PENDEKATAN STRATEGI PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN TVET: SUATU ANALISIS KAEDAH FUZZY DELPHI
Ts Dr Mohd Ridhuan bin Mohd Jamil1 Dr Mohd Syaubari bin Othman2 Dr Nurulrabihah binti Mat Noh3 Dr Abdul Muqsith bin Ahmad4
1Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia ([email protected])
2Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia ([email protected])
3Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Malaysia ([email protected])
4Kolej Vokasional Klang, Malaysia ([email protected])
___________________________________________________________________________
Abstrak: Pemerkasaan TVET adalah antara agenda pihak kerajaan dalam memastikan TVET sebagai salah satu tunjang utama dan penyumbang kepada kemajuan negara. Justeru, suatu usaha dan iltizam yang serius dari pelbagai sudut termasuk dalam konteks strategi pengajaran yang harus diimplementasikan bagi melahirkan graduan TVET yang berkualiti perlu dikenal pasti. Bertitik tolak dari itu, maka suatu pendekatan strategi pengajaran dalam pendidikan TVET haruslah dilihat dengan baik dan berkesan bagi memastikan pemindahan pengetahuan, kemahiran dan aplikasi dapat diterjemahkan kepada para pelajar. Dalam memastikan strategi pengajaran bagi pendidikan TVET ini adalah tepat dan bersesuaian dengan konteks dan budaya Malaysia, pengaplikasian berdasarkan Kaedan Fuzzy Delphi (FDM) digunakan dengan melibatkan 12 orang pakar yang terlibat secara langsung di dalam bidang TVET. Kriteria pemilihan pakar ini dibentuk berdasarkan pandangan sarjana iaitu pakar haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang dikaji (Swanson & Holton, 2008). Hasil dapatan kajian memaparkan bahawa terdapat tiga pendekatan strategi pengajaran yang berupaya digunakan dalam proses PdP bidang pendidikan TVET dalam memastikan pemindahan pengetahuan, kemahiran serta aplikasi akan terhasil secara optimum.
Strategi ini adalah terdiri daripada 1) Pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning);
2) Pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning); dan 3) Pembelajaran berasaskan pertanyaan (Enquiry Based Learning). Jika diimbas kepada kesemua strategi ini jelas membuktikan bahawa keperluan kepada pemusatan pengajaran terhadap pelajar harus dijalankan bagi pendidikan TVET kerana ia secara langsung dapat membantu dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar selanjutnya berupaya membentuk dan memandu pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang diterima dengan berkesan di industri.
Kata kunci: Pendidikan TVET, Strategi Pengajaran, Pengetahuan, Kemahiran dan Aplikasi.
Abstract. The empowerment of TVET is one of the government's agenda in ensuring that TVET is one of the main pillars and contributors to the country's progress. Therefore, a serious effort and commitment from various angles, including in the context of teaching strategies that must be implemented to produce quality TVET graduates must be identified. Based on that, then an approach to teaching strategies in TVET education must be seen as good and effective to ensure the transfer of knowledge, skills and applications can be translated to students. In ensuring that the teaching strategy for TVET education is accurate and appropriate to the context and culture of Malaysia, the application based on the Fuzzy Delphi Method (FDM) is used by involving 12 experts who are directly involved in the field of TVET. These expert selection criteria are formed based on the view of scholars that the expert should have knowledge and experience in the field under study (Swanson & Holton, 2008). The results of the study show that there are three teaching strategy approaches that can be used in the teaching and learning process in the field of TVET education in ensuring the transfer of knowledge,
skills and applications will be produced optimally. This strategy consists of 1) Problem Based Learning;
2) Student Centred Learning; and 3) Inquiry Based Learning. If scanned to all these strategies clearly proves that the need for centralization of teaching to students should be carried out for TVET education because it can directly help and improve the knowledge and skills of students further able to shape and guide students in applying knowledge received effectively in industry.
Keywords: TVET Education, Teaching Strategies, Knowledge, Skills and Applications.
__________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Pemerkaaan bidang pendidikan latihan teknik dan vokasional atau dikenali sebagai TVET dilihat amat dititik beratkan kini oleh pihak kerajaan. Hal ini boleh dilihat dengan kesungguhan pihak kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi mewujudkan Majlis TVET Negara pada bulan februari 2021. Antara kepentingan kewujudan Majlis TVET Negara ini adalah pihak kerajaan berhasrat memfokuskan kepada usaha menambah baik penyelarasan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara. Ini selaras dengan usaha memastikan laluan TVET antara suaru laluan utama di dalam agenda nasional. Justeru, pihak kerajaan telah mensasarkan dan menetapkan bahawa Majlis TVET Negara akan meneliti secara terperinci berkaitan dengan agenda tadbir urus bersepadu dan terselaras, TVET dipacu oleh pihak industri dan mencorak masa hadapan. Hal ini adalah seiring denga 12 strategi pemerkasaan yang telah ditetakan dalam usaha memperkasa TVET sebagai agenda negara.
