• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengurusan taman botani di taman pertanian tenom sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "pengurusan taman botani di taman pertanian tenom sabah"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN TAMAN BOTANI DI TAMAN PERTANIAN TENOM, SABAH

Georgiana Lee Kiang 36125

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Pengurusan Seni)

2015

(2)

PENGURUSAN TAMAN BOTANI DI TAMAN PERTANIAN TENOM SABAH

GEORGIANA LEE KIANG

Projek ini merupakan salah satu keperluan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

Pengurusan Seni

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2015

(3)

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan yang saya jalankan ini telah digunakan sebagai bahagian sokongan untuk keperluan ijazah atau kelulusan sama ada kepada institusi pengajian lain.

_________________________

GEORGIANA LEE KIANG (36125)

(4)

Dr. Noria Tugang

Dr. Noria Tugang

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ………..day of………..2015.

Student’s Declaration:

I --- (PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the work entitled --- is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I --- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the work entitled --- (TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the conferment of --- --- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ______________________________ Date: _____________

(Name of the supervisor)

GEORGIANA LEE KIANG, 36125, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS

PENGURUSAN TAMAN BOTANI DI TAMAN PERTANIAN TENOM SABAH

Georgiana Lee Kiang (36125)

BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS

PENGURUSAN TAMAN BOTANI DI TAMAN PERTANIAN TENOM SABAH

(ARTS MANAGEMENT)

(5)

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________

( ) ( ) Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Kampung Paguokon Tengah Peti Surat 330, Lagud Seberang 89908, Tenom Sabah.

(6)

PENGHARGAAN

Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir ini merupakan merupakan satu kursus yang perlu diambil oleh semua Pelajar Tahun Akhir (PTA) sebagai syarat untuk bergraduat.

Oleh itu, saya penuh bersyukur kepada Tuhan tanpa bantuannya memberi kesihatan yang baik serta kebijaksanaan untuk berfikir sepanjang menyiapkan kajian ini saya tidak akan dapat menyelesaikan tugas ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

Di sini juga saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Noria Anak Tugang selaku penyelia PTA saya pada semester 2014-2015 bersamaan sepanjang dua semester ini, di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Selain itu, terima kasih kepada beliau kerana sudi menjadi Ibu saya sepanjang menyiapkan kajian ini, menjadi penasihat, dorongan semangat dan idea-idea dalam mendapatkan maklumat berkenaan kajian “PENGURUSAN TAMAN BOTANI DI TAMAN PERTANIAN TENOM SABAH”. Serta ucapan Terima Kasih juga kepada pihak UNIMAS.

Disini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Sabah dan Taman Pertanian Tenom Sabah kerana memberi saya peluang untuk menjalankan kajian di Lokasi mereka. Ditujukan juga khas buat kakitangan kedua-dua organisasi yang secara langsung dan tidak langsung telah membantu saya dalam menjayakan kajian ini. Terutamanya barisan pengurus taman di Taman Pertanian Tenom Sabah iaitu Encik Jain Linton, Encik Samuel Tihoi, Encik Yantawang Angkakat, Encik Sabri Awas dan Puan Flavia Minson serta kakitangan pekerja harian di Taman Pertanian Sabah yang memberi tunjuk ajar sepanjang membuat pemerhatian turut serta.

(7)

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa di atas dorongan semangat, nasihat, doa-doa dan perbelanjaan sepanajang saya menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas PTA bawah seliaan Dr.Noria Anak Tugang yang bersama-sama membantu saya dalam menjayakan kajian ini dan rakan-rakan serumah yang tidak putus-putus memberi sokongan, nasihat dan tunjuk ajar. Jane Sandra Clarnce, Norakhma Abd Manah, Norazima Ismail, Norasnizah Soray dan lain-lain yang tidak dapat dinyatakan.

Sekian dan Terima Kasih.

(8)

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai PENGURUSAN TAMAN BOTANI DI TAMAN PERTANIAN TENOM SABAH (TPS). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti cara penyelesaian masalah yang digunakan oleh pihak TPS terhadap masalah banjir daripada berulang dan merosakkan tanaman, untuk mengkaji tahap kepuasan pengunjung terhadap perkhidmatan dalam TB dan untuk menganalisis bentuk pengurusan pihak TPS dalam menguruskan TB sama ada ia berstruktur atau tidak. Pengumpulan data diperolehi daripada kaedah temu bual bersama 5 orang informan dan pengedaran borang soal selidik sebanyak 300 keping. Hasil kajian mendapati bahawa bentuk Pengurusan Taman Botani adalah berorganisasi dan tahap kepuasan pengunjung adalah baik terhadap perkhidmatan dan pameran tumbuhan yang terdapat dalam Taman Pertanian Tenom Sabah. “Inspirasi” diperolehi daripada pengetahuan umum sedia ada oleh pengkaji.

