PENGGUNAAN ULTRA-UNGU DALAM PENGHASILAN KARYA SENI DALAM AIR
Dayang Nur Fazhany Nazatul Binti Abang Yusri
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus)
2018
i
PENGGUNAAN ULTRA-UNGU DALAM PENGHASILAN KARYA SENI DALAM AIR
DAYANG NUR FAZHANY NAZATUL BINTI ABANG YUSRI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Halus)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK Grade: _____________
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the Thursday of Mei 2017.
Student’s Declaration:
I DAYANG NUR FAZHANY NAZATUL BINTI ABANG YUSRI (51596)fromFACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTShereby declare that the work entitledPENGGUNAAN ULTRA-UNGU DALAM PENGHASILAN KARYA SENI DALAM AIRis my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due
reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
____________________ ________________________
DAYANG NUR FAZHANY NAZATUL
ABANG YUSRI (51596) Date Submitted
Supervisor’s Declaration:
I ASSOCIATE PROF. HJ. ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN hereby certifies that the work entitled PENGGUNAAN ULTRA-UNGU DALAM PENGHASILAN KARYA SENI DALAM AIR prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS (FINE ARTS), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.
Received for examination by: _____________________ Date:_______________
(PROF. MADYA HJ. ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN)
iii
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√) :
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED(Contains restricted information as specified by the organization where research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.
Student signature ____________________ Supervisor signature: __________________
(Date: )
(Date: )
Current Address:
LOT 9047 MAYFLOWER DESA INDAH 2 BANDAR BARU PERMYJAYA, 98000.MIRI, SARAWAK Notes:*If the Project/Thesis isCONFIDENTIALorRESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
iv
PENGAKUAN
Projek bertajuk PENGGUNAAN ULTRA-UNGU DALAM PENGHASILAN KARYA SENI DALAM AIR telah disediakan olehDAYANG NUR FAZHANY NAZATUL BINTI ABANG YUSRI dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian(Seni Halus).
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________
(PROF. MADYA HJ. ZUKALNAIN ZAINAL ABIDIN) Tarikh:
________________________
v
PENGESAHAN
Adalah ini diakui bahawa saya, DAYANG NUR FAZHANY NAZATUL BINTI ABANG YUSRI disertai penulisan yang bertajuk PENGGUNAAN ULTRA-UNGU DALAM PENGHASILAN KARYA SENI DALAM AIR sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam ProgramSeni Halusditerima.
Disahkan oleh:
_____________________________
(PROF. MADYA HJ. ZULKALNAIN ZAINAL ABIDIN) Penyelia
vi
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kajian ilmiah ini telah berjaya disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Prof Madya Haji Zulkalnain Zainal Abidin, selaku penyelia saya di Universiti Malaysian Sarawak (UNIMAS) yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar, perhatian, semangat dan nasihat di dalam menjalankan kajian ilmiah ini.
Paling diingati, kepada kedua ibu bapa saya, Abang Yusri bin Abang Nusi dan Radiah @ Rozinah binti Omar serta adik-beradik (Dayang Nur Farahin Nadia, Dayang Nur Farhana Nathasya dan Abang Farhan Nazry) di Miri, Sarawak. Jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas keprihatinan, sokongan moral serta bantuan kewangan diberikan bagi menyudahkan penyelidikan ini.
Tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan kursus Seni Halus sesi 2015/2016 dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan pandangan dan sudi berkongsi pengetahuan di sepanjang penyelidikan saya. Jutaan terima kasih sekali lagi buat anda semua.
