digital semasa Pandemik Covid-19

Kemunculan virus SARS-CoV-2 (Sindrom Pernafasan Akut Teruk Coronavirus 2) atau dikenali sebagai Covid-19 telah merebak dengan pantas di pelbagai negara termasuk Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa dasar, termasuk mengehadkan sosial interaksi untuk menangani virus tersebut. Dasar ini telah memberi impak yang besar dalam pelbagai sektor dan industri khususnya dalam sektor pendidikan (Nor et al., 2021). Oleh itu, teknologi terkini memberi laluan kepada pembelajaran dalam talian untuk menjadi kaedah terbaik pengajaran kurikulum semasa pandemik Covid – 19. Pembelajaran dalam talian dikategorikan sebagai penggunaan teknologi maklumat untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Konsep pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran dan merupakan proses transformasi pendidikan konvensional ke arah pendidikan digital (Munirah Salleh et al., 2021).

Menurut (Wong et al. (2021), konsep e-pembelajaran bertujuan untuk menyampaikan sesuatu yang baharu daripada segi ilmu pengetahuan melalui cara yang pantas dan berkesan. Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (2013 - 2025) telah membincangkan mutu pembelajaran di Malaysia perlu ditingkatkan melalui e-pembelajaran yang menekan penggunaan internet, memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembelajaran dalam talian dan pembelajaran berasaskan kendiri. Selain itu, penggunaan digital secara di dalam kelas perlu diterima secara positif di dalam institusi pendidikan agar pelajar dapat menikmati fasiliti dan infrastruktur digital secara holistik. Dapatan ini disokong oleh kajian Hoang et al.

(2016) bahawa sistem e-pembelajaran yang baik dapat dijalankan melalui kaedah pembelajaran yang fleksibel dan efisien.

Peluang pendidikan dapat diberikan kepada pelajar secara menyeluruh apabila pelajar mendapat sokongan yang penuh di dalam e-pembelajaran mereka. Oleh itu, penasihatan akademik dapat menjadi perantara dalam pengurusan pembelajaran dan kecemerlangan kurikulum pelajar dalam talian secara autentik. Dalam sektor pendidikan, pembelajaran autentik adalah pendekatan yang membolehkan pelajar meneroka, berbincang, membina konsep dan perhubungan secara bermakna dalam konteks yang melibatkan masalah dan isu yang relevan dengan pelajar (Herrington et al., 2005). Pembelajaran autentik merupakan satu elemen yang penting dalam e-pembelajaran. Menurut Chopra & Banerjee (2022), pelajar perlu berhubung dengan persekitaran yang positif dan mencabar untuk meningkatkan tahap keupayaaan kendiri mereka. Oleh itu, melalui aktiviti perbincangan yang dilakukan oleh pelajar bersama penasihat akademik dapat membantu pelajar menghadapi masalah dan isu di dalam dunia yang sebenar dan menyelesaikan masalah yang kompleks melalui pendekatan yang berterusan dan intensif.

2.2 Penasihatan Akademik Melalui Interaksi Dalam Talian

Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) juga merupakan satu sistem sokongan yang membantu pelajar dalam pembangunan sahsiah keperibadian mereka bagi mencapai kecemerlangan akademik di kolej komuniti. Tetapi, pandemik Covid-19 telah mengekang pelaksanaan penasihatan akademik di antara pelajar dan penasihat akademik secara bersemuka. Oleh itu, seiring dengan pelaksanaan pembelajaran dalam talian, sistem penasihatan akademik juga dilaksanakan secara dalam talian bagi memastikan pelajar mendapat sokongan yang berterusan semasa berada di luar kampus (Harun et al., 2021). Menurut Arones et al. (2022), proses pendidikan secara digitalisasi semakin meningkat dan mendapat penerimaan yang positif

(4)

sepanjang pandemik yang melanda di seluruh dunia. Di Malaysia, pendidikan digital telah diperkenalkan melalui Pelan Pembangunan Negara pada tahun 2013. Pada tahun 2018 pula, pendidikan berasaskan konsep revolusi industri keempat pula diperkenalkan bagi menghasilkan pelajar yang celik teknologi maklumat (Noor Azizah, 2018).

