• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENEROKA PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS YANG MENGAJARKAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENGAJARAN TERBEZA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "MENEROKA PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS YANG MENGAJARKAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENGAJARAN TERBEZA"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) eISSN: 2682-8464 | Vol. 5 No. 2 [June 2023]

Journal website: http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijeap

MENEROKA PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS YANG

MENGAJARKAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) MENGGUNAKAN

PENDEKATAN PENGAJARAN TERBEZA

(EXPLORING THE KNOWLEDGE, UNDERSTANDING AND CHALLENGES OF SPECIAL EDUCATION TEACHERS WHO TEACH MALAY LANGUAGE TO

SPECIAL PUPILS (LEARNING PROBLEMS) USING DIFFERENTIATED TEACHING APPROACHES)

Mohd Ayub Bakri1* dan Zamri Mahamood2

1 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: cikguayub16@gmail.com

Article Information:

Article history:

Received date : 23 April 2023 Revised date : 2 May 2023 Accepted date : 20 May 2023 Published date : 5 June 2023 To cite this document:

Bakri, M. A., & Mahamood, Z. (2023).

MENEROKA PENGETAHUAN, KEFAHAMAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS YANG MENGAJARKAN BAHASA

MELAYU KEPADA MURID KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) MENGGUNAKAN PENDEKATAN PENGAJARAN TERBEZA.

International Journal of Education and Pedagogy, 5(2), 27-45.

Abstrak: Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka pengetahuan, kefahaman dan cabaran guru pendidikan khas yang mengajarkan bahasa Melayu kepada murid khas masalah pembelajaran menggunakan pendekatan pengajaran terbeza yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2019. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif secara temu bual yang dijalankan di 3 buah sekolah rendah yang mempunyai kelas pendidikan khas. Peserta kajian terdiri daripada 6 orang guru yang mengajarkan bahasa Melayu kepada murid khas masalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dalam pengajaran mereka. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru pendidikan khas menghadapi pelbagai cabaran seperti masa dan terlibat dengan komitmen lain dalam melaksanakan pendekatan ini. Tuntasnya, pihak KPM perlu memberi sokongan yang berterusan kepada guru agar pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza ini dapat diperluaskan.

(2)

1. Pengenalan

Kemenjadian murid merupakan salah satu keberhasilan utama yang dititikberatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang pendidikan. Ia berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (FPK). Perkara yang perlu diberikan perhatian ialah perubahan dari aspek pedagogi guru supaya pengajaran dan pembelajaran lebih ke arah berpusatkan murid.

Perubahan ini akan dapat dicapai sekiranya guru melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza.

Dalam mengukur standard kualiti pendidikan di Malaysia, jemaah nazir sekolah melalui instrumen SKPMg2, telah memasukkan keperluan elemen pembelajaran pengajaran terbeza dalam usahanya agar standard (TUMS) dan rubrik penskoran tercapai. Hal ini bertepatan dengan hasrat KPM untuk memberikan pendidikan yang adil dan berkualiti kepada murid- murid sekolah di negara kita. Pihak KPM telah menggariskan dalam Pelan Pembangunan

Seterusnya pihak yang berkepentingan perlu melihat cabaran yang ditempuhi oleh guru bagi mencari jalan penyelesaian.

Kata Kunci: Pengetahuan, kefahaman, cabaran, pendekatan pengajaran terbeza, bahasa Melayu, guru pendidikan khas, murid khas masalah pembelajaran.

Abstract: The study isaimed at exploring the knowledge, understanding and challenges of special education teachers who teach the Malay language to special students using the differentiated teaching approach introduced by the Ministry of Education Malaysia (MOE) in 2019. This study used qualitative design in interviews conducted in 3 primary schools with special education classes. The participants were 6 teachers who taught the Malay language to special students with learning difficulties.

The findings showed that special education teachers have deep knowledge and understanding in implementing different teaching approaches in their teaching. However, the findings of this study show that special education teachers face various challenges such as time and are involved with other commitments in implementing this approach. Therefore, the MOE needs to provide continuous support to teachers so that the implementation of this differentiated teaching approach can be expanded. Next, stakeholders need to look at the challenges faced by teachers to find solutions.

Keywords: Knowledge, understanding, challenges, differentiated teaching approaches, bahasa Melayu, special education teacher, special student learning problem.

(3)

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2013) iaitu semua murid mempunyai hak mendapat pendidikan yang terbaik bagi membantu mereka mencapai pelajaran. Guru tidak perlu berasa putus asa untuk meneruskan PdP walaupun banyak rintangan dan cabaran yang terpaksa dilalui.

Guru hendaklah menggunakan pelbagai cara serta pelbagai pendekatan, strategi dan teknik untuk menyampaikan ilmu agar PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) yang disampaikan kepada murid lebih berkesan serta bermakna. Keterbezaan murid ini sering diambil kira dari pelbagai aspek seperti tingkah laku, kognitif, emosi, fizikal, sosial serta beberapa aspek lain yang berkemungkinan wujud dalam diri seseorang. Zamri et al. (2015) menegaskan bahawa terdapat perbezaan yang wujud dalam kalangan murid ketika PdP dijalankan oleh guru.

Menurut Eka Putri, Ernawati dan Gita (2018), guru perlu memikirkan cara pengajarannya agar menjadi lebih berkesan. Hal ini kerana murid mempunyai gaya atau cara belajar yang berlainan dengan rakan-rakannya di dalam kelas. Bagi mencapai objektif pembelajaran, guru itu perlu menggunakan kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi yang sesuai. (Basirah, Mohd Yakub &

Muhamad Alihanafiah, 2018).

Oleh itu, mengambil kira faktor murid yang berlainan ketika menyampaikan ilmu di dalam kelas merupakan satu tanggungjawab seorang guru. Hal ini selari dengan kajian Hamir dan Mohamad Hilmi (2019) yang menyatakan bahawa guru perlu memikirkan hal kepelbagaian murid kerana dengan kepehatinan kepelbagaian ini, murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya dapat mencapai objektif pembelajaran yang diinginkan. Justeru itu , bagi mencapai keperluan pembelajaran murid, guru perlu menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza mengikut tahap kemampuan diri murid.

2. Ulasan Kajian Lepas

Intaakhab Alam Khan (2019) dalam kajiannya pula berkaitan dengan” Perkaitan Pengajaran Berbeza dalam Pendidikan Khas untuk Pelajar Slow Learner EFL: Kajian Masalah Pembelajaran dan Beberapa Strategi di KAU, Jeddah. Dalam kajiannya, banyak percubaan dijalankan untuk memperbaiki pencapaian bahasa Inggeris tetapi gagal mencapai objektifnya.