vii KANDUNGAN
Borang Pengesahan status Tesis i - iii
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia iii - iv
Pengesahan v
Penghargaan vi
Isi Kandungan vii - vii
Abstrak ix - x
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 - 2
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Soalan Kajian 4
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 5
2.2 Kenyataan Masalah 5
2.3 Rujukan Berkaitan Ultra-Ungu (Ultravviolet) 6 - 9
2.4 Rujukan Berkaitan Hidupan Laut (Sea Life) 9 - 10
viii
2.5 Rujukan Berkaitan Fotografi 10 - 11
2.6 Rujukan Berkaitan David Doubilet 11 - 13
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 14
3.2 Kaedah Untuk Mengenal Pasti
3.2.1 Rujukan Buku 14 - 15
3.2.2 Rujukan Internet 15- 16
3.3 Kesimpulan 16
4.0 KARYA
4.1 Pendahuluan 17
4.2 Dapatan Kajian 17 - 18
4.3 Idea, Konsep dan Proses Karya 18 - 25
4.4 Ulasan Akhir Karya 26 - 28
5.0 RUMUSAN 29
BIBILIOGRAFI 30
LAMPIRAN 31 - 33
ix Abstrak
Tajuk kajian ini ialah Penggunaan Ultra-ungu Dalam Penghasilan Karya Seni Dalam Air . Kajian ini memfokuskan mengenai pencahayaan Ultra-Ungu. Pada masa yang sama, pengkaji akan membuat kajian mengenai cahaya Ultra-Ungu yang mempunyai gelombang elekro-magnetik dihasilkan oleh hidupan bawah laut seperti ikan dan batu karang menggunakan penuras (filter) kamera Ultra-Ungu melalui fotografi. Pencahyaan adalah salah satu elemen yang penting dalam fotografi. Teknik pencahayaan yang betul dapat menghasilkan sesebuah gambar lebih menarik dan boleh menimbulkan kesan dramatik pada gambar tersebut.
KATA KUNCI
Ultra-violet light, sea life, colour printing, photography
x Abstract
The title of this study is Ultra-violet light with sea life on color printing. This study focuses on Ultra-Violet lighting. At the same time, the researcher will study
Ultra-Violet light with electro-magnetic waves generated by submarine life such as fish and rock using Ultra-Violet filter. Lighting is one of the most important elements of photography. The right lighting technique can make a picture more attractive and can have dramatic effects on the image.
1 1. PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
“We live in a world completely saturated by the photographic image, which shapes and informs every aspect of our daily lives. The photograph functions as the recorder, the narrator, the informer, the seducer and the communicator”-Helen Drew
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji berlatarkan bidang fotografi sebagai perkara utama yang dibincangkan. Memetik ungkapan dari Helen Drew yang menyatakan kita hidup dalam dunia yang banyak menggunakan fotografi sebagai melengkapkan aspek kehidupan kita seharian, pengkaji mengulas bahawa fotografi mampu mempengaruhi dan meyakinkan manusia dengan menyampaikan mesej atau idea melalui imej fotografi sahaja. Terdapat banyak asas fotografi yang perlu dipelajari dan dipahami untuk menjadi seorang fotografi yang baik. Pendapat pengkaji disokong oleh Berenice Abbott dengan kenyataan beliau dalam menulis mengenai fotografi iaitu kita perlu memahami dan mencuba sendiri agar kita mendapat pengalaman baru.
“There are maybe teachers who could ruin you. Before you know it you could be a pale copy of this teacher or that teacher. You have to evolve on your own”-Berenice Abbott
2
Pengkaji memilih untuk membuat penyelidikan mengenai salah satu jenis pencahayaan iaitu cahaya Ultra-Ungu. Pencahayaan dalam fotografi adalah sangat penting kerana ia berfungsi sebagai medium dalam menghasilkan imej yang menarik.
Pendapat pengkaji disokong oleh Lee Frost dengan kenyataan beliau iaitu kita sendiri perlu mencipta imej sebelum mengambil gambar.
