• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Motivasi Murid Dengan Pencapaian Matematik: Kajian Literatur Bersistematik (The Relationship Between Student Motivation and Mathematics Achievement: A Systematic Literature Review)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan Antara Motivasi Murid Dengan Pencapaian Matematik: Kajian Literatur Bersistematik (The Relationship Between Student Motivation and Mathematics Achievement: A Systematic Literature Review)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan Antara Motivasi Murid Dengan Pencapaian Matematik: Kajian Literatur Bersistematik

(The Relationship Between Student Motivation and Mathematics Achievement: A Systematic Literature Review)

Nadeerah Abd Wahab1*, Siti Mistima Maat1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 November 2022 | Published: 1 December 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.1

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pencapaian di dalam Matematik masih berada di tahap yang rendah di Malaysia.

Hal ini jelas dibuktikan dengan keputusan penilaian antarabangsa seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) murid di negara ini yang jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara-negara lain. Kajian sorotan literatur bersistematik telah dijalankan ke atas 21 artikel bagi mengenal pasti hubungan antara motivasi murid dengan pencapaian subjek Matematik. Kaedah pemilihan artikel diterangkan secara terperinci berdasarkan kaedah Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Pangkalan data yang digunakan dalam pencarian artikel ialah Scopus dan Web of Science (WOS). Hasil penganalisisan data mendapati faktor kognitif dan bukan kognitif sebagai faktor utama yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian subjek Matematik. Faktor-faktor bukan kognitif yang dibincangkan dalam kebanyakan artikel boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada psikologi manakala motivasi ekstrinsik ialah persekitaran bilik darjah dan sosioekonomi. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada semua pihak berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi motivasi murid agar pencapaian Matematik di negara ini dapat ditingkatkan.

Kata kunci: motivasi, pencapaian, matematik, tinjauan literatur

Abstract: Achievement in Mathematics is still at a low level in Malaysia. This is clearly proven by the results of international assessments such as the Program for International Students Assessment (PISA) and Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) of students in this country who are far behind compared to other countries. A systematic literature review was conducted to 21 articles to identify the relationship between student motivation and achievement in Mathematics. The article selection method is explained in detail based on the Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses (PRISMA) method. The databases used in article searches are Scopus and Web of Science (WOS). The results of the data analysis found cognitive and non-cognitive factors as the main factors that influence student motivation in the achievement of Mathematics subjects. The non-cognitive factors discussed in most articles can be divided into two categories, namely intrinsic and extrinsic motivation. Intrinsic motivation refers to psychology while extrinsic motivation is the classroom environment and socioeconomics. The results of this study are expected to provide insight to all parties regarding the factors that influence student motivation so that Mathematics achievement in this country can be improved.

(2)

Keywords: motivation, achievement, mathematics, literature review.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Matematik merupakan disiplin dan cabang ilmu moden yang mengawal dan melatih minda manusia supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah (Callan & Cleary, 2018). Selain itu, Matematik juga adalah wadah yang terbaik dalam pengembangan intelektual manusia dalam membuat penaakulan logik, visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Dengan mempelajari dan mengaplikasi Matematik, seseorang itu boleh mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan masalah. Sifat Matematik secara dasarnya menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran yang mencabar minda dan bermakna. Oleh hal yang demikian, Matematik ialah antara bidang yang sangat penting dalam usaha pembinaan insan yang bakal memenuhi keperluan pasaran kerja dalam revolusi industri 4.0. Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara mantik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip-prinsip Matematik dengan gabungan penggunaan teknologi.

Pencapaian Matematik yang semakin rendah dalam kalangan murid di Malaysia telah memberi kebimbangan kepada semua pihak termasuk ibu bapa, warga pendidik dan seluruh rakyat di negara ini. Motivasi dan minat murid di dalam subjek Matematik semakin hari semakin merudum. Hal ini jelas dibuktikan dengan keputusan penilaian antarabangsa seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) murid di negara ini yang jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara-negara lain (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [PPPM], 2013-2025). Pencapaian akademik umumnya dan pencapaian di dalam Matematik khususnya tidak bergantung kepada kebolehan kognitif semata-mata, tetapi juga bergantung kepada emosi dan motivasi (Abín et al., 2020). Motivasi bersifat dalaman dan luaran. Motivasi intrinsik wujud secara semula jadi yang bersifat dalaman. Motivasi intrinsik dibentuk melalui pembelajaran dan pengalaman yang akan membawa kepuasan kepada seseorang individu.

Motivasi ekstrinsik pula wujud daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu untuk melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah. Motivasi ekstrinsik dirangsang dalam bentuk pujian, hadiah, pengiktirafan, insentif dan sebagainya. Menurut Anjos & Vieira (2021), motivasi adalah kunci untuk menarik minat murid dalam mempelajari Matematik seterusnya meningkatkan pencapaian Matematik.

