• Tidak ada hasil yang ditemukan

389 TAHAP PENGUASAAN ASPEK-ASPEK TERKINI PENDIDIKAN DAN ANALISIS KEPERLUAN BERKURSUS GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAERAH BATU PAHAT.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "389 TAHAP PENGUASAAN ASPEK-ASPEK TERKINI PENDIDIKAN DAN ANALISIS KEPERLUAN BERKURSUS GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAERAH BATU PAHAT."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

389 TAHAP PENGUASAAN ASPEK-ASPEK TERKINI PENDIDIKAN DAN

ANALISIS KEPERLUAN BERKURSUS GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAERAH BATU PAHAT.

Mohd Nazri Bin Samad1 Zalina Binti Abdul Rahman2

1Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, Malaysia (E-mail: [email protected])

2SK Koris, Batu Pahat, Malaysia, (E-mail: [email protected])

__________________________________________________________________________

Abstrak: Kemenjadian sekolah turut tercapai, dengan adanya sokongan padu daripada Guru Penolong Kanan terhadap Pengetua atau Guru Besar Sekolah. Mereka merupakan orang kedua penting dalam mengurus dan memastikan kelancaran proses pengurusan dan kemenjadian murid di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran terhadap aspek-aspek yang diperlukan sekolah masakini serta keperluan berkursus . Seramai 144 orang Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah terlibat dalam kajian ini, dengan menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Terdapat lapan aspek dalam pengurusan pentadbiran dan bidang am GPK1 yang dikaji tahap penguasaannya iaitu Pengurusan akademik, Pengurusan panitia, PBD, PAK21, SKPMG2, PLC, CEFR dan HIP. Dapatan kajian menunjukkan, tahap penguasaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran secara keseluruhan adalah sederhana tinggi. Hasil kajian diharapkan dapat memberi maklumat tentang aspek yang diperlukan untuk dijalankan kursus penambahbaikan dan penguasaan, agar Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang telah dipilih memikul amanah pengurusan dapat melaksanakan kemahiran yang dikuasai kearah melonjakkan kecemerlangan institusi sekolah serta kemenjadian murid berdasarkan pembelajaran di abad 21.

Kata kunci: Guru Penolong Kanan, Keperluan Berkursus, Kemahiran.

Abstract: The success of the school was also achieved, with the strong support from the Senior Assistant Teacher to the Principal or Headmaster of the School. They are the second most important person in managing and ensuring the smooth process of management and student development in the school. This study was conducted to determine the level of mastery of Senior Assistant Teachers on the aspects required by the current school as well as the need for courses. A total of 144 Senior Assistant Teachers of the school were involved in this study, using a quantitative method using a questionnaire. There are eight aspects in administrative management and the general field of GPK1 whose level of mastery is studied, namely academic management, committee management, PBD, PAK21, SKPMG2, PLC, CEFR and HIP.The findings of the study show that the level of mastery of Senior Assistant Teachers as a whole is moderately high. The results of the study are expected to provide information on the aspects needed to conduct improvement and mastery courses, so that Senior Assistant Teachers who have been selected to take on the management trust can implement the skills mastered to boost the excellence of school institutions and students based on learning in the 21st century.

Keywords: Senior Assistant Teacher, Training Needs Analysis, Skill.

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Menurut Mary Parker Follet (1868 -1933) pengurusan merupakan seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Stoner & Winkel ( 1984) pula mendefinisikan pengurusan sebagai

(2)

390

proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

Guru Penolong Kanan merupakan guru yang bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk aspek pengurusan terutama dalam merancang, menyelaras, melaksana dan mengambil tindakan susulan atas perkara-perkara dalam pengurusan kurikulum, pentadbiran dan bidang umum (Pekeliling JPA,2007) . Secara umumnya , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memenuhi kehendak National Key Result Area (NKRA, 2009) menuntut pemimpin sekolah untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Pemimpin yang dimaksudkan termasuklah Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1). Menurut Laporan Tahunan 2008 Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK, 2009) khususnya Laporan Eksekutif Pemeriksaan Bertema Kualiti Kepimpinan Sekolah (KKS) terhadap 51 buah sekolah seluruh Malaysia daripada pelbagai kategori dan lokasi bermula dari 16 Mac hingga 30 Julai 2008 mendapati kualiti kepimpinan instruksional berada pada taraf Sederhana (67.79%). Kepimpinan di sekolah bukan hanya melibatkan Guru Besar atau Pengetua , malahan peranan Guru Penolong Kanan juga penting dalam mencapai sekolah yang berkesan.