Berbicara tentang usaha dalam memperkasakan TVET sebagai antara agenda negara, pihak KPT juga dilihat telah menyenaraikan enam inisiatif utama yang jelas mencerminkan usaha bersepadu pihak kerajaan dalam memastikan bidang TVET ini mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Enam inisiatif ini adalah meliputi 1) merangka model pembiayaan mampan; 2) membangun polisi untuk menggalakkan penyertaan industri; 3) mewujudkan Pelan Penjenamaan TVET Nasional; 4) menubuhkan TVET Collaboration Hub;
5) mewujudkan polisi penyelarasan penawaran program TVET; dan 6) membangunan Data Raya TVET.
Melihat kepada enam inisiatif yang digariskan, membuktikan penyertaan pihak industri adalah amat diharapkan. Oleh itu, proses melibatkan piak industri sebagai rakan kongsi bersama dengan pihak institusi TVET adalah diharapkan. Jika disoroti, antara langkah awal dalam mengerattkan kerjasama antara iak industri dan pihak institusi adalah menjalankan sesi perkongsian ilmah daripada pihak diindustri. Manakala, langkah seterusnya yang boleh diberikan penekanan adalah berkaitan dengan strategi pengajaran (penyampaian) yang perlu diimplementasikan kepada para pelajar jurusan TVET teruama dalam bidang kejuruteraan. Ini sesuai dengan pengajian TVET itu sendiri yang melibatkan perkongsian ilmiah sama ada secara syarahan mahu pun secara praktikal.
2. Tinjauan Literatur
Berbicara tentang strategi pengajaran (penyampaian), ia adalah suatu bentuk perpindahan pengetahuan dan kemahiran daripada pendidik kepada pelajar. Jika diperhatikan keupayaan dalam memilih strategi pengajaran juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan
pelajar yang berkualiti. Hujah ini disokong dengan penegasan Choulier (2010) yang berpendapat bahawa setiap pengajar yang terlibat adalah mempunyai tanggungjawab dalam menghasilkan pelajar kejuruteraan yang jelas berada dalam bidang TVET agar berpengetahuan, mempunyai kemahiran yang tinggi dan berkesan. Hal ini juga seiring dengan Sarimah dan Abreza (2011) yang menegaskan bahawa pelajar yang aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mampu untuk menyumbang kepada pembinaan minda dan ilmu pengetahuan di mana setiap pelajar kejuruteraan yang terlibat dengan pembelajaran ini mampu untuk mengaplikasikan teori dan praktikal di dalam kursus pengajian yang diikuti. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi seseorang pensyarah dan pengajar memilih dan menentukan strategi pengajaran (penyampaian ) mereka agar mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik dan efektif.
Jika disoroti daripada kajian lepas jelas memaparkan terdapat beberapa pendekatan strategi pengajaran yang telah diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk mengimplementasikan sesebuah latihan daripada pengajar kepada pelajar. Antara strategi pengajaran yang biasa digunakan adalah pendekatan strategi pembelajaran berpusatkan pensyarah (guru) (Teacher Centered Learning) (Bowers & Flinders, 1990; Oguz-unver &
Arabacioglu, 2011). Pembelajaran ini adalah antara pendekatan pengajaran yang sudah lama digunakan.
Pendekatan pembelajaran berikutnya adalah Pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning) (Savery, 2006; Fogarty, 1998). Proses pembelajaran ini adalah melibatkan penyelesaian pelajar terhadap permasalahan yang diberikan oleh pensyarah mereka. Savery (2006) berpandangan bahawa pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning) adalah satu pendekatan pengajaran yang telah digunakan lebih daripada 3 dekad dan ia masih relevan dan boleh digunakan dalam pelbagai disiplin bidang ilmu. Savery (2006) juga menghujahkan bahawa pendekatan pengajaran ini adalah satu pendekatan yang memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menjalankan proses penyelidikan, mengintegrasikan teori dan amalan serta menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan.