Puncanya adalah disebabkan kurikulum, kaedah, bahan-bahan pembelajaran, infrastruktur, dan sebagainya yang tidak berkesan. Sesetengah pelajar mungkin menghadapi masalah disebabkan isu atau halangan psikologi atau sikap yang mungkin mengambil makna yang lebih mendalam dengan laluan masa melainkan pengajaran dirancang untuk memenuhi keperluan pelajar secara amnya, dan pelajar lambat khususnya. Arahan yang dibezakan (DI) ialah salah satu strategi yang dibentuk untuk memenuhi kehendak PdP pelajar khas, memberikan pelajar dengan kebolehan yang berbeza peluang untuk mempelajari kurikulum yang sama. Walau bagaimanapun persekitaran pembelajaran mesti ada untuk semua murid, termasuk pelajar istimewa dan inklusif. Perkaitan teknik pembezaan dalam pengajaran Bahasa Inggeris (EFL) dengan memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar lambat berdasarkan kajian yang dijalankan. Hasil daripada kajian menunjukkan beberapa amalan, strategi dan teknik dianggap kritikal dalam aspek pedagogi pelajar yang diberikan tentang keperluan pendidikan.

Penemuan ini sangat penting untuk memahami isu tentang pelajar lambat Bahasa Inggeris, dan pembangunan strategi bersamaan yang mana pengajaran yang berbeza adalah satu daripadanya.

(4)

3. Penyataan Masalah

Penggunaan pendekatan pengajaran terbeza semasa proses PdP di semua sekolah memerlukan seorang guru itu bersiap siaga dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya. Hal ini juga membawa kepada satu cabaran kepada para guru yang mengundang kepelbagaian isu.

Penggunaan pendekatan pengajaran terbeza perlu digunakan oleh para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan pendekatan pengajaran terbeza ini akan dapat membantu kepada pengajaran yang lebih efektif dan berkesan bagi meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Pengajaran akan menjadi masalah sekiranya guru tidak melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan dengan pendekatan pembelajaran terbeza. Objektif pembelajaran yang disampaikan tidak akan tercapai. Faktor pengetahuan guru menjadi salah satu daripada penyumbang kepada berjaya atau gagal pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza ini kepada murid dalam penguasaan isi pelajaran Carlgren (2013). Jelaslah bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting terhadap penyebaran ilmu pengetahuan dalam kalangan murid.

Guru bukan sahaja perlu bijak menguasai pedagogi dalam proses pengajaran dan pembelajaran malah harus sentiasa peka dengan perkembangan dan penerimaan ilmu setiap murid di bilik darjah. Hujah ini disokong oleh Noraini (2015) yang turut mengatakan bahawa kefahaman guru terhadap sesuatu konsep sangat penting untuk memberikan gambaran yang tepat terhadap tindakan, keputusan dan amalan di dalam kelas. Maknanya, perkembangan setiap murid dan suasana bilik darjah sangat bergantung dengan kreativiti seorang guru dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah masalah pengajaran terbeza ini kurang difahami oleh guru-guru yang mengajar bahasa Melayu. Menurut Danial Arif (2020) guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah pedalaman kategori 3 kurang pengetahuan pendekatan pengajaran terbeza. Maka dengan itu, guru-guru bahasa Melayu harus didedahkan dengan pengetahuan pengajaran terbeza yang lebih luas serta mudah diakses agar dapat mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah rendah. Mengikut Zaliza Mohamad Nasir (2017) kekurangan pengetahuan menyebabkan murid lemah dalam pelajaran. Oleh itu, penggunaan kaedah pengajaran terbeza penting untuk mengenal pasti murid yang masih lemah dalam pelajaran mereka. Masalah penguasaan murid dalam pelajaran juga disokong oleh He (2016) mendapati bahawa murid bermasalah dalam mengorganisasi kandungan isi pelajaran dengan baik. Menurut Loh Pei Wen dan Zanaton (2019) Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran kepada guru dan murid.

Guru kurang menggunakan pendekatan terbeza kerana kurangnya ilmu pengetahuan. Selain itu penggunaan pendekatan pengajaran terbeza juga merupakan suatu perkara yang baru.

Kebanyakan guru belum didedahkan menggunakan pendekatan ini di dalam kelas selepas tiada lagi pengasingan murid. Keadaan ini perlu ditangani segera supaya murid-murid terutama murid khas tidak ketinggalan dalam bidang pelajaran. Pengetahuan guru terhadap pendekatan pengajaran terbeza berada pada tahap sederhana. Pengetahuan guru perlu dipertingkatkan dalam amalan pendekatan terbeza. Jika perkara ini tidak diambil kira pengajaran yang disampaikan tidak akan mencapai objektif yang diingini. Guru perlu mengubah amalan mengajar secara konvensional. kepada pengajaran berpusatkan murid.

(5)

Bukan mudah untuk melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza seperti yang diharapkan.

Terdapat pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh guru-guru pendidikan khas ini dalam melaksanakan PdP kepada murid Pendidikan khas masalah pembelajaran ini. Guru-guru pendidikan khas ini perlu tabah dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dan tidak mudah kecewa agar murid-murid khas ini tidak ketinggalan dalam pelajaran. Sesungguhnnya cabaran yang ditempuhi oleh guru pendidikan khas ini adalah sangat berat untuk dipikul.

Pengkaji mendapati bahawa belum ada lagi kajian yang dijalankan dengan murid khas tentang pendekatan pengajaran terbeza di sekolah. Justeru, pengkaji ingin meneroka pengetahuan, kefahaman dan cabaran guru pendidikan khas yang mengajarkan Bahasa Melayu menggunakan pendekatan ini.

4. Tujuan Kajian

Meneroka pengetahuan, kefahaman dan cabaran guru pendidikan khas yang mengajarkan bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza kepada murid khas masalah pembelajaran.

5. Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

1. Meneroka pengetahuan guru pendidikan khas yang mengajar bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza kepada murid khas masalah pembelajaran.

2. Meneroka kefahaman guru pendidikan khas yang mengajar bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza kepada murid khas masalah pembelajaran.

3. Meneroka aspek cabaran guru pendidikan khas yang mengajar bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza kepada murid khas masalah pembelajaran.

6. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini merupakan kajian kes secara kualitatif menggunakan pensampelan bertujuan. Kajian ini dijalankan di 3 buah sekolah rendah yang mempunyai kelas pendidikan khas sekitar daerah Kuala Langat, Selangor. Dalam kajian ini sampel terdiri daripada enam orang guru pendidikan khas dari tiga buah sekolah rendah. Sebagai memenuhi ciri kerahsiaan peserta kajian yang ditemu bual dinyatakan sebagai PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dan PK6.

Instrumen temju bual telah digunakan bagi meneroka pengetahuan, kefahaman dan cabaran guru yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid khas. Kajian meliputi soalan temu bual yang berstruktur dan dianalisis melalui transkripsi temu bual untuk mengenal pasti tema yang ada hasil daripada temu bual tersebut. Analisis data temu bual dalam kajian ini secara naratif iaitu hasil perbualan dinilai dari aspek kehendak objektif kajian yang dilaksanakan. Dapatan temu bual yang dicatat untuk mendapatkan jawapan. Seterusnya, data juga diperolehi melalui analisis dokumen yang melibatkan hasil kerja murid sebelum dan selepas pelaksanaan pembelajaran terbeza oleh guru di dalam kelas.

(6)

Jadual 1: Profil Peserta Kajian

Peserta Kajian Jantina Umur Pengalaman Kelulusan

PK1 Lelaki 45 20 Ijazah Sarjana Muda PK2 Perempuan 46 16 Ijazah Sarjana Muda PK3 Perempuan 50 18 Ijazah Sarjana PK4 Perempuan 35 15 Ijazah Sarjana Muda

PK5 Lelaki 40 11 Ijazah Sarjana muda

PK6 Lelaki 43 13 Ijazah Sarjana

Berdasarkan jadual 1, kesemua peserta kajian merupakan guru yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid khas. Seramai 3 orang guru lelaki dan 3 orang guru perempuan dipilih sebagai peserta kajian.

7. Dapatan Kajian

Guru-guru pendidikan khas yang mengajarkan bahasa Melayu dari tiga buah sekolah telah ditemu bual oleh pengkaji. Sebanyak enam orang guru terlibat dalam temu bual tersebut. Hasil daripada temu bual tersebut, pelaksanaan pendekatan pembelajaran terbeza menunjukkan reaksi yang positif dan digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk meningkatkan tahap penguasaan murid pendidikan khas. Hasil dapatan adalah untuk menjawab objektif yang pertama tentang pengetahuan dan kefahaman guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini.

Jadual 2: Amalan Guru Pendidikan Khas yang Mengajarkan Bahasa Melayu Kepada Murid Khas (Masalah Pembelajaran) dari Aspek Pengetahuan dan Kefahaman Berkaitan Pendekatan Pengajaran

Terbeza

Tema Subtema Sub Subtema PK1 PK2 PK3 PK4 PK5 PK6

Pengetahuan tentang pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza

Maklumat berkaitan pendekatan

pengajaran terbeza

i. Media massa ii. Modul

iii. Bengkel/kursus iv. Rakan sekerja v. Penolong Kanan

Pentadbiran

vi. Ketua Panitia bahasa Melayu

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

Konsep tentang pendekatan pembelajaran

terbeza

i. Kandungan ii. Produk iii. Proses iv. Persekitaran

Prinsip-prinsip

asas pendekatan pembelajaran

terbeza

i. Pertimbangan minat murid

ii. Tugasan bermakna dan menarik iii. Pembentukan

kumpulan iv. Latihan mengikut

kebolehan murid.

(7)

Kefahaman guru tentang pendekatan pengajaran terbeza

Pentaksiran bagi menentukan

tahap penguasaan

murid

i. Penilaian murid ii. Pentaksiran Bilik

Darjah (PBD)

Pengaplikasia n pendekatan pengajaran

terbeza

i. Mengasing murid ikut tahap

ii. Pengajaran luar bilik darjah

×

×

Pengetahuan tentang pelaksanaan pendekatan pembelajaran terbeza guru pendidikan khas yang mengajarkan bahasa Melayu kepada murid Pendidikan khas (Bermasalah pembelajaran) dapat dirungkai berpandukan transkrip temu bual bersama PK dalam kajian ini untuk menjawab kepada objektif yang pertama. Pengetahuan guru tentang pendekatan pengajaran terbeza adalah sangat baik.

Maklumat Tentang Pendekatan Pembelajaran Terbeza

Berdasarkan jadual 2 di atas, semua PK telah didedahkan tentang maklumat berkaitan pendekatan pembelajaran terbeza. Hasil temubual daripada semua peserta kajian menunjukkan bahawa maklumat berkaitan pendekatan pembelajaran terbeza telah diterima. Guru-guru perolehi maklumat tentang pendekatan pengajaran terbeza daripada pelbagai sumber seperti pentadbir, ketua panitia, bengkel, kursus dan modul. Hanya PK2 sahaja yang memperolehi maklumat tentang pendekatan pengajaran terbeza ini daripada rakan sejawat bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Semua PK dari PK 1 hingga PK 6 memperolehi maklumat tentang pendekatan pembelajaran terbeza secara menyeluruh melalui Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah.

Saya pernah dengar. Saya dapat bila ada mesyuarat guru. Penolong Kanan pentadbiran bagi tahu tentang pendekatan ini. Ketua panitia juga ada meminta guru Bahasa Melayu fahamkan pendekatan pembelajaran terbeza ini. Saya tahu juga dari internet.

(PK1)

Saya tahu tentang pendekatan ini daripada ketua panitia lain. Kemudian pentadbir sekolah ada sampaikan taklimat berkaitan pendekatan pembelajaran terbeza ini.

(PK2)

Masa ada meeting panitia, ketua panitia saya iaitu Bahasa Melayu taklimatkan. Sejak itu saya baru faham pendekatan pembelajaran terbeza ini. Penolong kanan pentadbiran juga pernah cakap. Saya juga pernah dengar sebelum ditaklimatkan daripada internet.

(PK3)

Ketua panitia Bahasa Melayu yang bagi tahu semasa mesyuarat panitia Bahasa melayu. Kalau tak bagi tahu. Saya pun tak tahu cikgu. Pentadbir juga ada sentuh.

(PK4)

(8)

Penolong kanan pentadbiran dah ditaklimatkan. Kemudian dia sampaikan kepada semua guru di sekolah. Ketua panitia juga ada sebut tentang pendekatan ini dalam mesyuarat panitia.

