• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengurusan Sisa Elektronik: Ulasan (Electronic Waste Management: A Review)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Pengurusan Sisa Elektronik: Ulasan (Electronic Waste Management: A Review)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Pengurusan Sisa Elektronik: Ulasan (Electronic Waste Management: A Review)

Nor Azaruddin Husni Nuruddin1*

1 Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, Malaysia

*Pengarang Koresponden: azaruddin@ikim.gov.my Accepted: 15 September 2022 | Published: 1 October 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.3.3

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Menurut laporan Global E-waste Monitor 2020, dianggarkan penduduk Malaysia menghasilkan 364 kilo tan (kt) e-sisa pada 2019 atau purata 11.1kg per kapita. Bagaimanapun, tiada data mengenai pemungutan e-sisa yang direkodkan. Di seluruh dunia pula, sebanyak 53.6 juta tan metrik (Mt) sisa dihasilkan iaitu purata 7.3kg per kapita, dan hanya 17.4%

direkod sebagai telah dipungut dan dikitar semula. Laporan tersebut menyatakan kebimbangan serta ketidakmampuan aktiviti kitar semula bersaing dengan longgokan e-sisa yang dihasilkan oleh pengguna saban hari. Aktiviti kitar semula meningkat kepada 1.8Mt sejak 2014, sedangkan jumlah e-sisa telah meningkat sebanyak 9.2Mt. Sehubungan dengan ini, satu kajian kepustakaan telah dijalankan kerana ingin melihat kesan atau isu e-sisa ini terhadap alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan lain-lain. Metodologi kajian yang digunakan ialah ulasan kepustakaan degan menilai dan membuat ulasan terhadap sumber primer. Kajian mendapati terdapat keperluan mendesak untuk penilaian terperinci mengenai senario semasa dan masa depan termasuk pengiraan, pencirian, amalan pelupusan sedia ada, kesan alam sekitar dan bahaya kesihatan pekerjaan. Pengumpulan e-sisa, pengangkutan, rawatan, penyimpanan, pemulihan dan pelupusan, perlu diwujudkan, di peringkat nasional dan/atau serantau untuk pengurusan e-sisa yang mesra alam.

Kata Kunci: e-sisa, mesra alam, pengurusan, kitar semula

Abstract: According to the Global E-waste Monitor 2020 report, it is estimated that the Malaysian population produced 364 kilo tons (kt) of e-waste in 2019 or an average of 11.1kg per capita. However, no data on e-waste collection recorded. The report expressed concern about the inability of recycling activities to compete with the pile of e-waste consumed daily by consumers. Recycling activity has increased to 1.8Mt since 2014, whereas the number of e- waste has increased by 9.2Mt. In this regard, a study was conducted to see the impact or issue of this e-waste on the environment, health, safety, and others. The study methodology used is a library review by evaluating and commenting on primary sources. The study found an urgent need for a detailed assessment of current and future scenarios, including calculations, characterizations, disposal practices, environmental impacts, and occupational health hazards. The collection of e-waste, transportation, treatment, storage, recovery, and disposal should be established at the national and regional levels for environmentally friendly e-waste management.

Keywords: e-waste, environmentally friendly, management, recycle

_________________________________________________________________________

(2)

1. Pengenalan

Perkembangan teknologi digital sangat pesat dan menjadi satu bahagian yang penting dalam hidup manusia. Teknologi ini menjadi begitu sinomin dengan kehidupan manusia, daripada pelbagai sudut misalnya dalam konteks pengurusan diri, keluarga, masyarakat, budaya, ekonomi dan sebagainya.

Secara umumnya, teknologi digital ialah alat elektronik, sistem, peranti dan sumber yang menjana, menyimpan atau memproses data (R. Vuorikari et.al, 2016). F. Bordage (2019) pula melihat digital teknologi (atau dunia digital) merangkumi semua alat elektronik yang memproses data binari dan ia merangkumi bukan sahaja peralatan pengguna seperti komputer, monitor dan telefon pintar tetapi termasuk juga kabel gentian (fibre cables), pusat data, pengecas telefon dan sebagainya.

Pada 2019, dunia digital meliputi 34 billion alatan dengan 4.1 bilion pengguna atau lapan peralatan bagi setiap pengguna. Antara peralatan yang paling popular ialah telefon pintar (3.5 bilion), lain-lain telefon (3.8 bilion), peranti paparan seperti televisyen, skrin komputer, projektor video (3.1 bilion) dan objek-objek penyambung (connector object) seperti pembesar suara bluetooth, jam pintar, termostat, lampu dan sebagainya (antara 8-30 bilion).

Namun, “harga” yang perlu dibayar bagi setiap kebergantungan manusia terhadap teknologi digital ini ialah kemusnahan alam jika e-sisa ini tidak dapat diuruskan dengan baik

2. Penyataan Masaalah

Kesan lain daripada perkembangan dunia digital ialah penghasilan sisa elektronik atau e-sisa.

