• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemodenan Angkatan Tentera China (2010-2020)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pemodenan Angkatan Tentera China (2010-2020)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Pemodenan Angkatan Tentera China (2010-2020): Kesan Terhadap ASEAN

(Modernization of China's Armed Forces (2010-2020): Impact on ASEAN)

Ahmad Ridhuan1, Noraini Zulkifli1*

1 Department of International Relations, Security and Law, Faculty of Management and Defence Studies, National Defence University of Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.4.6

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Dalam tahun 2010 hingga 2020, banyak perubahan yang berlaku terhadap angkatan tentera China – People’s Liberation Army (PLA). Pemodenan angkatan tentera China – PLA memberikan banyak kesan yang positif kepada negara serantau seperti negaranegara ASEAN termasuklah memberikan ancaman kepada negara ASEAN yang membangun seperti Filipina.

Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada pemodenan angkatan tentera China dan kesannya terhadap ASEAN. Dalam kajian ini, terdapat tiga (3) objektif iaitu (1) mengenal pasti faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China; (2) menyenaraikan kesan-kesan yang mungkin ASEAN hadapi sama ada kesan yang positif dan juga negatif; (3) menganalisis usaha yang boleh dijalankan bersama demi mencapai kata sepakat agar aktor- aktor yang terlibat terus maju dan membangun. Untuk mencapai obejktif kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif serta konsep regionalisme sebagai panduan untuk menyiapkan tajuk. Hasil kajian ini mendapati terdapat tiga faktor yang menjadi pemangkin kepada pemodenan angkatan tentera China iaitu (1) kekerapan aktiviti ekonomi yang negara China jalankan dalam seharian. Ia juga menjadi sebab mengapa PLA berkambang maju kerana aset- aset yang dibawa merantau dari negara lain ke negara lain perlulah dilindungi daripada serangan luar; (2) konflik di Laut China Selatan membuatkan tentera laut China menjadi semakin kuat agar tiada negara dapat tandingi PRC dalam menuntut wilayah di kawasan tersebut; (3) untuk menjadi pemain global agar dunia dapat lihat sumbangan positif yang diberikan oleh China lantas mendapatkan sokongan daripada pelbagai pihak termasuklah non-government organization (NGO). Kesimpulannya, pimpinan presiden China memainkan peranan yang penting dalam memastikan China dapat bergerak kehadapan sambil mengurangkan ancaman dan dalam masa yang sama mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin antara negara.

Kata kunci: ASEAN, China, Ekonomi, People’s Liberation Army, Regionalisme

Abstract: In the years 2010 to 2020, many changes took place in the Chinese military - People's Liberation Army (PLA). The modernization of China's armed forces - the PLA has many positive effects on regional countries such as ASEAN countries including threats to developing ASEAN countries such as the Philippines. Therefore, this study focuses on the modernization of China's armed forces and its impact on ASEAN. In this study, there are three (3) objectives which are (1) to identify the factors that are the catalyst for the modernization of the Chinese armed forces; (2) list the effects that ASEAN may face, both positive and

(2)

negative; (3) analyze efforts that can be carried out together in order to reach a consensus so that the actors involved continue to progress and develop. To achieve the objective of this study, the researcher used qualitative methods and the concept of regionalism as a guide to prepare the title. The results of this study found that there are three factors that are the catalyst for the modernization of China's armed forces, namely (1) the frequency of economic activities that China conducts on a daily basis. It is also the reason why the PLA thrives because the assets that are transported from one country to another need to be protected from external attacks;

(2) the conflict in the South China Sea makes China's navy stronger so that no country can compete with the PRC in claiming territory in the area; (3) to become a global player so that the world can see the positive contribution made by China and get support from various parties including non-government organizations (NGOs). In conclusion, the leadership of the Chinese president plays an important role in ensuring that China can move forward while reducing threats and at the same time strengthening the diplomatic relations between the countries.

Keywords: ASEAN, China, Economy, People's Liberation Army, Regionalism

_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

People’s Republic of China (PRC) ialah sebuah negara yang sedang membangun dari segi ekonomi. Pembangunan ekonomi China telah membuatkan ia sedar untuk membangunkan dan menaik taraf kepakaran dan kualiti aset tenteranya iaitu People’s Liberation Army (PLA) yang terdiri daripada PLA Navy (PLAN), PLA Army (PLAA) dan PLA Air Force (PLAAF). Sejajar dengan objektifnya yang menguatkuasakan polisi untuk bekerjasama dengan negara-negara lain secara aman (MOFA People’s Republic of China, 2011). Usaha tersebut dilakukan agar China dapat melindungi negaranya daripada ancaman yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negaranya. Dengan pencapaian China sebagai salah satu kuasa utama yang terdapat di dunia, ia berfungsi sebagai negara yang dapat menyeimbangkan keselamatan serantau kerana kuasa tenteranya yang meningkat secara konsisten (BBC Journalist Team, 2019). Bajet yang konsisten dan mencukupi membantu China dalam mengembangkan kuasa tenteranya iaitu People’s Liberation Army (PLA) dalam menjadi tentera ‘world-class’.