(9)

ABSTRACT

This research is about Management of Botanical Garden in Tenom Sabah (TPS). The objective of this study was to identify ways of solving problems used by TPS against flooding from recurring and damaging corps. Secondly, to review the level of visitor satisfaction with services provided by the TPS and to analyze the management of TPS in managing Botanical Garden whether it’s structured or not. Methods of collecting data obtained from interviews with five people intel and by distributing 300 pieces of questionnaire . The study found that the management of Botanical Garden is organized and the level of visitor satisfaction towards the service is good and the plants exhibits contained in TPS. Inspiration derived from existing common knowledge by researcher.

(10)

ISI KANDUNGAN

PENGAKUAN PENGESAHAN

PENGHARGAAN i-ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

ABRIVIASI DAN SENARAI YANG BERKAITAN vi-vii

KANDUNGAN HALAMAN

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1-3

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN 3-4

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 5-6

1.4 SKOP KAJIAN 6-7

1.5 LOKASI KAJIAN 8

1.6 BATASAN KAJIAN 9-10

1.7 KERANGKA KONSEPTUAL 10-13

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN 14

1.9 MASALAH-MASALAH DIHADAPI SEMASA MENJALANKAN KAJIAN

15

KANDUNGAN HALAMAN

BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 PENGENALAN 16

2.1.1 KAJIAN PENGKAJI TERDAHULU 17-25

2.2 SEJARAH DAN KONSEP TAMAN BOTANI 2.2.1 DALAM NAGARA

2.2.2 LUAR NEGARA

25-35

2.3 RUMUSAN 36

(11)

KANDUNGAN HALAMAN BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN 37

3.2 KAJIAN KEPERPUSTAKAAN 37-38

3.3 KAEDAH KERJA LAPANGAN 3.3.1 KAEDAH PEMERHATIAN

3.3.2 KAEDAH PEMERHATIAN TURUT SERTA 3.3.3 KAEDAH TEMU BUAL ATAU TEMU

RAMAH

3.3.4 KAEDAH POPULASI / BORANG SOAL SELIDIK

3.3.5 INSTRUMEN KAJIAN

38-41

3.4 RUMUSAN 42

KANDUNGAN HALAMAN

BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN 43-44

4.2 ANALISA DATA

4.2.1 ANALISA DATA DARIPADA KAEDAH KUANTITATIF

4.2.2 ANALISA DATA DARIPADA KAEDAH KUALITATIF

45-69

4.3 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN 4.3.1 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN MELALUI KAEDAH PEMERHATIAN TURUT SERTA

4.3.2 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN MELALUI KAEDAH KUANTITATIF 4.3.3 PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

70-76

76-77

(12)

MELALUI KAEDAH KUALITATIF 77-79 4.4 PENEMUAN BARU DARIPADA HASIL DAPATAN

KAJIAN

79

4.5 RUMUSAN 80-81

KANDUNGAN HALAMAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 KESIMPULAN 82-84

5.2 CADANGAN KEPADA ORGANISASI 85

5.3 CADANGAN KEPADA PENGKAJI AKAN DATANG

86

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

(13)

ABREVIASI

TPS - TAMAN PERTANIAN TENOM SABAH

TB - Taman Botani

UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak

SPSS - Statistical Package for Sosial Science PKMA - Pusat Khidmat Maklumat Akademik

Senarai-senarai yang berkaitan

Rajah 1.1: Peta Kawasan Taman Pertanian Tenom Sabah 8

Rajah 1.2: Kerangka Konseptual 10

Rajah 1.3: Masalah Yang Dihadapi Pengkaji 15

Jadual 4.2.A.1: Ujian Kesahihan atau kebolehpercayaan soalan pengkaji terhadap

pengunjung adakah ia mudah difahami dan logik. 44

Jadual 4.2.A.2: Jantina pengunjung yang hadir ke TPS. 45 Carta Pai 4.2.A.2: Bilangan pengunjung yang hadir ke TPS mengikut Jantina