Pada 2019, 53.6 Mt (metric ton) e-sisa dijana di seluruh dunia iaitu purata 7.3 kg per kapita.

Penjanaan e-sisa global meningkat sebanyak 9.2 Mt sejak 2014 dan diunjurkan meningkat kepada 74.7 Mt menjelang 2030 iaitu hampir dua kali ganda dalam masa 16 tahun sahaja.

Benua Asia menjana kuantiti e-sisa tertinggi pada 2019 iaitu 24.9 Mt, diikuti oleh Amerika (13.1 Mt) dan Eropah (12 Mt), manakala Afrika dan Oceania masing-masing menjana 2.9 Mt dan 0.7 Mt. Eropah menduduki tempat pertama di seluruh dunia dari segi penjanaan e-sisa per kapita, dengan 16.2 kg per kapita. Oceania berada di tempat kedua (16.1 kg per kapita), diikuti oleh Amerika (13.3 kg per kapita), manakala Asia dan Afrika masing-masing menjana hanya 5.6 dan 2.5 kg per kapita. Peningkatan e-sisa ini didorong oleh kadar penggunaan peralatan elektrik dan elektronik yang lebih tinggi, kitaran hayat yang singkat dan pilihan pembaikan peralatan yang terhad (Vanessa Forti et al., 2020).

Namun malangnya, kadar kutipan dan kitar semula e-sisa tidak begitu memberangsangkan.

Kutipan dan kitar semula e-sisa pada 2019 (yang telah didokumenkan secara rasmi) ialah 9.3 Mt iaitu sebanyak 17.4 peratus berbanding keseluruhan jumlah sisa elektronik yang dihasilkan.

Kitar semula e-sisa meningkat 1.8 Mt sejak 2014 dengan pertambahan hampir 0.4 Mt setahun.

Walau bagaimanapun, jumlah penjanaan e-sisa meningkat sebanyak 9.2 Mt, dengan pertumbuhan tahunan hampir 2 Mt. Justeru, aktiviti kitar semula e-sisa tidak seiring dengan pertumbuhan e-sisa secara global. Statistik juga menunjukkan bahawa pada 2019, benua Eropah menunjukkan kadar kutipan dan kitar semula tertinggi iaitu sebanyak 42.5 peratus, Asia menduduki tempat kedua pada 11.7 peratus, Amerika dan Oceania masing-masing pada 9.4

(3)

Usaha mengutip dan mengitar semula yang tidak selari dengan penghasilan e-sisa ini menimbulkan pelbagai masalah kepada alam sekitar terutamanya dalam konteks penghasilan bahan-bahan berbahaya. Bahan-bahan berbahaya ini pula boleh menjejaskan kesihatan manusia.

E-sisa mengandungi lebih daripada 1000 bahan berbeza dan kebanyakannya adalah toksik seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, selenium, kromium dan sebagainya. Bahan- bahan toksik ini menghasilkan dioksin apabila dibakar (World Health Organization (WHO), 2016). Kira-kira 70 peratus daripada logam berat (merkuri dan kadmium) di tapak pelupusan sampah Amerika Syarikat berasal daripada sisa elektronik. Barangan elektronik pengguna pula menghasilkan 40 peratus daripada jumlah plumbum di tapak pelupusan sampah. Toksin ini boleh menyebabkan kerosakan otak, alahan dan kanser. Kebimbangan utama dalam konteks e- sisa terhadap kesihatan manusia ialah terdapatnya kegiatan mengitar semula secara tidak formal yang mana kegiatan ini tidak tertakluk kepada keperluan ketat pengurusan sisa toksik.

3. Kajian Kepustakaan

Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik yang semakin meningkat dan telah mengakibatkan penjanaan kuantiti besar sisa elektronik (e-waste). Sisa yang sentiasa berlonggok ini, jika tidak dikendalikan dengan betul, boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap komponen biotik dan juga abiotik ekosistem.

Pengendalian yang betul bagi sisa ini memerlukan reka bentuk kitar semula yang baik dan jentera yang dipertingkatkan. Di negara membangun organisasi komersil cenderung lebih menumpukan pada aspek ekonomi dan bukannya peraturan alam sekitar tentang kitar semula sisa. Oleh itu, untuk mendapatkan semula bahan yang boleh diguna semula dan persekitaran yang mampan, kitar semula yang cekap bagi sisa ini sangat diperlukan dan dianggap sebagai satu cabaran bagi masyarakat hari ini. Dalam kajian literatur ini, pengkaji telah memperkenalkan secara ringkas beberapa komponen toksik yang terdapat dalam e-sisa semasa proses kitar semula dan kesan buruknya. Ini diikuti dengan pelbagai teknik komersial yang digunakan untuk mengitar semula pecahan logam dan bukan logam bagi e-sisa (Shunham Gupta et al., 2014).