(PK5)

Semasa mesyuarat guru ada disentuh oleh penolong kanan pentadbiran. Ketua panitia juga ada bagi tahu supaya dapatkan manual untuk dibaca.

(PK6)

Konsep Pendekatan Terbeza

Semua PK telah memahami konsep pendekatan pembelajaran terbeza. Setelah mendapatkan maklumat daripada pentadbir dan ketua panitia, peserta kajian dibekalkan dengan bahan manual dalam bentuk soft copy. Bahan tersebut dibaca untuk difahami isi kandungannya.

Hasilnya semua PK dapat menjawab soalan temu bual yang diajukan dengan baik.

Pendekatan pembelajaran terbeza ialah satu pendekatan yang mengandungi empat elemen.

Kalau tak silap saya kandungan, proses, produk dan persekitaran. Murid belajar ikut aras.

(PK1)

Murid belajar mengikut aras dan pendekatan ini mengambil kira tahap penguasaan murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Ada empat elemen kandungan, proses, produk dan persekitaran.

(PK2)

Mengikut pemahaman saya, pendekatan terbeza ini meraikan semua murid. Murid-murid mendapat peluang yang sama untuk mencapai tahap optimum dalam pembelajarannya. Ada 4 elemen iaitu kandungan, produk, proses. Satu lagi persekitaran.

(PK3)

Apa yang saya tahu tentang pendekatan pembelajaran terbeza ini ialah ada dalam SKPMG2.Bertujuan untuk mengukur standard kualiti Pendidikan di negara kita. Jemaah nazir sekolah telah memasukkan elemen pendekatan ini untuk capai standard (TUMS) dan rubrik penskoran. KPM hendak beri Pendidikan yang adil kepada murid-murid. Elemennya ialah kandungan, produk, proses dan persekitaran.

(PK4)

Kalau tak silap saya, pendekatan ini mementingkan keupayaan murid yang pelbagai dalam kelas. Pendekatan pembelajaran terbeza terdiri dari empat elemen iaitu produk, kandungan, proses. Satu lagi persekitaran. Kalau tak silap saya.

(PK5)

Jika saya tak silap. Betulkan ya kalau saya silap (Sambil ketawa). Ada 4 elemen dalam pendekatan ini. Pertama kandungan. Kedua apa ya? Oh, proses! Ketiga produk. Akhir sekali persekitaran. Betul tak? …

(PK6)

(9)

Prinsip -Prinsip Pendekatan Pembelajaran Terbeza

Prinsip-prinsip asas pendekatan pembelajaran terbeza. Semua PK juga dapat menjawab dengan baik apabila ditemu bual tentang prinsip-prinsip asas pendekatan terbeza ini. Prinsip-prinsip ini perlu diketahui olah guru sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Antara prinsip yang perlu diketahui oleh guru apabila menggunakan pendekatan pengajaran terbeza ini ialah dapat menarik minat murid semasa mengikuti aktiviti PdPc. Selain itu tugasan yang diberikan oleh guru bermakna dan menarik perhatian murid. Ini kerana murid yang diajar ialah murid-murid dari kelas pendidikan khas. Hasil pemerhatian dan temu bual, semua PK membentuk kumpulan dalam pengajarannya. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kognitif mereka. Ini adalah untuk memudahkan aktiviti PdPc dijalankan oleh guru. Latihan yang diberikan kepada murid juga mengikut kebolehan masing-masing. Semua PK telah memberikan latihan mengikut kebolehan murid. PK 1 hingga PK 6 telah menggunakan nyanyian didik hibur untuk menarik minat murid mengikuti pembelajaran.

Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan peserta kajian menggunakan pendekatan didik hibur untuk menarik minat murid mengikuti pembelajaran. Ini merupakan salah satu daripada prinsip untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran terbeza kepada murid. Berikut merupakan rangkuman tentang prinsip-prinsip pendekatan pengajaran terbeza hasil daripada temu bual bersama peserta kajian.

Memang penting. Kita kena tahu prinsip ini. Sebelum saya mulakan pengajaran. Saya perlu menyediakan bahan yang dapat menarik minat murid. Contoh prop. Nyanyian lagu melalui didik hibur. Barulah murid seronok dan suka. Lebih-lebih lagi murid Pendidikan khas ni. Saya juga membentuk kumpulan semasa mengajar. Selain itu saya memberikan latihan ikut kebolehan murid saya.

(PK1) Pendekatan menyampaikan isi pelajaran seperti pendekatan didik hibur memang saya guna, gunakan pendekatan didik hibur sebaiknya dapat saya kembangkan potensi murid saya. Saya akan menyanyi dengan murid. Saya juga memberikan tugasan yang bermakna dan menarik supaya murid saya suka pengajaran saya.

(PK2)

Saya suka pendekatan menghibur untuk menarik minat murid belajar dan kadang-kadang saya menyanyi dan kadang kala yang saya nyanyi .... Saya susun murid ikut kumpulan ikut kebolehannya. Jadi mudahkan saya ajar sebab ikut kebolehan murid saya.

(PK3)

Saya guna didik hibur untuk menarik minat murid belajar. Saya guna lagu-lagu yang ada dalam You Tube. Memang mereka suka. Laptop saya gunakan sebagai alat bantu belajar. Saya juga berikan tugasan atau lembaran kerja yang menarik agar budak saya tumpukan perhatian dan lebih fokus terhadap pengajaran yang saya jalankan.

(PK4)

Didik hiburkan best dalam pengajaran kepada murid pendidikan khas ni. Mereka suka. Kita nyanyi dengan budak-budak ini. Murid ini nyanyi ramai-ramai. Mereka tak suka sorang- sorang. Katanya malu. Suara tak sedap. Saya buat kumpulan ikut kebolehan. Tugasan juga saya buat apa yang murid saya suka. Nanti murid lebih focus.

(PK5)

(10)

Saya gunakan pendekatan didik hibur yang memang ada dalam DSKP. Pendekatan ini kita perlu hiburkan murid-murid dengan nyanyian. Prinsip pendekatan pengajaran terbeza lain yang saya buat ialah saya bentuk kumpulan ikut kebolehan murid saya bagi menyenangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya.

(PK6)

Hasil dapatan dalam kajian ini juga adalah untuk melihat kefahaman guru tentang pendekatan pengajaran terbeza dalam objektif yang kedua. Kefahaman guru tentang pendekatan pengajaran terbeza juga sangat baik.

