International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 | Vol. 4 No. 4 [December 2022]
Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap
PENEROKAAN ELEMEN BAGI DOMAIN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA DI POLITEKNIK
MALAYSIA
(EXPLORING THE DOMAIN ELEMENTS FOR IMPLEMENTATION OF WORK-BASED LEARNING IN
MALAYSIAN POLYTECHNICS)
S. Puteh1*, Z. Mohamad2, W. R. W. Omar3 dan N. M. Saleh4
1 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, MALAYSIA
2 3 4 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, MALAYSIA
*Pengarang penghubung: [email protected]
Article Information:
Article history:
Received date : 27 September 2022 Revised date : 8 November 2022 Accepted date : 28 November 2022 Published date : 7 December 2022
To cite this document:
Puteh, S., Mohamad, Z., Omar, W. R. W.,
& Saleh, N. M. (2022).PENEROKAAN ELEMEN BAGI DOMAIN
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KERJA DI
POLITEKNIK MALAYSIA.
International Journal of Education and Pedagogy, 4(4), 8-16.
Abstrak: Tujuan kajian adalah meneroka elemen-elemen bagi domain yang telah dikenal pasti dalam pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL), untuk meningkatkan pelaksanaan dan melahirkan graduan Politeknik yang berkualiti. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif, di mana temu bual telah dilaksanakan melibatkan 7 orang pakar iaitu 4 orang pekerja profesional dari industri dan 3 orang pakar bidang dari ahli akademik. Data dipungut menggunakan instrumen protokol temu bual semi struktur, dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tema. Dapatan dari kajian telah memperolehi 9 domain utama yang telah dikenal pasti sebagai perkara yang perlu dipertekankan dalam pelaksanaan WBL, manakala sejumlah 65 bilangan elemen telah diperolehi, di mana setiap domain mempunyai bilangan elemen yang berbeza. Berdasarkan dapatan dari kajian ini, domain dan elemen yang diperolehi boleh digunakan bagi membangunkan sebuah Rangka kerja pembangunan Ilmu Metakognitif untuk WBL bagi Politeknik
1. Pengenalan
Pihak Institusi TVET khususnya Politeknik sentiasa menitik beratkan keupayaan graduan menepati syarat atau ciri yang diperlukan oleh industri dalam mengisi permintaan pasaran kerja. Menurut kajian (Norman et al., 2017; Harun et al., 2020), pelajar teknikal perlu diberi pendedahan tentang bakat bekerja supaya mampu menarik minat pemegang taruh (stakeholder) dalam sektor industri untuk memberi pekerjaan. Oleh itu, Sistem pendidikan di Politeknik Malaysia telah bergerak maju memperkenalkan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL), ianya merupakan pendekatan pembelajaran yang mengabungjalinkan pembelajaran di Politeknik dengan pembelajaran di industri serta mewujudkan pengalaman bersepadu (teori dan praktikal) kepada pelajar (Shaipul Anuar, 2018).
Merujuk kepada Buku Panduan WBL Politeknik dan Garis Panduan Mod Pengajian 2U2i (KPTM, 2017) menggariskan WBL adalah pendekatan pembelajaran berstruktur yang melibatkan proses pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kerja sama ada di institusi pengajian dan di tempat kerja.
Kata kunci: Pembelajaran Berasaskan Kerja, Pembangunan Kerangka, Kolaborasi, TVET.
Abstract: The purpose of the study is to explore the elements of the domains that have been identified in the implementation of Work-Based Learning (WBL) to improve implementation and produce quality Polytechnic graduates.
This study uses a research approach qualitative method, where interviews have been conducted involving 7 experts, namely 4 professional workers from industry and 3 field experts from academics. Data was collected using a semi- structured interview protocol instrument and analyzed using the thematic analysis method. Findings from the study have obtained 9 main domains that have been identified as things that need to be emphasized in the implementation of WBL, while a total of 65 elements have been obtained, where each domain has a different number of elements. Based on the findings from this study, the domains and elements obtained can be used to develop a Metacognitive Knowledge Development Framework for WBL for Polytechnic Malaysia for further research and can be used as a reference for TVET institutions that implement WBL.