Kursus merupakan salah satu aspek penting didalam standard yang perlu dilaksanakan untuk memberikan impak perubahan yang berterusan dalam setiap aspek dan aktiviti (Rothery' 1993). Blankenship dan Moore (1977) dan Abdullah (1986) menyatakan bahawa sebarang reformasi di dalam kurikulum umumnya akan menyebabkan peranan guru dari aspek pengetahuan, afektif, dan psikomotor juga perlu berubah. Umumnya, apabila terdapat perubahan kurikulum, latihan yang diberi lebih kearah memberi maklumat dan pendedahan kepada keperluan dan perubahan yang terdapat pada kurikulum (Tamby Subahan, 1999).

Sebarang perubahan ini seharusnya dikuasai sepenuhnya oleh GPK1 dalam mengatur perancangan dan pengurusan dalam mentadbir guru serta akademik murid. Rajah 1 dibawah menunjukkan kerangka konsep yang dibina berdasarkan objektif kajian.

Rajah 1: Kerangka konsep

ASPEK PENGURUSAN, PENTADBIRAN DAN BIDANG

AM

Pengurusan Akademik

Pengurusan Panitia

PBD

PAK21

PLC

SKPMG2

CEFR

HIP

Guru Penolong Kanan Kompeten

(3)

391

2. Tinjauan Literatur

Kajian Khadijah (2011) menyatakan di sekolah tidak semua GPK 1 mengamalkan kepimpinan pengajaran yang berkesan dan GPK1 hanya memainkan peranan sebagai pentadbir. Kajian Khadijah (2011 ) juga mendapati tahap penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Kurangnya peranan serta fungsi kepimpinan pengajaran daripada GPK 1 merupakan masalah utama yang dihadapi olehkebanyakan sekolah dalam jangka masa yang panjang (Ramaiah, 1992). Johan (2013) dalam kajiannya mendapati bahawa GPK menghadapi berbagai masalah untuk menyesuaikan diri dalam bidang tugas mereka. Langkah menilai tahap penguasaan kemahiran perlu dilaksanakan bagi memperolehi maklumat sama ada kemahiran setiap aspek pengurusan dan pentadbiran tercapai seperti yang disasarkan. Ini bagi meyakinkan GPK1 melaksanakan tugas yang diamanahkan seiring dengan keperluan pendidikan masakini yang berubah dengan cepat dan lebih menjurus kepada Pembelajaran Abad 21 . Jika penguasaan kemahiran yang diperlukan tidak tercapai, maklum balas daripada kajian ini boleh dijadikan panduan bagi tujuan penambahbaikan dan penyediaan kursus –kursus akan datang.

Kajian ini dilaksanakan kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (GPK1) dan bertujuan untuk menilai tahap kemahiran yang dikuasai oleh GPK1, mengetahui kursus yang perlu diadakan untuk penambahbaikan kemahiran sedia ada atau kemahiran yang novis buat GPK11 dan mengetahui tahap kesediaan GPK1 untuk menghadiri kursus yang disediakan PPD.

3. Metodologi Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran GPK1 terhadap aspek yang terpilih. Persampelan Sampel kajian terdiri daripada 114 orang GPK1 sekolah Instrumen Kajian Instrumen kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Instrumen terdiri daripada soal selidik yang merangkumi tiga bahagian iaitu A , B dan C. Bahagian A merangkumi item-item yang berkaitan dengan demografi responden, jawatan dan gred sekolah. Bahagian B pula merangkumi item-item soalan hujung tertutup yang menggunakan Skala Likert lima pemeringkatan (Skala Likert). Item-item dalam bahagian ini terdiri daripada 8 kategori iaitu:

Pengurusan Akademik, Pengurusan Panitia, PAK21, SKPMG2, PBD, PLC, CEFR dan HIP.

