• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Pendorong Penglibatan Belia dalam Perniagaan Pasar Malam di Pekan Changlun, Kedah (Driving Factors for Youth Involvement in Night Market Business in Changlun Town, Kedah)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Faktor Pendorong Penglibatan Belia dalam Perniagaan Pasar Malam di Pekan Changlun, Kedah (Driving Factors for Youth Involvement in Night Market Business in Changlun Town, Kedah)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor Pendorong Penglibatan Belia dalam Perniagaan Pasar Malam di Pekan Changlun, Kedah

(Driving Factors for Youth Involvement in Night Market Business in Changlun Town, Kedah)

Sharifah Sofiah Syed Ibrahim1*, Mohamad Yuszaini Yusof1

1 Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia

*Pengarang Koresponden: atiqah@uum.edu.my Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2023.5.1.2

___________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor pendorong peniaga belia dan yang berniaga di Pasar Malam Changlun, Kedah. Belia merupakan golongan yang penting untuk membangunkan sektor ekonomi negara pada masa kini dan hadapan. Belia harus diberi galakan agar mereka dapat menyumbang kepada perkembangan Industri Kecil dan Sederhana negara. Metodologi kajian menggunakan data deskriptif dan bentuk persampelan bertujuan.

86 orang responden dipilih dari populasi seramai 110 orang peniaga dalam kategori belia (18-40 tahun) yang mendaftar di Bahagian Pendaftaran Perniagaan di Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah. Antara hasil kajian yang dikenalpasti ialah belia melibatkan diri dalam perniagaan pasar malam disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengaruh keluarga, pendapatan, pengalaman semasa disekolah, dan telah mendapat latihan dan kursus perniagaan. Dicadangkan agar program yang membantu beliau menguruskan perniagaan harus diperhebatkan lagi dan mereka perlu diberi motivasi agar mereka berdaya saing, tidak mengalah dan sanggup menghadapi cabaran jatuh bangun ekonomi negara dan perniagaan.

Usaha beliau untuk berniaga harus dihargai kerana usaha gigih mereka dapat merancakkan sektor peniagaan ini dan dapat meningkatkan kualiti hidup belia dan kelauarga mereka lebih- lebih lagi diluar bandar. Usaha beliau untuk berniaga ini adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional.

Kata Kunci: belia, perniagaan, pasar malam

Abstract: This study is to identify the driving factors of youth traders in Changlun Night Market (Pasar Malam Changlun) in Changlun, Kedah. Youths’ involvement in the business sector are crucial to develop the country's economic sector at present and in the future. Youth should be encouraged to involve in business sector so that they can contribute to the development of the country's Small and Medium Industries. The research methodology uses descriptive data and purposive sampling. 86 respondents were selected from a population of 110 youth traders who operates small business in Changlun Night Market (18-40 years old) and registered at the Business Registration Division at Kubang Pasu District Council, Jitra, Kedah. Among the results of the study identified is that youth engaged in the night market business due to several factors such as family influence, income, experience while at school, and having received training and business courses before. It is suggested, there should be more programs which may help them to manage small business and also the youth traders and business owners should be encouraged and motivated so that they remained competitive and willing to face the challenges in the national economy and business sectors. Their efforts to

(2)

operate business should be appreciated. Their hard work can stimulate business sector and economic environment and improve the over all quality of life of the youth and their families especially in rural areas. Furthermore, their efforts are in line with the National Entrepreneurship Policy.

Keywords: youth, business, night market

___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Seperti di mana-mana aktiviti perniagaan, pasar malam juga merupakan satu bentuk perniagaan yang dijalankan di kebanyakan bandar dan pekan di Malaysia. Ia dilakukan disebelah petang sehinggalah malam. Pasar malam dijalankan kebanyakannya seminggu sekali tetapi di sesetengah tempat pasar malam beroperasi dua kali seminggu. Tapak pasar malam diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tempat berkenaan dan pihak Jawatankuasa Kampung di mana pasar malam itu dijalankan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berperanan untuk memberikan lesen-lesen perniagaan kepada pemohon kerana dengan kelulusan tersebut peniaga boleh menjalankan perniagaan pasar malam di kawasan yang dipilih dan JKK menjaga kebersihan sekitar pasar malam sebelum dan selepas perniagaan dijalankan. Pasar malam merupakan salah satu kawasan tumpuan para peniaga dan pembeli. Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh para pengusaha industri kecil dan sederhana sebagai medium untuk menjual barangan mereka. Ia juga merupakan salah satu cara meningkatkan ekonomi bagi Industri Kecil dan Sederhana dan menyumbang kepada peningkatan KDNK negara.

