KENYATAAN MEDIA
PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT ELECTROLYTIC TINPLATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK KOREA
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ingin memaklumkan bahawa duti anti-lambakan yang dikenakan terhadap import electrolytic tinplate yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China dan Republik Korea akan tamat tempohnya pada 15 November 2018.
Subjek dagangan adalah electrolytic tinplate dikelaskan di bawah Nombor Kod Sistem Yang Diharmonikan (Kod H.S.) 7210.12.9000.
Di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 3) 2013 [P.U. (A) 339/2013], subjek dagangan adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan dari kadar nil hingga 9.78% pada harga eksport bermula dari 16 November 2013 hingga 15 November 2018.
Pihak berkepentingan seperti pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan- persatuan berkaitan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti- lambakan boleh memberikan pandangan secara bertulis khususnya berkenaan isu-isu yang berikut:
(a) sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan subjek dagangan; dan
(b) sama ada kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan.
Pandangan tersebut hendaklah disokong dengan dokumen keterangan yang sewajarnya.
Pihak berkepentingan hendaklah mengemukakan pandangan bertulis beserta maklumat yang dikehendaki kepada MITI tidak lewat dari 30 Jun 2018 dan dialamatkan kepada:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Aras 9, Menara MITI
No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA
No. Telefon : (603) 6208 4631/4639/4660 No. Faksimili : (603) 6211 4429
Emel : [email protected]
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kuala Lumpur, Malaysia
15 Mei 2018