• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (The Use Of Functional Behavior Assessment (FBA) Among Teachers In Integrated Special Education Programs)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penggunaan Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (The Use Of Functional Behavior Assessment (FBA) Among Teachers In Integrated Special Education Programs)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) Dalam Kalangan Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) (The Use Of Functional Behavior Assessment (FBA) Among Teachers

In Integrated Special Education Programs)

Yong Jia Min1*, Mohd Hanafi Mohd Yasin1

1 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.20

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pentaksiran tingkah laku fungsional (FBA) adalah satu kaedah yang sering digunakan oleh pendidik untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam kalangan MBPK. Tujuan kajian adalah untuk melihat tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta mengkaji perbezaannya berdasarkan faktor demografi. Kajian juga akan mengkaji hubungan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan.

Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada 217 orang guru PPKI sekolah rendah yang berkhidmat di negeri Melaka.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik. Data daripada soal selidik dianalisis dengan statistik deskriptif, Anova satu hala dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI adalah pada tahap sederhana tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan dalam tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan linear positif yang sederhana dan signifikan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru PPKI terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Program pembangunan profesional dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas. Kesimpulannya, tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI perlu dipertingkatkan lagi.

Kata kunci: pentaksiran tingkah laku fungsional, guru pendidikan khas, tingkah laku bermasalah

Abstract: Functional behavior assessment (FBA) is a method often used by educators to reduce challenging behavior among students with special needs. The aim of this study is to investigate the use of FBA among teachers in the Special Integration Education Program (PPKI) and also identify the differences based on demographic factors. The relationship between the use of FBA and teacher's perception on the effectiveness of behavior management was also studied. The survey research used a quantitative method. The study sample consisted 217 PPKI primary school teachers in the state of Melaka. The instrument used is questionnaire.

Data from the questionnaire were analysed by using descriptive statistics, one-way Anova and Pearson's correlation. Findings show that the use of FBA among PPKI primary school teachers in the state of Melaka is at a medium-high level. The researcher also finds that there was no significant difference in the mean of the usage of FBA among teachers on the experience

(2)

of PPKI teachers teaching in special education. Pearson's correlation analysis showed a moderate and significant positive linear relationship between the usage of FBA knowledge and the perception of PPKI teachers on the effectiveness of behavior management. A professional development program is suggested to increase the knowledge and use of FBA among special education teachers. In conclusion, the use of FBA among PPKI teachers needs to be improve.

Keywords: functional behavior assessment, special education teacher, challenging behavior.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pengurusan tingkah laku murid merujuk kepada satu rancangan yang bertujuan meningkatkan tingkah laku yang diingini, mengawal emosi, membina keyakinan diri dan membantu murid penyesuaian diri dalam masyarakat (Daisykavani & Rosadah 2020). Pengurusan tingkah laku adalah berbeza antara murid arus perdana dan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK).

Ini dibuktikan dalam kajian Manisah, Rozila dan Rosadah (2014) yang mendapati bahawa tingkah laku bermasalah dalam kalangan MBPK adalah lebih tinggi berbanding dengan murid arus perdana. Tingkah laku bermasalah adalah sebarang corak tingkah laku yang berulang atau persepsi tingkah laku yang mengganggu proses pembelajaran atau penglibatan interaksi prososial dengan rakan sebaya dan orang lain. Contoh tingkah laku bermasalah yang dapat dilihat dalam kalangan MBPK adalah seperti tingkah laku agresif, merosakkan barang, mencederakan diri sendiri. Wujud pelbagai implikasi kesan sekiranya tingkah laku MBPK ini tidak diuruskan dengan baik. Dalam konteks bilik darjah, tingkah laku bermasalah yang tidak dapat dikawal akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan membawa kesan kepada PdP yang kurang berkesan (Flower et al. 2017; Kirkpatrick et al. 2020). Malah dalam konteks luar bilik darjah pula, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah akan mengalami masalah untuk bersosial dan menyesuaikan diri dalam masyarakat (Ingersoll et al.

2018; Kirkpatrick et al. 2020; Myers et al. 2017; Masahiko & Mayumi 2020). Justeru, pengurusan tingkah laku bermasalah MBPK adalah penting supaya mereka dilengkapkan dengan tingkah laku yang diperlukan dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.

Kaedah yang digunakan oleh guru untuk menangani masalah tingkah laku murid perlu bersifat proaktif (Chitiyo et.al 2022). Malah, undang-undang persekutuan Amerika Syarikat Individuals with Disabilities Education Improvement Act (IDEA) dan Every Student Succeeds Act (ESSA) juga telah menekankan keperluan mengurus tingkah laku bermasalah dengan menggunakan intervensi yang proaktif dan justifikasi seperti Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA). Pentaksiran tingkah laku fungsional atau dikenali sebagai Functional behavior Assessment (FBA) adalah kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti pembolehubah persekitaran yang konsisten mempengaruhi kepada sesuatu tingkah laku yang berulang. FBA adalah salah satu kaedah yang sering digunakan oleh pendidik untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah MBPK. Merujuk Jeong dan Copeland (2020), FBA adalah kaedah yang berkesan dalam menguruskan tingkah laku bermasalah kanak-kanak berkeperluan khas kerana guru dapat memahami maklumat berkaitan tingkah laku bermasalah MBPK secara lebih mendalam dan dapat merancangkan intervensi yang berkesan melalui FBA (Anuradha, Iris Chen & Rahul Nair 2018). Jabatan Pendidikan di Amerika Syarikat The North Carolina Department of Public Instruction (NCDPI) juga telah menggalakkan MBPK yang mempunyai masalah tingkah laku mengganggu atau berbahaya menggunakan rancangan pengajaran individu (IEP) berdasarkan pengumpulan data melalui FBA (Hartmann 2014).