Perubahan teknologi telah memberi kesan kepada kaedah komunikasi antara penasihat akademik dan pelajar serta pelaksanaan penasihatan akademik dalam talian. Menurut Tajuddin et al. (2013), kaedah ini merupakan pilihan utama pelajar di negara maju untuk berinteraksi bersama penasihat akademik mereka. Interaksi dalam talian merupakan penyambung kepada hubungan secara maya dengan penasihat akademik untuk memberi sokongan kepada pembelajaran dan kehidupan pelajar di kampus. Interaksi dalam talian telah mendapat sokongan yang positif sejak sekian lama kerana menjimatkan masa dan memudahkan semua pihak.

Justeru itu, penasihat akademik merupakan individu yang terdekat untuk membantu pelajar membuat keputusan dalam akademik dan kurikulum. Hubungan ini akan mempengaruhi haluan kerjaya dan inspirasi pendidikan pelajar berdasarkan dapatan kajian oleh Hamdan Said et al. (2019). Kecekapan dan keberkesanan hubungan ini boleh diukur melalui jangkaan, persepsi dan kepuasan pelajar dengan pelaksanaan sistem penasihatan akademik (Noriadah et al., 2013).

Untuk memudahkan interaksi dua hala antara pelajar dan penasihat akademik semasa pandemik, komunikasi dalam talian telah menjadi pilihan yang terbaik. Oleh itu, peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi disokong oleh Donohoe & Costello (2020) telah memberi impak yang baik dalam penasihatan akademik. Hal ini kerana pembelajaran jarak jauh telah memberi kesan kepada pelajar terutamanya daripada segi sokongan moral yang diperlukan oleh mereka sepanjang pengajian. Berdasarkan kajian oleh Nor et al. (2021), pelajar cenderung untuk mengambil keputusan berhenti belajar jika mereka tidak menerima proses bimbingan dan nasihat daripada penasihat akademik. Situasi ini akan memberikan impak yang negatif di dalam institusi pendidikan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kepentingan penasihatan akademik perlu dilakukan secara berterusan dan perlu bersifat fleksibel iaitu boleh dilakukan secara bersemuka atau dalam talian.

2.3 Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Penasihatan Akademik

Kajian yang dilaksanakan oleh Harun et al. (2021) menunjukkan terdapat masalah yang amat ketara dalam memastikan penasihatan dan bimbingan dapat dijalankan dengan baik dan berkesan terutamanya semasa pandemik. Hal ini kerana pelajar sukar berjumpa penasihat akademik disebabkan kekangan masa. Oleh itu, penasihatan akademik juga dicadangkan dijalankan dalam talian seiring e-pembelajaran. Kepesatan pembangunan teknologi pada masa kini telah melonjakkan penggunaan laman jaringan sosial sebagai platform digital untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat (Hoang et al., 2016). Medium teknologi dalam talian ada yang berbentuk audio dan visual seperti WhatsApp, Facebook Live, Youtube Live, Twitter Spaces, Email, sms (perkhidmatan mesej ringkas), Telegram, dan sebagainya. Dalam hal ini, pelajar dan PA boleh memilih medium perkhidmatan atas talian yang bersesuaian dengan keperluan mereka untuk berkomunikasi.

Perubahan teknologi bukan sahaja membawa impak dalam kaedah berkomunikasi antara pelajar dan penasihat akademik, malah membawa impak dalam diri pelajar itu sendiri khususnya dalam aspek psikologi dan sosial (Cao et al., 2020). Pelajar telah menjadi selesa dengan teknologi baru yang ditemui di kampus termasuk mel suara, mesej pilihan menu

(5)

automatik, pangkalan data bersepadu, rekod yang mudah diakses oleh komputer, penghantaran dan penerimaan mel elektronik, perkhidmatan laman web, dan telekomunikasi (Maphalala &

Adigun, 2020). Perubahan teknologi juga telah membawa kepada perubahan pelaksanaan penasihatan akademik untuk lebih memenuhi keperluan pelajar yang memerlukan sesuatu yang mudah digunakan dan diakses (De Laet et al., 2020). Oleh kerana penasihat akademik mempunyai peluang yang unik untuk mendekati pelbagai kumpulan pelajar yang dibimbing, amalan tradisi sistem penasihatan akademik iaitu perjumpaan bersemuka antara penasihat dengan pelajarnya menjadi kurang relevan dan digantikan dengan penggunaan teknologi.