Keywords: Work Based Learning, Framework Development, TVET.
Kertas kerja ini disusun seperti berikut: dalam Topik 2 dinyatakan ulasan kajian lepas secara ringkas berkaitan dasar dan polisi kerajaan yang terkini, berkaitan menyokong perlunya perubahan dalam pelaksanaan pendidikan tinggi bagi melahirkan graduan yang mempunyai bakat kerja serta berkemahiran tinggi selari dengan pembangunan industri negara. Dalam topik ini juga dijelaskan sejarah pelaksanaan WBL di Politeknik Malaysia serta teori yang berkaitan secara ringkas. Topik 3 membincangkan pendekatan kajian kualitatif yang telah dilaksanakan oleh kajian. Manakala Topik 4 membincangkan dapatan kajian secara ringkas. Seterusnya Topik 5 penyelidik memberikan beberapa kesimpulan dan membincangkan sumbangan hasil kajian ini kepada Politeknik Malaysia serta Institusi TVET yang lain.
2. Kajian Lepas
Berdasarkan kepada RMK ke 12 (2021-2025) bagi menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan dan berteknologi tinggi memerlukan infrastruktur teknologi yang kukuh dalam semua sektor pekerjaan, dan bakat masa hadapan perlu dibangunkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi menuju negara maju (Berita Harian, 2021), di mana ianya sejajar dengan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara (4IR) (Unit Perancangan Ekonomi, 2021), serta Dasar Sains dan Teknologi Negara ( Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,2016). Membangunkan bakat bekerja (menguasai 4IR) merupakan salah satu daripada empat pemangkin dasar bagi mewujudkan graduan berbakat kemahiran tinggi (Berita Harian, 2021). Dengan itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan WBL bagi mengenal pasti domain dan elemen, agar dapatan kajian dapat membantu Politeknik dan Institusi TVET lain menjadikan sebagai rujukan dalam meningkatkan pelaksanaan WBL untuk melahirkan graduan TVET berkualiti.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam melaksanakan program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di peringat program sarjana muda. Beberapa siri Dialog Industri bagi membincangkan kerjasama antara industri dan institusi politeknik secara aktif telah dilaksanakan untuk memastikan pelaksanaan WBL berjaya dilaksanakan (JPPKK 2021). Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah adalah politeknik pertama menjalankan program pengajian secara WBL pada tahun 2008 pada peringkat diploma lanjutan (JPPKK, 2021). Seterusnya Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) memulakan program pengajian secara WBL bagi program Diploma Lanjutan Rekabentuk Automotif dan Kejuruteraan Pembuatan dengan kerjasama PROTON Holding Berhad pada tahun 2010 (Shaipul Anuar et al, 2018). Kini semua program Pengajian pada peringkat diploma lanjutan ini ditamatkan pada pada tahun 2013 dan dinaik taraf ke peringkat sarjana muda. (Liviu Moldovan, 2019) menyatakan bahawa WBL adalah pendekatan proses pembelajaran bagi pelajar yang berlaku melalui aktiviti ditempat kerja. Di mana WBL adalah satu pendekatan yang menumpukan perhatian secara langsung berkaitan dengan pelajar dan persekitaran kerja sebenar di industri dalam bidang pengajian (Pugliese et al., 2019). Pendekatan WBL bagi proses pembelajaran di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai situasi bergantung kepada tugasan sebenar yang diterima oleh pelajar di tempat kerja dan tidak terhad kepada pembelajaran yang dipelajari di dalam bilik kuliah sahaja (Attenborough et al., 2019).