(3)

Negara-negara seperti Australia (Bitsika, Warren & Sharpley 2017), Amerika Syarikat (Capen 2018), Jepun (Masahiko & Mayumi 2020), Kanada (Saini & Cox 2020), Singapura (Anuradha, Iris Chen & Rahul Nair 2018), Thailand (Locharoenrat 2019) telah menggunakan FBA untuk menguruskan tingkah laku bermasalah MBPK. Namun begitu, kajian di Malaysia berhubungan dengan amalan penggunaan FBA masih tidak meluas. Ini membuktikan perkembangan yang pesat dapat dilihat dalam penggunaan pentaksiran fungsional bagi guru pendidikan khas di luar negara berbanding dengan negara Malaysia yang telah ketinggalan dalam bidang ini. Di Malaysia, konteks kajian berkenaan dengan pengurusan tingkah laku lebih fokus kepada tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan tingkah laku MBPK (Daisykavani & Rosadah 2020;

Anis & Suziyani 2019; Noor & Norhafizah 2015). Ini menunjukkan masih terdapat kekurangan dari aspek penggunaan FBA dalam kajian di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI. Kajian ini penting dalam memberikan satu maklumat yang komprehensif tentang penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI di Malaysia untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah MBPK. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengesan tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI, mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan FBA berdasarkan faktor pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas dan mengenal pasti hubungannya dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Tahap penggunaan FBA dikaji daripada 4 konstruk iaitu tahap penggunaan pentaksiran tingkah laku;

tahap penggunaan instrumen atau dokumen lain untuk mengumpul data; tahap mengenal pasti anteseden dan akibat tingkah laku; dan tahap penggunaan pelan intervensi berasaskan FBA.

2. Kajian Literatur

Pengurusan Tingkah Laku Bermasalah

Pemilihan kaedah pengurusan tingkah laku yang sesuai diperlukan supaya membantu MBPK dalam mengurangkan tingkah laku bermasalah dengan berkesan. Merujuk Jeong & Copelan (2020), intervensi berdasarkan pentaksiran tingkah laku fungsional (FBAI) adalah lebih berkesan berbanding dengan intervensi tanpa pentaksiran tingkah laku fungsional (NFBAI).

FBAI adalah intervensi yang dibangunkan melalui menyiasat anteseden dan tujuan tingkah laku bermasalah dengan FBA, manakala NFBAI adalah intervensi yang dirancang tanpa mengkaji tujuan tingkah laku bermasalah. Namun begitu, amalan penggunaan kaedah pengurusan tingkah laku dalam kalangan guru Malaysia lebih fokus kepada NFBAI seperti time out (Fhatin & Mohd Hanafi 2016), token ekonomi (Kannamah 2019), ganjaran, dan peneguhan (Chong, Ruslin & Tajul). Kajian-kajian Malaysia tentang tahap pengetahuan pengurusan tingkah laku dalam kangan guru juga fokus kepada aspek NFBAI (Anis & Suziyani 2019; Daisykavani & Rosadah 2020; Noor & Norhafizah 2015). Tambahan pula, responden dalam kajian Kannamah (2019) menjelaskan bahawa mereka masih mencari kaedah pengurusan tingkah laku bermasalah yang sesuai dan dapat memberi kesan jangka panjang supaya tingkah laku bermasalah MBPK dapat dihapuskan dan bukan sedakat dikurangkan sahaja. Dengan jelasnya guru-guru pendidikan khas masih meneroka kaedah yang berkesan untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah MBPK. Maka FBA adalah diperlukan untuk memberikan guru maklumat yang mencukupi dalam proses membangunkan intervensi tingkah laku yang khusus dan berkesan. Kesimpulannya, amalan pengurusan tingkah laku bermasalah dalam kalangan guru di Malaysia adalah lebih cenderung kepada NFBAI dan masih terdapat kekurang dalam pelaksanaan kaedah pengurusan tingkah laku berasaskan FBA.

Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional

Pentaksiran Tingkah Laku Fungsional (FBA) adalah salah satu kaedah yang fokus kepada pentaksiran tujuan atau fungsi tingkah laku untuk memberikan penyelidik maklumat yang

(4)

mencukupi dalam proses membangunkan program intervensi tingkah laku positif yang berkesan (Anuradha, Iris Chen & Rahul Nair 2018). FBA menyiasat anteseden dan akibat tingkah laku bermasalah dengan matlamat untuk mengenal pasti kontingensi tingkah laku dan membangunkan hipotesis fungsi tingkah laku supaya dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan intervensi tingkah laku (O’Neil et al. 2015). Ia adalah langkah pertama dalam proses mengurangkan tingkah laku bermasalah yang boleh digunakan oleh guru atau profesional. FBA biasanya sesuai dijalankan oleh guru yang berpengalaman dan berpengetahuan supaya mendapat hasil pentaksiran yang lebih berkualiti dan mempunyai kesahan yang lebih tinggi (Melissa Cisneros 2020; Miltenberger, Valbuena & Sanchez 2019). Dalam proses penggunaan FBA, pelbagai kaedah pengumpulan data yang boleh digunakan seperti temu bual, pemerhatian dan analisis fungsional secara eksperimen. FBA juga adalah salah satu kaedah yang mempunyai sokongan empirikal yang mencukupi dan boleh dilaksanakan oleh guru dengan jayanya di dalam bilik darjah untuk menangani masalah tingkah laku MBPK (Mushtaq &

Waheeda 2020; Masahiko & Mayumi 2020). Untuk mengaplikasikan FBA, guru perlu mengikuti prosedur berikut iaitu mengenal pasti tingkah laku sasaran; mengenal pasti bila, mana dan dengan siapakah tingkah laku sasaran akan berlaku; mengenal pasti akibat yang menyebabkan tingkah laku sasaran berlaku; membuat rumusan dan menguji (National Professional Development Center on ASD 2016).

Terdapat tiga jenis FBA iaitu penilaian tidak langsung, penilaian secara langsung dan analisis fungsional (Miltenberger, Valbuena & Sanchez 2019). Semua kaedah pentaksiran ini mempunyai kecekapan yang berbebeza untuk membangunkan intervensi yang sesuai dan berkesan. Sheppard (2020) telah menjelaskan bahawa pentaksiran yang berkesan dalam meneroka fungsi tingkah laku adalah perlu melibatkan gabungan pelbagai kaedah. Gabungan pelbagai kaedah pentaksiran dapat mengesan hubungan antara tingkah laku bermasalah dan keadaan persekitaran dalam situasi semula jadi dengan lebih berkesan. Rumusannya, pentaksiran secara tidak langsung tidak boleh dijadikan satu-satunya sumber maklumat dalam pelaksanaan FBA tetapi boleh digunakan bersama pentaksiran secara langsung dan analisis fungsional untuk meningkatkan kecekapan dalam proses membangunkan intervensi yang sesuai.