Pengunjung. 45

Jadual 4.2.A.3: Umur pengunjung yang hadir ke TPS. 46 Carta Pai 4.2.A.3: umur pengunjung yang hadir ke TPS. 46 Jadual 4.2.A.4: Bangsa pengunjung yang hadir ke TPS. 47 Carta Pai4.2.A.4: Bangsa Pengunjung yang hadir ke TPS. 48 Jadual 4.2.A.5: Perkerjaan pengunjung yang berkunjung ke TPS. 49 Carta Pai 4.2.A.5: Sektor Perkerjaan pengunjung yang berkunjung ke TPS. 49

(14)

Jadual 4.2.A.6: Tahap pendidikan pengunjung yang berkunjung ke TPS. 50 Carta Pai 4.2.A.6: Peratus tahap Pendidikan pengunjung yang hadir ke TPS. 50 Jadual 4.2.B.1: Taburan silang antara umur dan Adakah Pengunjung berpuas hati

terhadap keluasan tempat letak kereta yang disediakan. 51 Jadual 4.2.B.2: taburan silang antara umur dan adakah pengunjung berpuas hati terhadap

perkhidmatan penyambut tetamu yang disediakan. 53

Jadual 4.2.B.3: Taburan silang antara Jantina dan adakah pengunjung berpuas hati

terhadap budi bicara pekerja di bahagian kaunter tiket. 54 Jadual 4.2.B.4: Taburan silang antara jantina dan adakah pengunjung berpuas hati

terhadap restoran yang terdapat didalam TPS. 55

Jadual 4.2.B.5: Taburan silang antara jantina dan adakah pengunjung berpuas hati

terhadap penerangan yang disediakan oleh pemandu pelancong. 56 Jadual 4.2.B.6: Taburan silang antara umur dengan adakah pengunjung berpuas hati

terhadap pengangkutan yang disediakan oleh TPS. 57

Jadual 4.2.B.7: Taburan silang antara Umur dan adakah pengunjung berpuas hati terhadap kebersihan di sekitar kawasan Taman Botani TPS. 58 Jadual 4.2.B.8: Taburan silang antara Jantina dan Adakah pengunjung berpuas hati terhadap penyediaan kemudahan tandas di setiap sub-bahagian taman botani. 59 Jadual 4.2.B.9: Taburan silang Umur dan soalan 9 iaitu Saya berpuas hati dengan brosur

yang disediakan oleh TPS 60

Jadual 4.2.B.10: Taburan silang antara Umur dan soalan 10 dalam bahagian B iaitu Saya berpuas hati terhadap papan tanda yang menunjukkan arah untuk ke bahagian taman

botani lain. 61

(15)

Jadual 4.2.B.11: Taburan silang antara Umur dan soalan 11 iaitu Saya dapat menggunakan kayak yang terdapat di tasik.Gambar 1: Pengkaji senang diajar cara

penanaman orkid tanah. 62

Gambar 4.1: Pengurus Taman Botani, Encik Jain Linton 63 Gambar 4.2: Pengurus Unit Taman Hiasan, Encik Yantawang Angkakat 67 Gambar 4.3: Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, Encik Sabri Awas 68 Gambar 4.4: Pengkaji Sedang Diajar Cara Penanaman Orkid Tanah 71 Gambar 4.5: Pengkaji bersama Encik Samuel Tihoi iaitu Pengurus

Taman Orkid Tempatan. 72

Gambar 4.6: Landskap dan antara tumbuhan yang terdapat dalam Taman Orkid Kacukan

atau Taman Orkid Hybrid. 73

Gambar 4.7: Pengurus Taman Orkid Kacukan iaitu Puan Flavia Binti Minson. 74 Gambar yang Berkaitan dengan Perkhidmatan dan Pameran yang Terdapat Dalam Taman Botani.

74-76

RAJAH 4.1: PENEMUAN BARU DALAM KAJIAN. 79

RAJAH 4.2: SKALA TAHAP KEPUASAN PENGUNJUNG. 81

(16)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sabah merupakan sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia selepas negeri Sarawak.

Sabah terletak di utara Kepulauan Borneo. Pulau Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Negeri Sabah dikenali sebagai“Sabah negeri di bawah bayu”. Menurut Jabatan Tanah Ukur Sabah, keluasan Negeri Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer kaki persegi dengan keluasan pantai sepanjang 14,400 kilometer persegi dan secara keseluruhan, keluasan negeri Sabah adalah 73,620 kilometer persegi (7,362 hektar). Sabah mempunyai gunung tertinggi di Asia Tenggara dan ia telah diiktirafkan oleh UNESCO pada tahun 2000 sebagai tapak warisan dunia, dan dikenali sebagai Gunung Kinabalu.

