• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penggunaan Pusat Sumber Dan Kepuasan Siswa Guru (Resource Centre And Teacher Trainees’ Contentment)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Penggunaan Pusat Sumber Dan Kepuasan Siswa Guru (Resource Centre And Teacher Trainees’ Contentment)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan Pusat Sumber Dan Kepuasan Siswa Guru (Resource Centre And Teacher Trainees’ Contentment)

Kok Kean Hin1*

1 Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: Kok11-133@ epembelajaran.edu.my Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.21

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan siswa guru institut pendidikan guru terhadap perkhidmatan pusat sumber. Sampel kajian adalah 16 siswa guru program prapersediaan yang tinggal di dalam kampus selama dua semester. Metod kajian ialah tinjauan. Data yang dikumpul dan dianalisis secara deskriptif. Data dipersembahkan dengan min skor purata, peratusan dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan adalah kurang memuaskan dengan min skor purata, 3.50. Siswa guru juga kurang puas hati dengan aspek-aspek perkhidmatan pusat sumber seperti tempoh masa perkhidmatan, liputan wifi, ruang rehat, koleksi buku elektronik, sistem pencarian buku, portal e-jurnal dan portal perpustakaan.

Kata kunci: Kepuasan, perkhidmatan, portal, sistem pencarian

Abstract: This study was carried out to identify the contentment of teacher trainees in teacher education institute towards the services provided by the library. The sample were 16 teacher trainees of a preparatory programme who stayed in the campus for two semesters. The research method was survey. The data were collected and analyzed descriptively. The data were presented with average mean score, percentage and frequency. Results showed that the quality of the services provided by the library was unsatisfactory with average mean score, 3.50. Teacher trainees were unsatisfied with the duration of service provided, wifi coverage, restroom, e-book collection, search system for books, e-journal portal and library portal.

Keywords: Portal, satisfaction, search system, service.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Perpustakaan merupakan sumber maklumat utama dalam kampus institut pendidikan guru (Mazlan, Juriah & Kok, 2013). Perpustakaan menyediakan maklumat dan pelayaran yang sangat penting bagi proses belajar dan mengajar (Nurkertamanda & Wirawa, 2009). Dalam era teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK), pusat sumber menjadi bertambah penting dengan berperanan sebagai pusat untuk guru dan pelajar membina pengetahuan aktif dengan mengakses dan membina maklumat (Yusup & Rozmah, 2002). Selain itu, pusat sumber boleh memainkan peranan aktif untuk mengembangkan pemikiran, daya kreativiti, imaginasi dan inovasi dalam kalangan guru dan pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan (Siti Hajar &

Kamarudin, 1997). Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, pusat sumber berperanan

(2)

untuk melatih guru-guru tentang penggunaan terbaru TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (Rosnaini, 2006).

2. Ulasan Kajian Lepas

Pusat sumber berperanan dalam menguruskan sumber seperti bahan maklumat dan teknologi melalui pengurusan yang cekap dan bersistematik agar dapat memberi faedah yang maksimum dan efektif kepada pelanggannya yang terdiri daripada guru-guru dan para pelajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Pusat sumber seringkali ditubuhkan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berpusat, mudah disebar dan digunakan oleh warga sekolah (Azman, 2005).

Sejak dua dekad yang lalu, perkembangan dan peluasan penggunaan teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) telah mempengaruhi peranan pusat sumber. Oleh itu, pusat sumber dilihat perlu memainkan peranan membantu guru-guru mengintegrasikan TMK dalam proses PdP melalui pelbagai program media yang dirancangnya (Rosnaini, Mokhtar, Wan Zah, Shaffe &

Jalalludin, 2013). Tidak dinafikan bahawa pusat sumber ialah satu entiti yang memainkan peranan yang penting dalam sekolah. Ia adalah pusat untuk memperolehi, mengumpul dan menyebarkan maklumat di samping menjadi pusat PdP dalam institusi sekolah (Rosnaini, Mokhtar, Wan Zah, Shaffe & Jalalludin, 2013).

