• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBERITAHUAN

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "PEMBERITAHUAN"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBERITAHUAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Kerajaan Malaysia akan menjalankan soal selidik Kajian Penggunaan dan Keberkesanan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan untuk mengumpul data berkaitan keperluan pengguna terhadap perkhidmatan dalam talian kerajaan.

Usaha ini adalah sebahagian daripada penyelidikan mengenai tahap perkhidmatan dalam talian kerajaan di Malaysia dan menaik taraf perkhidmatan tersebut menjelang tahun 2018.

Soal selidik ini akan dijalankan sepenuhnya melalui telefon dari Pusat CATI MCMC, Cyberjaya bermula 14 Disember 2016 sehingga 31 Januari 2017.

Pungutan data akan dilakukan dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari, kecuali hari-hari kelepasan am negara dan Selangor. Sebarang pelanjutan tempoh soal selidik akan diumumkan di laman sesawang MCMC:

www.mcmc.gov.my.

Adalah dimaklumkan bahawa tujuan soal selidik ini adalah untuk pengumpulan data sahaja. Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Responden akan dipilih secara rawak oleh sistem komputer berdasarkan nombor telefon berdaftar. Penyertaan adalah secara sukarela; walau bagaimanapun, kerjasama daripada orang ramai amat dihargai agar maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi. Semua maklumat peribadi yang dikumpul akan dirahsiakan dan hanya akan digunakan untuk kiraan statistik di peringkat kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

MCMC Tower 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor (u.p.: Jabatan Perkhidmatan Platform Digital)

Tel: 03-8688 8304 Faks: +603 8688 1000

Referensi

Dokumen terkait

However, whether the English learning provided in Dental Health Department in Health Polytechnic, Ministry of Health in Palembang in accordance with ESP learning or no,

4.1087 Ilmy Amiqoh Ilmu Administrasi Publik 4.1088 Dikhla Rif`A Ilmu Administrasi Publik 2.39 4.1089 Elfananda Istiqlalia Ilmu Administrasi Publik 4.1090 Hamida Condrowati Jayadi