2. Ulasan Kajian Lepas

Menjiwai ilmu Matematik adalah sangat penting dalam diri seseorang individu kerana ianya akan mempengaruhi sejauh mana individu itu bersedia untuk mempraktikkan aktiviti Matematik. Minat terhadap aktiviti Matematik ini sangat penting dalam menjamin pencapaian yang tinggi dalam subjek tersebut. Garcia et al. (2016) menyatakan bahawa pencapaian yang tinggi di dalam Matematik sangat dipengaruhi oleh motivasi dan keseronokan belajar dalam Matematik. Pernyataan ini disokong oleh Lipnevich et al. (2016) yang menyatakan bahawa walaupun kecerdasan akal adalah peramal yang signifikan terhadap pencapaian Matematik, tetapi sikap dan motivasi terhadap subjek ini adalah kunci utama kepada pencapaian yang lebih tinggi. Hammoudi (2019) pula menyatakan bahawa murid yang lebih bermotivasi lebih bersedia untuk menghadapi pembelajaran dengan lebih baik dan mencapai pencapaian yang lebih tinggi di dalam Matematik berbanding rakan sekelas mereka. Motivasi adalah antara domain paling afektif yang dikenal pasti sangat berkaitan dengan pencapaian Matematik (Lim

(3)

& Chapman, 2015). Selain itu, Aeschlimann et al. (2016) menekankan bahawa peningkatan motivasi dalam kelas Matematik telah menjadi sebagai satu strategi intervensi yang menggalakkan untuk meningkatkan pencapaian Matematik. Van der Beek et al. (2017) pula mendapati bahawa pencapaian Matematik berkadar positif dengan keseronokan yang diperoleh dalam pembelajaran Matematik dan berkadar negatif dengan kebimbangan terhadap Matematik.

Oleh hal yang demikian, tinjauan sistematik yang dilaksanakan melalui empirikal data ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditentukan seperti berikut: (1) Apakah pola penyelidikan motivasi murid dengan pencapaian subjek Matematik seperti tahun penerbitan, negara kajian, reka bentuk kajian serta responden kajian? (2) Apakah faktor yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian subjek Matematik?

3. Metodologi

Kaedah sorotan literatur bersistematik menjadi pilihan pengkaji untuk mengkaji trend penyelidikan hubungan antara motivasi murid dengan pencapaian subjek Matematik seperti tahun penerbitan, negara kajian, reka bentuk kajian serta responden kajian. Pangkalan data yang digunakan ialah Scopus dan Web of Science (WOS). Gusenbauer et al. (2020) menyatakan bahawa dua sumber pangkalan tersebut adalah antara enjin pencarian yang membantu mendapat kajian yang berkualiti dan bersistematik bagi kajian tinjauan sistematik.

Kaedah pemilihan artikel diterangkan secara terperinci berdasarkan kaedah Preferred Reporting Items for Systematic reviews and Meta-Analyses (PRISMA). Kaedah PRISMA digunakan bagi membantu pengkaji menentukan kajian yang diperlukan berdasarkan persoalan kajian (Jamaludin et al., 2020). Di dalam carta alir PRISMA, terdapat empat langkah atau fasa yang perlu dilakukan bagi memastikan artikel yang bersesuaian dengan kehendak pengkaji diperoleh. Fasa pertama bermula dengan pengenalpastian (Identification), diikuti dengan fasa penapisan (Screening), kelayakan (Eligibility) dan yang terakhir ialah terpilih (Included).

Dalam fasa pengenalpastian, pengkaji telah menggunakan beberapa kata kunci bagi mendapatkan artikel yang berkaitan. Kata kunci yang digunakan adalah motivation dan achievement dan mathematics. Sebanyak 3822 artikel telah dijumpai oleh pengkaji iaitu 1153 dari pangkalan data Scopus manakala 2669 selebihnya dari pangkalan data Web of science (WOS).

Fasa yang kedua ialah fasa penapisan. Dalam fasa ini, semua artikel yang diperoleh ditapis mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pengkaji seperti dalam Jadual 1. Hasil daripada proses penapisan yang dilakukan ke atas 3822 artikel yang diperoleh, sebanyak 3338 artikel telah dikeluarkan kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pengkaji.

