Penggunaan Model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) dalam Proses Penyelesaian Masalah Matematik Murid Masalah
Pembelajaran
(Using Model VAK in the Process of Solving Mathematical Problem of Learning Disability Pupils)
Norshidah Mohd Salleh1*, Teo Pei Er1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.9
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Murid masalah pembelajaran (MMP) didapati menghadapi kesukaran dalam mengaplikasikan pengetahuan asas matematik dalam penyelesaian masalah matematik. Model Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK) adalah model gaya pembelajaran yang efektif dalam proses pembelajaran murid. Kajian kuasi-eksperimen dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan Model VAK terhadap pencapaian MMP dalam menyelesaikan masalah matematik. Sebanyak lima sampel kajian dari kelas dan sekolah yang sama dipilih bertujuan untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen ujian pra-pos, ujian kecil dan rekod pencapaian sampel kajian digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan dapatan kajian, pencapaian sampel kajian dalam menyelesaikan masalah matematik sebelum intervensi model VAK adalah memuaskan di mana 70% sampel kajian mendapat gred B dan 40% sampel kajian mendapat gred C. Pencapaian sampel kajian dalam menyelesaikan masalah matematik telah meningkat selepas intervensi model VAK selama lima minggu. Sampel kajian yang mendapat gred A dan gred B adalah sama banyak iaitu 40% berbanding dengan 20% sampel kajian yang mendapat gred C. Keseluruhan min permakahan bagi semua sampel kajian pula meningkat daripada 63.2 ke 73.6 pada akhir ujian pos. Ujian kecil yang dijalankan pada setiap minggu intervensi model VAK telah menunjukkan bahawa peningkatan pencapaian markah sampel kajian juga memerlukan usaha sampel kajian sendiri. Kesimpulannya, model VAK membawa impak positif kepada pencapaian sampel kajian dalam menyelesaikan masalah matematik. Segala dapatan kajian ini berharap dapat dijadikan kaedah alternatif dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi meninggikan minat dan efisiensi pembelajaran murid dalam subjek matematik mahupun subjek yang lain.
Kata kunci: Model Visual, Auditori dan Kinestetik (VAK), murid masalah pembelajaran, penyelesaian masalah matematik
Abstract: Learning disability pupils (LDP) commonly face problems in applying basic concept mathematics to solve the mathematical problem. The Visual-Auditory-Kinaesthetic (VAK) is one of the learning styles models. It works well to improve the learning process of pupils. Thus, this research was based on the quasi-experimental to find out the effectiveness of model VAK towards the achievements of LDP in solving the mathematical problem. This research purposely chooses five LDP from the same class and school. Instruments for this research included pre-test and posttest, small test, and record achievements LDP. Based on the research
of samples got grades B, and 40% got grades C. After intervention VAK model for five weeks, 40% of samples got grades A and B, and only 20% got grades C. The VAK model positively impacted the achievements of samples in solving mathematical problems. The overall min score for all the samples increased from 63.2 to 73.6 in the pre-post-test. Small tests given during interventions showed the importance of effort LDP in learning despite of having the help of model VAK. In conclusion,model VAK brings an impact positive towards the achievement of LDP in solving mathematical problems. All the findings in this research hope to be alternative teaching methods to increase pupils' interest and efficiency achievements in mathematics and other subjects.
Keywords: Visual-Auditory-Kinaesthetic (VAK) Model, learning disability pupils, solving mathematical problem
___________________________________________________________________________
1. Pendahuluan
Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di Malaysia termasuklah murid yang mempunyai kekurangan upaya dari segi pendengaran, pertuturan, penglihatan, masalah pembelajaran, fizikal dan juga kepelbagaian kurang upaya. MBPK sering dikaitkan dengan masalah pembelajaran. MBPK yang kurang kemahiran persepsi kemungkinan besar menghadapi masalah dalam hubung kait ruang dan jarak, mengalami gangguan ukuran dan juga bermasalah dalam penyelesaian masalah dan geometri (Tim Jay, Jo Rose & Ben Simmons 2018). MBPK yang menghadapi masalah dalam bidang matematik juga disebabkan komponen matematik yang dipelajari, tahap pencapaian, keadaan psikologi, kaedah untuk pengajaran dan pembelajaran, dan alat digital yang diaplikasikan kepada mereka. (Maria Avitia et al. 2017;
Mikyung Shin & Diane P. Bryant 2017;Anette Bagger, Helena Roos & Margareta Engvall 2020). Kesemua dapatan ini menunjukkan bahawa pelbagai faktor telah mempengaruhi pembelajaran matematik MBPK.