3. Metodologi
Langkah pertama pada permulaan kajian ini, pengkaji melakukan analisis dokumen (berdasarkan kajian lepas) bagi mencari teori, model, konsep, gaya, amalan yang berkaitan domain dan elemen WBL yang dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi. Selepas itu penerokaan komponen elemen WBL telah dilaksanakan melibatkan akademik dan industri yang berpengalaman. Temu bual bersama pakar adalah penting dalam membantu penyelidik menerima dan memahami maklumat kajian dengan lebih mendalam menurut. Menurut pandangan (Merriam, 2001; Lebar, 2006, Bunimin, 2016; Hassan & Puteh, 2020; Sanusi & Puteh, 2022), penggunaan kaedah temubual merupakan cara pengumpulan data kualitatif bagi mendapatkan maklumat yang jelas dan sahih berdasarkan pengalaman individu tersebut. Daripada pandangan tersebut, pengkaji telah memilih “purposive sampling” atau persampelan bertujuan dalam melaksanakan temu bual bersama pakar. Setelah itu, pengkaji melaksanakan temu bual berhadapan bersama pakar, hasil dapatan tersebut telah di transkrip secara bertulis dan disemak semula oleh pakar bagi mengesahkan semula kandungan tersebut (Yasin, 2017; Sanusi & Puteh, 2022). Langkah seterusnya, membuat tematik analisis bagi memperoleh tema- tema daripada transkrip dalam bentuk kod menggunakan teknik pensel dan kertas.
Setelah senarai tema dikodkan bagi setiap domain perlu disahkan semula bersama pakar melalui analisis bersesuaian (Yasin,2017; Hassan dan Puteh, 2020, Sanusi & Puteh, 2022). Ini adalah bertujuan bagi menentu sahkan kebolehpercayaan senarai tema yang terlibat dalam kajian ini bertepatan dengan kehendak pakar. Seterusnya proses pengesahan domain dan elemen metakognitif WBL yang diperolehi dari hasil dapatan kajian kualitatif, telah melalui penelitian dalam kalangan penyelidik, di mana semua penyelidik adalah merupakan dalam kalangan pembangun kurikulum program akademik dan pelaksana WBL di peringkat Politeknik dan Institut Pengajian Tinggi. Jadual 1 menunjukkan kerangka operasi kajian.
Jadual 1: Kerangka Operasi Kajian
4. Dapatan Kajian
Pada bahagian ini adalah menjelaskan berkaitan hasil dapatan data bagi kajian protokol temu bual secara kualitatif melibatkan pakar akademik dan industri, berdasarkan analisis tematik yang telah dilaksanakan. Hasil dapatan menunjukkan terdapat 9 domain yang setiapnya mengandungi elemen- elemen yang berkaitan dalam pelaksanaan WBL, di mana elemen-elemen WBL yang diperolehi menunjukkan kebaikan yang diperolehi oleh pelajar serta institusi bagi merapatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar WBL mengikut keperluan industri. Jadual 2 menunjukkan domain dan elemen WBL yang telah diperolehi.