Selari dengan polisi China yang mengamalkan polisi dasar luar negara yang aman, China telah membuktikan kepada dunia yang polisi tersebut bukan sekadar polisi kerana PRC telah membuktikan kepada dunia dengan menghantar tenteranya di bawah Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) untuk misi pengaman. Ia adalah sebagai satu langkah untuk mengukuhkan keselamatan dan keamanan dunia. Kuasa Amerika Syarikat (AS) di sesuatu rantau seperti di rantau Afrika dapat diimbangkan dengan adanya tentera China sebagai pegawai misi pengaman disamping dapat menyebarkan pengaruh China melalui bantuan-bantuan yang diberikan kepada negara- negara tersebut seperti di Haiti dan Darfur (Gill & Huang, 2009). Aset-aset yang dimiliki oleh kerajaan China sekarang telah menunjukkan kepada dunia yang ia mampu untuk melindungi kapal dagangnya. Perkembangan tentera laut China di Pelabuhan Djibouti telah menunjukkan yang tentera lautnya amat penting dalam membantu meningkatkan aktiviti ekonominya disamping mengekalkan keselamatan serantau (Xuanzun, 2022) daripada kegiatan jenayah.1

1 Sebuah pelabuhan yang terletak di selatan Laut Merah dan laluan persimpangan antarabangsa untuk penghantaran barang dagangan yang menghubungkan Asia, Afrika dan Eropah. Pengkalan tentera China di Djibouti terletak di Pelabuhan Doraleh, barat bandar Djibouti. Secara rasminya, pengkalan tentera China di

(3)

Di sebelah pihak yang lain, Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) ialah sebuah entiti atau organisasi serantau yang membantu untuk meningkatkan lagi aktiviti ekonomi sesama ahli mereka dan bantu mengekalkan keselamatan serantau (ASEAN, 2021) daripada ancaman-ancaman luar yang mampu menjejaskan keselamatan negara ahli-ahli ASEAN. Para pemimpin ASEAN telah menandatangani dan bersetuju demi memastikan keharmonian dan keselamatan sejagat dipelihara sesama mereka sendiri dan antara usaha yang dilakukan adalah dengan adanya ASEAN Security Community (ASC). Kesepakatan berikut dilakukan adalah kerana Tentera China yang besar telah menimbulkan ancaman kepada negara-negara ASEAN yang menuntut hak masing-masing di Laut China Selatan (LCS), Malaysia terutamanya, telah diceroboh oleh Pengawal Pantai China sejauh 200 batu nautika (nm) iaitu di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang mengganggu-gugat aktiviti cari gali Petronas (M., 2022).

Perluasan pengaruh di Asia Tenggara adalah kerana laluan perdagangannya yang menghubungkan Teluk Parsi dan Lautan Hindi di barat dan Laut China Timur dan Laut China Selatan (LCS) di timur yang mempunyai populasi yang ramai lantas menjadi laluan perdagangan antarabangsa yang boleh mencecah trillion-dollar AS. Bagi China, ia adalah satu peluang yang amat baik untuk peningkatan ekonominya. Walau bagaimanapun, negara-negara di Asia Tenggara akan berasa lebih terancam jika China meneruskan perkembangan tenteranya dalam masa yang sama, menakutkan lagi negara-negara serantau (White, 2016).

2. Faktor Pemodenan Angkatan Tentera China

Banyak sebab mengapa Presiden Xi Jinping melakukan pemodenan terhadap angkatan tenteranya dan antaranya adalah untuk mengukuhkan kewangan negara dan meluaskan pengaruh ke seantero dunia demi melunaskan pelan dasar luar negara. Pada tahun 1978, economic reform telah dilaksanakan lantas menjadikan PRC negara kedua tertinggi dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada tahun 2013 (FocusEconomics, 2022). Sedikit sebanyak dapat membantu PRC untuk memperolehi aset-aset baharu untuk menggantikan aset- aset lama yang People’s Liberation Army (PLA) ada. Dari segi perluasan kuasa, PRC sedaya upaya mencuba untuk mendapatkan LCS atas dasar sejarah disamping boleh memperolehi banyak sumber laut seperti minyak, gas serta perikanan.

i. Ekonomi

Segala tenaga dan sumber laut yang diperolehi dapat meningkatkan lagi ekonomi China dan menjadi salah satu strategi yang penting bagi pembangunan ekonomi China. Sumber ekonomi dari hasil bumi seperti gas, petrol dan juga ikan dapat membantu ekonomi China yang kuat memandangkan kuasa laut dan pertahanannya yang kuat dapat menjamin keselamatan para kakitangan yang terlibat sama ada nelayan atau yang bekerja di pelantar (p. 18). Kekuatan maritim memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan ekonomi negara China terus berkembang kerana bagi McDevitt (2016), PLAN haruslah menjadi suatu kuasa besar yang mampu melindungi aset-asetnya, rakyat dan pelaburan yang berada di luar negara serta kepentingannya di zon wilayah yang dituntut dengan menjadi guarantor kepada setiap kapal China untuk bebas berdagang tanpa serangan terrorisme dan lanun. Sebagai contoh, pesawat