Seterusnya, negeri di bawah bayu ini turut mempunyai kisah silamnya yang tersendiri, negeri ini pernah dijajah oleh tentera-tentera dari Negara Jepun dan British tetapi telah diiktiraf merdeka pada 1963 dan telah menyertai Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun yang sama.

Sabah sering dikaitkan sebagai sebuah negeri yang sangat unik, sama ada dari sifat fizikal atau dalaman. Dari segi fizikal, boleh dispesifikkan melalui bentuk muka bumi yang terdapat di negeri ini. Manakala dari segi dalaman adalah dapat dilihat dengan jelas cara hidup masyarakat dan terdapatnya kepelbagaian jenis etnik yang tinggal serumpun di negeri Sabah. Hal ini demikian, ia telah membentuk banyak kawasan pelancongan di

(17)

negeri bawah bayu ini. Antara kawasan yang sering menerima kunjungan pelancong adalah Kinabalu Park yang terletak di kundasang Ranau, Taman Banjaran Crocker yang terletak di Keningau, Pulau Sipadan, Taman Hidupan Liar yang terletak di Lok Kawi, Simpang Mengayau yang terletak di Kudat, Taman Pertanian yang terletak di Tenom dan banyak lagi kawasan-kawasan yang menarik. Kawasan pelancongan yang tidak dapat dikira bilangannya ini telah banyak membantu dalam meningkatkan ekonomi negeri mahupun negara.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji mengenai Pengurusan Taman Botani yang dijalankan di kawasan pelancongan terpilih iaitu Taman Pertanian Tenom, Sabah. Hal ini demikian kerana lokasi kajian tersebut merupakan sebuah kawasan yang sangat terkenal dengan kepelbagaian tumbuhan seperti bunga-bungaan dan buah-buahan. Dalam pelbagai perkara yang penting untuk menjayakan sesuatu rancangan, perkara utama yang perlu ditekankan adalah sistem pengurusan sesuatu organisasi. Menurut Kamus dewan (1994) pengurusan bermaksud perihal mengurus sesuatu. Bentuk pengurusan yang akan dikaji adalah dari segi aspek pengolahan susunan atau struktur reka letak yang dilakukan oleh pihak taman tersebut keatas tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan. Selain itu, pengkaji juga ingin mengetengahkan bentuk-bentuk pengurusan yang dijalankan di Taman Pertanian tersebut serta kepuasan pelancong terhadap reka bentuk penyusunan tumbuh-tumbuhan dalam taman tersebut.

Taman Pertanian ini terletak di Daerah Tenom Sabah. Taman ini telah dibuka untuk lawatan pengunjung pada Oktober 2000 dan telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-4 iaitu Tun Sri Dr. Mahathir Bin Muhammad pada 25.Mac.2014.

(18)

Keluasan kawasan ini adalah kira-kira 1500 ekar dan terbahagi kepada pelbagai bahagian seperti Stesen Penyelidikan Pertanian, Pusat Pengeluaran Benih Tanaman, Pusat Latihan Peladang dan Taman Pertanian Sabah.

1.2 Permasalahan Kajian:

Menurut Sabathi Marican (2005) dalam buku beliau iaitu Kaedah Penyelidikan Sains Sosial, menyatakan bahawa Permasalahan Kajian ialah penyajian yang jelas tentang penyataan masalah yang berkaitan dengan pemboleh ubah yang dikaji. Oleh hal yang demikian, dalam kajian mengenai pengurusan taman botani ini terdapat permasalahan kajian adalah sistem pengurusan yang dijalankan di Taman Pertanian,Tenom Sabah adalah seperti berikut:

1. Masalah gangguan cuaca yang menyebabkan banjir dan menyebabkan banyak tumbuhan dan bunga-bungaan rosak dihadapi oleh pihak Taman Pertanian terhadap pengurusan Taman Botani.

Dalam kajian ini pengkaji akan mengetengahkan isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan dalam mengurus Taman tersebut. Antara masalah utama yang sering mengganggu masa operasi TPS adalah masalah fenomena semula jadi seperti banjir.

