• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembayaran kod QR rentas Malaysia, Singapura beri manfaat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Pembayaran kod QR rentas Malaysia, Singapura beri manfaat"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini melancarkan jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura.

Menurut BNM, jalinan pembayaran ini akan membolehkan pelanggan institusi

kewangan yang mengambil bahagian membuat pembayaran runcit dengan mengimbas kod QR DuitNow dan NETS2.

(2)

"Jalinan pembayaran kod QR DuitNow-NETS adalah pencapaian penting dalam kerjasama berterusan antara Malaysia dengan Singapura untuk meningkatkan hubungan pembayaran rentas sempadan," jelas BNM dalam kenyataan.

Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pencapaian ini adalah satu langkah ke hadapan yang penting dalam merealisasikan visi rangkaian sistem

pembayaran runcit ASEAN yang pantas, cekap dan saling berhubung kait.

"Jalinan pembayaran QR antara Malaysia dengan Singapura akan memberikan

manfaat kepada berjuta-juta pengguna yang berulang-alik menggunakan Tambak Johor serta pelawat yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian.

"Jalinan ini juga akan merangsang perniagaan runcit di kedua-dua negara. Kami akan terus bekerjasama rapat dengan rakan usaha sama kami untuk mempercepat agenda pendigitalan ke arah penyepaduan ekonomi dan kewangan serantau yang lebih

mantap," katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut BNM, inisiatif ini menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk menurunkan kos serta meningkatkan kelajuan, akses dan ketelusan pembayaran rentas sempadan, sejajar dengan Inisiatif Kesalinghubungan Pembayaran Asean dan Pelan Hala Tuju G20 untuk Menambah Baik Pembayaran Rentas Sempadan.

Berdasarkan purata trafik tahunan sebelum pandemik sebanyak 12 juta pelawat antara kedua-dua negara, jalinan pembayaran ini akan memberikan peniaga dan pengguna suatu cara untuk membuat dan menerima bayaran dengan lebih lancar dan cekap, tambah BNM.

BNM memaklumkan, jalinan ini akan menyokong pembayaran secara bersemuka oleh pengguna melalui pengimbasan kod QR fizikal yang dipaparkan oleh peniaga serta transaksi e-dagang rentas sempadan secara dalam talian.

Jalinan pembayaran kod QR rentas sempadan ini direalisasikan melalui kerjasama pelbagai peserta industri dari kedua-dua negara, termasuk Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Network for Electronic Transfers (Singapore) Pte Ltd (NETS),

(3)

Persatuan Bank-bank di Singapura serta institusi kewangan yang mengambil bahagian dari kedua-dua negara.

BNM menambah, bagi fasa seterusnya, pihaknya dan MAS merancang untuk

mengembangkan jalinan pembayaran ini dengan membolehkan pemindahan dana dan kiriman wang dari akaun ke akaun secara rentas sempadan.

"Hal ini akan membolehkan pengguna membuat pemindahan dana dalam masa nyata antara Malaysia dengan Singapura hanya menerusi nombor telefon mudah alih

penerima melalui DuitNow dan PayNow.

"Perkhidmatan ini dijangka tersedia pada akhir 2023," menurut BNM.

-BERNAMA

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research

Referensi

Dokumen terkait