Kemahiran menyelesaikan masalah matematik adalah penting dalam kehidupan kita. Mikyung Shin dan Diane P. Bryant (2017) mendapati bahawa MBPK mempunyai pemahaman yang lemah dalam konsep dan kemahiran penyelesaian masalah. Bagi membantu MBPK menguasai kemahiran penyelesaian masalah matematik, intervensi yang bersesuaian perlu diaplikasikan.
Kajian Alicia F. Saunders, Fred Spooner dan Luann Ley Davis (2018) telah mendapati bahawa MBPK memerlukan intervensi seperti intervensi berasaskan video untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah matematik mereka.
Pembelajaran matematik memerlukan latih tubi yang banyak untuk mengukuhkan ingatan murid. Tim Jay, Jo Rose dan Ben Simmons (2018) mendapati bahawa pembelajaran matematik murid di rumah disekat disebabkan kebanyakan ibu bapa tidak mengetahui kemajuan pembelajaran anak dalam bidang matematik. Mereka tidak dapat memberikan latihan pengukuhan matematik kepada anak mereka semasa sesi pembelajaran di rumah. Oleh itu, pihak sekolah harus bekerjasama dan berbincang dengan ibu bapa untuk memastikan pembelajaran murid tidak di sekolah sahaja tetapi dapat berterusan di rumah. Pembelajaran berterusan dari sekolah ke rumah adalah penting untuk mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran murid (Linda Harashim 2017). Ibu bapa dan guru sama-sama memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid dalam bidang matematik.
2. Ulasan Kajian Lepas
Model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) adalah model gaya pembelajaran yang selalu diaplikasikan dalam PdPC. Model VAK dapat mengesan gaya pembelajaran murid sama ada murid yang lebih kepada pembelajaran secara penglihatan, pendengaran atau hands-on. Kajian Parween Shawkat Kawther (2020) telah menunjukkan model VAK meningkatkan tahap prestasi bahasa murid dan membantu mereka meneroka gaya pembelajaran yang bersesuaian kepada mereka dalam proses pembelajaran. Daniar Setyo Rini, Adisyahputra dan Diana Vivanti Sigit (2020) juga mendapati bahawa penerapan model VAK dalam pembelajaran meningkatkan kemampuan murid berfikir kritis. Model VAK bukan sahaja meningkatkan pencapaian murid malah juga mencungkil cara pembelajaran yang bersesuaian kepada mereka.
Marietta Papadatou-Pastou et al. (2021) mendapati bahawa model VAK sering digunakan oleh pendidik dalam meneroka gaya pembelajaran murid dan menerapkannya dalam PdPC. Ini menunjukkan model VAK bukan sahaja berfungsi sebagai stategi pengajaran tetapi juga alat penilaian kepada gaya pembelajaran murid. Samara Willis (2017) pula mendapati bahawa model VAK adalah strategi pembelajaran yang sering digunkan dalam bilik darjah dan berfungsi sebagai intervensi pembelajaran murid. Kedua-dua dapatan ini menunjukkan model VAK dipercayai oleh ramai pendidik. Model VAK dapat diterapkan dalam pembelajaran murid dan sesuai dengan gaya pembelajaran setiap murid.
Murid bermasalah pembelajaran (MMP) didapati sukar menguasai langkah-langkah penyelesaian masalah matematik iaitu memahami pernyataan masalah, merancang dan melaksanakan strategi penyelesaian masalah yang bersesuaian serta menyemak kebetulan jawapan (Anette Bagger, Helena Roos & Margareta Engvall 2020). Strategi pengajaran yang bersesuaian perlu diberikan kepada MMP untuk membantu pembelajaran mereka. Model VAK adalah antara satu intervensi yang dicadangkan dalam pengajaran matematik. Risnawati, Zubaidah Amir dan Novita Sari (2018) telah mengkaji media pembelajaran berasaskan pendekatan VAK dalam membantu muridmemahami matematik. Ujian kemampuan pemahaman matematik murid yang dilaksanakan dalam kajian mereka telah menunjukkan media pembelajaran VAK yang dibangunkan ini sangat sahih, praktikal, dan berkesan untuk memudahkan murid memahami matematik. Oleh itu, model VAK dapat dijadikan strategi pengajaran dalam proses penyelesaian masalah matematik MBPK.