“You have to create the pictures before you can take it, in other words, and the success of the final image is therefore dependent upon your imagination, creativity, and skill as lighting technician.”-Lee Frost
3 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini akan menggunakan colour print untuk menyampaikan tentang cahaya Ultra-ungu yang terhasil darisea life apabila cahaya dibiaskan dan melalui penuras Ultra-ungu.Sea lifemerujuk kepada tumbuhan, haiwan dan lain-lain organisma yang hidup di dalam air garam laut atau lautan, atau air pesisir pantai estuari. Dengan menggunakan cahaya Ultra-ungu, pengkaji ingin mengambarkan bahawa cahaya Ultra-ungu yang mempunyai gelombang elekro-magnetik dihasilkan oleh hidupan bawah laut seperti ikan dan batu karang menghasilkan warna-warna berdarflour (flourescence) dan “menerangi” dengan cahaya yang dapat dilihat warnanya.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Dalam kajian, pengkaji memilih bidang fotografi dan lebih memfokuskan kepada pencahayaan Ultra-ungu. Bagaimanakah proses pencahayaan Ultra-ungu boleh terhasil? Apakah kelebihan aspek pencahayaan Ultra-ungu dalam penghasilan imej?
Jawapan kepada pemasalahan yang timbul akan dirungkaikan oleh pengkaji melalui proses analisis terhadap karya artis yang dipilih.
4 1.4 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti definisiUltra-violet light, sea life, colour print, photography.
ii. Menganalisis proses yang terlibat dalam penghasilan cahaya Ultra-ungu
iii. Mengaplikasikan dapatan kajian mengenai cahaya Ultra-ungu dalampenghasilan imej fotografi melaluicolour printing.
1.5 SOALAN KAJIAN
i. Apakah didefinisikan sebagaiUltra-violet light, sea life, colour printing,
photography?
ii. Apakah proses yang terlibat dalam penghasilan cahaya Ultra-ungu ?
iii. Sejauh manakah hasil kajian mengenai cahaya Ultra-ungu dalam penghasilan imej fotografi melaluicolour printing ?
5 2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 PENGENALAN
Pengkaji berpendapat bahawa kajian leteratur merupakan proses pengumpulan maklumat dalam menentukan tahap releven sesebuah kajian itu dijalankan. Melalui proses kajian literatur, pengkaji dapat memahami permasalahan kajian, memperbaiki rangka kerja dalam menyelidikan kajian. Pendapat pengkaji disokong oleh Rusli dan Hasbee (2011), yang menyatakan literatur sebagai sumber utama perkembangan idea bagi menentukan hala sesebuah penyelidikan (permasalahan penyelidikan, kajian yang rasional dan hipotesis penyelidikan), metodologi penyelidikan serta prosedur (merangka penyelidikan, pengumpulan data dan teknik menganalisa data), dan perbincangan mengenai keputusan hasil penganalisaan data (interpretasi data dan konklusi) yang diperolehi daripada dokumen bertulis atau bahan bercetak dan berdasarkan pengaksesan atas talian.
2.2 KENYATAAN MASALAH
Dalam kajian literatur , pengkaji mendaptkan rujukan berkenaan Ultra-ungu, sea life, photography dan color printing. Pengkaji turut membuat penyelidikan mengenai cahaya Ultra-ungu yang boleh terhasil melalui hidupan laut. Menerusi data yang dikumpul, pengkaji akan memilih data yang paling sesuai atau mungkin hampir serupa dengan kajian yang pengkaji kehendaki. Seterusnya, pengkaji akan mengenal pasti mengenai pencahayaan dalam pengahasilan imej.
6
2.3 RUJUKAN BERKAITAN ULTRA-UNGU (ULTRAVIOLET)
Menurut Helen Drew (2005), cahaya merupakan sumber utama dalam fotografi.
Perkataan ‘photography’ dalam Greek bermaksud ‘lukisan dari cahaya’. Dari cahaya terang matahari tengah hari ke cahaya yang kabur dari lampu jalan pada waktu senja, cahaya yang jatuh pada subjek gambar anda adalah apa yang akan menentukan mood imej akhir. Penulis menyatakan bahawa kualiti dan kuantiti pencahayaan yang digunakan merupakan faktor utama dalam menghasilkan sebuah imej yang baik. Cara cahaya jatuh ke atassubject akan menunjukan kesan yang berbeza terhadap imej yang akan dihasilkan. Pencahayaan yang digunakan ke atas subject menentukan berapa besar kesan tekstur dan butiran yang akan terlihat, kekuatan pencahayaan memainkan peranan dari segi warna sama adasubjectkelihatan rata atau tiga dimensi.