Pentaksiran bagi Menentukan Tahap Penguasaan Murid

Hasil dapatan berkaitan dengan kefahaman guru apabila guru melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini ialah penilaian murid dan pentaksiran bilik darjah. Dapatan menunjukkan semua PK faham cara bagaimana untuk menentukan tahap penguasaan murid khas. Semua PK telah melaksanakan pentaksiran kepada murid-murid khas. PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dan PK 6 telah menilai murid selepas sesi PdPc. Rancangan pelajaran harian mereka dilihat. Semua PK membuat refleksi dengan menyatakan jumlah murid yang telah menguasai tajuk yang telah diajar oleh guru yang mengajarkan bahasa Melayu kepada murid-murid khas ini. Selepas sesi PdPc semua PK membuat penilaian kepada murid. Penilaian ini dilaksanakan semasa PdPc dijalankan. Guru menggunakan kaedah pemerhatian, lisan. Ada juga PK yang menggunakan lembaran kerja kepada murid. Semua PK juga melaksanakan pentaksiran bilik darjah (PBD) kepada murid-murid dengan meletakkan tahap penguasaan (TP) di dalam rekod pentaksiran. TP murid dinyatakan dalam buku rekod pentaksiran bagi memudahkan PK melihat tahap penguasaan murid. Tentang Pentaksiran bilik darjah, (PBD) guru Pendidikan khas ini juga melaksanakannya walaupun murid yang dinilai ialah murid pendidikan khas. Semua PK mengikut arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan PBD.

Berikut merupakan transkrip hasil temu bual tersebut.

Saya menggunakan kaedah pemerhatian untuk menilai budak saya. Di samping itu saya akan mentaksir murid dalam PBD seperti yang diarahkan. Ini penting jika ada pemantau tanya tahap penguasaan murid-murid saya.

(PK1)

Memang saya menilai murid sama ada ketika PdPc berlangsung dan selepas iaitu guna PBD seperti disuruh. Dalam ruangan refleksi dalam rancangan pelajaran saya, saya tulis jumlah yang murid saya capai atau tidak pelajaran yang saya telah ajar kepada mereka.

(PK2)

Untuk memudahkan saya merekod tahap penguasaan murid pendidikan khas dalam kelas, saya buat pentaksiran iaitu penilaian semasa PdPc saya buat dan PBD seperti diminta. Murid- murid khas pun perlu buat TP ni. Kalau PPD minta. Saya ada data. Saya boleh tunjukkan data tersebut.

(PK3)

(11)

PBD dan penilaian saya lakukan. Nak tengok tahap penguasaan murid memang saya nilai budak saya. Kalau saya tak tafsir murid dan nilai murid saya, saya takt ahu tahap murid-murid khas ini di mana. Agak sukar nak jawab nanti. Murid-murid khas pun ada Tp iaitu TP1 hingga TP6. Biasanya murid saya berada pada TP3. Taka da yang TP5 dan TP6 setakat ini. Murid- murid khas ini perlukan masa kerana perkembangan mereka lambat.

(PK4)

Saya menilai murid saya semasa dan saya buat PBD untuk lihat tahap mana murid saya ini berada. Tapi rata-rata murid saya tidak dapat capai tahap yang tinggi iaitu tahap penguasaan 6. Biasalah murid pendidikan khas. Kadang sukar untuk menilai.

(PK5)

Sudah semestinya saya buat penilaian kepada murid kesayangan saya ini. Walaupun murid ini tidak seperti murid arus perdana penilaian juga perlu saya jalankan mengikut apa yang diarahkan. Misalnya, saya guna penilaian secara lisan.

(PK6)

Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran Terbeza

Dapatan hasil daripada temu bual bersama responden menunjukkan bahawa semua PK telah mengaplikasikan pendekatan pengajaran terbeza ini iaitu mengasingkan murid ikut tahap kebolehan murid di dalam kelas ajarannya. Pengajaran di luar bilik darjah pula hanya PK1, PK2, PK3 dan PK5 sahaja yang kadangkala menjalankan PdPc di luar kelas. Berikut merupakan transkrip hasil temu bual bersama PK. PK 4 dan PK6 tidak menjalankan PdPc di luar kelas kerana murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ini sukar dikawal oleh guru. Jika mereka keluar dari kelas, mereka tidak akan dapat menumpukan perhatian tehadap pengajaran guru.

Saya asingkan murid ikut tahap kebolehan di dalam kelas. Saya guna bahan yang berbeza tapi objektif sama aje. Begitu juga dengan tajuk pelajaran memang sama… Kadang-kadang saya bawa juga murid keluar dari kelas, tapi kalau saya buat PdPc di luar kelas susah nak kawal murid Pendidikan khas ini. Jadi banyak dalam kelas.

(PK 1)

Memang perlu saya pisahkan ikut tahap kebolehan tapi guna tajuk dan objektif yang serupa aje. Asingkan murid memudahkan saya melaksanakan PdPc… Saya jarang bawa murid keluar kelas untuk belajar sebab murid ini susah untuk dikawal. Mereka lari sana, lari sini. Tapi ada juga buat di luar kelas.

(PK2)

Pengasingan murid ikut kebolehan saya buat. Murid ini berbeza antara satu sama lain. Bahan saya sediakan ikut tahap kebolehan juga. Kalau sama murid yang lemah tak dapat buat. Nanti menyusahkan saya … Saya bawa murid keluar untuk belajar waktu Pendidikan Jasmani. Hari lain saya tak bawa keluar. Belajar dalam kelas sahaja.

(PK3)

(12)

Budak berbeza dari segi kebolehannya. Saya asingkan ikut kemampuan mereka untuk memahami apa yang saya ajar… Saya tak bawa budak keluar kelas kerana susah nak jaga.

Kalau dalam kelas ada pembantu pengurusan murid. Boleh bantu saya.

(PK 4)

Sudah tentu saya asing ikut mereka boleh. Mereka tidak sama. Pemahaman mereka berbeza...Ada juga saya bawa murid dari kelas ini. Tapi jarang-jaranglah. Mereka lebih seronok duduk dalam kelas. Selesa.Takut di luar kelas mereka tak fokus.

(PK5)

Kebolehan murid ini tak sama. Saya asing latihan mengikut kebolehan mereka. Jadi memudahkan saya mencapai objektif pelajaran… Saya tak ada bawa keluar murid belajar.

Nanti nak buang air payah. Di kelas ini ada tandas OKU mudah nak urus.

(PK6)

Hasil dapatan dalam kajian ini juga adalah untuk melihat cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza dalam objektif yang ketiga.