Pelabuhan Djibouti dibuka pada 1 Ogos 2017. Ia ditubuhkan untuk menyokong hubungan dua hala dalam membanteras kegiatan keganasan seperti terrorisme dan lanun. https://foreignpolicy.com/2022/03/03/china-pla- navy-base-west-africa-atlantic-equatorial-guinea/

(4)

tentera laut AS, P-8 Poseidon yang melakukan penerbangan di kawasan tuntutan China di LCS – di Mischief Reef telah ditentang dan dihalau keras oleh pihak PLAN (BBC News, 2018).

Banyak ancaman yang boleh berlaku semasa kapal-kapal dagang tersebut beroperasi antaranya ialah serangan daripada pihak terroris dan lanun. Untuk mencapai ekonomi yang stabil, China perlulah meningkatkan tahap keselamatan laluan laut yang dilalui (Noraini et al., 2015) oleh setiap kapal dagangannya agar sampai ke destinasi tanpa kerugian. Contoh kawasan yang perlu diberi perhatian ialah Selat Melaka dan disebabkan oleh aktiviti perdagangan yang kerap oleh China di Selat Melaka, ia telah membantu mengekalkan keamanan di selat tersebut daripada serangan terroris dan lanun. Peta dibawah menunjukkan laluan yang kerap dilalui oleh kapal dagang China dan kawasan yang ditanda merupakan kawasan yang mempunyai potensi yang tinggi untuk diserang oleh terroris dan lanun.

Peta 1.1: Laluan Kapal Dagang China & Kawasan Berpotensi untuk Diserang Sumber: Diubahsuai daripada Peniel (n.d.)

Di Asia Tenggara, terdapat dua Kawasan Sea Lanes of Communication (SLOC) yang amat penting iaitu Selat Melaka dan LCS. Selat Melaka (SM) dan LCS masing-masing menjadi laluan untuk kapal dagangan China membawa minyak mentah dan barang dagangan yang lain, selain itu, LCS mempunyai topografi yang sangat menarik dari segi batu karang, tempat-tempat pelancongan dan kawasan untuk aktiviti ekonomi seperti perikanan lantas menarik perhatian kuasa luar untuk merebut kawasan itu. Oleh itu, China telah memodenkan lagi kekuatan tentera lautnya untuk mengelakkan daripada kuasa luar mengganggu kawasan tersebut. (Hagen-Jamar

& Moberg, 2017). Dalam suatu laporan The Taiwan Question and China’s Reunification in the New Era yang dikeluarkan oleh kerajaan, mendakwa bahawa dengan penaklukan Taiwan, ia sebagai salah satu strategi untuk menggagalkan pihak luar daripada mengekang ‘pergerakan’

China dan mengganggu-gugat keselamatan negara, kedaulatan dan kepentingan negara itu (Maguire, 2022). Selain itu, penguasaan Taiwan oleh PRC mampu meluaskan lagi kawasan wilayah untuk aktiviti ekonomi dan mengecilkan geografi AS dalam rantau Asia dengan cara island chain strategy (Espena & Bomping, 2020). Disebabkan itulah China berusaha keras untuk menjadi kuasa laut yang paling besar berbanding dengan AS kerana laut adalah untuk menjaga kawasan jajahan dan kedaulatan. Sebagai kesan, kuasa dan pengaruh serta ekonomi China akan terus meningkat di persada dunia.

(5)

ii. Pertindihan Wilayah di LCS

Peta 1.1: Kawasan dan pulau yang terlibat dalam pertelingkahan Sumber: Nadira & Firmansyah (2021)

Garis-garis pada peta di atas menunjukkan kawasan luar pesisir yang dituntut oleh China dimana peta tersebut dilakar pada era Kerajaan Parti Kuomintang sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua serta dibantu oleh ahli geografi yang bernama Yang Huairen. Sembilan garis tersebut menunjukkan yang setiap pulau, batu karang dan laut tersebut adalah kepunyaan China serta ia kawasan yang berdaulat. Walaupun UNCLOS telah menyatakan cara untuk menyelesaikan konflik tersebut jika konvensyen tersebut tidak berkuat kuasa, China tetap membina pulaunya yang tersendiri dan mengerahkan aset tenteranya di LCS berhampiran dengan Kepulauan Spartly yang dituntut oleh empat (4) negara ASEAN iaitu Brunei, Filipina, Malaysia, dan Vietnam menyebabkan pertelingkahan dengan empat negara ASEAN tersebut.

Pembinaan pulau buatan tersebut adalah untuk memperkasakan lagi taktik grey zone strategy.

Taktik tersebut dapat dilihat semasa isu di Zon Maritim Malaysia (ZMM) (Tatad, 2020).