Bahagian C merangkumi soalan hujung terbuka yang terdiri daripada satu. Item ini berkait dengan kesedian menghadiri kursus. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik.

Kajian ini menggunakan kaedah analisis data secara kuantitatif. Perisian SPSS 22.0 telah digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dengan mengenal pasti kekerapan dan peratusan untuk memperoleh maklumat -maklumat maklum balas yang terkumpul dengan lebih terperinci. Intepretasi skor min yang digunakan adalah seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Interpretasi Dapatan Deskriptif

Skor Min Interpretasi 1.00 hingga 2.00 Rendah

2.00 hingga 3.00 Sederhana Rendah 3.00 hingga 4.00 Sederhana Tinggi

(4)

392

4.00 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Nunally, 1978 4. Dapatan Kajian

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI

Jadual 2: Jantina

JANTINA KEKERAPAN PERATUS

LELAKI 67 46.5

PEREMPUAN 77 53.5

Jumlah 144 100.0

Berdasarkan jadual diatas, seramai 67 orang GPK1 terdiri daripada lelaki dengan peratus sebanyak 46.5% dan 77 orang GPK1 terdiri daripada perempuan dengan peratus sebanyak 53.5 % terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan kajian, GPK1 lelaki paling ramai terlibat dalam kajian ini.

Jadual 3: Gred Jawatan

GRED JAWATAN KEKERAPAN PERATUS

DG32 9 6.3

DG32HAKI 2 1.4

DG34 23 16.0

DG38 8 5.6

DG41 22 15.3

DG42 42 29.2

DG44 35 24.3

DGA34 2 1.4

DGA38 1 .7

Jumlah 144 100.0

Berdasarkan jadual diatas, gred jawatan tertingggi GPK1 yang terlibat dalam kajian ini ialah DG42 dengan responden seramai 42 orang dengan peratus sebanyak 29.2 % diikuti oleh DG44 seramai 35 orang dengan peratus sebanyak 24.3 %. Seterusnya DG34 seramai 23 orang GPK1 dengan peratus 16%, DG41 seramai 22 orang GPK1 dengan peratus 15.3%, DG32 seramai Sembilan orang GPK1 dengan 6.3 %, DG38 seramai lapan orang GPK1 dengan peratus 5.6%, DG34 dan DG32 hakiki masing masing seramai dua orang GPK1 dengan peratus 1.4% dan DGA38 seramai satu orang GPK1 dengan peratus 0.7%. Berdasarkan kajian, GPK1 yang memegang gred jawatan DG42 paling ramai terlibat dalam kajian ini.

Jadual 4: Subjek diajar

SUBJEK KEKERAPAN PERATUS

TERAS 124 86.1

ELEKTIF 20 13.9

Jumlah 144 100.0

(5)

393

Dapatan kajian menunjukkan seramai 124 orang GPK1 iaitu 86.1 % merupakan guru yang mengajar subjek teras dan seramai 20 orang GPK1 dengan peratus 13.9% merupakan guru yang mengajar subjek elektif. Berdasarkan kajian, GPK1 yang mengajar subjek teras paling ramai terlibat dalam kajian ini.

Jadual 5: Umur

UMUR KEKERAPAN PERATUS

20-29 tahun 1 .7

30-39 tahun 19 13.2

40-49 tahun 49 34.0

50-59 tahun 75 52.1

Jumlah 144 100.0

Dapatan kajian menunjukkan seramai 75 orang GPK1 mencapai umur 50-59 Tahun dengan peratus sebnyak 52.1 %. Terdapat 49 orang GPK1 dengan pertus sebanyak 34.0 % berumur diantara 40-49 Tahun, 19 orang GPK1 iaitu sebanyak 13.2 % berumur diantara 30-39 Tahun dan hanya satu orang dengan peratus 0.7 % berumur diantara 20-29 Tahun. Berdasarkan kajian , GPK1 yang berumur 50-59 Tahun paling ramai terlibat dalam kajian ini.