Jadual 3: Amalan Guru Pendidikan Khas yang Mengajarkan Bahasa Melayu kepada Murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dari Aspek Cabaran Berkaitan Pendekatan Pengajaran Terbeza

Tema Subtema Sub Subtema PK1 PK2 PK3 PK4 PK5 PK6 Cabaran Kekangan 1. Masa

2. Bilangan Murid ramai

3. Latar belakang murid

4. Suasana di dalam kelas

5. Persiapan guru 6. Sikap murid 7. Bebanan tugas dan

komitmen lain

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

×

Hasil dapatan daripada semua peserta kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran yang mereka hadapi ketika menggunakan pendekatan pengajaran terbeza dalam PdPc di dalam kelas pendidikan khas. Berikut merupakan transkrip temu bual PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dan PK6.

Kekangan Masa

Hasil dapatan daripada temu bual yang telah dijalankan mendapati bahawa kesemua enam orang peserta kajian menghadapi masalah kekangan masa semasa menggunakan pendekatan pengajaran terbeza di dalam kelas semasa PdPc.

Saya menghadapi masalah masa untuk menggunakan pendekatan ni. Pertukaran guru kadang lambat mengambil masa yang agak lama. Ini menyukarkan saya untuk menggunakan pendekatan pengajaran terbeza.

(PK1)

(13)

Pendekatan ni saya buat tapi kadang masa tak mengizinkan. Masa tak cukup. Murid perlu dibimbing agak lama jika tidak faham. Ada juga yang kacau kawan lain. Cikgu trpaksa ambik masa yang lebih.

(PK2)

Masa untuk ajar murid-murid khas ni tak tentu kadang ok kadang tak ok. Jika ada murid khas buat hal. Masa memang tak cukup Nak melayan mereka dulu baru boleh teruskan mengajar.

Terpaksalah ambik masa dengan guru lain.

(PK3)

Kata pepatah masa itu emas. Ajar murid-murid khas ni kita perlukan masa yang cukup. Dah rancang tapi murid terpaksa dibimbing lebih Ini menyebabkan masa lari. Kalau murid buat hal lamlah ambil masa nak ajar mereka. Kena sabar.

(PK4)

Saya dah set masa tapi tak cukup juga. Murid khas ini kadang meragam. Saya dah rancang pengajaran tapi ada aje masalah nak truskan pengajaran. Maklum murid saya ialah murid- murid istimewa.

(PK5) M

asa memang saya pentingkan tapi tak boleh ikut juga. Ada tersasar juga.

(PK6)

Bilangan Murid

Hasil dapatan menyatakan bahawa bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas menjadi masalah kepada guru untuk mengaplikasikan pendekatan pengajaran terbeza ini. Berikut merupakan hasil temu bual bersama PK2 dan PK6. PK2 dan PK6 menghadapi masalah bilangan murid yang ramai. Kelas PK2 mereka berjumlah 12 orang dan PK6 11 orang. PK1, PK3, PK4 dan PK5 tidak ada masalah tentang jumlah murid mereka.

Kelas saya ada 12 orang murid. Walaupun 12 orang Nampak sikit tapi kita kena faham mereka semua adalah murid pendidikan khas. Bagi saya terlalu ramai. Kalau 8 ok juga.

(PK2)

Saya stress kerana dalam kelas saya murid terlalu ramai. Murid saya ada 22 orang. Tapi pecah dua. Satu kelas 11 orang. Memang jadi masalah untuk menguruskan murid bagi sesuatu aktiviti yang saya akan jalankan.

(PK6)

(14)

Latar Belakang Murid

Dapatan yang diperolehi menunjukkan latar belakang murid juga menjadi masalah dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza kepada guru-guru Pendidikan khas yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid pendidikan khas ini. Murid pendidikan khas kurang fokus terhadap pengajaran guru. Ini amat menyukarkan guru melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza. Hanya PK1 dan PK4 sahaja yang tidak ada masalah tentang latar belakang murid. Ini kerana ibu bapa memberikan sokongan terhadap pelajaran dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka.

Mengajar murid Pendidikan khas ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Ada murid yang kurang memberikan tumpuan terhadap PdPc di dalam kelas. Jadi adakalanya objektif tak tercapai. Nak guna pendekatan pengajaran terbeza ada masa ok dan ada juga tak ok. Murid- murid saya ni berbeza dari segi latar belakangnya. Tapi ibu bapa berikan kerjasama.tak ada masalah bagi saya.

(PK1)

Murid Pendidikan khas ini macam-macam. Ada yang ikut mood dia. Jika moodnya baik dia akan ikut apa yang saya ajar. Jika tidak mereka bermain aje. Tak berikan perhatian apa yang saya ajar. Saya dapat kerjasama daripada penjaganya jadi bagi saya taka da masalah keran ibunya sentiasa telefon saya tentang pelajaran anaknya.

(PK4)

Suasana di Dalam Kelas

Hasil dapatan temu bual menunjukkan suasana kelas yang tidak ceria menjadi satu cabaran kepada guru-guru pendidikan khas apabila mengajar murid pendidikan khas menggunakan pendekatan pengajaran terbeza. Hanya PK2 sahaja yang mempunyai masalah dengan suasana di dalam kelas kerana kelas pendidikan khas di sekolah itu baru dibuka. Oleh itu keceriaan kelas masih lagi kosong.

Walaupun murid saya tak ramai tapi mereka ingin melakukan pergerakan. Jika duduk aje mereka bosan. Kelas saya tidak besar. Sempit. Terhad dan terbatas untuk bergerak. Jadinuya pergerakan murid saya terbatas. Keceriaan kelas juga kurang. Peruntukkan belum turun.

(PK2)

Persiapan Guru

Hasil dapatan menunjukkan bahawa bahan bantu belajar tidak mencukupi juga mendatangkan masalah kepada guru-guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini. Persiapan sebelum melaksanakan PdPc terganggu. Berikut adalah antara transkrip temu bual saya bersama PK5.

Saya kadang tak ada masa nak buat bahan bantu belajar. Harapkan yang ada di sekolah. BBM kadang tidak sesuai. Saya nak pilih tak sempat. Jadi gunakan apa yang ada ikut kemampuan saya sebelum nak ajar murid menggunakan pendekatan pengajaran terbeza ini.

(PK5)

(15)

Sikap Murid

Data temu bual juga mendapati sikap murid juga menjadi cabaran kepada guru-guru untuk mengaplikasikan pendekatan pengajaran terbeza ini. Berikut adalah antara transkrip temu bual bersama PK3. Semua PK menghadapi masalah yang sama dengan PK3.