Perniagaan pasar malam memberi peluang kepada para peniaga untuk menjual barangan mereka serta membantu pembeli mendapatkan pelbagai barangan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan. Pasar malam juga menyediakan persekitaran yang menarik dengan lampu dan laungan penjual sambil menjual barangan jualan mereka dan dengan menawarkan pelbagai makanan yang menarik. Suasana ini menarik perhatian pembeli untuk membeli barangan keperluan mereka di pasar malam. Pasar malam sering digambarkan sebagai suatu budaya yang unik di Malaysia. Ia melibatkan orang awam, makanan, peralatan serta mengamalkan konsep pasaran terbuka kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga di mana- mana kawasan pasar malam. Pasar malam juga dikatakan satu daya tarikan pelancong kerana keunikan pasar malam di Malaysia ini mendorong pelancong untuk menikmati suasana yang unik itu. Lapisan masyarakat dan pelbagai kaum yang terlibat dalam perniagaan pasar malam menguatkan lagi elemen keunikan tersebut.

2. Ulasan Karya

Kajian Lee Ai Chu (2008) mengenai faktor-faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga di kawasan yang dipilih itu. Terdapat empat faktor yang mendorong peniaga untuk berniaga yang diperolehi oleh beliau dalam kajian antaranya ialah faktor pendapatan, faktor pengaruh keluarga, faktor pengalaman di sekolah serta faktor pengalaman penglibatan diri dalam latihan dan kursus berkaitan perniagaan. Berdasarkan dapatan kajian beliau, mendapati bahawa faktor pendapatan sebagai faktor utama mendorong peniaga untuk berniaga kerana faktor pendapatan dapat menjana ekonomi para peniaga. Sehubungan dengan itu, jelaslah bahawa bagi memulakan sesuatu perniagaan terdapat faktor-faktor yang mendorong mereka untuk berniaga dan faktor tersebut menjadi aspek utama kepada peniaga untuk terus melibatkan diri dalam bidang perniagaan seperti pasar malam.

(3)

Seterusnya, Othman Chin dan Mohd Zainal Munsyid Harun (2015) juga telah menjalankan kajian berkenaan pasar malam. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini adalah berkaitan permulaan bagi usahawan muda adalah melalui kegiatan pasar malam. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti peluang yang wujud untuk generasi muda bagi menceburi perniagaan kecil dan mikro seperti perniagaan pasar malam. Hal ini kerana, penyelidik menyedari, kegiatan pasar malam yang diusahakan oleh masyarakat ini berperanan bagi menyumbang kepada ekonomi negara. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu. Sehubungan dengan itu, kajian yang dilakukan oleh Othman Chin dan Zainal Munshid ini telah menjelaskan bahawa perniagaan pasar malam adalah penyumbang kepada mewujudkan usahawan muda yang baharu

Selain itu, Khursiah Abd. Aziz dan Avini Sapindal (2012) juga telah menjalankan kajian mengenai kegiatan pasar malam ini. Kajian mereka adalah mengenai “Customer buying behaviour at a night market” yang melibatkan kawasan di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan sesi temu bual bersama pelanggan yang mengunjungi pasar malam di Taman Sri Muda. Hasil kajian yang diperolehi oleh Khursiah Abd. Aziz dan Avini ini mendapati gelagat pelanggan untuk membeli di pasar malam adalah dipengaruhi oleh faktor sosio-demografi. Hal ini kerana, didapati pasar malam di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor ini ramai dikunjungi oleh pelanggan disebabkan lokasi yang strategik

Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz dan Rohaizah Abdul Latif (2012) juga telah menjalankan kajian mengenai pasar malam. Mereka mendapati pasar malam telah diiktiraf sebagai platform perniagaan yang berpotensi untuk membantu perkembangan ekonomi tempatan. Kajian ini juga mendapati terdapat ciri-ciri yang menentukan ‘typology’ di pasar malam iaitu melibatkan persekitaran pasar malam, peniaga, pelanggan, pengunjung, masyarakat sekeliling, Pihak Berkuasa Tempatan serta suasana pasar malam yang dinamik.