Pengerahan PLA di pulau buatan mereka di Kepulauan Spratly dan Beting Scarborough ditentang keras oleh empat negara tersebut kerana perbuatan PLAN terutamanya bukan sahaja mengganggu aktiviti ekonomi seperti aktiviti cari gali dan perikanan malah ia juga mencabar kedaulatan negara. Pada pertengahan 2016, China dan negara-negara ASEAN telah menandatangani CUES untuk menyelaraskan protokol keselamatan, komunikasi dan navigasi di laut untuk kapal dan kapal terbang apabila bertembung di laut (ASEAN Regional Forum, 2021). Motif utama China adalah untuk mencapai objektif strategik ketenteraannya di LCS (Ernst, 2022). Oleh itu, sistem Anti-Access Anti-Denial (A2/AD) dapat diperkukuhkan lagi dan banyak aset ketenteraan China dapat beroperasi secara keseluruhan termasuklah radar, peluru berpandu, pelabuhan dan benteng nuklear. Selain itu, ruang udara di LCS juga dapat dilindungi daripada ancaman luar untuk fasiliti China berfungsi dengan lancar sebagai contoh tapak pelancaran roket di Hainan iaitu Wenchang Space Launch Site (WSLC).

iii. Pemain Global

Tambah lagi, dengan kedatangan kuasa luar sama ada sesuatu organisasi ataupun sesebuah negara, ia akan mendatangkan ancaman kepada China dan juga sebab utama China memodenkan tenteranya terutamanya PLAN (Hu, 2021; Wei, 2022). Dengan adanya kuasa

(6)

hegemoni iaitu AS di rantau LCS menyebabkan China berasa lebih terancam dan perancangannya untuk menuntut LCS akan menjadi lebih sukar kerana mempunyai definisi freedom of access dan innocent passage serta kepentingan bersama negara-negara persisir yang berbeza. Banyak tentangan yang dihadapi oleh China, oleh itu, Presiden Xi Jinping dalam reformasi tenteranya pada tahun 2015 telah memberikan impak yang positif kepada PLA dalam mencapai objektifnya iaitu dengan kolaborasi tentera-awam sejurus menjadi pemangkin untuk PLA menjadi kuasa maritim yang utama. Maizland (2020) mendakwa yang tentera laut China – PLAN telah menjadi kuasa utama di laut berdekatan dan dalam proses menjalani operasi yang jaraknya lebih jauh dari Beijing. Proses meningkatkan kebolehan tentera laut China itu dikenali dengan proses green navy to blue navy.

Adanya teknologi terkini dan revolusi oleh PRC, keupayaan PLAN untuk bergerak dengan jarak jauh meningkatkan lagi kebolehan China dalam menjadi pemain global demi meluaskan pengaruhnya ke serantau dunia. Kebanyakan negara Afrika adalah neutral terhadap China dan tidak membawa kepada apa-apa kemudaratan walhal disebabkan itu, China telah melabur kepada negara di Afrika untuk pembangunan infrastruktur oleh kerana Afrika ialah rantau yang akan maju pada masa depan (The Infographics Show, 2022). Pembangunan infrastruktur seperti pelabuhan laut dalam di banyak negara di rantau Afrika adalah satu langkah untuk memastikan projek BRI – Maritime Silk Road Initiative (MSRI) terjamin keselamatannya memandangkan kapal dari China akan membawa pergi dan pulang banyak barang dagangan.

Dengan kehadiran PLAN di rantau Afrika tersebut dapat memberikan perlindungan untuk kapal dagangnya yang kerap berlayar di kawasan lanun tersebut lantas memberikan dampak yang positif dari segi peningkatan ekonomi. Tambahan pula dapat menyumbangkan usahanya dalam menjaga keamanan serantau disamping menjadi pemain global dengan menghantar tenteranya untuk misi pengaman dan misi-misi keselamatan yang lain (Hlongwa, 2020)., Selain itu, China dengan polisinya yang inginkan pembangunan selari dengan keamanan telah meyakinkan banyak negara untuk terus menjalinkan hubungan diplomatik disamping menyebarkan pengaruhnya. Hubungan tentera-awam di Pangkalan Djibouti juga telah meningkatkan lagi aktiviti ketenteraan seperti operasi non-combatant, penyelamatan kecemasan dan perlindungan laluan laut yang strategik (Cabestan, 2020).