Ada murid saya yang tak boleh duduk diam. Suka bercakap. Suka mengusik kawan.

Menganggu kawan lain. Sikap murid ni menjadi masalah kepada saya buat guna pendekatan pengajaran terbeza ini.

(PK3)

Bebanan Tugas dan Komitmen Lain

Dapatan kajian juga mendapati bahawa bebanan tugas dan komitmen lain juga menjadi cabaran kepada guru-guru untuk melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini. Misalnya data temu bual bersama PK 1 menunjukkan beliau terpaksa melatih murid-murid perdana bermain bola sepak. Begitu juga dengan PK4 merupakan seorang yang berpengalaman melatih murid bermain bola jaring di sekolahnya. Semua peserta kajian menyatakan mereka menghadapi masalah bebanan tugas di sekolah menyebabkan pengajaran mereka terganggu lebih-lebih lagi untuk melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza.

Macam mana nak laksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini. Kadang saya pun tak ajar.

Pihak sekolah minta saya melatih pasukan bola sepak sekolah ke pertandingan peringkat daerah.

(PK1)

Saya ni jurulatih bola jaring sekolah, nak ajar pendekatan ini setiap masa. Takdalah cikgu.

Dah cakap dengan pentadbir tapi sekolah perlukan saya. Nak menang. Mereka kata saya muda lagi. Umur 35 tahun.

(PK4)

8. Perbincangan

Hasil dapatan menekankan peranan guru sangat penting kerana mereka merupakan orang pertama di sekolah yang menyampaikan ilmu. Oleh itu, setiap guru harus mempunyai pengetahuan tentang pendekatan pengajaran terbeza supaya dapat menjalankan aktiviti PdPc yang berkesan Pengetahuan guru merupakan satu aspek utama dalam memastikan objektif sesuatu pengajaran dalam kelas dapat dilaksanakan dengan efektif dan pengetahuan ini bukan sahaja melibatkan isi kandungan malah juga pengetahuan guru terhadap gaya pembelajaran, tahap pemikiran sertatahap penguasaan pelajar di dalam kelas (Danial Arif & Zamri, 2020).

Pada masa kini murid sangat memerlukan kaedah penyampaian guru kerana tahap kebolehan murid tidak sama lebih-lebih lagi kepada murid pendidikan khas. Maka guru-guru haruslah menggunakan pendekatan pengajaran terbeza dalam menyampaikan pengajaran mereka di dalam kelas khas. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam menggunakan pendekatan pengajaran terbeza. Menurut Fadilla dan Zamri (2019), antara aspek yang sangat mustahak dalam kehidupan kita adalah ilmu pengetahuan.

Guru tidak terlepas dalam usaha menyampaikan ilmu kepada murid-murid di sekolah. Setiap guru yang akan melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini perlu mendalami pengetahuan yang tinggi dalam mata pelajaran yang diajar dan seharusnya menggunakan kaedah, strategi dan teknik yang sesuai dalam pengajarannya.

(16)

Kenyataan ini bersesuaian dengan pendapat Zamri (2014), bahawa setiap pendidik seharusnya ada ilmu pengetahuan dan berasa yakin ketika mengajar agar PdPc yang dijalankan mencapai objektif yang diingini. Selain itu, guru juga mempunyai kefahaman yang sangat baik terhadap pelaksanaan pendekatan ini. Guru yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid khas tidak terlepas menghadapi berbagai cabaran. Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa guru menghadapi cabaran dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini.

Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza memerlukan kerjasama daripada pentadbir sekolah. Begitu juga ibu bapa atau penjaga murid sangat penting dalam memberikan kerjasama kepada para guru yang melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini. Adakah semua ibu bapa faham tentang pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza ini? Sepanjang melaksanakan sesi PdPc, guru pendidikan khas yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid khas menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza. Guru perlu terus melaksanakan PdP meskipun pelbagai cabaran yang timbul terpaksa dilalui. Dapatan kajian juga menunjukkan amalan guru terhadap pengajaran terbeza terjejas dengan adanya beberapa kekangan seperti beban tugas dan kekangan masa semasa pengajaran dijalankan.

Menurut Ain Nur (2021), kajian kajian lepas menunjukkan guru guru Bahasa Melayu mempunyai tahap kesediaan yang rendah khususnya dalam membuat perancangan dan menulis serta mendokumentasikan rancangan pengajaran harian yang mengandungi aspek aspek penting dalam pengajaran terbeza seperti aspek keterbezaan kandungan, proses, hasil dan persekitaran sebelum memasuki bilik darjah. Faktor beban tugas guru dan ketidaksediaan guru menyebabkan pelaksanaan pengajaran terbeza tidak dapat dilaksanakan secara konsisten dan berkesan. Kesimpulannya, guru pendidikan khas yang mengajarkan Bahasa Melayu kepada murid khas telah mengamalkan pendekatan yang telah diperkenalkan oleh KPM.

Guru seharusnya dapat meneruskan pengggunaan pendekatan ini dan terus berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan agar kefahaman mereka dapat dipertingkatkan untuk lebih yakin melaksanakan PdP di dalam kelas. Cabaran guru khas ini perlu diberikan perhatian oleh pihak yang terlibat agar beban tugas guru dapat diatasi dalam melaksanakan pendekatan ini.

9. Cadangan

Kajian yang dijalankan merupakan satu usaha oleh pengkaji untuk mengetahui amalan guru pendidikan khas dalam pengajaran bahasa Melayu menggunakan pendekatan pengajaran terbeza untuk murid pendidikan khas (masalah pembelajaran). Dalam hal ini, pengkaji menyenaraikan beberapa cadangan yang munasabah dalam usaha penambahbaikan tehadap penggunaan pendekatan pengajaran terbeza dalam PdPc. Beberapa cadangan kajian lanjutan dirasakan perlu bertujuan mengukuhkan lagi dapatan kajian sebelum ini. Berikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan. Antaranya ialah dalam kajian akan datang, pengkaji perlu menambahkan bilangan sampel bagi mendapat lebih banyak respons. Ini kerana kajian ini hanya melibatkan 6 orang responden sahaja. Dengan penambahan dalam bilangn sampel ini, pengkaji boleh mencapai objektif kajiannya dengan lebih jitu. Kajian ini hanya melibatkan 3 buah sekolah sahaja. Dalam kajian akan datang pengkaji perlu memperbesarkan skop kajian dengan pemilihan lebih banyak sekolah. Maklumat kajian ini adalah daripada maklumbalas responden semata-mata. Oleh itu penyelidik perlu mempelbagikan kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada pihak responden. Selain temu bual, kajian juga boleh dijalankan melalui kaedah soal selidik bagi mendapatkan maklumat yang lebih telus. Kajian tentang amalan guru pendidikan khas dalam pengajaran Bahasa Melayu menggunakan pendekatan pengajaran terbeza untuk murid pendidikan khas (masalah pembelajaran) perlu

(17)

dilanjutkan lagi di sekolah-sekloah lain untuk memberi kesedaran kepada pihak atasan tentang masalah yang dihadapi oleh para guru dalam mengaplikasikan penggunaan pendekatan pengajaran terbeza.