Tahap Penggunaan FBA

FBA adalah salah satu kaedah yang kerap digunakan oleh guru-guru atau penganalisis tingkah laku di luar negara untuk mengurangkan tingkah laku MBPK. Kajian O’Neill et al. (2015) telah mendapati FBA kerap digunakan dan ia mempunyai tahap penerimaan yang tinggi dalam kalangan guru pendidikan khas. Walaupun begitu, terdapat juga kajian-kajian lepas yang menunjukkan tahap penggunaan FBA yang rendah dalam kalangan guru (Allday, Nelson &

Russel 2011; Young et al. 2018). Ramai guru didapati tidak melibatkan diri secara aktif dalam pengumpulan data serta tidak berpengetahuan tentang kaedah pengumpulan data yang diperlukan (Allday, Nelson & Russel 2011). Majoriti FBA yang dijalankan oleh pendidik mempunyai banyak kelemahan serta tidak mencapai keperluan murid dalam mengubah tingkah laku bermasalah (Van Acker et al. 2005). Sebagai contoh, kajian O’Neill dan Stephenson (2010) mendapati ramai pendidik tidak menggunakan keseluruhan proses FBA dan hanya menjalankan sebahagian kecil daripada proses FBA. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Blood dan Neel (2007) yang mendapati bahawa ramai pelajar mempunyai FBA yang tidak lengkap dan kehilangan komponen-komponen penting. Selain itu, banyak kajian telah menunjukkan bahawa ramai guru pendidikan khas mempunyai kemahiran yang rendah dalam mengaplikasikan FBA seperti menggunakan instrumen, menganalisis anteseden tingkah laku dan mengenal pasti fungsi tingkah laku bermasalah (Anuradha, Iris Chen & Rahul Nair 2018;

Mortenson et al. 2008; Pindiprolu et al. 2007; Van Acker et al. 2005). Tahap penggunaan FBA

(5)

yang rendah kemungkinan adalah kerana garis panduan yang kurang jelas mengenai penggunaan FBA di sekolah, kesedaran yang rendah tentang prosedur, kekurangan masa dan kekurangan latihan atau pengalaman dalam melaksanakan FBA (O’Neill & Stephenson, 2010;

Pithers & Soden, 1998; Scott, Alter, & McQuillan, 2010; Scott, Anderson & Spaulding, 2008)

Kajian Anuradha, Iris Chen dan Rahul Nair (2018) yang mengkaji pengaplikasian FBA dalam kalangan guru pendidikan khas di Singapore mendapati guru mempunyai kemahiran yang rendah dalam mengaplikasikan FBA seperti menggunakan instrumen, menganalisis anteseden dan akibat tingkah laku dan mengenal pasti fungsi tingkah laku bermasalah untuk mengurangkan tingkah laku MBPK. Selain itu, golongan ini juga mempunyai kemahiran yang rendah dalam membangunkan intervensi yang sesuai berdasarkan dapatan FBA. Ini kerana kekurangan guru yang dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan tentang FBA untuk menguruskan tingkah laku bermasalah MBPK (Gable et al. 2012). Guru-guru juga mengakui bahawa masa adalah kekangan besar dalam menjalankan proses FBA yang lengkap (Young et al. 2018). Masa yang diperlukan untuk melaksanakan keseluruhan proses FBA adalah panjang seperti melaksanakan gabungan pentaksiran untuk mengenal pasti anteseden tingkah laku bermasalah MBPK (Scott et al. 2008). Oleh itu, masa yang diperlukan untuk melaksanakan FBA adalah salah satu faktor penting yang menyebabkan guru tidak menggunakan FBA dalam mengurus tingkah laku bermasalah MBPK di bilik darjah.

Ramai guru yang menggunakan FBA didapati kurang berpengalaman dalam menjalankan FBA dan sebahagian besar daripada mereka tidak pernah menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan FBA (Cooper et al. 2018). Kekurangan latihan dan kursus akan mengakibatkan guru- guru tidak bersedia dan sering kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan FBA yang berkesan bagi menangani tingkah laku bermasalah MBPK. Oleh itu, pembangunan profesional secara berterusan tentang pengurusan tingkah laku dan FBA melalui latihan perkhidmatan adalah amat diperlukan supaya menyediakan kakitangan sekolah yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan peranan mereka untuk menyokong MBPK yang mengalami masalah tingkah laku (Anuradha, Iris Chen & Rahul Nair 2018).

3. Metodologi Kajian

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan kerana ia sesuai bagi menjawab objektif dan persoalan kajian yang melihat kepada tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI. Ia juga sesuai digunakan kerana kajian ini melibatkan peserta kajian jangka pendek yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Pendekatan kuantitatif digunakan kerana kajian ini melibatkan bilangan sampel yang besar.

Populasi dan Sampel Kajian

Kumpulan populasi kajian ini melibatkan guru-guru PPKI sekolah rendah di negeri Melaka.

Berdasarkan kepada statistik Jabatan Pendidikan Melaka, terdapat sejumlah 512 orang guru PPKI sekolah rendah yang berkhidmat di negeri Melaka. Bedasarkan kumpulan populasi ini, sejumlah 217 orang sampel telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan secara rawak mudah. Pemilihan sampel secara rawak mudah sesuai dalam konteks kajian ini supaya setiap ahli populasi mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih menjadi sampel kajian. Bilangan sampel yang dipilih adalah berpandukan kepada jadual pemilihan sampel yang dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Jadual 1 menunjukkan demografi respon kajian.

(6)

Jadual 1: Demografi Responden Kajian

Demografi Kumpulan Bilangan

N=217

Peratus %

Jantina Lelaki 33 15.2

Perempuan 184 84.8

Pengalaman mengajar dalam Pendidikan Khas

1-5 tahun 61 28.1

6-10 tahun 43 19.8

11-15 tahun 73 33.6

16 tahun dan ke atas 40 18.4

Pengalaman menghadiri kursus tentang FBA

Ya 33 15.2

Tidak 184 84.8

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik kerana kajian ini melibatkan saiz sampel yang besar dan berjarak jauh. Maka begitu, borang soal selidik adalah sesuai digunakan supaya menjimat kos, masa dan tenaga dalam proses mengumpul data.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mengandungi item yang diterjemahkan dan diadaptasi daripada instrumen borang soal selidik Woods (2013) dan buku bantuan pelaksanaan FBA (National Professional Development Center on ASD 2016). Item yang diadaptasi telah diterjemahkan dan diubahsuai mengikut kesesuaian objektif kajian supaya data yang dikumpul dapat menjawab persoalan kajian. Terdapat dua fokus utama dalam instrumen ini iaitu tahap penggunaan dan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Instrumen ini telah melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan pakar telah dijalankan untuk melihat kerelevanan setiap item. Maka kebolehpercayaan item dinilai melalui nilai pekali Cronbach Alpha. Kebolehpercayaan bagi instrumen berkaitan tahap pengetahuan FBA adalah pada tahap tinggi iaitu 0.934. Penentuan tahap ini adalah merujuk kepada Sekaran (1992) yang menjelaskan bahawa nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.80 dianggap baik. Borang soal selidik ini mempunyai jumlah 19 item yang bersifat soalan tertutup.