Jadual 1: Kriteria Yang Ditetapkan dalam Pencarian Artikel

Kriteria Kelayakan Pengecualian Tahun pencarian 2019 hingga 2022 < 2019

Bahasa Bahasa Inggeris Selain Bahasa Inggeris

Jenis literatur Empirikal data Buku, majalah, koleksi bahan persidangan

Bidang Sains Sosial Selain Bidang Sains Sosial

(4)

Fasa seterusnya ialah fasa kelayakan. Dalam fasa ini, artikel yang berstatus open access sahaja dipilih oleh pengkaji. Sampel kajian selain daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi dikecualikan daripada kajian ini. Di samping itu, semua artikel yang layak diakses diteliti bagi mengelakkan terdapatnya artikel yang sama dari kedua-dua pangkalan data Scopus dan Web of Science (WOS). Fasa yang terakhir ialah fasa terpilih. Dalam fasa ini, pengkaji membaca dan meneliti setiap artikel yang dipilih dengan membaca tajuk, abstrak dan keseluruhan artikel. Hanya artikel yang memenuhi skop kajian dipilih oleh pengkaji untuk dianalisis. Setelah penelitian dibuat, hanya 21 artikel dikekalkan untuk proses seterusnya.

4. Hasil Kajian

4.1 Latar Belakang Artikel Yang Dipilih

Bagi memenuhi persoalan pertama kajian iaitu berkenaan latar belakang atau trend penyelidikan kajian hubungan antara motivasi murid dengan pencapaian subjek Matematik seperti tahun penerbitan, negara kajian, reka bentuk kajian serta responden kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis deskriptif ke atas 21 artikel yang dipilih.

Mengenal pasti Identification

Pemeriksaan Screening

Kelayakan Eligibility

Terpilih Included

Pencarian sumber melalui pangkalan data: SCOPUS

(n=1153)

Pencarian sumber melalui pangkalan data: WOS

(n=2669)

Artikel yang disaring (n=3822)

Rekod artikel selepas disaring n = (125 + 359 = 484)

Artikel yang dikeluarkan n = 3338

Artikel teks penuh yang layak untuk diakses n = (32+38=70)

Artikel teks penuh yang sama dan tidak berkaitan

n = 49

Artikel dipilih untuk kajian sistematik

n = 21

(5)

Tahun Penerbitan

Semua artikel yang dipilih adalah di antara tahun 2019 sehingga tahun 2022. Satu artikel diterbitkan pada tahun 2019 (Lavasani & Khandan, 2019) manakala sepuluh artikel diterbitkan pada tahun 2020 (Arop et al., 2020; Atit et al., 2020; El-Adl & Alkharusi, 2020; Ersan &

Rodriguez, 2020; Lin et al., 2020; T. Liu et al., 2020; Moyano et al., 2020; Salmela-Aro, 2020;

Sides & Cuevas, 2020; Suren & Ali Kandemir, 2020). Sebanyak tujuh artikel diterbitkan pada tahun 2021(Acosta-Gonzaga & Ramirez-Arellano, 2021; Anjos & Vieira, 2021; W. C. Liu, 2021; Østbø & Zachrisson, 2022; Reinhold et al., 2021; Resic et al., 2021; Zedan, 2021) dan tiga selebihnya diterbitkan pada tahun 2022 (Alzahrani, 2022; Holenstein et al., 2022; Wawan

& Retnawati, 2022).Pengkaji mendapati bahawa kajian berkenaan hubungan motivasi dengan pencapaian Matematik sangat giat dijalankan. Penghasilan artikel adalah setiap tahun dan jumlah artikel yang diterbitkan amat memberangsangkan. Ini menunjukkan kajian motivasi terhadap pencapaian Matematik sentiasa berada pada tahap yang terkini dan relevan dengan keadaan semasa.

Rajah 2: Bilangan Artikel yang Dikeluarkan mengikut Tahun

Negara Kajian

Semua artikel yang dipilih oleh pengkaji diterbitkan di negara-negara yang berbeza mengikut di mana kajian telah dijalankan. Daripada 21 artikel yang dipilih, sebanyak tiga artikel dihasilkan di Turkey (Ersan & Rodriguez 2020; Lavasani & Khandan 2019; Suren & Ali Kandemir 2020). Dua artikel diterbitkan masing-masing di USA (Atit et al., 2020; Sides &

Cuevas, 2020) dan China (Lin et al., 2020; T. Liu et al., 2020) selebihnya satu artikel masing- masing di setiap negara iaitu Norway (Østbø & Zachrisson, 2022), Oman (El-Adl & Alkharusi, 2020), Mexico (Acosta-Gonzaga & Ramirez-Arellano, 2021), Vietnam (Anjos & Vieira, 2021), Spain (Moyano et al., 2020), Bosnia (Resic et al., 2021), Indonesia (Wawan &

Retnawati, 2022), Switzerland (Holenstein et al., 2022), Finland (Salmela-Aro, 2020), Israel (Zedan, 2021), Nigeria (Arop et al., 2020), Singapura (W. C. Liu, 2021), German (Reinhold et al., 2021) dan Arab Saudi (Alzahrani, 2022). Pengkaji mendapati bahawa kajian berkenaan motivasi dengan pencapaian Matematik dijalankan di kebanyakan negara. Ini membuktikan bahawa isu motivasi dan pencapaian Matematik menjadi isu yang diberi perhatian di dalam bidang pendidikan di seluruh dunia.