Tujuan kajian ini juga adalah untuk melihat tahap kedinamikan pasar malam yang diukur melalui kepelbagaian, ketumpatan dan tahap interaksi komuniti. Kajian ini juga mendapati bahawa aktiviti perniagaan pasar malam mempunyai hubungan dengan elemen-elemen

typology’ di sesuatu kawasan. Perniagaan ini juga dapat membantu golongan peniaga muda atau warga tua untuk menjana pendapatan serta diklasifikasikan kepada penyumbang ekonomi tidak formal bagi Malaysia

Fauzilah Salleh et al. (2012) juga telah menjalankan kajian ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi peniaga pasar malam di Malaysia. Kajian ini dijalankan di kawasan pasar malam di tujuh daerah di negeri Terengganu. Faktor yang dikaji ialah antaranya faktor sumber kewangan, citarasa dan pilihan pengguna, permintaan produk, kehidupan perniagaan dan bilangan pekerja. Hasil kajian yang didapati oleh penyelidik mendapati faktor utama yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam ialah faktor bilangan pekerja dan jangka hayat perniagaan. Didapati peningkatan prestasi peniaga pasar malam ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor utama seperti sumber kewangan, citarasa dan pilihan pengguna, permintaan produk, kehidupan perniagaan dan bilangan pekerja bagi mendorong para peniaga supaya bermotivasi untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan pasar malam.

Seterusnya, Effendi (2014) juga turut melakukan kajian mengenai bagaimana pasar malam memasarkan produk daerah di Kabupaten Kutai Kartanegara, Indonesia. Beliau melakukan penyelidikan ini di tujuh lokasi pasar malam di bawah mukim Kabupaten Kutai Kertanegara iaitu Samboja, Muara Jawa, Sanga-Sanga, Anggana, Muara Badak, Marang Kayu dan Kota Bangun. Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau mendapati bagi meningkatkan pemasaran

(4)

produk di pasar malam di daerah Kabupaten Kutai Kartanegara ini memerlukan peraturan dan undang-undang perniagaan dikuatkuasakan bagi mewujudkan peniaga yang berdaftar, membolehkan pengawasan dilakukan ke atas semua produk yang dijual di pasar malam, pembinaan kemudahan dan infrastruktur pasar malam serta bimbingan dan latihan khusus kepada para peniaga pasar malam. Peniaga juga memerlukan kelayakan khusus agar perniagaan ini dapat dijadikan bidang pekerjaan utama bagi mengelakkan isu pengangguran di kawasan ini.

Hou (2007) juga pernah melakukan kajian berkenaan pasar malam ini. Kajian yang dilakukan oleh beliau ini adalah mengenai pembangunan pasar malam yang dilakukan di Daerah antarabangsa Chinatown, Seattle. Pembangunan pasar malam mini bertujuan untuk memulihkan ekonomi, keselamatan awam dan pembangunan komuniti. Salah satu aktiviti pembangunan yang dilakukan adalah melalui program-program belia dan disokong oleh PBT.

Hal ini kerana, pasar malam yang terlibat di kawasan ini akan mewujudkan interaksi masyarakat dengan lebih luas lagi. Pembangunan pasar malam di kawasan ini dibentuk untuk membantu meluaskan konsep dan reka bentuk persekitaran di kawasan bandar Seattle ini.

Impak pasar malam di daerah ini telah menunjukkan peluang dan untuk membentuk semula persekitaran awam dan hubungan sosial dalam masyarakat. Disimpulkan bahawa pasar malam memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan interaksi dalam masyarakat kerana persekitaran mampu mempengaruhi tingkah laku penduduk.

Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz dan Amri Ahmad (2013) juga telah menjalankan satu kajian mengenai pasar malam di mana kajian mereka berfokuskan kepada ciri-ciri pasar malam, profil peniaga, profil pembeli serta sokongan dan peranan pihak berkuasa tempatan yang disediakan. Hasil kajian mereka mendapati aktiviti pasar malam ini adalah satu aktiviti yang menimbulkan suasana yang meriah. Hal ini kerana, sesuatu kawasan pasar malam itu akan dipenuhi oleh peniaga serta pengunjung yang ramai. Kepelbagaian jenis barangan yang dijual menyebabkan pasar malam itu menjadi satu daya tarikan kepada pengunjung. Tambahan lagi, ia juga disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mengunjungi pasar malam sama ada Melayu, Cina, India dan sebagainya. Interaksi yang tinggi dapat diwujudkan antara peniaga dan pembeli apabila adanya pasar malam ini.

Khalilah Zakariya (2010) juga menjalankan kajian berkenaan dengan kegiatan pasar malam.