Responden perlu menjawab semua item dalam instrumen ini dan masa yang diperlukan adalah selama 15 minit. Instrumen soal selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A dalam instrumen ini mengumpul data tentang demografi responden. Bahagian B dalam instrumen melihat kepada tahap penggunaan FBA. Ia mengandungi 9 item yang berkaitan dengan kadar penggunaan kaedah yang guru gunakan untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah MBPK. Skala likert lima mata telah digunakan dalam bagaian ini iaitu 1= tidak pernah, 2= jarang; 3= kadang-kadang, 4= kerap kali; 5=

sentiasa. Bahagian C dalam instrumen pula melihat persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Hanya terdapat 1 item dalam bahagian ini yang bertujuan melihat persepsi responden tentang keberkesanan kaedah semasa yang digunakan untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah MBPK. Item ini menggunakan skala likert lima mata iaitu 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= kurang setuju, 4= setuju, 5=

sangat setuju. Instrumen ini diedarkan melalui Google Form secara atas talian.

Analisis Kajian

Maklumat yang dikumpul melalui instrumen soal selidik yang diedarkan akan dianalisis dengan menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 22.0.

Kajian ini akan melibatkan dua jenis statistik dalam menganalisis data kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik deskriptif melalui min dan sisihan piawai

(7)

akan digunakan untuk melihat tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI. Jadual 2 menunjukkan interpretasi skor min yang diadaptasi dari Nunnally & Bernstein (1994) yang digunakan untuk menentukan tahap penggunaan FBA dalam kajian ini. Ujian Anova digunakan untuk menentukan perbezaan min antara tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman guru mengajar dalam bidang pendidikan khas. Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan.

Jadual 2: Tahap Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00-2.00 Rendah

2.01-3.00 Sederhana rendah 3.01-4.00 Sederhana tinggi

4.01-5.00 Tinggi

4. Dapatan Kajian

Hasil dapatan analisis data yang dikumpul melalui borang soal selidik untuk menjawab persoalan-persoalan kajian akan dibincangkan dalam bahagian ini. Analisis dijalankan untuk mengenal pasti tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI dan perbezaannya berdasarkan pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, data juga dianalisis untuk mengenal pasti hubungan tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan.

Tahap Penggunaan FBA Dalam Kalangan Guru

Dalam kajian ini, tahap penggunaan FBA dikaji dari segi empat konstruk iaitu tahap penggunaan pentaksiran secara tidak langsung atau secara langsung; tahap penggunaan instrumen atau dokumen lain untuk mengumpul maklumat tentang tingkah laku bermasalah;

tahap mengenal pasti anteseden dan akibat tingkah laku bermasalah; dan yang terakhir adalah tahap penggunaan pelan intervensi tingkah laku berasaskan FBA. Hasil dapatan analisis tentang tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru berdasarkan empat konstruk dimuatkan dalam jadual 3.

Jadual 3: Tahap Penggunaan FBA

Konstruk Min Sisihan Piawai Interpretasi Tahap Tahap penggunaan pentaksiran secara tidak

langsung atau secara langsung

3.869 0.684 Sederhana tinggi

Tahap penggunaan instrumen atau dokumen lain untuk mengumpul maklumat tentang tingkah laku bermasalah

3.525 0.755 Sederhana tinggi

Tahap mengenal pasti anteseden dan akibat tingkah laku bermasalah

3.765 0.636 Sederhana tinggi

Tahap penggunaan pelan intervensi tingkah laku berasaskan FBA

3.634 0.716 Sederhana tinggi

Keseluruhan 3.698 0.617 Sederhana tinggi

Dapatan analisis menunjukkan bahawa semua konstruk bagi tahap penggunaan FBA adalah pada tahap sederhana tinggi. Konstruk tahap penggunaan FBA yang paling tinggi dalam kalangan guru PPKI adalah tahap penggunaan pentaksiran secara tidak langsung atau secara langsung FBA (m=3.869, s.p=0.684) dan seterusnya diikuti dengan tahap mengenal pasti anteseden dan akibat tingkah laku bermasalah (m=3.765, s.p=0.636). Skor min yang paling rendah dalam tahap penggunaan FBA adalah tahap penggunaan instrumen atau dokumen lain untuk mengumpul maklumat tentang tingkah laku bermasalah (m=3.525, s.p=0.755). Secara

(8)

kesimpulan, tahap penggunaan FBA secara keseluruhan dalam kalangan guru PPKI sekolah rendah negeri Melaka adalah pada tahap sederhana tinggi.

Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan

Statistik deskriptif min dan sisihan piawai digunakan untuk melihat persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Jadual 4 menunjukkan dapatan analisis persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan.

Skala ‘setuju’ mendapat kekerapan yang paling tinggi dalam item ini iaitu seramai 119 responden (54.8%). Secara keseluruhan, persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan adalah pada tahap sederhana tinggi (m=3.558, s.p=0.756).

Jadual 4: Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan

Bil Item Frekuensi & Peratus Min

STS TS KS S SS

1. Kaedah semasa yang saya gunakan untuk mengurangkan tingkah laku bermasalah bagi murid berkeperluan pendidikan khas adalah berkesan.

4 (1.8%)

12 (5.5%)

71 (32.7%)

119 (54.8%)

11 (5.1%)

3.558

Keseluruhan Sisihan piawai=0.756, Tahap sederhana tinggi

Perbezaan Tahap Penggunaan FBA Berdasarkan Pengalaman Guru Mengajar Dalam Bidang Pendidikan Khas

Ujian Anova digunakan untuk menentukan perbezaan min antara tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas. Taburan tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan khas dimuatkan dalam Jadual 5. Manakala Jadual 6 menunjukkan hasil dapatan analisis ujian anova satu hala tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan khas.

Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap penggunaan FBA berdasarkan pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas [F(3, 213)=1.478, P>0.05].

Jadual 5: Taburan Tahap Penggunaan FBA Berdasarkan Pengalaman Mengajar Dalam Bidang Pendidikan Khas.

Pengalaman Mengajar Dalan Bidang Pendidikan Khas

Bilangan (N) Min Sisihan Piawai

1-5 tahun 61 3.570 0.724

6-10 tahun 43 3.726 0.556

11-15 tahun 73 3.721 0.642

16 tahun dan ke atas 40 3.822 0.410

Jumlah 217 3.698 0.617

(9)

Jadual 6: Ujian Anova Satu Hala Tahap Penggunaan FBA Berdasarkan Pengalaman Mengajar Dalam Bidang Pendidikan Khas.

Tahap Penggunaan FBA

Jumlah Kuasa Dua

Darjah Kebebasan

Min Kuasa Dua

Nilai F Signifikan

Antara Kumpulan 1.679 3 0.560 1.478 0.221

Dalam Kumpulan 80.640 213 0.379

Jumlah 82.320 216

Hubungan Antara Tahap Penggunaan FBA Dengan Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan.

Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang

digunakan. Hasil dapatan analisis korelasi Pearson dimuat dalam Jadual 7.

Jadual 7: Korelasi Pearson Antara Tahap Penggunaan FBA Dengan Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan

Tahap Penggunaan FBA PGTKK

Tahap Penggunaan FBA 1.000 0.592

PGTKK 1.000

**Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

PGTKK = Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan

Kajian mendapati bahawa analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru PPKI sekolah rendah terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan [r (215)=0.592, P

<0.05]. Secara rumusan, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan.

5. Perbincangan

Tahap Penggunaan FBA

Tahap penggunaan dalam kajian ini mengandungi empat konstruk iaitu tahap penggunaan pentaksiran secara tidak langsung dan pentaksiran secara langsung; tahap penggunaan instrumen atau dokumen lain; tahap mengenal pasti anteseden dan akibat tingkah laku bermasalah; dan tahap penggunaan pelan intervensi tingkah laku berdasarkan FBA. Dapatan kajian mendapati bahawa semua konstruk bagi tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI sekolah rendah di negeri Melaka adalah pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden menjalankan pentaksiran dalam proses pengumpulan maklumat tentang tingkah laku bermasalah MBPK. Lebih ramai responden menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung terhadap murid sasaran dalam pengumpulan data berbanding dengan pentaksiran secara tidak langsung. Dapatan ini selaras dengan pendapat Oliver, Pratt & Normand (2015) yang menjelaskan bahawa pentaksiran secara langsung adalah pendekatan kaedah yang paling kerap digunakan oleh penganalisis tingkah laku. Walaupun begitu, gabungan pentaksiran secara langsung dan secara tidak langsung amat diperlukan untuk membentuk pentaksiran yang berkesan dalam meneroka fungsi tingkah laku dan membangunkan intervensi yang sesuai (Sheppard 2020). Ini dapat dibuktikan dalam kajian Gage, Lewis dan Stichter (2012) yang menjelaskan bahawa FBA yang menggunakan pentaksiran gabungan lebih berkesan sekiranya berbanding dengan pentaksiran yang hanya bergantung kepada pentaksiran secara langsung atau pentaksiran secara tidak langsung.

(10)

Penggunaan gabungan dua pentaksiran ini juga dapat lihat dalam kalangan guru PPKI sekolah rendah di negeri Melaka. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian Oliver, Pratt & Normand (2015) yang mendapati bahawa ramai guru menggunakan gabungan pentaksiran secara tidak langsung dan pentaksiran secara langsung dalam pelaksanaan FBA.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ramai guru PPKI didapati tidak menggunakan instrumen atau dokumen lain untuk mencatat hasil dapatan dalam proses pentaksiran. Ini kemungkinan guru kurang mahir dalam penggunaan instrumen untuk mengumpul data. Kajian Anuradha, Iris Chen dan Rahul Nair (2018) juga mendapati guru pendidikan khas di Singapore mempunyai kemahiran yang rendah untuk menggunakan instrumen dalam proses mengaplikasikan FBA.

Walaupun begitu, dapatan yang bertentangan dengan kajian ini dapat dilihat dalam kajian Anuradha, Iris Chen dan Rahul Nair (2018) tentang guru pendidikan khas di Singapore lemah dalam mengenal pasti fungsi tingkah laku bermasalah MBPK. Guru PPKI sekolah rendah di Melaka mempunyai tahap sederhana tinggi dalam mengenal pasti anteseden dan akibat tingkah laku. Ini dapat dijelaskan dengan guru adalah profesional yang lebih berpengalaman dan memahami tingkah laku MBPK (Cisneros 2020; Miltenberger, Valbuena & Sanchez 2019).

Kajian juga mendapati sebahagian besar responden mengakui bahawa mereka menggunakan pelan intervensi tingkah laku berdasarkan maklumat tentang anteseden tingkah laku yang telah dikenal pasti. Walaupun data menunjukkan tahap penggunaan intervensi berdasarkan FBA pada tahap sederhana tinggi dalam kalangan guru PPKI, tetapi kelengkapan dan kesahan FBA yang dijalankan belum dikenal pasti. Tambahan pula, dapatan bagi konstruk tahap penggunaan intervensi berdasarkan FBA adalah berbeza dengan kajian Gable, Tonelson dan Sheth (2012) yang mendapati guru pendidikan khas kurang bersedia dalam membangunkan intervensi berasaskan FBA secara formal. Begitu juga dengan dapatan kajian Anuradha, Iris Chen dan Rahul Nair (2018) yang menjelaskan bahawa guru pendidikan khas masih lemah dalam membanggunkan intervensi yang sesuai berdasarkan dapatan FBA.