Steve Bavister (2001), menyatakan bahawa sebanyak mana pun pengalaman seorang jurugambar, mereka akan mempelajari sesuatu yang baru untuk belajar dan hal ini benar apabila melibatkan dengan pencahayaan. Gaya pencahayaan berubah dari semasa ke masa dan tanpa disedari terdapat imej yang boleh kita hasilkan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui dalam teknik pencahayaan iaitu kualiti dan kuantiti, arah pencahayaan, dan suhu warna.
Menurut Wikipedia (2017), Ultra-ungu adalah Ultraviolet (UV) adalah sinaran elektromagnet dengan panjang gelombang dari 10 nm hingga 400 nm, lebih pendek daripada cahaya yang kelihatan tetapi lebih panjang daripada sinar-X. Sinaran UV merangkumi kira-kira 10% daripada jumlah cahaya matahari, dan oleh itu terdapat sedikit cahaya matahari dalam gelombangnya. Ia juga dihasilkan oleh arka elektrik dan lampu khusus, seperti lampu wap merkuri, lampu penyamakan, dan lampu bercahaya
7
hitam. Walaupun ia tidak dianggap sebagai sinaran mengion kerana ‘photons’ tidak mempunyai tenaga untuk mengionkan atom, sinar ultra-ungu longwavelength boleh menyebabkan reaksi kimia dan menyebabkan banyak bahan bersinar atau fluoresce.
Oleh itu, kesan kimia dan biologi UV adalah lebih bears daripada kesan pemanasan yang mudah, dan banyak aplikasi praktikal sinaran UV berasal dari interaksi dengan molekul organik.
Tenaga lebih tinggi pada spektrum sinar ultra-ungu dari gelombang cahaya sekitar 10 nm hingga 120 nm (Sinar ultraungu 'melampau') adalah sinaran mengion, tetapi jenis Sinar ultra-ungu ini pada cahaya matahari disekat oleh dioxygen normal pada udara, dan tidak sampai ke tanah. Secara keseluruhan, spektrum sinar ultra-ungu memiliki sebahagian ciri sinaran mengion, dari segi menyebabkan kerosakan lebih banyak pada molekul pada sistem biologi berbanding yang dilihat melalui pemanasan ringkas. Ciri-ciri ini terhasil akibat kuasa photon ultraungu bagi mengubah ikatan kimia pada molekul, sunguhpun ia tidak memiliki cukup tenaga bagi mengionkan atom molekul. Sesetengah haiwan (burung, reptilia, dan serangga seperti lebah) boleh melihat sinar UV dekat. Ini disebabkan kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar UV berbanding sinar nampak.
Kebanyakan manusia tidak dapat melihat sinar ultra-ungu. Kanta dalam mata manusia biasanya frekuensi UV atau lebih tinggi, dan manusia kurang penapisan untuk mereka menyesuaikan dengan warna sinar ultra-ungu. Atas beberapa sebab,kanak-kanak dan orang dewasa muda dapat melihat ultraviolet hingga panjang gelombang kira-kira 310 nm, dan orang-orang dengan aphakia (missing lens) atau kanta pengganti juga boleh melihat beberapa gelombang UV.
8
Menurut Blondal (2017), Ultraviolet (UV) adalah suatu jarak panjang gelombang tenaga yang membentuk sebahagian daripada spektrum elektromagnet. UV “cahaya”
terletak di antara gelombang x-ray dan panjang gelombang yang kita panggil cahaya yang boleh dilihat. Cahaya UV tidak boleh dilihat, tetapi merupakan sebahagian daripada sinaran matahari dan penyebab kita mengalami selaran matahari. sistem Ultra-ungu memancarkan cahaya UV yang menyebabkan kerosakan maut kepada teras genetik mikroorganisma yang diserap oleh sel-sel mikrob dan enzim sel yang menghalang daripada mentafsirkan DNA. Ini menghalang mikroorganisma daripada berfungsi dan yang paling penting, menghasilkan semula. Proses ini amat berkesan dan telah dianggarkan menyebabkan kemusnahan 99.99% mikroorganisma patogenik.