Kajian yang dilakukan ini telah menunjukkan koleksi pengalaman berjalan yang dilalui oleh beliau di sekitar kawasan pasar malam yang berbeza-beza di Kuala Lumpur. Beliau mendapati terdapat pelbagai jenis pasar malam di sekitar Kuala Lumpur iaitu terbahagi kepada kurang formal dan formal. Beliau menggunakan pendekatan etnografi dalam kajian ini iaitu melalui pengalaman berjalan kaki seorang diri, pemerhatian dan perbualan dengan peniaga dan pengunjung serta melalui foto-dokumentasi. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persekitaran yang berbeza-beza di setiap kawasan pasar malam di Kuala Lumpur seperti Pasar malam Jalan TAR, Uptown Danau Kota, Pasar malam di Jalan Kuching dan sebagainya. Beliau juga membentangkan tiga projek yang terkandung dalam kajian ini iaitu berjalan di sekitar pasar malam, diari urban dan peta perjalanan penjual.

Khursiah Abd. Aziz dan Lye Wai Yeng (2011) juga telah menjalankan kajian mengenai pasar malam, bertujuan untuk melihat potensi pasar malam di Taman Sri Muda, Shah Alam sebagai tarikan pelancongan baru. Hal ini kerana, kajian ini memberi penekanan kepada ciri-ciri fizikal iaitu tapak pasar malam. Mereka mendapati pasar malam di Taman Sri Muda, Shah Alam ini berpotensi untuk menjadi destinasi popular dan mampu memberi peluang memperolehi pengalaman yang berbeza kepada pelancong tempatan dan luar negara. Hasil dapatan kajian

(5)

menunjukkan kepelbagaian budaya dan adat daripada pelbagai kaum menunjukkan imej sebagai “satu keluarga besar” kepada pelancong mengenai pasar malam di Taman Sri Muda, Shah Alam ini. Selain itu, pasar malam di Taman Sri Muda, Shah Alam turut menyediakan kepelbagaian makanan dan barangan kepada pelanggan serta lokasi tapak yang strategik yang dapat menarik para pengunjung dan pelancong tempatan dan pelancong asing.

Yu (2004) melalui artikel jurnal beliau menjelaskan pasar malam di Taiwan adalah merupakan kawasan yang mempunyai persekitaran tenang untuk interaksi sosial. Pasar malam adalah platform bagi peniaga-peniaga untuk memperolehi pendapatan melalui penjualan barangan dan makanan. Beliau turut menjelaskan pasar malam di Taiwan telah dijadikan ruang kepada kepelbagaian budaya campuran iaitu budaya China, Jepun dan Inggeris. Kepebagaian tersebut mengakibatkan pasar malam di Taiwan ini berpotensi untuk menjadi satu kegiatan popular kerana dapat menarik pengunjung serta pelancong asing.

Green (2013) telah menulis mengenai belia yang terlibat dalam bidang perniagaan. Menurut beliau, kebanyakan belia-belia di bawah negara Kesatuan Eropah mengalami masalah tidak mempunyai pekerjaan. Kadar pengangguran belia di negara-negara seperti Greece dan Sepanyol adalah lebih 40 peratus. Bidang keusahawanan mampu mengelakkan beliau daripada masalah pengangguran. Penglibatan dalam keusahawanan dan perniagaan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan inovasi, meningkatkan persaingan, dan bertindak balas kepada tren dan peluang ekonomi. Beliau berpendapat keusahawanan belia menawarkan satu penyelesaian kepada kelemahan ekonomi sesebuah negara. Menurut Green, beliau mempunyai kadar minat yang tinggi dalam perniagaan, namun kadar belia yang bekerja sendiri adalah rendah disebabkan oleh kegagalan pasaran, halangan modal dan keinginan untuk flesibiliti dalam kerja. Walaubagaimanapun, beliau berpendapat golongan belia haruslah melibatkan diri dalam bidang keusahawanan demi mengelakkan dari berlakunya masalah pengangguran.

3. Metodologi Kajian

Populasi kajian didapati dari Majlis Daerah Kubang Pasu, Kedah (2016) dan didapati jumlah peniaga yang berdaftar untuk berniaga di pasar malam changlun ialah seramai 170 orang dan hanya 110 orang sahaja yang berumur antara 15 sehingga 40 tahun. Pemilihan sampel adalah berjumlah 86 orang dari populasi berjumlah 110 orang berdasarkan garis panduan daripada jadual persampelan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Teknik persampelan yang digunapakai ialah persampelan bertujuan (purposive sampling). Kertas kerja ini menggunakan dua sahaja bahagian dari keseluruhan instrumen soalan iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi tujuh soalan berkaitan demografi responden. Ianya merangkumi jantina, umur, taraf pendidikan, kaum, ahli keluarga turut melibatkan diri dalam perniagaan ini, status pekerjaaan sebagai peniaga pasar malam dan pendapatan bulanan berniaga di pasar malam Changlun sahaja.

