Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Di Sekolah-Sekolah Daerah Sri Aman, Sarawak
(The Use Of Malay Language In Management And Administration In Sri Aman District Schools, Sarawak)
Masaraie Nabari1*, Nor Azwahanum Nor Shaid1
1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 April 2023 | Published: 30 April 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.59
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman, Sarawak. Kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden terdiri daripada 140 orang pentadbir sekolah yang terdiri daripada kalangan pengetua, guru besar, guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan ketua pembantu tadbir. Temu bual berstruktur melibatkan sepuluh orang informan yang terdiri daripada pentadbir yang dipilih berdasarkan pengalaman mereka sebagai pentadbir sekurang-kurangnya 3 tahun. Analisis data dilakukan secara deskriptif. Diharapkan kajian ini akan dapat menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membentuk satu garis panduan bahasa Melayu bagi urusan pengurusan dan pentadbiran.
Kata kunci: penggunaan telefon pintar bermasalah, kesepian, harga diri, remaja
Abstract: The purpose of this study is to examine the use of the Malay language in management and administration in schools in Sri Aman district, Sarawak. The study that uses this survey design has used questionnaires as research instruments. Respondents consisted of 140 school administrators consisting of principals, head teachers, senior assistant teachers, senior subject teachers and chief administrative assistants. Structured interviews involved ten informants consisting of administrators selected based on their experience as administrators for at least 3 years. Data analysis is done descriptively displayed in the form of frequency and percentage.
It is hoped that this study will be able to be a reference for Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) to form a Malay language guideline for management and administration matters.
Keywords: management and administration; Malay Language; schools; professional; dignity ___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Bahasa adalah medium dan juga wahana komunikasi untuk bagi membolehkan manusia berhubung antara satu dan yang lain. Bahasa yang wujud ini juga bertujuan sebagai alat bagi menyampaikan pemikiran, konsep atau fikiran. Bahasa Melayu adalah salah satu cabang keluarga bahasa Austronesia dan lebih dikenali sebagai bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara di rantau Nusantara seperti Malaysia, Indonesia
keupayaan dan kebijaksanaan. Bahasa Melayu di Malaysia bertindak sebagai alat komunikasi yang dipilih oleh masyarakat.
Bahasa ini digunakan oleh masyarakat sesama bangsa Melayu dan juga bukan Melayu.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu Perkara 152 telah jelas menunjukkan status bahasa Melayu sebagai bahasa tertinggi di Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Menurut Jeniri Amir (2013), bahasa Melayu boleh menjadi medium untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Rozita Che Rodi (2014) menyatakan bahawa ilmu pengetahuan boleh direkodkan dengan menggunakan bahasa dan merupakan medium yang sangat berkesan.
Bahasa adalah satu saluran yang digunakan untuk menyokong, medium komunikasi, penyebaran maklumat untuk menyebarkan ilmu kepada generasi.
Bahasa adalah salah satu saluran yang digunakan sebagai medium perantara untuk berkomunikasi dan menyebarkan segala ilmu dan maklumat kepada semua generasi. Dalam sejarah alam Melayu, dapatlah dilihat bahawa bahasa Melayu pernah mendapat status yang tinggi sebagai lingua franca dan penggunaan bahasa ini merujuk kepada bahasa komunikasi dalam sistem sosial bermasyarakat (Ku Samsu et al. 2020).
Pada awal pembentukan Malaysia, penggunaan bahasa Melayu adalah berbeza terutamanya bagi Tanah Melayu dan Sarawak. Di Tanah Melayu, pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu. Contohnya, kewujudan pelbagai jenis surat khabar yang telah ditulis dalam bahasa Melayu dan keadaan ini menunjukkan bahawa masyarakat mulai minat ke arah penulisan dalam bahasa Melayu. Usaha ini juga telah diusahakan oleh beberapa kumpulan sasterawan Melayu dan juga bekas pelajar sekolah vernakular Melayu pada ketika itu. Situasi ini ternyata berbeza di Sarawak dengan adanya etnik-etnik yang pelbagai.
Disebabkan perkara ini, segala usaha untuk memperkasakan Bahasa Melayu di Sarawak masih belum menampakkan hasil dan masih hambar. Pertembungan tindakan pemerkasaan pendidikan memberikan kesan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu kerana berlakunya pertindihan arahan dari kerajaan pusat dan negeri (Suffian dan Awang Azman 2019).