Secara keseluruhan, kajian mendapati bahawa tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI sekolah rendah negeri Melaka adalah pada tahap sederhana tinggi. Hasil dapatan ini selaras dengan dapatan O’Neill et al. (2015) yang mendapati tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas adalah tinggi. Walaupun begitu, dapatan ini dengan jelasnya bertentangan dengan dapatan kajian Young et al. (2018) yang menjelaskan bahawa guru-guru di sekolah mempunyai tahap penggunaan FBA yang rendah. Begitu juga dengan kajian-kajian lepas yang menjelaskan bahawa guru mempunyai tahap penglibatan yang rendah dalam pelaksanaan FBA di sekolah (Allday, Nelson & Russel 2011). Perbezaan dapatan ini juga berkemungkinan disebabkan tahap penggunaan yang diambil kira dalam kajian ini merangkumi semua responden yang melaksanakan proses FBA walaupun tidak menepati keseluruhan proses FBA secara formal. Ini bermakna kebanyakan responden kajian ini tidak melaksanakan keseluruhan proses FBA dan hanya menjalankan sebahagian proses daripada FBA. Dapatan ini sama dengan dapatan kajian-kajian lepas yang yang mendapati bahawa banyak FBA yang dijalankan oleh pendidik terhadap murid tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur yang sebenar (Blood & Neel 2007; O’Neill & Stephenson 2010). Menurut Van Acker et al. (2005) dalam kajiannya, kebanyakan FBA yang dilaksanakan oleh pendidik di sekolah mengandungi kelemahan yang serius seperti tidak lengkap dan tidak berkesan. Peristiwa ini berlaku kerana garis panduan yang kurang jelas mengenai penggunaan FBA di sekolah, kesedaran yang rendah tentang prosedur, kekurangan masa dan kekurangan latihan atau pengalaman dalam melaksanakan FBA (O’Neill & Stephenson, 2010; Pithers & Soden, 1998;

Scott, Alter, & McQuillan, 2010; Scott, Anderson & Spaulding, 2008).

(11)

Secara kesimpulan, guru PPKI sekolah rendah di Melaka mempunyai tahap sederhana tinggi dalam tahap penggunaan FBA. Dapatan ini dapat memberikan gambaran kepada pembaca tentang amalan penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI di Melaka. Melalui kajian ini, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mengesan kelemahan dan masalah yang dihadapi dalam proses guru menguruskan tingkah laku bermasalah murid. Selain itu, dapatan ini juga dapat meningkatkan tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas serta meningkatkan kesedaran mereka tentang tanggungjawab dan peranan dalam mengurangkan tingkah laku bermasalah murid.

Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan

Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru PPKI di sekolah rendah negeri Melaka berasa pendekatan pengurusan tingkah laku semasa yang digunakan adalah berkesan dan sesuai dengan MBPK. Dapatan ini didapati selaras dengan dapatan kajian-kajian lepas yang menunjukkan bahawa guru mempunyai keberkesanan diri yang tinggi dalam pendekatan yang digunakan untuk menguruskan tingkah laku murid (Myers & Holland 2000; Mortenson et al.

2008). Ini kerana kaedah pengurusan tingkah laku yang dipilih oleh responden adalah kaedah yang mempunyai kadar penerimaan yang tinggi bagi mereka. Ini bermakna guru akan memilih kaedah yang mereka berasa sesuai dan berkesan dengan keadaan atau situasi di bilik darjah.

Oleh itu, persepsi guru terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan berkemungkinan disebabkan tahap penerimaan guru yang tinggi terhadap kaedah yang sedang gunakan. Pendapat ini selaras dengan pendapat O’Neill et al. (2015) yang menjelaskan bahawa satu faktor penting yang berkaitan dengan keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku adalah tahap penerimaan guru terhadap kaedah tersebut.

Secara kesimpulannya, kajian mendapati tahap sederhana tinggi bagi persepsi guru-guru PPKI sekolah rendah di negeri Melaka terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Dapatan ini dapat memberi gambaran kepada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang persepsi guru PPKI terhadap keberkesanan kaedah yang digunakan untuk mengurus tingkah laku bermasalah MBPK. Selain itu, dapatan ini juga dapat membantu guru pendidikan khas menyemak semula keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku semasa yang digunakan.

Perbezaan Tahap Pengetahuan Dan Tahap Penggunaan FBA berdasarkan Pengalaman Guru Mengajar Dalam Bidang Pendidikan Khas.

Kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap penggunaan berdasarkan pengalaman guru PPKI mengajar dalam bidang pendidikan khas. Ini menunjukkan pengalaman guru mengajar dalam pendidikan khas tidak berkait rapat dengan tahap penggunaan FBA.

Hubungan Antara Tahap Penggunaan FBA Dengan Persepsi Guru Terhadap Keberkesanan Kaedah Pengurusan Tingkah Laku Yang Digunakan

Kajian mendapati bahawa guru yang menunjukkan tahap penggunaan FBA yang lebih tinggi mempunyai persepsi keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang lebih tinggi. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Bitsika, Warren dan Sharpley (2017) yang menjelaskan bahawa penggunaan FBA yang berkesan merupakan faktor penting dalam meningkatkan keyakinan dan keberkesanan diri pendidik untuk menguruskan tingkah laku bermasalah murid di dalam bilik darjah. Keberkesanan FBA dalam membantu mengurangkan tingkah laku bermasalah MBPK dapat dibuktikan dalam beberapa kajian baharu ini (Masahiko & Mayumi 2020; Mushtaq & Waheeda 2020; Jeong & Copeland 2020). Keputusan FBA dapat

(12)

memberikan pendidik maklumat yang jelas tentang sebab berlakunya tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid dan ia membantu pendidik membangunkan intervensi yang berkesan berdasarkan maklumat yang dikumpul. Selain itu, penggunaan intervensi tingkah laku berasaskan FBA dapat disokong secara empirikal dan boleh digunakan secara klinikal (Mushtaq & Waheeda 2020). Semua ini menunjukkan keberkesanan mengurangkan tingkah laku bermasalah dengan menggunakan FBA. Justeru penggunaan FBA dapat meningkatkan keberkesanan mengurus masalah tingkah laku murid.

Secara kesimpulannya, hubungan linear positif yang kuat telah didapati antara tahap penggunaan FBA dengan persepsi guru PPKI sekolah rendah terhadap keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku yang digunakan. Dapatan ini telah memberi pendedahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia tentang kebaikan menggunakan FBA untuk mengurus tingkah laku bermasalah murid. Penggunaan FBA dapat meningkatkan persepsi guru terhadap keberkesanan dalam pengurusan tingkah laku bermasalah MBPK serta meningkatkan keyakinan guru semasa mengurus tingkah laku MBPK. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada guru tentang faedah penggunaan FBA untuk menguruskan tingkah laku bermasalah serta meningkatkan tahap penggunaan FBA.