Manakala Bahagian B mengenai faktor yang mendorong belia berniaga. Responden perlu memilih jawapan yang diberikan berdasarkan skala likert yang mengadungi lima (5) pilihan jawapan iaitu skala bagi 1 mewakili sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 tidak pasti, 4 setuju dan 5 sangat setuju. Bahagian C mengandungi 27 soalan berkaitan dengan faktor-faktor penglibatan dalam bidang perniagaan pasar malam. Nilai Cronbach’s Alpha bagi bahagian B ialah 0.805. Soalan-soalan tersebut dibahagikan kepada empat bahagian iaitu pengaruh keluarga, pendapatan, pengalaman di sekolah dan latihan dan kursus perniagaan.

(6)

4. Hasil kajian dan Perbincangan Bahagian A: Demografi Responden

Jadual 1: Demografi Responden

Frekuensi Peratus Peratus Terkumpul Jantina

Lelaki 67 77.9 77.9

Perempuan 19 22.1 100.0

Umur

15-20 tahun 2 2.3 2.3

21-24 tahun 6 7.0 9.3

25-30 tahun 22 25.6 34.9

31-35 tahun 32 37.2 72.1

36-40 tahun 24 27.9 100.0

Pengajian Tertinggi

UPSR 6 7.0 7.0

PMR/SRP 17 19.8 26.8

SPM 46 53.5 80.3

STP 15 17.4 97.7

Diploma 2 1.7 99.4

Lain-lain 0 0.6 100.0

Kaum

Melayu 74 86.0 86.0

Cini 11 13.0 99.0

India 1 1.0 100.0

Penglibatan Ahli Keluarga Dalam Perniagaan

Ya 37 43.0 43.0

Tidak 49 57.0 100.0

Status Pekerjaan Responden Sebagai Peniaga Pasar Malam

Tetap 61 70.9 70.9

Sementara 25 29.1 100.0

Pendapatan Bulanan Berniaga Di Pasar Malam Changlun

RM 200 ke bawah 2 2.3 2.3

RM 401-RM 600 4 4.7 7.0

RM 601-RM 800 22 25.0 32.6

RM 801-RM 1000 27 31.4 64.0

RM 1000 ke atas 31 36.0 100.0

Berdasarkan Jadual 1 daripada 86 orang responden, seramai 67 orang (77.9 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 19 orang (22.1 peratus) adalah reponden perempuan. Ini menunjukkan peniaga belia lelaki lebih ramai berbanding peniaga belia perempuan untuk terlibat dalam perniagaan pasar malam di Changlun ini. Lingkungan umur tertinggi belia yang melibatkan diri dengan perniagaan pasar malam di Changlun ialah 31 hingga 35 tahun iaitu sebanyak 32 orang responden (37.2 peratus). Manakala, diikuti dengan

(7)

umur 36 hingga 40 tahun mencatatkan bilangan umur kedua tertinggi iaitu sebanyak 24 orang responden (27.9 peratus). Di samping itu, bagi umur belia 25 hingga 30 tahun, 21 hingga 24 tahun dan 15 hingga 20 tahun masing-masing mencatatkan bilangan responden sebanyak 22 orang (25.6 peratus), enam orang (7 peratus) dan dua orang (2.3 peratus).

Hasil kajian menunjukkan taraf pendidikan SPM merupakan taraf pendidikan yang tertinggi dikalangan peniaga beliau di pasar malam Changlun iaitu sebanyak 46 orang atau 53.5 peratus.

Ini menunjukkan majoriti golongan belia peniaga berjaya menyelesaikan pengajian rendah dan menengah dan mereka mempunyai kebolehan dan pengetahuan asas perniagaan bagi menampung pendapatan mereka. Di samping itu, taraf pendidikan PMR/SRP mencatatkan bilangan kedua terbanyak iaitu mencatatkan 17 orang (19.8 peratus). Diikuti dengan taraf pendidikan STPM, UPSR dan Diploma di mana masing- masing mencatatkan sebanyak 15 orang (17.4 peratus), 6 orang (7 peratus) dan 2 orang atau 1.7 peratus. Kaum Melayu mencatatkan bilangan responden yang paling tinggi dalam perniagaan pasar malam di Changlun ini iaitu sebanyak 74 orang atau 86 peratus. Situasi ini menunjukkan, peniaga belia Melayu sudah menyedari penglibatan dalam perniagaan pasar malam ini mampu memberikan sumber ekonomi serta dapat meningkatkan taraf hidup. Seramai 11 orang responden atau 13 peratus daripada peniaga beliau pasar malam di Changlun ialah dari kaum Cina. Kaum India pula mencatatkan bilang responden paling rendah iaitu sebanyak 1 orang atau 1 peratus.