Strategi pengajaran berikutnya adalah merujuk kepada pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning). Collins dan O'Brien (2003) menegaskan bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pengajaran di mana pelajar boleh mempengaruhi kandungan, aktiviti, bahan dan kadar pembelajaran. Model pembelajaran ini adalah menjurus kepada pelajar akan bersifat dominan dalam mencari sesuatu maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Collins dan O'Brien (2003) juga turut berhujah bahawa dalam strategi pengajaran ini, pengajar hendaklah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara bebas sama ada secara individu mahu pun berkumpulan sambil dikawal oleh pengajar dalam sesi pembelajaran. Pendekatan strategi ini adalah mampu membangunkan dan membina pemikiran dan minat pelajar secara tidak langsung dapat melatih pelajar berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadap dalam sesi pembelajaran dan latihan (Gosling, 2003). Jika disoroti jelas menunjukkan bahawa strategi pengajaran bagi pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berpusatkan pensyarah berada dalam kumpulan yang sama iaitu ia memberikan ruang kepada pelajar untuk berfikir, meneroka, menyiasat, mencari maklumat selanjutnya mengutarakan pendapat dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.
Objektif Kajian
Dalam memastikan kajian yang dijaakan bersifat empirikal, maka penggunaan kumpulan pakar digunakan bagi memastikan dapatan adalah tepat dan menepati kehendak pelaksanaan dalam mendapatkan startegi egajaran yang sesuai dalam konteks pemerkasaan TVET. Maka objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a) Mengenal pasti elemen strategi pegajaran dalam pendidikan TVET berdasarkan kepada kajia literatur.
b) Mengenal pasti elemen strategi pegajaran dalam pendidikan TVET berdasarkan kepada kesepakatan kumpulan pakar.
3. Metodologi
Jika diimbas kembali, kajian ini adalah menggunakan kesepakatan kumpulan pakar dalam membuat keputusan bagi menetapkan strategi pengajaran terbaik dalam pendidikan TVET.
Maka metodologi yang diaplikasikan adalah menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang berpandukan kepada tiga syarat utama dalam menentukan kesepakatan pakar dalam kajian.
Tiga syarat utama ini adalah terdiri daripada perkara berikut:
1. Nilai ambang (d) ≤ 0.2;
2. Nilai peratusan kumpulan pakar (%) ≥ 75.0%; dan 3. Nilai skor fuzzy (A) ≥ 0.5.
Rajah 1 memaparkan aliran perjalanan kajian dalam mendapat kesepakatan kumpulan pakar terhadap strategi pengajaran (penyampaian) melalui Kaedah Fuzzy Delphi.
Rajah 1: Aliran perjalanan kajian beraskan Kaedah Fuzzy Delphi
Penentuan dan pemilihan pakar
Pembinaan soal selidik pakar
Penyebaran dan Pengutipan data
Penukaran Skala Likert ke Skala
Fuzzy
Penganalisaan Data (Triangular Fuzzy
Number):
- Syarat 1, Nilai Threshold (d)
Penganalisaan Data (Triangular Fuzzy
Number):
- Syarat 2, Peratus Kesepakatan Pakar
Penganalisaan Data (Fuzzy Evaluation
Processs):
- Syarat 3, Nilai Skor Fuzzy
(A)
Penginterpretasian Data
Di dalam kajian ini, seramai 12 orang pakar telah dipilih bagi menyertainya. Pemilihan bilangan ini adalah berdasarkan kepada Mohd Ridhuan dan Nurulrabihah (2021) yang menyatakan bahawa bilangan pakar dalam kajian yang berasakan kaedah Fuzzy Delphi adalah sekurang-kurangnya 10 orang. Mankala kriteria pemilihan pakar dalam kajian ini pula adalah berdasarkan kepada pandangan Berliner (2003) yang menghujahkan bahawa seseorang individu adalah dianggap pakar apabila ia mempunyai pengetahuan dan pengetahuan melebihi tempoh 5 tahun. Maka kriteria kumpulan pakar dalam kajian ini adalah terdiri daripada senarai berikut:
1. 2 orang pensyarah universiti dalam bidang TVET 2. 4 orang pensyarah politeknik dalam bidang TVET 3. 3 orang jurutera di industri yang menyelia pelajar 4. 3 orang penggubal kurikulum WBL
4. Dapatan kajian
Jadual 1 memaparkan dapatan kajian yang merujuk kepada elemen strategi pengajaran (penyampaian) latihan bagi para pelajar Politeknik Malaysia yang mengikuti mod pengajian pembelajaran berasaskan kerja (WBL) dalam bidang TVET di indsutri berdasarkan kepada penerimaan dan cadangan kesepakatan kumpulan pakar .