1

7 10 3

2019 2020 2021 2022

(6)

Rajah 3: Bilangan Artikel yang Dikeluarkan mengikut Negara

Reka bentuk kajian

Di samping itu, analisis juga dilakukan ke atas reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji lepas dalam kajian mereka. Reka bentuk kuantitatif menjadi pilihan pengkaji lepas iaitu sebanyak tujuh belas artikel (Abín et al., 2020; Acosta-Gonzaga & Ramirez-Arellano, 2021; Anjos & Vieira, 2021; Arop et al., 2020; Atit et al., 2020; Dowker et al., 2019; El-Adl

& Alkharusi, 2020; Ersan & Rodriguez, 2020; Holenstein et al., 2022; Lin et al., 2020; T. Liu et al., 2020; W. C. Liu, 2021; Moyano et al., 2020; Østbø & Zachrisson, 2022; Rodríguez et al., 2020; Salmela-Aro, 2020; Wawan & Retnawati, 2022; Zedan, 2021) . Terdapat tiga reka bentuk kualitatif (Alzahrani, 2022; Reinhold et al., 2021; Sides & Cuevas, 2020) dan satu gabungan (Resic et al., 2021). Pendekatan kuantitatif lebih popular di kalangan pengkaji dalam melaksanakan kajian berkenaan dengan hubungan antara motivasi dengan pencapaian murid.

Ini kerana pendekatan ini tidak membabitkan kos yang tinggi dan masa yang panjang. Selain itu, pendekatan ini juga boleh dilakukan ke atas bilangan responden yang besar dan soalan tertutup mudah untuk dianalisis (Ni Aziz Nik Pa 2016).

Rajah 4: Pendekatan Reka bentuk Artikel Yang dipilih 0

0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5

Bilangan Artikel

Negara

17 3 1

Kuantitatif Kualitatif Gabungan

(7)

Kategori Responden

Artikel yang dipilih oleh pengkaji ini juga didapati mempunyai pelbagai kategori responden.

Majoriti iaitu tujuh belas daripada dua puluh satu artikel memilih murid sekolah menengah sebagai responden (Alzahrani 2022; Anjos & Vieira 2021; Arop et al. 2020; Atit et al. 2020;

El-Adl & Alkharusi 2020; Ersan & Rodriguez 2020; Holenstein et al. 2022; Lavasani &

Khandan 2019; Lin et al. 2020; W. C. Liu 2021; Østbø & Zachrisson 2022; Reinhold et al.

2021; Salmela-Aro 2020; Sides & Cuevas 2020; Suren & Ali Kandemir 2020; Wawan &

Retnawati 2022; Zedan 2021), tiga artikel menggunakan murid sekolah rendah (T. Liu et al., 2020; Moyano et al., 2020; Resic et al., 2021) dan satu artikel menggunakan pelajar universiti (Acosta-Gonzaga & Ramirez-Arellano, 2021). Murid sekolah menengah menjadi pilihan kebanyakan pengkaji kerana kategori ini merupakan golongan yang akan memasuki institut pengajian tinggi. Golongan ini dianggap sudah matang dalam membuat penilaian.

Rajah 5: Bilangan Artikel Mengikut Responden

4.2 Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Murid Dalam Pencapaian Matematik

Daripada penganalisisan 21 artikel terpilih, pengkaji telah mengenal faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian subjek Matematik. Semua artikel yang dipilih menyatakan faktor kognitif dan bukan kognitif sebagai faktor utama yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian subjek Matematik. Faktor-faktor bukan kognitif yang dibincangkan dalam kebanyakan artikel boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada psikologi manakala motivasi ekstrinsik ialah persekitaran bilik darjah dan sosioekonomi.

Faktor kognitif

a) Keupayaan dan kelancaran proses penaakulan

Enam daripada dua puluh satu artikel menyatakan faktor kognitif sebagai faktor yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian subjek Matematik (Acosta-Gonzaga &

Ramirez-Arellano, 2021; Alzahrani, 2022; Atit et al., 2020; Moyano et al., 2020; Reinhold et al., 2021; Wawan & Retnawati, 2022).Faktor kognitif ini merujuk kepada keupayaan atau kebolehan otak murid untuk membuat penaakulan dan menyelesaikan masalah dalam Matematik.