Jadual 1 menunjukkan seramai 49 orang responden atau 57 peratus tidak melibatkan ahli keluarga dalam perniagaan mereka tersebut manakala sebanyak 37 orang responden atau 43 peratus melibatkan ahli keluarga dalam perniagaan mereka tersebut. Peniaga belia memilih untuk berniaga persendirian dengan tidak melibatkan ahli keluarga sendiri. Kebanyakan peniaga belia ini merupakan orang Melayu dan perniagaan bukan merupakan budaya keluarga mereka. Status pekerjaan tetap mencatatkan bilangan responden yang tertinggi iaitu sebanyak 61 orang atau 70.9 peratus status manakala status pekerjaan sementara pula mencatatkan sebanyak 25 orang atau 29.1 peratus. Kebanyakan peniaga belia di pasar malam Changlun menjadikan perniagaan pasar malam adalah satu kerja yang tetap dan perniagaan ini merupakan sumber ekonomi utama mereka. Perniagaan pasar malam Changlun merupakan pasar malam yang agak popular di Daerah Kubang Pasu kerana ia berhampiran dengan Universiti Utara Malaysia dan Matrikulasi Changlun dan mampu memberi keuntungan yang tinggi kepada peniaga belia.

Jumlah pendapatan bulanan peniaga belia yang berniaga di pasar malam Changlun yang paling tinggi adalah RM 1000 dan ke atas iaitu sebanyak 31 orang atau 36 peratus. Seterusnya, pendapatan bulanan bagi RM 801 hingga RM 1000 pula mencatatkan sebanyak 27 orang atau 31.4 peratus. Di samping itu, jumlah pendapatan bulanan bagi RM 601 hingga RM 800 pula mencatatkan sebanyak 22 orang atau 25.6 peratus. Manakala, bagi pendapatan bulanan RM 401 hingga RM 600 dan RM 200 ke bawah menunjukkan bilangan yang rendah iaitu masing- masing mencatatkan sebanyak empat orang (4.7 peratus) dan dua orang (2.3 peratus). Jumlah pendapatan bulanan ini menunjukkan jumlah pendapatan yang memberangsangkan kerana jumlah pendapatan bulanan ini hanya kutipan di pasar malam Changlun sahaja. Kebanyakan peniaga akan berniaga di pasar malam yang berlainan pada setiap hari dan sekiranya jumlah pendapatan ini dicampurkan dengan pendapatan di pasar malam lain ia menunjukkan peniaga akan mendapat pendapatan bulanan yang agak tinggi.

(8)

Bahagian B: Faktor Pendorong Beliau Berniaga Pasar Malam

Jadual 2: Pengaruh Keluarga

No Kenyataan Sts

%

Ts

%

Tp

%

S

%

Ss

% 1 Pengalaman membantu keluarga dalam menjalankan

perniagaan pada masa dahulu telah mendorong saya untuk berniaga

0 5.8 10.5 74.4 9.3

2 Saya berminat menjalankan perniagaan ini kerana sokongan ahli keluarga saya

0 5.8 7 73.3 14

3 Saya menjalankan perniagaan ini kerana ahli keluarga saya turut membantu saya menjalankan perniagaan ini

2.3 2.3 9.3 65.1 20.9

4 Sokongan modal daripada ahli keluarga saya mendorong saya untuk berjaya

1.2 3.5 4.7 67.4 23.3

5 Kejayaan ahli keluarga saya dalam bidang perniagaan telah meyakinkan saya untuk memulakan perniagaan

0 5.8 11.6 59.3 23.3

6 Keluarga saya mengambil berat tentang perniagaan saya 1.2 0 8.1 75.6 15.1 7 Ahli keluarga saya membantu saya sentiasa berusaha

dalam memajukan perniagaan saya

1.2 1.2 2.3 62.8 32.6

Berdasarkan Jadual 2, majoriti responden bersetuju bahawa pengaruh keluarga merupakan salah satu faktor dominan yang mempengaruhi keterlibatan golongan belia dalam perniagaan pasar malam di Changlun. Kenyataan yang ke 6 iaitu keluarga mengambil berat tentang perniagaan beliau mendapat skor yang tertinggi bagi responden yang bersetuju iaitu sebanyak 75.6 peratus. Manakala skor sangat bersetuju ialah bagi kenyataan ahli keluarga membantu dan sentiasa berusaha dalam memajukan perniagaan beliau iaitu sebanyak 32.6 peratus.

