• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajian unik di FSTPi UTHM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pengajian unik di FSTPi UTHM"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Pengajian unik di FSTPi UTHM

» Penerokaan ilmu berteraskan pembangunan lestari

Fakulti Sains, Teknolo­

gi Dan Pembangunan Insan (FSTPi) merupa­

kan fakulti ke tujuh ditubuh­

kan di Universiti Tun Hus­

sein Onn Malaysia (UTHM) dalam usaha menuju ke arah universiti bertaraf dunia dengan kejuruteraan, sains dan teknologi untuk pembangunan insan.

Seiring dengan visi FSTPi iaitu menerajui pusat ruju­

kan ilmu multidisiplin ber­

taraf dunia untuk kesejahte­

raan sejagat, Rami berusaha melahirkan sumber manusia yang berupaya meneroka ilmu pengetahuan melalui penyelidikan bersifat multi­

disiplin.

Melalui eksplorasi ilmu dan penyelidikan, kami ber­

keupayaan untuk mengapli­

kasi penemuan baharu untuk pembangunan di sektor kera­

jaan dan industri.

Staf akademik di FSTPi diberi latihan dan pende­

dahan bagi memastikan mereka mempunyai kepa­

karan tinggi dalam bidang

mereka.

Program Akademik Fakulti menawarkan pro­

gram Sarjana Sains secara penyel idikan dan Doktor Fal­

safah Sains secara penyelidi­

kan. Bidang yang d itawarkan adalah seperti berikut:

Fizik Tenaga, Fizik Perseki­

taran, Fizik Elektronik, Fizik Laser, Optoelektronik, Sains Bahan, Sains Antaramuka,

Fizik Nuklear dan Fizik Nano­

teknologi.

Mekanik Bendalir, Kaedah Berangka, Persamaan Pem­

beza Separa, Gelombang Tak Linear, Matematik Gunaan, Matematik Kabur, Topologi.

Permodelan Statistik, Model Rangkaian Neural, Analisis Siri Masa, Statistik Bermatematik, Penyelidikan Beroperasi, Pengoptimuman, Statistik Kabur.

Biologi Persekitaran, Kepelbagaian Biologi, Pemu­

liharaan Persekitaran, Bio­

polimer, Sains Perhutanan, Teknologi Perkayuan, Sains Persekitaran.

Fakulti bakal menawarkan program baharu diperingkat sarjana iaitu Sarjana Sains secara kerja kursus dalam bidang Matematik Gunaan, Statistik Industri dan Fizik Gunaan; dan Sarjana Sains secara mod campuran dalam bidang Pemuliharaan Kepel­

bagaian Biologi Lestari, Tek­

nologi Pembangunan Sosial, Sains Islam dan Teknologi, Bahasa Inggeris Teknikal dan Kimia Bahan.

Pelajar yang mendaftar di FSTPi menjalankan kajian dalam pelbagai bidang dan terdiri daripada pelajar dalam dan luar negara, ter­

masuk dari negara Indone­

sia, Pakistan, Nigeria, Mesir, Libya dan Filipina.

Penyelidikan

Selain daripada pemban­

gunan program akademik,

kami juga menitikberatkan bidang penyelidikan. Banyak geran penyelidikan diperole­

hi oleh staf akademik fakulti di dalam pelbagai bidang.

Fakulti turut berjaya memenangi beberapa pingat di International Invention, Innovation & Technologi Exhibition 2012. Bagi tahun 2012, fakulti berjaya mem­

perolehi dua Geran Penyeli­

dikan Fundamental (FRGS) dan dua Geran Penyelidikan Explotari (ERGS).

Tajuk penyelidikan yang berjaya adalah Pemban­

gunan Model Rangkaian Neural Teguh, The charac­

terization of Si02 sandwich Si3N4 thin film as an optical planar waveguide in attenu­

ated total reflection (ATR) mode for bio­sensing applica­

tions, Electrokinetic Asisted Phytoremediation of Heavy Metal in Riverbank Soil dan Jawi­ Based Dyslexia Scree­

ner For Malay Language: An Exploratory Study.