17

3

1

0 2 4 6 8 10 12 14 16 18

Murid sekolah menengah

Murid sekolah rendah Pelajar Universiti

Bilangan Artikel

Responden

(8)

Faktor Bukan kognitif a) Psikologi

Sebanyak lima belas artikel menyatakan psikologi merupakan faktor yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian Matematik (Acosta-Gonzaga & Ramirez-Arellano 2021;

Alzahrani 2022; Anjos & Vieira 2021; Dowker et al. 2019; Lavasani & Khandan 2019; T. Liu et al. 2020; W. C. Liu 2021; Moyano et al. 2020; Østbø & Zachrisson 2022; Reinhold et al.

2021; Resic et al. 2021; Salmela-Aro 2020; Sides & Cuevas 2020; Suren & Ali Kandemir 2020;

Wawan & Retnawati 2022). Psikologi merangkumi minat, efikasi kendiri, kebimbangan dan keinginan.

b) Persekitaran Bilik Darjah

Sebanyak enam artikel menyatakan persekitaran bilik darjah adalah faktor bukan kognitif yang mempengaruhi motivasi iaitu (Arop et al., 2020; Ersan & Rodriguez, 2020; Lin et al., 2020;

Reinhold et al., 2021; Wawan & Retnawati, 2022; Zedan, 2021). Persekitaran bilik darjah merujuk kepada kemahiran dan kebolehan guru, interaksi dan komunikasi dan pengurusan bilik darjah.

c) Sosioekonomi

Empat artikel menyatakan status sosioekonomi mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian Matematik iaitu (T. Liu et al., 2020; Muelle, 2020; Østbø & Zachrisson, 2022;

Salmela-Aro, 2020). Sosioekonomi merujuk kepada latar belakang ibu bapa dan kedudukan geografi murid.

Rajah 6: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Murid Dalam Pencapaian Matematik

5. Perbincangan

Daripada proses penganalisisan artikel yang telah dijalankan oleh pengkaji, kajian berkenaan dengan hubungan antara motivasi dengan pencapaian murid dalam subjek Matematik telah banyak dilakukan oleh pengkaji sebelum ini. Ini menunjukkan isu ini mendapat perhatian yang cukup tinggi di dalam bidang pendidikan di seluruh dunia. Matematik menjadi subjek pilihan kebanyakan pengkaji di seluruh dunia disebabkan Matematik bukan sahaja berperanan sebagai subjek di sekolah, tetapi Matematik adalah sebahagian proses hidup yang dilalui oleh manusia

6

15 6

4

0 2 4 6 8 10 12 14 16

BILANGAN ARTIKEL

Sosioekonomi

Persekitaran Bilik Darjah Psikologi

Keupayaan dan kelancaran proses penaakulan

(9)

setiap hari (Alzahrani, 2022). Justeru, subjek ini dilihat amat penting untuk diterima dan dikuasai oleh setiap murid bermula di peringkat sekolah.

Daripada analisis yang dijalankan, faktor yang mempengaruhi motivasi adalah pelbagai di mana pengkaji telah mengklasifikasikannya kepada dua jenis iaitu faktor kognitif dan bukan kognitif. Faktor kognitif merujuk kepada keupayaan dan kebolehan otak untuk membuat proses penaakulan dan penyelesaian Matematik. Menurut Alzahrani (2022), murid atau pelajar yang mempunyai tahap keupayaan dan kebolehan menguasai proses penaakulan yang baik lebih bermotivasi untuk memahami dan mempelajari Matematik ke tahap yang lebih tinggi. Ini kerana kebolehan tersebut membuka ruang kepada mereka untuk menyelesaikan masalah Matematik yang sukar. Faktor kognitif ini boleh berubah dan dipengaruhi oleh faktor bukan kognitif. Dengan erti kata lain, keupayaan dan kebolehan otak untuk menguasai proses penaakulan ini boleh ditambah baik dengan meningkatkan kualiti faktor-faktor bukan kognitif (Moyano et al., 2020).

Selain daripada faktor kognitif, faktor bukan kognitif juga mempengaruhi motivasi murid dan pelajar dalam pencapaian Matematik. Pengkaji telah mengkategorikan faktor bukan kognitif ini kepada dua kategori iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Bagi motivasi intrinsik, faktornya adalah psikologi murid atau pelajar itu sendiri. Psikologi ini merujuk kepada efikasi kendiri, tahap kebimbangan, minat dan keinginan pelajar untuk berjaya dalam subjek Matematik. Menurut Salmela-Aro (2020), secara umumnya, 50% murid menunjukkan tahap minat yang semakin berkurangan terhadap semua subjek ketika mereka berada di fasa sekolah menengah. Dari segi jantina, murid lelaki lebih berminat untuk menguasai dan mendalami subjek Matematik semasa mereka berada di sekolah menengah. Manakala murid perempuan pula menunjukkan penurunan minat mereka terhadap subjek ini dan lebih cenderung kepada subjek bahasa. Selain itu, kebimbangan dan ketakutan terhadap subjek Matematik juga mempengaruhi motivasi murid di dalam subjek Matematik. Ketakutan dan kebimbangan terhadap Matematik telah dikenal pasti wujud di dalam semua sistem pendidikan di seluruh dunia. Matematik dianggap subjek yang sukar dan hasil penelitian pengkaji lepas, kesukarannya adalah lebih tinggi berbanding subjek yang lain (Resic et al., 2021).