4. Kesimpulan

Secara kesimpulan, FBA adalah salah satu pendekatan yang dibangunkan untuk membantu pendidik untuk mengenal pasti fungsi tingkah laku bermasalah MBPK supaya dapat mengurangkan tingkah laku tersebut dengan berkesan. Oleh sebab penggunaan FBA dalam kalangan guru-guru Malaysia belum dikenal pasti, maka kajian ini telah dijalankan dengan tujuan melihat tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru PPKI sekolah rendah di negeri Melaka. Secara rumusan, kajian mendapati tahap penggunaan FBA bagi guru PPKI sekolah rendah di negeri Melaka adalah pada tahap sederhana tinggi. Dalam kajian-kajian lepas telah membuktikan bahawa penggunaan FBA amat membantu guru dalam mengurangkan tingkah laku bermasalah murid (Masahiko & Mayumi 2020; Mushtaq & Waheeda 2020). Latihan FBA dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan dan tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas (Oakes et al. 2018). Oleh itu, program pembangunan profesional dicadangkan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan tahap penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas.

Bagi kajian seterusnya dicadangkan bahawa mempelbagaikan jenis sekolah yang dikaji dan tidak hanya fokus kepada PPKI sahaja, seperti sekolah pendidikan khas dan NGO. Penyelidik juga boleh memperbanyakkan sampel kajian dengan merangkumi guru pendidikan khas di negeri lain supaya kajian seterusnya dapat memantapkan amalan penggunaan FBA dalam kalangan guru pendidikan khas di Malaysia. Penyelidik juga dicadangkan memberi fokus kajian kepada keperluan latihan dan program pembangunan tentang FBA dalam kalangan guru pendidikan khas. Ini kerana kebenayakan guru PPKI didapati tidak perna diberi latihan dan kursus tentang pelaksanan FBA. Penyelidik juga boleh mengkaji tahap pengetahuan dan tahap penggunaan FBA sebelum dan selepas guru diberikan kursus dan latihan ringkas tentang FBA dalam kajian lanjut. Tambahan pula, penyelidik boleh mengkaji keberkesanan kaedah pengurusan tingkah laku sebenar dan bukan hanya melihat kepada persepsi guru.

Rujukan

Anis Shahirah Zulkifli & Suziyani Mohamed (2019). Tahap Pengetahuan Guru dalam Mengurus Tingkah Laku Murid Berkeperluan Khas. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1-7.

(13)

Allday, R.A., Nelson, R.J., & Russel, C.S. (2011). Classroom-Based Functional Behavior Assessment: Does The Literature Support High Fidelity Implementation? Journal of Disability Policy Studies, 22(3), 40-49.

Anuradha, S.D., Iris Chen & Rahul Nair (2018). Perceived Skills And Training Needs Among Singaporean School Personnel In Using Functional Behavior Assessments And Behavioral Interventions. Teacher Education and Special Education, 1-14.

Bitsika, V., Warren, A.C., Sharpley, C.F. (2017). An Evaluation of a Professional Development Programme in Functional Behavior Assessment for Educators in Australia.

International Journal Of Special Education, 32(3), 630-641.

Blood, E., & Neel, R. (2007). From FBA to Implementation: A Look At What Is Actually Being Delivered. Education & Treatment of Children, 30(4), 67-80.

Capen, M.K. (2018). Educators’ Perceptions of Professional Development on the Functional Behavioral Assessment Process. Tesis Dr. Fal, Northcentral University, North Carolina.

Chitiyo, M., Kumedzro, F.K., Taukeni, S.G., Chitiyo, A., Ahmed, S., Alazayyat, L., Bridget, G. (2022). Exploring the Perceived Causes and Management of Challenging Behavior in Namibian and Ghanaian Schools. Journal International Special Needs Eduction, 25(1), 2-13.

Chong Huoy Fong, Ruslin Amir & Tajul Ariffin Muhammad. (20200. Pengetahuan Dan Strategi Guru Dalam Menangani Tingkah Laku Bermasalah Murid Murid Di Daerah Melaka Tengah. Malaysia Association of Research And Education For Educators, 433- 438.

Cisneros, M. 2020. Assessing Convergent Validity Of The QABF And The TBH FA Intake Form With Results Of A Functional Analysis. Cal Poly Humboldt Theses And Projects 390. https://digitalcommons.humboldt.edu/etd/390/ [16 April 2021]

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.

Cooper, J.T., Gage, N.A., Alter, P.J., LaPolla, S., MacSuga-Gage, A.S. & Scott, T.M. (2018).

Educators’ Self-Reported Training, Use, And Perceived Effectiveness Of Evidence- Based Classroom Manage-Ment Practices. Preventing School Failure: Alternative Education for Children and Youth, 62, 13-24.

Daisykavani Raja Mohan & Rosadah Abd Majid. (2020). Pengetahuan Guru Dalam Mengawal Tingkah Laku Distruptif Murid Berkeperluan Khas. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 234-245.

Fhatin Nurnaqibah Alyaa Mohd Noora dan Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Modifikasi Tingkah Laku Murid Menggunakan Time-Out Dan Kata Pujian. National University of Malaysia.

Flower, A., McKenna, J. W., & Haring, C.D. (2017). Behavior And Classroom Management:

Are Teacher Preparation Pro-Grams Really Preparing Our Teachers? Preventing School Failure, 61(2),163–169.

Gable, R.A., Tonelson, S.W., Sheth, M., Wilson, C. & Park, K.L. (2012). Importance, Usage, And, Preparedness To Implement Evidence-Based Practices For Students With Emotional Disabilities: A Comparison Of Knowledge And Skills Of Special Education And General Education Teachers. Education and Treatment of Children, 35(4), 499- 519.

Gage, N. A., Lewis, T. J., & Stichter, J. P. (2012). Functional Behavioral Assessment-Based Interventions For Students With Or At Risk For Emotional And/Or Behavioral Disorders In School: A Hierarchical Linear Modeling Meta-Analysis. Behavioral Disorders, 37(2), 55-77.

(14)

Hartmann, E. (2014). Understanding The Everyday Practice Of Individualized Education Program Team Members. Journalbistika of Educational and Psychological Consultation, 26(1).