Jadual 2: Domain dan Elemen WBL
Domain Elemen
1. Keperluan Industri 1. Merapatkan jurang
2. Seiring dengan polisi kerajaan berkaitan penguasaan teknologi baharu 3. Pelajar holistic
4. Pengalaman kerja sebenar
5. Memenuhi keperluan majikan di industri 6. Sepadan dengan kemahiran kerja industri 7. Konsep perantisan
8. Pelaksanaan place and train.
Aktiviti Prosedur Produk/Dapatan
kajian Kajian
Kualitatif
Tinjauan kajian literatur
▪ Polisi, teori, dan model WBL bagi mengenal pasti domain dalam menentukan elemen
▪ Analisis dokumen kajian lepas
▪ Dapatan deskriptif kajian tinjauan
▪ Dapatan awal teori, self- efficacy
Kajian sebenar kualitatif
▪ Menjalankan kajian temu bual sebenar
▪ Pakar akademik (N=3)
▪ Pakar Industri (N=4)
▪ Transkrip temu bual
Analisis data kajian kualitatif
▪ Teknik persampelan bertujuan
▪ Kaedah analisis tematik
▪ 9 domain bersama elemen WBL Pengukuhan
domain dan elemen metakognitif
WBL
Proses pengesahan domain dan elemen metakognitif WBL oleh pakar
▪ Pakar pengesahan melibatkan penyelidik merupakan Jawatankuasa Pelaksana Program BEU Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (N=4)
▪ Model metakognitif WBL
2. Peranan akademik 1. Peranan academia untuk meningkatkan kesedaran wujudkan hubungan dengan industri
2. Mesra Industri 3. Menjiwai WBL 4. Terlatih
5. Perlu memenuhi syarat mentor / mentor’s criteria 6. Pengurusan WBL / management
7. Memahami keperluan (Place and train / mutual understanding / win win situation)
8. Keperluan industry / Industrial requirement 9. Mahir dengan kurikulum mod industri 10. Laksana kurikulum dinamik
11. Kerjasama dengan Jurulatih industri (peranan mentor) / coach industry 12. Memenuhi Keperluan Kurikulum (structured curriculum/compulsory
courses)
13. Luaskan pengalaman melalui industrial attachment 3. Kriteria membimbing 1. Meningkatkan kemahiran praktikal
2. Berkebolehan sebagai Pengurusan Mentor 3. Kepakaran dalam pelaksanaan WBL 4. Memenuhi garis panduan dan polisi WBL 5. Perkongsian ilmu
6. Pengukuhan kurikulum 7. Hubungan kolaboratif pintar 8. Pemudahcara pembelajaran WBL 9. Mentor competency
10. Mendapat Industry Recognition
4. Keberhasilan Pelajar 1. sokongan pembangunan kepada Generic Skills dalam kalangan pelajar 2. Tawaran bekerja semasa WBL (meningkatkan Graduate Employability
pelajar)
3. Pengetahuan pelajar 4. Kemahiran kerja pelajar 5. Work behaviour pelajar 5. Kebolehpasaran /
employability
1. Kepercayaan industri kepada pelajar 2. Kemahiran komunikasi
3. Kesesuaian penempatan dan bidang kerja industri 6. Kelestarian program 1. Graduan berkemahiran bidang
2. Pelajar mengusai pengurusan kemahiran berfikir/ penyelesaian masalah 3. Graduan memenuhi pasaran kerja ke arah Revolusi Industri 4.0
4. Graduan berkemahiran kognitif 5. Graduan yang diperlukan oleh industry 6. Program kalis masa hadapan
7. Pengetahuan Baharu 1. Identified,
2. Analysis information 3. Problem solving 4. Decision making 5. Presentable 6. Softskills
7. Skills set (knowledge, abilities, leadership, management, entrepreneur and experience to perform a job)
8. Kemahiran Baharu 1. Kepuasan industry (Industries satisfaction) 2. Kompetensi pelajar (student’s competencies) 3. Kemahiran dalam pembelajaran sepanjang hayat 4. Tekno keusahawanan (technopreneur)
5. Job creator (membina peluang pekerjaan)
9. Penambahbaikan 1. Pemurnian kurikulum secara beterusan 2. Ke arah future ready curriculum
3. Penambahbaikan kualiti secara berterusan
4. Pemantapan pengurusan organisasi dengan kolaborasi Bersama industri 5. WBL Framework development
Rujukan daripada hasil yang diperoleh telah menunjukkan pentingnya 9 domain dan 65 elemen ini ditekankan dalam pelaksanaan WBL bagi pengurus program akademik. Domain dan elemen ini dapat membantu memperkembangkan kebolehan program sebagai proses mengenalpasti kelayakan graduan dari aspek kognitif melalui pengetahuan, pemahaman, penerapan, evolusi, analisis dan sintesis dalam pelaksanaan WBL bagi melahirkan graduan yang berintelektual serta mampu mengusai teknologi terkini yang diperlukan oleh majikan (Bloom, 1956; Bormanaki & Khoshhal, 2017;
Zamfirov, 2019). Hasil dapatan ini diperkuat lagi dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 yang berhasrat menginginkan graduan berbakat dan diletakkan dalam sasaran lonjakan kedua untuk membentuk graduan yang lebih kompeten dalam pelaksanaan kerja (Unit Perancangan Ekonomi, 2021; Tanius, 2018; Foley, 2020).