3. Pembangunan Pla Dan Kesan Terhadap Asean

i. Ekonomi

Pemodenan PLA membantu dalam membina dan mengukuhkan lagi dasar luar negara seperti BRI dan ASEAN+3 oleh kerana SLOC yang lebih selamat dan tidak mengancam kapal-kapal dagang yang melalui sesuatu kawasan tersebut sebagai contoh di Selat Melaka dan juga Teluk Aden. Kerjasama dua hala antara negara-negara ASEAN dan China dalam China-ASEAN Free Trade Area (CAFTA) membuka peluang yang luas kepada kedua-dua pihak untuk menggalakkan lagi aktiviti perdagangan justeru meningkatkan lagi kelantangan pembuatan oleh negara pengeluar – sama ada China ataupun negara ASEAN itu sendiri (Devadason, 2010).

ii. Geopolitik

Kapal-kapal tentera laut China banyak membantu negara berkuasa mengawal di SLOC lebih- lebih lagi di Teluk Aden dan Selat Melaka untuk menjaga keamanan perdagangan tanpa diganggu oleh aktiviti keganasan seperti terrorisme dan lanun yang mampu mengganggu-gugat proses ekonomi kerana dua kawasan tersebut membawa barang dagangan yang banyak dan tinggi nilainya seperti petroleum dan minyak mentah tambah lagi dengan kos perjalanan yang

(7)

tinggi. kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu Free Trade Area (FTA) yang dijalinkan dengan negara-negara ASEAN juga bertujuan untuk meminimakan kos perjalanan barang dagangan yang tinggi.

Kesan kerjasama dua hala dengan China dapat dilihat dari perspektif negara ASEAN seperti Cambodia yang mana membuktikan lagi bahawa kerjasama dengan negara luar seperti China mampu memberikan keuntungan daripada segi peningkatan perdagangan tambah lagi dengan peningkatan sektor pelancongan, pelaburan, pengangkutan dan agrikultur (Medina, 2021). Dari perspektif Thailand pula, kerjasama yang dijalankan seperti China-Thailand-Laos Tripartite Railway, China-Thailand-Laos Connectivity Development Corridor Outlook dan termasuklah juga dengan inisiatif dasar luar negara iaitu BRI (Xinhua, 2022c) adalah untuk mempromosikan kestabilan, kemakmuran dan kelestarian.

Peta 1.2: Laluan BRI Sumber: Pacific Tycoon

Peta di atas menunjukkan laluan yang dipersetujui oleh negara-negara BRI dalam polisi luar negara China yang mana garisan oren mewakili laluan darat – Silk Road Economic Belt manakala garisan berwarna merah mewakili laluan laut iaitu 21st Century Maritime Silk Road yang mana kedua-dua laluan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak telah memudahkan China untuk meluaskan ekonominya berdasarkan dasar luar negaranya yang diumumkan pada tahun 2013 – Belt Road Initiative (BRI). Pelaksanaan BRI dapat menjamin ekonomi ASEAN untuk terus berkembang kerana laluan yang dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping memberikan kelebihan kepada ASEAN.

iii. Keselamatan

Pemodenan tentera China terutamanya tentera laut iaitu PLAN memberikan kesan yang positif kepada sektor keselamatan dan ekonomi negara-negara ASEAN. Penempatan PLAN di salah satu SLOC iaitu di Selat Melaka (SM) telah meningkatkan jaminan keselamatan di kawasan tersebut untuk kapal-kapal dagangan China melalui SM tanpa ancaman luar seperti terrorisme dan serangan lanun untuk barang dagangannya dibawa dengan selamat. Negara-negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia telah bekerjasama dengan banyak negara termasuklah dengan China dalam Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery Against Ships in Asia (ReCAAP) (Raihan & Mauludy, 2019). Sektor ketenteraan antara ASEAN dan China juga menunjukkan peningkatan dalam mempunyai persefahaman yang sama dalam menguruskan insiden yang berlaku di laut seperti contoh Code

(8)

for Unplanned Encounters at Sea (CUES) disamping menjaga keamanan rantau bersama lebih- lebih lagi di kawasan maritim (MINDEF, 2018).

Walaupun begitu, sebagaimana yang didakwa oleh Raihan & Mauludy (2019), terdapat beberapa program yang menghulurkan kerjasama untuk mengawal SLOC di SM ditolak oleh tiga negara ASEAN tersebut kerana langkah tersebut mampu meningkatkan konflik antara negara terlibat disamping itu, ASEAN masih dengan caranya iaitu ASEAN Way. Tambah pula dengan konflik pertindihan wilayah di LCS yang melibatkan negara ASEAN dan PLAN menjadikan situasi semakin rumit lantas LCS menjadi indikator sebagai kesan negatif terhadap keselamatan negara-negara ASEAN. Selari dengan itu, Chow-Bing (2020) dan Thu (2019) juga berpendapat bahawa ia mendatangkan keraguan kepada negara ASEAN untuk terus bekerjasama lebih rapat dengan China kerana untuk mendatangkan situasi menang-menang, China telah meletakkan syarat iaitu dengan langkah counter narrative – negara ASEAN mempromosikan perkara-perkara positif tentang China sebagaimana yang dijanjikan dalam kerjasama Health Silk Road (HSR).

