• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengumuman Tarikh Baharu Bagi Permohonan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) Putrajaya, 31 Mac 2023

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pengumuman Tarikh Baharu Bagi Permohonan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) Putrajaya, 31 Mac 2023"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

1 / 2 MENGENAI SURUHANJAYA TENAGA

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan kawal selia yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Suruhanjaya Tenaga memastikan bahawa pembekalan elektrik dan gas berpaip kepada pengguna adalah terjamin, berdaya harap, selamat dan pada harga yang berpatutan.

KENYATAAN MEDIA 31 MAC 2023

Pengumuman Tarikh Baharu Bagi Permohonan Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP)

Putrajaya, 31 Mac 2023 – Suruhanjaya Tenaga (ST) ingin memaklumkan bahawa tarikh mula permohonan Program Tenaga Hijau Korporat atau Corporate Green Power Programme (CGPP) akan ditangguhkan daripada 3 April 2023 kepada satu tarikh baharu iaitu 9 Mei 2023.

Keputusan menetapkan tarikh baharu ini adalah berdasarkan penelitian semula ke atas penambahan kuota bagi program CGPP sebanyak 200 MW yang telah menjadikan jumlah keseluruhan kuota sebanyak 800 MW. Jumlah kapasiti yang ditawarkan ini adalah antara yang terbesar dalam program-program Tenaga Boleh Baharu.

Seperti yang diumumkan dalam kenyataan media bertarikh 14 Mac 2023 sebelum ini, Panduan Maklumat untuk Program Tenaga Hijau Korporat (bagi Loji Solar PV) akan dikemaskinikan bagi memastikan jumlah kuota yang ditawarkan adalah terurus dan terkawal. Panduan Maklumat tersebut akan dimuat naik ke laman sesawang ST dalam masa yang terdekat.

Sehubungan itu, semua peserta yang berminat untuk menyertai program CGPP adalah dinasihatkan untuk sentiasa menyemak laman sesawang rasmi ST (www.st.gov.my) untuk mendapatkan panduan terkini bagi program ini.

***Tamat***

(2)

2 / 2 MENGENAI SURUHANJAYA TENAGA

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan kawal selia yang bertanggungjawab untuk mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan tenaga elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Suruhanjaya Tenaga memastikan bahawa pembekalan elektrik dan gas berpaip kepada pengguna adalah terjamin, berdaya harap, selamat dan pada harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Azlina Mohammad Jais/Hazwani Ghazali/Muhammad Harith Safruddin Unit Promosi dan Hubungan Luar

Tel: 03-8870 8753/019-3589255 (Azlina)/011-28866271 (Hazwani)/018-3822545 (Harith) Emel: azlinamj@st.gov.my/noorhazwani@st.gov.my/harith@st.gov.my

Referensi

Dokumen terkait