Dalam makalah ini masalah alam sekitar yang berkaitan dengan peralatan elektronik yang dibuang, yang dikenali sebagai e-sisa, dikaji semula. Selain itu, pengeluaran semasa dan masa hadapan e-sisa, potensi masalah alam sekitar yang berkaitan dengan pelupusan dan amalan pengurusannya dibincangkan manakala skim pengurusan e-sisa sedia ada di Greece dan negara lain (Jepun, Switzerland) turut dinyatakan. Kajian ini merumuskan pengasingan e-sisa daripada sisa pepejal yang lain dan kitar semulanya untuk mendapatkan semula bahan mentah yang berharga adalah penting. Sistem pengurusan perlu direka bentuk secara rasional supaya faedah terhadap alam sekitar daripada pengumpulan, pengangkutan, pengurusan dan faedah kewangan dapat memberi manfaat kepada semua pihak (G. Gaidajis et al., 2010).

E-waste ialah sebarang sampah yang dihasilkan oleh peranti dan komponen elektronik yang dibuang serta bahan yang terlibat dalam pembuatan atau penggunaannya. Meminimumkan pengeluaran e-waste membantu memelihara sumber dan mengurangkan jumlah tenaga yang diambil dari bumi. Salah satu strategi untuk menangani masalah ini ialah meningkatkan kesedaran pelupusan e-waste secara mampan dalam kalangan masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelupusan e-waste dalam kalangan masyarakat

(4)

Malaysia. Kajian ini melibatkan 500 orang dari sembilan daerah di Selangor, Malaysia dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata.

Instrumen soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Tiga pembolehubah kesedaran pelupusan e-waste yang dikaji ialah pengetahuan pelupusan e-waste, sikap pelupusan e-waste dan amalan pelupusan e-waste (Hanifah Mahat et al., 2019).

Dalam konteks pendidikan dan kerjasama komuniti pula, boleh juga diusahakan projek untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap keperluan untuk mengurangkan penukaran alatan digital secara kerap. Ini kerana, pengguna ketika ini lebih gemar menggantikan peralatan digital mereka berbanding membaikinya. Satu kajian yang dijalankan oleh (Kantar WorldPanel, 2017) menunjukkan bahawa purata tempoh masa pengguna menukar telefon pintar mereka ialah di antara 20-22 bulan sahaja. Satu inisiatif yang dinamakan sebagai Restart telah diperkenalkan pada 2013 di United Kingdom bertujuan untuk “memperbaiki hubungan manusia dan alat elektronik.” Di bawah inisiatif ini, ahli komuniti mengajar antara satu sama lain cara membaiki peranti rosak atau yang semakin tidak cekap (perlahan) dan ini meliputi pelbagai jenis peralatan seperti tablet, pembakar roti, iPhone, fon kepala (headphones) dan sebagainya. Inisiatif ini dimulakan bertitik-tolak daripada kekecewaan terhadap amalan membuang peranti digital serta peningkatan e-sisa.

4. Kesimpulan

Sebagai pengguna, kebijaksanaan mereka diperlukan untuk membantu usaha meminimum impak teknologi ini terhadap alam sekitar dan ini hanya boleh dilakukan jika pengguna mempunyai pengetahuan dan kesedaran akan hal tersebut berkaitan pengurusan e-sisa atau kitar semula.

Rujukan

F. Bordage. (2019). The Environmental Footprint of the Digital World. https://www.greenit.fr G. Gaidajis, K. Angelakoglou, & D. Aktspglou. (2010). E-waste:Environmental problems and current management. Journal of Engineering and Technology Review, 3(1), 193–

199.

Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Yazid Saleh, & Saiyidatina Balkhis Norkhaidi. (2019). E-waste disposal awareness among Malaysian community.

Knowledge Management & E-Learning, 11(3), 393–408.

Kantar WorldPanel. (2017). An Incredible decade for the smartphone: What’s next? Kantar World Panel.

R. Vuorikari et.al. (2016). DigComp 2.0: The Digital Competence Framework for Citizens.

Update Phase 1: The Conceptual Reference Model. Publication Office of the European Union.

Shunham Gupta, Gaurav Modi, Rahul Saini, & Vijaya Agarwala. (2014). A review on various electronic waste recycling techniques and hazards due to its improper handling.

International Refereed Journal of Engineering and Science (IRJES), 3(5), 5–17.

Vanessa Forti, Cornelis Peter Balde, Ruediper Kuehr, & Garam Bel. (2020). The Global E- waste monitor 2020: Quantities, flows and the circular economy potential. United Nations University (UNU)/United Nations Institute for Training and Research (UNITAR)–Co-Hosted SCYCLE Programme, International Telecommunication Union (ITU) & International Solid Waste Association (ISWA).

(5)

https://www.itu.int/en/ITU-

D/Environment/Documents/Toolbox/GEM_2020_def.pdf

World Health Organization (WHO). (2016). Dioxins and their effects on human health. World Health Organization (WHO). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/

dioxins-and-their-effects-on-human-health.

Referensi

Dokumen terkait