BAHAGIAN B: ASPEK –ASPEK YANG DINILAI

Jadual 6: Perbandingan Min Aspek-aspek yang Dinilai

Jumlah

Responden Min Sisihan Piawai

URUSAKADEMIK 144 3.9861 .50155

URUSPANITIA 144 3.9861 .52870

PAK21 143 3.7133 .61234

SKPMg2 144 3.7361 .63671

PBD 144 3.8264 .51995

PLC 144 3.2014 .73456

CEFR 144 3.2083 .72782

HIP 144 3.6875 .65279

DSKP 144 3.7917 .56562

Berdasarkan skor min Nunally (1978), kajian menunjukkan keseluruhan tahap penguasaan kemahiran GPK1 berkaitan aspek-aspek dalam pengurusan dan pentadbiran berada pada tahap sederhana tinggi. Aspek Pengurusan Akademik dan Pengurusan Panitia masing masing mencapai min tertinggi berbanding aspek lain iaitu min= 3.98. Dapatan menunjukkan GPK1 menguasai kemahiran dalam mengurus akademik dan panitia namun masih pada tahap sederhanan tinggi. Dapatan ini sekaligus menepis dapatan kajian oleh Khadijah (2011 ) yang mendapati tahap penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran berada di tahap yang rendah. Aspek Pentaksiran Bilik darjah mencapai min = 3.82. Dapatan ini menunjukkan bahawa GPK1 menguasai PBD, namun masih terdapat aspek- yang perlu diperbaiki. Aspek DSKP mencapai min =3.79 menunjukkan GPK1 menguasai DSKP namun masih dalam lingkungan sederhana tinggi. Aspek SKPMG2 menunjukkan pencapaian min=3.73 begitu juga dengan dengan min PDPC dan HIP masing masing mencapai

(6)

394

min = 3.71 dan 3.68. Pencapaian min terendah adalah untuk aspek PLC dan CEFR dengan min

=3.21 untuk CEFR dan min=3.20 untuk PLC. Ini menunjukkan terdapat aspek yang belum dicapai penguasaan sepenuhnya oleh GPK1. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui faktor penghalang kepada penguasaan aspek tersebut. Melalui dapatan kajian juga, memberi panduan untuk PPD Batu Pahat merangka keperluan berkursus berdasarkan aspek-aspek yang mendapat min- min yang rendah seperti pengendalian PLC dan juga CEFR untuk membimbing guru- guru Bahasa Inggeris lebih memahami pelaksanaannya.

BAHAGIAN C : KESEDIAAN BERKURSUS

Jadual 7: Kesediaan Untuk Berkursus

Kesediaan Kekerapan Peratus

Ya 126 87.5

Tidak 18 12.5

Jumlah 144 100.0

Dapatan kajian menunjukkan seramai 126 GPK1 dengan peratus sebanyak 87.5 % bersedia untuk menghadiri kursus penambahbaikan dimasa akan datang, dan 18 orang GPK1 tidak bersetuju dengan kursus penambahbaikan dimasa akan datang. Oleh kerana penolong kanan perlu membantu pentadbir dalam menjalankan tugas mentadbirkan sekolah adalah wajar mereka juga diberi latihan yang secukupnya seperti juga latihan yang diberikan kepada pengetua untuk membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas dengan berkesan (Chan Hock Seong, 1969 dan Kamarudin, 1989). Johan (2013) menyatakan bahawa GPK perlukan latihan kerana kumpulan ini nanti bakal dilantik menjadi salah seorang pentadbir utama yang akan menguruskan segala hal-ehwal yang berkaitan dengan organisasi seperti sekolah. Dapatan ini menyokong kajian lepas tersebut dan dapatan menunjukkan GPK1 bersedia menghadiri kursus penambahbaikan dengan jumlah 87.5% bersetuju menghadiri kursus berbanding hanya 12.5 % sahaja tidak bersedia menghadiri kursus penambahbaikan. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk melihat factor yang menghalang GPK1 menghadiri kursus penambahbaikan kemahiran.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk GPK1 menghadiri kursus- kursus berkaitan aspek penting dalam pengurusan , pentadbiran dan juga bidang am agar dapat menyumbang kepada kelancaran proses pendidikan di sekolah. Dari aspek yang telah dikaji dan dianalisa, ternyata terdapat GPK1 yang masih kurang faham dan kurang memahami aspek tertentu yang kini merupakan elemen penting dalam proses pendidikan seperti SKPMG2, CEFR, PLC dan juga PBD. Dapatan min yang rendah menunjukkan GPK1 masih kurang faham dengan kecairan ilmu dan kemahiran maka mana mungkin mereka dapat membantu guru sekiranya terdapat sebarang permasalahan berkaitan aspek tersebut di pihak guru.