2. Pernyataan Masalah
(Fariza et al. (2019), Dasar Bahasa terutamanya melibatkan bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu adalah mudah untuk dipengaruhi oleh beberapa keadaan seperti bentuk pentadbiran, kepelbagaian etnik, bentuk politik, keadaan sosial dan latar belakang ekonomi. Kajian Hasan Baseri Budiman (2013) mendapati wujudnya kemerosotan dalam kalangan barisan pentadbir sesebuah organisasi terutamanya melibatkan penggunaan Bahasa Melayu. Ini disokong oleh kajian Fariza Md. Sham et al. (2018) yang menyatakan bahasa Melayu kurang digunakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terutamanya ketika melibatkan urusan rasmi yang melibatkan komunikasi.
3. Objektif Kajian
i. Untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di daerah Sri Aman, Sarawak.
ii. Untuk mengenal pasti faktor yang boleh mempengaruhi tahap pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di daerah Sri Aman, Sarawak.
4. Tinjauan Literatur
Para pengkaji telah mengkaji banyak kajian untuk mengenal pasti isu-isu utama yang wujud dalam bidang pendidikan sejak pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dilaksanakan disebabkan pelaksanaan PKP. Tidak ketinggalan juga para pengkaji di Malaysia juga turut melaksanakan kajian tentang isu yang wujud dalam pelaksanaan sesi PdP yang dijalankan secara dalam talian dan dapatan tersebut juga menyumbang kepada rujukan dan sumbangan ilmu dalam bidang pendidikan.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) (2015), didapati terdapat beberapa media terutamanya media elektronik melakukan kesalahan tatabahasa terutamanya semasa siaran berita dan rencana. Kebanyakan negara menghadapi isu yang hampir sama. Hal ini berlaku disebabkan kebanyakan negara terdiri daripada pelbagai etnik (Paramasivam 2017). Disebabkan perkara ini menyebabkan isu lain seperti ‘bahasa rojak’
yang berlaku akibat percampuran bahasa dalam komunikasi (Albury 2017). Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mempunyai tahap kefahaman, pengamalan, penghayatan budaya identiti Melayu yang paling rendah terutamanya Kaum India, Cina, Sabah dan Bumiputera Sarawak (Zamri et al. 2020).
5. Metodologi
Reka bentuk kuantitatif melalui pendekatan soal selidik telah digunakan dalam kajian. Kajian ini dilakukan di daerah Sri Aman. Bahagian Sri Aman merupakan bahagian ke-12 di Sarawak.
Populasi kajian ini terdiri daripada semua pentadbir di sekolah-sekolah daerah Sri Aman iaitu seramai 225 orang. Segala item yang diuji dalam Bahagian B akan diukur menggunakan Skala Likert Lima Mata. Sampel kajian yang dipilih adalah 140 orang berdasarkan jadual penentuan Krejcie dan Morgan (1970).
6. Dapatan Kajian
Bahagian ini membincangkan maklumat demografi responden. Jadual 1 memaparkan data sejumlah 140 orang responden.