Menurut (Donohoe & Costello, 2020), dengan merekabentuk satu sistem penasihatan akademik dalam talian yang berkesan telah mewujudkan satu penglibatan akademik ke arah mencapai matlamat pendidikan berpusatkan pelajar.

Oleh itu, kajian (Donohoe & Costello, 2020) mencadangkan penasihatan tersebut dilaksanakan melalui paparan papan pemuka atau ‘dashboard’ melalui teknik visualisasi data telah menjadi meluas. Setiap visualisasi data perlu sesuai untuk diekstrak maklumat yang betul untuk menyelesaikan tugasan dan membuat maklumat keputusan sambil meminimumkan kesan berat sebelah. Untuk mencapai ini, rekabentuk papan pemuka dicadangkan untuk memudahkan pengguna memahami setiap data berdasarkan kajian Hamzah (2007). Secara amnya papan pemuka ini bertujuan untuk memantau sistem penasihatan akademik dan membantu penasihat melaksanakan peranan mereka dengan berkesan dalam bidang termasuk pengurusan kelas, pemudahcaraan pembelajaran, penyediaan maklum balas, dan penilaian dan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan penasihatan.

Kini kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah disokong oleh sistem maklumat bersepadu untuk semua aktiviti seperti kemasukan pelajar, pendaftaran pelajar, operasi akademik, pengurusan kakitangan, pemasaran dan sistem alumni. Sistem maklumat ini menghasilkan banyak transaksi data dan jumlah data tersebut meningkat dari hari ke hari.

Namun data tersebut tidak diuruskan secara optimum sedangkan institusi perlu mendapatkan maklumat yang bermakna dalam membantu membuat keputusan. Pendekatan analisis data dinamik menggunakan papan pemuka menawarkan pendekatan baru terhadap penasihatan.

Papan Pemuka menyediakan antaramuka visual yang interaktif bagi memaparkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang dilakukan oleh sebuah organisasi atau institusi.

3. Metadologi

Reka Bentuk kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dan melibatkan pelajar KKBgD yang mengikuti Sistem Penasihatan Akademik secara dalam talian (e-SPAK Dashboard) sebagai mod aktiviti bersama Penasihat Akademik. Kajian ini terdiri daripada 163 pelajar mewakili keseluruhan populasi dan menggunakan borang soal selidik dengan Skala Likert 5 dan diedarkan melalui platform Google Forms sebagai instrumen kajian. Borang kaji selidik yang dibekalkan oleh JPPKK ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A maklumat demografi responden, Bahagian B mengukur persepsi pelajar terhadap pelaksanaan e-SPAk dan Bahagian C berkaitan kebolehgunaan antaramuka e-SPAK seperti Jadual 1 di bawah:

(6)

Jadual 1: Taburan Item Borang Soal Selidik Kajian

Bahagian Pemboleh ubah kajian yang ingin dikenalpasti No Item Jumlah Item

A Demografi (Maklumat Diri) 2 Program /

semester B

Pelaksanaan e-SPAk dalam kalangan Pelajar Di Kkbgd (e-SPAK Dashboard) 1. Interaksi Dua Hala antara Pelajar dan

Penasihat Akademik 5 1-5

C

Kebolehgunaan Antaramuka (e-SPAK Dashboard)

1. Rupabentuk Antaramuka 4 6-9

2. Kebolehcapaian 3 10-12

3. Mesra Pengguna 3 12-15

JUMLAH ITEM SOALAN 15

Data yang diperolehi telah di analisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version (SPSS) versi 26 secara deskriptif yang melibatkan analisis kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan nilai min bagi keseluruhan item untuk mengkaji pelaksanaan e-SPAk dan kebolehgunaan antaramuka sistem e-SPAk dalam kalangan pelajar KKBgD.