Ingersoll, R.M., Merrill, E., Stuckey, D., & Collins, G. (2018). Seven Trends: The Transformation Of The Teaching Force- Updated October 2018. Consortium for Policy Research in Education. https://m5.gs/RTZPZl [18 Jun 2022].

Jeong, Y. & Copeland, S.R. (2020). Comparing Functional Behavior Assessment-Based Interventions and Non-functional Behavior Assessment-Based Interventions: A Systematic Review of Outcomes and Methodological Quality of Studies. Journal of Behavioral Education, 29(3), 1-41.

Kannamah Mottan. (2019). Kesan KG (Kinesthetic, Gamification) Terhadap Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Kanak-Kanak (ADD/ADHD) Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 3(4), 398-405.

Kirkpatrick, M., Rehfeld, D.M., Akers, J.S., Rivera, G. & Sulak, T.N. (2020). Using Behavioral Skills Training With Preservice Teachers In The University Classroom. Behavioral Interventions, 36(1), 145-158.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.

Educational And Psychological Measurement, 30, 607-610.

Locharoenrat, W. (2019). Examing The Effectiveness Of A Basic Functional Behavior Assessment Traning Pakage On Special Education Teacher In Thailand. Tesis Dr. Fal.

University Of Northern Colorado, Colorado.

Masahiko, I. & Mayumi, O. (2020). Consultation On The Functional Assessment Of Students With Severe Challenging Behavior In A Japanese Special School For Intellectual Disabilities. Yonago Acta Medica, 63(2), 107–114.

Manisah, M.A., Rozila, A., & Rosadah, A.M. (2014). Teacher Trainees’s Strategies For Managing The Behaviors Of Students With Special Needs. International Education Studies, 7(13), 271-277.

Miltenberger, R.G., Valbuena, D. & Sanchez, S. (2019). Functional assessment of challenging behavior. Current Developmental Disorders Reports, 6(2).

Mortenson, B. P., Rush, K. S., Webster, J., & Beck, T. (2008). Early Career Teachers Accuracy In Predicting Behavioral Functioning: A Pilot Study Of Teacher Skills. International Journal of Behavioral Consultation and Therapy, 4(4), 311–318.

Mushtaq, I., & Khan, W. (2020). Decreasing Target Behavior in a Child Using Functional Behavior Assessment and Differential Reinforcement. The Indian Journal of Pediatrics, 87(6), 457-459

Myers, C. L. & Holland, K. L. (2000). Classroom Behavioral Interventions: Do Teachers Consider The Function Of The Behavior? Psychology in the Schools, 37(3), 271-280.

Myers, D., Freeman, J., Simonsen, B. & Sugai, G. (2017). Classroom Management With Exceptional Learners. TEACHING Exceptional Children, 49(4), 223–230.

National Professional Development Center on ASD. (2016). Functional Behavior Assessment (FBA). Autism Focused Intervention Resources & Modules.

Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah. (2015). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30(1), 73-88.

Nunnally, J.C. & Bernstein, I.H. 1994. The Assessment of Reliability. Psychometric Theory 3:

248-292.

O’Neil, R. E., Albin, R. W., Storey, K., Horner, R. H. & Sprague, J. R. (2015). Functional Assessment And Program Development For Problem Behavior. Connecticut: Cengage Learning.

(15)

O’Neill, S. & Stephenson, J. (2010). The use of Functional Behavioural Assessment for Students With Challenging Behaviours: Current Patterns And Experience Of Australian Practitioners. Australian Journal of Educational & Developmental Psychology, 10, 65- 82.

Oakes, W.P, Schellman, L.E., Lane, K.L., Common, E.A., Powers, L., Diebold, T. & Gaskill, T. (2018). Improving Educators’ Knowledge, Confidence, and Usefulness of Functional Assessment-based Interventions: Outcomes of Professional Learning.

Education And Treatment Of Children, 41(4), 533-565.

Oliver, A.C., Pratt, L.A. & Normand, M.P. 2015. A Survey Of Functional Behavior Assessment Methods Used By Behavior Analysts In Practice. Journal of Applied Behavior Analysis, 48(4), 817–829.

Pindiprolu, S.S., Peterson, S.M., & Bergloff, H. (2007). School Personnel’s Professional Development Needs And Skill Level With Functional Behavior Assessments In Ten Midwestern States In The United States: Analysis And Issues. The Journal of the International Association of Special Education 8, 31–42.

Pithers, R.T., & Soden, R. (1998). Scottish And Australian Teacher Stress And Strain: A Comparative Study. British Journal of Educational Psychology, 68(2), 269-279.

Saini, V. & Cox, A. (2020). Functional Behavior Assessment Practices Used By Canadian Behavioral Health Practitioners. Journal of Policy and Practice in Intellectual Disabilities, 17(2), 157-164.

Sekaran, U. (1992). Research Method for Business: A skill Building Approach. New York:

John Wiley& Son.

Scott, T. M., Anderson, C. M., & Spaulding, S.A. (2008). Strategies for developing and carrying out functional assessment and behavior intervention planning. Preventing School Failure, 52(3), 39-48.

Scott, T.M., Alter, P.J. & McQuillan, K. (2010). Functional Behavior Assessment in Classroom Settings: Scaling Down to Scale Up. Intervention in School and Clinic, 46(2), 87-94.

Sheppard, C.M. (2020). Validity Analysis of a Modified Questions About Behavioral Function (QABF) Assessment: Preliminary Analysis. Thesis Projects 18.

Van Acker, R., Boreson, L., Gable, R., & Potterton, T. (2005). Are We On The Right Course?

Lessons Learned About Current FBA/BIP Practices In Schools. Journal of Behavioral Education, 14(1), 35–56.

Wang, H., Hall, N.C., & Rahimi, S. (2015). Self-Efficacy And Causal Attributions In Teachers:

Effects On Burnout, Job Satis-Faction, Illness, And Quitting Intentions. Teaching and Teacher Education, 47, 120–130.

Woods, B. (2013). The Effectiveness of a Structured Functional Behavior Assessment Procedure: Teacher Training as a Moderator. Tesis Dr. Fal. University of South Florida.

Young, Y., Andrews, C., Hayes, C. & Valdez, C. (2018). Should Teachers Learn how to Formally Assess Behavior? Three Educators’ Perspectives. International Journal Of Special Education, 33(2), 416-426.

Referensi

Dokumen terkait