3. Pernyataan Masalah

Perpustakaan akademik kini sukar untuk menarik minat pengguna khususnya generasi muda yang celik teknologi maklumat (information technology savvy generation) dan mempunyai cita rasa yang berlainan daripada generasi lampau (Mazlan, Juriah & Kok, 2013). Generasi muda ini tertarik dengan sebarang maklumat yang ringkas dan pantas (Mazlan Mohd Sanip, personal communication, November 1, 2013). Mereka seringkali membawa teknologi, gajet seperti Iphone, tablet, telefon pintar yang ringan dan mudah mengakses pelbagai maklumat terkini.

Perkhidmatan wifi yang percuma dalam kafe dan restoran turut menggalakkan penggunaan gajet ini.

Generasi muda juga lebih cenderung pergi ke kafe-kafe yang mempunyai ruang santai yang moden, selesa dan suasana yang memenuhi cita rasa mereka (Hin, K. K., personal communication, Disember 2, 2013). Mereka dapat mengakses pelbagai maklumat dari sepelosok duna dengan sekelip mata. Kafe-kafe seperti Starbuck, Oldtown dan Station One telah menjadi daya penarik generasi muda ini berbanding dengan perpustakaan.

Perpustakaan dan pusat sumber di kebanyakan institut pendidikan tinggi awam dan swasta telah mendapat ilham daripada perkembangan pembangunan infrastruktur ini. Perpustakaan di institut pendidikan tinggi ini telah diubah suai untuk mempunyai elemen-elemen yang mengikut cita rasa generasi pelajar kini. Selain daripada menimba ilmu daripada buku-buku bercetak dan buku-buku dalam talian, mereka dapat menikmati ruang santai yang lebih selesa dan moden. Restoran-restoran franchise, bank komersial, penerbit swasta, kedai komputer, kedai fotostat dan kawasan mini foodstation telah bekerjasama dengan pihak universiti untuk menjadi satu zon lengkap yang dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar. Keadaan sebegini dapat diperhatikan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tunku Abdul Rahman dan universiti swasta yang giat membangunkan infrastrukturnya. Institut Pendidikan Guru (IPG) belum lagi mempunyai inisiatif untuk berkembang ke arah itu secara konkrit. Malahan pelajar IPG jarang-jarang pergi ke pusat sumber walaupun mereka tinggal dalam kampus (Hin, K.K.,

(3)

personal communication, September 19, 2020). Guru pelatih tidak begitu berminat untuk pergi ke pusat sumber kerana mereka dapat mengakses pelbagai maklumat yang dikehendaki daripada sumber dalam talian dan pelbagai sumber yang bersesuaian dari rumah (Kok, 2021).

Tidak dapat dinafikan bahawa jadual pembelajaran rasmi mereka di dalam kampus sememangnya padat jika dibandingkan dengan pelajar universiti awam dan swasta. Guru-guru pelatih ini juga mengakui bahawa mereka lebih berminat mencari maklumat dari sumber dalam talian (Hin, K.K., personal communication, September 26, 2020).

Seandainya infrastruktur teknologi, maklumat dan teknologi (TMK) tidak lengkap dan pengurusannya tidak berkesan, guru dan pelajar tidak dapat mengalami proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Justeru, pusat sumber perlu berperanan menyediakan dan menguruskan infrastruktur dan kemudahan TMK di sekolah agar mudah digunakan oleh para guru dan murid (Rosnaini, Mokhtar, Wan Zah, Shaffe & Jalalludin, 2013). Pusat sumber perlu dilihat sebagai tempat yang paling sesuai untuk mengumpul dan menyebarkan segala koleksi bahan pengajaran bagi kegunaan warga sekolahnya (Rosnaini et al., 2013). Koleksi pusat sumber bukan hanya terhad pada bahan bercetak, audio dan video sahaja tetapi juga dalam bentuk aplikasi dan peralatan TMK seperti cakera padat, komputer dan jaringan internet.

Selain itu, pusat sumber ialah tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, merencana, menerbitkan dan menggunakan bahan pengajaran bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Pusat sumber perlu memainkan peranannya sebagai nadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan bukan lagi menjadi tempat untuk meminjam dan membaca buku sahaja dalam era TMK (Abdul Talib & Jamaludin, 2005). Pusat sumber turut perlu menjalankan peranannya untuk membantu guru dan pelajar dalam menangani ledakan maklumat dalam era ini dan tidak berperanan dalam menginterasikan TMK untuk pencapaian akademik semata-mata(Faisal, 2006).

Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepuasan siswa guru dalam penggunaan pusat sumber dalam kampus institut pendidikan guru.

4. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk;

a. mengenal pasti kepuasan siswa guru terhadap penggunaan pusat sumber dalam institut pendidikan guru

5. Soalan Kajian

Soalan kajian ini adalah;

i. Apakah kepuasan siswa guru terhadap penggunaan pusat sumber dalam institut pendidikan guru?

6. Sampel Kajian

Sampel kajian ialah 16 siswa guru Program Pra-persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) ambilan Jun 2019. Sampel kajian ini terdiri daripada 12 siswa guru perempuan dan 4 siswa guru lelaki. Sampel ini telah berada di kampus selama dua semester dari Jun 2019

(4)

sehingga Mac 2020 sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 Mac 2020. Sampel ini dipilih secara bertujuan.

7. Batasan Kajian

Dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi dalam institut pendidikan guru kampus. Faktor demografi bukan fokus kepada kajian ini.

8. Metod Kajian

Metod kajian ialah tinjauan. Tinjauan digunakan untuk memberi penjelasan tentang keadaan populasi yang hendak dikaji (Noraini Kaprawi, 2013).

9. Metodologi

Sampel kajian diberi taklimat selama 20 minit mengenai borang soal selidik KP-PS20. Sampel menjawab borang soal selidik yang dicetak dalam jangka masa 15 minit secara berdikari.

Borang soal selidik dikumpul semula untuk analisis data. Borang yang dikumpul untuk kajian ini adalah sulit. Borang ini dilupuskan selepas kajian ini tamat. Dapatan kajian diterbitkan dengan mematuhi etika penyelidikan piawai.

9.1 Instrumen

Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik KP-PS20 yang diubah suai daripada Customer Satisfaction Survey Form (UKM-SPKP-PKU11-BO05-PUST, No Semakan:01) yang berkuat kuasa pada 1 Februari 2017. Penggunaan dokumen ini telah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Pusat Sumber Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (Hin, K.K. & Desk Officer, Pusat Sumber Tun Sri Lanang, personal communication, 3 Mac 2019). Borang soal selidik terubah suai ini telah dinilai dan disahkan oleh pakar-pakar bidang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Borang soal selidik KP-PS20 mempunyai 13 perkara utama dan 28 item. Soal selidik ini dinilai dengan skala likert 5-poin. Ia bermula daripada skala 1: Amat tidak memuaskan sehingga ke skala 5: Amat memuaskan. Kajian lepas mendapati bahawa skala 5 poin/ 7 poin memberi maklum balas pelanggan yang berkualiti tinggi berbanding dengan skala kurang daripada 5 poin. Ia juga praktikal mengikut kespesifikan kajian seperti pembolehubah, batasan ruang soal selidik dan sifat peserta kajian (Preston & Colman, 2000; Revilla, Saris & Krosnick, 2014;

Dawes, 2008). Weijters, Cabooter & Schillewaert (2010) turut memberi penegasan tentang skala rating 5 poin yang digemari untuk kegunaan awam dalam kajian tinjauan.

Selain itu, skala dengan neutral (midpoints) selalu digunakan berbanding dengan kajian yang tidak menggunakan skala neutral. Namun, tiada persetujuan umum (consensus) yang muktamad tentang perkara ini dalam dunia penyelidikan (Robinson, 2018). Selain daripada itu, soal selidik boleh diisi dan dilengkapi oleh peserta tanpa memberi maklumat identiti peribadi dalam kebanyakan penyelidikan yang lepas. Justeru, No identification features bukan sesuatu yang diwajibkan (Robinson, 2018). Dalam beberapa isu perdebatan ini, pengkaji telah mengubah suai instrumen kajian ini untuk mendapatkan maklumat bebas sampel yang berkualiti tinggi daripada kajian ini.

(5)

9.2 Analisis Data

Data dianalisis dan dipersembahkan dengan frekuensi (f), peratusan (%) dan skor min purata.

Min skor purata diintepretasikan dengan merujuk kepada intepretasi skor yang dicadangkan oleh Mohd Huzairi (2017) (rujuk Jadual 1).