Dua buah pusat penyeli­

dikan diwujudkan di FSTPi bagi menggalak dan mening­

katkan aktiviti penyelidikan iaitu Pusat Penyelidikan Pengkomputeran Matematik (CERCOM) dan Pusat Penye­

lidikan Kelestarian Pemban­

gunan Insan (INSAN).

Penyelidik FSTPi, Dr Mohd Kamarulzak Mustafa men­

dapat pengiktirafan dipe­

ringkat antarabangsa dan mencipta sejarah dengan menerima Anugerah Jeremy

Lakowski daripada Univer­

siti Sheffied Hallam, UK di atas kecemerlangan beliau dalam penyelidikan.

Penyelidik di FSTPi sangat aktif menerbitkan artikel dan hasil penyelidikan mereka dalam jurnal yang diindeks dan berimpak tinggi.

Kerjasama Penyelidikan FSTPi mempunyai jaringan hubungan yang baik dalam bidang penyelidikan dengan institusi penyelidikan dalam dan luar negara. Di pering­

kat kebangsaan kami mem­

punyai kerjasama penyelidi­

kan dengan MARDI. FRIM.

Syarikat Nasulia Enterprise Sdn. Bhd., MPOB dan Per­

badanan Taman­Taman Negara Johor.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, kami bekerjasama rapat dengan Material and Engineering Research Institute (MERI) di Universiti Sheffield Hallam, UK, Lembaga Ilmu Pengeta­

huan Indonesia (LIPI), New Castle University di Australia dan beberapa buah universi­

ti terkemuka luar negara.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang fakulti di http://fstpi.uthm.

edu.my/v2 atau hubungi Profesor Madya Dr. Azme Khamis di talian 07­4547950/

07­4547951 atau emel:

azme@uthm.edu.my Headline Pengajian unik di FSTPi UTHM

MediaTitle Berita Harian

Date 19 Jul 2012 Color Black/white

Section Supplement Circulation 192,982

Page No g9 Readership 1,521,000

Language Malay ArticleSize 306 cm²

Journalist N/A AdValue RM 5,346

Frequency Daily PR Value RM 16,038

Referensi

Dokumen terkait

KITA TELAH MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN SATU FAKULTI BARU PADA TAHUN 2007 IAITU FAKUL Tl PENGURUSAN TEKNOLOGI YANG AKAN MENAWARKAN DUA PROGRAM IAITU

Kajian ini bertujuan untuk melihat semula program Ijazah Sarjana Muda Sains & Pendidikan (Matematik) yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam

Namun, dengan penguasaan Kemahiran Proses Sains yang lemah dalam kalangan bakal guru sains yang juga mahasiswa Fakulti Pendidikan seperti yang dilaporkan oleh

Tempoh minimum untuk program pengajian Sarjana Kerja Kursus ialah empat (4) semester iaitu dua (2) tahun manakala Doktor Falsafah ialah lapan (8) semester iaitu

Panduan Akademik Academic Guideline Fakulti Sains & Matematik Faculty of Science and Mathematics Program Sarjana Muda Degree Programmes Semester 1 Sesi 2021/2022 http //fsmt upsi edu my

Walaubagaimanapun, pengkaji berminat untuk membuat kajian yang berkaitan dengan faktor- faktor yang telah mempengaruhi pelajar memilih kursus pendidikan matematik iaitu Sarjana

Di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) terdapat Fakulti Filem dan Video yang menawarkan kursus di peringkat Diploma dan Ijazah dalam bidang

 Rajah 7 :Screenshot artikel yang diterbitkan oleh Pusat Genetik & Biokimia Manusia, Fakulti Sains Gunaan, UiTM Shah Alam KAJIAN LANJUTAN DARI PERSPEKTIF ISLAM : SUATU KEPERLUAN