Jadual 1: Analisis Demografi Responden Kajian
Demografi Kategori Frekuensi Peratusan (%)
Jantina Lelaki 82 59.6
Perempuan 58 41.4
Jawatan Pengetua
Guru Besar
Guru Penolong Kanan Guru Kanan Mata Pelajaran Ketua Pembantu Tadbir
5 36 79 16 4
3.6 25.7 56.4 11.4 2.9 Tempoh Berkhidmat Lebih 10 Tahun
6-10 Tahun 1-5 Tahun
75 55 20
50 36.67 13.33 Taraf Pendidikan SPM/STPM
Diploma Perguruan Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana
4 3 111
22
2.9 2.1 79.3 15.7 Jenis Sekolah Sekolah Rendah Kebangsaan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJKC) Sekolah Menengah
31 5 5
75.6 12.2 12.2
Mata Pelajaran Di Ajar
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains
Matematik Sejarah Bukan Teras Tidak Berkenaan
34 37 20 10 6 29
4
24.3 26.4 14.3 7.1 4.3 20.7
2.9
Daripada Jadual 1, jumlah responden kajian lelaki adalah 82 orang (59.6 %,) manakala responden kajian perempuan adalah sejumlah 59 orang (41.4%). Bagi kumpulan jawatan pula, Pengetua seramai 5 orang (3.6%), diikuti oleh Guru Besar 36 orang (25.7%), Guru Penolong Kanan seramai 79 orang (56.4%), Guru Kanan Mata Pelajaran seramai 16 orang (11.4%) dan Ketua Pembantu Tadbir seramai 4 orang (2.9%). Seterusnya, berdasarkan tempoh berkhidmat sebagai pentadbir, paling ramai adalah kelompok yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun iaitu seramai 104 orang (74.3%), diikuti oleh 5 tahun dan ke bawah iaitu seramai 26 orang dan 6 hingga 10 tahun adalah seramai 10 orang (7.1%). Berdasarkan taraf pendidikan responden, paling ramai pentadbir memiliki Ijazah Sarjana Muda iaitu seramai 111 orang (79.3%) diikuti oleh Ijazah Sarjana seramai 22 orang (15.7%), manakala berkelulusan SPM atau STPM seramai 4 orang (2.9%) dan paling kurang ialah Sijil Ikhtisas atau Diploma Perguruan iaitu seramai 3 orang bersamaan dengan 2.1%. Jenis sekolah tempat responden bertugas pula dibahagikan kepada 3 jenis iaitu Sekolah Menengah sebanyak 5 buah (12.2%), Sekolah Kebangsaan 31 buah (75.6%) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) adalah sebanyak 5 buah bersamaan 12.2%. Berdasarkan mata pelajaran utama yang diajar, paling ramai mengajar Bahasa Inggeris iaitu seramai 37 orang (26.4%) diikuti oleh Bahasa Melayu seramai 34 orang (24.3%). Kebanyakan pentadbir juga mengajar mata pelajaran bukan teras iaitu seramai 29 orang (20.7%), Sains seramai 20 orang (14.3%), Matematik seramai 10 orang (7.1%), Sejarah seramai 6 orang (4.3%) dan tidak berkenaan seramai 4 orang (2.9%).
Setelah analisis demografi responden dilakukan, analisis deskriptif dilakukan bagi mengetahui dapatan berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Jadual 2 menunjukkan nilai skor min untuk menentukan sikap responden.
Jadual 2: Nilai Skor Min bagi Menentukan Sikap (Alias 1999)
Interpretasi Skor Min Skor Min
Sangat Rendah 1.00 – 1.80
Rendah 1.81 – 2.60
Sederhana 2.61 – 3.40
Tinggi 3.41 – 4.20
Sangat Tinggi 4.21 – 5.00
Tahap Kesedaran Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Dan Pengurusan Di Sekolah-Sekolah Daerah Sri Aman
Bahagian ini akan menunjukkan analisis tentang kesedaran responden terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman Terdapat 10 item pernyataan untuk dijawab oleh responden dan dapatan kajian secara terperinci dinyatakan dalam Jadual 3.
Jadual 3: Kesedaran responden terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman
BIL ITEM MIN SISIHAN
PIAWAI 1. Saya sedar tentang kewujudan Surat Pekeliling dan Pelan Hala
Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025.
4.37 0.84
2. Saya sedar bahawa Surat Pekeliling dan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 adalah untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.
4.44 0.72
3. Saya sedar penggunaan Bahasa Melayu dibudayakan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.59 0.54
4. Saya sedar Bahasa Melayu digunakan dalam urusan surat menyurat, minit mesyuarat dan laporan di sekolah.
4.84 0.39
5. Saya sedar Bahasa Melayu digunakan semasa mesyuarat atau taklimat di sekolah.
4.68 0.48
6. Saya sedar Bahasa Melayu digunakan dalam urusan hebahan atau memo perhubungan di sekolah.
4.76 0.44
7. Saya sedar Bahasa Melayu digunakan dalam majlis rasmi atau kursus atau bengkel atau program di sekolah.
4.75 0.45
8. Saya sedar Bahasa Melayu digunakan dalam borang-borang di sekolah.
4.83 0.39
9. Saya sedar Bahasa Melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan rakan setugas, warga sekolah dan ibu bapa atau komuniti setempat.