3. Perbincangan
3.1 Pencapaian MMP dalam menyelesaikan masalah matematik sebelum intervensi model VAK
Jadual 1: Gred Permakahan Ujian Pra
Pencapaian MMP dalam menyelesaikan masalah matematik sebelum intervensi model VAK adalah memuaskan. Ini bermakna kesemua sampel kajian telah dapat menyelesaikan masalah operasi tambah dan tolak dengan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Dapatan ini boleh dilihat melalui pencapaian sampel kajian dalam ujian pra. Seramai 60 % sampel kajian mencapai gred B dan 40% sampel kajian mencapai gred C sahaja. Menurut Linda Harashim (2017), pengetahuan yang sedia ada dalam murid memudahkan mereka menjawab soalan yang berkaitan di samping mempelajari topik yang baharu. Pencapaian MMP dalam ujian yang diambil bukan sahaja memerlukan usaha mereka sendiri tetapi juga perlu ada pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi. Oleh itu, prestasi pencapaian sampel kajian ini telah menunjukkan bahawa mereka sudah ada pengetahuan dan kemahiran asas tentang penyelesaian masalah matematik.
Selain itu, pencapaian sampel kajian dalam ujian pra yang paling tinggi adalah markah 70%
dan 55% adalah markah yang paling rendah. Jurang pencapaian MMP dalam menyelesaikan masalah matematik sebelum intervensi model VAK ini tidak banyak. Hanya ada perbezaan markah 15% sahaja. Nancy Frey, Douglas Fisher dan Dominique Smith (2019) berpendapat bahawa pengetahuan dan kemahiran murid dalam akademik dapat dikembangkan dengan adanya strategi dan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Semakin kecil jurang prestasi pembelajaran antara murid di dalam satu kelas, maka semakin besar impak positif kepada pembelajaran murid. Pencapaian MMP dalam menyelesaikan masalah matematik sebelum intervensi model VAK telah menunjukkan bahawa sampel kajian berada di kelas yang mempunyai tahap pembelajaran yang hampir sama dan sesuai dikaji bersama.
3.2 Pencapaian MMP dalam Menyelesaikan Masalah Matematik selepas Intervensi Model VAK
Jadual 2: Gred Permakahan Ujian Pos
Kajian ini mendapati bahawa model VAK memainkan peranan penting dalam pencapaian MMP dalam penyelesaian masalah matematik. Pencapaian MMP dalam penyelesaian masalah matematik ada peningkatan permakahan dan gred semasa perbandingan pencapaian ujian pra dan ujian pos. Ini juga bermaksud model VAK yang mengandungi kepelbagaian gaya pembelajaran iaitu visual, auditori dan kinestetik telah berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran murid dalam matematik. Menurut Nithya Dewi Subramaniam Chetty et.al (2019), kaedah pengajaran guru ada kesan signifikan kepada gaya pembelajaran murid dan pencapaian muird dalam akademik. Oleh itu, intervensi model VAK yang diterapkan dalam kaedah pengajaran membawa impak positif kepada pencapaian murid dalam penyelesaian masalah matematik. Jehad Ali Almomani (2019) juga berpendapat bahawa pengajaran guru harus bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid bagi memupuk minat dan memberikan
motivasi kepada pembelajaran mereka. Dapatan ini jelas ditunjukkan dalam pencapaian MMP dalam ujian kecil sepanjang lima minggu diterapkan dengan intervensi model VAK.
Ujian pos MMP telah memaparkan kemajuan MMP dalam penyelesaian masalah matematik.
Mereka berada di tahap baik di mana masing-masing ada 20% MMP mendapat gred A dan gred B dan juga hanya 20% MMP mendapat gred C. Kenaikan gred dan markah MMP menunjukkan intervensi model VAK telah berjaya dilaksanakan. Setiap murid mempunyai potensi meningkatkan pencapaian mereka dalam akademik dengan adanya pengajaran dan bimbingan yang profesional daripada guru (Anette Bagger, Helena Roos & Margareta Engvall 2020). Menurut Etika Kusumawarti, Slamet Subiyantoro dan Rukayah (2020) pula, peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran yang diuji adalah disebbakan penerapan model VAK. Dapatan daripada kedua-dua kajian ini menunjukkan keberkesanan intervensi model VAK dalam meningkatkan keputusan ujian penyelesaian masalah matematik MMP.