Pemerhatian jarak jauh yang dilakukan oleh pengkaji telah membantu pengkaji dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pihak TPS. Masalah banjir sering terjadi di kawasan kajian kerana lokasi kajian terletak berhampiran dengan kawasan Sungai besar iaitu Sungai Pedas.

(19)

2. Pengunjung yang hadir ke TPS sangat sedikit pada hari biasa kecuali pada hujung minggu dan sewaktu adanya Pesta seperti Pesta bunga, Bha, Jom ke Taman, dan lain-lain.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin menganalisis kepuasan pelancong atau pengguna yang hadir untuk melawat ke Taman Pertanian terhadap infrastruktur yang disediakan oleh pihak pengurusan. Bagi memperoleh data untuk menyelesaikan masalah ini, pengkaji akan menyediakan borang soal selidik.

3. Struktur pengurusan bahagian botani yang tidak difahami pengunjung kerana kekurangan tenaga mahir dalam pengurusan Taman Botani.

Bentuk pengurusan dalam TPS adalah berbeza daripada mana-mana orgnisasi lain.

Hal ini demikian kerana TPS mempamerkan tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan pengurusan yang terdapat dalam TPS adalah berbeza daripada mana-mana organisasi lain.

(20)

1.3 Objektif Kajian:

Tujuan pengkaji memilih kajian mengenai Pengurusan Taman Botani di Taman Pertanian, Tenom Sabah ini adalah berdasarkan beberapa fokus utama iaitu:

1. Mengenalpasti cara penyelesaian masalah yang digunakan oleh pihak TPS terhadap masalah banjir daripada berulang dan merosakkan tanaman.

Kajian Pemerhatian jarak jauh membantu pengkaji dalam memerhati masalah yang dihadapi oleh pihak TPS. Objektif pertama ini adalah untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pihak TPS. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak TPS.

2. Untuk mengkaji tahap kepuasan pengunjung terhadap perkhidmatan dalam Taman Botani.

Objektif kedua ini dipilih adalah untuk tujuan membantu pihak TPS meningkatkan lagi kekurangan yang dihadapi oleh TPS. Oleh itu, kaedah kuantitatif akan membantu pengkaji dalam mengkaji tahap kepuasan pengunjung iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik yang hadit ke TPS.

(21)

3. Untuk Menganalisis Bentuk Pengurusan Pihak TPS Dalam Menguruskan Taman Botani Sama Ada Ia Berstruktur atau Tidak.

Tps merupakan sebuah organisasi yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan menganalisis bentuk pengurusan taman yang digunakan oleh pihak TPS. Hal ini turut disebabkan ramai pengusahan taman yang kurang fasih dalam bidang pengurusan taman yang efektif dan secara langsung turut membantu pengusaha lain.

1.4 Skop Kajian:

Pengurusan dapat diklasifikasikan kepada pelbagai bahagian. Contohnya, pengurusan acara kesenian mempunyai pelbagai bahagian seperti pengurusan teknikal, pengurusan artistik, dan pengurusan penonton. Dalam ketiga-tiga pengurusan ini terbahagi kepada beberapa sub-bahagian kecil seperti dalam pengurusan teknikal adalah termasuk pengurusan sistem bunyi, sistem lampu dan sebagainya. Manakala dalam pengurusan artistik termasuklah pengurusan dekorasi, kostum artis, teknik pencahayaan lampu dan sebagainya. Bagi pengurusan penonton pula adalah lebih kepada pengurusan penyambut atau pengiring tetamu (usher).

Menurut Sabitha Marican (2005) menyatakan skop kajian merujuk kepada populasi kajian yang hendak dikaji oleh penyelidik. Skop kajian ini adalah mengenai Pengurusan Taman Botani di Taman Pertanian Tenom, Sabah. Antara skop kajian pengkaji adalah:

(22)

1. Strategi Pengurusan Taman Botani Oleh Pihak TPS:

Kajian ini akan membantu pengkaji dalam menyelidik pengurusan-pengurusan yang digunakan dalam pengurusan Taman Botani agar dilihat lebih estetik di mata pengunjung yang hadir dengan struktur reka letak atau susunan tumbuhan kerana lebih teratur dan menarik. Contohnya, melalui susunan tumbuhan seperti bunga yang mempunyai kepelbagaian warna mampu menarik minat pengunjung. Begitu juga melalui pembahagaian kawasan mengikut jenis tumbuhan yang terdapat dalam TPS.