4. Dapatan Kajian dan Perbincangan

Seramai 163 orang responden terlibat dalam kajian tinjauan pelaksanaan e-SPAk Kolej Komuniti Bagan Datuk. Responden yang terlibat adalah keseluruhannya pelajar sepenuh masa di KKBgD. Mereka adalah terdiri daripada 95 lelaki dan 68 perempuan. Majoriti pelajar iaitu melebihi 98% merupakan pelajar lepasan SPM yang sedang mengikuti program peringkat Sijil Program Sistem Komputer ( SSK ) dan Rangkaian dan Program Servis Motosikal Berkuasa Tinggi( SVM ).

Hasil dapatan kajian dibincangkan melalui analisis deskriptif Analisa min dari Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Dapatan Analisa tahap pelaksanaan e-SPAk dalam bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan juga purata nilai min

(7)

Hasil dapatan analisa min terhadap 5 item soalan yang diberikan kepada 163 orang responden untuk meninjau tahap pelaksanaan e-SPAk terhadap pelajar KKBgD jelas menunjukan bahawa lebih daripada 85 % responden memberikan respon setuju dan sangat setuju min purata 4.33.

Dapatan ini diperkuatkan lagi dengan kadar peratusan setuju dan sangat setuju menghampiri 90% berbanding dengan kadar tidak berpuas hati di bawah kadar 2% sahaja. Manakala kekerapan maklumbalas setuju juga melebihi 150 responden bagi setiap item soalan dan purata keseluruhan kekerapan berbanding dengan kurang daripada 3 responden yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem e-SPAK. Hasil dapatan sisihan piawai purata pada kadar 0.569.

Rumusan daripada hasil dapatan ini jelas menunjukkan bahasa pelajar yang tergolong dalam generasi digital native berasakan bahawa penggunaan dan interaksi dalam talian serta teknik penasihatan akademik merupakan platform yang sesuai untuk mereka berinteraksi kerana generasi ini merupakan generasi yang lebih cenderung dalam menangani dan meluahkan perasaan mereka berbanding secara bersemuka. Ini jelas dengan komitmen dan kehadiran mereka dalam setiap pertemuan adalah amat menggalakkan bersesuaian dengan konsep transfomasi digital dalam konsep pembelajaran ((Munirah Salleh et al., 2021) dan dapatan Donohoe & Costello (2020). Manakala, G. Marchionini (1995) menjelaskan tugas mencari maklumat dalam persekitaran elektronik seperti satu penerokan individu dalam pencari maklumat yang mendorong tindakan mencari maklumat. Strategi atau pendekatan secara interaktif digital mendorong seseorang untuk mencari maklumat mungkin secara analitik dan memotivasikan mereka.

2.1 Analisa Kebolehgunaan Antaramuka e-SPAK terhadap pelajar Kolej Komuniti Bagan Datuk

Jadual 3: Dapatan Analisa elemen rupabentuk antaramuka e-SPAK dalam bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan juga purata nilai min bagi elemen

Hasil dapatan analisa purata min terhadap empat ( 4 ) item soalan bagi rupabentuk antaramuka e-SPAk adalah amat positif dengan nilai 4.47. Ini jelas menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa rupabentuk e-SPAk adalah amat menarik serta sesuai dengan aplikasi semasa. Dapatan diperkuatkan lagi peratusan responden yang bersetuju dengan rupabentuk antaramuka ini mencatatkan peratusan melebihi 90 % dengan hanya sekitar kurang daripada 2% tidak berpuas hati dengan kekerapan kurang daripada 3 orang responden pada setiap item dan purata hanya seorang bagi keseluruhan dapatan. Nilai sisihan piawai juga menunjukkan nilai yang amat baik menambahkan lagi elemen positif dan kesesuaian rupabentuk antaramuka e-SPAk. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa rupabentuk anataramuka menyumbang kepada tindakan balas yang positif terhadap penggunaan e-SPAk. Dapatan ini sesuai dengan

(8)

konteks proses pembangunan perisian pendidikan, aspek reka bentuk adalah amat penting untuk memastikan keberkesanan yang maksimum perisian tersebut bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Peters 2014; Norfadilah 2010). Hal ini disokong oleh Dalam Marcus ( 2002 ) yang menyatakan muka pengguna merangkumi kedua-dua aspek fizikal dan komunikatif input dan output, atau aktiviti interaktif”. Metafora antaramuka ialah elemen berkaitan komputer yang membantu pengguna memahami, mengingat dan menikmati aplikasi dalam talian. Ini bermakna pereka bentuk memahami keperluan pengguna dan objektif sistem pembelajaran dan pembelajaran.