Jadual 3: Pendapatan

No Kenyataan Sts

%

Ts

%

Tp

%

S

%

Ss

% 1 Hasil pendapatan perniagaan adalah dorongan utama

saya untuk menjalankan perniagaan ini

0 0 5.8 58.1 36

2 Saya berniaga apabila melihat orang lain mendapat pendapatan tinggi dalam perniagaaan mereka

0 9.3 7 60.5 23.3

3 Saya berniaga kerana berasa hasil pendapatan perniagaan saya lebih tinggi jika dibandingkan dengan makan gaji

0 0 9.3 53.5 37.2

4 Pendapatan yang boleh menjamin kehidupan mendorong saya

0 2.3 2.3 65.1 30.2

5 Saya berniaga kerana hasil pendapatan diperolehi membolehkan keluarga saya hidup dengan selesa

0 2.3 5.8 60.5 31.4

6 Saya berpuas hati dengan pendapatan yang saya terima sekarang

0 5.8 8.1 57 29.1

7 Saya yakin bahawa saya masih boleh meningkatkan lagi pendapatan perniagaan saya pada masa akan datang

0 3.5 3.5 57 36

(9)

Berdasarkan Jadual 3, majoriti responden bersetuju bahawa faktor pendapatan merupakan salah satu faktor dominan yang mempengaruhi keterlibatan golongan belia dalam perniagaan pasar malam di Changlun. Skor tertinggi iaitu 65.1 peratus bersetuju dengan kenyataaan bahawa pendapatan perniagaan boleh menjamin kehidupan mendorong beliau melibatkan diri dalam perniagaan merupakan. Kenyataan yang sangat dipersetujui ialah peniaga merasai bahawa hasil pedapatan dari perniagaan adalah lebih tinggi dari makan gaji (berpendapatan tetap) iaitu 37.2 peratus.

Jadual 4: Pengalaman Di Sekolah

No Kenyataan Sts

%

Ts

%

Tp

%

S

%

Ss

% 1 Saya berminat dalam perniagaan ini sejak belajar mata

pelajaran yang berkaitan di sekolah

2.3 15.1 36 40.7 5.8

2 Penglibatan dalam persatuan keusahawanan semasa di sekolah menyebabkan saya berminat dalam perniagaan ini

3.5 9.3 33.7 41.9 11.6

3 Penglibatan dalam aktiviti yang berkaitan perniagaan semasa di sekolah menyebabkan saya berminat dengan perniagaan ini.

3.5 7 46.5 37.2 5.8

4 Kemahiran dan pengetahuan yang saya pelajari di sekolah menyakinkan saya untuk menubuhkan perniagaan saya sendiri.

3.5 5.8 32.6 45.3 12.8

5 Saya menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang saya pelajari dalm perniagaan saya

2.3 11.6 33.7 41.9 10.5

6 Saya mempelajari bagaimana menguruskan perniagaan semasa di sekolah

4.7 7 37.2 43 8.1

7 Pengetahuan dan kemahiran yang saya pelajari dulu membantu saya untuk menyelesaikan masalah dalam perniagaan

2.3 8.1 37.2 40.7 11.6

Berdasarkan Jadual 4, secara keseluruhannya faktor pengalaman di sekolah menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa pengalaman mereka di sekolah merupakan faktor penting yang mempengaruhi keterlibatan mereka dalam perniagaan pasar malam. Skor yang paling tinggi bagi responden yang bersetuju ialah pada kenyataan yang ke 4 iaitu kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di sekolah menyakinkan beliau untuk menubuhkanperniagaan sendiri iaitu 45.3 peratus.