Jadual 1: Elemen strategi pengajaran (penyampaian) latihan bagi strategi pengajaran (penyampaian) bagi pelajar Politeknik Malaysia yang mengikuti mod pengajian pembelajaran berasaskan kerja (WBL) dalam bidang TVET di indsutri berdasarkan
analisa Fuzzy Delphi (FDM) dan cadangan kesepakatan kumpulan pakar
Bil Elemen Strategi Pengajaran (Penyampaian) Latihan
Syarat Triangular Fuzzy Numbers Syarat Fuzzy Evaluation Process
Kesepakatan Pakar Nilai
Threshold, d
Peratus Kesepakatan
Kumpulan Pakar, % m1 m2 m3
Skor Fuzzy
(A) 1. Pembelajaran berpusatkan
pensyarah (Lecturer Centered Learning).
0.394 25.0 0.183 0.308 0.475 0.322 TOLAK
2. Pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning).
0.119 83.3 0.767 0.917 0.983 0.889 TERIMA
3. Pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning).
0.128 91.7 0.800 0.933 0.975 0.903 TERIMA
Cadangan Elemen daripada Panel Pakar:
4. Pembelajaran berasaskan pertanyaan (Enquiry Based – Learning)
0.023 100.0 0.883 0.992 1.000 0.958 TERIMA
5. Perbincangan dan Kesimpulan
Jika diimbas kepada dapatan kajian dalam Jadual 1, jelas memaparkan hasil perbincangan kumpulan pakar menunjukkan bahawa daripada empat strategi pengajaran (penyampaian) yang boleh dijalankan kepada para pelajar politeknik ynag mengikuti pembelajaran berasaskan kerja (WBL) dalam bidang TVET di industri, hanya tiga sahaja diterima dan boleh diaplikasikan iaitu 1) Pembelajaran berasaskan masalah (Problem Based Learning; 2) Pembelajaran berpusatkan pelajar (Student Centered Learning); dan 3) Pembelajaran berasaskan pertanyaan (Enquiry Based – Learning). Manakala terdapat satu strategi pengajaran (penyampaian) yang ditolak iaitu Pembelajaran berpusatkan pensyarah (Lecturer Centered Learning). Dapatan ini adalah selari dengan mod pengajian kejuruteraan yang menjadi salah satu bidang uutama dalam TVET itu sendiri yang amat menitik beratkan kepada pembelajaran yang melibatkan usaha dan penerokaan pelajar itu sendiri dalam membina pengetahuan mereka. Manakala para pensyarah di Politeknik Malaysia dan penyelia di indstri hanyalah berfungsi sebagai moderator dan fasilitator dalam membimbing pelajar bagi mmencapai hasil pembelajaran yang berkesan.
Rujukan
Berliner, D. C. (2004b). Describing the Behavior and Documenting the Accomplishments of Expert Teachers. Bulletin of Science, Technology & Society, 24(3), 200-212.
Bowers, C. A., & Flinders, D. J. (1990). Responsive Teaching Teachers. College Press, New York.
Collins, J. W., & O'Brien, N. P. (2003). Greenwood Dictionary of Education (3rd Eds.).
Westport, CT: Greenwood.
Choulier, D. (2010). Teaching Reflexive Practice In Engineering Creative Design. Joint International IGIP-SEFI Annual Conference 2010, 19th - 22nd September 2010, Trnava, Slovakia
Fogarty, R. (1998). Problem Based Learning, a collection of articles. Hawker Brownlow:
Australia
Gosling, D. (2003). Encouraging student motivation. Dlm. Fry, H.; Ketteridge, S. & Marshall, S. (eds). A Handbook for Teaching and Learning in Higher Education. (2nd edn).
London and New York: Routledge Falmer, 162 - 181.
Mohd Ridhuan, M.J. & Nurulrabihah, M.N. (2021). Kepelbagaian Metodologi Dalam Penyelidikan Reka Bentuk Dan Pembangunan (Cetakaan ke 3). Shah Alam, Qaisar Prestige.
Oguz-unver, A. & Arabacioglu, S. (2011). Overviews On Inquiry Based And Problem Based Learning Methods. Western Anatolia Journal of Educational Sciences (WAJES), Dokuz Eylul University Institute, Izmir, Turkey ISSN 1308-8971, 303-310.
Sarimah I. & Abreza A. (2011). Aplikasi Pendekatan Penyelesaian Masalah Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Teknikal dan Vokasional di Fakulti Pendidikan UTM.
Journal of Educational Psychology and Counseling, 2(1), 113-144.
Savery, J.R. (2006). Overview of Problem-based Learning: Definitions and Distinctions.
Interdisciplinary Journal of Problem-Based Learning. Spring, 1(1), 9-20.