Jadual 4: Dapatan Analisa elemen kebolehcapaian e-SPAK dalam bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan juga purata nilai min bagi elemen

Hasil dapatan analisa purata min terhadap tiga ( 3 ) item soalan bagi kebolehcapaian e-SPAk adalah amat tinggi dengan nilai 4.45. Dapatan ini jelas menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa kadar capaian e-SPAk adalah pada kadar yang pantas dan sesuai dengan teknologi semasa. Dapatan diperkuatkan lagi peratusan responden yang bersetuju dengan rupabentuk antaramuka ini mencatatkan peratusan melebihi 90 % dengan hanya sekitar kurang daripada 2% tidak berpuas hati dengan kekerapan kurang daripada 3 orang responden pada setiap item dan purata hanya seorang bagi keseluruhan dapatan. Nilai sisihan piawai juga menunjukkan nilai yang amat baik dalam elemen kebolehcapaian e-SPAk. Dapatan ini amat penting kerana konsep kebolehcapaian mampu menambahkan minat dan motivasi pelajar dalam berinteraksi dan menyertai kelas bimbingan dan aktiviti yang disediakan dalam e-SPAk.

Ini disokong oleh L.M. Markus & M. Keil, M (1994) yang menyatakan hubungan antara kebolehcapaian atau kemudahan interaksi sistem maklumat dan tingkah laku manusia telah meningkatkan motivasi penggunaan. G. Marchionini ( 1995 ) menyatakan keperluan antara muka pengguna web yang menyokong kawalan mudah dan fleksibel, paparan berkualiti tinggi dan masa tindak balas yang pantas memainkan perananan terhadap tingkah laku manusia.

(9)

Jadual 5: Dapatan Analisa elemen mesra pengguna e-SPAK dalam bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan juga purata nilai min bagi elemen

Hasil dapatan analisa purata min terhadap tiga ( 3 ) item soalan elemen mesra pengguna e- SPAk adalah amat tinggi dengan nilai 4.42. Dapatan ini jelas menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa sistem e-SPAk adalah sistem yang mesra pengguna dan bertepatan dengan aplikasi yang sering mereka gunakan. Dapatan diperkuatkan lagi peratusan responden yang bersetuju dengan elemen mesra ini mencatatkan peratusan melebihi 90 % dengan hanya sekitar kurang daripada 3% tidak bersetuju dengan kekerapan kurang daripada 3 orang responden pada setiap item dan purata hanya seorang bagi keseluruhan dapatan. Nilai sisihan piawai juga menunjukkan nilai yang amat baik dalam elemen mesra pengguna e-SPAk. Dapatan ini amat penting kerana aplikasi yang mesra pengguna mampu mempengaruhi tahap penggunaan sesuatu aplikasi yang dibangunkan untuk terus lestari dan mendapat rating penggunaan yang tinggi. Ianya selaras dengan dapatan ( F. Noori, et al, 2015 ), Reka bentuk yang baik atau mesra pengguna boleh mengoptimumkan kejayaan tapak web dan meningkatkan beberapa dimensi pengguna, termasuk pengumpulan maklumat, niat untuk kembali ke tapak web, kepercayaan dan peningkatan prestasi. Manakala, laman web yang direka dengan buruk boleh menyebabkan kegagalan pelawat berulang.