Jadual 1: Interpretasi skor min

Min skor Interpretasi

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi

Sumber: Mohd Huzairi (2017) 10. Dapatan Kajian

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian tentang maklum balas siswa guru tentang perkhidmatan pusat sumber

Jadual 2: Maklum balas siswa guru tentang perkhidmatan pusat sumber

PERKARA SKALA

5(%) 4(%) 3(%) 2(%) 1(%) 1. PERKHIDMATAN

1.1 Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku

12.50 31.25 37.50 12.50 6.25 1.2 Perkhidmatan pinjaman antara

buku

6.25 25.00 37.50 25.00 6.25 1.3Perkhidmatan di kaunter penasihat

pembaca

31.25 18.75 25.00 25.00 0.00

1.4 Pencarian buku 25.00 18.75 31.25 18.75 6.25

1.5 Maklumat dalam portal e-jurnal / portal perpustakaan

12.50 31.25 18.75 31.25 6.25 2 KOLEKSI

2.1 Bahan bercetak mencukupi 6.25 31.25 37.50 12.50 12.50

2.2 Bahan media mencukupi 6.25 25.00 37.50 18.75 12.50

2.3Jurnal elektronik / talian tidak mencukupi 25.00 6.25 25.00 31.25 12.50

2.4Buku elektronik 6.25 25.00 12.50 31.25 25.00

3 KEMUDAHAN

3.1 Ruang baca 43.75 25.00 18.75 12.50 0.00

3.2 Mesin pencetak dan fotokopi 18.75 25.00 12.50 37.50 6.25

3.3 Liputan wifi 18.75 25.00 25.00 25.00 6.25

3.4 Kaedah penyampaian / hebahan 18.75 25.00 18.75 31.25 6.25 3.5 Lokar (tempat menyimpan barang

peribadi)

25.00 31.25 25.00 12.50 6.25

3.6 Bilik perbincangan 37.50 25.00 25.00 0.00 12.50

3.7 Ruang rehat 12.50 25.00 25.00 6.25 31.25

4 Perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan memberi tambah nilai kepada IPG

18.75 37.5 31.25 12.50 0.00

5 Perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan memberi impak yang baik kepada IPG

18.75 37.5 31.25 12.50 0.00

6 Kakitangan yang mesra pelanggan 31.25 18.75 25.00 25.00 0.00 7 Kakitangan berpengalaman dan

berkemahiran

37.50 25.00 25.00 12.50 0.00

8 Kualiti perkhidmatan 25.00 25.00 31.25 12.50 6.25

9 Tempoh masa perkhidmatan 25.00 25.00 31.25 18.75 0.00 10 Tempoh berurusan selesa dan

berinfomatif

43.75 25.00 18.75 12.50 0.00

(6)

11 Persepsi umum anda terhadap pusat sumber

18.75 31.25 43.75 6.25 0.00

Nota: 1-Amat tidak memuaskan, 2-Tidak memuaskan, 3-Sederhana memuaskan, 4-Memuaskan, 5-Amat memuaskan

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian tentang kepuasan siswa guru tentang perkhidmatan pusat sumber

Jadual 3: Kepuasan siswa guru tentang perkhidmatan pusat sumber

Perkara Min skor

purata

Kepuasan pelanggan

(%) 1. PERKHIDMATAN

1.1 Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku

3.44 43.75

1.2 Perkhidmatan pinjaman antara buku

3.63 31.25

1.3Perkhidmatan di kaunter penasihat pembaca

4.19 50.00

1.4Pencarian buku 3.38 43.75

1.5Maklumat dalam portal e-jurnal / portal perpustakaan

3.13 43.75

2. KOLEKSI

2.1Bahan bercetak mencukupi 3.06 37.50

2.2 Bahan media mencukupi 2.94 31.25

2.3Jurnal elektronik /Talian tidak mencukupi

3.00 31.25

2.4Buku elektronik 2.56 31.25

3. KEMUDAHAN

3.1Ruang baca 4.00 68.75

3.2Mesin pencetak dan fotokopi 3.13 43.75

3.3Liputan wifi 3.25 43.75

3.4Kaedah penyampaian / hebahan

3.19 43.75

3.5Lokar (tempat menyimpan barang peribadi)