Di samping itu, persekitaran bilik darjah juga antara faktor yang mempengaruhi motivasi murid dan pelajar dalam pencapaian Matematik. Persekitaran bilik darjah merujuk kepada gaya pengajaran guru, interaksi dan komunikasi serta pengurusan bilik darjah. Gaya pengajaran guru di dalam bilik darjah sangat mempengaruhi emosi dan motivasi murid. Mengikut kajian (Zedan, 2021), faktor yang paling mempengaruhi pencapaian murid atau pelajar ialah tahap kualiti pengajaran guru. Guru yang berjiwa positif memberi kesan yang cukup tinggi terhadap motivasi dan pencapaian murid. Hasil daripada kajian yang dilakukan di Finland ini, guru perempuan lebih digemari berbanding guru lelaki manakala guru muda pula menjadi pilihan berbanding guru yang berusia. Interaksi dan komunikasi antara guru dan murid juga mempengaruhi emosi murid. Interaksi dan komunikasi antara guru dan murid membentuk satu dimensi yang sangat penting dalam persekitaran bilik darjah dan mempunyai kesan yang amat ketara terhadap motivasi murid (Lin et al., 2020). Guru yang boleh mengawal kelas dan memberi arahan dengan jelas mampu menaikkan motivasi murid untuk menguasai ilmu Matematik dengan baik. Pengurusan sekolah amnya dan bilik darjah khususnya juga memberi kesan kepada motivasi murid. Pengurusan sekolah disyorkan agar menjalankan pengurusan secara teratur dan berkesan agar pengurusan kelas dan kualiti guru dapat ditingkatkan bagi menjamin prestasi murid dalam Matematik dapat ditingkatkan (Arop et al., 2020).

(10)

Sosioekonomi juga dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi motivasi murid. Latar belakang ibu bapa yang mempunyai pendidikan dan berpendapatan tinggi mampu menyediakan kelengkapan pembelajaran yang baik di rumah seterusnya mampu meningkatkan motivasi murid untuk mendalami ilmu Matematik (Østbø & Zachrisson, 2022). Dari perspektif yang berbeza, jantina juga dilihat sebagai penentu kepada pendidikan dan kerjaya. Murid lelaki lebih cenderung dan berminat kepada pendapatan pada masa hadapan menyebabkan mereka lebih bermotivasi untuk menguasai ilmu Matematik berbanding murid perempuan yang lebih berminat kepada keluarga dan masyarakat (Salmela-Aro, 2020).

6. Kesimpulan

Kajian ini merupakan kajian sorotan literatur bersistematik terhadap 21 artikel terpilih berkaitan dengan hubungan antara motivasi murid dengan pencapaian di dalam subjek Matematik. Artikel yang dipilih diterbitkan dalam tempoh empat tahun terkini iaitu bermula tahun 2019 sehingga tahun 2022. Kaedah analisis deskriptif digunakan oleh pengkaji bagi melihat trend penyelidikan dan motivasi murid dengan pencapaian di dalam subjek Matematik.

Seterusnya, pengkaji menganalisis faktor yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian Matematik. Hasil daripada proses penganalisisan data, pengkaji telah mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian Matematik. Ia melibatkan faktor kognitif dan bukan kognitif sebagai faktor utama yang mempengaruhi motivasi murid dalam pencapaian subjek Matematik. Faktor-faktor bukan kognitif yang dibincangkan dalam kebanyakan artikel boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik merujuk kepada psikologi manakala motivasi ekstrinsik ialah persekitaran bilik darjah dan sosioekonomi. Justeru, semua pihak haruslah peka terhadap isu yang menjadi perhatian di dalam bidang pendidikan di seluruh dunia. Ini bagi memastikan motivasi murid terhadap subjek Matematik sentiasa berada pada tahap yang baik.