Jadual 5: Latihan dan Kursus Perniagaan

No. Kenyataan Sts

%

Ts

%

Tp

%

S

%

Ss

% 1 Setelah menghadiri kursus perniagaan, saya mula

berminat untuk menubuhkan perniagaan sendiri

3.5 19.8 41.9 32.6 2.3

2 Latihan atau kursus perniagaan telah member motivasi kepada saya untuk berniaga

5.8 14 51.2 18.6 10.5

3 Latihan atau kursus yang saya sertai dapat membina keyakinan saya dalam bidang perniagaan ini

9.3 16.3 39.5 27.9 7

(10)

4 Khidmat nasihat daripada agensi-agensi tertentu telah membantu saya dalam menggerakkan perniagaan ini.

8.1 17.4 40.7 26.7 7

5 Latihan atau kursus yang saya sertai telah membolehkan saya berdaya saing dalam bidang perniagaan ini

5.8 17.4 36 33.7 7

6 Kursus-kursus yang berkaitan telah meningkatkan ilmu saya dalam bidang yang berkaitan

11.6 11.6 33.7 31.4 11.6

Jadual 5 menunjukkan secara umumnya, majoriti responden cenderung untuk memilih skala

‘tidak pasti’ bagi item-item yang dinyatakan di bawah faktor latihan dan kursus perniagaan.

Item yang memiliki peratusan ‘tidak pasti’ ialah “Latihan atau kursus perniagaan telah memberi motivasi kepada saya untuk berniaga” dengan jumlah 51.2 peratus. Besar kemungkinan latihan dan kursus perniagaan yang mereka sertai semasa zaman persekolahan tidak memberi impak untuk mereka terlibat dalam bidang perniagaan pasar malam. Namun 33.7 peratus responden bersetuju bahawa latihan dan kursus perniagaan yang disertai beliau telah membolehkannya bersaing dalam perniagaan.

5. Kesimpulan

Tidak syak lagi perniagaan pasar malam boleh menyediakan sumber pendapatan bagi belia.

Pasar malam juga boleh menjadi wahana untuk pembeli dari pelbagai kaum, status sosial dan tempat untuk mendapatkan barang keperluan mereka. Bentuk dan gaya pasar malam boleh dipermodenkan agar ianya lebih bersih, sistematik dan menarik. Kepelbagaian barangan dan harga yang berpatutan yang ditawarkan di pasar malam boleh digunapakai untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara jika betul cara dan gayanya. Pasar malam yang tumbuh dan berkembang secara semulajadi disebabkan oleh keperluan pengguna harus dimajukan dan digalakkan perkembangannya agar dengan adanya keterlibatan golongan belia, ianya boleh menaikkan dan merancakkan ekonomi Industri Kecil dan Sederhana pada masa yang sama dapat meredakan masalah pengangguran dikalangan belia Malaysia.

Rujukan

Effendi, M. (2014). Kajian pasar malam dalam rangka upaya memasarkan produk daerah di Kabupaten Kutai Kartanegara. Kalimantan Timur: Universitas Mulawarman Samarinda.

Fauzilah Salleh, Noryati Yaakub, Kamariah Yunus, Mazuri Abd Ghani & Wan Kuntom Wan Sulong. (2012). Factors Influencing the Night Market Traders’ Performance in.

International Journal of Business and Manegement, 32-39.

Green, F. (2013). Youth entrepreneurship. OECD (pp. 1-33). United States: OECD.

Hou, J. (2007). Night Market and the Reconstruction of Public Realm in Seattle’s Chinatown- International District. Proceedings of the 6th Conference of the Pacific Rim Community Design Network, 1-6.

Khalilah Zakariya. (2010). Walking through night markets: a study on experiencing everyday urban culture. The 11th International Joint World Cultural Tourism Conference, 1- 11.

Khursiah Abd. Aziz & Lye Wai Yeng. (2011). Exploring the potential of night market as a tourist attraction. International Journal of Business and Social Science, 146-157.

Khursiah Abd. Aziz & Avini Sapindal. (2012). Customer buying behaviour at a night market.

Interdisciplinary Journal of Contemporary research in business, 377- 394.

(11)

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970) Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Lee Ai Chu. (2008). Faktor-Faktor Yang Mendorong Peniaga Untuk Berniaga Di Pasar Malam Di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz & Amri Ahmad. (2013). Dynamism of a night market.

Journal of Case Research in Business and Economics, 1-15.

Nor Khomar Ishak, Khursiah Abd. Aziz & Rohaizah Abdul Latif. (2012). Typology Night markets in Malaysia. Journal of Case Research in Business and Economics, 1-10.

Othman Chin & Mohd Zainal Munsyid Harun. (2015). Night market: A platform for creating new entrepreneurs. Humanities and Social Sciences, 32-36

Yu, S. D. (2004). Hot and noisy Taiwan's Night market culture. The minors art of daily life:

Popular culture in Taiwan, 129-149.

Referensi

Dokumen terkait