3.56 56.25

3.6Bilik perbincangan 3.75 62.50

3.7Ruang rehat 2.81 37.50

4. Perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan memberi tambah nilai kepada IPG

3.63 56.25

5.Perkhidmatan yang diberikan oleh

perpustakaan memberi impak yang baik kepada IPG

3.63 56.25

6.Kakitangan yang mesra pelanggan 3.56 50.00

7.Kakitangan berpengalaman dan berkemahiran

3.75 56.25

8. Kualiti perkhidmatan 3.50 50.00

9.Tempoh masa perkhidmatan 3.56 50.00

10.Tempoh berurusan selesa dan berinfomatif

4.00 68.75

11.Persepsi umum anda terhadap pusat sumber

3.63 50.00

Komen-komen peribadi daripada sampel kajian;

i. Perbanyakkan bahan bacaan (f=5) ii. Tambah baik sistem carian buku (f=3) iii. Kekalkan bahan rujukan yang sedia ada

(7)

iv. Waktu operasi pusat sumber tutup selepas waktu rasmi (f=4) dan ketika waktu cuti v. Beri keizinan pelajar luar kampus meminjam buku

vi. Letakkan kerusi di antara rak-rak buku untuk memudahkan bacaan

vii. Prosedur peminjaman buku perlu bersistematik dan bukan secara manual sahaja viii. Staf tidak mencukupi

ix. Tetapkan staf yang menjaga kaunter

x. Sediakan bilik penggunaan komputer yang secukupnya

Rajah 1: Ketidakpuasan siswa guru tentang perkhidmatan pusat sumber

11. Perbincangan

Dalam kajian Mazlan, Juriah & Kok (2013), siswa guru institut pendidikan guru (IPG) amat puas hati dengan kemudahan fizikal pusat sumber khususnya faktor pencahayaan dan sistem penghawa dingin (min skor purata= 4.64-4.82). Dapatan Mazlan, Juriah & Kok (2013) ini bertentangan dengan dapatan penyelidik. Dapatan penyelidik mendapati bahawa siswa guru tidak berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan pusat sumber (min skor purata= 3.50). Dalam kajian ini, siswa guru tidak berpuas hati dengan mesin pencetak dan fotostat, liputan wifi, hebahan maklumat, lokar, ruang rehat. Min skor purata item-item ini adalah di antara 2.81- 3.56. Buku rujukan yang berkaitan adalah mencukupi (min skor purata= 4.27). Siswa guru mendapati bahawa kemudahan dalam pusat sumber membantu mereka dalam proses PdP (min skor purata=4.51) (Mazlan, Juriah & Kok, 2013). Sampel kajian ini juga tidak berpuas hati dengan koleksi buku dalam pusat sumber. Min skor purata item-item yang berkaitan koleksi buku adalah di bawah min skor purata= 3.06 berbanding dengan min skor purata= 4.27 di satu IPG kampus yang berlainan. Walau bagaimanapun, buku-buku rujukan yang terkini perlu sentiasa dibekalkan untuk siswa guru.

Dalam aspek perkhidmatan pelanggan pula, siswa guru amat berpuas hati dengan perkhidmatan staf pusat sumber (min skor purata= 4.71). Dapatan ini juga berbeza dengan dapatan penyelidik. Sampel kajian kurang berpuas hati dengan perkhidmatan staf pusat sumber (min skor purata=3.56). Staf berpengetahuan dan berkemahiran tetapi kurang mesra pelanggan.

Siswa guru memohon waktu perkhidmatan pusat sumber dilanjutkan sehingga waktu malam dan hujung minggu khususnya bagi memudahkan siswa-siswi guru separuh masa yang berada di luar kampus. Pihak pengurusan kampus telah memberi maklum balas yang positif terhadap permintaan ini. Pihak pengurusan kampus akan membuat pengubah suaian yang sepatutnya