4.30 0.74
10. Saya sedar penggunaan bahasa rojak berlaku dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
3.10 1.31
Min Keseluruhan 4.46 0.72
Berdasarkan Jadual 3, min keseluruhan ialah 4.46 iaitu pada tahap sangat tinggi. Item ke-4
“Saya sedar Bahasa Melayu digunakan dalam urusan surat menyurat, minit mesyuarat dan laporan di sekolah” merupakan item tertinggi iaitu min 4.84. Manakala item “Saya sedar penggunaan bahasa rojak berlaku dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah” dengan min 3.10 iaitu pada tahap sederhana. Rumusannya, tahap kesedaran responden terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah Daerah Sri Aman adalah sangat tinggi. Berdasarkan kepada tafsiran skor min, jelas menunjukkan tahap kesedaran penggunaan bahasa Melayu di Daerah Sri Aman adalah sangat tinggi iaitu skor min 4.46 sisihan piawainya adalah 0.72.
Tahap Pelaksanaan Dan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Dan Pengurusan Di Sekolah-Sekolah Daerah Sri Aman
Bahagian ini akan menunjukkan analisis tentang pelaksanaan dan penggunaan Bahasa Melayu dalam segala urusan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di daerah Sri Aman.
Terdapat 7 item pernyataan untuk dijawab oleh responden dan dapatan kajian secara terperinci dinyatakan dalam Jadual 4.
Jadual 4: Pelaksanaan dan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah- sekolah di daerah Sri Aman
BIL ITEM MIN SISIHAN
PIAWAI 1. Sekolah saya mempunyai garis panduan penggunaan Bahasa Melayu
dalam pengurusan dan pentadbiran.
3.98 0.86
2. Sekolah saya membudayakan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengurusan kerja seharian.
4.43 0.55
3. Saya dan warga sekolah diberi pilihan dan ruang untuk menggunakan bahasa mengikut keselesaan dan kecenderungan dalam pengurusan
4.27 0.84
4. Warga sekolah menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam urusan harian di pejabat dan juga dalam komunikasi.
4.20 0.68
5. Saya dan warga sekolah menggunakan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan staf dan pelanggan.
4.16 0.74
6. Hebahan yang dibuat kepada warga sekolah dan pihak luar menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu.
4.46 0.66
7. Saya memberikan sokongan terhadap pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengurusan pentadbiran organisasi sekolah selaras dengan tuntutan Surat Pekeliling dan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.
4.64 0.51
Min Keseluruhan 4.30 0.69
Jadual 4 pula membincangkan pelaksanaan dan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman. Analisis data menunjukkan min keseluruhan ialah 4.30 iaitu pada tahap sangat tinggi dan sisihan piawainya adalah 0.69. Item ke-7 “Saya memberikan sokongan terhadap pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu dalam pengurusan pentadbiran organisasi sekolah selaras dengan tuntutan Surat Pekeliling dan Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu” merupakan item yang memperoleh min tertinggi iaitu 4.64, manakala item 1 merupakan yang paling rendah iaitu 3.98. Secara tidak langsung, dapatan ini menunjukkan para pentadbir sekolah di Daerah Sri Aman menggunakan bahasa Melayu dalam segala bentuk pengurusan dan pentadbiran.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam sekolah-sekolah Daerah Sri Aman adalah tinggi apabila melibatkan pengisian maklumat dan borang, penulisan surat menyurat, penghantaran e-mel, penulisan minit mesyuarat dan membuat segala hebahan terutamanya dalam media sosial. Namun begitu, pengaplikasian bahasa Melayu di sekolah- sekolah dalam konteks komunikasi terutamanya melibatkan bentuk secara lisan dengan pelanggan, interaksi dialog dengan rakan sejawat dan staf masih belum dilaksanakan dengan sepenuhnya. Begitu juga komunikasi dalam segala majlis rasmi seperti seminar dan bengkel juga tidak memuaskan. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti bahasa tempatan, bahasa lebih mesra, opsyen mata pelajaran yang diajar serta lebih selesa menggunakan bahasa yang digunakan asalkan maksud sampai.
7. Perbincangan
Kajian ini jelas memberikan satu gambaran besar bahawa bahasa Melayu di sekolah-sekolah Daerah Sri Aman terutamanya dalam konteks kajian iaitu pengurusan dan pentadbiran tidak berlaku seperti yang diharapkan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu hanya digunakan semasa penulisan seperti pengisian maklumat dan borang, penghantaran surat menyurat, penulisan minit mesyuarat dan segala bentuk penyebaran maklumat. Situasi berbeza berlaku apabila melibatkan urusan komunikasi seperti perbualan dengan rakan sekerja, majlis rasmi, bengkel dan sebagainya. Perkara ini berlaku disebabkan tiada garis panduan khusus sebagai panduan di sekolah. Ibrahim Yahaya (2004) menyatakan bahawa garis panduan bahasa Melayu sebagai pemudah cara untuk menjalankan aktiviti harian terutamanya melibatkan penguatkuasaan. Rata-rata responden mempunyai kesedaran akan kepentingan bahasa Melayu.