5. Kesimpulan

Pelaksanaan SPAk di Kolej Komuniti Bagan Datuk merupakan satu saluran alternatif yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada para pensyarah dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti SPAk semasa pandemik Covid-19 telah melanda negara kita. Hasil dapatan kajian mendapati tahap penggunaan dan pelaksanaan e-SPAk adalah amat positif dengan nilai purata min 4.33 manakala nilai purata min bagi elemen kebolehgunaan e-SPAk amat memberangsangkan pada kadar purata 4.45 yang secara langsung membuktikan pelaksanaan sistem e-SPAk di Kolej Komuniti Bagan Datuk pada paras yang amat memuaskan dan mampu menarik pelajar dalam proses pembelajaran khususnya dalam kontek pembangunan dan psikologi diri dalam bentuk pendigitalan dan konsep interaksi secara maya. Dapatan ini seiring dengan dapatan kajian Keberkesanan penggunaan perbincangan atas talian dalam portal My Guru 2 terhadap pembelajaran di UPSI pada tahun 2007 oleh Hamzah, Mahizer. (2007) yang merumuskan bahawa faktor kemudahan mengakses maklumat memberi kesan terhadap penggunaan perbincangan dalam talian oleh pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kandungan perbincangan amat penting dalam perbincangan dalam talian yang secara tidak langsung menggalakkan penggunaanya oleh pelajar. Hasil ini disokong oleh Ismail Zain (2002)

(10)

yang berpendapat bahawa isi kandungan dalam laman e-pembelajaran merupakan kriteria penting dan memberi kesan terhadap pembelajaran.

Perbincangan secara dalam talian dan aspek penggunaan teknologi pada masa kini bukan lagi satu kehendak tetapi merupakan keperluan dalam kelangsungan proses pembelajaran di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Kekangan yang dihadapi dalam kalangan pensyarah dan terutamanya pelajar perlu ditangani dengan berhemah agar setiap individu dapat menikmati kemudahan yang disediakan. Penyelidikan pembangunan e-SPAk di Kolej Komuniti Bagan Datuk masih lagi di peringkat awal dan terdapat banyak penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Oleh itu, dengan penggunaan pelbagai skop dan kaedah penyelidikan mampu merealisasikan matlamat ini dalam meningkatkan tahap keberkesanan e-SPAk.

Melalui penyelidikan ini, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua pihak bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan e-SPAk tersebut. Fasiliti teknologi dan akses internet yang disediakan oleh Kolej Komuniti Bagan Datuk juga merupakan antara faktor yang menjayakan penyelidikan ini. Manakala, menurut (De Laet et al., 2020), rekabentuk pelaksanaan papan pemuka haruslah mudah difahami dan mesra pengguna agar dapat mengurangkan kekangan yang bakal dihadapi oleh pengguna dan menyumbang kepada salah satu faktor yang menentukan keberkesanan proses pelaksanaan.

Hasil kajian ini diharap dapat membantu pihak berkenaan untuk mengambil kira keperluan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi baharu yang diperlukan bagi melaksanakan transformasi sistem pendidikan khususnya di Kolej Komuniti.

Pelaksanaan dan penerimaan perbincangan dalam talian oleh pelajar dan pensyarah menjurus kepada sebahagian besar pelajar tiada masalah untuk mengadaptasikan teknologi digital sebagai alat bantuan perbincangan dan pembelajaran. Namun begitu untuk pembangunan strategi bagi pelaksanaan pembelajaran dalam talian dan meningkatkan kualiti pembelajaran digital bagi membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka selepas endemik dan bagaimana penggabungjalinan elemen bersemuka dan dalam talian mampu disegerakan dalam mendapatkan keputusan yang maksima.

Rujukan

A. Marcus. Interactions, 9,5:19–24 (2002). https://dl.acm.org/citation.cfm?id=566992

Arones, M., Curro-Urbano, O. M., Saavedra, C. L. C., & Phun-Pat, Y. (2022). Technology Enhanced Learning and Student Academic Performance at a Public University in Peru. International Journal of Information and Education Technology, 12(6), 578–

582. https://doi.org/10.18178/ijiet.2022.12.6.1656

Cao, W., Fang, Z., Hou, G., Han, M., Xu, X., Dong, J., & Zheng, J. (2020). The psychological impact of the COVID-19 epidemic on college students in China. Psychiatry Research, 287(March), 112934. https://doi.org/10.1016/j.psychres.2020.112934

Chopra, A., & Banerjee, P. (2022). Authentic Learning for developing key competencies in Sustainability : A Review. 6(3), 9021–9034.

De Laet, T., Millecamp, M., Ortiz-Rojas, M., Jimenez, A., Maya, R., & Verbert, K. (2020).