Rujukan

Abín, A., Núñez, J. C., Rodríguez, C., Cueli, M., García, T., & Rosário, P. (2020). Predicting mathematics achievement in secondary education: The role of cognitive, motivational, and emotional variables. Frontiers in Psychology, 11, 876.

https://doi.org/10.3389/fpsyg.2020.00876

Acosta-Gonzaga, E., & Ramirez-Arellano, A. (2021). The Influence of Motivation, Emotions, Cognition, and Metacognition on Students’ Learning Performance: A Comparative Study in Higher Education in Blended and Traditional Contexts. SAGE Open, 11(2), 21582440211027561. https://doi.org/10.1177/21582440211027561

Aeschlimann, B., Herzog, W., & Makarova, E. (2016). How to foster students’ motivation in mathematics and science classes and promote students’ STEM career choice. A study in Swiss high schools. International Journal of Educational Research, 79, 31-41.

https://doi.org/https://doi.org/10.1016/j.ijer.2016.06.004

Alzahrani, K. S. (2022). “Away from the Textbook,” Metacognitive Strategies in Mathematics:

A Qualitative Study on Saudi Students’ Motivation to Learn Mathematics. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 18(1), em2070.

https://doi.org/10.29333/EJMSTE/11507

Anjos, M. F., & Vieira, M. V. C. (2021). Motivation. In: Facility Layout. EURO Advanced Tutorials on Operational Research (pp. 1–2). Springer, Cham https://doi.org/10.1007/978-3-030-70990-7_1

Arop, F. O., Mbon, U. F., Ekanem, E. E., & Ukpabio, G. E. (2020). School Management Practices, Teachers Effectiveness, and Students’ Academic Performance in Mathematics

(11)

in Secondary Schools of Cross River State, Nigeria. Humanities and Social Sciences Letters, 8(3), 298–309. https://doi.org/10.18488/JOURNAL.73.2020.83.298.309

Atit, K., Power, J. R., Veurink, N., Uttal, D. H., Sorby, S., Panther, G., Msall, C., Fiorella, L.,

& Carr, M. (2020). Examining the role of spatial skills and mathematics motivation on middle school mathematics achievement. International Journal of STEM Education, 7, 38. https://doi.org/10.1186/s40594-020-00234-3

Callan, G. L., & Cleary, T. J. (2018). Multidimensional assessment of self-regulated learning with middle school math students. School psychology quarterly: the official journal of the Division of School Psychology, American Psychological Association, 33(1), 103–111.

https://doi.org/10.1037/spq0000198

Dowker, A., Cheriton, O., Horton, R., & Mark, W. (2019). Relationships between attitudes and performance in young children’s mathematics. Educational Studies in Mathematics, 100(3), 211–230. https://doi.org/10.1007/s10649-019-9880-5

El-Adl, A., & Alkharusi, H. (2020). Relationships between self-regulated learning strategies, learning motivation and mathematics achievement. Cypriot Journal of Educational Sciences, 15(1), 104-111. https://doi.org/10.18844/cjes.v15i1.4461

Ersan, O., & Rodriguez, M. C. (2020). Socioeconomic status and beyond: A multilevel analysis of TIMSS mathematics achievement given student and school context in Turkey. Large- scale Assessments in Education, 8(1), 1-32. https://doi.org/10.1186/s40536-020-00093-y Garcia, T., Rodriguez, C., Betts, L., Areces, D., & González-Castro, P. (2016). How affective- motivational variables and approaches to learning predict mathematics achievement in upper elementary levels. Learning and Individual Differences, 49, 25-31.

https://doi.org/10.1016/j.lindif.2016.05.021

Gusenbauer, M., & Haddaway, N. R. (2020). Which academic search systems are suitable for systematic reviews or meta-analyses? Evaluating retrieval qualities of Google Scholar, PubMed, and 26 other resources. Research synthesis methods, 11(2), 181–217.

https://doi.org/10.1002/jrsm.1378

Holenstein, M., Bruckmaier, G., & Grob, A. (2022). How do self-efficacy and self-concept impact mathematical achievement? The case of mathematical modelling. The British journal of educational psychology, 92(1), 155–174. https://doi.org/10.1111/bjep.12443 Hammoudi, M (2019) Predictive factors of students’ motivation to succeed in introductory

mathematics courses: evidence from higher education in the UAE, International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 50:5, 647- 664, DOI: 10.1080/0020739X.2018.1529339

Jamaludin, N. I., Shahimi, S., Bibi, L., & Hameed, M. (2020). Elemen kepercayaan sebagai teras sumbangan melalui pendanaan awam bertujuan kebajikan. Asian Journal of Accounting and Governance, 13, 55-65. https://doi.org/10.17576/ajag-2020-13-05 Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-

2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Retrieved from https://www.moe.gov.my/dasarmenu/pelan-pembangunan-pendidikan-2013-2025

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Laporan Kebangsaan TIMSS 2019. Retrieved from https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/rujukan- akademik/391 8-buku-laporan-timss-2019/file [ 9 Disember 2020].

