• Tidak ada hasil yang ditemukan

PDF Pengusaha sambut baik usaha kerajaan negeri komersialkan tanaman Avocado

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "PDF Pengusaha sambut baik usaha kerajaan negeri komersialkan tanaman Avocado"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Pengusaha sambut baik usaha kerajaan negeri komersialkan tanaman Avocado

2021-08-03T15:03:17+08:00

BAKA: Jamawi (tengah) bersama isteri (kiri) menunjukan hasil buah Avocado yang dihasilkan di ladang milik beliau sendiri.

KOTA KINABALU: Majoriti pengusaha tanaman Avocado di negeri ini menyambut baik usaha kerajaan Negeri yang memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang bagi tujuan penanaman Avocado secara komersial.

(2)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

Bekas wakil rakyat Jamawi Jaafar yang terlibat secara aktif dalam penanaman Avocado berkata, kesungguhan kerajaan negeri dengan slogan 'Sabah Maju Jaya' melihat industri pertanian terutamanya dalam tanaman Avocado sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh dimajukan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi negeri dan rakyat.

“Pada tahun 2019 kita masih mengimport lebih kurang 100 juta buah Avocado dari luar negara, ini menunjukan bekalan buah Avocado kita belum dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan, " katanya ketika ditemui bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor baru-baru ini yang menyatakan kerajaan negeri memperuntukan seluas 8,000 ekar tanah di perantaraan daerah Tenom dan Sipitang untuk tujuan

penanaman Avocado secara komersial.

Menurut Hajiji usaha tersebut merupakan tindakan kerajaan bagi meningkatkan

pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pertanian sejajar dengan aspirasi halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Dalam pada itu Jamawi yang juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diberikan amanah untuk mengusahakan projek tersebut diharapkan dapat melaksanakan sebaiknya terutamanya dalam bidang kepakaran teknologi, pemilihan varieti tanaman dan pengurusan ladang.

ADVERTISEMENT

Menurut beliau, Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika Negeri Sabah (MASDA) yang mana beliau sendiri merupakan ahli persatuan itu bersedia menghulurkan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan negeri atau GLC yang diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Persatuan ini mempunyai pengalaman dan tenaga pakar yang berpengalaman dalam industri ini, dan bersedia memberikan bantuan serta kerjasama untuk membangunkan projek ini, “ katanya.

Jamawi menambah kerjasama menang-menang ini akan memastikan projek tanaman seluas 8,000 ekar itu kelak akan memberikan manfaat kepada kerajaan dan pekebun- pekebun kecil di luar bandar.

Dalam perkembangan yang sama Jamawi juga berharap kerajaan khususnya Jabatan Pertanian dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil penanaman Avocado khususnya di luar bandar dengan memberikan khidmat latihan, bantuan, baja racun dan pemasaran.

(3)

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.

“Kita yakin industri pertanian khususnya penanaman Avocado mempunyai prospek jangka panjang untuk menjana ekonomi rakyat khususnya di luar bandar selain memenuhi

permintaannya, harga di pasaran buah Avocado juga cukup tinggi,” tambah Jamawi.

 oleh

Kenneddy Corlleus

Referensi

Dokumen terkait