3.3 Kesan Model VAK kepada MMP
Rajah 1: Perbandingan Ujian Penyelesaian Masalah Matematik
Kesan model VAK kepada MMP jelas ditunjukkan melalui ujian pra-pos dan perkembangan sampel kajian dalam ujian kecil. Markah yang paling tinggi dalam ujian pos adalah 85%
manakala markah dalam ujian pra adalah 70%. Markah terendah dalam ujian pos adalah 60%
manakala ujian pra adalah 55%. Dapatan ujian pra-pos ini menunjukkan MMP ada kemajuan pencapaian dengan adanya intervensi model VAK. Marietta Papadatou-Pastou et al. (2021) menyatakan bahawa intervensi gaya pembelajaran VAK di dalam bilik darjah yang disertakan dengan pelbagai alat bantu mengajar, teknik mengalakkan penyertaan murid dan aktiviti motor dapat meningkatkan pencapaian murid. Dapatan kajian ini membuktikan lagi kepentingan intervensi model VAK dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa model VAK meningkatkan prestasi keputusan MMP dari keseluruhan min permakahan 63.2 kepada 73.6.
Dapatan ini selaras dengan dapatan Oki Dwi Ramadian, Bambang Yudi Cahyono dan Nunung
intervensi model VAK. Mereka juga mendapati bahawa model VAK dapat membantu murid mengukuhkan ingatan tentang sukatan pembelajaran dengan lebih baik. Kesemua dapatan ini membuktikan intervensi model VAK sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah dan juga dapat mempengaruhi prestasi murid dalam pembelajaran.
Dapatan kajian ini menunjukkan gred MMP dalam penyelesaian masalah matematik telah meningkat. Bilangan MMP yang mendapat gred A dan gred B adalah lebih banyak daripada gred C. Ini menunjukkan pemahaman murid dalam penyelesaian masalah matematik telah meningkat selepas intervensi model VAK. Dapatan kajian ini dapat disokong oleh dapatan Risnawati, Zubaidah Amir dan Novita Sari (2018). Mereka telah mendapati bahawa model VAK meningkatkan pencapaian murid dalam ujian kebolehan pemahaman matematik dan murid mempunyai tahap pemahaman matematik yang lebih baik.
Ujian kecil 5 telah menunjukkan sampel kajian telah mendapat markah yang baik berbanding dengan ujian pra mereka. Sampel kajian pertama dan sampel kajian kelima mempunyai peningkatan markah yang nyata iaitu 15 markah. Sampel kajian keempat pula mempunyai peningkatan markah yang paling rendah iaitu 2 markah sahaja. Dapatan ujian kecil 5 ini selaras dengan dapatan Anette Bagger, Helena Roos dan Margareta Engvall (2020) yang berpendapat pencapaian murid dalam matematik adalah usaha dan kerjasama antara guru dengan murid sendiri. Oleh itu, intervensi model VAK bukan usaha daripada guru sahaja tetapi juga memerlukan usaha murid sendiri.
Soalan ujian pra-pos adalah sama. Keseluruhan ujian pos MMP adalah lebih baik berbanding dengan ujian pra. Maria Avitia et al. (2017) telah mendapati bahawa intervensi yang bersesuaian kepada murid dapat mengurangkan kesilapan murid dalam soalan yang sama.
Dapatan ini sama seperti dengan dapatan kajian ini. Ini menunjukkan terdapat kesan signifikan model VAK kepada pencapaian MMP. Pencapaian MMP dalam ujian pra dan pos dengan soalan ujian yang sama telah berjaya menampak jurang MMP dalam penyelesaian masalah matematik. Sampel kajian pertama (S1) adalah orang yang paling tinggi markah dan sampel kajian kedua (S2) adalah orang yang paling rendah markah dalam ujian pra-pos. Jurang keputusan kedua-dua sampel kajian ini besar di mana S1 sudah mencapai gred A tetapi R2 masih kekal dalam gred C selepas ujian pos. Ini dapat dirumuskan bahawa S1 lebih cekap berbanding dengan S2 dalam penyelesaian masalah matematik. Dapatan seperti ini sama seperti dengan dapatan Mohammed Saad Jebur, Jasim Saleh Majon dan Hayder Abdulhafdh Shehab (2021) yang mendapati bahawa penilaian kandungan sama dapat melihat tahap kognitif dan pencapaian murid yang berbeza.
4. Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian kuasi-eksperimen ini telah menghadapi beberapa batasan. Oleh itu, beberapa kajian lanjutan dicadangkan berdasarkan batasan kajian yang dihadapi. Kajian lanjutan yang dicadangkan adalah melibatkan sekurang-kurangnya dua kumpulan sampel kajian kajian untuk melihat perbezaan pencapaian murid dengan lebih baik. Sekolah yang terlibat juga seharusnya melibatkan beberapa sekolah untuk mendapat data yang lebih komprehensif. Pengkaji lain dicadangkan mengkaji satu tajuk utama dalam matematik atau subjek matematik bagi darjah tertentu. Ini dapat melihat lebih menyeluruh tentang keberkesanan intervensi yang dilaksanakan dalam kajian tersebut.