0 10 20 30 40 50 60 70

pinjam pulang buku

pinjaman antara buku kaunter penasihat

pencarian buku portal perpustakaan

bahan bercetak cukup

jurnal elektronik tidak mencukupi buku eletronik

Ruang baca mesin pencetak fotokopi liputan wifi

kaedah hebahan lokar

bilik perbincangan ruang rehat perkhidmatan yang ditambah nilai perkhidmatan yang berimpak baik

kakitangan mesra pelanggan kakitangan berpengalaman dan…

kualiti perkhidmatan tempoh masa perkhidmatan

tempoh berurusan selesa dan…

persepsi umum perpustakaan bahan media cukup

K E T I D A K P U A S A N P E L A J A R T E R H A D A P P E R K H I D M A T A N P U S A T S U M B E R

(8)

sekiranya terdapat keperluan khas ini. Staf pusat sumber yang bertugas dalam waktu luar pejabat dibenarkan menuntut elaun khas (Mazlan, Juriah & Kok, 2013). Meskipun, siswa guru berpuas hati dengan perkhidmatan pusat sumber IPG secara keseluruhannya (Mazlan, Juriah

& Kok, 2013). Mereka turut mengesyorkan beberapa cadangan yang membina;

a) Guru opsyen pendidikan jasmani dan kesihatan dibenarkan memasuki pusat sumber dengan baju sukan pada waktu rasmi.

b) Menambahkan koleksi buku fiksyen Bahasa Cina, pedagogi sukan dan laporan-laporan kajian terkini luar negeri.

c) Membina satu sistem pencarian buku yang memudahkan para pengguna

Cadangan penambahbaikan seperti dalam kajian Mazlan, Juriah & Kok (2013) turut dicadangkan oleh sampel dalam kajian ini seperti sistem pencarian buku yang mesra pengguna, koleksi buku dan rujukan yang relevan dan terkini dan pakaian separa rasmi di luar waktu rasmi kampus.

Kajian ini mendapati bahawa siswa guru tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dalam talian, perkakasan berkaitan penggunaan komputer, portal e-jurnal, portal perpustakaan, liputan wifi dan koleksi buku eletronik. Menurut Rosnaini et al. (2013), peralatan kemudahan TMK masih kurang mencukupi bagi kegunaan guru dan pelajar. Sumber kewangan tambahan boleh diusahakan melalui pelbagai aktiviti untuk menambahbaiki ketidakcukupan ini. Pusat sumber sekolah juga kurang mengadakan program menggalakkan penggunaan TMK dalam kalangan guru. Ini mungkin disebabkan oleh kesulitan bagi pengurusan pusat sumber sekolah untuk mengendalikan aktiviti sebegini yang melibatkan prosedur dan peralatan TMK yang merumitkan. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dilaksanakan dengan bantuan dan nasihat pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam TMK seperti Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru. Dengan itu, inisiatif ini dapat membantu guru dan pelajar hidup dan belajar dalam dunia yang cepat berubah akibat penyebaran maklumat yang banyak dalam pelbagai format.

Penyediaan ruang yang selesa di pusat sumber adalah suasana pembelajaran yang kondusif (Halimah, 1998). Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa siswa guru kurang puas hati dengan penyediaan ruang rehat yang selesa. Peralatan dan kemudahan TMK perlu mencukupi dan berkeadaan baik bagi menarik lebih ramai pelajar untuk menggunakan pusat sumber sebagai pusat pembelajaran. Seandainya pusat sumber dapat memainkan peranan sepenuhnya sebagai pusat ilmu, tahap pengintegrasian TMK dan PdP akan meningkat (Rosnaini et al., 2013).

12. Kesimpulan

Pusat sumber perlu berperanan sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat pembelajaran, pusat pengajaran dan pusat profesional. Pusat sumber perlu sentiasa menambahkan maklumat kepada guru dan pelajar. Hakikatnya, Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dapat merangsang pemikiran, daya kreativiti, imaginasi dan inovasi dalam kalangan guru dan pelajar.