Hasil dapatkan kajian ini juga memberi panduan kepada Institusi TVET yang berhasrat akan dan telah melaksanakan WBL bagi program akademik masing-masing, dalam usaha melahirkan graduan TVET berkualiti. Hal ini sejajar dengan ASTD (2012), SHRM (2016) dan Wheebox (2017) yang berpandangan bakal graduan haruslah mencapai kelayakan dan sepadan dengan bakat teknologi yang selari dengan keperluan industri. Pengkaji berpandangan bakat teknologi boleh dijadikan nilai tambah dan persediaan awal bakat graduan untuk menempuhi alam pekerjaan. Hal ini bertepatan dengan kajian Kirchner (2017) dan pandangan KPTM (2018) yang menyatakan pembangunan bakat teknologi bukan sahaja penting untuk melatih graduan untuk lebih bersedia, namun ia dapat dijadikan persediaan awal kepada graduan bidang teknikal dalam menceburkan diri dengan mengendalikan aplikasi inovasi seperti peralatan teknologi, alatan mesin, perisian, peranti elektronik dapat memudahkan pengendalian peralatan teknologi di industri.
Berdasarkan hasil dapatan dan sumbangan dari kajian ini, pengkaji masih berpandangan kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi menggunakan domain dan elemen yang diperolehi untuk membangunkan sebuah Model Bersepadu WBL yang boleh dijadikan rujukan dalam meningkatkan kualiti pelaksanaan WBL di peringkat pendidikan tinggi negara. Diharap hasil dapatan dari kajian ini mampu memberi kebaikan dan manfaat kepada penyelidik akan datang dalam meneruskan kajian berkaitan WBL untuk menambah baik kurikulum TVET serta meningkatkan tahap kolaborasi antara institusi dengan industri di IPTA/S negara,
5. Penghargaan
Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia kerana menyokong penyelidikan ini di bawah Skim Geran Kontrak (Vot No. K265), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Rujukan
American Society for Training and Development (ASTD). (2012). Bridging the skills gap: help wanted, skills lacking: why the mismatch in today's economy?. United States. Alexandria, Virginia: American Society for Training and Development, 2012.
Berita Harian, (2021). Majikan pilih pekerja ada kemahiran teknikal, sahsiah.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/11/884591/majikan-pilih-pekerja-ada- kemahiran-teknikal-sahsiah. Dicapai pada 16 November 2021.
Bormanaki, H. B., & Khoshhal, Y. (2017). The Role of Equilibration in Piaget’s Theory of Cognitive Development and Its Implication for Receptive Skills: A Theoretical Study. Journal of Language Teaching and Research, 8(5), 996-1005.
Bloom, B.S. (Ed.). Engelhart, M.D., Furst, E.J., Hill, W.H., Krathwohl, D.R. (1956). Taxonomy of Educational Objectives, Handbook I: The Cognitive Domain. New York: David McKay Co Inc.Bloom, B. (ed.) (1956) Taxonomy of Educational Objectives, the classification of educational goals – Handbook I: Cognitive Domain New York: McKay.
Bunimin, J. (2016). Model Konsep Pembangunan Profesionalisme Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Malaysia. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. Tesis Ph. D.
Foley, T. (2020). Talent Retention Strategies for Service Industry Managers Within Rust Belts.Walden University: Doctor of Business Administration.