Penggunaan garis panduan akan dapat mengurangkan isu-isu melibatkan bahasa Melayu serta berkemungkinan mengatasi sistem masalah ejaan dan istilah dalam bahasa Melayu.
Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan di sekolah sebagai sistem awal pendidikan. Perkara ini perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu digunakan
sepenuhnya terutamanya dalam Perkhidmatan Awam di sekolah. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 yang diwujudkan oleh kerajaan sebenarnya boleh dijadikan panduan
untuk penguatkuasaan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan aktiviti Audit Bahasa Melayu bagi membuat penilaian tentang kualiti mutu bahasa Melayu terutamanya di sekolah mulai tahun 2013-2014 dan ini juga tidak terkecuali untuk perkhidmatan awam yang lainnya.
Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu melalui proses penambahbaikan sesuai dengan dasar pendidikan negara masa kini bagi mengelakkan penularan bahasa asing.
Ini sesuai dengan teori bahasa seperti Teori Pilihan Bahasa (Fishman, 1991) yang menyatakan bahawa kumpulan atau organisasi sebenarnya memiliki ruang dan peluang untuk mengaplikasikan bahasa lain dalam pertuturan berdasarkan situasi dan keperluan tanpa mengetepikan keperluan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa dominan. Teori Pilihan Bahasa (Fishman, 1991) mengatakan masyarakat yang terdiri daripada kepelbagaian bangsa dan etnik yang menyebabkan pertindihan bahasa akan mengalami kecenderungan untuk berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa. Dapatan kajian juga jelas menunjukkan bahawa komunikasi yang digunakan kebanyakannya adalah melibatkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
8. Faktor Dominan Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Pengurusan Dan Pentadbiran Di Sekolah-Sekolah Daerah Sri Aman
Terdapat beberapa faktor yang berupaya untuk mempengaruhi penggunaan bahasa melayu dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah daerah Sri Aman. Antaranya, faktor kesedaran kendiri. Hasil kesedaran terhadap hebahan pemakluman berkaitan hala tuju Pendidikan Bahasa Melayu menjadikan informan peka akan pekeliling-pekeliling berkaitan yang wujud lantas membina kepekaan informan untuk menggunakan Bahasa Melayu secara betul melalui rujukan yang dibuat menggunakan kamus atau aplikasi atas talian setiap kali ingin menggunakan sesuatu perkataan di semua konteks pentadbiran sekolah.
Faktor lain yang mempengaruhi tahap pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu dalam pentadbiran dan pengurusan di sekolah ialah faktor persekitaran budaya dalaman sekolah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan terutamanya dari aspek persepsi, informan menyatakan bahasa Melayu dibudayakan penggunaannya dalam pentadbiran terutamanya dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu dapat dimartabatkan dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah- sekolah di Daerah Sri Aman menjelang tahun 2025. Hal ini menunjukkan bahawa faktor budaya merupakan pengaruh yang menjadikan penggunaan Bahasa Melayu amat baik dalam konteks pentadbiran di sekolah.
Faktor persekitaran sekolah juga mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu di sekolah- sekolah. Kekerapan penggunaan istilah atau bahasa rojak semasa mesyuarat ketika berkomunikasi akan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa tempatan seperti bahasa Melayu Sarawak dan bahasa Iban dalam komunikasi rasmi menyebabkan berlakunya penggunaan bahasa Melayu yang kurang tepat. Pencampuran bahasa menyebabkan guru-guru terbiasa menggunakan bahasa rojak terutamanya dalam urusan pentadbiran dan pengurusan. Menurut Awang Sariyan (2004), fenomena bahasa rojak yang berlaku dalam aktiviti formal atau rasmi akan menyebabkan berlaku kerosakan terhadap bentuk bahasa Melayu.