2. Penyelesaian Masalah Yang Akan Digunakan Oleh TPS.

Dalam skop kajian seterusnya, pengkaji akan melihat bagaimana penyelesaian masalah seperti banjir berlaku dan mengakibatkan banyak kerosakkan terutamanya fasiliti yang terdapat dalam TPS. Contohnya, masalah dalam mendapatkan dana untuk membeli fasiliti-fasiliti untuk kegunaan pelancong mahupun kakitangan pekerja dalam organisasi ini.

(23)

1.5 Lokasi Kajian:

Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian di Lagud Seberang, Tenom. Lokasi tersebut merupakan kawasan terletaknya Taman Pertanian ditunjukkan dalam Rajah 1. Lokasi tersebut menjadi lokasi pilihan pengkaji kerana kawasan tersebut terletak berdekatan tempat tinggal pengkaji. Lokasi tempat tinggal pengkaji adalah di Kampung Paguokon Tengah, Lagud Seberang Tenom. Jarak daripada kawasan tempat tinggal pengkaji ke lokasi kajian adalah kira-kira 2 km, manakala jarak dari Pekan Tenom terletak kira-kira 10 kilometer ke lokasi kajian. Hal ini akan memudahkan pengkaji untuk datang ke lokasi kajian kerana jarak yang agak dekat.

Rajah 1.1: Peta Kawasan Taman Pertanian Tenom, Sabah.

(24)

1.6 Batasan Kajian:

Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa batasan yang dihadapi oleh pengkaji seperti kurangnya sumber ilmiah yang berkaitan dengan pengurusan taman botani untuk dijadikan kajian perpustakaan. Hal ini demikian kerana kebanyakkan buku yang telah ditemui adalah buku Taman Botanikal yang berkaitan dengan sains dan bukannya tentang pengurusan yang ingin dijadikan sebagai rujukan pengkaji.

Selain itu, terdapat batasan seperti pengkaji kekurangan orang sumber yang mempunyai pengetahuan dalam tajuk kajian begitu juga bagi orang sumber untuk di soal atau temu ramah dalam mendapatkan maklumat. Hal ini menyukarkan pengkaji dalam proses pengumpulan data berkaitan tajuk kajian.

Seterusnya, pengkaji mendapat batasan dari segi orang sumber yang tidak memberi kerjasama. Hal ini demikian kerana terdapat orang sumber yang tidak berminat untuk di temu ramah. Oleh hal yang demikian, jumlah sasaran orang sumber yang kurang untuk di temu ramah akan menyebabkan pengkaji tidak mendapat maklumat daripada yang disasarkan.

1. Permohonan Untuk Membuat Kajian Kawasan Terpilih Iaitu Taman Pertanian Tenom (TPS).

Pengkaji mengalami masalah ketika hendak memohon untuk membuat kajian di lokasi terpilih. Hal ini kerana pengkaji harus membuat permohonan pada Ibu Pejabat

Gambar

Rajah 1.1: Peta Kawasan Taman Pertanian Tenom, Sabah.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian dengan judul ” Implementasi Bauran Pemasaran Dalam Upaya Peningkatan Jumlah Pengunjung Obyek Wisata Taman Botani Sukorambi Jember ” oleh Ahmad Haris Ahadi

Penelitian dengan Judul “Implementasi Bauran Promosi Dalam Upaya Peningkatan Volume Pengunjung Obyek Wisata Taman Botani Sukorambi Jember “ oleh Maria Fransisca Sua Prima Luna

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan, oleh itu pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk mengenalpasti sama ada amalan pengurusan mengenai elemen

Melalui keseluruhan kajian, ini dapat disimpulkan bahawa pihak pengurusan sekolah telah berjaya menerapkan prinsip pengurusan Islam dalam urus tadbir di sekolah

Seperti yang dijangkakan oleh pengkaji, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif antara kemahiran pengurusan stres dengan kepuasan hidup

Berdasarkan analisis daripada dapatan kajian, pengkaji mendapati tahap pengurusan risiko dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Sepang berada pada tahap yang sangat

Kesimpulan dari laporan Praktek Kerja Nyata dapat dijelaskan bahwa divisi hortikultur pada objek wisata Taman Botani Sukorambi Jember merupakan salah satu objek wisata

PENERAPAN ARSITEKTUR MODERN PADA TAMAN REKREASI EDUKATIF BOTANI DI KOTA BARU PARAHYANGAN TUGAS AKHIR Merupakan sebagian persyaratan untuk memperoleh gelar Sarjana Arsitektur