10. Implikasi

Pihak pentadbir dan pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah harus memperbanyakkan latihan dan bengkel penggunaan Pendekatan pengajaran terbeza kepada guru-guru. Latihan dan bengkel penggunaan pendekatan pengajaran terbeza dapat memberi pendedahan tentang cara penggunaan pendekatan pengajaran terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak pentadbir harus mengalakkan guru-guru menggunakan pendekatan pengajaran terbeza dalam PdPc dengan mengadakan pemantauan berterusan. Pihak pentadbir boleh memberikan anugerah kepada guru-guru yang menggunakan pendekatan pengajaran terbeza secara kerap supaya menambahkan minat guru lain. Selain itu, pihak pentadbir perlu sentiasa menekankan pendekatan pengajaran terbeza dalam mesyuarat panitia ataupun mesyuarat guru. Pihak berkepentingan dan pihak sekolah harus memastikan sekolah mempunyai bahan bantu belajar yang mencukupi serta kemudahan mencetak bahan-bahan pengajaran. Pihak sekolah sentias peka dengan kemudahan ini. Pihak berkepentingan juga harus mengambil tindakan yanag sewajarnya untuk mengaatasi masalah ketidaklengkapan kemudahan ini. Pihak KPM haruslah menambah peruntukan yang sedia ada untuk menyediakan bahan bantu beljar kepada setiap gurusupaya memudahkan guru-guru menjalankan PdPc dengan lebih meluas.

11. Kesimpulan

Penggunaan pendekatan pengajaran terbeza pada masa kini amat memberangsangkan sejajar dengan perkembangan dunia pendidikan di alaf baharu. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai pengetahuan serta kefahaman yang mendalam berkenaan pendekatan pengajaran terbeza terutama bagaimana untuk melaksanakannya di dalam kelas. Guru-guru juga harus mengambil inisiatif sendiri untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan pendekatan pengajaran terbeza ini supaya dapat menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan serta dapat menarik minat murid. Pada masa yang sama, pihak berkepentingan seperti KPM, JPN, PPD serta pihak sekolah harus memperbanyakkan latihan dan bengkel kepada guru-guru. Mereka juga harus menjalankan pemantauan yang berterusan sebagai motivasi kepada para guru melaksanakannya semasa PdPc di dalam kelas. Selain itu, pihak tersebut harus memikirkan cara bagaimana cabaran yang dihadapai oleh guru dalam melaksanakan pendekatan pengajaran terbeza ini dapat diatasi. Dengan kerjasama daripada semua pihak, kita akan dapat melahirkan murid yang berkualiti dan kemenjadian murid sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

(18)

Rujukan

Abd. Khahar bin Saprani, Hapsah binti Majid, Zanariah binti Ibrahim, & Lokman bin Abd Wahid. (2018). Pedagogi terbeza : Keadilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 11, 1–17.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember 2, (2011) daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.

Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember 2, (2011) daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI- TEORI-KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-

PEMBELAJARAN

Azizah Hamzah. (2010). “Kaedah Kualitatif dalam Penyelidikan Sosiobudaya” in Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6 (1).

Berman, S.1995. Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight Training and Publishing.

Brown, D.L. (2004). Differentiated instruction: Inclusive strategies for standard based learning that benefit the whole class. American Secondary Education, 32(3), 462.

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Edisi Ke-3. Shah Alam: McGraw-Hill.

Daniel Arif Abdul Muttalip.( 2020). Pelaksanaan pendekatan pengajaran terbeza dalam kalangan guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah pedalaman Kategori 3. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(November), 29–42.

En. Ali Ab. Ghani. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember (2011) daripada http://www.staripoh.com/

muat_turun/Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_ kecerdasan.pdf.

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.

Grenier, N. & Moldoveanu, M. (2011). Differentiated pedagogy: A new teaching model in multiethnic elementary school settings in Quebec, Canada. In EDULEARN11 Proceedings, pp. 758-765. IATED.

Hall, T. 2002. Differentiated instruction: Effective classroom practices report. National Center on Accessing the General Curriculum, US Office of Special Education Programs.

Intakhab Alam Khan. (2019). Perkaitan Pengajaran Berbeza dalam Pendidikan Khas untuk Pelajar Slow Learner EFL: Kajian Masalah Pembelajaran dan Beberapa Strategi di KAU, Jeddah. Jurnal Kemanusiaan Universit King Khalid 28 (1), 69-103,2019

Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory &

Zuraidah Zainol. (2011). Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. Ph. D Dissertation. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating Learning.

Kama Shaffeei, Abdul Rahim Razalli, Shamsul Rizal Khalil. (2019). Tahap Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Khas di Malaysia. Seminar Amalan Terbaik PdPc Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor. Universiti Pendidiakn Selangor (UNISEL), 20-21 Ogos.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2011). Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.

Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, (2011) daripada http://www.slideshare.net/

normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar.

(19)

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidik Pendidikan. Edisi Kelima. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Nanang Suprayogi, & Valcke, M. (2016). Differentiated instruction in primary schools: Implementation and challenges in Indonesia. PONTE International Scientific Researchs Journal, 72(6), 1–18. https://doi.org/10.21506/j.ponte.2016.6.1

Perniagaan di Larut Matang dan Selama, Perak. Akademika 90, 90(3), 115–130.

R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States of America: Corwin A Sage Company.

Siti Rahayah Ariffin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain.

(2004). Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. (2008). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, (2011) daripada http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teori_kecerda san_pelbagai.pdf

Tomlinson, C.A. (2003). Leadership for differentiated classrooms. The School Administrator, 56 (9), 6- 11.

Referensi

Dokumen terkait