Lampu UV mestilah berkualiti tinggi dan panjang gelombang yang betul. Adalah penting bahawa terdapat satu hubungan baik antara cahaya dan sasaran organisma untuk mencapai tahap yangdikehendaki pembasmian kuman. Pembasmian kuman UV harus peringkat yang terakhir daripada proses penapisan industri untuk memastikan penyingkiran awal zarah yang boleh hadir dalam bekalan air suapan dan yang boleh bertindak untuk melindungi mikroorganisma daripada kesan kerosakan sinaran UV.
Menurut Zulkalnain (2010), amplitud pada sesuatugelobang elektro-magnetik dosangkutpaut dengan kekuatan radiasi-terangnya (brightness) pada sesuatu cahaya.
Penglihatan mata kasar kita hanya dapat melihat sebahagian kecil gelombang elektromagnetik ini iaitu gelombang yang mempunyai jarak di antara jarak 400nanometer hingga 700 nanometer (1nanometer (nm)=1/1,000,000mm atau 1nm=10 Angstrom). Panjang jarak gelombang ini dilihat seperti cahaya putih. Secara ringkasnya bahawa cahaya putih itu adalah campuran jarak gelombang yang berlainan.
Terdapat 2 gelombang yang terkeluar dari cahaya putih yang dapat dikesan oleh mata
9
kita iaitu gelombang Ultra-Ungu (Ultra Violet) dan Infra-Merah (Infra-Red) tetapi dapat dikesan oleh pancaindera manusia yang lain. Ultra-Ungu adalah gelombang yang pendek sedikit dari gelombang ungu manakala Infra-Merah pula lebih panjang dari gelombang merah. Gelombang Ultra-Ungu (UV) ini memberi sedikit masalah apabila membuat pegambaran landskap jauh dimanakelihatan kebiru-biruan.
Ultra-Ungu ini juga mengakibatkan kulit perang (tan) dan membuat sesetengah barangan berdarflour (fluoresence) dan “menerangi” dengan cahaya yang dapat dilihat warnya.
2.4 RUJUKAN BERKAITAN HIDUPAN LAUT (SEA LIFE)
Hidupan laut merujukan kepada tumbuhan, haiwan dan organisma yang hidup di dalam air garam laut atau laut, atau air payau muara pantai.MenurutWikipedia (2017), Kebanyakan bentuk kehidupan mula-mula berkembang di habitat marin. 70 peratus permukaan bumi diseliputi air. Ikan lain berkembang menjadi mamalia dan kemudiannya kembali ke laut sebagai anjing laut, ikan lumba-lumba atau ikan paus.
Bentuk tumbuhan sepertikelpdanalgaetumbuh di dalam air dan merupakan asas bagi sesetengah ekosistem bawah air. Plankton, dan terutamanya phytoplankton, adalah pengeluar utama utama yang membentuk asas umum rantaian makanan laut.
Menurut Sönke Johnsen (2005), penglihatan haiwan bergantung banyak pada pencahayaan. Haiwan laut dalam sering kelihatan agak menonjol apabila diambil gambar oleh kamera spektrum penuh di bawah pencahayaan spektrum penuh. Namun dalam realiti, mereka dilihat di bawah cahaya biru hampir monochromatic oleh haiwan tanpa penglihatan warna. Oleh itu, jika kita perlu memahami visi dan pewarnaan di laut dalam, kita mesti melihat dunia ini melalui mata hidupan laut ini. Walaupun kita
10
mungkin tidak menyangka bahawa dunia air cetek boleh mempunyai keisitimewaannya tersendiri, antara satunya ialah cahaya ultraviolet (UV). Cahaya ini tidak kelihatan oleh mata kita. Sebenarnya kira-kira separuh ikan yang hidup berhampiran permukaan air atau habitat terumbu karang dapat melihat cahaya UV.