Lavasani, M. G., & Khandan, F. (2011). Relationships between self-efficacy beliefs, engagement and academic perfomance in math lessons. Cypriot Journal of Education, 2(2), 61–74.

Lin, W., Yin, H., Han, J., & Han, J. (2020). Teacher–Student Interaction and Chinese Students’

Mathematics Learning Outcomes: The Mediation of Mathematics Achievement Emotions. International Journal of Environmental Research and Public Health, 17(13), 1–17. https://doi.org/10.3390/ijerph17134742

(12)

Lim, S. Y., & Chapman, E. (2015). Identifying affective domains that correlate and predict mathematics performance in high-performing students in Singapore. Educational Psychology, 35(6), 747-764. https://doi.org/10.1080/01443410.2013.860221

Lipnevich, A. A., Preckel, F., & Krumm, S. (2016). Mathematics attitudes and their unique contribution to achievement: Going over and above cognitive ability and personality. Learning and Individual Differences, 47, 70-79.

https://doi.org/10.1016/j.lindif.2015.12.027

Liu, T., Chen, X., Liu, M., Zhang, Y., Xin, T., & Wang, Y. (2020). The effects of children’s self-educational aspiration and self-efficacy on mathematics achievement: A moderated chained mediation model. Anales de Psicologia, 36(2), 262–270.

https://doi.org/10.6018/analesps.366621

Liu, W. C. (2021). Implicit Theories of Intelligence and Achievement Goals: A Look at Students’ Intrinsic Motivation and Achievement in Mathematics. Frontiers in Psychology, 12, 593715. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2021.593715

Moyano, N., Quílez-Robres, A., & Cortés Pascual, A. (2020). Self-esteem and motivation for learning in academic achievement: The mediating role of reasoning and verbal fluidity. Sustainability, 12(14), 5768. https://doi.org/10.3390/su12145768

Muelle, L. (2020). Socioeconomic and contextual factors associated with low academic performance of Peruvian students in PISA 2015. Apuntes. Revista en Ciencias Sociales, 47(86), 111-146. https://doi.org/10.21678/apuntes.86.943

Østbø, I. U., & Zachrisson, H. D. (2022). Student motivation and parental attitude as mediators for SES effects on mathematics achievement: Evidence from Norway in TIMSS 2015. Scandinavian Journal of Educational Research, 66(5), 808-823.

https://doi.org/10.1080/00313831.2021.1939138

Reinhold, F., Hoch, S., Schiepe-Tiska, A., Strohmaier, A. R., & Reiss, K. (2021). Motivational and Emotional Orientation, Engagement, and Achievement in Mathematics. A Case Study With One Sixth-Grade Classroom Working With an Electronic Textbook on Fractions.

Frontiers in Education, 6, 588472. https://doi.org/10.3389/feduc.2021.588472

Resic, S., Omerovic, M., & Palic, A. (2021). Fear in mathematics teaching among primary school students. Journal Human Research in Rehabilitation, 11(1), 17–27.

https://doi.org/10.21554/hrr.042103

Rodríguez, S., Regueiro, B., Piñeiro, I., Estévez, I., & Valle, A. (2020). Gender Differences in Mathematics Motivation: Differential Effects on Performance in Primary Education.

Frontiers in Psychology, 10, 3050. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2019.03050

Salmela-Aro, K. (2020). The Role of Motivation and Academic Wellbeing - The Transition from Secondary to Further Education in STEM in Finland. European Review, 28(S1), S121–S134. https://doi.org/10.1017/S1062798720000952

Sides, J. D., & Cuevas, J. A. (2020). Effect of goal setting for motivation, self-efficacy, and performance in elementary mathematics. International Journal of Instruction, 13(4), 1–

16. https://doi.org/10.29333/iji.2020.1341a

Suren, N., & Ali Kandemir, M. (2020). The effects of mathematics anxiety and motivation on students’ mathematics achievement. International Journal of Education in Mathematics, Science and Technology, 8(3), 190–218. https://doi.org/10.46328/IJEMST.V8I3.926 Van der Beek, J. P., Van der Ven, S. H., Kroesbergen, E. H., & Leseman, P. P. (2017). Self‐

concept mediates the relation between achievement and emotions in mathematics. British Journal of Educational Psychology, 87(3), 478-495. https://doi.org/10.1111/bjep.12160 Wawan, & Retnawati, H. (2022). Empirical Study of Factors Affecting the Students’

Mathematics Learning Achievement. International Journal of Instruction, 15(2), 417–

434. https://doi.org/10.29333/iji.2022.15223a

Zedan, R. (2021). Student feedback as a predictor of learning motivation, academic

(13)

achievement and classroom climate. Education and Self-Development, 16(2), 27–46.

https://doi.org/10.26907/esd.16.2.03

Referensi

Dokumen terkait