Harun, A., Yusoff, R. M., & Zakaria, A. M. (2020). TVET in Malaysia: Capabilities and Challenges as Viable Pathway and Educational Attainment. Journal on Technical and Vocational Education, 5(1), 52-58.
Hassan, N.F. & Puteh, S. (2020). Kerangka Kecemerlangan Bakat Bekerja dalam Kalangan Pelajar Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Ph.D.
KPTM, Kementerian Pendidikan Tinggi (Ministry of Higher Education Malaysia), 2017. Garis Panduan pelaksanaan Mod Pengajian 2U2i, ISBN 978-967-3225
JPPKK, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (2021), Garis Panduan Pelaksanaan WBL. Dicapai pada 12 Jan 2021, dari https://www.mypolycc.edu.my/index.php/muat- turun/garis-panduan-c/bahagian-instruksional-dan-pembelajaran-digital/category/53-politeknik Julie Attenborough, Stephen Abbott, Judy Brook, Rachael-Anne Knight (2019). Everywhere and nowhere: Work-based learning in healthcare education. Nurse Education in Practice, Volume 36, Pages 132-138, https://doi.org/10.1016/j.nepr.2019.03.004.
KPTM, Kementerian Pendidikan Tinggi (Ministry of Higher Education Malaysia), (2018). TVET 4.0 Framework Ministry of Education Malaysia. ISBN 978-967-2243-52-6.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (2020). Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara Kirchner, M. D. (2017). Teaching the Industrial Internet of Things Preparing Students and Learners
for Industry 4.0, (September), 0–17.
Liviu Moldovan (2019). Review of Legislation Framework in the Field of Work-based. Learning, Procedia Manufacturing, Volume 32, Pages 302-308, https://doi.org/10.1016/j.promfg.
2019.02.218.
Lebar, O. (2006). Penyelidikan kualitatif. Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim:
UPSI.
Merriam, S. (2001). Qualitative Research And Case Study Applications In Education. San Francisco:
Josey-Bass.
Mariagabriella Pugliese, Giuseppe La Verde, Vincenzo Roca (2019). Dissemination about natural radioactivity through work-based learning experiences. Nuclear and Particle Physics Proceedings, Volumes 306–308, Pages 183-188, https://doi.org/10.1016/j.nuclphysbps.
2019.07.026.
Norman, H., Zainon, R., Jenil, S. Z. M., Yahya, R, (2017). Personaliti Graduan yang menjadi tarikan organisasi. Journal of Business Innovation. 2(1). 53-61
Shaipul Anuar Mohamed Zainudin1, Mohd Amiruddin Ab Aziz (2018). Model - Model Pembelajaran Berasaskan Kerja (Work Based Learning) Dan Pelaksanaan Di Politeknik Sultan Azlan Shah.
Proceeding International Conference On Global Education vi (ICGE VI), 7 - 8 May 2018, ISBN 978-967-0829-90-6
SHRM, Society of Human Resource Management. (2016). Talent Acquisition: A Guide to Understanding and Managing the Recruitment Process. SHRM Foundation. United States of America.
Sanusi, A.M. & Puteh, S. (2022). Kerangka Kecemerlangan Bakat Bekerja dalam Kalangan Pelajar Teknikal. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Ph.D.
Tanius, E. (2018). Employability Skills-A Study on The Perception Of Business Students Graduate And Employers In Malaysia. Asia Pacific Journal of Research in Business Management, 9(1).
Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2021). Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 Negara
Wheebox, Measure Worlds Talent and Skill Potential. (2017). India Skill Report 2017. Association of Indian Universities, United Nations Development Program and Yasin. S.N.M.T.(2017).
Kerangka Penambahbaikan Pelaksanaan Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Politeknik Di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Ph.D.
Zamfirov, M. Z. (2019). Application of Jean Piaget’s Cognition Development Tasks on Students with Special Educational Needs. European Journal of Special Education Research.