4. Kerjasama China-Asean Untuk Harmonikan Rantau Asia Tenggara

Selaras dengan prinsip, visi dan objektif terhadap keselamatan serantau ASEAN, kerjasama antara negara di Asia Tenggara dengan semangat kesaksamaan dan perkongsian dapat meningkatkan lagi keberkesanan strategi yang dirancang malah memaksimakan lagi impak positif yang bakal dihadapi lebih-lebih lagi dari aspek keselamatan yang mampu meningkatkan lagi intergrasi ekonomi sambil mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara negara-negara terlibat termasuklah China (ASEAN, 2015).

i. Politik

China telah mengemukakan konsep sekuriti yang mengutamakan kepercayaan bersama, kepentingan bersama, kesaksamaan dan kerjasama kepada negara-negara ASEAN dalam Forum Serantau ASEAN (Ling, 2021). Dengan konsep sekuriti yang dicapai bersama antara ASEAN dan China, banyak aspek dapat dipelihara termasuklah aspek ekonomi, teknologikal dan budaya yang semakin meningkat antara kedua-dua pihak tersebut malah bukannya aspek keselamatan dan politik sahaja. Konsep sekuriti yang diguna pakai oleh ASEAN dan China memfokuskan kepercayaan bersama, perkongsian yang bermanfaat dan mengekalkan kesejahteraan serantau dari aspek keselamatan (Ling, 2021). Sebagai contoh, penglibatan China dalam Forum Serantau ASEAN dan China-ASEAN Defense Ministers Informal Meeting. Selain daripada itu, dapat mengelakkan daripada tertimbulnya isu-isu yang boleh memutuskan pertalian diplomatik antara pihak terlibat seperti tuntutan wilayah di LCS yang sepatutnya menjadi kawasan yang aman (Wang, 2022). Konsep sekuriti yang sama memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik dan banyak kerjasama yang boleh dijalankan demi mengukuhkan lagi sekuriti yang ingin dicapai seperti sekuriti kesihatan dan makanan.

ii. Keselamatan

Kedua-dua pihak iaitu China dan ASEAN perlu meneliti kembali kerjasama yang boleh mendatangkan keuntungan kepada masing-masing seperti dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh China dan Malaysia. Kedua-dua negara tersebut telah datang dengan satu perjanjian iaitu Agreements on Mutual Encouragement and Protection Investment yang menguntungkan kedua-dua pihak yang mana pelabur-pelabur Malaysia dan China dilindungi dan mendapat layanan yang adil dan saksama selain daripada aktiviti pelaburan yang bebas (Wan Hazwani & Asmadi, 2015). Keselamatan serantau terutamanya di laluan perdagangan

(9)

seperti Selat Melaka yang membawa jumlah aset yang banyak amat dititikberatkan kerana sumber utamanya adalah minyak mentah dan sumber cari gali yang bernilai tinggi. Banyak kapal dagang yang melalui kawasan tersebut menyebabkan intergrasi ekonomi antara negara meningkat oleh kerana China telah menghantar kekuatan tentera lautnya untuk melindungi kapal-kapal pedagang yang melalui kawasan tersebut daripada diserang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti lanun dan pengganas (Noraini & Mohd, 2021).

Selain daripada itu, kerjasama negara ASEAN dan China dalam memupuk keselamatan serantau juga boleh diterapkan melalui Dialog Shangri La sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein dengan memperkukuh pendekatan sub-rantau dan mengambil pendekatan untuk meningkatkan lagi kepercayaan serta keyakinan dengan mengadakan eksesais seperti Trilateral Maritime Exercise, berkongsi maklumat dan intelligence.

iii. Ekonomi

Kemakmuran serantau dapat dikekalkan dengan intergrasi ekonomi antara China dan ASEAN kerana masing-masing bergantung antara satu sama lain dimana kepentingan bersama dapat dicapai melalui kerjasama bersama yang dirancang seperti CAFTA (Xinhua, 2022a). Selain CAFTA, China dan ASEAN boleh mengetengahkan banyak lagi kerjasama yang boleh mereka implementasikan demi mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan bersama seperti ASEAN- China Framework Agreement. Banyak barang dagangan yang dapat didagangkan seperti produk agrikultur antara negara kerana tarif yang dikenakan adalah rendah. Kerjasama seperti penghapusan tarif dan meminda CAFTA Framework Agreement telah diutarakan oleh negara terlibat iaitu China dan negara-negara ASEAN untuk mengekalkan keharmonian serantau.

iv. Sosial

Pemahaman terhadap masyarakat lain dapat meningkatkan lagi keharmonian serantau kerana intergrasi tersebut memupuk diri belia untuk sentiasa faham apa yang dipraktikkan oleh lapisan masyarakat lain disamping dapat membuka minda dan menambah ilmu tentang masyarakat yang ada di dunia. Golongan yang perlu diberikan pendedahan adalah golongan belia dimana belia negara-negara ASEAN dan China boleh disatukan dalam suatu kerjasama kebudayaan dan kesenian seperti yang dijalankan pada tahun 2005 di Bangkok (ASEAN, 2005). Bukan itu sahaja, pertukaran pelajar di peringkat antarabangsa dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negara di sesebuah rantau terutamanya di Asia Tenggara. Pertukaran pelajar antara negara- negara ASEAN bukan sahaja meningkatkan intergrasi diplomatik malah intergrasi sosioekonomi, kesihatan dan pendidikan juga akan meningkat. Mendakwa bahawa dalam perancangan China-ASEAN Talent Development Plan telah memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada negara-negara ASEAN (Yan & Xu, 2020).