5. Kesimpulan
Kesimpulannya, model VAK sebagai salah satu model gaya pembelajaran yang dapat membantu murid meneroka gaya pembelajaran mereka di samping meningkatkan pencapaian mereka. Kajian ini berharap dapat menjadi rujukan kepada guru lain untuk menjadi kaedah alternatif pengajaran di dalam kelas. Keunikan model VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik) menjadikan model ini dapat meningkatkan minat dan efisiensi pembelajaran murid dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.
Rujukan
Alicia F. Saunders, Fred Spooner dan Luann Ley Davis. (2018). Using Video Prompting to Teach Mathematical Problem Solving of Real-World Video-Simulation Problems.
Remedial and Special Education 39(1), 53 –64.
Anette Bagger, Helena Roos & Margareta Engvall. (2020). Directions of Intentionalities in Special Needs Education in Mathematics. Educational Studies in Mathematics 104 (1), 41-63.
Daniar Setyo Rini, Adisyahputra & Diana Vivanti Sigit. (2020). Boosting Student Critical Thinking Ability Through Project Based Learning, Motivation and Visual, Auditory, Kinesthetic Learning Style: A Study on Ecosystem Topic. Universal Journal of Educational Research 8(4A), 37-44.
Etika Kusumawarti, Slamet Subiyantoro & Rukayah. (2020) The Effectiveness of Visualization, Auditory, Kinesthetic (VAK) Model Toward Writing Narrative:
Linguistic Intelligence Perspective. International Journal of Instruction 13(4), 677-694.
Jehad Ali Almomani. (2019). Preferred Cognitive Learning Patterns (VAK) Among Secondary Students Admitted to King Saud University and Its Effect on Their Academic Achievement in Physics. International Education Studies 12(6), 108-119.
Linda Harashim. (2017). Learning Theory and Online Technologies Second Edition. New York, Routledge.
Maria Avitia, Emily DeBiase, Matthew Pagirsky, Melissa M. Root, Meiko Howel, Xingyu Pan, Tawnya Knupp & Xiaochen Liu. (2017). Achievement Error Differences of Students with Reading Versus Math Disorders. Journal of Psychoeducational Assessment 35(1- 2), 111–123.
Marietta Papadatou-Pastou, Anna K. Touloumakos, Christina Koutouveli & Alexia Barrable.
(2021). The Learning Styles Neuromyth: When the Same Term Means Different Things to Different Teachers. European Journal of Psychology of Education 36, 511–531.
Mikyung Shin & Diane P. Bryant. 2017. Improving the Fraction Word Problem Solving of Students With Mathematics Learning Disabilities: Interactive Computer Application.
Remedial and Special Education 38(2), 76 –86.
Mohammed Saad Jebur, Jasim Saleh Majon & Hayder Abdulhafdh Shehab. (2021). A Comparative Study of Cognitive Achievement in Football Among Students Who Have Different Learning Styles. Indian Journal of Forensic Medicine and Toxicology 15(1), 2382-2387.
Nithya Dewi Subramaniam Chetty, Lina Handayani, Noor Azida Sahabudin, Zuraina Ali, Norhasyimah Hamzah, Nur Shamsiah Abdul Rahman & Shahreen Kasim. (2019).
Learning Styles and Teaching Styles Determine Students’ Academic Performances International. Journal of Evaluation and Research in Education 8(4), 610-615.
Nancy Frey, Douglas Fisher & Dominique Smith. (2019). All Learning is Social and Emotional : Helping Students Develop Essential Skills for the Classroom and Beyond. Virgenia,
Oki Dwi Ramadian, Bambang Yudi Cahyono & Nunung Suryati. (2020). The Implementation of Visual, Auditory, Kinesthetic (VAK) Learning Model in Improving Students’
Achievement in Writing Descriptive Texts. English Language Teaching Educational Journal 2(3), 142-149.
Parween Shawkat Kawther. (2020). The Academic Effects of VAK Learning Styles on EFL (English as a Foreign Language) Students to Learn English Vocabulary. ZANCO Journal of Humanity Sciences 24(3), 276-287.
Samara Willis. (2017). Literature Review on the Use of VAK Learning Strategies. The STeP Journal 4(2), 90-94.
Tim Jay, Jo Rose & Ben Simmons. (2018). Why Is Parental Involvement In Children’s Mathematics Learning Hard? Parental Perspectives On Their Role Supporting Children’s Learning. SAGE Open, 1-13.