Adoption and impact of a learning analytics dashboard supporting the advisor—

Student dialogue in a higher education institute in Latin America. British Journal of Educational Technology, 51(4), 1002–1018. https://doi.org/10.1111/bjet.12962 Donohoe, D., & Costello, E. (2020). Data visualisation literacy in higher education: An

exploratory study of understanding of a learning dashboard tool. International Journal

(11)

of Emerging Technologies in Learning, 15(17), 115–126.

https://doi.org/10.3991/ijet.v15i17.15041

Marchionini, Information Seeking in Electronic Environments, Cambridge University Press, Cambridge, 1995.( p 152 )

Hamdan Said, Tee Tiam Chai, Ros Ilyani Rosdi, Norashuha Tajuddin, N. A. K. (2019).

PERANAN PENASIHAT AKADEMIK DALAM MELESTARIKAN

PENDIDIKAN BERKUALITI. Culture and Environment, September 2012, 367–393.

https://doi.org/10.1163/9789004396685_022

Hamzah, M. (2007). Keberkesanan Penggunaan Perbincangan Atas Talian Dalam Portal My Guru 2 Terhadap Pembelajaran Di Upsi. 1st International Malaysian Educational Technology Convention, volume 1, 242–247.

Harun, N., Tun, P., Nasir, S., Ismail, S., Khuzairy, M., Yusof, M., & Jalal, R. (2021).

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 ANALISIS PENILAIAN KEBERKESANAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK DI POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL. 6(November), 474–487.

Herrington, A., & Herrington, J. (2005). What is an authentic learning environment? Authentic Learning Environments in Higher Education, 1–13. https://doi.org/10.4018/978-1- 59140-594-8.ch001

Hoang, N., Ha, T., & Thi, N. (2016). ICT APPLICATIONS IN TVET INSTITUTIONS IN VIETNAM. SAGE Open, April 2016.

Ismail Zain (2003). “Pelajar Cemerlang: Melangkah Ke Alam Siber.” Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

L.M. Markus, and M. Keil, M. “If We Build It, They WillCome: Designing Information Systems That People Want to Use” Sloan Management Review, Summer, 1994, 11- 25

Maphalala, M. C., & Adigun, O. T. (2020). Academics’ experience of implementing e-learning in a south african higher education institution. International Journal of Higher Education, 10(1), 1–13. https://doi.org/10.5430/ijhe.v10n1p1

Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie, & Julia Mohd Yusof.

(2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374–384. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Noor Azizah Noorashid. (2018). Revolusi Industri 4.0: Impak Terhadap Perkembangan Pendidikan Tinggi Di Malaysia. Journal of Sciences and Management Research, 55–

67. file:///C:/Users/Lenovo/Downloads/Journal_Vol2_Apr2018_05.pdf

Noori, et al., “Designing a University web site by Considering Users’ Emotion and Using Kansei Engineering,” in Cognitive Science (ICCS), Sixth International Conference of IEEE, pp. 66-71,2015

Nor, S., Ibrahim, L., Yusoff, Y. M., & Hassan, Z. (2021). Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 77–91. https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.7

Norfadilah K. (2010). Challenges of Malaysian developers in creating good interfaces for interactive courseware. Turkish online journal of educational technology, 9(1), 37-42.

Noriadah, A. K., Hamdan, S., Norashuha, T., Chai, T. T., Van, N. T., Ros, R. I., & Rustam, M.

R. M. (2013). Kepuasan Pelajar Terhadap Penasihat Akademik. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education, Isqae, 515–521.

Peters, D. (2014). Interface desing for learning: Desing Strategies for learning experiences.

USA: New Riders & Pearson.

(12)

Tajuddin, N., Said, H., Rosdi, R. I., Van, N. T., Chai, T. T., Rustam, M., Rameli, M., & Karim, A. (2013). Keperluan Medium Perkhidmatan Atas Talian Dalam Pelaksanaan Penasihatan Akademik. Isqae, 506–514.

Wong Ai Bing, & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Pembelajaran Dalam Talian (E- Pembelajaran) Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(e-ISSN:

2682-826X), 408–414.

Referensi

Dokumen terkait