5. Kesimpulan

Secara amnya, China adalah sebuah negara yang mengalami banyak perubahan malah memberikan dampak yang sama kepada negara-negara serantau. Pada pendapat pengkaji, faktor utama untuk semua yang terjadi adalah kerana pucuk pimpinan yang utuh dan telus dalam melakukan kerja disamping mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi untuk membawa negaranya tersendiri ke pentas antarabangsa. Presiden Xi Jinping sewajarnya menjadi contoh kepada setiap pemimpin negara membangun terutamanya negara- negara ASEAN agar dapat menjadi negara yang berdaya saing dan kompetetif. Terdapat empat aspek yang boleh diberikan perhatian dalam mengukuhkan lagi keharmonian dan

(10)

hubungan antara dua entiti tersebut iaitu politik, keselamatan, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, banyak masalah dapat diselesaikan seperti konflik tuntutan wilayah di LCS dengan membincangkan dengan lebih dalam seperti mengadakan dialog ataupun perjumpaan antara negara terlibat. Secara tidak langsung, keselamatan kedua entiti tersebut dapat ditingkatkan lagi dimana banyak kerjasama dan persefahaman yang sama apabila dasar luar negara yang selaras. Dalam masa yang sama, ekonomi negara akan meningkat, pelabur-pelabur akan terus melabur kerana politik dan keselamatan serantau yang stabil seterusnya melahirkan generasi dan lapisan sosial yang berkualiti.

Rujukan

ASEAN. (2005, August 3). ASEAN-China Memorandum of Understanding on Cultural Cooperation Bangkok. ASEAN.Org. https://asean.org/asean-china-memorandum-of- understanding-on-cultural-cooperation-bangkok/

ASEAN. (2015). ASEAN Security Outlook. https://www.asean.org/wp- content/uploads/2015/12/ASEAN-SECURITY-OUTLOOK-2015.pdf

ASEAN. (2021, October 4). ASEAN Security Outlook. ASEAN.Org.

https://docs.asean.org/SitePages/DocumentSearch.aspx

ASEAN Regional Forum. (2021). ASEAN Regional Forum Inter-Sessional Meeting on Maritime Security Code for Unplanned Encounters Sea.

https://aseanregionalforum.asean.org/wp-content/uploads/2019/03/Annex-18-Code-for- Unplanned-Encounters-at-Sea-CUES-presentation-by-Australia-7th-ISM-on-MS.pdf BBC Journalist Team. (2019, September 28). How powerful is the Chinese military? BBC

News. https://www.bbc.com/news/av/business-49852661

BBC News. (2018, August 11). South China Sea: “Leave immediately and keep far off.”

YouTube. https://youtu.be/dodbqgKn8js

Cabestan, J. P. (2020). China’s Military Base in Djibouti: A Microcosm of China’s Growing Competition with the United States and New Bipolarity. Journal of Contemporary China, 29(125), 731–747. https://doi.org/10.1080/10670564.2019.1704994

Chow-Bing, N. (2020). COVID-19, Belt and Road Initiative and the Health Silk Road:

Implications for Southeast Asia. https://library.fes.de/pdf- files/bueros/indonesien/16537.pdf

Devadason, E. S. (2010). ASEAN-china trade flows: Moving forward with ACFTA. Journal

of Contemporary China, 19(66), 653–674.

https://doi.org/10.1080/10670564.2010.485403

Ernst, M. (2022). Control Through Cooperation?Assessing China’s Economic and Military- Strategic Interests in the South China Sea. Journal of Territorial and Maritime Studies, 9(2), 7–30. https://doi.org/10.2307/JTMS.9.2.7

Espena, J., & Bomping, C. (2020, August 13). The Taiwan Frontier and the Chinese Dominance for the Second Island Chain. Australian Institute of International Affairs.

https://www.internationalaffairs.org.au/

FocusEconomics. (2022, June 21). China Economy - KDNK, Inflation, CPI and Interest Rate.

Focus-Economics.Com. https://www.focus-economics.com/countries/china

Gill, B., & Huang, C. (2009). China’s Expanding Peacekeeping Role its Significance and the Policy Implications. http://www.un.

Hagen-Jamar, V., & Moberg, F. (2017). Sea Lines of Communication China’s South China Sea Policy.

https://lup.lub.lu.se/luur/download?func=downloadFile&recordOId=8909657&fileOId

=8909658

(11)

Hlongwa, L. N. (2020). China’s Maritime Silk Road Initiative: A quest for sea power. Scientia Militaria, 48(2). https://doi.org/10.5787/48-2-1258

Hu, B. (2021). Sino-US Competition in the South China Sea: Power, Rules and Legitimacy.