Diharapkan kajian lanjutan dapat dijalankan untuk meluaskan lagi skop untuk melihat item didalam aspek yang mencapai min terendah dan juga faktor lain yang menyumbang kepada kekangan dalam menguasai kemahiran dan juga kekangan menghadiri kursus penambahbaikan kemahiran.

(7)

395

Kesimpulannya, GPK1 merupakan orang kedua terpenting dalam kepimpinan sekolah dan semestinya perlu menguasai kemahiran dan juga informasi terkini dasar –dasar serta program terkini yang disediakan oleh KPM untuk dilaksanakan di sekolah. Golongan ini seharusnya cepat bertindak dan sentiasa mengambil peluang untuk menimba ilmu sebanyak mungkin dalam usaha untuk menghadapi perubahan –perubahan masakini dalam system pendidikan. Sebagai perantara Pemimpin sekolah dengan guru , GPK1 seharusnya mempunyai kredibiliti yang tinggi serta menguasai kemahiran serta informasi dasar –dasar terkini agar dapat meleraikan kesangsian ,kekeliruan guru serta dapat sama –sama membantu , menyokong serta terlibat sama dalam melaksanakan dasar-dasar serta keperluan terkini di sekolah supaya matlamat sekolah seiring dengan matlamat kementerian untuk kebaikan sistem, institusi sekolah, stakeholder serta murid.

Rujukan

Ajul Jual (2014). Beban Tugas Dengan Kualiti Pengajaran Dalam Kalangan Guru Penolong Kanan Di Sekolah Rendah Papar Sabah. Tesis. Universiti Malaysia Sabah.

Azlin Norhaini Mansor dan Roselan Baki (2015). Amalan Pengurusan Pengetua. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blankenship, J. W., dan K. D. Moore. (1977). A Factor-analytic Approach to Needs Assessment. Journal of Research in Science Teaching. 14(6): 507-514.

Chuan Yan Piaw (2014). Kaedah Penyelidikan . Edisi ketiga. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cy Charney (2006). The Leader’s Tool Kit. American Management Association.

Decision Making in Education. Francisco Berrett-Koehler http://www.rand.org/pubs/occasional_papers/OP170.html

Institut Aminuddin Baki (2006). Standard Kompetensi Kepengetuan Sekolah

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. (2009). Laporan Tahunan JNJK Tahun 2008. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pebangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khadijah Daud dan Mohamed Noor Basiron (2011) Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9.

Kirkpatrick, D.L. (1979). Techniques for evaluating training programs.

Kirkpatrick,D.L.(2003).Evaluating Traning Programs the Four Levels. San Malaysia.

Marsh, J.A., Pane J.F., Hamilton,L.S., (2006). Making Sense Of Data-Driven

Mohd Fazli Hasan (2013). Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Persekitaran Sekolah Dengan Penglibatan Pelajar Dalam Akticviti Sekolah di Sekolah menengah Klang, Malaysia. Tesis. Universiti Putera Malaysia.

Mohd Johan B. Yaskom (2013). Analisis Keperluan Latihan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas . Tesis. Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Johan Yaskom (2013) Analisis keperluan latihan guru penolong kanan pendidikan khas. Tesis, Universiti Teknologi Malaysia.

(8)

396

NKRA Pendidikan http://nkrapendidikan.moe.gov.my/

Sharifah Madinah Syed Abdul Rahman. Faktor Pengetua, Menjana Impak Ke Arah Keberkesanan Sekolah. Petaling Jaya : Penerbit Sasbadi Sdn. Bhd.

Tamby Subahan Mohd. Meerah.(1999). Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Training and Development Journal, 33(6), 78-92.

www.academia.edu/4493152/101604129_Fail_Meja_Penolong_Kanan_Kurikulum

Referensi

Dokumen terkait