Faktor ini disokong lagi dengan kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam pengurusan
dapat memudahkan pelbagai urusan apabila berkomunikasi dalam bahasa tersebut sama ada secara lisan mahupun tulisan. Selain SJKC, sekolah rendah atau menengah harian biasa yang berada di kawasan perkampungan masyarakat Iban menggunakan bahasa Iban dalam komunikasi mereka. Urusan dengan ibu bapa terutamanya sudah pasti menjadi lebih mudah apabila komunikasi yang terjadi hanya melibatkan penggunaan bahasa setempat. Hal ini jelas menjejaskan pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu dengan baik.
Selain faktor persekitaran sekolah, faktor latar belakang guru dan juga taraf pendidikan masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam menentukan tahap penggunaan bahasa Melayu dalam pengurusan sekolah. Berdasarkan data temu bual, guru yang berlatarbelakangkan pengajian bahasa Inggeris lebih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam komunikasi. Begitu juga dengan taraf pendidikan masyarakat setempat.
Sekolah yang lokasinya terletak di kawasan luar bandar atau pedalaman kebiasaannya latar belakang pendidikan masyarakat setempat hanyalah pada tahap rendah dan sederhana. Tahap pendidikan hanyalah pada tahap pendidikan sekolah menengah pada kebanyakannya dan sebahagian daripada mereka juga tidak menamatkan persekolahan dengan sempurna. Oleh yang demikian, golongan ini menggunakan bahasa tempatan seperti bahasa Melayu Sarawak atau bahasa Iban dalam urusan harian dan guru-guru terpaksa akur untuk turut sama menggunakan bahasa ini bagi memudahkan pemahaman dan pada masa yang sama mewujudkan kemesraan.
9. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, penggunaan bahasa Melayu terutamanya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran di sekolah-sekolah di daerah Sri Aman, Sarawak juga boleh berlaku di daerah- daerah lain di negeri Sarawak dan juga di seluruh Malaysia. Jika keadaan ini tidak diambil perhatian sewajarnya, bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu akan mula goyang dan goyah untuk diangkat kedudukannya. Ini akan merencatkan usaha untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada tahun 2025 di semua sekolah. Kajian lanjutan boleh dilakukan bagi menambah baik pengamalan bahasa Melayu. Penambahbaikan perlu dilakukan agar bahasa Melayu tidak terus dirosakkan penggunaannya terutamanya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran.
Rujukan
Albury, N.J. (2017). Mother tongues and languaging in Malaysia: Critical linguistics under critical examination. Language in Society. Dilayari pada https:/www.
cambridge.org/core/terms pada 14 Oktober 2020. https://doi.org/10.1017/
S0047404517000239
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015).
Fariza, M.S., Rohana, T., Mohd Najib, A., Azmah, I., Hamidah, E., Rohazaini, H., Siti Noraida, S., & Hrun, B. (2018). Penggunaan Bahasa Melayu dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia (Malay Language usage in Management and Administration at Universiti Kebangsaan Malaysia). GEMA Online® Journal of Language Studies, 18(1), 176–197. https://doi.org/10.17576/gema-2018-1801-11 Fishman, J.A. (1991). Sosiologi Bahasa, Satu Pendekatan Sains Kemasyarakatan Antara
Disiplin Terhadap Bahasa dalam Masyarakat. Alias Mohammad Yatim (ptjh). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hassan Baseri Budiman. (2017). Masih Relevankah Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan. Dewan Bahasa. Vol. 17, 20-23.
Ibrahim, M.M.K., Maliati, M. (2020). Cabaran Pemerkasaaan Bahasa Maelayu dalam Usaha Mencapao Negara Bangsa di Malaysia. Asian People Journal 2020, 3(2), 181–191.
Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara Dari Bawah. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.
Ku Samsu, K. H., Adnan, Z. H., Ismail, M. M., Lee, Y. F., Ab Majid, A., & Ab Razak, R. R.
(2020). Pendirian Generasi Muda Terhadap Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Wadah Patriotisme di Malaysia. Sains Insani, 5(2), 17–24.
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.205
Rozita Che Hodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa Malaysia.
Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 1(2), 257-272
Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Shamsudin Othman, Alizah Lambri, & Hadi Hassan. (2020). Tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri bahasa Melayu dalam kalangan rakyat malaysia. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 10(1), 27–36. Retrieved from http://spaj.ukm.my/jpbahasa Melayu/index.php/jpbahasa Melayu/article/view/217/173