Sebagai nadi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam institusi pendidikan, pusat sumber boleh menyediakan pelbagai bahan pengajaran, kemudahan dan perkhidmatan berdasarkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pusat sumber dapat meningkatkan mutu pendidikan di peringkat institusi. Walaupun dapatan kajian ini mempunyai batasannya dan tidak dapat digeneralisasikan kepada kesemua populasi kampus institut pendidikan guru, namun pihak pengurusan perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada maklum balas siswa guru tentang kualiti perkhidmatan, tempoh masa

(9)

perkhidmatan dan persepsi umum mereka tentang perkhidmatan pusat sumber. Tidak dapat dinafikan bahawa aspek-aspek seperti persediaan perkakasan teknologi maklumat dan komunikasi untuk kegunaan dalam talian dan waktu perkhidmatan di luar waktu pejabat telah lama dikemukakan kepada pihak pengurusan seperti yang dinyatakan dalam sorotan literatur.

Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat sahaja yang dapat memberi penyelesaian yang terbaik dan terus menjadikan pusat sumber sebagai nadi kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kampus.

Rujukan

Abdul Talib, A., & Jamaludin, I. (2005). Projek semarak pusat sumber sekolah. Prosiding Konvesyen Teknologi Pendidikan ke-18. Port Dickson. 8-10 September.

Azman, L. (2005). Panduan mengurus pusat sumber. Shah Alam: PTS Profesional.

Dawes, J.(2008). Do data characteristics change according to the number of scale points used?

An experiment using 5-point, 7-point and 10-point scales. International Journal of Market Research 50(1): 61-77.

Faisal, M. (2006). Integrasi pengajaran literasi maklumat dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sains: perspektif projek semarak pusat sumber sekolah. Prosiding Konvesyen Teknologi Pendidikan ke-19. Pulau Langkawi. 9-11 September.

Halimah, B.Z. (1998). Pusat sumber sekolah: Perancangan dan reka bentuk (2nd ed.). Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Modul kemahiran pengurusan sumber untuk guru.

Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kok, K.H. (2021). Pandemic COVID-19 and alternatives to teaching and learning.

International Journal of Advanced Research in Education and Society 3(1): 100-108.

Mazlan Mohd Sanip, Juriah Athman, & Kok, K.H. (2013). Laporan analisis kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan 6: 124-131.

Mohd Huzairi Awang @ Husain. (2017). Penghayatan Fardu Ain Remaja Pekak.

(Unpublished Doctoral Dissertation.). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Noraini Kaprawi. (2013). Kajian tinjauan. In Noraini Idris (ed.), Penyelidikan dalam pendidikan (pp.201-221). Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Nurkertamanda, D., & Wirawan, P. (2009). Usulan konsep peningkatan kepuasan pengguna perpustakaan dengan menggunakan metodologi LIBQUAL+TM dan Quality Function Deployment. J@TI Undip 4(2): 142-157.

Preston, C.C., & Colman, A.M. (2000). Optional number of response categories in rating scales: Reliability, validity, discriminatory power, and respondent preferences. Acta Psychologica 104:1-15.

Revilla, M.A., Saris, W.E., & Krosnick, J.A. (2014). Choosing the number of categories in agree-disagree scales. Sociological Methods & Research 43(1): 73-97.

Robinson, M.A. (2018). Using multi-item psychometric scales for research and practice in human resource management. Human Resource Management 57: 739-752.

https://doi.org/10.1002/hrm.21852

Rosnaini, M. (2006). Kesediaan teknologi maklumat dan komunikasi asas dalam pendidikan (TMKP) guru-guru sekolah menengah (Unpublished Doctoral Dissertation.).

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Rosnaini, M., Mokhtar, H.N., Wan Zah, W.A., Shaffe, M.D., & Jalalludin, I. (2013).

Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran: Sejauh mana peranan pusat sumber sekolah? Dalam Pengajaran dan pembelajaran daripada pelbagai perspektif.

(10)

Shaffe, M.D., Sharifah, M.N., Habsah, I., & Mohd Hazwan, M.P. (eds.).pp291-309.

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Hajar, A.A., & Kamarudin, H. (1997). Pusat sumber sekolah untuk sekolah rendah &

menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Weijters, B., Cabooter, E., & Schillewaert, N. (2010). The effect of rating scale format on response styles, the number of response categories and response category labels.

International Journal of Research in Marketing 27(3): 236-247.

Yusup, H., & Rozmah, M. (2002). Peranan baru pusat sumber pendidikan dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Prosiding Konvesyen Teknologi Pendidikan ke- 15. Perlis. 6-9 September.

Referensi

Dokumen terkait