2.5 RUJUKAN BERKAITAN FOTOGRAFI
Menurut Zulkalnain (2010), fotografi ialah keadah merakam imej pegun yang kekal daripada yang dilihat sekelip mata untuk kepentingan informasi, emosi, dokumentasi, kecantikan dan unsur trapeutik Kajian penulis menyatakan elemen utama dalam fotografi adalah cahaya dan bayang yyang menjadikan imej kreatif dan menarik. Dapatan daripada kajian penulis menyatakan titik awal permulaan fotografi bermula dengan pengenalan Camera Obscura (1855), yang berfungsi sebagai bilik gelap yang terdapat satu lubang halus didinding atau tingkap. Dalam istilah sains, penulis mendapati fotografi merupakan tindak balas cahaya pada garam-garam perak atau pixel melalui kanta kamera yang mengawal jumlah dan masa dedahan. Merujuk kepada penulis, pengkaji berpendapat bahawa fotografi bertindak balas sebagai mata yang tangkas merakam peristiwa yang mungkin terjadi sekali sahaja dalam seumur hidup ataupun merakam peristiwa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Pengkaji memahami bahawa cahaya dan bayang saling berkaitan dalam pengahasilan imej fotografi kerana cahaya merupakan unsur utama yang membawa kepada pembentukan bayang.
Redsicker (2001) mendefinisikan fotografi sebagai pendokumentasi, merekod dan mencatat menggunakan cahaya Kajian penulis menyatakan bahawa dua keperluan asa fotografi ialah kamera dan filem. Kamera berfungsi sebagai peralatan gabungan yang
11
merakam cahaya dengan memantulkan imej cahaya, manakala filem sensitif cahaya merupakan medium yang merekod imej diatasnya secara kekal. Penulis turut mentakrifkan fotografi sebagai satu daripada empat kaedah utama yang diterima dalam memperlengkapkan individu semasa perbicaraan dengan bukti visual sesuatu kejadian. Melalui kajian terhadap Redsicker (2001), pengkaji mendapati bahawa penulis lebih menekan fotografi sebagai medium yang mencatat dan merekod menggunakan cahaya sebagai unsur utama, dibantu oleh mekanisma penting iaitu kamera dan filem sensatif cahaya sebagai hasil visual pendokumentasian tersebut.
Daripada kajian terhadap penulis, pengkaji mendapati bahawa penulis lebih menekan fotografi sebagai medium yang merekod bukti visual terhadap sesuatu perkara atau kejadian.
2.6 RUJUKAN BERKAITAN DAVID DOUBILET
MenurutWikipedia (2007),David Doubilet dilahirkan pada 28 November 1946.
Beliau dikenali sebagaiUnderwater Photographer,dikenali terutamanya melalui hasil kerja beliau yang diterbitkan di Majalah National Geographic di mana beliau
menyumbang fotografi dan menjadi penulis untuk 70 artikel sejak tahun 1971. Beliau dibesarkan diNew York Citydan mula mengambil gambar underwaterpada usia yang muda ketike berumur 12 tahun. Dia kemudian bekerja sebagai penyelam dan
jurugambar untuk Sandy Hook Marine Laboratories di New Jersey dan menghabiskan masa muda beliau di Caribbean sebagai pengajar menyelam remaja di Bahamas di mana dia mendapati motivasi untuk merakam gambar keindahan laut dan segala yang ada di dalamnya . Minat David Doubilet untuk fotografi bawah air diilhamkan oleh alam sekitar, "The desire to make an image that makes people think about, fall in love with, and protect the sea."
12
Untuk menangkap gambar hidupan di bawah air, beliau membawa beberapa kamera, lensa dan underwater trobes pada setiap kali menyelam, terutamanya Single Lens Reflect (SLR) digital Nikon dengan sudut wide angledan Mikro (makro), Sea &
Sea strobesdanSeaCam housings.
Rajah 1
“David Doubilet, Cerianthid anemone (1989), Suruga Bay, Japan”
Rajah 2
“David Doubilet, Clingfish in pink sea-tulip, Jervis Bay, Australian Capital Territory”
13 Rajah 3
“David Doubilet, Corals, which fluoresce under ultra-violet light (1996)”
Rajah 4
“David Doubilet, Elephant-ear coral fluoresces under ultra-violet light (1996)”