Journal of Chinese Political Science, 26(3), 485–504. https://doi.org/10.1007/s11366- 020-09716-1

Ling, W. (2021). Creating Strategic Opportunities: The Concept and Practice of China-ASEAN Security Cooperation. Social Sciences in China, 42(3), 188–208.

https://doi.org/10.1080/02529203.2021.1971406

M., D. (2022, February 18). Kapal Pengawal Pantai China selamba berlayar berhampiran pelantar minyak Sarawak. AirTimes. https://www.airtimes.my/2022/02/18/kapal- pengawal-pantai-china-selamba-berlayar-berhampiran-pelantar-minyak-sarawak/

Maguire, D. (2022, August 12). Why Does China Want Taiwan When It’s Already So Big And Rich? The Answer Is About More Than Land And Money. . ABC News.

https://www.abc.net.au/news/2022-08-12/why-does-china-want-taiwan-military- strategic-location/101321856

Maizland, L. (2020). China’s Modernizing Military. Council on Foreign Relations.

https://www.cfr.org/backgrounder/chinas-modernizing-military

McDevitt, M. (2016, June). Becoming a Great “Maritime Power”: A Chinese Dream. CNA Strategic Studies. https://www.cna.org/archive/CNA_Files/pdf/irm-2016-u-013646.pdf Medina, A. F. (2021, September 13). Cambodia Ratifies Free Trade Agreement with China.

ASEAN Briefing. https://www.aseanbriefing.com/news/cambodia-ratifies-free-trade- agreement-with-china/

MINDEF. (2018, October 27). ASEAN and China Successfully Conclude ASEAN-China Maritime Exercise. Ministry of Defense of Singapura.

https://www.mindef.gov.sg/web/portal/mindef/news-and-events/latest-releases/article- detail/2018/october/27oct18_nr

Noraini, Z., & Mohd, K. (2021). China’s National Interest in Straits of Malacca. In Journal Homepage: International Journal of Physical and Social Sciences (Vol. 11).

http://www.ijmra.us,http://www.ijmra.us,

Noraini, Z., Sharifah Munirah, A., & Zarina, O. (2015). Kuasa Maritim China di Rantau Asia:

Satu Analisis. http://journalarticle.ukm.my/9769/1/4x.geografia-dec15-noraini- edkatam1.pdf

Raihan, Z., & Mauludy, R. (2019). ASEAN Maritime Security Cooperation to Combat Piracy within Malacca Strait: A Constructivist Perspective and Extra-Regional Actor’s Interests.

Kelompok Studi Mahasiswa Pengkaji Masalah Internasional Jurnal Sentris KSMPMI, 1, 2019.

http://www.amitavacharya.com/sites/default/files/Theoretical%20Perspectives%20on%

20International%20Relat

Tatad, R. (2020). Navigating China’s Gray Zone Strategy in the South China Sea. OSSSM Digest, 25(4). https://www.researchgate.net/publication/349071289

The Infographics Show. (2022, November 7). China’s Plan to Take Over the World. YouTube.

https://youtu.be/-hQMy-v9D20?t=772

Wan Hazwani, W. H., & Asmadi, H. (2015). Hubungan Perdagangan Malaysia-China 1980- 2013. Journal of Chinese Literature and Culture, 3(1), 63–80.

Wang, X. (2022, June 22). China, ASEAN Vow to Strengthen Defense, Security Cooperation.

Ministry of National Defense. http://eng.mod.gov.cn/news/2022- 06/22/content_4913824.htm

Wei, I. S. C. (2022). China’s “World-Class” Military Modernisation. https://www.e- ir.info/2022/04/22/chinas-world-class-military-modernisation/

(12)

White, H. (2016, February 9). US–China Rivalry: does Asia have to choose? East Asia Forum.

https://www.eastasiaforum.org/2016/02/09/us-china-rivalry-does-asia-have-to-choose/

Xinhua. (2022a, September 25). China-ASEAN Economic Cooperation Contributes to

Development, Prosperity in Region. Xinhuanet.

https://english.news.cn/20220925/f853ca20f61d4f8692571fce3f9822a9/c.html

Xinhua. (2022c, November 19). Xi, Prayut agree on building more stable, prosperous and sustainable China-Thailand community with a shared future. China Daily.

https://www.chinadaily.com.cn/a/202211/19/WS63789c32a31049175432abde.html Xuanzun, L. (2022, March 29). Alleged PLA Navy ship’s port call in Djibouti ‘contributes to

regional stability.’ Global Times.

https://www.globaltimes.cn/page/202203/1257128.shtml

Yan, N., & Xu, M. (2020). A Study of China-ASEAN Higher Education Exchange &

Cooperation in the Background of China-ASEAN Strategic Partnership. ISBCD 2019.

https://www.researchgate.net/publication/343028853_A_Study_of_China-

ASEAN_Higher_Education_Exchange_Cooperation_in_the_Background_of_China- ASEAN_Strategic_Partnership

Referensi

Dokumen terkait